The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hawati_hasan, 2021-08-08 12:23:30

KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6

SUKAN KEBANGGAAN NEGARA

Keywords: KAJIAN KES

KAJIAN KES

SEJARAH TAHUN 6

Bersama:
Cikgu Hawati Binti Hasan

Standard Kandungan :

12.1 Sukan Kebanggaan Negara

Standard Pembelajaran :

12.1.2
Menyatakan pencapaian Malaysia dalam bidang sukan di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa

K12.1.5
Menjelaskan kepentingan penglibatan pelbagai kaum

mengharumkan nama negara dalam bidang sukan

PERNYATAAN MASALAH

Pencapaian Malaysia dalam bidang
sukan di peringkat antarabangsa telah
menjadikan Malaysia sebuah negara
yang dihormati dan disegani. Buktikan.

TAJUK

Bincangkan acara-acara sukan yang telah
mengharumkan nama Malaysia di
peringkat antarabangsa oleh atlet-atlet
negara. Jelaskan kepentingan penglibatan
pelbagai kaum dalam bidang sukan.

OBJEKTIF

Pada akhir kajian, murid dapat :

1. Menyatakan pencapaian Malaysia dalam bidang
sukan di peringkat antarabangsa dan kejayaan
atlet-atlet negara.

2. Membincangkan atlet sukan yang menjadi idola.

3. Menjelaskan 4 kepentingan penglibatan
pelbagai kaum mengharumkan nama negara dalam
bidang sukan.

ARAHAN

1.Nyatakan acara-acara sukan yang telah disertai oleh atlet-
atlet Malaysia sehingga mengharumkan nama Malaysia di
peringkat antarabangsa.

2.Pilih seorang atlet yang menjadi idola kamu. Nyatakan
biodata dan pencapaian beliau dalam bidang sukan di
peringkat antarabangsa.

3.Jelaskan 4 kepentingan penglibatan pelbagai kaum
mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.

LAPORAN

1.Penghasilan bahan adalah secara individu.
2.Hasilkan dalam bentuk buku skrap/multimedia

(powerpoint, flip book dsb).
3.Hasil laporan mengandungi sekurang-kurangnya 5

halaman/slaid mengandungi perkara berikut :
• Muka hadapan – sekolah, nama, kelas dan guru

pembimbing

LAPORAN

• Tajuk
• Pendahuluan
• Objektif Kajian
• Kaedah Kajian
• Hasil dapatan
• Kesimpulan
• Rujukan

LAPORAN

4. Gunakan kreativiti kamu untuk mempersembahkan
pengisian buku skrap/multimedia tersebut.

5. Tempoh penghasilan bahan bermula 9 Ogos hingga
22 Ogos 2021 (2 minggu) dan pembentangan
pada 23 Ogos 2021 semasa PdPR Sejarah.

RUJUKAN

Murid boleh menggunakan rujukan berikut :
1. Buku / majalah
2. Laman sesawang
3. Suratkhabar
4. Dokumen / jurnal
5. Orang sumber

CONTOH PENULISAN
KAJIAN KES

SK DUMPAR MUAR JOHOR

KAJIAN KES SEJARAH

Nama : ..................................
Kelas : ..6...C.e.m...e.r.la..n.g...................
Guru : ..C..i.k.g..u..H..a.w..a.t.i..B.i.n..t.i.H..a..s.a.n...

(muka hadapan)

Tajuk :

Bincangkan acara-acara sukan yang
telah mengharumkan nama Malaysia di
peringkat antarabangsa oleh atlet-
atlet negara. Jelaskan kepentingan
penglibatan pelbagai kaum dalam
bidang sukan.

Pendahuluan :

Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena
sukan telah menaikkan nama negara di persada
dunia. Pelbagai temasya sukan antarabangsa
dan kejohanan bertaraf dunia yang disertai oleh
atlet-atlet negara telah mengharumkan nama
Malaysia.

Antara temasya sukan antarabangsa yang
disertai oleh atlet-atlet negara ialah Sukan SEA,
Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik dan
banyak lagi.

Objektif Kajian :

1. Menyatakan pencapaian Malaysia dalam bidang
sukan di peringkat antarabangsa dan kejayaan
atlet-atlet negara.

2. Membincangkan atlet sukan yang menjadi idola.

3. Menjelaskan 4 kepentingan penglibatan
pelbagai kaum mengharumkan nama negara dalam
bidang sukan.

Kaedah Kajian :

1) Kaedah Rujukan :
Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi
pencarian di internet, bahan bacaan seperti majalah,
suratkhabar dan juga dokumen ____________ bagi
mendapatkan fakta yang sahih dan tepat.

2) Kaedah Pemerhatian :
Saya ada menonton beberapa rancangan sukan dan
dokumentari di televisyen yang boleh dijadikan rujukan
tambahan bagi mengetahui kejayaan atlet-atlet negara
dalam pelbagai acara sukan di peringkat antarabangsa.

Kaedah Kajian :

3) Kaedah Internet :

Portal stadiumastro.com telah menjadi sumber rujukan

saya untuk menambah bahan kajian untuk dijadikan
rujukan tambahan dalam tugasan sejarah ini.

4) Kaedah Bimbingan Guru :
Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada
Cikgu Hawati Binti Hasan telah meningkatkan kualiti hasil
kajian kes sejarah saya kali ini.

Hasil Dapatan :

Hasil dapatan kajian kamu mesti merangkumi :

1) Pencapaian Malaysia dalam bidang sukan di peringkat
antarabangsa – kaitkan juga pencapaian negara dalam
acara Sukan Olimpik yang sedang berlangsung di
Tokyo.

2) Atlet yang menjadi idola kamu, nyatakan biodata dan
pencapaian beliau dalam bidang sukan di peringkat
antarabangsa.

3) Terangkan 4 kepentingan penglibatan pelbagai kaum
bagi mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.

Kesimpulan :

Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian
kes sejarah tentang pencapaian sukan negara, atlet yang
menjadi idola saya serta perpaduan yang dapat dipupuk
melalui sukan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sepanjang menjalankan kajian, banyak pengetahuan,
pengajaran dan nilai positif yang telah saya pelajari.

Hasilnya saya dapat membuat rumusan bahawa kejayaan
atlet-atlet negara di peringkat antarabangsa telah
mengharumkan nama negara di mata dunia.

Kesimpulan :

Melalui sukan juga, saya dapat mempelajari bahawa
perpaduan antara kaum dapat dieratkan. Ini kerana sukan
bukan sahaja dapat menyatukan rakyat pelbagai kaum
malah keharmonian kaum dapat diterapkan. Atlet-atlet
yang mewakili negara sentiasa bekerjasama sebagai satu
pasukan bagi mencapai kejayaan bersama.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa sokongan padu daripada
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat mengukuhkan
semangat atlet bagi mengharumkan nama negara di
persada antarabangsa.

Rujukan :

Senaraikan rujukan kamu semasa menjalankan kajian kes
Contoh :

1. https://www.stadiumastro.com/
2. Buku teks Sejarah Tahun 6 KSSR (2015) DBP. Kuala

Lumpur
3.
4.

Selamat Menjalankan
Kajian Kes Sejarah

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version