The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEPELBAGAIAN KEUNIKAN BUDAYA TEMPATAN DI MALAYSIA BAGI KAUM: MELAYU, CINA & INDIA.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR MYRZZA AYNNA BINTI NOR KAMAL HISHAM, 2023-01-23 11:17:56

KEPELBAGAIAN KEUNIKAN BUDAYA TEMPATAN DI MALAYSIA BAGI KAUM: MELAYU, CINA & INDIA.

KEPELBAGAIAN KEUNIKAN BUDAYA TEMPATAN DI MALAYSIA BAGI KAUM: MELAYU, CINA & INDIA.

KEPELBAGAIAN KEUNIKAN BUDAYA TEMPATAN DI MALAYSIA: MELAYU, CINA & INDIA (TARIAN) PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU 3183 PUAN AYU NORAZILAH BINTI MOHAMAD BB08 1A SESI II 22/23


NOOR MYRZZA AYNNA BINTI NOR KAMAL HISHAM (22BB08018) NUR SYAHIDA BINTI LOFTI AMIR (22BB08025) SARAH ALYA BINTI ROSSAMONT (22BB08019) MAKLUMAT PELAJAR


ISI KANDUNGAN P E N D A H U L U A N M A S Y A R A K A T M E L A Y U : T A R I A N P I R I N G M A S Y A R A K A T C I N A : T A R I A N S I N G A M A S Y A R A K A T I N D I A : T A R I A N B H A R A T A N A T Y A M P E N U T U P R U J U K A N 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . 6 . (M/S 4) (M/S 5-10) (M/S 11-18) (M/S 19-22) (M/S 23) (M/S 24)


Seni Tarian adalah satu bentuk persembahan melalui pergerakan tubuh badan secara berirama yang dilakukan di tempat dan waktu tertentu untuk keperluan pergaulan, mengungkapkan perasaan, maksud dan pemikiran. Sesuatu persebahan tarian itu diperkuatkan penyampaian dan maksud yang ingin disampaikan melalui bunyi-bunyian atau muzik. Gerakan tarian berbeda dari gerakan rutin seharian seperti berlari, berjalan atau bersenam kerana tarian atau pergerakan yang dianggap tari biasanya bertujuan menyampaikan atau menyuarakan sesuatu pergerakan anggota tubuh badan yang disulami emosi atau jiwa penarinya. Seni tarian di Malaysia dipengaruhi dengan perkembangan semasa dunia seperti ballet, moden kontemporari, jazz, latin dan sebagainya namun seni tarian bersifat tradisional yang mewakili masyarakat komuniti tempatan seharusnya dilindungi , diwarisi dan dimartabatkan agar tidak hilang ditelan arus kemodenan zaman. Suatu ketika dahulu istana menaungi kumpulan-kumpulan sendiri bagi mengadakan persembahan di istana. PENDAHULUAN


MASYARAKAT MELAYU : TARIAN PIRING


Tarian Piring atau Tari Piring (bahasa Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian kebudayaan orang Minangkabau. Tarian ini secara tradisionalnya berasal dari Solok, bahagian barat pulau dirangkum dalam Indonesia moden, namun ia kini didapati luar kawasan tersebut dalam kalangan masyarakat-masyarakat diaspora etnik ini termasuk penduduk Negeri Sembilan di Malaysia. ASAL USUL TARIAN PIRING


KEUNIKAN TARIAN PIRING Tarian ini dilakukan di mana penari memegang (baik menadah atau menggenggam) piring di telapak tangan mereka diiringi lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang; pergerakan sebegini berniat menyerupai perbuatan para petani semasa bercucuk tanam dan menuai dan sebagainya langkah-langkah dalam silek yakni silat diamalkan masyarakat Minangkabau. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut tanpa rasa takut. Malah, pemijakan sebegini tidak melukakan penari lalu menambah rasa takjub atau gerun dalam kalangan penonton selain berestetika, magis dan kejutan dalam tarian ini.


SSEEJJAARRAAHH Pada awalnya, tarian ini merupakan ritual ucapan rasa syukur masyarakat setempat kepada dewa-dewa setelah mendapatkan hasil tanaman yang melimpah ruah. Ritual dilakukan dengan tercipta daripada ''wanita-wanita cantik yang berpakaian indah, serta berjalan dengan lemah lembut, penuh kesopanan dan ketertiban ketika membawa piring berisi makanan yang lazat untuk dipersembahkan kepada dewadewa sebagai sajian.Wanita-wanita ini akan menari sambil berjalan, dan dalam masa yang sama menunjukan kecekapan mereka membawa piring yang berisi makanan tersebut. Setelah masuknya agama Islam ke tanah Minangkabau, tradisi tari piring tidak lagi digunakan sebagai ritual ucapan rasa syukur kepada dewa-dewa namun sebagai sarana hiburan bagi masyarakat banyak yang ditampilkan pada acara-acara keramaian termasuk majlis pernikahan dan perkahwinan. Dalam hal ini, persamaan konsep masih wujud, iaitu pasangan pengantin masih dianggap sebagai raja iaitu 'Raja Sehari' dan layak dipersembahkan Tari Piring di hadapannya ketika bersanding.


Gerakan tari piring pada umumnya adalah meletakkan dua buah piring di atas dua telapak tangan. Penari mengayunkan piring dalam gerakangerakan tari yang cepat, diselangi dengan mendentingkan piring atau dua cincin di jari penari terhadap piring yang dibawanya. Pada akhir tarian, biasanya piring-piring yang dibawakan oleh para penari dilemparkan ke lantai dan para penari akan menari di atas pecahan-pecahan piring. GERAKAN


Tarian ini biasa dilihat di kawasan Seremban, Kuala Pilah dan Rembau oleh kumpulan tertentu yang mempersembahkannya ketika majlis perkahwinan terutama bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Ada yang dipersembahkan dengan pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap. Sedikit bayaran akan dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini mempersembahkan tarian piring. 10 - 20 minit diperuntukkan untuk persembahan tarian ini. Jumlah penari antara tiga hingga tujuh orang. Perlu ditekankan bahawa sesebuah persembahan Tari Piring mesti disertai oleh penari dengan jumlah yang ganjil misal satu, tiga, lima, tujuh atau sembilan orang. Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah. Majlis perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan tarian piring. Namun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat menerima kehadiran kumpulan tarian kerana dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan tarian disertai hanya perempuan sahaja. KEGIATAN DI MALAYSIA


MASYARAKAT CINA : TARIAN SINGA


MARI KITA KENALI TARIAN SINGA ! Tarian Singa (bahasa Cina: pinyin: wǔshī) ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa sebagai pembawa tuah. Kostum singa dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun. Persembahan juga melibatkan dua atau empat orang pemain sambal dan seorang pemain gong.


Tarian Singa dipersembahkan sempena perayaan tahun baru Cina dan festival kaum Cina lain. Tarian ini juga dipersembahkan sempena peristiwa pembukaan bisnes baharu, sambutan istimewa, perkahwinan atau menyambut tetamu khas mengikut tradisi masyarakat Cina. Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Vietnam. Setiap negara ini mempunyai corak dan bentuk tarian yang berlainan. Namun, tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".


Tarian dengan melakonkan watak haiwan telah lama bertapak di China sejak zaman silam dengan catatan dari teks Shujing berusia 2,000 tahun, berkenaan tarian memakai topeng dan berkelakuan sebagai haiwan buas dan burung lagenda terkenal seluruh dunia akan kelahiran semula, Pheonix. Dalam sumber dinasti Qing, tarian ini dipersembahkan sebagai upacara menghalau hantu dengan memakai topeng berbulu beruang. Manakala dinasti Han pula mencatatkan pendomin (pelakon bisu) menari dengan berwatakan sebagai ikan, naga dan phoenix. Tarian Singa berasal dari luar China seperti Empayar Parsi dan diperkenalkan pada kurun ke-3 Masihi.


Banyak versi Tarian Singa sejak diperkenalkan dan dipopularkan di zaman dinasti Tang. Antaranya adalah, Tarian Singa yang dijelaskan oleh Bai Juyi, penyair yang menulis puisi “Western Liang Arts” , di mana tarian dipersembahkan oleh dua orang penari Hu (bermaksud bukan orang Han dan dari Asia Tengah) yang memakai kostum singa yang kepalanya diperbuat dari kayu, ekor dari sutera, dan badan yang berbulu. Mata singa disadur emas dan giginya dicat perak, bersama telinga yang boleh digerakkan seperti kostum Tarian Singa kini. Pada abad ke-8 Masihi, Tarian Singa ini tiba di Jepun. Sejak zaman dinasti Song, Tarian Singa biasa dipersembahkan semasa festival dan dikenali sebagai Tarian Singa Utara di zaman dinasti Song Selatan. Tarian Singa Selatan kemudian dikembangkan di selatan China dari daerah Guangdong. Ada beberapa kisah mengaitkan asalusul tarian singa ini. Antaranya, tarian singa ini asalnya adalah tarian festival dari penduduk kampung atas kejayaan mereka menghalau makhluk mistik bernama Nian. Kisah lain adalah Maharaja Qianlong bermimpi tentang makhluk pembawa tuah sepanjang pengembaraan ke selatan China, kemudian baginda mengarahkan orangnya untuk mincipta kostum seperti dalam mimpinya dan gunakannya dalam festival akan datang.


north lion dance Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Topeng kepala singa diperbuat daripada kayu dan dicat emas. Tarian ini dipersembahkan secara berpasangan dan penari singa akan dipimpin oleh seorang penari yang berwatakan sebagai ‘pewira’ dengan memegang objek sfera.Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Hebei dan Ningbo


Tarian Singa Selatan yang juga dikenali sebagai tarian singa Kantonis berasal daripada Guandong. Tarian inilah yang wujud dan diamalkan dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Ia menjadi lambang yang mempunyai ciriciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya seolah-olah menyerupai makhluk mitos kebudayaan Cina bernama Nian. Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang pemalu. Kepala singa biasanya, secara tradisi diperbuat menggunakan papier-mâché menutupi rangka bamboo membentuk kepala singa, dicat dan dihias menggunakan bulu. Badan singa pula diperbuat dengan kain tahan lasak dihiasi bulu. Kini, rangka kepala singa diperbuat dari aluminium menggantikan bamboo. continue south lion dance


south lion dance Ada pelbagai jenis tarian singa ini namun yang paling utama ada dua jenis tarian: gaya Fo Shan dan He Shan. Tarian singa selatan ini bukan merupakan satu persembahan hiburan di atas pentas sahaja malah ia merupakan adat tradisional bagi masyarakat Cina lebih-lebih lagi semasa sambutan Tahun Baru Cina. Penari atau persatuan tertentu akan lebih banyak mempersembahkan tarian singa selatan berbanding tarian singa utara kerana tarian singa selatan melambangkan suatu gambaran penanda baik kepada seseorang. Tuan rumah akan mempersilakan penari-penari singa selatan hadir ke rumah untuk mempersembahkan tarian tersebut. Barang yang disediakan adalah seperti limau, sayur dan ang pau akan digunakan bersama di dalam persembahan. Hal ini kerana barang ini menunjukkan satu suasana yang ceria dan penari akan menggunakan Teknik yang dikuasai oleh mereka untuk menggerakkan singa bagi membolehkan mereka untuk makan sayur dan limau yang disediakan.


MASYARAKAT INDIA : TARIAN BHARATA NATYAM


Bharata Natyam ialah gaya tarian klasik dan unggul dari kaum india.Bharata Natyam membawa maksud Bha(ekspresi),Ra(muzik),Ta(irama),Natyam(tarian). Pada asalnya,tarian Bharata Natyam ini muncul dari Selatan India di Wilayah Tamil Nadu.Tarian ini antara seni tarian tertua yang dikenali sebagai kelembutan dan penganjurannya.Selain itu,menurut Natya Shastra,seni tarian ini dikatakan telah wujud sejak tahun 3,000 lalu.Pada awalnya,terdapat banyak jenis nama tarian ini sebelum menjadi nama Bharata Natyam.Antaranya ialah sadir,chinnamelan dan dasi attam.Nama tarian ini Bharata Natyam kerana mempunyai tiga elemen penting iaitu ekspresi (bhava),melodi (raga) dan ritma (tala).Secara keseluruhannya nama Bharata Natyam bermaksud tarian India (Bharata) dan (Natyam).Konsep tarian ini sangat menarik iaitu dipersembahkan dalam bentuk devadasi.Devadasi ialah wanita-wanita yang menumpukan seluruh kehidupan mereka kepada Tuhan. KENALI TARIAN BHARATA NATYAM !


Seni tarian mempunyai keunikan tersendiri tak kira dari pelbagai budaya.Bagi tarian Bharata Natyam merangkumi enam peringkat yang dikenali sebagai Alarippu,Jatiswaram,Sabdam,Varnam,Padam dan Thillana.Kesemua peringkat tarian ini menggabungkan unsur tulen iaitu Nritta dan Nritya (tarian ekspresi).Nritta merujuk kepada gerak geri seorang penari dalam usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan bharatanatyam.Manakala,Nritya pula ialah merujuk kepada bahagian “cerita” di mana seorang penari itu perlu menjadi “pencerita” yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.Ketika penari mempersembahkan tarian Bharatanatyam ini,penari perlu mempersembahkan gerakan dari aksi muka(perasaan atau emosi). KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN


Terdapat 9 gerakan.antaranya ialah Shrungara(cinta/kebahagian),Kaarunya(kesediha n),Raudra(kemarahan),Veera( kemarahan,Bhayanaka(ketakutan),Bhibhatsa(mel uat).Selain itu,dari segi pemakaian tarian Bharatanatyam,penari memakai sari jahitan cantik yang terdiri dari kain yang dijahit kemas.Bahagian depan kostum sari itu,terdapat lipatan dari bahagian pinggang untuk memudahkan penari melakukan pergerakan kaki ketika menari.Tali pinggang perhiasan dan gelang kaki atau dipanggil sebagai ghunghru juga perlu dipakai oleh penari.Gelang kaki diperbuat daripada tari kulit dan logam kecil iaitu loceng akan lebih menghiasi setiap pergerakanpergerakan tersebut.Manakala inai akan dipakai di bahagian jari tangan dan jari kaki agar lebih menyerlah apabila penari melakukan tarian Bharatanatyam


K E S I M P U L A N N Y A , S E T I A P T A R I A N D I M A L A Y S I A M E M P U N Y A I C I R I C I R I D A N C E R I T A Y A N G U N I K D I S E B A L I K N Y A , O L E H I T U , K I T A S E B A G A I R A K Y A T M A L A Y S I A H A R U S L A H M E N G H A R G A I S E T I A P T A R I A N Y A N G A D A D I N E G A R A K I T A . B I A R P U N B E R L A I N A N B A N G S A D A N A G A M A , S E N I T A R I A N T R A D I S I O N A L I N I M E M P U N Y A I K E U N I K A N T E R S E N D I R I K E R A N A I A D A P A T M E N Y U N T I K S E M A N G A T M U H I B A H , M E N G H O R M A T I K E P E L B A G A I A N D A N M E M B E R I S O K O N G A N A N T A R A S A T U S A M A L A I N D A L A M K A L A N G A N M E R E K A Y A N G B E R K E C I M P U N G D A L A M C A B A N G S E N I T E R S E B U T . PENUTUP


GOOGLE Rujukan TARIAN INDIA | SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1, 2 DAN 3 (wordpress.com) https://katamalaysia.my/culture/di-sebalik-tarianklasik-bharatanatyam/ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tarian_Piring http://warisantarianmelayu.blogspot.com/2009/03 /tarian-piring.html?m=1


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version