KELEBIHAN 10 MALAM TERAKHIR
BULAN RAMADHAN
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Ia
juga membawa maksud kita sedang berada dalam hari-hari terakhir Ramadan,
iaitu fasa sepuluh malam terakhir Ramadan. Ramai yang mengambil peluang ini
untuk memburu Lailatul Qadar kerana padanya terdapat seribu satu kelebihan
yang dijanjikan Allah.
APA NAK BUAT 10 MALAM TERAKHIR NI?
Inilah masa yang mana banyak disebutkan dalam hadith tentang
kepentingannya. Antaranya seperti,
.ِ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ ﻗَﺎ َل " ﺗَ َﺤ ﱠﺮ ْوا ﻟَ ْﯿﻠَﺔَ ا ْﻟاﻘَ ْﺪﻷَِ َرواﻓِ ِﺧﻲِﺮا ْﻟ ِﻣ ِﻮ ْﺗْﻦ ِﺮ َر ِﻣَﻣ َﻦ َﻀا ْﺎﻟ َﻌَن ْﺸ"ِﺮUَﻋ ْﻦ َﻋﺎﺋِ َﺸﺔَ رﺿﻰ ﷲ ﻋﻨﮭﺎ أَ ﱠن َر ُﺳﻮ َل ﱠ
Daripada Aisyah Radhiallahu 'Anha Rasulullah S.A.W bersabda : " Carilah
lailatul qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang terakhir dari
Ramadhan.”
Maka, apa kita nak buat 10 malam terakhir ini?
Okay di sini ada tips. Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk buat semua
tips ini. Ameen.
1. Solat tarawih dan Qiamullail pada setiap malam. Kalau solat sunat tahajud tu,
sekurangnya 2 rakaat berserta witir. Kalau mampu, buatlah sekali solat sunat
tasbih.
2. Sedekah pada setiap malam walaupun hanya sekadar RM 1.
3. Membaca Al Quran walaupun hanya satu mukasurat.
4. Memperbanyakkan doa :
اﻟﻠﮭﻢ إﻧﻚ ﻋﻔﻮ ﻛﺮﯾﻢ ﺗﺤﺐ اﻟﻌﻔﻮ ﻓﺎﻋﻒ ﻋﻨﺎ
(Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia , Engkau
suka kepada pengampunan maka ampunilah kami).
5. Memperbanyakkan istighfar dan tasbih.
6. Menjauhkan diri daripada perkara perkara yang tak bermanfaat seperti movie,
drama, atau games. Apatah lagi perkara maksiat.
7. Memperbanyakkan doa, dan kawal emosi supaya tak marah-marah.
8. Memberi makanan kepada orang berbuka puasa.
9. Kalau dapat peluang iktikaf, maka iktikaf la di masjid.
Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk amalkan sepanjang 10 malam
terakhir ini. Ameen.