1 KOKURIKULUM - UNIT BERUNIROFM MPU2101D BULAN SABIT MERAH MALAYSIA BUKU LOG PDP PAKK SWASTA AMBILAN OKTOBER 2021 (SEMESTER 5) NAMA PELAJAR FAUZILAH BINTI MUSIDIN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NO. KAD PENGENALAN 930807-12-6626 NAMA PENSYARAH PUAN CAROLE ANNE JUSTIN TARIKH HANTAR 14 Mei 2023 A. Pengesahan Pelajar: (diisi semasa menghantar tugasan) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu. Tanda tangan Pelajar: Fauzilah Tarikh: 14 Mei 2023
2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. 0 PENGENALAN UNIT BERUNIFORM 1.1 Sejarah Penubuhan Unit Beruniform (UB) 1.1.1 Prinsip dan Tujuan Penubuhan 1.1.2 Perlembagaan Pertubuhan 1.1.3 Objektif, Misi dan Visi 1.1.4 Lambang dan Cogan Kata 1.1.5 Bendera dan Lagu Pertubuhan 1.1.6 Ikrar 1.1.7 Istiadat dan Organisasi Pertubuhan 1.2 Struktur dan Organisasi Pertubuhan 1.2.1 Peringkat Antarabangsa / Kebangsaan / Cawangan / Sekolah 1.3 Pengurusan dan Pentadbiran Pertubuhan di Institusi 1.3.1 Konsep Kepimpinan dalam UB 1.3.2 Tanggungjawab Pemimpin dalam UB 1.3.3 Pendaftaran Kumpulan dan Ahli 1.3.4 Sistem Patrol / Sekawan 1.3.5 Pengurusan Buku Log, Folio, atau Laporan Aktiviti Pertubuhan 1.3.6 Pakaian Seragam UB 1.3.7 Takwim dan Perancangan Aktiviti Tahunan 4 5-6 7 8 9-10 11-13 12 14-16 17-18 18 19 19 19-20 21 22 23-24 25 26 2.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AKTIVITI PERKHEMAHAN 2.1 Konsep dan Tujuan Perkhemahan UB 2.1.1 Jenis-jenis Perkhemahan UB/Perkhemahan Antarabangsa/ Kebangsaan/Unit. 2.1.2 Prosedur Perkhemahan 2.1.3 Peserta Perkhemahan 2.1.4 Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Perkhemahan 27 28-30 31-32 33-34 34-37
3 PENGENALAN UNIT BERUNIFORM
4 1.1 SEJARAH PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM (UB) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) adalah satu gerakan khas yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan tersebut mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia.
5 1.1.1 PRINSIP DAN TUJUAN PENUBUHAN Prinsip-Prinsip Asas Pertubuhan • Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. • Mencegah dan meredakan kesengsaraan. • Melindungi nyawa dan kesihatan. • Memupuk kesefahaman, kerjasama,hormat-menghormati dan kedamaian sesama manusia. 1. Kemanusiaan • Berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara manusia. 2. Kesaksamaan • Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. • Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. 3. Keberkecualian • Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. • Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi. 4. Kebebasan • Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam 5. Khidmat Sukarela • Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
6 6. Ketunggalan • Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. • Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak • Aktivitinya meliputi seluruh negara 7. Kesejagatan • Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. • Mempunyai tanggungjawab bersama. • Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara. REFLEKSI Prinsip-prinsip asas pertubuhan sangat penting didalam Unit Beruniform. Tindakan saya sepanjang perbincangan penubuhan ini ialah mencatat penjelasan yang diberikan oleh jurulatih.
7 1.1.2 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN DAN OBJEKTIF Objektif Perlembagaan Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajiban ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.” Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
8 1.1.3 MISI DAN VISI VISI Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. MISI Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan.
9 1.1.4 LAMBANG DAN COGAN KATA Kegunaan Lambang • Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan. • Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Cogan Kata “Cergas pada masa aman dan Perang” Cogan kata primer untuk The International Committee of the Red Cross (ICRC) / Jawatankuasa Kebangsaan Palang Merah ialah “Inter Arma Caritas” (In War, Charity) Cogan kata primer untuk The Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC)/persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ialah “Per Humanitatem ad Pacem” (With humanity, towards peace) Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada negara Switzerland, yang mana simbol palang berwarna merah yang berlatarbelakangkan putih seperti mana warna
10 bendera negara Switzerland yang diterbalikkan. Lambang ini diwujudkan untuk mengenalpasti perlindungan bagi merea yang tercedera di masa perang dan kakitangan-kakitangan yang menjaga dan merawat mereka. REFLEKSI Bagi objektif perlembagaan pertubuhan, saya telah mengetahui di dalam objektif terdapat 7 peraturan BSSM. Kemudian visi dan misi, cogan kata serta lambang BSSM. Saya mendengar dan banyak mencatat sepanjang juurulatih memberi informasi.
11 1.1.5 BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN Bendera
12 Lagu Pertubuhan 1.1.6 IKRAR Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:
13 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6, Ketunggalan 7. Kesejagatan REFLEKSI Untuk bendera dan lagu pertubuhan, bendera mempunyai saiz yang telah ditetapkan serta lambangnya. Manakala lagu pertubuhan hanya terdapat tiga rangkap sahaja, serta ikrar terdapat 7 prinsip.
14 1.1.7 ISTIADAT DAN ORGANISASI PERTUBUHAN ISTIADAT Istiadat Perhimpunan 1. Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander 2. Bacaan doa oleh ahli bertugas 3. Nyanyi tiga buah lagu • Lagu Sekolah • Lagu Negeri • Negaraku 4. Laporan dari komander kepada guru penasihat 5. Arahan komander supaya membuka barisan 6. Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat dan komander 7. Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan 8. Arahan komander supaya menutup barisan 9. Keluar baris Istiadat Meningkat Naik 1. Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan 2. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan 3. Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang kaanmengucapkan terima kasih semasa berada didalam keahlian 4. Berjabat tangan dengan kawan-kawan 5. Ahli lain memberi satu sorakan 6. Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai
15 Istiadat Melantik 1. Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut disahkan menjadi - seorang ahli melalui satu istiadat 2. Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi kenagan seumur hidup mereka dan kepada semua ahli kumpulan akan mendapat seorang ahli baru 3. Istiadat diadakan secara: • Perkataan dan upacara ringkas dan mudah dengan ikhlas • Dengan khusyuk dan syahdu. Prosedur: • Diadakan ditempat lapang • Diadakan diperingkat awal tahun • Semua hali yang terlibat harus faham peranan masing-masing • Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya • Semua keperluan disediakan Upacara perlantikan ahli baru BSMM: • Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar • Ketua pasukan berada dalam bulatan • Guru penasihat berdiri di tengah bulatan • Guru pen penasihat berdiri di luar bulatan di belakang bendera • Ketua pasukan dalam keadaan sedia • Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam bulatan • Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat • Selepas itu, wakil ahli, balik ke tempatnya • Pen guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah guru penasihat dengan membawa lencana,tanda negeri dan lambang di lengan. • Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baru • Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang di lengan kepada ahli baru • Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing • Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain
16 REFLEKSI Bagi istiadat pula, terdapat tiga istiadat di dalam organisasi pertubuhan, iaitu istiadat perhimpunan, istiadat meningkat naik, dan istiadat melantik. Terdapat prosedur serta upacara perlantikkannya.
17 1.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
18 Antarabangsa IPG Sekolah
19 1.3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERTUBUHAN DI INSTITUSI 1.3.1 Konsep Kepimpinan dalam UB Merupakan suatu proses, pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Konsep kepimpinan mula diperkenalkan oleh Burns (1978). Bermula dari lewat 1980an dan awal 1990an di Barat. Mereka telah mengamalkan dalam struktur organisasi perniagaan. Konsep ini sesuai bagi menggantikan amalan kepimpinan transaksional. Menekankan kepada konsep kerja sepasukan, mewujudkan iklim kerja yang kondusif serta menggalakan penglibatan subordinat dalam sebuah keputusan. Nilai peribadi dan kepercayaan seseorang pemimpin terhadapi perkongsian kepimpinan itu sendiri akhirnya boleh melahirkan pemimpin di kalangan pengikut. 1.3.2 Tanggungjawab Pemimpin dalam UB Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai dan ahli mengetahui dan memahami peraturan dan undang-undang persatuan. “Kejahilan atau Tidak Tahu” tidak boleh diterima sebagai alasan tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. • Pentadbiran o Pendaftaran Ahli o Insuran Ahli o Kad Ahli o Kewangan o Perlantikan (Ketua Utama Seksyen, Ketua Seksyen, Penolong Ketua Seksyen) o Tauliah • Latihan o Perjumpaan mingguan o Program Latihan dan o Peperiksaan o Kursus o Kecekapan Ahli o Lencana kecekapan • Tatatertib o Tatatertib dalam pasukan
20 o Melahirkan ahli yang berdisiplin • Aktiviti o Kerja kemasyarakatan o Pembangunan belia o Program derma darah o Menjaga kesihatan asas o Program anti dadah o Lawatan ke hospital o Lawatan ke rumah orang tua o Perkhemahan o Lawatan sambil belajar o Gotong royong • Pakaian seragam o Menentukan ahli mempunyai pakaian seragam mengikut peraturan • Kebajikan ahli o Masalah o Sakit dan lain-lain Ketua Utama Seksyen Ketua Utama Seksyen bertanggungjawab menjaga semua seksyen dalam pasukannya. Dia akan menjalankan semua tugas yang diamanahkan oleh Komandan. Semasa ketiadaan semua pegawai tinggi dalam pasukannya, tugas-tugas pasukan akan dipikul oleh Ketua Utama Seksyen. Ketua Seksyen: Ketua Seksyen biasanya bertanggungjawab menjaga seksyen atau seksyen-seksyen dan membantu melatih dan menjaga disiplin ahli-ahli seksyen di bawah jagaannya. Selain dari tugastugas itu, ia juga mungkin dikehendaki melaksanakan tugas kesetiausahaan seperti yang diarahkan oleh Komandannya. Semasa ketiadaan semua pegawai kanan dan Ketua Utama Seksyen, tugas dan tanggungjawab pasukan akan dipikul oleh Ketua Seksyen.
21 1.3.3 Pendaftaran Kumpulan dan Ahli (Link) Penerimaan dan Yuran Keahlian Ahli Kanak-kanak Bulan Sabit Merah (link) didaftarkan di Sekolah Rendah samada sekolah tersebut di bawah tajaan kerajaan ataupun swasta atau sekolah persendirian di dalam negara. Ahli kanak-kanak di dalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5,6 di kategorikan sebagai ahli kanak-kanak. penerimaannya dalam Keahlian Bulan Sabit Merah (Sekolah rendah) atau dipanggil “Red Cross Link”. Kaedah Pendaftaran Unit Yuran keahlian kanak-kanak dikenakan kepada semua murid sebanyak Rm1.00 (Satu Ringgit) setahun. Pendaftaran keahlian tersebut di sahkan melalui cabang/cawangan/ibu pejabat kebangsaan. Setiap pasukan kanak-kanak mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang ahli kanak-kanak. Kanak-kanak BSMM (link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/ penjaga masing-masing sebelum menyertai pasukan kanak-kanak di sekolah masing-masing. Sijil pendaftaran Unit Kanak-kanak Sijil pendaftaran pasukan akan dikeluarkan oleh ibu pejabat kebangsaan dan diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah disahkan pendaftaran Unit melalui pejabat BSMM cawangan/cabang. Borang BSMM Mengenai Unit Kanak-kanak Guru Pemimpin Unit Kanak-kanak hendaklah mengisikan borang pendaftaran unit dan menyerahkan borang tersebut bersama-sama borang keahlian tahuan kepada cabang dan seterusnya kepada cawangan untuk disahkan.
22 1.3.4 Sistem Patrol / Sekawan Pemimpin hendaklah membahagikan Ahli Muda atau Ahli Remaja atau Ahli Kanak- kanak kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Kumpulan yang lebih kecil bagi unit ahli kanakkanak dipanggil ‘sekawan’, kumpulan yang kecil bagi unit Ahli Muda dan Ahli Remaja dipanggil ‘patrol’. Setiap patrol atau sekawan mempunyai keahlian di antara enam hingga lapan orang. Ketua dalam sekawan dipanggil ketua sekawan yang dibantu oleh seorang penolong ketua sekawan, manakala ketua dalam patrol dipanggil ketua patrol yang akan dibatu oleh seorang penolong ketua patrol. Setiap ahli dalam patrol atau sekawan mempunyai hubungan yang rapat, saling bekerjasama, faham-memahami dan mengerti akan kehendak- kehendak atau kemahuan di antara satu sama lain. Mereka ini terjalin sebagai saudara atau adik- beradik di dalam patrol atau sekawan. Mereka akan berjalan, bekerja, memasak, bermain dan bersua ria bersama- sama di bawah seorang ketua patrol ketua sekawan. Setiap ahli dalam patrol atau sekawan hendaklah bertanggungjawab menjaga nama baik patrolnya, dan sebaik mungkin sentiasa lebih baik daripada patrol atau sekawan yang lain. Setiap ahli dalam patrol atau sekawan harus berbangga dan megah dengan patrol atau sekawannya. Nama-nama sekawan bagi Ahli Kanak- kanak biasnya menggunakan nama warna seperti biru, putih, merah dan sebagainya. Manakala bagi patrol Ahli Muda nama- nama burung, misalnya Helang, Rajawali, Puyuh, Pipit, Kasuari dan sebagainya menjadi pilihan. Bagi patrol Ahli Remaja pula mereka menggunakan nama pahlawan- pahlawanan Melayu seprti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut, Hang Jebat, Dato’ Bahaman dan sebagainya. Sistem berpatrol boleh dikatakan sebagainya satu sistem yang menggunakan satu unit kecil (patrol atau sekawan) yang diketuai oleh seorang ketua dan dibantu pula oleh seorang penolong. Sistem ni dibentuk bertujuan bagi memudahkan pentabiran dan perjalanan aktviti. Selain daripada itu cara atau sistem ini boleh membentuk pertandingan yang sihat dengan patrol atau sekawan lain dalam kumpulan.
23 1.3.5 Pengurusan Buku Log, Folio, atau Laporan Aktiviti Pertubuhan Maksud • Dokumentasi atau rekod catatan bagi seseorang ahli • Rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian yang boleh dijadikan pengesahan terhadap penglibatan • Sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan catatan refleksi Kepentingan • Menghalusi pemahaman terhadap persekitaran • Mengasah kemahiran meneliti • Mampu menzahirkan pengalaman dalam bentuk penulisan, lakaran grafik, atau bantuan visual. Ciri -ciri • Bahan disusun kemas • Rekod disimpan secara berterusan, tersusun, dan berperingkat • Maklumat menunjukkan perkembangan dan kemajuan • Lampiran sijil / surat perakuan / bukti penyertaan • Keaslian dan kreatif • Boleh dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak Jenis • Buku log peribadi • Buku log kemajuan • Buku log acara Kandungan • Biodata • Maklumat patrol • Carta organisasi • Kandungan RMK • Laporan aktiviti / refleksi
24 • Penglibatan atau pencapaian dalam kegiatan Tambahan • Buku skrap • Buku program / brosur • Kertas cadangan • Helaian tugasan • Sampel ikatan
25 1.3.6 Pakaian Seragam UB • Beret (Hitam) • Lencana Logo Pbsm • Lencana Topi • Lecana Negeri • Butang
26 1.3.7 Takwim dan Perancangan Aktiviti Tahunan PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN BSMM 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN KENINGAU TARIKH CADANGAN AKTIVITI CATATAN Mesyuarat Agung Perlantikan AJK Lagu dan Ikrar BSMM, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Sabah Sejarah dan prinsip BSMM Bendera, Logo dan Pakaian Rasmi Peti Pertolongan Cemas Asas Pertolongan Cemas Panduan Rawatan Kecemasan AMALI: Cara pemasangan khemah dengan betul AMALi: Penyediaan makanan: Membuat sandwich dengan cara yang betul AMALi: Mencuci tangan dan membersihkan diri dengan betul AMALI: Asas Kawad Kaki Ikatan Anduh dan Balutan Jenis-jenis Penyakit Ubat-ubatan AMALI: Kerja Kemasyarakatan Gotong-Royong Majlis Penutup
27 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AKTIVITI PERKHEMAHAN
28 2.1 Konsep dan Tujuan Perkhemahan UB 1. Konsep Perkhemahan 1. Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yang amat baik dan menarik diikuti, sama ada di peringkat individu, keluarga, sekolah mahupun institusi sosial yang lain. 2. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silaturahim sesame individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna serta mengurangkan gejala-gejala sosial yang sering mengganggu masyarakat, terutamanya golongan remaja. Antaranya, budaya lepak, gejala dadah, dan jenayah-jenayah lain yang mungkin akan dapat dibendung melalui aktiviti ini. 3. Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan sebagai penghidupan di luar bangunan, sama ada di hutan, di pandai, di bukit, di gunung, dalam kawasan sekolah dan sebagainya. 4. Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran kita. ini bermakna, seandainya kita berkhemah secara individua tau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi perlu kita utamakan. 5. Dahulu aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk hidup, kerana ia berkait rapat dengan ikhtiar hidup, sama ada secara individua tau berkumpulan. Berkhemah merupakan satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. 6. Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan kita untuk menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang aktiviti ini dijalankan. 7. Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti yang wajib dalam kegiatan kokurikulum unit beruniform di institusi-institusi pendidikan. 2. Penglibatan a. Penglibatan dan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut pelbagai kategori: I. Kategori murid Sekolah Rendah: II. Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah: III. Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas: IV. Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli berusia 18 tahun dan ke atas:
29 V. Kategori pemimpin (berusia 25 tahun ke atas): b. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta mengikut aktiviti perkhemahan yang memerlukan berkhemah. 2. Sijil dan Anugerah: a. Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada Sijil Penyertaan ataau Sijil Penghargaan. 3. Tujuan Perkhemahan: a. Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan, iaitu: I. Tujuan Umum; dan II. Tujuan Khusus b. Tujuan Umum: Bertujuan untuk melatih ahli perkhemahan agar: I. Dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan; II. Dapat menghayati erti batasan kehidupan; III. Mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima arahan, melaksanakan arahan serta semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak; IV. Mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara teori, seperti mendirikan khemah, memasang gajet, simpulan dan ikatan dan sebagainya; V. Menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan, khususnya semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas bukit-bukau, danau, lopak dan sungai. VI. Melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri sendiri dan kumpulan; VII. Mematuhi segaka peraturan yang telah dirancangkan atau ditetapkan; VIII. Memupukkan nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan meningkatkan semangat kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di antara satu sama lain; IX. Menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan memelihara kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan tapak perkhemahan;
30 X. Sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati, atau busuk hati dengan anggota kumpulan yang lain; XI. Berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah; XII. Menghilangkan stress atau ketegangan jiwa; dan XIII. Mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak berfaedah. c. Tujuan I. Rekreasi: Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan minum dan tempat tidur. Tidak mementingkan kegiatan kemahiran ilmu perkhemahan. II. Khusus: Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahirankemahiran ilmu perkhemahan yan berlatar belakang suasana backwoods (ala hutan). III. Pengembaraan ekspedisi: Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti memancing, team building, perancangan baru organisasi dan sebagainya. IV. Misteri: Siri penjelajahan untuk mecari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan panduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya, seperti aktiviti treasure hunt. V. Penyelidikan: Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya. VI. Ikhtiar hidup / survival: Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.
31 2.1.1 Jenis-jenis Perkhemahan UB/Perkhemahan Antarabangsa/ Kebangsaan/Unit. Terdapat tiga kategori atau jenis perkhemahan yang boleh dianjurkan oleh Unit Kokurikulum atau Badan Beruniform, iaitu: a. Perkhemahan ringkas: i. Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi semata-mata; ii. Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga empat orang sahaja); iii. Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai (kadang-kadang hanya seorang sahaja); iv. Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari sahaja); v. Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya secara ad-hoc sahaja); vi. Kos yang rendah dan berpatutan; dan vii. Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan sekolah); b. Perkhemahan kumpulan atau unit: i. Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau berkelah); ii. Dalam kumpulan yang lebih besar 9sekurang-kurangnya 15 orang); iii. Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai (antara tiga hingga lima orang); iv. Tempoh masa pendek (sekitar dua hingga tiga hari); v. Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada jawatankuasa khas); vi. Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan; dan vii. Aktiviti di luar kawasan sekolah. c. perkhemahan besar-besaran: i. Perkhemahan besar-besaran termasuklah perkhemahan yang dianjurkan secara zon, daerah, negeri, negara dan antarabangsa. ii. Selain sebagai penilaian, perkhemahan jenis ini juga bertujuan untuk menjalinkan dan merapatkan hubungan silaturahim sesame ahli; iii. Dalam kumpulan amat besar (adakalanya mencecah hingga puluhan ribu orang yang melibatkan pelbagai unit dan negara; iv. Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia yang lebih ramai; v. Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga tujuh hari);
32 vi. Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan negeri dan kementerian, di samping agensi kerajaan dan pihak swasta); dan \ vii. Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung penglibatan sehingga berpuluh eibu orang). Oleh itu, perancangan dan pengurusan perkhemahan perlulah berdasar kepada kategori atau jenis perkhemahan yang akan dianjurkan seperti di atas.
33 2.1.2 Prosedur Perkhemahan Prosedur tetap perkhemahan Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa tangungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti kerkaitan dengan persekitaran kita. Sekiranya kita berkhemah secara individua tau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perly kita utamakan. Tujuan Perkhemahan 1. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan 2. Meningkatkan kecekapan dan kendiri 3. Menghayati erti batasan kehidupan 4. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti 5. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin 6. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. 2.1.3 Peserta Perkhemahan Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan. Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat. Bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijasikan prasyarat kepada peserta. Semasa perkhemahan, peserta-peserta hendaklah; 1. Menjalinkan silaturahim, kenak-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. 2. Mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu ditetapkan. 3. Menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. 4. Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. 5. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat di kawasan perkhemahan.
34 6. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan begitu juga sebaliknya. 7. Sentiasa berpakaian kemas dan tidak dibenarkan berselipar kecuali berwuduk. 8. Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran selepas pukul 12.30 tengah malam. 9. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan perkhemahan. 10. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali aktiviti rasmi bersama jurulatih dan fasilitator. 11. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran pihak penganjur. 12. Penjagaan diri/ peralatan/ harta persendirian perlu diberi keutamaan. 13. Aktiviti penggunaan air dan api perlu di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. 14. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/ Urussetia. 15. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu. 2.1.4 Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Perkhemahan. Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori: 1. Sebelum 2. Semasa 3. Selepas Prosedur Tetap Sebelum Perkhemahan 1. Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan 2. Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut; i. Dalam kawasan sekolah (Kelulusan Pengetua) ii. Dalam daerah di luar kawasan sekolah (Kelulusan Pegawai Pendidikan) iii. Dalam negeri tetapi di luar daerah/ luar negeri (Kelulusan pengarah Jabatan). Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut: i. Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan ii. Senarai nama pelajar dan guru pengiring iii. Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dna menyedia perkhemahan
35 iv. Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan v. Jadual aktiviti perkhemahan vi. Perlantikan dan mesyuarat jawatankuaa induk serta pelaksanaan. (Rujuk SP Bil 24/1998) Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri (u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah) dengan mematuhi ‘The Schools (Tours) Regulations, 1957’ dengan menyertakan bersama salinan surat kebenaran perkhemahan daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri. Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu (Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998). Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada; i. Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan ii. Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan iii. Pejabat/ Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan iv. Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. (Rujuk para 3F, SPI Bil 24/1998). Setiap peserta yang akan menyertan sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta. Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta. Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperolehi dahulu daripada pihak yang berkuasa. Lokasi perkhemahan mestilah sesuai dan menjamin keselamatannya dari segi;
36 i. Gangguan Binatang buas dan haiwan berbisa ii. Hakisan atau tanah runtuh iii. Banjir iv. Rebut atau gelombang besar v. Wabak penyakit vi. Kemalangan di luar kangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan sebagainya. Jurubantu mula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan. Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan. Semua keperluan logistik (peralatan perkhemahan) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik. Prosedur Tetap Semasa Perkhemahan Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah; i. Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut; • Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain • Keracunan makanan • Kemudahan-kemudahan asas • Sistem komunikasi. Memasitikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi. Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-faktor alam, manusia dan lainlain. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hal berikut/ masa hadapan. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.
37 Prosedur Tetap Selepas Perkhemahan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan; 1. Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik. 2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya. 3. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan. Mengadakan Analisa bagi menilai semua aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya. Membentang dan membuat laporan (kewangan, dan aktiviti). 4. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan. 5. Mendokumtasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan. REFLEKSI Bagi refleksi keseluruhan bagi Pengurusan dan pentadbiran aktiviti perkhemahan, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan baru yang boleh diguna pakai di kemudian hari yang berkaitan dengan perkhemahan.