The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92361657, 2021-06-13 04:47:42

02_PPDAKU

02_PPDAKU

KIT CELIK MENGARANG

SELANGOR ( KCMS )

PP DAKU

Disediakan oleh :
Pn Azrinah Binti Ali Miras@Abd Shukor – PPD Hulu Selangor
En. Abdul Rani Bin Abdul Rahman – SK Taman Sri Gombak
En. Mohd Faizal Bin Abdul Razak – SK Kuala Kubu Bharu Sati

PENGENALAN PP DAKU

P – Pendahuluan
P – Penutup
D – Di mana?
A – Apa?
K – Kenapa?
U – Untuk ?

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

1) Cari dan kenal pasti kata kunci soalan penulisan.
Baca soalan dan garisi kata kunci bagi memahami kehendak
soalan penulisan tersebut.

Contoh :

Semua orang mempunyai keluarga.

Tulis karangan tentang ahli keluarga yang paling
kamu sayangi.

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

ahli keluarga yang paling kamu sayangi.

2) Lengkapkan PP (Pendahuluan dan Penutup)

Tulis 1 atau 2 ayat untuk pendahuluan dan 1-2 ayat untuk penutup berdasarkan

soalan dikehendaki.

Pendahuluan Penutup

Ahli keluarga yang Oleh itu, ibulah orang
paling saya sayangi yang paling saya
sayangi.
ialah ibu saya.

Pendahuluan – gunakan kata tanya Penutup – diolah daripada
siapa/bila/apa mengikut kesesuaian
tajuk pendahuluan, cuma ditambah

penanda wacana oleh itu / ada
harapan, perasaan.

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
ahli keluarga yang paling kamu sayangi.

3) Jana Ayat Karangan

Gunakan soalan D (di mana) A (apa) K (kenapa) dan U (untuk apa) seperti yang
telah disediakan dalam teknik PP DAKU. Jawapan mestilah ditulis dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Contoh: Di manakah tempat tinggal keluarga kamu?
Keluarga saya tinggal di Shah Alam.
D–

A– Apakah makanan kegemaran ibu kamu?
Makanan kegemaran ibu saya ialah sate dan nasi lemak

K– Kenapakah kamu sayang akan ibu kamu?
U- Saya sayang akan ibu saya kerana ibu saya menjaga saya dari kecil.

Untuk apakah kamu sayang akan ibu?
Saya sayang akan ibu supaya ibu bahagia.

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

4) Gabungkan semua ayat

Akhir sekali, gabungkan semua ayat pendahuluan, ayat 1 hingga ayat 4
(DAKU) dan ayat penutup dalam ruangan akhir. Tahniah, anda telah berjaya
membina sebuah karangan lengkap berpandukan tajuk yang diberikan.

Ahli keluarga yang paling saya sayang ialah ibu saya.
Keluarga saya tinggal di Shah Alam. Makanan kegemaran
ibu saya ialah sate dan nasi lemak. Saya sayang akan ibu
kerana ibu menjaga saya dari kecil. Ibu saya juga
memasak untuk kami sekeluarga. Saya sayang akan ibu
supaya ibu bahagia. Oleh itu, ibulah orang yang paling
saya sayangi.

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

5) Aktiviti Pengukuhan
Semak karangan murid dan berikan contoh karangan
yang sepatutnya ditulis. Murid boleh menyalin semula
karangan contoh sebagai pengayaan.

Pada hujung minggu yang lalu, kamu dan keluarga
berkesempatan pulang ke kampung bagi menziarahi
datuk dan nenek. Pelbagai aktiviti telah dirancang
sepanjang percutian keluarga kamu di kampung.
Tulis karangan tentang aktiviti percutian di kampung
halaman bersama ahli keluarga.

Langkah Pertama
Kenal pasti tajuk : aktiviti percutian di kampung halaman
bersama ahli keluarga
Gunakan teknik PP DAKU dalam pembinaan penulisan

Langkah Kedua

aktiviti percutian di kampung halaman bersama ahli keluarga

Pendahuluan PP Penutup

Saya dan keluarga Oleh itu, saya dan
balik ke kampung keluarga gembira
pada hujung minggu dapat balik ke
yang lalu. kampung.

Pendahuluan – gunakan kata tanya Penutup – diolah daripada
siapa/bila/apa mengikut kesesuaian
tajuk pendahuluan, cuma ditambah

penanda wacana oleh itu /
harapan, perasaan.

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

aktiviti percutian di kampung halaman bersama ahli

keluarga

3) Jana Ayat Karangan

D–

Di manakah terletaknya kampung kamu?
Kampung saya terletak di Temerloh, Pahang.

A – Apakah aktiviti yang dilakukan di kampung?

Saya dapat pergi ke kebun di kampung bersama datuk apabila
di kampung.

Kenapakah kamu suka bercuti di kampung?

K – Saya suka bercuti di kampung kerana dapat berjumpa

saudara-mara.

Untuk apakah kamu pulang ke kampung?

U- Saya pulang ke kampung untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

GABUNGAN AYAT

Saya dan keluarga pulang ke kampung pada
hujung minggu yang lalu. Kampung saya
terletak di Temerloh, Pahang. Saya dapat pergi
ke kebun bersama datuk di kampung. Saya
suka bercuti di kampung kerana dapat berjumpa
saudara-mara. Saya pulang ke kampung untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu,
saya dan keluarga berasa gembira balik ke
kampung.

Fakta

Penjagaan kesihatan sangat penting dalam kehidupan.

Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan.
Langkah Pertama

Kenal pasti tajuk : cara-cara menjaga kesihatan

Gunakan teknik PP DAKU dalam pembinaan penulisan

Langkah Kedua

cara-cara menjaga kesihatan

Pendahuluan PP Penutup

Penjagaan kesihatan Oleh itu, kita
amat penting dalam perlulah menjaga
kehidupan. kesihatan agar kekal
sihat.

Pendahuluan – gunakan kata tanya Penutup – diolah daripada
siapa/bila/apa mengikut kesesuaian
tajuk pendahuluan, cuma ditambah

penanda wacana oleh itu /
harapan, perasaan.

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

cara-cara menjaga kesihatan

3) Jana Ayat Karangan

D–

Di manakah kamu menjalankan aktiviti senaman?
Aktiviti senaman boleh dijalankan di padang.

A – Apakah aktiviti yang kamu lakukan?

Aktiviti yang boleh dilakukan seperti berlari dan lompat
bintang.

K – Kenapakah perlu bersenam?

Kita perlu bersenam untuk mengeluarkan peluh

U - Untuk apakah mengeluarkan peluh?

Kita mengeluarkan peluh supaya sihat.

GABUNGAN AYAT

Penjagaan kesihatan amat penting dalam
kehidupan. Aktiviti senaman boleh dijalankan
di padang. Aktiviti yang boleh dilakukan
seperti berlari dan lompat bintang. Kita perlu
bersenam untuk mengeluarkan peluh. Kita
perlu mengeluarkan peluh supaya sihat. Oleh
itu, kita perlulah menjaga kesihatan agar
kekal sihat.

TEKNIK PP DAKU

Tajuk 1

P Pendahuluan P Penutup 2
……………………………………………… ………………………………………………
……………………………………………… ………………………………………………
……………………………………………… ………………………………………………
……………………………………………… ………………………………………………
……………………………………………… ………………………………………………
………………………… …………………………

D Di manakah ________________________________________________?

Di mana? ……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
A ………………
Apa?
Apakah ________________________________________________?
K
……………………………………………………………………………………………………
Kenapa?
…………………………………………………………………………………………………… 3
U ………………

Untuk? Kenapakah _____________________________________________?

……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
………………

Untuk apakah ________________________________________________?

……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
………………

…………………………………………………………………………………………………………………… 4
……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………1…6
…………………………………………………[email protected]

MATLAMAT TEKNIK PP DAKU

► Teknik ini diaplikasi untuk membantu murid lemah
untuk mencapai sekurang-kurangnya
penguasaan tahap minimum mengikut kehendak
tugasan yang diberi.

► Teknik ini boleh dikembangkan kepada murid
tahap sederhana dan murid cemerlang.

► Pembinaan karangan mudah tidak
menitikberatkan format karangan.

► Penekanan diberikan untuk murid membina ayat
mudah.

MATLAMAT TEKNIK PP DAKU

► Murid yang membina karangan ini dengan
menepati tugasan walaupun ideanya ringkas dan
kurang menarik penyampaiannya.

► Idea murid yang dikeluarkan kurang gramatis
tetapi masih berkaitan dengan tugasan.

► Penggunaan dan penguasaan murid dalam kosa
kata sederhana.

Markah murid khususnya pada bahagian C boleh
mencapai sekurang-kurangnya 10 markah dengan
teknik ini.

Murid juga dapat mencapai sekurang-kurangnya
tahap penguasaan minimum iaitu TP3.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

(BENGKEL)
SOALAN TUGASAN
1) Sekolah kamu bersama-sama dengan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah
mengadakan satu program Karnival Hari Kantin
2020. Karnival Hari Kantin ini dijalankan adalah
untuk mencari dana bagi membiayai program
kecemerlangan akademik, sahsiah dan sukan.

Tulis laporan tentang program Karnival Hari

Kantin 2020 yang telah dilaksanakan itu.

SOALAN TUGASAN

2) Kamu sekeluarga berkunjung ke ekspo
pertanian, “Pesta Buah-buahan Tempatan” yang
diadakan di tempat kamu. Kamu juga berpeluang
merasa pelbagai jenis buah yang dipamerkan serta
yang dijual semasa ekspo tersebut berlangsung.

Tulis cerita tentang kebaikan buah-buahan
tempatan yang kamu ketahui setelah melawat
ekspo pertanian “Pesta Buah-buahan Tempatan”.

SOALAN TUGASAN

3) Sebagai seorang murid atau anak yang
bertanggungjawab, kamu telah melakukan
beberapa aktiviti yang sangat bermanfaat bagi
mengisi masa cuti hujung minggu.

Tuliskan catatan tentang aktiviti-aktiviti kamu itu
selengkapnya.

SOALAN TUGASAN

4) Persatuan penduduk di tempat kamu tinggal
telah menjalankan aktiviti gotong-royong bagi
membersihkan dan menceriakan persekitaran
kampung. Kamu sama-sama terlibat menjayakan
aktiviti gotong-royong itu bersama-sama penduduk
setempat.

Pengalaman kamu semasa menyertai aktiviti
gotong-royong tersebut.

SOALAN TUGASAN

5) Kamu ditugaskan oleh guru penasihat majalah
sekolah supaya menyediakan laporan tentang
sambutan “Hari Anugerah Kecemerlangan
Akademik 2020” yang diadakan di sekolah kamu.

Laporan kamu tentang “Hari Anugerah
Kecemerlangan Akademik 2020” tersebut


Click to View FlipBook Version