The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1308-24-felen, 2023-04-03 16:30:27

BMMB3203 T2 BMSK1 FELEN FREDY

BMMB3203 T2 BMSK1 FELEN FREDY

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN - PENTAKSIRAN BERTERUSAN - KURSUS : MORFOLOGI BAHASA MELAYU KOD KURSUS : BMMB3203 KANDUNGAN : TUGASAN 1 – TUGASAN INDIVIDU TUGASAN 2 – PENGHASILAN PRODUK Nama Pelajar : FELEN FREDY No Angka Giliran : 2021072340278 Kumpulan : PISMP BM SK1 Ambilan : JUN 2022 No. Telefon Bimbit : 0142013717 Alamat E-mel : [email protected] Nama Pensyarah Kursus : DZULKIFLI BIN MOHD ASPAH Markah : KRITERIA 30% PENULISAN 30% PENGHASILAN PRODUK Jumlah ( 60 %) Pemeriksa 1 Pemeriksa 2


1 Penghargaan Pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah memberikan kesihatan serta kekuatan secara fizikal sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Kerja kursus ini tentu sekali tidak akan dapat saya laksanakan dengan sempurna tanpa adanya bantuan daripada pensyarah ibu bapa dan rakan-rakan. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Dzulkifli Bin Mohd Aspah iaitu pensyarah saya bagi subjek Morfologi Bahasa Melayu (BMMB3203) kerana telah banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. Beliau telah membantu saya dengan memberi tunjuk ajar serta penerangan bagi memahami kehendak dan cara melaksanakan tugasan ini. Sekian, terima kasih.


2 Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan 3 2.0 Pembentukan Perkataan Baharu 3 2.1 Imbuhan bahasa Sanskrit 3 2.2 Imbuhan bahasa Arab-Parsi 4 2.3 Imbuhan bahasa Yunani-Latin-Inggeris 5 3.0 Isu Kesalahan Bahasa 5 3.1 Dialek 5 3.2 Percampuran Kod 6 3.3 Bahasa Melayu Baku 6 3.4 Kata Pinjaman Asing 6 4.0 Media Elektronik 7 4.1 Hubung Kait Kata Pinjaman Bahasa Melayu 7 4.2 Hubung kait Percampuran Kod 8 5.0 Rumusan 9 Rujukan 10


3 1.0 Pengenalan Morfologi merupakan salah satu bidang kajian linguistik dalam bahasa Melayu. Morfologi membuat kajian terhadap asas-asas pembentukan suatu kata dengan mengenalpasti susunan unit-unit kata secara struktur, bagaimana unit-unit kata dicantumkan sehingga wujudnya struktur kata yang diucapkan merupakan elemen penting dalam apa jua kajian bahasa. Menurut Nik Safiah Karim et. Al (2008), perkataan-perkataan baharu lazimnya muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa tersebut. Oleh itu, tidak dihairankan dari masa ke masa, berlakunya penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu. 2.0 Pembentukan Perkataan Baharu Bahasa Melayu memiliki perkataan-perkataan dibentuk atau dipinjam daripada bahasa lain yang dijadikan sebagai perkataan baharu. Proses pengayaan yang melibatkan bidangbidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi) dan perbendaharaan kata (leksikon) akan berlaku dalam pembentukan kata baharu bagi sesuatu bahasa, begitu juga dengan bahasa Melayu. 2.1 Imbuhan bahasa Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ini merupakan imbuhan yang telah lama terserap ke dalam tatabahasa bahasa Melayu. Imbuhan Sanskrit ini terbahagi kepada dua iaitu imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Imbuhan awalan Kata dasar Perkataan yang terbentuk Dwi- Bahasa Dwibahasa Maha- Siswa Mahasiswa Pra- Sekolah Prasekolah


4 Tata- Tertib Tatatertib Jadual 1: Contoh imbuhan awalan bagi imbuhan Sanskrit. Imbuhan Akhiran Kata Dasar Perkataan yang terbentuk -man Budi Budiman -nita Bidua Biduanita -wan Usaha Usahawan -wati Seni Seniwati Jadual 2: Contoh imbuhan akhiran bagi imbuhan Sanskrit. 2.2 Imbuhan bahasa Arab-Parsi Bahasa Arab-Parsi memberikan pengaruh kepada bahasa Melayu setelah kedatangan Islam kealam Melayu terutama sekali pada zaman Kesultanan Melaka. Pengaruh bahasa Arab-Parsi dapat dilihat melalui pinjaman imbuhan dan istilah tertentu terutamanya yang berkaitan dengan amalan agama Islam. Imbuhan awalan Kata dasar Perkataan baharu yang terbentuk Bi- Adab Biadab Jadual 3: Contoh imbuhan awalan bagi imbuhan Arab-Parsi. Imbuhan akhiran Kata dasar Perkataan baharu yang terbentuk -at Hadir Hadirat -ah Salih Salihah -iah Jahil Jahiliah -in Muslim Muslimin Jadual 4: Contoh imbuhan akhiran bagi imbuhan Arab-Parsi.


5 2.3 Imbuhan bahasa Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan ini merupakan imbuhan yang disebabkan daripada pengaruh zaman penjajahan dan sifat bahasa Eropah yang menerajui teknologi dunia. Hal ini menyebabkan imbuhan Yunani-Latin-Inggeris dianggap sebagai imbuhan pinjaman yang produktif. Imbuhan awalan Kata dasar Perkataan baharu yang terbentuk Anti- Kemajuan Antikemajuan Multi- Media Multimedia Pro- Syarikat Prosyarikat Sub- Sistem Subsistem Jadual 5: Contoh imbuhan awalan bagi imbuhan Yunani-Latin-Inggeris. Imbuhan akhiran Kata dasar Perkataan baharu yang terbentuk -al Klinik Klinikal -ik Fonem Fonemik -is Ekonomi Ekonomis -isme Sosial Sosialisme Jadual 6: Contoh imbuhan akhiran bagi imbuhan Yunani-Latin-Inggeris. 3.0 Isu Kesalahan Bahasa 3.1 Dialek Dialek merupakan salah satu isu yang berkaitan dengan bahasa. Malaysia merupakan negara yang memiliki rakyat yang pelbagai kaum dan bangsa. Hal ini menyebabkan kepelbagaian dialek yang digunakan oleh masyarakat di setiap kawasan sama ada negeri, daerah ataupun kumpulan etnik. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1977), dialek merupakan pelbagai jenis bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek juga


6 merupakan satu jenis bahasa yang dapat dikenal pasti berdasarkan ciri sebutan, intonasi, kelancaran, kosa kata dan nahu. Terdapat dialek yang memiliki perkataan dan sebutan yang sama tetapi memiliki makna perkataan yang berbeza. 3.2 Percampuran Kod Percampuran kod merupakan isu berkaitan bahasa yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian. Negara Malaysia yang memiliki masyarakat berbilang etnik, kaum dan bangsa atau digelar sebagai negara multilingual. Keadaan ini menyebabkan apabila berkomunikasi, masyarakat tidak dapat mengelak daripada melakukan pertukaran kod akibat kepelbagaian jenis bahasa. Hal ini membolehkan percampuran kod lebih mudah berlaku dalam perbualan sama ada secara lisan ataupun mesej. Percampuran kod yang sering berlaku ialah percampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Perkara ini demikian dikatakan demikian kerana, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang dipelajari di sekolah dan juga merupakan bahasa antarabangsa. 3.3 Bahasa Melayu Baku Bahasa Melayu Baku yang turut dikenali sebagai bahasa Melayu Standard atau bahasa Melayu Piawai. Bentuk baku bahasa Melayu di Malaysia diatur oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa baku ini digunakan dalam situasi formal sama ada majlis ataupun surat menyurat. Bahasa Melayu baku juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar untuk urusan rasmi. Namun, bahasa Melayu baku tidak digunakan dalam kehidupan seharian kerana masyarakat lebih menggunakan dialek dan percampuran kod. Banyak juga individu yang menganggap bahawa bahasa baku tidak juga penting untuk dipelajari dengan lebih mendalam. 3.4 Kata Pinjaman Asing Peminjaman bahasa merupakan satu proses meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa oleh bahasa yang lain untuk kepentingan tertentu kepada masyarakat yang meminjam bahasa tersebut. Bahasa Melayu memiliki pelbagai


7 perkataan asing yang dipinjam sepenuhnya dan juga disesuaikan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, peminjaman tulen daripada bahasa Inggeris iaitu bateri dan polis, daripada bahasa Arab pula ialah zakat dan uzur. 4.0 Media Elektronik Media elektronik merujuk kepada alatan yang menggunakan teknologi elektronik seperti radio, televisyen, komputer dan telefon. Media elektronik juga merujuk kepada bentuk media massa yang digunakan untuk menyampaikan dan mengakses, berita dan maklumat melalui tenaga elektronik. Salah satu kelebihan media elektronik ialah mesej dapat disampaikan kepada orang ramai dalam masa yang singkat. Hal ini kerana, dapat menggunakan pelbagai audio, video, teks dan grafik dalam satu medium, yang menjadikannya media paling disukai di seluruh dunia. Kandungan maklumat yang disampaikan melalui media elektronik juga dapat dirakam atau diarkibkan untuk kegunaan pada masa hadapan. 4.1 Hubung Kait Kata Pinjaman Bahasa Melayu Gambar 1


8 Berikut merupakan sebahagian daripada petikan berita bertajuk ‘Pembelajaran pintar lonjar aktiviti pelajar’ yang telah dimuat naik dalam platform Berita Harian secara dalam talian. Berdasarkan petikan, dapat dikenal pasti beberapa kata pinjaman daripada bahasa asing yang digunakan. Abstrak Arkeologi Audio Digital Fotografi Makmal Media Sains Strategi Video Jadual 7: Kata pinjaman yang terdapat dalam petikan berita. 4.2 Hubung kait Percampuran Kod Gambar 2 Berikut merupakan kapsyen luahan hati mengenai ketiadaan wang untuk membeli laptop, yang dimuatnaik ke media sosial iaitu Instagram. Berdasarkan kapsyen tersebut, dapat dilihat terdapatnya percampuran kod. Pengguna tersebut menggunakan bahasa melayu dan dicampurkan dengan bahasa Inggeris di dalam kapsyen tersebut. Antara bahasa Inggeris yang didapati ialah software, course, phone, online dan student.


9 5.0 Rumusan Konklusinya, melalui pembentukan kata, berlakunya kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk imbuhan alam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ini juga, imbuhan yang pada asalnya hanya dianggap keperluan dapat menghasilkan pengayaan dalam perbendaharaan perkataan baharu dalam bahasa Melayu bagi mendukung istilah-istilah tertentu. Isu kesalahan berkaitan bahasa pula, sememangnya sering berlaku dalam kalangan masyarakat dan perkara ini perlu dikawal. Kesemua pihak perlu mengambil peranan masingmasing bagi menghindarkan isu ini menjadi semakin teruk. Pendekatan undang-undang berkaitan penggunaan pengaruh bahasa Inggeris telah menyebabkan bahasa Melayu itu sendiri di ketepikan secara sedikit demi sedikit.


10 Rujukan Atika Hassan, Duli Kamit & Evelyn Bangkang Jawi. (2021). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertukaran Kod dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 11(1), 40-56. Dr Shamsul Arrieya Ariffin. (Ogos 26, 2020). Pembelajaran pintar lonjak aktiviti pelajar. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/724738/pembelajaranpintar-lonjak-aktiviti-pelajar Mohd Hazreen Shah Hassan & Sharil Nizam Sha’ri. (2019). Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa dalam Rencana Akhbar. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/338295980_Analisis_Kesalahan_Penggunaan _Bahasa_dalam_Rencana_Akhbar Nazilah Mohamad & Karim Harun. (2019). KONSEP PEMINJAMAN KOSA KATA: SUATU TINJAUAN TERHADAP SOROTON LITERATUR [THE CONCEPT OF LOANWORD: AN OVERVIEW OF LITERATURE]. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/334282802_KONSEP_PEMINJAMAN_KOSA_ KATA_SUATU_TINJAUAN_TERHADAP_SOROTON_LITERATUR_THE_CONCEPT_O F_LOANWORD_AN_OVERVIEW_OF_LITERATURE Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Antarabangsa [Error Analysis in International Students’ Malay Language Written Compositions]. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/351209153_ANALISIS_KESALAHAN_BAHAS A_DALAM_PENULISAN_BAHASA_MELAYU_PELAJAR_ANTARABANGSA_ERROR_ ANALYSIS_IN_INTERNATIONAL_STUDENTS'_MALAY_LANGUAGE_WRITTEN_COM POSITIONS_1_NURUL_AIN_ALIZUDDIN Pembentukan Perkataan Baharu. Coggle. https://coggle.it/diagram/Y_6h-ZL8sXIrwKCI/t/pembentukan-perkataan-baharu PENGARUH BAHASA ROJAK DI MEDIA BAHARU TERHADAP BAHASA KEBANGSAAN (THE INFLUENCE OF BAHASA ROJAK IN NEW MEDIA TOWARDS THE NATIONAL LANGUAGE). (2019). International Journal of Law Government and Communication, 4(15), 141-153.


Click to View FlipBook Version