The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KASEH HUSNA BINTI ABDUL RAHIM
F2B
BMMB1104
030122080836

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 703-3-kaseh, 2022-03-26 10:52:18

KESUSASTERAAN MELAYU

KASEH HUSNA BINTI ABDUL RAHIM
F2B
BMMB1104
030122080836

KESUSASTERAAN
MELAYU

KASEH HUSNA BINTI ABDUL RAHIM
F2B

APA YANG AKAN
DIPELAJARI:

takrif kesusasteraan melayu. Bentuk kesusasteraan Melayu

Jenis-jenis kesusasteraan Ciri-ciri kesusasteraan Melayu
Melayu

Takrif

Hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.
Boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah
Wujud dalam bentuk lisan
Wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan
Meminjam dari kata bahasa Sanskrit

Dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden.

Takrif

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi
secara turun-temurun

Disebarluaskan melalui lisan

Kesusasteraan Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat
tertentu sahaja yang bersifat esklusif.

Kesusasteraan Melayu moden disebarkan melalui lisan dan tulisan
Kesusasteraan Melayu moden bersifat individu dengan adanya cipta terpelihara
Tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh
pengarangnya.

Jenis-jenis kesusasteraan
Melayu

Prosa tradisional

Sastera rakyat (lisan)

sastera ditakrifkan Rakyat pula ialah Ciri sastera
sebagal hasil-hasil orang biasa yang rakyat disebarkan
hidup secara kolektif
kreatif yang bagi membentuk satu dan diwariskan
termasuk dalam sistem kekeluargaan secara lisan.

daya ciptaan yang besar Sastera rakyat
imginasi pencipta merupakan hasil

Mengandungi karya yang
atau diinspirasikan dan
disampaikan secara
menggambarkan
nilai-nilai world lisan.
view itu sendiri

Prosa tradisional
Sastera rakyat (lisan)

Sastera rakyat Sastera rakyat
juga wujud dalam juga bersifat
tradisional dan
variasi yang lama
berbeza-beza

Bersifat anonimi Sastera rakyat
menjadi hak milik
semua masyarakat
yang menghasilkannya

Prosa tradisional

Sastera rakyat (lisan)

Mempunyai bentuk Memberi pengajaran Sastera rakyat
berpola dengan serta penulisannya terbahagi kepada dua
plot yang hampir bersifat sederhana, kategori iaitu naratif
sama, spontan dan kadangkala
dan bukan naratif
agak kasar

Sastera Rakyat (naratif)

Mitos

mengisahkan kejadian dianggap
alam semesta, benar-benar

manusia, binatang terjadi
tumbuh-tumbuhan,
bentuk muka bumi dan

kejadian alam

terdiri peristiwa yang aneh,
daripada tetapi penting,
makhluk
halus, dewa dianggap keramat
atau separuh dan memberi kesan
dewa yang kepada masyarakat
terjadi pada
zaman dahulu

Mitos

Tiga jenis, iaitu Mempengaruhi
mitos asal usul, kehidupan
mitos institusi masyarakat
sosial dan mitos Melayu

politik. terutamanya cara
pemikiran yang
bersifat mistik

Mitos asal usul Kisah Tasik
berlaku pada Cini
masa lampau dan

dianggap
keramat oleh
masyarakat

Mitos

Contohnya, Mengalami kecairan Mitos institusi
institusi hingga kadang- sosial merupakan
bomoh kadang tidak lagi
menjadi mitos cerita yang
Mitos politik ialah ekoran daripada mengisahkan asal
cerita yang pengaruh agama
yang dianuti usul sesebuah
berkaitan dengan institusi sosial
struktur dalam masyarakat

pemerintahan dan Melayu
kerajaan

Legenda

Cerita yang Sejenis komunikasi
dipercayai lisan yang bercorak
benar-benar cerita berasaskan
berlaku tetapi kisah-kisah tokoh
tidak dianggap
atau pahlawan.
suci.

Contohnya, Kisahnya ada
manusia yang kaitan dengan
mempunyai zaman sekarang

sifat luar kerana
biasa. kepercayaan
terhadap keramat
seperti Perigi

Hang Tuah

Legenda

Tokoh dan tempat Legenda keagamaan, Legenda alam ghaib
mempunyai sifat iaitu cerita mengenai atau memorat
luar biasa serta yang dianggap
dipercayai benar- orang alim dan benar-benar
benar berlaku. penyebar agama. terjadi. Legenda
Tokoh tersebut
Jenis legenda dalam memang wujud dan jenis ini berfungsi
masyarakat Melayu untuk meneguhkan
menjadi bualan
ialah legenda masyarakat hingga kebenaran
keagamaan, , berkaitan dengan
menjadi ghaib
legenda sesuatu
perseorangan serta kepercayaan.
legenda alam ghaib

Legenda

Legenda perseorangan Berunsur
yang berkaitan dengan histiriografi
tokoh-tokoh tertentu
yang dianggap segala Legenda berkaitan
dengan cerita
peristiwa berkaitan
dengan tokoh tersebut mengenai asal usul
benar-benar berlaku. sesuatu tempat di
Hal ini dibuktikan dengan mana nama tempat
latar tempat dan masa
itu berkaitan
seolah-olah benar dengan nama tokoh
dengan situasi sebenar.
atau binatang
Berunsur tokoh
istimewa

Legenda

Berunsur Legenda tokoh Berunsur tokoh
tanda-tanda seperti Mahsuri. istimewa
alam atau
bentuk muka

bumi

Cerita Binatang

1 Ditokohi oleh binatang yang mempunyai gambaran sikap dan tingkah laku
seperti manusia.

2 Watak utama bersaiz kecil tetapi cerdik manakala watak antagonis ialah
binatang besar tetapi kurang cerdik dan dianggap bodoh

CERITA 3 Cerita Sang Kancil
RAKYAT
Cerita penglipur lara

4 Kumpulan cerita yang digolongkan dalam cerita rakyat. serta Berfungsi
sebagai hiburan dan pendidikan

5 Cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara seperti Tok Selampit,
Awang Belanga dan Awang Batil.

Dituturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain dengan

6 tokok tambah dan menjadi milik masyarakat.

Cerita penglipur lara

4 Mendukung ciri tempatan.

5 Diselit dengan puisi tradisional dengan tema berkaitan peperangan ,
percintaan dan pengembaraan.
CERITA
RAKYAT 6 Mengandungi amanat dan panduan

7 Mengandungi unsur magis dan kesaktian

8 Latar tempat biasanya di istana, dunia kayangan dan alam ghaib.

CERITA Cerita Jenaka
RAKYAT
1 Menimbulkan rasa geli hati dan gembira
2 watak bodoh-Pak Pandir
3 Unsur kebetulan dengan situasi sebenar sebagai ragam kehidupan manusia.

Cerita Teladan

4 Mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan unsur moral dan pendidikan

Terdiri daripada manusia biasaa yang mengalami suka duka pada pemulaan

5 cerita tetapi akan memperoleh kegembiraan pada pengakhiran cerita.
5 kuasa sakti.

Sastera istana (tulisan)

Diperkenalkan setelah Sastera undang-undang
penerimaan Islam pula dijadikan sebagai
bahan kajian tentang
sekitar abad ke-15 dan sistem pemerintahan,
berkembang dalam sistem pentadbiran dan
istana. susun lapis masyarakat

Tiga jenis lama.
berdasarkan unsur-
unsur yang terdapat Sastera undang-undang
di dalamnya, iaitu terbahagi kepada dua

unsur Hindu, kumpulan, iaitu
Islam dan Adat Temenggung dan
Hindu-Islam
Adat Perpatih.

Sastera istana (tulisan)

Contoh sastera Sastera epik juga
undang- undang ialah disebut sebagai sastera
Hukum Kanun Melaka, pahlawan dan bersifat
Undang-undang Laut
Melaka dan Undang- sejagat

undang Pahang. sastera undang-
undang Adat
Sastera epik
Perpatih hanya mementingkan ciri
diamalkan di Negeri kepahlawanan dan
keperwiraan yang
Sembilan
unggul.

Sastera istana
(tulisan)

Sastera epik terbahagi Sastera agama
kepada dua jenis, iaitu kebanyakannya berfokus
epik kebangsaan yang pada cerita- cerita yang
diwakili oleh Hikayat
menggambarkan
Hang Tuah dan kehebatan Nabi
epik berunsur Islam Muhammad SAW dalam
seperti Hikayat Amir menyebarkan agama
Islam ke seluruh dunia
Hamzah
Sastera panji
merupakan karya yang Contohnya, Hikayat
isinya berkisar sekitar Bulan Berbelah.

kisah pengembaraan,
percintaan dan
peperangan

Prosa Moden

cerpen, novel, drama

CERPEN

Gabungan dua perkataan, iaitu cerita dan pendek. Mempunyai satu tema sahaja dan beberapa
persoalan
Berkisar mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa yang
menjadi fokus utama. Cerpen memusatkan perkembangan watak
kepada beberapa orang tertentu sahaja.
Menjadi alat yang menggambarkan sikap, perasaan, pandangan
dan fikiran pengarang malahan juga memberi gambaran Watak-watak lain hanyalah bertujuan untuk
tentang suatu zaman, sama ada berhubung masalah sosial, memperkukuhkan kewibawaan watak utama.
politik atau ekonomi.

CERPEN

Mempunyai satu tema sahaja dan Protagonis dan antagonis akan
beberapa persoalan mencetuskan konflik yang dianggap
penting sebagai unsur dramatik
Cerpen memusatkan perkembangan
watak kepada beberapa orang tertentu Terdapat satu plot sahaja
sahaja.
Pencetusan perasaan dan penyemarakan emosi
Watak-watak lain hanyalah bertujuan untuk dalam cerpen menerbitkan ketegangan dan menarik
memperkukuhkan kewibawaan watak utama. pembaca untuk merasai pengalaman yang
digambarkan dalam cerpen

NOVEL

Prosa rekaan Berasal Mengisahkan
yang panjang daripada kejadian yang
bahasa dipusatkan kepada
yang di Itali, iaitu
dalamnya novella sebahagian
termuat daripada kehidupan
sebahagian manusia pada suatu
daripada sebuah tempat dan masa
kehidupan.
tertentu.

NOVEL

Novel merangkumi Novel yang Novel yang
tiga faktor utama bercorak bercorak semangat
kemasyarakatan
yang saling telah dihasilkan kebangsaan juga
berkait, iaitu oleh Harun lahir pada
pengalaman Aminurrashid.
pertengahan tahun
peribadi, 1940-an, iaitu novel
realiti rencam
Pahlawan Rimba
hidup dan Malaya (1946).
imaginasi.

DRAMA

Digolongkan Salah satu bentuk Pengarah
dalam genre karya sastera memegang peranan
prosa moden yang penulis
menyampaikan penting untuk
mesej atau menyelaraskan
pementasan drama
pemikiran melalui
lakonan serta tersebut.
dialog

DRAMA

Memegang Melaksanakan
setiap peranan pementasan
beberapa unsur
yang ditulis seperti cahaya,
dalam skrip juga
dianggap penting bunyi,
pakaian ataupun
dalam unsur disebut kostum,
pementasan
tata rias dan
drama penonton

PUISI
TRADISIONAL

kaedah rangkapan yang tertua dan PANTUN Merupakan pengungkapan yang
memang asal kepunyaan masyarakat mengandungi unsur pembayang
Pencipataannya terkandung dalam
Melayu. dua rangkap, empat rangkap, enam maksud dan maksud

rangkap, lapan rangkap, dua belas

rangkap dan pantun berkait

Mempunyai tema serta persoalan Penggunaan lambang-lambang Hubungan makna antara pasangan
tertentu yang terdapat dalam pembayang- pembayang sama ada
pantun mengikut tanggapan dan
pandangan dunia masyarakat Melayu secara konkrit atau abstrak.

PANTUN

Bilangan perkatan bagi setiap baris bilangan suku kata ialah antara 8 ima atau bunyi akhir adalah sejajar
ialah 4 hingga 6 patah perkataan hingga 12. iaitu bagi pantun dua kerat 'a', 'a',




pantun biasanya menyentuh hampir Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan Bagi pantun empat kerat baris satu
keseluruhan kehidupan masyarakat bilangan baris dalam rangkap dan dua ialah pembayang manakala
baris tiga dan empat ialah maksud.
Melayu.

GURINDAM

Satu bentuk puisi Bentuk gurindam
Melayu tradisional adalah terikat, iaitu
terdiri daripada dua

baris serangkap

Diperkenalkan oleh Mengandungi tiga
Raja Ali haji melalui hingga enam patah
'Gurindam Dua Belas' perkataan dengan
yang dikarang pada skima rima akhir 'a'.

tahun 1846. 'a'

GURINDAM

Suku kata gurindam Berasal dari bahasa
dalam sebaris ialah Tamil 'iradam',
antara 8 hingga 12 'kirandam

suku kata. Isinya mengandungi
nasihat, pengajaran,
Suku kata gurindam
kebenaran serta dalam sebaris ialah
pernyataan perasaan antara 8 hingga 12

cinta. suku kata.

SYAIR

Sejenis puisi Syair telah Syair dikatakan
berlagu yang diubahsuaikan berasal daripada
dikatakan berasal
dari Parsi dan telah mengikut puisi Arab iaitu
dibawa masuk ke kesesuaian 'sy'ir' tetapi bentuk
syair Melayu amat
Nusantara bahasa
bersama- sama Melayu Klasik berbeza dengan
kedatangan Islam bentuk syair dalam
ketika itu.
Syair Melayu tidak Mengandungi kesusasteraan
beracuankan syair empat baris Arab

daripada tradisi serangkap Setiap baris
Arab atau mana- dengan rima mengandungi 4
mana puisi Arab- akhir 'a','a','a', hingga 5 patah
Parsi tetapi dalam perkataan dan
bentuk dan acuan la'. suku kata pula 8
asli masyarakat hingga 12 bagi

Melayu. setiap baris

SELOKA

'seloka' berasal Seloka lebih Isi dan mesejnya
daripada merupakan sarat dengan
pepatah, bidalan sindiran yang
perkataan Sanskrit atau perumpamaan berguna untuk
'shloka' yang yang mengandungi menjadi
bermaksud unsur jenaka, gurau
berseloroh, senda, olokan, pengajaran dan
ejekan dan sindiran teladan oleh
berjenaka atau
menyindir pendengar atau
pembaca

Puisi Moden

SAJAK

PERTAMA KEDUA KETIGA

Puisi moden yang lebih bebas Mementingkan Karya kreatif yang mempunyai
keberkesanan pengucapan bentuk yang bebas dan tersendiri
perasaan melalui pemilihan
dan pemakaian kata-kata mengikut selera penulisnya
ataupun penyair

KEEMPAT KELIMA

Sajak terbentuk daripada kata- Sajak lahir daripada jiwa dan
kata yang terbaik dalam perasaan tetapi sajak yang
susunan terbaik
baik bukan mainan kata
semata-mata.

MANIFESTASI
AKAL BUDI

Pengenalan

Puisi tradisional merupakan satu elemen yang penting untuk pemikiran diungkap dan akal budi
orang Melayu semasa berkomunikasi. Penggunaan puisi tradisional sejak sekian lama terhasil
daripada pengamatan yang cukup tinggi masyarakat dahulu terhadap kejadian alam sekeliling,
tingkah laku, norma hidup, adat dan budaya. Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan
sikap seseorang manusia yang mendukung kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan.
Menterjemah perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang dalam pelbagai rupa, namun yang paling
lazim ialah dalam bentuk penghasilan karya seni, seperti seni sastera. Budi dapat dilihat dalam
pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa dan gaya hidup. Pemikiran merupakan proses
menggunakan minda untuk mencari maksud dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai
pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar, untuk membuat keputusan
serta menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleks terhadap proses yang dilalui
Menurut Syed Ismail bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki bin Miskon, menjelaskan bahawa
masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan
bergantungan berasaskan satu budaya tertentu serta mempunyai matlamat yang sama.
Manifestasi akal budi ini boleh dilihat dalam empat aspek utama iaitu pemikiran, pertuturan,
perlakuan dan gaya hidup.

Pemikiran

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari maksud dan memahami sesuatu
dengan pelbagai kemungkinan idea diterokai dan pertimbangan yang wajar dibuat bagi membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang
dilalui. Menurut pandangan Islam akal berfungsi memerhatikan tenaga supaya otak manusia
bekerja dan beroperasi. Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim (ilmuwan) dari
seorang abid (ahli ibadah) keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian.
Kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah SWT. MalaikatNya serta
penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus, mereka
akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. (Hadis Riwayat
Tirmizi, no. 2609) Perspektif pemikiran masyarakat Melayu ini secara historikal akan
mengungkapkan perkembangan Melayu dari aspek budaya selaras dengan alam pemikiran
mereka. Alam pemikiran sosial Melayu ini merangkumi akal fikiran, akal budi, alam ilmu yang
diperlihatkan dalam siratan Alam-Manusia-Tuhan. Manusia menggunakan akal dan hati untuk
mendekati dan berinteraksi dengan Tuhan serta memerlukan hubungan sipirtual emosi dan jiwa.
Manusia dipilih oleh Tuhan kepada untuk diabdikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi bagi
memakmurkan tuntutan tugas manusia. Oleh itu, manusia memegang Amanah dan
tanggungjawab untuk menjaga alam ini.

Pertuturan

Selain itu, masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan. Menurut Kamus Dewan
(1984), santun bermaksud halus budi Bahasa atau berbudi pekerti dan berusaha menghindari
konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi. Awang Sariyan (2007)
membuat takrifan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
bicara. Menurut tokoh Nusantara iaitu Hamka (1887) menyatakan bahawa kecantikan abadi
terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah atau
pakaian.

Perlakuan

Menurut Kamus Dewan(1984), perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan
seharian, masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku
yang berhemah dan baik. Misalnya, dalam adab melayan tetamu bagi masyarakat Melayu
mereka sangat mengutamakan dan mendahulukan tetamu walaupun mereka sibuk dengan urusan
diri sendiri. Hal ini sangat jelas dalam seloka popular Mak Si Randang yang menggambarkan
tetamu sangat diberi keutamaan. Walaupun bersifat menyindir tetapi jelas menggambarkan citra
masyarakat yang sangat mengutamakan tetamu. Namun bagi budaya di negara Korea, mereka
akan memberitahu secara berterus-terang bahawa mereka sedang sibuk dan menyuruh tetamu
tersebut pulang. Selain itu, tertulis dalam hikayat klasik di mana terdapat beberapa pergaduhan
yang mengaibkan atau menghukum seseorang. Contohnya kerana Hang Jebat ingin membalas
dendam ke atas Sultan disebabkan Hang Tuah telah dimalukan dan dijatuhi hukuman bunuh
kerana difitnah bermurka dengan dayang istana. Oleh itu, lahirlah peribahasa 'menconteng
arang di muka yang bermaksud sesuatu perlakuan yang mendatangkan malu ataupun aib kepada
warga. Anggota masyarakat yang sanggup memalukan diri sendiri dan ahli keluarga ataupun
seseorang dianggap sebagai tidak bermaruah. Justeru masyarakat perlu menjaga perlakuan agar
tidak menyinggung perasaan seseorang.

Gaya Hidup

Akhir sekali, akal budi masyarakat Melayu juga tidak lengkap tanpa gaya hidup. Menurut
sumber Kamus Dewan (1984), gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang individu atau
kumpulan menjalani kehidupan kemampuan seperti mewah, sederhana dan sebagainya. Manakala
kehidupan dapat didefinisikan sebagai perihal hidup (Kamus Dewan, 1984). Dalam konteks gaya
hidup ini akal budi dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu agama serta kepercayaan, adat
istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni.

Akal Budi dalam Pantun

Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun merupakan
manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Sehubungan itu, menerusi pantun dapat dikaji
struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah
hidup yang mereka anuti. Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan, Pantun
ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masyarakat Melayu. Semenjak
orang Melayu belum tahu surat-menyurat pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-
balas pantun sesama mereka. Pencipataannya terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap,
enam rangkap, lapan rangkap, sepuluh rangkap, dua belas rangkap, dan pantun berkait. Dalam apa
juga bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi pembayang maksud
dan maksud. Pantun bukan seperti yang difahami hari ini dengan melihat bentuk fizikalnya semata-
mata. Sedangkan pantun itu kaya dengan falsafah sebagai gambaran dalam kehidupan masyarakat
Melayu. Menurut T. Effendy (2005), kekayaan pantun terletak pada pembayang yang mengangkat
alam sebagai manifestas masyarakat melayu.

Dalam konteks perbincangan ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan
keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Seperti yang dijelaskan pada awal
perbincangan keunikan pantun terletak pada pembayang dan maksud itu sendiri. Beberapa contoh pantun di bawah
menampakkan falsafah yang tinggi pada pembayang pantun yang dilafazkan.Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat
melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Nanas
berbau harum dan berwarna kuning apabila masak. Nanas cuba dibandingkan dengan emas yang akan menyebabkan
masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Hal ini berbeza daripada ubi. yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi
dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah.
Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa
segi luaran semata-mata seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri.
Ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas cara nasihat disampaikan agar masyarakat memandang tinggi akan nilai budi
kerana kalau diperbandingan nilai budi itu lebih tinggi berbanding emas tetapi pemahaman konsep itu dijelmakan dalam
pembayang yang membuat bandingan antara nanas dan ubi. Kedua-dua jenis tumbuhan ini ialah sejenis makanan, Nanas
makanan ringan bersifat pencuci mulut dan bukan makanan ruji yang mengenyangkan seperti ubi. Tetapi nanas
mempunyai tarikan dalam aspek warna dan rasanya yang manis. Namun dalam konteks keperluan hidup tentulah ubi
lebih bermanfaat berbanding nanas. Begitulah diumpamakan antara emas dan budi. Pantun yang dihasilkan hari ini tidak
lagi mengungkapkan manifestasi pemikiran masyarakat Melayu yang kaya dengan akal budinya. Sedangkan pantun-
pantun tradisi sangat mementingkan penyusunan setiap kalimat sebagai sangat bermakna dan terlahir falsafah
masyarakat itu sendiri. Pantun-pantun yang dicipta hanya mementingkan aspek tersurat yang melihat pada bentuknya
sahaja. Rima akhir begitu dititiberatkan sehingga hilang falsafah pantun yang dijelmakan melalui pembayang dan
maksudnya.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berguna lagi;

Pokok senduduk ialah tumbuhan renek kecil dan bercabang. Pokokinisecara saintifik dikenali sebagai Melastoma
Malabathricum. Pokok ini dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari. Sebagai
pokok belukar kecil lazimnya didapati di kawasan tanah lapang, kawasan terbiar dan juga di tepi jalan. Pokok ini
mempunyai khasiat dalam aspek perubatan tradisional iaitu daun dan pucuk dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Di
Malaysia daun senduduk yang dibuat ubat pupuk digunakan untuk mencegah parut-parut luka kesan daripada kelemumur
atau cacar. Air rebusan akarnya digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung
perut. Manakala air rebusan daun dan akar diminum untuk rawatan bersalin. Air rebusan campuran senduduk, cuka, halia
bara (zingiber officinale) dan bonglai (zingiber cassumnar) digunakan untuk untuk rawatan leucorrhea (pelepasan vagina).
Air rebusan campuran daun dan pucuk senduduk serta dicampur dengan kulit manggis atau kulit buah manggis yang
dibakar menjadi arang digunakan untuk cirit-birit. Serbuk daun senduduk juga digunakan untuk merawat disenteri
(peradangan usus), luka luka dan juga digunakan sebagai tonik (www. islamituindah. my). Maknanya pokok ini sangat
penting dan memberi sumbangan besar dalam masyarakat Melayu tradisi. Pokok ini biasanya tumbuh di sekeliling pokok-
pokok utama seperti pokok buah langsat. Penerangan di atas membuktikan betapa pokok senduduk begitu penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Sebelum pokok langsat berbuah kuning, masyarakat seolah-olah bergantung pada pokok
senduduk ini. Malangnya, apabila pokok langsat yang telah berbuah kuning ranum untuk dimakan maka pokok senduduk
seolah-olah tidak berguna lagi kerana akan diinjak-injak ketika memetik buah langsat. Segala khasiat yang pelbagai dan
menyeluruh daripada pokok senduduk dilupakan semata-mata sedikit kenikmatan dan kemanisan buah langsat.Begitulah
tingginya falsafah dan ilmu yang diungkapkan dalam dua baris pembayang sebagai cerminan maksud bagi pantun
terbabit

RUJUKAN

1.Awang Sariyan (2007). Santun Berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka
2.Azman Rahmat, Mohamad Nazri Zainuddin, Abdul Rani Hassan & Hasnah

Awang (2022). Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradissional. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1984). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Shahnon Ahmad (1987). Polemik Sastera Islam. Dewan Bahasa dan
Pustaka./


Click to View FlipBook Version