KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BEYBLADE BURST (DUEL) PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG TIGA
1. PENDAHULUAN
Pertandingan Beyblade Burst di peringkat sekolah ini adalah yang julung kalinya
diadakan di Sekolah. Pertandingan ini adalah salah satu program kendalian Unit
Kokurikulum SKST. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk
meningkatkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid.
2. OBJEKTIF
2.1 Memberikan kesedaran keseronokan kepada murid dalam permainan
Beyblade.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang peraturan permainan yang
dipertandingkan.
2.3 Mengeratkan ikatan silaturahim antara murid.
2.4 Melatih murid mematuhi peraturan dan berdisiplin serta mendengar arahan
yang diberikan.
2.5 Mengelakkan murid ketagih dengan permainan video.
2.6 Meningkatkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid.
3. SASARAN
Murid tahap 2
4. TEMPAT
Dewan Seri Bayu
5. TARIKH/HARI
Hari : Rabu
Tarikh : 09.10.2019
Masa : 2.00 – 4.00 petang
6. JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn. Ku Faizah binti Ku Marzuki
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Zulhaizie bin Yahya
Naib Pengarah 2 : Pn. Rosadah Hashim
Naib Pengarah 3 : En. Sobiron bin Aziz
Penyelaras : En. Mohd Hafiz bin Osman
Setiausaha : Pn. Siti Sahidatina binti Mohd Sahid
Bendahari :
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengadil : 3 orang murid tahun 6
Pendaftaran dan Pencatat : Persatuan Bahasa Melayu
Pengurus Peserta : Persatuan Bahasa Inggeris
Disiplin : Persatuan Bahasa Melayu
Teknikal & Peralatan : Persatuan Pendidikan Islam
Juru Gambar & : Persatuan Matematik dan Sains
Dokumentasi
Hadiah : Persatuan Matematik dan Sains
Sijil Penyertaan : Persatuan Bahasa Inggeris
7. PERATURAN- PERATURAN PERTANDINGAN
7.1 PENYERTAAN
7.1.1 Terbuka kepada murid tahap 2 sahaja.
7.1.2 Penyertaan adalah secara individu dengan kebenaran ibu bapa.
7.1.3 Terhad kepada 32 penyertaan terawal sahaja.
7.1.4 Peserta telah membayar yuran penyertaan. Setiap penyertaan
dikenakan yuran sebanyak RM 2.00
7.1.5 Beyblade yang digunakan adalah beyblade jenis burst dan milik peserta.
7.2 PERLAWANAN
7.2.1 Perlawanan adalah mengikut jadual perlawanan yang telah diundi oleh
peserta semasa pendaftaran.
7.2.2 Setiap perlawanan berbentuk duel dan mempunyai 3 pusingan.
7.2.3 Perlawanan adalah secara kalah mati. Pemenang untuk setiap
perlawanan layak ke peringkat seterusnya.
7.3 PENGADILAN
7.3.1 Setiap perlawanan akan diadili orang seorang pengadil.
7.3.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.
7.3.4 Kemenangan dikira apabila beyblade peserta berjaya:-
i) mengeluarkan beyblade pihak lawan daripada stadium atau
ii) bertahan paling lama atau
iii) berjaya memecahkankan (burst) beyblade pihak lawan.
8. HADIAH
Juara Keseluruhan : Set Beyblade, sijil penyertaan
Naib Juara : Set Beyblade, sijil penyertaan
Tempat Ketiga dan Keempat : Set Beyblade, sijil penyertaan
Saguhati (ke-5 hingga 32) : Sijil penyertaan
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA BILANGAN HARGA/UNIT JUMLAH
1. Stadium beyblade 3 unit RM 20.00 RM60.00
2. Hadiah (Set Beyblade ) 4 unit RM20.00 RM80.00
3. Sijil penyertaan 32 keping RM 1.00 RM32.00
JUMLAH RM 172.00
SUMBER PENDAPATAN : BANTUAN KOKURIKULUM 2019
YURAN PENYERTAAN
10. PENUTUP
Diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan.
Di samping itu, murid yang bertanding dapat bersaing secara sihat dan mengelakkan
ketagihan kepada permainan gadget yang kian membimbangkan semua pihak.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………………………… ………………………………..
(MOHD ZULHAIZIE BIN YAHYA) (ROSADAH BINTI HASHIM)
PK Kokurikulum, PK Pentadbiran,
SK Simpang Tiga, SK Simpang Tiga,
Padang Hang, Padang Hang,
06570 Alor Setar 06570 Alor Setar
Kedah Kedah
Diluluskan oleh,
………………………………………..
(KU FAIZAH BINTI KU MARZUKI)
Guru besar,
SK Simpang Tiga,
Padang Hang,
06570 Alor Setar
Kedah