SMK DATO’ ONN, BATU PAHAT, JOHOR
ANJURAN
SMK DATO’ ONN
DENGAN KERJASAMA
PPD DAERAH BATU PAHAT
PADA:
28 SEPT – 20 OKT 2022
BERTEMPAT DI:
DEWAN DATIN HALIMAH, SMK DATO’ ONN
1. PENDAHULUAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM
Program ini bertemakan “STEM Pencetus Kreativiti Dan Inovasi Pemangkin Transformasi” bertujuan
untuk menarik minat dan membuka ruang serta peluang kepada pelajar untuk memahami dan menghayati
mata pelajaran berkaitan dengan STEM. Program-program yang telah dirancang mampu memberi
perangsang kepada pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran tersebut dan dapat melahirkan pelajar
yang berketerampilan, kreatif dan inovatif. Selain itu ia dapat melahirkan generasi berilmu melalui
pertandingan atau permainan dan rekreasi secara individu mahupun berkumpulan di samping menerapkan
kemahiran STEM yang berupaya untuk mengenalpasti, mengaplikasi dan mengintegrasikan komponen
STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara kreatif dan inovatif.
2. OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran berkaitan STEM
3.2 Menggalakkan semua pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan
sepanjang Karnival STEM.
3.3 Melahirkan pelajar yang berpengetahuan serta kreatif dan inovatif.
3.4 Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat mata pelajaran berkaitan Sains, Matematik,
Teknologi dan Kejuruteraan.
3.5 Memberi kesedaran kepada murid pentingnya pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi
STEM.
3. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SMK Dato’ Onn
SMK SERI MEDAN
SMA PARIT SULONG
SMK DATO SULAIMAN
SMK PENGHULU SAAD
SMK SEMERAH
2
AKTIVITI KEMUNCAK KARNIVAL STEM TAHUN 2022
DAN
MAJLIS PENUTUP
20 OKTOBER 2022 (KHAMIS)
BIL MASA AKTIVITI
1 8.00 Pagi Pendaftaran
2 8.30 Pagi Taklimat Pertandingan
3 9.00 Pagi Aktiviti dan Pertandingan Bermula
Roller Coaster – Ting 3
Keusahawanan
STEM Explorace – Terbuka
Cold Appetizer – Men Atas
Pendawaian Elektrik Lampu Kawalan Manual –
Men Atas
3D Pen – Ting 2 dan 3
Pertandingan Membuat Sandwich – Ting 1 dan 2
4 12.00 Tengahari Majlis Penutup
Ucapan En Mohd Lutfi Radhi Bin Rahmat @ A
Rahman, Pengetua SMK Dato Onn
Penyampaian Hadiah, Sijil Dan Cenderahati
Jamuan VIP
5 2.00 Petang Bersurai
3
REKABENTUK ROLLER COASTER
1.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tingkatan 3 sahaja.
1.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang
peserta dengan seorang guru pembimbing.
2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Reka bentuk roller coaster menggunakan apa sahaja bahan yang sesuai. Penggunaan
bahan kitar semula adalah digalakkan.
2.2 Ukuran maksimum roller coaster adalah luas tapak: 1m x lebar 1m dan tinggi 1.5m.
2.3 Murid dikehendaki membentangkan hasil rekabentuk roller coaster masing-masing.
3.0 KAEDAH PENGHAKIMAN
2.1 Setiap pasukan dikehendaki melepaskan sebiji guli di bahagian paling atas roller
coaster.
2.2 Ujian masa akan diambil bagi menentukan guli manakah yang paling lama bergerak
sehingga ke penghujung roller coaster.
2.3 Ujian masa akan dilakukan sebanyak 2 kali. Ujian masa terbaik akan diambil untuk
penilaian akhir.
2.4 Sekurang-kurangnya 2 orang hakim akan menghakimi ujian dan penilaian.
2.5 Penilaian markah akan ditentukan berdasarkan kriteria berikut:
2.5.1 Ujian masa - 40%
2.5.2 Pembinaan dan Rekabentuk - 20%
2.5.3 Kelancaran guli – 10%
2.5.4 Kekemasan – 10%
2.5.5 Kreativiti – 10%
2.5.6 Soal jawab - 10%
2.6 Keputusan hakim adalah muktamad.
4
EXPLORACE
1.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah Tingkatan 1 hingga 5.
1.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang peserta
dengan seorang guru pembimbing.
1.3 Setiap kumpulan terdiri daripada seorang murid Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3,
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
1.4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja.
1.5 Peserta dibenarkan memakai t-shirt yang mempunyai identiti sekolah.
1.6 Peserta dikehendaki membawa alat tulis dan kalkulator.
2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Aktiviti explorace melibatkan 5 stesen.
2.2 Setiap pasukan akan membuat cabutan di stesen yang mereka akan bermula.
2.3 Setiap pasukan mesti menyiapkan tugasan di setiap stesen sebelum bergerak ke stesen yang
lain.
2.4 Masa maksimum untuk meyiapkan tugasan di setiap stesen adalah 20 minit.
3.0 KAEDAH PENGHAKIMAN
2.1 Penghakiman adalah secara tepat dan cepat. Setiap pasukan akan dinilai berdasarkan
jawapan yang paling tepat dan cepat di setiap stesen.
2.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.
5
PERTANDINGAN PENDAWAIAN ELEKTRIK LAMPU KAWALAN MANUAL
Tugasan 1
1. Anda dikehendaki menghasilkan tugasan seperti berikut :-
(a) Melakar ukuran litar pendawaian kawalan manual pada papan pendawaian seperti
Rajah 1 di bawah menggunakan pensil.
60 cm
16 cm
38 cm 60 cm
28.5
cm
30 cm
26 cm 26 cm
4 cm
RAJAH 1
6
(b) Memasang casing PVK di atas papan pendawaian.
(c) Mendawai litar pendawaian seperti Rajah 2 di bawah dimana suis S1 mengawal lampu L1
dan L2 secara selari
L1 L2
E
N
L
C
S1
RAJAH 2
(d) Membuat ujian kefungsian pendawaian samada berfungsi atau tidak.
2. Penilaian dan pemarkahan akan diberi berdasarkan kriteria berikut :-
(a) Hasil kerja (kemas dan selamat)
(b) Perkara kritikal (litar berfungsi atau tidak)
3. Masa yang diperuntukkan ialah selama 2 jam.
4. Bilangan peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar lelaki atau perempuan ting 4 /
ting 5 seramai 2 orang dan di bantu oleh seorang mentor dari tingkatan 5 elektrik SMK Dato’ Onn,
Batu Pahat, Johor.
7
5. Senarai bahan disediakan oleh pihak SMK Dato’ Onn, Batu Pahat.
Bil Bahan Saiz Kuantiti
(Bahan : Calon)
1. Bongkah Penyambung 15 A
2. Kabel hidup 1.5 mm2 1:1
3. Kabel neutral 1.5 mm2 115 cm : 1
4. Kabel bumi 1.5 mm2 95 cm : 1
5. Teracu kotak suis PVK 115 cm : 1
6. Teracu bulat lampu PVK -
7. Lampu - 1:1
8. Pemegang Lampu 30 W 2:1
9. Casing PVK - 2:1
10. Papan pendawaian 1 inci 2:1
11. Suis satu hala 60 cm x 60cm 1:1
12. Skru - 1:1
1/2 inci 1:1
secukupnya
6. Peralatan tangan disediakan oleh pihak SMK Dato’ Onn, Batu Pahat
Bil Bahan Kuantiti
(Bahan : Calon)
1. Gergaji besi (Junior Hack Saw)
2. Kikir separuh bulat 1:1
3. Meja kerja 1:1
4. Pena ujian 1:1
5. Penjalur wayar 1:1
6. Pita pengukur / pembaris besi 1:1
7. Pemotong sisi 1:1
8. Set pemutar skru 1:1
9. Playar gabung 1:1
10. Sesiku L 1:1
11. Tukul pendawaian 1:1
1:1
8
7. Penilaian Pemarkahan
BIL KRITERIA PENILAIAN MARKAH MARKAH
DIPEROLEHI PENUH
1 Pendawaian Kabel hidup dari bongkah
penyambung ke Suis S1 dan ke Lampu L1 & 15 %
L2
10 %
2 Pendawaian Kabel neutral dari bongkah 15 %
pemyambung ke lampu L1 & L2
10 %
3 Pendawaian Kabel bumi dari bongkah 10 %
pemyambung ke Suis S1 dan ke Lampu L1 10 %
& L2 30 %
100 %
4 Pemasangan casing PVK kemas dan
selamat.
5 Pemasangan 2 lampu kemas dan selamat.
6 Pemasangan suis lampu S1 kemas dan
selamat.
7 Perkara kritikal - Litar lampu berfungsi.
JUMLAH
9
3D PEN
MENENGAH RENDAH
1.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tingkatan 2 dan 3 atau gabungan antara
murid Tingkatan 2 dan 3.
1.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta
dengan seorang guru pembimbing.
1.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja.
1.4 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama. Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak
dibenarkan.
2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Alatan dan bahan (pen 3D dan filamen) disediakan oleh peserta
2.2 Peserta perlu membina satu menara dengan hanya menggunakan bahan yang ditetapkan.
2.3 Reka bentuk, kreativiti dan ketahanan menara akan dinilai oleh juri.
2.4 Saiz tapak menara tidak melebihi 20cm x 20cm, manakala tinggi menara tidak melebihi
30cm.
2.5 Lakaran menara perlu disediakan oleh peserta sebelum pertandingan. Masa 1 JAM yang
diperuntukkan adalah hanya untuk membina menara menggunakan pen 3D.
2.6 Pembentangan ringkas konsep menara perlu diterangkan kepada juri.
2.7 Masa yang diperuntukkan untuk pembinaan menara ialah 1 jam.
2.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
dengan karya atau produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
2.9 Bahan projek atau hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta.
Pihak SMK Dato’ Onn berhak menyiarkan rakaman video atau menggunakan bahan
pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.
2.10 Keputusan penjurian adalah muktamad
2.11 Penilaian Pemarkahan 3D
10
KOMPONEN KRITERIA MARKAH
Rekabentuk 15
(30%) Kerumitan rekabentuk 15
Kreativiti Rekabentuk keseluruhan 20
(40%) Kualiti Estetik/Kekemasan 20
Keaslian/Nilai tambahan 10
Pembentangan Pengetahuan/tema 10
(30%) Komunikasi 10
Kerja Berpasukan 100
JUMLAH
11
COLD APPETIZER
MENENGAH ATAS
1.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tingkatan 4-5.
1.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta
dengan seorang guru pembimbing.
1.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja.
2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Peserta perlu menyedia dan menghidangkan satu set hidangan “cold appetizer” untuk dua
orang makan.
2.2 Hidangan bernutrisi lengkap dan seimbang dalam aspek karbohidrat, protein dan vitamin.
2.2 Tema : Sarapan sihat ke sekolah.
2.3 Tidak dibenarkan menggunakan dapur gas atau sebarang punca elektrik
2.4 Semua bahan dan peralatan perlu disediakan oleh peserta.
2.5 Peserta perlu membawa bahan yang telah dilakukan proses persediaan awal di rumah.
Contohnya merebus telur, rebus ayam dan lain-lain difikirkan sesuai untuk dijadikan bahan
hidangan.
2.6 Penggunaan bahan mestilah halal, bersih dan selamat dimakan.
2.7 Kelengkapan diri peserta seperti apron, penutup kepala,sarung tangan hendaklah disediakan
oleh peserta
2.8 Hiasan meja perlulah bercirikan kulinari dan berkonsepkan TVET.
2.9 Masa menyedia dan menghidang set hidangan adalah 60 minit.
2.10 Penilaian hakim adalah berdasarkan kriteria berikut:
2.10.1 Pilihan menu – 20%
2.10.2 Keseimbangan bahan – 20%
2.10.3 Kebersihan – 20%
2.10.4 Kekemasan hiasan – 20%
2.10.5 Kreativiti persembahan (TVET) – 20%
12
PENYEDIAAN SANDWICH
MENENGAH RENDAH
1.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tingkatan 2-3.
1.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta.
1.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja.
2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Masa penyediaan diberikan selama 40 minit.
2.2 Pasukan mesti menyediakan sendiri bahan-bahan untuk membuat sandwich.
2.3 Pasukan perlu membawa sendiri segala peralatan lain dalam menyediakan sandwich
seperti papan pemotong, pisau roti, acuan, pinggan, talam dan lain-lain.
2.4 Pasukan bebas memilih untuk menyediakan sama ada sandwich telur atau sandwich tuna/
sardin.
2.5 Pasukan perlu berhati-hati semasa mengendalikan peralatan yang tajam semasa
penyediaan sandwich.
2.6 Pasukan perlu memakai apron semasa menyediakan sandwich.
2.7 Pasukan perlu mempamerkan kad menu dan menyediakan sekurang-kurangnya tiga (3)
keping sandwich untuk dinilai oleh para hakim.
3.0 KAEDAH PENGHAKIMAN
3.1 Penilaian dan permarkahan adalah seperti di bawah:
Penilaian Markah
Rasa 20
Persembahan 20
Kebersihan (dari awal sampai akhir) 20
Kerjasama 20
Kreativiti 20
JUMLAH 100
3.2 Keputusan hakim adalah muktamad.
3.3 Pihak penganjur berhak menarik balik penyertaan mana-mana pasukan yang melanggar
peraturan yang dinyatakan.
13