The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaifuddinrazali44, 2021-10-16 09:38:17

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 36,2021 SKAKO-converted

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KE 36 2021 SKAKO-converted

PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SHUKOR

23000 DUNGUN, TERENGGANU

MESYUARAT

AGUNG PIBG KALI

KE 36

Tarikh : 20 Oktober 2021
Hari : Rabu
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing

Dirasmikan oleh:

MOHD DIN BIN JUSOH

PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

(UNIT PRASEKOLAH DAN RENDAH)

1

ATURCARA MAJLIS

10.30 pagi - Pendaftaran ibu bapa
11.00 pagi - Ketibaan perasmi Ybhg. Mohd Din bin Jusoh

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
-Tayangan montaj
- Ucapan Cikgu Abu Hanipah bin Abu Bakar (Guru Besar SKAKO)
- Ucapan En. Azhar bin Jambol (YDP PIBG)
- Ucapan Perasmian oleh

Ybhg. Mohd Din bin Jusoh
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun

12.00 tengah hari - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 bermula
- Bersurai

2

PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SHUKOR

23000 DUNGUN, TERENGGANU

AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE 36 TAHUN 2021

AGENDA MESYUARAT :
1) Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
2) Ucapan Guru Besar
3) Ucapan Yang Dipertua PIBG Sk Kg Shukor.
4) Ucapan Perasmian Oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun.
5) Memilih Dan Melantik Pengerusi Majlis Sementara.
6) Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2020.
7) Membentang Dan Menerima Penyata Kewangan 2020-2021.
8) Membentang Aktiviti PIBG 2020.
9) Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021.
10) Pemilihan Dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru PIBG Sesi 2022.
11) Pemilihan Dan Perlantikan Pemeriksa Kira-Kira Sesi 2022.
12) Membahas Dan Menerima Usul.
13) Ucapan Penangguhan.

3

PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SHUKOR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU.

AJK PIBG SK KG SHUKOR 2020

PENASIHAT

Cikgu Abu Hanipah Bin Abu Bakar

(Guru Besar)

YANG DI PERTUA

En. Azhar Bin Jambol

NAIB YANG DI PERTUA

En. Abu Bakar Bin Harun

SETIAUSAHA

Cikgu Hartini Binti Awang

BENDAHARI
Cikgu Mohd Rizal bin Abd Aziz

Wakil Ibu-bapa
Tengku Rohani binti Tengku Alwi
Tengku Kasmawati binti Tengku Muda
Tengku Noorazura binti Tengku Ismail
Pn. Mek Radziah binti Mat Saat

Pn. Johana Binti Jusoh
En. Abd Razak Bin Mansor
Tg. Hassan Bin Tg. Jaafar

Wakil Guru
Cikgu Nik Shellina Bt. Awang

Cikgu Faisal bin Sulong
Ustazah Hasliza binti Abdul Halim

Pemeriksa kira-kira
Wakil ibubapa – Pn. Tg Kasmawati Bt Tg Muda

Wakil Guru – Cikgu Nik Shellina Bt. Awang

4

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU TEL & FAKS 09 833013
SEKOLAH KEBANGSAAN KG SHUKOR
D/A. SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SHUKOR
23000, DUNGUN, TERENGGANU

-----------------------------------------------------------------------------------------------

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN KG SHUKOR KALI KE - 35

Tarikh : 11 Mac 2020

Hari : Rabu

Masa : 12.00 Tengah hari

Tempat : Dewan Orang Ramai Kg Shukor, Dungun

Perasmian oleh : Ybhg. Dato’Haji Zulkifli bin Mohamad D.P.M.T, S.M.Z, P.J.C,

P.J.K, (Pengerusi Kemajuan Terengganu Tengah KETENGAH)

1P 1S : En. Zulkifli bin Mohd Ghani

Guru Besar : En. Che Rozali bin Che Mat

YDP PIBG : En. Azhar Bin Jambol

Dan lain-lain sebagaimana senarai lampiran.

AGENDA PERASMIAN

1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
2. Bacaan Doa
3. Ucapan Guru Besar Sk. Kampung Shukor
4. Ucapan YDP PIBG Sk. Kampung Shukor
5. Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Dato’Haji Zulkifli bin Mohamad D.P.M.T, S.M.Z, P.J.C,

P.J.K, (Pengerusi Kemajuan Terengganu Tengah KETENGAH)

AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE - 35 2020

1. Memilih dan melantik Pengerusi Majlis Sementara
2. Memilih dan melantik Pencatat Minit Mesyuarat
3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
4. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan 2019
5. Membentang Aktviti PIBG dan Laporan Sekolah 2019
6. Menerima dan membahas usul
7. Ucapan Penangguhan

5

Laporan Perasmian Mesyuarat Agung kali ke - 35

Majlis dimulakan dengan bacaan Umul Kitab.
1. Ucapan Aluan pengerusi Majlis
1.1 Ucapan selamat datang dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Zulkifli bin
Mohamad D.P.M.T, S.M.Z, P.J.C, P.J.K,(Pengerusi Kemajuan Terengganu Tengah
KETENGAH), En. Zulkifli bin Abd Ghani(1P 1S), Sarjan Mejar Shaari bin Muhammad
(Ketua Balai Polis Kuala Jengal) dif-dif jemputan, Encik Azhar Bin Jambol YDP PIBG
Sk Kampung Shukor serta semua AJK dan ibu bapa yang hadir.
1.2 Mengharapkan Mesyuarat Agung pada kali ini dapat berjalan dengan lancar
demi kepentingan semua pihak yang terlibat dan juga kepentingan murid-murid
Sk. Kampung Shukor.

2. Bacaan Doa
2.1 Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd. Rizal Bin Abd. Aziz

3. Ucapan Guru Besar Encik Che Rozali bin Che Mat
3.1 Beliau mengucapkan terima kasih dan rasa bersyukur di atas kehadiran dif-dif
jemputan ke Majlis Mesyuarat Agung kali ke -35 ini. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada YBhg. Dato’ Zulkifli bin Mohamad (Timbalan Pengurus Kemajuan
Terengganu Tengah KETENGAH) kerana sudi hadir bagi merasmikan mesyuarat PIBG
pada kali ini dan semua jemputan yang sudi hadir pada hari ini. Beliau mengharapkan
komitmen daripada pihak ibu bapa untuk sama-sama mencapai kecemerlangan dalam
kalangan anak-anak Sk Kg Shukor.
3.2 Beliau melahirkan rasa gembira dan syukur kerana dapat melaksanakan majlis
mesyuarat ini dan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
3.3 Beliau juga mengharapkan agar murid-murid Sk Kg Shukor dapat hadir ke sekolah
pada setiap hari melainkan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan dan
akan meneruskan program-program untuk menghindari sifarE secara keseluruhan
dalam keputusan UPSR 2020
3.4 Pihak sekolah sentiasa membuat program Ziarah Cakna sekali dalam sebulan yang
bertujuan mendekatkan lagi hubungan ibu bapa dan pihak sekolah,memandangkan
program ini adalah salah satu daripada program KPM.

6

4. Ucapan Yang Dipertua PIBG Encik Azhar Bin Jambol
4.1 YDP PIBG En. Azhar Bin Jambol mengucapkan selamat datang dan terima kasih di
atas kehadiran YBhg. Dato’ Zulkifli bin Mohamad (Timbalan Pengurus Kemajuan
Terengganu Tengah KETENGAH), selaku perasmi Majlis Mesyuarat PIBG Sk Kg Shukor
kali ke-35, dan dif-dif jemputan pada hari ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima
kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada beliau dan juga barisan AJK PIBG kerana
dapat mengekalkan hubungan dalam PIBG.
4.2 Beliau sangat mengharapkan pihak ibu bapa sudi memberi sumbangan dan
kerjasama kepada PIBG Sk Kg Shukor. Beliau selaku YDP memberi sokongan
sepenuhnya kepada PIBG Sk Kg Shukor dalam menjayakan setiap program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.
4.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak KETENGAH di atas sumbangan
sebanyak RM5000 kepada pihak sekolah untuk diagihkan kepada semua murid SK.
Kampung Shukor pada akhir Disember 2019 yang lalu sebagai bantuan awal
persekolahan.
4.4 YDP juga berharap agar ibu bapa dapat memberi kerjasama dalam setiap
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk sama-sama bergerak ke hadapan
demi kemajuan anak-anak dan pihak sekolah.

7

5. Ucapan Perasmian YBhg. Dato’ Zulkifli bin Mohamad D.P.M.T, S.M.Z, P.J.C, P.J.K
(Pengerusi Kemajuan Terengganu Tengah KETENGAH)

5.1 Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga Sk. Kampung Shukor
kerana dapat menjayakan majlis pada hari ini, mengucapkan terima kasih kepada dif-dif
jemputan,terima kasih kepada pegawai-pegawai KETENGAH yang mengiringi beliau pada
hari ini, Guru Besar dan YDP PIBG Sk Kg Shukor kerana dapat turut serta dalam majlis ini.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir. Mesyuarat
PIBG dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan yang memfokuskan kepada
kemenjadian murid.
5.2 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kegigihan pihak PIBG Sk Kg Shukor kerana
sudi menjemputnya lagi pada tahun ini. Beliau melahirkan rasa syukur kerana akhirnya
dapat hadir dan bertemu mata dengan warga Kampung Shukor.
5.3 Beliau memaklumkan bahawa SK Kampung Shukor merupakan anak angkat kepada
KETENGAH, maka dengan itu meminta agar anak-anak SK Kampung Shukor lebih berusaha
untuk kejayaan UPSR yang akan datang. Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada
guru-guru dan ibu bapa di atas pencapaian UPSR pada tahun lepas kerana semua calon
sifar E secara keseluruhannya.
5.4 Beliau memberikan cabaran kepada calon-calon UPSR 2020 untuk mencapai
kejayaan yang lebih baik dan akan berusaha untuk memberikan hadiah kepada mereka
yang berjaya dimana setiap 1 A murid akan mendapat RM50. Kepada guru-guru yang
mengajar UPSR pula akan mendapat imbuhan sebanyak RM100 setiap A yang dicapai oleh
murid-murid.
5.5 Beliau juga akan memberikan sumbangan sebanyak RM500 kepada setiap murid yang
berjaya masuk ke asrama apabila tamat UPSR.
5.6 Guru-guru juga akan diberi sumbangan untuk pakaian kokurikulum yang harus dipakai
pada setiap hari Selasa
5.8 Beliau akan menyampaikan sumbangan pakaian Kokurikulum pada hari ini kepada
semua murid tahap 2 iaitu dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 setiap orang.
Harapan beliau agar ibu bapa dapat menggunakan wang sumbangan yang diberikan untuk
membeli pakaian Kokurikulum yang lengkap kepada anak-anak. Sumbangan ini juga akan

8

diusahakan kepada guru-guru untuk pakej pakaian Kokurikulum dimana semua guru
harus memakainya pada setiap hari Selasa.
5.9 Beliau sangat mengharapkan agar murid-murid, ibu bapa dan warga sekolah
mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit
terutama penyakit Covid 19 yang menular sekarang.
6.0 Akhir sekali beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKKS 2020 kali ke-35 dengan
lafaz bismillah dan Al-Fatihah.

9

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -35

1. Memilih dan melantik Pengerusi Majlis
1.1 Puan Hasliza bt Abdul Halim telah dilantik selaku pengerusi sementara dalam

Mesyuarat Agung Agung PIBG kali ke- 34.
1.2 Hadirin sebulat suara menyokong dan melantik Pn. Hasliza bt Abdul halim sebagai

pengerusi sementara

2. Memilih dan melantik Pencatat minit mesyuarat
21. Puan Hartini binti Awang selaku setiausaha PIBG Sk. Kg. Shukor dan Puan Rosafizatul

Rafidah binti Haji Sabirun dilantik sebagai pencatat minit mesyuarat kali ke- 35

3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
3.1 Minit mesyuarat disahkan oleh En. Zainuddin bin Abd Rahim dan telah disokong

oleh Pn. Safariha Natasha bt Hassan

4. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan 2019

4.1 En. Mohd Rizal Bin Abd Aziz selaku bendahari PIBG membentangkan penyata

kewangan yang berakhir pada Februari 2020

4.2 Pendapatan tahunan 2019 RM 12597.00

4.3 Perbelanjaan tahunan 2019 RM 9776.00

4.4 Baki akhir 28/2/2020 RM 2821.00

4.5 Laporan diterima oleh Siti Johana bt Jusoh dan Puan Azilawati bt Zulkepli selaku

pemeriksa kira-kira PIBG 2019-2020

5. Membentang Aktiviti PIBG dan Laporan Sekolah 2019
5.1 Pembentangan aktiviti PIBG 2019 dan Laporan Sekolah seperti dilampiran buku program

PIBG ke- 35 pada muka 13 dan 14 telah dibentangkan oleh Guru Besar Sk Kampung
Shukor.
5.2 PIBG SK Kampung shukor telah mengadakan aktiviti berbuka puasa,Jamuan Hari Raya
Aidilfitri, Majlis Anugerah Kecemerlangan dan aktiviti gotong-royong pada tahun 2019
5.3 Analisa UPSR 2019 dimana semua calon mencapai 100% dalam Bahasa Melayu
Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa
Inggeris Penulisan 66.7%,matematik dan Sains juga 66.7%
5.4 Aktiviti Kokurikulum pula, dalam olahraga murid SK Kg Shukor berjaya ke peringkat
Daerah,dan bola sepak berjaya ke peringkat zon. Dalam ko akademik Bahasa Melayu
berjaya ke peringkat zon. Dalam Action Song dan Story Telling mendapat saguhati

10

6. Membahas dan menerima usul
6.1 Dipengerusikan oleh YDP PIBG En. Azhar bin Jambol
Usul 1 daripada Pn.Mek Raziah bt Mat Saat
Meminta pihak sekolah memastikan tidak ada murid yang melakukan perkara yang tidak
baik kepada murid lain seperti buli dan khianat. Usul telah dijawab oleh guru besar dimana
beliau memaklumkan setakat ini keadaan disiplin masih terkawal dan beliau akan
memastikan pihak sekolah akan membuat motivasi dan kecaknaan disiplin dalam
kalangan murid.
Usul 2 daripada Pn.Mek Raziah bt Mat Saat
Tentang kelas tambahan murid tahun 6. Guru besar menjawab usul dan memaklumkan
bahawa kelas tambahan akan bermula selepas cuti pertengahan penggal 1 iaitu pada akhir
bulan Mac
Usul 3 daripada Tengku Mazda bin Tengku Ishak
Mengasingkan tandas guru dan tandas murid
Dijawab oleh YDP akan diusahakan sekiranya ada peruntukan
Usul 4 daripada Pn. Syarifah bt Mohamad
Meminta pihak sekolah menyediakan bakul di setiap kelas untuk murid meletakkan buku
bagi meringankan beban beg berat
Usul dijawab oleh Pn. Hasliza yang memaklumkan bahawa sekolah memerlukan meja yang
sesuai untuk meletakkan bakul-bakul tersebut. Setakat ini pihak sekolah tidak mempunyai
meja yang sesuai
Usul 5 oleh Tengku Hassan bin Tengku Jaafar
Mempraktikkan bacaan sifir dalam kalangan murid
Usul dijawab oleh guru besar dimana aktiviti dan program ini telah lama dibuat oleh guru-
guru yang mengajar subjek Matematik. Kecaknaan dan kerjasama daripada ibu bapa juga
sangat penting supaya anak-anak tidak ketinggalan.
Usul 6 oleh
Meminta kelas KAFA disambung terus selepas waktu persekolahan
Usul dijawab oleh Ustaz Rizal. Murid-murid memerlukan waktu rehat untuk solat dan
makan sebelum memulakan kelas KAFA.

11

6.2 Guru Besar mengusulkan tentang yuran PIBG dan yuran kecemerlangan yang harus
dibuat oleh ibu bapa seperti butiran berikut:

i) Yuran PIBG RM30 untuk satu keluarga
ii) Yuran kecemerlangan murid tahap 1 RM15 setiap murid
iii) Yuran kecemerlangan murid tahun 4 dan 5 sebanyak RM20 setiap murid
iv) Yuran kecemerlangan murid tahun 6 RM100 setiap murid
Semua ahli Majlis Mesyuarat PIBG 2020 bersetuju untuk membuat bayaran tersebut.

12

7. Ucapan penangguhan
7.1 Guru Besar meminta ibu bapa atau penjaga datang berjumpa dengan pihak sekolah untuk
berbincang tentang anak-anak dan tidak menyebarkan apa-apa yang berlaku di sekolah bagi
mengelakkan daripada sebarang fitnah
7.2 Guru Besar juga meminta ibu bapa murid agar menjelaskan bayaran semula kepada pihak
sekolah yang telah membeli buku Bahasa Inggeris iaitu Buku Supermind untuk murid Tahun 1
bernilai RM12.90, Buku Get Smart untuk murid Tahun 4 yang bernilai RM17.00 manakala
Tahun 3 Buku Get Smart yang bernilai RM16.00
7.3 YDP membuat ucapan penangguhan mesyuarat pada jam 3.40 petang
7.4 Beliau juga menjelaskan sekali lagi supaya ibu bapa perlu bekerjasama dengan guru-guru
untuk membantu anak-anak mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
7.5 Beliau meminta kerjasama daripada semua guru, ibu bapa dan murid-murid menyertai
setiap program yang dijalankan di sekolah bagi mengeratkan lagi hubungan terutama
menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung yang diadakan pada setiap tahun

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………….. ……………………………………………..
(HARTINI BINTI AWANG) (AZHAR BIN JAMBOL)
Setiausaha PIBG, YDP KEHORMAT,
Sk. Kampung Shukor Sk Kampung Shukor

13

LAPORAN KEWANGAN PIBG 2020-2021

LAPORAN KEWANGAN PIBG

PENYATA KEWANGAN PIBG SK KAMPUNG
SHUKOR UNTUK TEMPOH MAC 2020 HINGGA

OKTOBER 2021

TARIKH PENDAPATAN/ PENERIMAAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
20.00
1.3.2020 Baki dibawa ke hadapan 2821.00 28.7.2020 Duit minyak - urusan Bank Rakyat 300.00
110.00
28.6.2020 Sumbangan Kebunika Sdn Bhd 500.00 11.8.2020 Jamuan Mesyuarat PIBG kali ke-2 20.00
1000.00
28.7.2020 Bayaran balik BAP 2020 400.00 19.8.2020 Jamuan gotong royong 450.00
20.00
28.7.2020 Bayaran balik buku Superminds 500.00 19.8.2020 Duit Minyak - urusan Bank Rakyat 5000.00
30.00
26.8.2020 Sumbangan YB Roslee Daud 500.00 25.8.2020 Pembelian perabot sekolah 10000.00
1500.00
10.9.2020 Yuran PIBG 2020 1170.00 8.9.2020 Upah sewa lori gotong royong 200.00
500.00
12.9.2020 Sumbangan Duit Zakat - Bank Rakyat 5000.00 10.9.2020 Duit minyak - urusan Bank Rakyat 500.00

7.12.2020 Sumbangan Pembinaan garaj 10000.00 15.9.2020 Pengeluaran duit zakat

10.1.2021 Sumbangan pembinaan mercu tanda sekolah 1500.00 15.9.2020 Duit minyak- urusan Bank Rakyat

10.5.2021 Sumbangan Penyelaras Dun Ust.Ghazali 500.00 15.12.2020 Pengeluaran duit pembinaan garaj

9.6.2021 Sumbangan Yb Roslee Daud 1,000.00 15.2.2021 Pengeluaran duit pembinaan mercu tanda

16.6.2021 Pembayaran balik duit BAP 400.00 18.2.2021 Pembelian cat

31.8.2021 Baki di Bank Rakyat 513.00 18.2.2021 Sumbangan Persaraan En. Latif

11.10.2021 Yuran Pibg 2021 sehingga 11.10.21 630.00 9.8.2021 Sumbangan Santun Cakna Surau As-Syakirin

15.10.2021 Baki di tangan 307.00

Jumlah Pendapatan/ Penerimaan 25741.00 Jumlah Perbelanjaan/
Pembayaran 19650.00
Disahkan oleh :
Nota : Pendapatan 25741.00 ….............................
Perbelanjaan 19650.00 AZHAR BIN JAMBOL
Baki Akhir 15 Oktober 2021 PENGERUSI PIBG
6091.00

Disediakan oleh :

….......................................
MOHD RIZAL BIN ABD AZIZ
BENDAHARI PIBG

Dengan tugas yang di
pertanggungjawabkan kepada
kami dan setelah selesai
menyemak semua penyata
akaun, kami dengan
mengesahkan bahawasanya
penyata akaun ini di sahkan betul.

…...................................... …...............................................................
NIK SHELLINA BT. AWANG TENGKU KASMAWATI BINTI TENGKU MUDA
Pemeriksa Kira- kira (i) Pemerksa Kira-kira (ii)

14

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Yang Dipertua Dan Ahli Jawatankuasa PIBG

Sekolah Kebangsaan Kampung Shukor
Setinggi-Tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Khasnya kepada:

MOHD DIN BIN JUSOH

PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
(UNIT PRASEKOLAH DAN RENDAH)

Yang Dihormati
Tuan Guru Besar, Barisan Guru-Guru Penolong Kanan SKAKO

Guru-Guru, Staf Sokongan
AJK Pengelola Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36

Ibu Bapa
Dan Semua Yang Terlibat Secara Langsung Dan Tidak Langsung

Dalam Menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 Tahun 2021

Dan Para Penyumbang
Semoga Mendapat Keberkatan

15


Click to View FlipBook Version