[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
SURAH HAFAZAN SEMESTER 4
AL-'ALAQ
AL-QADR
1
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Membaca ayat 30-31 Surah an-Nur dengan betul dan bertajwid.
2. Menyatakan intisari ayat 30-31 surah an-Nur.
3. Menjelaskan tuntutan menjaga pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan.
4. Menjelaskan batas-batas pergaulan dan aurat dalam Islam.
5. Sentiasa memelihara aurat dan maruah diri.
Maksudnya :
“ Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram ) dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ; sesungguhnya Allah amat
mendalam pengetahuanNya tentang apa-apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada
perrempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada
memandang yang haram ), dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan
janganlah mereka melihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau
bapa mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam
2
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang lebih tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan atau anak-anak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya ”.
INTISARI AYAT
Ayat ini menjelaskan perintah Allah SWT berkaitan dengan:
i. Kewajipan memelihara kehormatan diri agar tidak timbul fitnah.
ii. Memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang ditegah dan haram.
iii. Tidak mempamerkan barang-barang perhiasan yang dipakai.
iv. Batasan aurat dan golongan yang dibenarkan melihat aurat wanita.
v. Menutup aurat dan belahan baju di dada.
TUNTUTAN MENJAGA PANDANGAN DARIPADA MELIHAT PERKARA YANG DIHARAMKAN
Islam mewajibkan setiap umatnya menjaga pandangan daripada melihat perkara yang
diharamkan. Contoh perkara yang haram dilihat ialah:
Melihat aurat orang lain.
Gambar / video lucah.
Perkara-perkara maksiat.
BATAS-BATAS PERGAULAN DAN AURAT DALAM ISLAM
Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
i. Dilarang memandang orang yang bukan mahram kecuali dalam situasi yang dibenarkan
seperti menuntut ilmu, mendapatkan rawatan dan bermuamalat.
ii. Dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan.
iii. Dilarang bersentuhan anggota badan.
iv. Wanita dilarang melunakkan suara ketika berbicara dengan lelaki yang bukan mahram.
v. Dilarang berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
3
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
Batasan aurat :
KATEGORI AURAT
i. Lelaki dalam semua keadaan kecuali bersama Dari pusat hingga lutut
isteri
ii. Perempuan dengan lelaki mahram Dari pusat hingga lutut
iii. Perempuan dengan perempuan Dari pusat hingga lutut
iv. Perempuan dengan lelaki bukan mahram Seluruh tubuh badan
v. Perempuan dengan perempuan bukan Islam kecuali muka dan dua
tapak tangan
Golongan yang dibenarkan melihat aurat wanita ialah:
Suami / bapa / bapa mertua / anak / adik beradik / anak saudara lelaki /
hamba/Kanak-kanak / lelaki tua uzur yang putus nafsu.
PENGAJARAN AYAT
i. Kita wajib menghindari diri daripada perkara-perkara yang haram dilihat.
ii. Umat Islam wajib memelihara kehormatan diri dengan menjauhi perkara-perkara
haram seperti zina, liwat, musahaqah, onani dan sebagainya.
iii. Kita wajib menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.
4
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
HADIS- MENJAUHI RASUAH
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Membaca hadis dengan betul
2. Menyatakan terjemahan hadis.
3. Menjelaskan maksud rasuah.
4. Menyatakan contoh-contoh rasuah.
5. Menjelaskan keburukan rasuah pada diri, masyarakat dan negara.
6. Menyenaraikan cara-cara menjauhi rasuah.
7. Menjelaskan pengajaran hadis.
8. Sentiasa amanah dalam kehidupan.
Maksudnya : “ Daripada Abu Hurairah r.a, berkata, bersabda Rasulullah SAW:
Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah
dalam penetapan keputusan”.
(Diriwayatkan oleh Ahmad)
MAKSUD RASUAH
i. Maksud rasuah ialah apa yang diberikan oleh seseorang untuk menjadikan
undang-undang itu berpihak kepadanya, atau berjalan mengikut kehendaknya.
ii. Rasuah terjadi apabila seseorang itu memberikan sesuatu sama ada
berbentuk barangan atau perkhidmatan untuk mendapatkan sesuatu yang
bukan haknya.
5
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
CONTOH RASUAH
i. Contoh pemberi rasuah: Apabila ditahan oleh polis, maka yang bersalah
ingin melepaskan diri dengan memberi sedikit wang untuk tujuan itu.
ii. Contoh penerima rasuah: Apabila mereka ingin meluluskan sesuatu projek,
maka mereka meminta rasuah atau rela diberi sesuatu imbuhan daripada pemohon.
KEBURUKAN RASUAH PADA DIRI, MASYARAKAT DAN NEGARA
i. Diri Mendapat laknat daripada Allah SWT.
Ii. Masyarakat Mendapat azab di akhirat.
Dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat.
iii. Negara
Masyarakat hidup dalam keadaan mundur, tertindas dan
dizalimi.
Masyarakat menjadi huru-hara dan tidak bermoral.
Kes jenayah semakin meningkat dalam kalangan
masyarakat.
Masyarakat hidup dalam ketakutan.
Maruah negara runtuh di mata dunia dan dipandang
rendah oleh negara lain.
Ekonomi negara menjadi mundur.
Pelabur luar tidak berminat melabur dalam negara.
Boleh membahayakan keselamatan negara.
Pembangunan negara terbantut kerana projek-projek yang
dijalankan tidak berkualiti.
6
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
CARA MENJAUHI RASUAH.
i. Mendalami ilmu agama dengan belajar bersungguh-sungguh.
ii. melaporkan sebarang aktiviti rasuah kepada pihak berkuasa.
iii. Sentiasa mengingati Allah pada setiap masa.
iv. Meningkatkan keimanan dengan menyakini bahawa pelaku rasuah akan diazab di
akhirat kelak.
v. Sentiasa berakhlak mahmudah dalam setiap tindakan.
PENGAJARAN HADIS
i. Amalan rasuah adalah perbuatan yang dilaknat oleh Allah.
ii. Pemberi dan penerima rasuah akan diazab oleh Allah SWT di akhirat kelak sekiranya
tidak bertaubat.
iii. Rasuah mendatangkan kesan buruk pada diri, masyarakat dan negara.
SENTIASA AMANAH DALAM KEHIDUPAN.
i. Kita hendaklah sentiasa berakhlak dengan akhlak mahmudah setiap masa.
ii. Kita hendaklah sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan sekolah
atau rumah.
iii. Sentiasa menepati masa menghadiri kelas atau aktiviti sekolah.
iv. Sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah.
7
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
Tajuk 1: AQIDAH-ISLAM AGAMA YANG BENAR
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang benar dan diredhai Allah
2. Menjelaskan bahawa Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
3. Berusaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
PENGENALAN
Islam ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan
Muhammad SAW itu adalah pesuruhNya. Penyaksian ini diakui dengan hati dan disebut dengan
lidah serta dibuktikan oleh anggota badan.
Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada rasul Nya Muhammad bin Abdullah sebagai
penutup bagi semua risalah ketuhanan. Ia bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama
diturunkan di Gua Hira', Arab Saudi.
Agama ini mengandungi enam rukun Iman dan lima rukun Islam serta Ihsan dalam melaksanakan
rukun-rukun tersebut. Ia adalah satu agama yang benar. Allah SWT tidak menerima seseorang itu
beragama melainkan Islam.
Allah SWT telah menjadikan Islam satu agama yang mudah, tidak susah dan tidak membebankan ke
atas penganutnya dengan sesuatu yang di luar kemampuan dan keupayaan mereka. Ia satu agama
yang berasaskan kepada tauhid, bersimbolkan kebenaran, berpaksikan keadilan dan berteraskan
sifat rahmat ke atas sekalian alam.
CIRI-CIRI ISLAM AGAMA YANG BENAR
BIL CIRI PENERANGAN
1 Rabbaniyyah Segala bentuk, peraturan, konsep dan prinsip dalam ajaran Islam telah
ditetapkan dan datang dari Allah (Rabb) yang sempurna dari segala segi,
bukannya ciptaan manusia yang serba kekurangan.
2 Syumuliyyah Islam merupakan agama yang lengkap serta menyeluruh yang mencakupi
seluruh aspek kehidupan manusia sama ada politik , ekonomi, perundangan
sosial, akhlak, sains budaya dan lain-lain
3 Waqi’iyyah Ajaran Islam bersifat praktikal dan boleh diamalkan serta bersesuaian dengan
realiti kehidupan manusia . Islam memberi penyelesaian kepada semua
permasalahan.
Contoh:Islam menggalakkan penggunaan akal dalam memahami agama, tidak
seperti dalam ajaran Kristian Katholik yang mengarahkan penganutnya
menerima sahaja fahaman gereja, yang akhirnya menyebabkan munculnya
Kristian Protestan.
4 ‘Alamiyyah Islam bersifat universal, iaitu agama yang sesuai dengan semua manusia serta
tidak terikat dengan masa, suasana dan tempat.
Contoh: Islam menjamin hak asasi manusia(kebebasan beragama, melindungi
nyawa, memiliki harta dan memelihara maruah) tanpa mengikut status dan
8
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
kedudukan seseorang.
5 Murunah Islam ialah agama yang fleksibal atau anjal, iaitu berubah mengikut
kesesuaian, namun masih tetap atas prinsip asasnya. Islam bersifat mudah
dan memudahkan.
Contoh: kemudahan solat dengan cara duduk, berbaring dan sebagainya,
tetapi prinsip asasnya solat mesti ditunaikan dalam keadaan apa sekali pun.
TAJUK 2 : AQIDAH - ISLAM AGAMA YANG SESUAI DENGAN FITRAH
Antara bukti yang menunjukkan Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia:
BIL ASPEK PENERANGAN
1. AKIDAH
Akidah tauhid yang menjadi ajaran Islam adalah sesuai dengan fitrah manusia
yang tidak dapat menerima kewujudan lebih dari satu tuhan sebagaimana firman
Allah ِّ ِبdرaَ laِهmلاـsلuاraنhَ aاlَح-Aْبnُسbiyَفa’ۚayaاtَت2 َد2 َل ْو َكا َن فِي ِه َما آ ِل َهةٌ ِإَاّل اللاـهُ َل َف َس
﴾٢٢﴿ ا ْل َع ْر ِش َع اما َي ِصفُو َن
Maksudnya :“Kalau ada di langit dan di
bumi tuhan-tuhan Yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya.
maka (bertauhidlah kamu kepada Allah Dengan menegaskan): Maha suci Allah, Tuhan
Yang mempunyai Arasy, dari apa Yang mereka sifatkan”.
Kedudukan Allah sebagai satu-satunya Tuhan dijelaskan sendiri oleh Allah dalam
kitab suci al-Quran menerusi surah al-Ikhlas. Dalam ajaran Kristian kedudukan
nabi Isa sebagai tuhan atau bukan tuhan, dan kedudukan Ruhul Kudus ditentukan
melalui muktamar penganut Kristian di Kota Nicea pada tahun 325M dan
disambung lagi pada tahun-tahun berikutnya kerana tidak mencapai kata sepakat.
2. PERATURAN HIDUP Peraturan dan garis panduan hidup manusia yang berdasarkan hukum syara’ yang
lima (wajib, sunat, haram, makruh dan harus) sesuai dengan fitrah dan manfaat
hidup manusia.
Contoh1 :
Ketika Islam mewajibkan solat fardhu, maka ia merupakan makanan bagi roh
sebagaimana nasi mengisi keperluan jasmani. Jika manusia mengabaikannya, maka
manusia terdedah kepada perlakuan maksiat zahir dan batin kerana keperluan roh
yang tidak terisi.
Contoh 2 :
Ketika Islam mengharamkan arak, itu adalah kerana secara fitrah tubuh badan tidak
mahu disakiti, akal secara fitrah mesti dijagai agar dapat membezakan manusia degan
sifat haiwani.
Contoh 3 :
Islam meraikan fitrah keinginan hidup berpasangan dan kasih mengasihi, maka
dianjurkan perkahwinan. Ini berlawanan dengan ajaran Nasrani, di mana para pendeta
9
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
3. PELAKSANAAN dilarang berkahwin sebagai satu cara hidup.
IBADAT
Dalam ibadat, Islam tidak membenarkan penyeksaan diri. Kerana itu orang yang
sakit boleh meninggalkan puasa dan orang yang musafir boleh mengqasar atau
menjama’ solatnya. Dalam agama Hindu diajarkan penyeksaan diri seperti
berpuasa dalam tempoh yang lama. Raja Sreyama dan permaisurinya mati kerana
puasa terus menerus. Mati dalam ibadat menyeksa diri itulah mati yang suci.
4. KEMASYARAKATAN Dari segi kemasyarakatan, Islam mengajar semua manusia adalah sama, tidak ada
yang dianggap lebih daripada yang lain.
Bangsa Yahudi sangat megah dengan bangsa mereka sebagai bangsa pilihan Allah
dan memandang rendah bangsa lain, sehingga disebutkan dalam Kitab Tamud
bahawa bangsa yahudi dilarang membunuh, berzina dan mencuri, kecuali kepada
umat lain. Perbuatan seorang Yahudi membunuh umat yang lain adalah suatu
korban kepada Allah. Perbuatannya mencuri harta umat lain adalah perbuatan
mengembalikan hak kepada yang punya kerana semua harta di alam ini adalah
milik bangsa Yahudi.
USAHA MELAKSANAKAN TUNTUTAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT DAN
BERNEGARA
Islam sebagai agama yang sempurna menyeru umatnya mencari kebahagaian dunia dan akhirat.
Oleh itu, cara hidup kependitaan dan pertapaan tidaklah sesuai dengan ajaran islam. Sebaliknya
setiap manusia mempunyai tanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Firman Allah dalam surah al-Qasas 77 :
أَ ْح َس َن ال ُّد ْن َيا َوأَ ْح ِسن َك َما َن ِصي َب َك ِم َن َّل الاُ ال ادا َر ا ْْل ِخ َرةَ َوََّل تَن َس َوا ْبتَ ِغ فِي َما آتَا َك
(٧٧) ا ْل ُم ْف ِس ِدي َن َّل الاَ ََّل يُ ِح ُّب تَ ْبغِ ا ْل َف َسا َد ِفي ا ْْلَ ْر ِض إِ ان َّل الاُ إِ َل ْي َك َوََّل
Maksudnya :
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu)
dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan
kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan
".
Antara usaha melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara
1. Menuntut ilmu sebanyak mungkin dan berusaha memahami akidah Islam serta syariat Islam.
2. Melaksanakan syariat Islam keseluruhannya dengan yakin.
3. Berusaha melaksanakan seluruh tuntutan Islam dan meninggalkan larangan Allah.
4. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ke arah menjamin masyarakat dan negara yang
diredhai Allah.
10
[Modul Nota Pendidikan Islam Se
TAJUK 3 : AQIDAH- PERBEZAAN ISLA
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Perbezaan antara akidah Islam dan akidah
sumber pegangan dan kehidupan selepas m
2. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam
pegangan.
3. Menyatakan perbezaan antara akidah Islam
selepas mati.
BIL PERKARA ISLAM
MAJUSI H
1. Keesaan Merupakan Tuhan ada dua, Trimurti (
Tuhan agam tauhid, iaitu: 1. Brah
iaitu Tuhan 1. Tuhan cahaya/ 2. Wisy
hanya satu iaitu kebaikan (pem
Allah, tiada (Ahurarnazda) 3. Syiw
tuhan selain dan
Dia. 2. Tuhan gelap/ (kitab su
kejahatan mengat
(Ahriman) satu; pe
pemelih
Penganut agama pembina
ini menyembah api Tuhan itu
sebagai lambang
Tuhan Cahaya.
2. Sumber Kitab suci Al- Kitab Avesta dalam Kitab Wi
bahasa Persia kuno, bahasa
pegangan Quran dan sebahagian besar tinggi, m
dari kitab sudah bahasa
Sunnah hilang, sebahagian mati, tel
diterjemah ke dalam b
Rasullullah SAW bahasa Persia biasa boleh di
untuk kegunaan umum.
bacaan dalam
sembahyang.
em. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
AM DENGAN AGAMA LAIN
h agama-agama lain dari sudut keesaan Tuhan,
mati.
m dan akidah agama-agama lain dari sudut sumber
m dan akidah agama-agama lain dari kehidupan
HINDU AGAMA-AGAMA LAIN BUDDHA
KRISTIAN
Siddharta, pengasas ajaran
(bertuhan tiga): Triniti (bertuhan tiga): Buddha tidak membincangkan
hma (pencipta), 1. Allah (Tuhan tentang ketuhanan. Ini
ynu Bapa), menimbulkan pelbagai
melihara) dan 2. Nabi Isa (Tuhan pandangan samada ia
wa (pembinasa) Anak) dan sebagai sebuah agama atau
uci Hindu 3. Ruhul kudus aliran falsafah.
takan Tuhan itu
encipta (ajaran asal nabi isa Walaubagaimanapun wujud
hara dan adalah tauhid). beberapa kepercayaan dalam
asa adalah sifat Budhha seperti Konsep Nirvana,
u) Konsep Dewa-dewa dan
kepercayaan kepada roh dan
hantu.
ieda dalam Kitab injil (perjanjian Buddha ialah agama dan falsa
Sanskerta yang baru) sebanyak 4 fah yang berasaskan ajaran
merupakan buah (Matius, Markus, Buddha Śakyamuni (Siddhartha
yang telah Lukas dan Yahya). Gautama) yang mungkin lahir
lah disallin ke Manakal ada injil-injil pada kurun ke-5 sebelum
bahasa yang yang dibatalkan masihi.
ibaca oleh kerana masih
menjelaskan ajaran Agama Buddha menyebar ke
11 nabi Isa yang asli benua India dalam 5 kurun
seperti Injil Barnaba. selepas Baginda meninggal
dunia. Dalam dua ribu tahun
yang seterusnya, agama
[Modul Nota Pendidikan Islam Se
3. Kehidupan Manusia akan Percaya kepada Percaya
penjelm
selepas dibangkitkan akhirat hitungan seseoran
masuk k
mati semula selepas amal, titian dan yang ba
Kelahira
mati, neraka jahanam . kedalam
lebih ting
dikumpulkan Percaya kepada bergant
amalan
dipadang kehidupan akhirat mengiku
(baik dib
Mahsyar untuk seseorang dibalas j
seseoran
menerima kitab ditentukan oleh baik ia a
nirwana
amal, melalui amal perbuatan dengan
tidak ak
titian Sirat, didunia
menuju Syurga
Atau Neraka.
MEYAKINI ISLAM SEBAGAI SATU-SATUNYA AGAMA YANG BENAR
Keistimewaan Islam adalah sumber-sumber ambilannya jelas dan te
Ajaran Islam membawa kesejahteraan hidup di dunia dan hidup sele
em. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
Buddha telah tersebar ke
tengah, tenggara dan
timur Asia.
Kini, agama Buddha telah
dipaparkan sebagai tiga aliran
utama iaitu Theravada
(Bahasa Sanskrit:
Sthaviravāda),Mahayana,
and Vajrayana.
a kepada Semua penganut Setelah kematian roh akan
maan semula bila kristian akan selamat masuk ke alam roh dan
ng mati rohnya dalam kehidupan tinggal di sini sementara
kedalam bayi selepas mati . menunggu kehidupan
aru lahir . Perhitungan selepas seterusnya.
an semula mati hanya atas bukan Jika roh tersebut melakukan
m kasta yang penganut kristian banyak amalan baik
ggi atau rendah semasa berada di dunia
tung kepada dan tidak membuat
seseorang sebarang dosa, ia akan
ut hokum karma diberi pilihan samada
balas baik jahat tinggal di alam roh, masuk
jahat) Jika ke syurga atau lahir kembali
ng berterusan di dunia.
akan mencapai Jika orang yang mati itu
a(bersatu pernah melakukan dosa,
n brahma) dan rohnya akan dimasukkan ke
kan lahir lagi. dalam neraka sebagai
hukuman. Selepas tempoh
hukuman selesai, roh itu
akan dilahirkan kembali ke
dunia itu. Setelah lahir ke
dunia ini, kitaran kehidupan
bermula lagi.
Agama Buddha mendakwa
roh yang membuat dosa
yang besar akan dilahirkan
ke dunia ini sebagai
binatang yang kotor dan
busuk.
erjamin(Al-Quran dan As-Sunnah).
epas mati (akhirat).
12
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
TAJUK 4 : AQIDAH - MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Menyatakan tentang tanggungjawab mempertahankan akidah Islam.
2. Menjelaskan kepentingan mendapatkan bimbingan daripada guru yang diiktiraf.
3. Menolak dan menjauhi amalan yang bertentangan dengan akidah Islamiah.
4. Menjelaskan wajib berpegang kepada akidah yang benar berdasarkan Al-Quran
dan As-Sunnah.
TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM
Anugerah Allah yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam. Di dalam al-Quran, secara
tuntas mengatakan bahawa Islam hanyalah satu-satunya cara hidup yang diiktiraf (surah Ali-Imran
ayat 19) dan Allah tidak menerima cara hidup selain daripada Islam (surah Ali-Imran ayat 85). Nabi
SAW meletakkan asas Islam mesti mengatasi yang lain. Sehubungan itu, Seluruh umat Islam wajib
mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa
menghadapi apa sahaja rintangan.
CARA MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM
i) Wajib berpegang kepada akidah yang benar berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Seseorang yang mengakui dirinya seorang Islam dan beriman, serta mengharapkan kejayaan di akhirat
kelak, wajib mendekatkan diri dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Menjadikan keduanya sebagai
petunjuk dan panduan hidup. Firman Allah SWT Ayat 13, Surah an-Nisa' “ Sesiapa yg taatkan Allah
(maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, berpandu dgn as-
Sunnah), akan dimasukkan Allah ke dalam syurga” Orang Islam yang beriman dan yakinkan wujudnya
kehidupan yang kekal di akhirat, serta yakin dengan hari pembalasan, wajib belajar dan memahami al-
Quran, supaya benar-benar terpandu. Orang yang terpandu dalam hidupnya pastilah dia melakukan
segala sesuatu untuk memaksimumkan ganjaran pahala dan meminimumkan dosa-dosa yang terkena
padanya dalam hidupnya. Kerana itu sahajalah yang dapat menjamin kesejahteraan akhirat.
ii) Mendapatkan bimbingan daripada guru yang diiktiraf keilmuannya.
Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap orang muslim. Setiap muslim mesti melengkapkan
diri dengan ilmu tauhid, syariah dan tasawuf Islam dengan menuntut ilmu daripada guru yang
mursyid, muktabar dan diiktiraf keilmuaannya. Hal ini sangat penting bagi memastikan ajaran dan
ilmu yang diperolehi adalah yang benar dan diredhai oleh Allah.
iii) Menolak dan menjauhi amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.
Setiap umat Islam wajib menghindarkan diri mereka daripada terlibat dengan perkara-perkara yang
boleh merosakkan atau membatalkan iman seperti syirik, khurafat, kufur, riddah, nifak dan sihir.
Melalui cara ini mereka akan terselamat daripada godaan syaitan yang sentiasa mencari jalan agar
13
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
mereka tersesat ke jalan Allah. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberi ketahanan iman yang
kukuh di dalam hati dan sentiasa berada di jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.
KEWAJIPAN BERPEGANG KEPADA AKIDAH YANG BENAR BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
1. Dapat membersihkan akidah daripada kekeliruan dan kesesatan.
2. Menjadi asas kepada penerimaan sesuatu amalan.
3. Menjalani hidup yang diredai oleh Allah.
KEPENTINGAN MENDAPATKAN BIMBINGAN DARIPADA GURU YANG DIIKTIRAF KEILMUANNYA.
Oleh kerana soal akidah merupakan tunjang kepada segala hal berkaitan agama, maka ilmu ini
tidak hanya boleh diperolehi dengan jalan membaca buku sahaja, atau menerusi pembacaan
dan menerusi internet sahaja.
Seorang yang menuntut ilmu akidah mesti mendapat bimbingan dari guru yang diiktiraf
keilmuannya agar tidak mendapat ajaran yang salah dan menyeleweng.
Sebagai contoh, seseorang yang mempelajari ilmu tajwid perlu belajar secara terus dari
guru(talaqqi musyafahah) kerana guru boleh membetulkan kesilapan bacaan, berbeza dengan
belajar melalui CD yang hanya boleh mengajar tetapi tidak boleh membetulkan.
MENOLAK DAN MENJAUHI DARIPADA AMALAN-AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH
ISLAM.
Beberapa kepercayaan dan amalan dalam kalangan oramg Melayu khususnya berasal dari
agama lain. Amalan-amalan ini ada yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri, tetapi
terus diamalkan kerana menjadi kepercayaan dan adat turun-temurun.
Contoh-contohnya adalah seperti berikut:-
Perjuangan berasaskan bangsa seperti yang diamalkan oleh bangsa Yahudi.
Fahaman kesatuan alam dengan Tuhan (wahdatul wujud) dalam beberapa aliran tasauf, seperti
ajaran Nirwana yang terdapat dalam agama Hindu.
Tarian-tarian yang ada unsur pemujaan seperti mak yong, ulek mayang dan kuda kepang.
Amalan yang ada unsur kurafat seperti adat menepung tawar ketika majlis prsandingan.
Amalan berkabung sehingga melebihi 3 hari bagi pembesar-pembesar Negara.
Amalan meletakan bunga dan menghormati tugu negara semasa Hari Pahlawan yang
mengandungi unsur syirik seperti dalam agama Hindu.
Amalan membakar kemenyan atau setanggi juga merupakan ajaran dari agama Hindu.
14
TAJUK 1 : [Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
IBADAT - KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Menyatakan konsep perniagaan dalam Islam.
2. Menerangkan galakan berniaga dalam Islam.
3. Menyatakan ciri-ciri perniagaan yang dilarang dalam Islam.
4. Menyatakan adab dan etika dalam perniagaan Islam.
5. Menyatakan prinsip asas :
i. Jual beli dan tempahan.
ii. Sewaan
iii. Hutang dan pembiayaan.
iv. Syarikat
v. Takaful
vi. Zakat harta dan perniagaan
1. Menjelaskan tatacara penubuhan dan pengoperasian syarikat secara Islam.
2. Mengamalkan prinsip-prinsip perniagaan secara Islam.
KONSEP PERNIAGAAN DALAM ISLAM
DEFINISI
• Perniagaan ialah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan
perkhidmatan.
• Syed Sabiq pula mendefinisikan perniagaan sebagai satu proses iaitu apabila perniagaan itu
berfungsi melalui pertukaran harta dengan harta di atas persetujuan penjual dan pembeli
mengikut cara-cara yang diizinkan oleh syarak.
Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu
kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan
persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).
Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar
tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di
sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya:
"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin
dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi).
15
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
GALAKAN BERNIAGA Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan.
DALAM ISLAM.
Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang
sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW.
Rasulullah SAW seorang ahli perniagaan yang berjaya. Rasulullah
S.A.W. pernah menjadi wakil peniaga kepada Khadijah binti
Khuwailid RA ke negeri Syam.
Rasulullah menegaskan bahawa 1/10 daripada rezeki datangnya
dari perniagaan. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu
hadis bermaksud:
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Riwayat
Tirmizi).
Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan
harta dan barangan yang diingini. Pensyariatan perniagaan ini
adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia.
Islam sangat menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti
perniagaan untuk kepentingan dan perhubungan yang baik
sesama manusia.
Firman Allah S.W.T.: (Surah AI-Baqarah: Ayat 275)
Maksudnya: “Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba”.
CIRI-CIRI PERNIAGAAN Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:
YANG DILARANG i. Sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal,
DALAM ISLAM membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.
CARA MEMPEROLEHI ii. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil
KEBERKATAN DALAM dalam pelbagai cara dan bentuk seperti mencuri, merompak,
BERNIAGA menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya.
iii. Penipuan dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan
tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal
dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
iv. Rasuah seperti dalam usaha mendapat projek dan peluang
pernigaan yang lebih luas.
v. Memonopoli barangan (ihtikar).
vi. Mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
vii. Menjual buah-buahan yang masih di pokok.
1. Membayar zakat perniagaan.
2. Memberikan sumbangan untuk kebaikan agama/ melakukan
sedekah jariah.
3. Jujur/ amanah sepanjang masa berniaga.
16
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
ADAB DAN ETIKA Islam menggariskan beberapa adab untuk diamalkan semasa berniaga.
DALAM PERNIAGAAN
1. Amanah
ISLAM.
• Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak
menipu dalam perniagaan.
• Contohnya peniaga tidak sepatutnya mencampur buah-buahan
yang lama dengan yang baru dan menjualnya dengan harga yang
sama nilai. Manakala pembeli haruslah bersikap jujur sekiranya
penjual tersilap memulangkan wang.
2. Ihsan
• Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan
mengambil kira semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan
daripada Allah S.W.T. di samping mendapat keuntungan.
3. Bekerjasama
• Penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul
sebarang perkara yang tidak diingini.
4. Tekun
• Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-
sungguh agar perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.
5. Menjauhi perkara yang haram
• Penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa
menjalankan perniagaan. Contohnya menipu dalam timbangan,
menjalankan muamalat riba, menyorok barang, dan menjual
barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak.
6. Melindungi penjual dan pembeli
• Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-
masing. Contohnya penjual memberikan peluang yang secukupnya
kepada pembeli untuk membuat pilihan ketika hendak membeli
sesuatu barangan.
FAEDAH BERADAB DALAM BERNIAGA
Akan lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera
Tidak akan berlaku penindasan dan penipuan di kalangan penjual
dan pembeli
Mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
Mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah nabi
Mendapat keuntungan dalam aktiviti jual beli yang dijalankan.
Merapatkan hubungan silaturahim dan dihormati masyarakat
Meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam
17
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
TAJUK 2 : IBADAT - MUAMALAT DALAM ISLAM
1. JUAL BELI DAN TEMPAHAN RUKUN JUAL BELI :
PENGERTIAN JUAL BELI 1. PENJUAL & PEMBELI
2. BARANG
Jual beli ialah menukarkan sesuatu barang 3. HARGA
dengan barang yang lain dengan cara yang 4. IJAB & QABUL (AKAD/KONTRAK)
tertentu
Hukumnya : harus sekiranya reda meredai 3. SYARAT SAH HARGA
Bersih : tidak sah harga
1. SYARAT SAH PENJUAL & PEMBELI jika tidak bernilai di sisi
Mukallaf: iaitu aqil baligh. Tidak sah jual syarak spt arak
beli kanak-kanak Harga adalah milik
Kemahuan sendiri : tidak sah jika dipaksa pembeli : tidak sah jual
Merdeka : tidak sah oleh hamba beli dgn wang bukan
Bukan daripada golongan yang ditahan kepunyaan pembeli
hartanya kerana bangkrap atau tidak Harga itu mampu
waras diserahkan oleh pembeli
Beragama Islam : khas bagi jual beli Al- kepada penjual
Quran & hadis Penjual dan pembeli
tahu jenis mata wang
Info : digunakan
1. Menurut mazhab Hanbali kanak-kanak boleh 4. SYARAT SAH IJAB & QABUL (AKAD)
berjual beli sekiranya melibatkan nilai yang - Ijab & qabul ialah persetujuan antara
sedikit spt gula-gula.
kedua-dua belah pihak
2. Menurut mazhab Hanafi kanak-kanak yang
mumayyiz sah melakukan jual beli. Tidak diselangi dengan kata-kata lain
Bersamaan ijab dgn qabul walaupun
2. SYARAT SAH BARANG
Bersih & suci : tidak sah menjual najis spt berlainan lafaz
bangkai, anjing, arak & babi Tidak boleh ditaklikkan iaitu
Berfaedah : tidak sah menjual barang
yang tidak berfaedah spt sebiji padi bergantung pada sesuatu perkara.
Kepunyaan penjual atau wakilnya : tidak Cth : “Aku jual beras ini dengan syarat
sah menjual harta waris sedangkan ia engkau menyerahkan baju engkau
masih hidup kepadaku”
Boleh menyerahkan barang kepada Tidak boleh dihadkan masa. Cth : “Aku
pembeli semasa aqad kecuali jual beli jual kereta ini selama sebulan sahaja”.
bertangguh iaitu salam. Tidak sah
menjual barang yang hilang atau dicuri
Penjual dan pembeli mengetahui jenis,
kadar & sifat barang jualan. Tidak sah
menjual barang yang tidak boleh dilihat
spt jual beli burung di udara
18
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
MAKSUD TEMPAHAN ( AS-SALAM) SYARAT SAH TEMPAHAN
Jual beli sesuatu barangan secara 1. Hendaklah ia diketahui jenisnya.
tangguh dengan bayaran harga secara 2. Hendaklah diketahui sifatnya.
tunai 3. Hendaklah diketahui jumlahnya.
4. Tempoh penyerahan ditentukan.
Iaitu menjual barangan yang telah 5. Mengetahui kadar nilai harganya.
disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, 6. Hendaklah tempat penyerahannya
kualiti dan kuantiti secara terperinci
dengan bayaran harganya dibuat dimaklumi jika membawa barang
secara tunai, manakala penyerahan tempahan ke sana memerlukan
barang ditangguhkan pada suatu masa perbelanjaan.
yang ditetapkan.
1. SEWAAN SYARAT SAH SEWA
PENGERTIAN SEWA 1. Kedua-dua pihak hendaklah bersetuju
mengadakan kontrak sewa.
Sewa merupakan satu perjanjian untuk
memiliki manfaat atau faedah dari 2. Barang yang disewa itu hendaklah memberi
suatu barang yang diterima daripada faedah dan diharuskan oleh syarak
orang lain dengan bayaran yang sesuai
dengan perjanjian yang telah 3. Barang yang disewakan bukan menjadi
ditentukan. kewajipan kepada orang yang memberi sewa.
Cth : menyewakan rumah kepada isteri
RUKUN SEWA
4. Janganlah pekerjaan yang menjadi tujuan sewa
1. PENYEWA & PEMBERI SEWA merupakan fardhu atau wajib bagi orang yang
2. BAYARAN SEWA memberi sewa
3. MANFAAT
5. Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh
digunakan
1. SYARAT SAH PENYEWA 2. SYARAT SAH BAYARAN SEWA 3. SYARAT SAH MANFAAT
& PEMBERI SEWA
Bayaran dengan wang Berharga
Akil baligh Wang bayaran diketahui Dapat diberikan
Kemahuan sendirI Kedua-dua pihak
Tidak bersifat oleh yang
mengetahui kadar, jenis mengnambil upah
membazir dan sifatnya Diketahui kadar dan
Keadaan bayaran tertentu jangkamasa
19
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
2. HUTANG DAN PEMBIAYAAN
Pengertian hutang :
Memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang. Barang atau manfaat itu perlu
dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang
tersebut dengan jumlah yang sama.
Hukum berkaitan hutang piutang : Hukum
Sunat
Bil Perkara
1. Memberi hutang Wajib
2. Memberi hutang kepada orang yang Wajib
sangat memerlukan bantuan Haram
3. Membayar hutang
4. Menangguhkan hutang bagi orang yang
berkemampuan
Rukun berhutang :
1. Penerima dan pemberi hutang
Sebagai bukti hutang yang dilakukan, hendaklah didatangkan 2 orang saksi lelaki yang adil
2. Barang yang dihutang
Mestilah milik penuh pemberi hutang
3. Sighah / akad pemberian hutang
Hutang tidak memelukan lafaz penerimaan hutang
Sebab-sebab dibolehkan berhutang :
Tidak mempunyai wang yang cukup untuk memiliki sesuatu.
Desakan hidup. Cth : Orang miskin
Untuk tujuan perubatan atau menuntut ilmu
Untuk tujuan yang diharuskan syarak seperti belajar, berniaga, berkahwin dsb.
20
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
4. SYARIKAT RUKUN SYARIKAT
PENGERTIAN SYARIKAT 1. AHLI SYARIKAT
Bahasa : - berakal
Bercampur atau berkongsi
Istilah : - baligh
Perjanjian perkongsian terhadap
sesuatu perkara yang dilaksanakan - merdeka
antara 2 pihak atau lebih
- dengan kemahuan sendiri
Hukum : Harus
2. MODAL
- meliputi barang (harta) dan
Kepakaran
5. TAKAFUL 3. LAFAZ AKAD
- mengandungi erti izin untuk membelanjakan
harta syarikat.
Pengertian insurans :
Satu faedah yang diperolehi apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan menggembeling
usaha serta sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong menolong apabila
ditimpa musibah.
Melalui pakatan tersebut, orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat perlindungan yang
biasanya berbentuk kewangan serta dapat meringankan beban orang yang ditimpa musibah.
Hukum dan dalil :
Amalan insurans diharuskan dalam Islam berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tolong menolong untuk membuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu
tolong menolong melakukan dosa..”
JENIS-JENIS INSURANS Insurans am
Insurans nyawa - Memberi perlindungan
kepada mereka yang
- Memberi perlindungan risiko ke atas kematian dan menghadapi kerugian
hilang upaya. pendapatan atau harta
- Memberi pampas an apabila berlaku kematian atau
kelumpuhan anggota kepada pembeli insurans
- Syarikat insurans nya turut memberi pinjaman
kepada pembe;li insurans yang mencagarkan
polisinya
21
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
Prinsip insurans :
1) Pemegang polisi insurans saling bekerjasama bagi mengadakan manfaat bersama.
2) Insurans merupakan satu perjanjian Bantu membantu di kalangan pemegang polisi.
3) Insurans adalah satu perjanjian bekerjasam memberi sumbangan yang bertujuan meringankan
kerugian yang ditanggung ahli lain.
4) Tiada unsur ketidakpastian ( ) غرارpada bayaran sumbangan dan manfaat.
5) Bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli.
6) Menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada sebarang bencana, kerugian atau
kehilangan.
6. ZAKAT HARTA DAN PERNIAGAAN
PENGERTIAN ZAKAT
1. Dalam bahasa arab, “zakat” secara umumnya bererti pertambahan.
Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi banyak pengertian seperti cerdik,
jenih, berkat, kepujian, bersih dan lain-lain.
2. Dari segi istilah zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah
golongan yang tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah.
Selain itu, ada istilah sedekah dan infaq, sebagian ulama fiqh, mengatakan bahwa sedekah wajib
dinamakan zakat, sedang sedekah sunat dinamakan infaq.
Sebagian yang lain mengatakan infaq wajib dinamakan zakat, sedangkan infaq sunnat dinamakan
sedekah
HUKUM MENGELUARKAN ZAKAT
1. Zakat merupakan salah satu rukun Islam, dan menjadi salah satu unsur utama tertegaknya syariat
Islam. Oleh sebab itu hukum zakat adalah wajib (fardhu) atas setiap muslim yang telah memenuhi
syarat-syarat tertentu.
2. Zakat termasuk dalam kategori ibadah (seperti solat, haji, dan puasa) yang telah diatur secara
terperinci berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, sekaligus merupakan amal sosial kemasyarakatan
dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan ummat manusia.
PEMBAHAGIAN ZAKAT
1. Zakat Nafs (jiwa), juga disebut zakat fitrah.
2. Zakat Maal (harta).
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT
1. Islam
2. Aqil
3. Baligh
4. Memiliki harta yang mencapai nisab (kadar tertentu)
22
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
ZAKAT MAAL (ZAKAT HARTA)
MAKSUD MAAL (HARTA)
Dari segi bahasa :
Harta adalah segala sesuatu yang diinginkan oleh manusia untuk memiliki, memanfaat
dan menyimpannya
Dari segi istilah :
Harta adalah segala sesuatu yang dapat dimiliki (dikuasai) dan dapat digunakan
(dimanfaatkan) menurut kebiasaannya (lazim).
Seperti rumah, kereta, ternakan, hasil pertanian, wang, emas, perak, dll.
ASNAF YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
BIL ASNAF HURAIAN
1. Fakir adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan
keperluannya.
2. Miskin mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya
akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya
3. Amil orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
4. Muallaf seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5. Riqab seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
6. Gharimin penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan
hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan
tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
7. Fisabilillah orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan
dan meninggikan agama Allah.
8. Ibnu Sabil musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan
perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada
Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
23
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
JENIS-JENIS ZAKAT
ZAKAT PERNIAGAAN
Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada
berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan
atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian,
perniagaan perkongsian sesama Islam atau bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau
perniagaan saham dan sebagainya
Maksud perniagaan ialah penukaran harta (mal) dengan barangan tertentu bertujuan untuk
mendapatkan keuntungan. Ia tidak dikhususkan kepada barangan tertentu sahaja. Barang-barang
perniagaan ialah barangan yang ditukarkan antara tangan dengan niat mendapatkan keuntungan.
24
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN
Asas bagi taksiran zakat perniagaan berpaksi kepada modal dan perkembangan terhadap modal itu.
Sumber modal ini disediakan sama ada oleh dana pemilik perniagaan, dana pelaburan luar atau dana
berbentuk pinjaman atau pembiayaan.
Keseluruhan sumber modal ini memberikan kuasa penuh kepada pemilik atau pengurusan perniagaan
untuk menggunakan modal dalam menjana keuntungan. Maka jelas bahawa harta berkembang (al-
nama’) menjadi asas kewajipan zakat.
Dari segi prinsip, harta perniagaan wajib dizakatkan apabila memenuhi sifat berkembang (al-nama’),
diniagakan (urud al-tijarah) dan milik sempurna (al-milk al-tam). Ini bererti taksiran zakat tidak
mengambil kira sumber harta diperoleh, sama ada melalui sumber dalaman atau pinjaman.
INSTITUSI KEWANGAN YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN KEWANGAN SECARA ISLAM
1. Baitulmal
Ia merupakan tempat khas untuk menjaga harta negara dan perbelajaan yang dikeluarkan tidak
bertentangan dengan syarak
2. Wakaf.
Institusi wakaf juga digolongkan sebagai institusi kewangan yang pernah wujud pada zaman
Rasulullah. Wakaf membawa maksud tahankan atau hentikan. Pada prinsipnya, harta yang
diwaqfkan itu tidak dapat digunakan lagi, cuma hasilnya yang dapat digunakan untuk faedah
penerima waqf tadi.
3. Takaful
Dalam konsep takaful, peserta rangcangan takaful bersetuju memberi berdasarkan tabarru’
(derma) dengan niat membantu antara satu sama lain
Manakala prinsip amalan takaful dapatlah disimpulkan sebagai satu usaha kerjasama, lindung-
melindungi dan tolong-menolong antara anggota masyarakat yang sama-sama ingin mendapatkan
perlindungan bagi menghadapi kemungkinan mala petaka dan bencana Dan dari segi urusniaga pula
skim takaful nyata mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
4. Bank Kewangan
-Lembaga Tabung Haji
-Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
-Affin Islamic Bank Berhad
-Alliance Islamic Bank Berhad
-Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
-AmIslamic Bank Berhad
MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP PERNIAGAAN SECARA ISLAM:
i. Tidak terlibat dengan unsur riba dan perjudian.
ii. Menjauhi sebarang bentuk rasuah.
iii. Sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam perniagaan.
25
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
TAJUK 3 : IBADAT - TATACARA PENUBUHAN DAN PENGOPERASIAN SYARIKAT
DALAM ISLAM
PENGERTIAN
SYARIKAT PRINSIP-PRINSIP PERNIAGAAN SECARA ISLAM
PERKONGSIAN PERNIAGAAN (SYARIKAT)
Perkataan syarikat dari segi bahasa bermaksud menjadi sekutu
Adapun menurut makna syara’, syarikah adalah suatu akad antara 2 pihak atau
lebih yang sepakat untuk melakukan kerja dengan tujuan memperoleh keuntungan.
HUKUM SYARIKAT
Harus.
RUKUN SYARIKAT :
i. Ahli syarikat ~ berakal dan baligh
ii. Modal ~ kemahuan sendiri
iii. Lafaz akad ~ wang/ harta/ barangan
~ kepakaran
~ member izin belanja harta syarikat
JENIS-JENIS SYARIKAT DAN TATACARA PENUBUHAN DAN PENGOPERASIAN SYARIKAT SECARA ISLAM.
1. SYARIKAT INAN
Iaitu berkongsi pada mengeluarkan modal diantara dua orang atau lebih untuk sesuatu perniagaan
atau perusahaan dan keuntungan dibahagikan mengikut modal yang dikeluarkan oleh tiap-tiap ahli
Contoh : Khalid dan Faizal berkongsi menjalankan perniagaan burger bersama-sama dan masing-
masing mengeluarkan modal RM500 setiap seorang
Keuntungan adalah berdasarkan kesepakatan semua pihak yang berkongsi manakala kerugian
berdasarkan peratusan modal yang dikeluarkan.
2. SYARIKAT ABDAN
Iaitu berkongsi dua orang atau lebih menggunakan sesuatu pekerjaan samada pada satu jenis
pekerjaan atau berlainan dan hasil atau keuntungan dibahagi sama
Contoh : Jalal adalah tukang buat rumah dan Rafi adalah juruelektrik yang berkongsi menyiapkan
projek sebuah rumah.
Perkongsian mereka tidak melibatkan perkongsian kos. Keuntungan adalah berdasarkan
persetujuan mereka.
3. SYARIKAT MUFAWIDOH
Iaitu berkongsi dua orang atau lebih menggunakan tenaga atau modal untuk dikembangkan tetapi
tidak dicampur sebelum akad perkongsian dijalankan dan tiap-tiap ahli mesti membayar bila
berlaku kerugian
Keuntungan yang diperoleh dibahagi sesuai dengan kesepakatan, sedangkan kerugian ditanggung
sesuai dengan jenis syarikatnya iaitu ditanggung oleh pemodal sesuai dengan nisbah modal (jika
berupa syarikat inan) atau ditanggung pemodal sahaja (jika berupa syarikat mudharabah) atau
ditanggung pengusaha usaha berdasarkan peratusan barang dagangan yang dimiliki (jika berupa
syarikat wujuh).
4. SYARIKAT WUJUH
Iaitu berkongsi dua orang atau dua pihak seorang atau satu pihak mengeluarkan modal dan satu
pihak lagi menjalankan perniagaan dengan dibahagi sama banyak keuntungan
26
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
Syarikat wujuh adalah syarikat antara 2 pihak (misalnya A dan B) yang sama-sama melakukan kerja
(amal), dengan pihak ketiga (misalnya C) yang mengeluarkan modal (mal). Dalam hal ini, pihak A
dan B adalah tokoh masyarakat.
5. SYARIKAT MUDORABAH
Syarikat Mudharabah adalah syarikat dua pihak atau lebih dengan ketentuan, satu pihak
menjalankan kerja (amal) sedangkan pihak lain mengeluarkan modal (mal)
Sebagai contoh:
Khairi sebagai pemodal memberikan modalnya sebanyak RM 100 ribu kepada Abu Abas yang
bertindak sebagai pengelola modal dalam pasaraya ikan.
Dalam syarikat mudharabah, hak melakukan tasharruf (belanja) hanyalah menjadi hak pengelola.
Pemodal tidak berhak turut campur dalam tasharruf. Namun demikian, pengelola terikat dengan
syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal.
Jika ada keuntungan, ia dibagi sesuai kesepakatan di antara pemodal dan pengelola, sedangkan
kerugian ditanggung hanya oleh pemodal.
PERKARA YANG 1. Syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi
MEMBATALKAN 2. Kematian salah seorang daripada ahli yang berkongsi
SYARIKAT 3. Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad & lari ke negara musuh
4. Hilang kelayakan seperti gila yang berterusan
5. Salah seorang rakan kongsi membatalkan penyertaan dalam syarikat
PRINSIP- 1. Halal
PRINSIP Iaitu perniagaan yang diceburi adalah halal dan tidak bertentangan dengan
PERNIAGAAN hukum syarak.
SECARA ISLAM
2. Kebebasan
Iaitu tiada paksaan dikenakan dalam jual beli tersebut dan mereka diberikan
tempoh masa untuk memilih bagi meneruskan atau membatalkan sesuatu
urusniaga.
3. Kerelaan kedua-dua pihak turut menjadi prinsip perniagaan dalam Islam.
Persetujuan dari sudut harga yang dikenakan oleh penjual dan kerelaan pembeli
untuk menerima harga berkenaan akan dapat menghindarkan mereka dari
sebarang pertelagahan di masa hadapan.
4. Keadilan di dalam perniagaan.
Faktor ini amat penting bagi menjamin hubungan baik di antara peniaga dan
pelanggan terus berkekalan.
5. Kebajikan
Iaitu perlindungan dari sebarang bentuk penipuan atau monopoli dalam
perniagaan amat ditegah kerana ianya zalim
6. Kesopanan
Dalam perniagaan ia amat digalakkan oleh Islam di mana hubungan yang baik,
berbudi bahasa, bertolak ansur dan bertimbang rasa akan memberikan
perasaan yang tenang dan menggembirakan bagi kedua-dua pihak
27
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
SIRAH - KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Menyatakan latar belakang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
2. Menjelaskan faktor kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
3. Menjelaskan iktibar kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
4. Menjelaskan faktor kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
5. Menyatakan iktibar kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
LATAR Pada akhir pemerintahan Kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah telah
BELAKANG menjadi lemah yang kemudiannya membawa kepada kemunculan
KERAJAAN TURKI kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki.
UTHMANIYYAH
Pemerintahan Khalifah Abbasiyah berakhir pada 1258 apabila Baghdad
diserang oleh orang Mongol.
Perkataan Uthmaniyyah berasal daripada nama pengasasnya, Uthman bin
Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi.
Pada peringkat awal, Uthman ialah gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah
barat Anatolia.
Pada tahun 1301, Uthman berjaya menewaskan Empayar Byzantine yang
terletak berhampiran.
Kemenangan tersebut menyebabkan ramai Ghazi (pahlawan tentera) serta
pemimpin masyarakat bersatu di bawah Empayar Uthman dalam
meluaskan kawasan penaklukannya.
Uthman meninggal dunia pada tahun 1326 dan usaha perluasan kuasa
diteruskan anaknya Orhan 1 dan khalifah-khalifah Kerjaan Uthmaniyyah
yang seterusnya.
Zaman pengukuhan Kerajaan Uthmaniyyah adalah semasa pemerintahan
Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad Al-Fatih) sehingga berjaya
menguasai Istanbul (Constatinople), ibu negeri Rom Timur pada 1453.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah berkuasa selama lebih kurang 700 tahun
(1300-1922) dan dipimpin oleh 36 orang sultan.
Puncak kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah semasa
pemerintahan Sulaiman I (1520-1566).
Antara nama-nama khalifah Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah ;
1. Sultan Murad I
2. Sultan Bayezid I
3. Sultan Mehmed I
4. Sultan Murad II
5. Sultan Sulaiman I
28
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
FAKTOR 1. Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
KEGEMILANGAN
KERAJAAN TURKI Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah berjaya menguasai Istanbul
UTHMANIYYAH (Constatinople) menerusi kebijaksanaan Sultan Muhammad al-Fatih
dan mencapai zaman gemilangnya menerusi Sultan Sulaiman.
2. Keterbukaan dalam bidang ekonomi
Perdagangan antara pedagang Islam dan bukan Islam telah
meluaskan pengaruh ilmu-ilmu Islam seperti teknik-teknik
pertanian dan produk-produk Islam
3. Kekuatan ketenteraan
Tentera Islam mempunyai semangat ghazi dan semangat pahlawan
yang tidak pernah gentar
Mempunyai kelompok tentera elit (Janissari) yang berkemahiran
tinggi dan mahir dalam selok belok peperangan.
4. Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
Kerajaan Uthmaniyyah menjalankan dasar-dasar kerajaan secara
diplomasi dan toleransi
5. Semangat jihad yang tinggi
Orang Islam memiliki akidah dan akhlak yang tinggi serta memiliki
semangat juang yang tinggi.
IKTIBAR 1. Kita hendaklah berusaha untuk menguasai semua disiplin ilmu kerana
KEGEMILANGAN ilmu merupakan asas utama dalam mencapai kemajuan.
KERAJAAN TURKI
UTHMANIYYAH 2. Sentiasa menanam semangat jihad dan daya juang yang tinggi untuk
memastikan kejayaan berpihak kepada umat Islam
3. Hendaklah sentiasa bersatu padu mewujudkan keamanan negara
FAKTOR 1. Kelemahan Kepimpinan
KEJATUHAN
KERAJAAN TURKI Bermula kurun ke 17M, sultan yang menaiki takhta mempunyai
UTHMANIYYAH keperibadian yang lemah. Contohnya Sultan Uthman II menaiki takhta
ketika hanya berusia 13 tahun. Baginda hanya menjadi boneka kepada
golongan elit Turki.
29
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
2. Kelemahan ketenteraan
Disiplin ketenteraan mula longgar apabila pasukan tentera tidak lagi
tinggal di dalam kem dan bergaul dengan masyarakat. Terdapat
sesetengahnya yang membuat kerja sampingan seperti berniaga. Malah
terdapat sesetengahnya yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral
seperti minum arak, rasuah dan lain-lain.
3. Kelemahan dasar ekonomi
Tanzimat atau pemulihan semula ekonomi di Turki memberi tekanan
kepada Turki Uthmaniyyah untuk melakukan pembaharuan dalam
pelbagai bidang.
4. Kelemahan sistem pendidikan.
Proses tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular
menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam
5. Pengenalan undang-undang Barat
IKTIBAR 1. Kita hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dengan
KEJATUHAN melaksanakan segala perintah Allah dengan sempurna.
KERAJAAN TURKI
UTHMANIYYAH 2. Kesatuan ummah adalah penting bagi mewujudkan rasa gerun musuh
dan keamanan negara
3. Semua pihak harus menjalankan fungsi dan tugas masing-masing
dengan penuh amanah.
30
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
TOKOH - HASSAN AL-BANNA
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Menyatakan riwayat hidup Hassan Al-Banna secara ringkas.
2. Menyatakan sifat peribadi Hassan Al-Banna.
3. Menjelaskan kegigihan Hassan Al-Banna dalam menuntut ilmu.
4. Menjelaskan sumbangan Hassan Al-Banna kepada tamadun Islam.
5. Menyatakan iktibar daripada sejarah ketokohan Hassan Al-Banna.
RIWAYAT HIDUP Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed Al-
HASSAN AL- Banna
BANNA
Dilahirkan pada Oktober 1906 di Desa Al-Mahmudiya yang terletak di
SIFAT DAN Daerah Al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir
PERIBADI
HASSAN AL- Beliau berasal dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal
BANNA kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam.
Ayah beliau, Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang
ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fiqah
perundangan Islam yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.
Beliau telah bekerja sebagai seorang tukang jam di Desa Al-Mahmudiya
untuk menyara keluarga. Masa yang selebihnya digunakan untuk
mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu agama seperti Tafsir Al-Quran
dan Hadis kepada penduduk tempatan
1. Seorang yang kuat beribadat.
Beliau suka bersolat dan berpuasa sejak kecil dan suka mendampingi
orang-orang warak dan soleh.
2. Seorang yang pemurah
Beliau suka bersedekah walaupun dia sendiri memerlukan wang atau
barang yang disedekahkan tersebut.
3. Seorang yang berfikiran luas
Beliau mempunyai kaedah dakwah yang tersendiri sehingga mampu
menarik minat paderi dan penganut kristian untuk mendengarnya.
4. Seorang yang zuhud, tegas, dan beriltizam dalam dakwah
Pernah menolak jawatan tinggi dan gaji besar yang ditawarkan oleh
pihak kerajaan apabila mendapati ia bertujuan menjauhkan beliau dari
usaha dakwahnya.
KEGIGIHAN Keluarga beliau begitu tegas dalam mendidik anak-anak bedasarkan
HASSAN AL- ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran
BANNA dalam usia yang begitu muda.
MENUNTUT ILMU
Telah memasuki Pusat Latihan Perguruan dan berjaya mendapat tempat
pertama dalam peperiksaan akhir.
31
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
SUMBANGAN Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada usia 16 tahun
HASSAN AL- kerana kebijaksanaannya dan ilmu pengetahuannya yang luas.
BANNA KEPADA
DAKWAH DAN Semasa di Kaherah, beliau terdedah dengan pergolakkan parti politik
PERJUANGAN dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal
ISLAM Attartuk.
MENUBUHKAN IKHWANUL MUSLIMIN
Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Beliau beserta adik dan lima
orang sahabatnya berkumpul dirumahnya dan bersumpah untuk
hidup dan mati kerana Islam.
Dirumah itu juga Jemaah Ikhwanul Muslimin ditubuhkan.
Pada ketika itu beliau baru mendapati ijazah dari Darul Ulum serta
berkhidmat sebagai guru bahasa Arab disalah sebuah sekolah di
Bandar Ismailiyah
Beliau meletak jawatan dalam bidang perguruan selepas berkhidmat
selama 19 tahun untuk menyusun kegiatan dakwah dalam
masyarakat bandar.
IKTIBAR DARI MENGHASILKAN KARYA YANG MENJADI PENDORONG DAN RUJUKAN
KETOKOHAN KEPADA USAHA DAKWAH
HASSAN AL-
BANNA Beliau banyak menghasilkan karya-karya dakwah seperti Muzakirat
ad-Da'awah wa-Dai'yiah, Rasail Al Imamu Syahid, Maqalat Hassan Al-
Banna, Al-Ma'thurat dan banyak lagi
WASIAT HASSAN AL-BANN
Merupakan intipati dalam risalah terakhir yang ditulis beliau untuk
anggota Ikhwanul Muslimin secara khasnya dan kepada para daie
secara umumnya.
1. Berfikiran kritis dan cepat dalam memahami permasalahan
masyarakat sehingga dapat mencari jalan penyelesaiannya.
2. Istiqamah dalam perjuangan dan melakukan pembaharuan
3. Umat Islam perlu bangkit untuk menyangkal kesesatan barat
4. Menghidupkan program-program keagamaan seperti halaqah ilmu,
membaca ma'thurat, usrah dan lain-lain
32
TAJUK 1: [Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
ADAB BEKERJA
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Menyatakan maksud adab bekerja.
2. Menyenaraikan adab-adab bekerja.
3. Menerangkan akibat tidak menjaga adab semasa bekerja.
4. Sentiasa menjaga adab bekerja.
PENGENALAN Bekerja adalah satu usaha yang perlu dilakukan oleh semua makhluk Allah
di buka bumi ini bagi mendapatkan rezeki masing-masing.
Untuk mendapat rezeki yang halal, kita perlu bekerja untuk hidup samaada
membanting tulang empat kerat atau memerah otak untuk menghasilkan
idea-idea yang bernas.
Bekerja adalah satu sumbangan atau kebajikan kepada masyarakat negara.
ADAB-ADAB MAKSUD ADAB BEKERJA
BEKERJA Tata cara atau etika melaksanakan sesuatu pekerjaan agar berjalan lancar dan
beroleh keberkatan daripada Allah SWT
ANTARA ADAB-ADAB BEKERJA
Memulakan kerja dengan kalimah basmalah agar diberkati Allah
Menyelesaikan tugas pada masa yang ditetapkan dan tidak
menangguhkannya.
Berpakaian bersih, kemas dan menutup aurat sesuai dengan pekerjaan.
Toleransi dalam pekerjaan bagi kerja berpasukan agar wujud suasana
harmoni.
Mematuhi arahan ketua serta prosedur dan kaedah yang betul semasa
bekerja.
AKIBAT TIDAK Kerja yang diamanahkan tidak sempurna
MENJAGA ADAB Tidak mencapai matlamat yang disasarkan
SEMASA BEKERJA Hasil pengeluaran tidak berkualiti
Menghalang kemajuan sesebuah negara
Melahirkan pekerja yang tidak berdaya saing
CARA MENJAGA Bersungguh –sungguh ketika bekerja
ADAB BEKERJA Berdoa agar urusan pekerjaan dipermudahkan oleh Allah
Berhati-hati dan menjaga keselamatan ketika bekerja
33
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
TAJUK 2: ADAB - SIFAT ISTIQAMAH
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Menyatakan maksud istiqamah.
2. Menjelaskan ciri-ciri istiqamah.
3. Menerangkan akibat tidak beristiqamah.
4. Sentiasa beristiqamah dalam kehidupan
MAKSUD Istiqamah ialah ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus
ISTIQAMAH menerus(termasuk urusan agama) - mengikut Kamus DBP
Menurut Istilah syarak: Istiqamah ialah tetap teguh di atas jalan yang
benar iaitu jalan Islam dan amal soleh
Firman Allah dalam Surah Al-Ahqaf:
ِإ ان الا ِذي َن َقالُوا َربُّ َنا اللاـهُ ثُ ام ا ْستَقَا ُموا فَََل َخ ْو ٌف َع َل ْي ِه ْم َوََّل ُه ْم
﴾ أُولَ ٰـ ِئ َك أَ ْص َحا ُب ا ْل َجنا ِة َخا ِل ِدي َن فِي َها َج َزا ًء بِ َما١٣﴿ يَ ْح َزنُو َن
﴾١٤﴿ َكانُوايَ ْع َملُو َن
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami
ialah Allah), kemudian mereka tetap istiqamah. Maka tidak ada
kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula berdukacita. Mereka itulah
penghuni-penghuni syurga, mereka kekal didalamnya, sebagai balasan atas
apa yang mereka lakukan”
CIRI-CIRI Konsisten dalam berpegang teguh dengan akidah tauhid
ISTIQAMAH Konsisten dalam menjalankan syariat agama, sama ada suruhan
atau larangan
Konsisten dalam memperjuangkan keadilan, kebenaran serta
menentang kezaliman dan penipuan
34
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
TAHAP-TAHAP Ada 3 tahap istiqamah yang perlu berlaku serentak :
ISTIQAMAH
1. Istiqamah hati
- Sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara
menjaga hati daripada sifat syirik , menjauhi sifat sifat tercela
seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya
ikhlas. Dengan kata lain , istiqamah hati bermaksud mempunyai
keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.
2. Istiqamah lisan
- Memelihara lisan atau tutur kata supaya sentiasa bercakap benar
dan jujur setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran
dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak
berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman,
berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya
takut kepada Allah SWT
3. Istiqamah perbuatan
- Tekun bekerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja
usaha untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah. Dengan kata
lain, istiqamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam
melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan
menegakkan kebenaran tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau
putus asa
AKIBAT TIDAK 1. Melahirkan manusia yang mudah berputus asa dan kecewa
ISTIQAMAH 2. Tidak mencapai matlamat yang disasarkan
3. Berleluasanya perkara –perkara mungkar
CARA 1. Melakukan kerja secara ikhlas kerana Allah
MENGHAYATI 2. Tidak berputus asa apabila menerima ujian daripada Allah SWT
ISTIQAMAH 3. Mengamalkan konsep wasatiah dalam kehidupan
DALAM
KEHIDUPAN
35
TAJUK 3: [Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
ADAB - SIFAT THIQAH MUSLIM
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :
1. Menyatakan maksud sifat thiqah.
2. Menyenaraikan ciri-ciri sifat thiqah
3. Menjelaskan kelebihan sifat thiqah.
4. Menerangkan akibat tidak bersifat thiqah.
5. Sentiasa mengamalkan sifat thiqahdalam kehidupan.
MAKSUD THIQAH Maksud Thiqah
Thiqah berasal dari kata kerja wathiqa yathiqu yang bermaksud
mengikat, meneguhkan dan mempercayai (orang lain dalam bab
memegang amanah). Kata mithaq pula lahir daripada kata ini yang
bermaksud ikatan perjanjian yang sangat kukuh.
Orang yang thiqah: Seorang yang sangat kukuh dan dipercayai dalam
memegang amanah.
Kata Imam Hasan Al-Banna: Thiqah ialah keyakinan seorang jundi
(pengikut) terhadap qiadah (pemimpin) pada kemampuan dan
keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga melahirkan
perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.
CIRI-CIRI SIFAT THIQAH 1. Mempunyai Iman yang teguh terhadap Allah dan Rasul.
SEORANG MUSLIM 2. Istiqamah melaksanakan segala tuntutan syariat sama ada yang
berbentuk suruhan mahupun larangan
3. Sentiasa bersyukur dengan nikmat, redha, berfikiran positif dan sabar
terhadap musibah
4. Berakhlak dengan akhlak mahmudah dan menjauhi akhlak
mazmumah
5. Memohon pertolongan hanya kepada Allah dalam menghadapi
sesuatu kesulitan.
6. Beramal soleh, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah
kemungkaran
KELEBIHAN SIFAT 1. Merupakan lambang identiti dan keperibadian umat Islam yang
THIQAH sejati dan bermaruah serta menjadi umat terbaik yang Allah
36
[Modul Nota Pendidikan Islam Sem. 4 / KV Perdagangan Johor Bahru]
bangkitkan di atas muka bumi ini.
2. Membentuk peribadi muslim yang bersyukur dengan nikmat iman
dan Islam kurniaan Ilahi. Maka nikmat ini akan sentiasa dijaga,
dipelihara dengan sebaik-baiknya.
3. Melahirkan peribadi muslim sejati yang sentiasa peka dan prihatin
dengan hal dan keadaan saudara-saudara seakidah yang dizalimi dan
ditimpa musibah.
4. Menjadikan seseorang muslim itu sentiasa berada di atas landasan
akidah yang benar berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal jamaah.
5. Menjadikan seseorang muslim itu kuat dan tahan uji ketika
menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
6. Mempunyai keteguhan hati dalam mempertahankan prinsip.
7. Dihormati oleh orang ramai dan disukai oleh Allah dan Rasul
AKIBAT TIADA SIFAT 1. Umat Islam akan mudah terpesong akidah kepada ajaran akidah
THIQAH yang salah dan sesat.
2. Umat Islam akan mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan
budaya luar yang melalaikan dan merosakkan.
3. Umat Islam tidak akan dihormati, tetapi dipandang hina oleh
masyarakat bukan Islam.
4. Segala nilai-nilai akhlak dan sunnah Rasulullah akan dilupakan oleh
generasi seterusnya kerana tiada lagi orang yang mengamalkannya.
5. Objektif tidak akan tercapai.
6. Timbul permusuhan dalaman.
7. Akan melakukan kerja yang sia-sia.
37