KAJIAN TINDAKAN
1.0 TAJUK KAJIAN
TEKNIK LaLaBi
KETEPATAN BACAAN PENGUKURAN DENGAN MENGGUNAKAN MIKROMETER
DI KALANGAN MURID KELAS MEKANIKAL
2.0 NAMA PENYELIDIK
MD NASSER SAMSUDIN
3.0 NAMA SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
11400 PULAU PINANG
1
Isi kandungan Mukasurat
Bil Kandungan 3
Penghargaan 3
3
1 Abstrak 4
2 Refleksi P & P Yang Lalu 4
3 Isu Keperihatinan 4
4 Objektif 7
5 Kumpulan Sasaran 7
6 Perlaksanaan Kajian 7
7 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian 7
8 Releksi Kajian
9 Cadangan Kajian Seterusnya
Bibliografi
2
Penghargaan
Saya ingin merakamkan pernghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan kajian ini terutama kepada Pengetua,
Penolong Kanan 1, Guru Kanan Bidang dan rakan-rakan dalam Panitia
Kejuruteraan Mekanikal. Kerjasama yang anda berikan akan jadi ingatan.
Terima kasih
1.0 Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk menyelesaikan masalah murid yang tidak mampu
membaca mikrometer dengan baik. Seperti kita maklum kebanyakkan murid
kurang mahir dalam matematik dan ada yang takut akan matematik. Ini
penyebab mereka kurang yakin dengan diri mereka dalam menyelesaikan
pembacaan mikrometer. Harapan dengan menggunakan kajian ini setidak-
tidaknya masalah dapat diselesai.
2.0 Refleksi P & P Yang Lalu
Pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu guru dapati sebilangan murid di
kelas Mekanikal tidak dapat menguasai sepenuhnya bacaan laras bawah.
Masaalah yang dikenal pasti ialah :
Kesilapan murid semasa mengambil bacaan pada mikrometer menyebabkan
berlakunya ketidaktepatan ukuran yang dihasilkan pada projek amali.
Hal ini dapat dilihat dari latihan dalam kelas dan soalan kuiz yang diberi sebaik
sahaja tamat PDPc.
3.0 Isu Keperihatinan
Murid-murid kurang memahami konsep membaca mikrometer dalam bab
metrology tingkatan 4. Kebolehan menguasai konsep amat penting kepada
seorang jurutera atau mereka yang terlibat dengan kejuruteraan. Ini kerana
mikrometer adalah sebahagian daripada topik yang penting dalam
pengukuran.
3
4.0 Objektif
4.1 Objektif Umum
Ketepatan bacaan pengukuran dengan menggunakan mikrometer.
4.2 Objektif Khusus
(i) Mengenal pasti bacaan laras atas mikrometer.
(ii) Mengenal pasti bacaan laras bawah mikrometer.
(iii) Mengenal pasti bacaan pada bidal mikrometer.
(iv) Menjumlahkan ketiga-tiga bacaan tersebut.
5.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 5 orang murid Mekanikal.
6.0 Perlaksanaan Kajian
Dibuat berdasarkan pemerhatian dan temu bual
Terdapat murid keliru dengan bacaan pada laras bawah mikrometer dan
masih tidak dapat memahami hasil tambah ketiga-tiga laras.
Temubual
Kumpulan sasaran telah dipanggil untuk menemubual permasalahan yang
timbul. Kumpulan sasaran berkenaan memberitahu masalah tentang jumlah
nilai senggatan pada alat tersebut menimbulkan kekeliruan.
Analisis dari pemerhatian dan temubual yang tela dijalankan terhadap
kumpulan sasaran murid mula yakin dan faham tentang penggunaan alat
tersebut
4
Tindakan yang dijalankan
Untuk mengatasi masaalah ini saya akan fokuskan kepada ’Teknik LaLaBi’ yang
diharapkan dapat membantu mereka mengambil bacaan dengan lebih tepat.
Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut :
AKTIVITI LANGKAH PELAKSANAAN TINDAKAN
Kedudukan mata semasa mengambil bacaan mestilah 10 minit
pada kedudukan yang betul.
AKTIVITI 1
5
1. Murid mengambil bacaan di laras atas secara analogi satu 10
senggatan bersamaan RM1. minit
2. Murid mengambil bacaan di laras bawah secara analoginya
jika kelihatan senggatan selepas laras atas bersamaan RM0.50
sen. Jika tidak abaikan.
3. Murid mengambil bacaan pada bidal secara analogi satu
senggatan bersamaan 1sen.
4. Murid menjumlahkan hasil tambah duit yang dikumpul
daripada tiga langkah yang di atas.
AKTIVITI 2
AKTIVITI 3 1. Murid melakar semula bentuk pada senggatan mikrometer 10
yang telah dilaraskan oleh guru. minit
2. Membuat bacaan berdasarkan lakaran tersebut.
6
7.0 Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian
Dijalankan dalam tempoh seminggu ( 4 waktu), didapati konsep ini banyak
membantu kumpulan sasaran di mana kumpulan ini akan menggunkan teknik
LaLaBi boleh setiap kali menggunakan alat tersebut. Mereka lebih berkeyakinan
mula menunjukkan perhatian dalam kelas.
8.0 Releksi kajian
Hasil yang wujud selepas kajian ini, murid dapat membaca bacaan pada laras
bawah mikrometer dan dapat memahami hasil tambah ketiga-tiga laras.
Masalah yang dihadapi mereka ini, jika tidak diselesaikan menyebabkan murid
tidak terampil dengan tugasan yang diberi.
9.0 Cadangan kajian seterusnya
Kaeadah memudahkan murid mengenalpasti bahagian alat dengan mudah
dan hubungkait dengan had terima.
Bibliografi
1. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal T 4, Dewan Bahasa Dan Pustaka
2. www.wikepedia.com
7