The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2020-11-08 12:21:09

T4 - TATABAHASA

T4 - TATABAHASA

TEMA 1

Bentuk Kata Tunggal

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata
tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata
atau lebih. Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan, seperti ini, itu, sini, dan sana,
namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan.

Jika dilihat dari segi suku kata, perkataan boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.
Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, satu vokal disertai satu konsonan (K), atau satu
vokal dengan beberapa konsonan.. Konsonan-konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di
hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

4.2.1.1 Kata tunggal satu suku kata

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman
daripada bahasa asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan
bagi perkataan dua suku kata atau lebih, misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu, tetapi perkataan sedemikian tidak
dianggap perkataan satu suku kata.

Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. KV

2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK

Contohnya: ru ya
1. KV
yu

2. VK
Am

3. KVK wang* bah tin bin
cat sen roh jong* dan
lap

4. KKVK
stor pruf dril gred skor

brek krim trak draf dram

5. KVKK
teks bank volt port kord

seks zink golf

6. KKKV
skru

7. KKKVK spring* straw
skrip

Pola-pola yang mengandungi gugus konsonan seperti yang terdapat dalam contoh 4, 5, 6, dan 7 ialah gejala
baharu dalam bahasa Melayu akibat proses pengambilan perkataan daripada bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa
Inggeris. Bahasa Melayu tidak mempunyai pola-pola V, KKVKK dan beberapa pola lagi yang wujud dalam beberapa
bahasa lain di dunia.

4.2.1.2 Kata tunggal dua suku kata

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola kata tunggal
dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut:

1. V + KV 7. KV + VK

2. V + VK 8. KV + KV

3. V + KVK 9. KV + KVK

4. VK + KV 10. KVK + KV

5. VK + KVK 11. KVK + KVK

6. KV + V
*Bentuk ng seperti yang terdapat dalam wang, jong, dan spring sebenarnya mewakili satu bunyi bahasa yang lambang
fonetiknya ialah (n).

Contohnya:

1. V + KV
aku uda apa opu itu
ela esa iri ubi ibu

2. V + VK air aur ais
aib

3. V + KVK emas ubat alas ikan
adik orang usang ulat ekor
izin

4. VK + KV impi angka ungka erti
undi asli unta inti ufti
abdi

5. VK + KVK umpan angkat empat indah
ombak undang umbut
ambil
embun iblis

6. KV + V doa tua sua dia
dua sia ria bau rua
jua

7. KV + VK tuah buah kuil diam
jauh giat kuih liat buih
liar

8. KV + KV
jala pasu buku guru buka
beta rata leka kita bisu

9. KV + KVK telur sikat hiris pukul
bakul mulut pasung
kapal
jarum parang

10. KVK + KV binti tunggu sunti tinggi
lampu bangku senda sendi

janji bangsa

11. KVK + KVK

bangsal bintang tampung benteng junjung sandar
bengkung jemput
sunting bengkok

4.2.1.3 Kata tunggal tiga suku kata

Dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun demikian,
pola-pola susunan konsonan-vokalnya agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata-kata
pinjaman. Antara polanya:

1. KV + V+ KV
2. KV + V + KVK
3. V + KV + V
4. KV + KV + V
5. KVK + KV + V
6. KV + KV + VK
7. KVK + KV + VK
8. V + KV + KV

9. V + KV + KVK
10. VK + KV + KV
11. KV + KV + KV
12. KVK + KV + KV

13. VK + KV + VK
14. V + KV + VK
15. KV + KV + KVK

16. KVK + KV + KVK
17. KV + KVK + KV
18. KVK + KVK + KV
19. KVK + KVK + KV

Contohnya:

1. KV + V + KV suara tuala siapa niaga
buaya muara biola
cuaca
tiada biasa

2. KV+ V + KVK piutang siasat siuman buapak
biawak tualang kaedah kiamat

siamang ziarah

3. V+KV + V urea idea
usia anoa

4. KV + KV + V

semua mulia benua peria petua
deria setia boria belia barua

5. KVK + KV + V
tempua mentua

6. KV + KV + VK

keruan seluar seluang haluan beruang
ketiak rasuah maruah
sekian peluang

7. KVK + KV + VK berlian sengkuang tempias
mengkuang mendiang borjuis
kembiang bankuet manfaat lengkuas

8. V + KV + KV agama usaha
utara utama irama asasi azali
aroma Ilahi udara

9. V + KV + KVK amaran adikong
Ijazah amanah alamat amatur ibarat
akibat akidah *isyarat

10. VK + KV + KV
indera asrama antara istana asmara
angkasa angsana almari umpama isteri

11. KV + KV + KV sutera terima
keliru budaya teruna berita putera
delima seteru rebana

12. KVK + KV + KV misteri mentega
menteri bendera kemboja soldadu penjuru
bestari jendela kembara

13. VK + KV + VK
ilmiah *ikhtiar

14. V+KV+ VK

akaun elaun ideal amaun

15. KV + KV + KVK senangin binatang
belalang senapang teratak kelamin riwayat
kelawar
belukar selaput

*Bunyi sy dan kh sebenarnya mewakili bunyi-bunyi bahasa yang lambang fonetiknya ialah [S] dan [x].

16. KVK + KV + KVK cendawan sembilan tempayan
tempurung matlamat martabat
maksimum cengkerik mahkamah martabak

17. KV + KVK + KV keranda
belanja setanggi kerengga kelambu royalti
terumbu semambu
selamba kerangka

18. KVK + KVK + KV
sempurna

19. KV + KVK + KVK gelanggang selumbar telanjang
kelongsong belimbing kelompok
kumandang gelombang pelantar belangkas

4.2.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebih

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah
kata pinjaman. Antara contohnya:

1. KV + KV +KV + KV

keluarga biduanda keluangsa

2. KV + KVK + KV + KV peristiwa sayembara
sederhana kerempagi bijaksana sejahtera
belantara sementara

3. KVK + KV + KV + KV harmonika mandalika
laksamana sandiwara manjakani sangkakala
bendahari bendahara

4. KVK + KV + V + KV + KV + V + KV
sentiasa

5. KV + KV + KV + KV

bidadari serigala samudera dinihari
peterana sanubari panorama selesema

6. KV + KV + KV + KVK

musyawarah masyarakat perajurit muzakarah
hulubalang generator
munasabah kelemayar

kapitalis kelemumur

7. KVK + KV + KV + KVK
sentimeter

8. KVK + KVK + KV + KV
singgahsana dispensari

9. KV + KV + V + KVK
mesyuarat nasional

10. V + KV + KVK + KV + KV
universiti

11. KVK + KV + KV + KV + KVK + KV + KV + KV + KVK
cenderawasih kosmopolitan

12. KV + KV + KV + KV + KV + KV
maharajalela

Contoh-contoh perkataan di atas tadi sudah diketahui umum sebagai kata tunggal. Selain perkataan seperti yang
di atas, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal.

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan
menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan
yang utuh.

Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut. Pertama,
akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya terdiri daripada kata nama
khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya:

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia
ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri

Kedua, akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata
dengan suku kata. Oleh sebab yang terbentuk itu kata nama khas, huruf pertamanya dieja dengan huruf besar.

Mara - Majlis Amanah Rakyat

Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Perkeso - Pertubuhan Keselamatan Sosial

Mabbim - Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia

Ketiga, akronim yang terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata, dan ditulis dengan huruf kecil
keseluruhannya kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas. Contohnya:

tabika - taman bimbingan kanak-
kanak pawagam - panggung
wayang gambar kugiran -
kumpulan gitar rancak cerpen -
cerita pendek

Daripada contoh-contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim, sebagai satu proses
pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata, mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, pembentukannya agak longgar, iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan
ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan bahan kata istilah dalam bahasa
Melayu

Bentuk Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa
makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima
sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti
‘yang'. Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’.

Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat
dibahagikan kepada tiga kelompok, seperti yang berikut:

(i) kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas, contohnya:

gambar rajah alat tulis

biru laut bandar raya
air hujan tengah hari

jalan raya jam tangan

nasi minyak meja tulis

terima kasih bom tangan

luar biasa kapal terbang

merah mudah kuning langsat

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya:

Perdana Menteri Ketua Menteri
Duta Besar Naib Canselor

Raja Muda Profesor Madya
Setiausaha Politik Timbalan Ketua Pustakawan
Penolong Pendaftar Ketua Setiausaha Negara

(ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya:

model linear hak milik

garis pusat mata pelajaran

telefon dail terus pita suara

lesung sendi darah panas

kanta tangan urus setia
segi tiga batu kapur

cari gali atur cara

reka bentuk kemas kini
lut sinar susu pekat manis

(iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya:

kaki ayam anak emas
buah hati bulan madu
duit kopi manis mulut

makan angin tumbuk rusuk
pilih kasih berat tangan

4.2.3.1 Bentuk kecualian

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan
yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja
bercantum sebagai satu perkataan dan dianggap kecualian. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:

antarabangsa setiausaha
beritahu sukarela
bumiputera suruhanjaya

jawatankuasa tandatangan
kakitangan tanggungjawab
kerjasama warganegara
olahraga pesuruhjaya
matahari

Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk
yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:

(i) kata nama: peribadi dinihari
(ii) kata adjektif: peribahasa perikemanusiaan
(iii) kata sendi nama: hari bulan
(iv) kata hubung: sukacita apakala
dukacita walhal
(v) kata tanya: kepada
daripada
apabila
manakala
padahal
darihal
barangkali
kadangkala
bagaimana
kenapa

4.2.3.2 Penggandaan kata majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya:
alat-alat tulis gambar-gambar rajah

balai-balai raya kapal-kapal terbang

suku-suku kata garis-garis pusat

jirim-jirim organik model-model linear

Menteri-Menteri Besar Naib-Naib Canselor
Penolong-Penolong Pendaftar Ketua-Ketua Menteri

Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan
keseluruhan unsur. Contohnya:

pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha

9

4.2.3.3 Pengimbuhan kata majmuk

Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata
majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

(i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya
tetap terpisah.
Contohnya: → bercampur aduk
campur aduk

litar selari → berlitar selari

ambil alih → mengambil alih
temu bual → ditemu bual

daya serapan → daya serap

(ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.

campur aduk → mencampuradukkan Contohnya:

daya serap → kedayaserapan
garis kasar → menggariskasarkan
satu padu → Menyatupadukan

urus niaga → diurusniagakan

9

10

TEMA 2

Kemahiran Bahasa

 Rangkai kata
 Homofon dan homograf
 Kata pascakata
 Kata terbitan

RANGKAI KATA

Proses mencantumkan atau merangkaikan dua perkataan yang setara/sama jenis
katanya.

Contohnya: Kata Nama (ibu) + Kata Nama(bapa) = ibu bapa

 Dilihat seperti kata majmuk

 Bezanya, rangkai kata terdiri daripada satu golongan kata

 Kata nama + kata nama
 Rangkai kata boleh disisipkan kata hubung ‘dan’ ataupun ‘atau’ tanpa

mengubah maksud asal rangkai kata

Contohnya:

ibu bapa ibu dan bapa ibu atau bapa
pinggan mangkuk pinggan dan mangkuk pinggan atau mangkuk

abang kakak abang dan kakak abang atau kakak
tinggi rendah tinggi dan rendah tinggi atau rendah

tua muda tua dan muda tua atau muda

 Tidak boleh digandakan dengan mana-mana perkataannya

Contoh kesalahan penggandaan rangkai kata setara
Contohnya:

ibu-ibu bapa ibu-ibu bapa-bapa
pinggan-pinggan mangkuk pinggan-pinggan mangkuk-mangkuk

lembu-lembu kambing lembu-lembu kambing-kambing
adat-adat resam adat resam-adat resam
ibu bapa-ibu bapa
lembu kambing- lembu kambing

 Boleh menerima kata bilangan untuk menunjukkannya banyak
Contoh:
 Semua ibu bapa
 Para ibu bapa
 Semua Pinggan Mangkuk
 Semua lembu kambing
 Kebanyakan ibu bapa

10

11

HOMOFON DAN HOMOGRAF
HOMOFON
Perkataan yang disebut sama dengan perkataan lain tetapi berbeza dari segi
maksud

 Terbahagi kepada dua :
→ dieja serupa tetapi mempunyai maksud yang berbeza
Contoh, "buku" (bahan bacaan) dan "buku" (bahagian di antara
dua ruas)

→ dieja berbeza tetapi mempunyai sebutan yang hampir
sama
Contoh, "massa" (dalam perkataan media massa) dan "masa"
(waktu), atau "golongan" (kumpulan) dan "gulungan" (benda
yang dilipat hingga berbentuk bulat panjang)

HOMOGRAF
Kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan

Contoh: “bela” (menjaga atau memelihara) dan bela (tuntut atau membalas balik)

KATA PASCAKATA

 Bentuk kata yang hadir ng hadir selepas perkataan
 Berfungsi sebagai penekan dan pembenda
 Terbahagi kepada dua:

→ kata penekan
Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya
Contoh :

 Pokok durian itu nampaknya berbuah lebat.
 Guruh itu bunyinya kuat.
→ kata pembenda
Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama kepada
kata
nama
Contoh :
 Laju (kata adjektif) + nya (kata pembenda) = Lajunya (kata nama)

Contoh ayat :
Lajunya kereta itu.

KATA TERBITAN
Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima kata
imbuhan

 Jenis-jenis :
 Awalan
 Akhiran
 Apitan
 Sisipan

11

12

Awalan
 Digunakan untuk mengubah bentuk atau tugas
 Menggunakan imbuhan awalan
 Contoh : pelakon, berlari, pembunuh, penggali, ketua, pengebom,
mempercepat, menari, dirakam, dipercepat, tersepak, selembar

Akhiran
 Menggunakan imbuhan akhiran
 Contoh : kukuran, besarkan, akhiri

Apitan
 Penggabungan kata dasar akan membentuk makna tertentu
 Contoh : penggantian, penantian, pembacaan, pengecaman, kedatangan,
memainkan, dianugerahkan, memperluasi, keakraban

Sisipan
 Kata yang mempunyai imbuhan yang menyisip di dalamnya
 Contoh : telunjuk, keruping, selerak, serabut, semerbak, sinambung

12

13

TEMA 3

Dalam tema 3, terdapat 2 kemahiran bahasa iaitu kata ganda
dan kata akronim
Kata Ganda

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada
sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-
bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.

Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan
kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh

Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat

buku-buku baring-baring manis-manis
lembu-lembu pandang-pandang besar-besar
murid-murid awal-awal
kawan-kawan jalan-jalan bulat-bulat
usik-usik

Kata Ganda Semu
1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang
digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
2. Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3. Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.

13

14

Senarai Kata Ganda Semu
agar-agar, anai-anai, angkut-angkut, anting-anting, biri-biri buli-bull dekak-dekak
epok-epok, gula-gula, jemput-jemput, jentik-jentik, kanak-kanak, kisi-kisi, kunang-
kunang, kuda-kuda, kupu-kupu, kura-kura, labah-labah, layang-layang, oleh-oleh,
onde-onde, panji-panji, pijat-pijat, rama-rama, sumpah-sumpah, ubun-ubun, umang-
umang, undang-undang

Kata Ganda Separa
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang
digandakan.
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
bebawang, bebenang, bebudak, cecair, dedalu, dedaun, dedawai, gegendang,
geguli, jejari, jejarum, jejentik, kekabu, kekisi, kekunci, kekuda, lelaki, lelangit,
lelayang, pepejal, pepijat, pepenjuru, rerambut, sesiku, sesungut, tetamu, tetangga

Kata Ganda Bersajak/Berima
1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami
persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya
apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal:
lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya. persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya:
compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

Persamaan Bunyi Persamaan Bunyi Penyesuaian bunyi
di Pangkal di Hujung Seluruhnya

batu-batan anak-pinak bolak-batik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-Jesus kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
gerak-geri pindah-randah kacau-bilau

14

15

KATA GANDA BERIMBUHAN
-kata ganga yang diberi imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan, dan
sisipan.

KATA AKRONIM
Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal –ialah percantuman bahagian-
bahagian daripada serangkaian perkataan.
(i) kata akronim cantuman huruf dan suku kata awal perkataan.
- LUTH – Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
- ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia
- IPTAR – Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.
(ii) kata akronim cantuman huruf awal perkataan.
- Perilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
- Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
- Mara – Majlis Amanah Rakyat.
- Halaju – hala laju

(iii) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.
- tadika – taman didikan kanak- kanak
- pawagam – panggung wayang gambar
- kugiran – kumpulan gitar rancak
- cerpen – cerita pendek.
(iv) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian
lain dalam perkataan yang mengikuti.
- asbut – asap kabut
- jentolak – jentera tolak
- debunga – debu bunga
- purata – pukul rata
- jalurah – jalan lurah

15

16

TEMA 4

KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan
GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

NAMA BETUL

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.

Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.

Manusia,Orang Ayah,polis,doktor,emak,cikgu,adik dan lain-lain

binatang Ayam,gajah,kerbau,anjing

tumbuh-tumbuhan Pokok,betik,lalang dan lain-lain

benda motosikal,kereta,bas,pemadam

tempat sekolah,pejabat,pulau,masjid,surau,gereja

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama
terbitan.

Contoh kata nama terbitan:- buai - buaian
Raja - kerajaan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada
awal ayat.

Contoh:- a)Dia sedang dikejar oleh seekor anjing
b)Pejabat terletak di sebelah perpustakaan

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut
nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

16

17

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata nama Terbitan

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :

di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )

Awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-

di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan

di awal dan di akhir per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an,
kata dan ke- -an

17

18
18

19

KEMAHIRAN BAHASA TEMA 6

19

20
20

21
21

22
22

23
23

24
24

25
25

26

TEMA 10

DALAM TEMA 10 TERDAPAT 1 KEMAHIRAN BAHASA IAITU KATA TUGAS

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana
tugas-tugas sintaksis.Kata tugas hadir dalam ayat,sama ada di bahagian hadapan ayat,di
bahagian hadapan fasa,atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan
makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.

Jenis-jenis kata tugas

a. Kata Hubung
Kata hubung ialah kata penyambung ayat,iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis.

Contoh:

i. Ali,Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.
ii. Aslinda menari sambil menyanyi.
iii. Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
iv. Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.
v. Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mehu memberitahu.

b) Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti
marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara
penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau
menurun.

Contoh:
i) Aduh, sakitnya tanganku!
ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!
iii) Ah, aku tidak bersetuju!
iv) Amboi, sombongnya dia!
v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!

c) Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan
sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.

Contoh:
Berapa - Harga barang itu berapa?
- Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
Bila - Mereka sampai bila?
- Bilakah gerangan kekanda akan pulang?
Bagaimana - Kesihatannya sekarang bagaimana?
- Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?

d) Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap
perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.

26

27

Contoh:
i)Jangan buang sampah di sini.
ii)Usah biarkan dia berseorangan.

iii)Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.
iv)Jemput masuk!
v)Minta tuan-tuan bersabar sebentar.

e) Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi
penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu
banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu
klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya.

Contoh:
i)Hatta istana itu pun siaplah.
ii)Maka panglima itu pun diberi persalinan.
iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
iv)Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
v)Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.

f) Kata Bantu
Kata bantu ialah sejenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan
frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makan-makna tambahan dari aspek waktu atau
ragam.

Contoh:
i)Pekerja itu telah pulang.
ii)Kami pernah ke utara Malaysia.

iii)Kanak-kanak itu sudah makan.
iv)Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
v)Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.

g) Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Contoh:
i)Pokok itu terlalu tinggi.
ii)Masakan itu paling sedap.

iii)Kelakuan anak itu baik sekali.
iv)Bas itu tiba lambat benar.
v)Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

h) Kata Penegas
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang
meberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Contoh:
i)Di manakah ibu kamu itu?
ii)Bilakah kamu datang?

iii)Apatah daya kita?
iv)Dialah orang nya.
v)Inilah isteri kesayanganku.

i) Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama,
Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.

27

28

Contoh:
i)Dia bukan murid di sekolah ini.
ii)Idah tidak pandai memasak kari ayam.

iii)Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat.
iv)Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
v)Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

j) Kata Pemeri.
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan
frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.

Contoh:
i)Dia ialah seorang guru.
ii)Berita itu adalah palsu.

iii)Mereka ialah pelari pecut.
iv) Pendapat itu adalah karut.
v)Nama saya ialah Abu.

k) Kata Sendi Nama
Kata Sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau
frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat.

Contoh:
i)Dia berasal dari pedalaman.
ii)Ibu pergi ke pasar.
iii)Saya menetap di Ipoh.
iv)Kertas ini diperbuat daripada kayu.
v)Dia balik pada pukul 5.00 petang.

l) Kata Pembenar
Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar
ialah ya, benar, dan betul.

Contoh:
i)Ya, esok awak boleh bercuti.
ii)Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.

iii)Benar, tekaan kamu itu memang tepat.
iv)Benar, dia sudah berhenti kerja.
v)Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.

m) Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah
kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.

Contoh:
i)Bunga hiasan itu itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah.
ii)Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium.
iii)Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.
iv)Pelumba basikal itu bertolak dari utar ke selatan.
v)Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.

n) Kata Bilangan
Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda, atau
perkara.

28

29

Contoh:
i)Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.
ii)Para penulis dikehendaki beratur di dewan.

iii)Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.
iv)Dia menunggu bas selama lima jam suku.
v)Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo.

o) Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Contoh:
i)Bas itu bergerak laju.
ii)Saya hampir terjatuh ketika melompat.

iii)Datang ke sini cepat.
iv)Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak.
v)Mereka sesat berhari-hari di tengah lautan.

p) Kata Penekan
Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan
melekat selepas perkataan.Bentuk kata tersebut ialah -nya, yang dapat berfungsi sebagai
penekan atau pembenda.

Contoh:
i)Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.
ii)Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.

iii)Cuaca nampaknya semakin gelap.

q) Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada
kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya.

Contoh:
i)Lajunya ialah 350 km sejam.
ii)Bukan kepalang sakitnya.

iii)Datangnya secara mendadak.
iv)Air sungai mengalir dengan derasnya.

29

30
30

31

TEMA 13

31

32
32

33
33

34

TEMA 15

JENIS-JENIS AYAT

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Ayat Penyata

1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau
menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh:- a)adik makan nasi.
b)Dia suka menonton rancangan televisyen.

Ayat Tanya

1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya
dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

(i)Ayat tanya tanpa kata tanya

1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada
suara pada akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).

Contoh:- a)Adik masih belum makan?
b)Pemuda itu malas?

(ii)Ayat tanya dengan kata tanya

1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa,
siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.

Contoh:- a)Siapakah pemilik piano itu?
b)Apakah kandungan di dalam kotak itu?

Ayat Perintah

1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan

Ayat Suruhan

1) Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.

Contoh:- a)Minumlah teh ini dahulu.
b)Siapkan kerja sekolah ini.

34

35

Ayat Larangan

1)Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
2)Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.

Contoh:- a)Jangan bermain di luar ketika hujan.
b)Tak usah kau campur tangan dalam hal ini.

Ayat Silaan

1)Menjemput atau mempersilakan seseorang
2)Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.

Contoh:- a)Sila beratur semasa membeli.
b)Jemput masuk ke rumah saya.

Ayat Permintaan

1)Memohon permintaan dan pertolongan.
2)Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.

Contoh:- a)Tolong ambilkan saya secawan air
b)Minta anda semua bersabar

Ayat Seruan

1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut,
marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan
sebagainya.

Contoh:- a)Wah,besarnya rumah itu!
b)Cis,berani kamu pukul saya!

35

36
36

37
37


Click to View FlipBook Version