The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmnazr0013, 2021-11-11 04:13:23

PERLEMBAGAAN SQS

PERLEMBAGAAN SQS

PERLEMBAGAAN
SEKRETARIAT QURAN DAN

SUNNAH

Perlembagaan Sekretariat Quran Dan Sunnah
(Pindaan Pertama, 2018/2019)
(Pindaan Kedua, 2020/2021)

PERLEMBAGAAN SEKRETARIAT QURAN DAN SUNNAH

FASAL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
FASAL 1 PERKARA
FASAL 2 1
FASAL 3 Pengenalan 1
FASAL 4 Visi Dan Misi 1
FASAL 5 3
FASAL 6 Objektif 5
FASAL 7 Logo 6
FASAL 8 16
FASAL 9 Carta Organisasi 16
Bidang Tugas 20
Tabung SQS

Program Tahunan
Penutup

FASAL 1: PENGENALAN

Perlembagaan Sekretariat Quran dan Sunnah (SQS) merupakan satu set undang-
undang tertinggi bagi Program Pengajian Quran dan Sunnah. Perlembagaan ini
digubal menerusi Mesosistem SQS dengan sistem Syura di kalangan pimpinan SQS
semasa. Sesuatu perlembagaan akan dikira digazetkan apabila ia mendapat
sokongan 2/3 dari ahli pimpinan SQS semasa. Perlembagaan SQS sebagai rujukan
pimpinan yang tertinggi dalam merancang dan melaksanakan agenda
pembangunan akademik dan sahsiah mahasiswa/wi Program Pengajian Quran
dan Sunnah.

FASAL 2: VISI DAN MISI

• VISI: Melahirkan mahasiswa/wi yang mempunyai ciri-ciri al-Qawiy al-
Amin yang mampu memberi sumbangan kepada ummah.

• MISI: Melestarikan bi’ah Quran dan Sunnah bagi melahirkan mahasiswa/wi
berkualiti tinggi serta berdaya saing dalam semua aspek.

FASAL 3: OBJEKTIF

Terdapat tiga objektif utama yang dirangka dalam menjayakan MSQS yang digubal
iaitu:

• Mengeratkan hubungan pimpinan persatuan bawah program Quran dan
Sunnah.

• Menyumbang idea dalam menjayakan program bersifat mega dan
eksklusif.

• Berkongsi pendapat perihal semasa mengenai kemajuan mahasiswa.

1|P age

Garapan Objektif 1
• Penganjuran Mesosistem Sekretariat Quran dan Sunnah (MSQS) secara
tahunan pada minggu ketiga, semester 1. Pelaksanaan Mesosistem ini
tertakluk kepada sebarang perubahan. (Pindaan kedua)
• Mengadakan pertemuan berkala antara pimpinan persatuan terlibat.
• Menyertai program kepimpinan mahasiswa dalaman dan luaran.

Garapan Objektif 2
• Penganjuran program mega (akademik – non akademik) secara tahunan
yang melibatkan semua mahasiswa.
• Penganjuran program eksklusif (akademik – non akademik) secara
tahunan yang melibatkan mahasiswa tahun tersebut.
• Kerjasama dan penyertaan dalam program anjuran persatuan lain.
• Mengadakan program secara atas talian bagi menggantikan program yang
dirancang secara fizikal.

Garapan Objektif 3
• Penganjuran AGM Sekretariat Quran dan Sunnah (AGMSQS) secara
tahunan pada minggu ke-13, semester 2 bagi setiap sesi. Pelaksaan AGM
ini tertakluk kepada sebarang perubahan. (Pindaan kedua)
• Mengadakan pertemuan tidak rasmi antara mahasiswa.

2|P age

FASAL 4: LOGO

Asas pemilihan logo ini bersandarkan dengan penubuhan sekretariat
ini bagi mencerminkan keperbadian pimpinan.

Kubah Globe/Bumi
Kitab Hadith
Kitab Al-Quran
Pen/Qalam

Ciri-ciri dan rasional logo adalah seperti berikut:

GLOBE/BUMI: Memberi maksud lambang kesatuan yang utuh dalam kalangan
mahasiswa/wi Quran Sunnah yang berada di bumi USIM yang barakah.

KUBAH: Melambangkan agama Islam sebagai teras panduan hidup yang syumul
dalam setiap aspek.

KITAB AL-QURAN: Menerapkan dalil naqli dalam setiap perbahasan mahupun
dijadikan sebagai panduan dalam penyelesaian masalah.

KITAB HADITH: Hadith sebagai panduan dan cara gerak kerja SQS.

PEN/QALAM: Pen ini sebagai pengikat ilmu supaya berterusan yang bersesuaian
dengan kalam imam As-Syafie’ “ilmu itu ibarat binatang buas maka ikatlah ia dengan
penulisan.

3|P age

Pemilihan warna berserta maknanya adalah seperti berikut:
HIJAU: Warna hijau ini memberikan aura yang positif dalam setiap tindakan serta
kefokusan pimpinan SQS dalam menjalankan tugas secara langsung ataupun
tidak.
KUNING: Warna kuning ini memberikan solokan serta kebijaksanaan kepada
sekretariat bagi memperlihatkan keaktifan mereka dalam menjaga keharmonian
mahasiwa/wi Quran Sunnah.
Gabungan warna hijau dan kuning ini menunjukkan sekretariat ini sentiasa dalam
keadaan aman damai, harmoni serta sejagat dalam pimpinan.

4|P age

FASAL 5: CARTA ORGANISASI

KETUA PROGRAM EX OFFICIO

PRESIDEN

TIMBALAN PRESIDEN

TIMBALAN PRESIDEN

NAIB PRESIDEN
1(TAHUN 2)

NAIB PRESIDEN 1(TAHUN 2)

NAIB PRESIDEN 2(TAHUN 1)

SETIAUSAHA AGUNG (TAHUN 3) BENDAHARI KEHORMAT(TAHUN 3)
TIMBALAN SETIAUSAHA 1(TAHUN 2) TIMBALAN BENDAHARI 1(TAHUN 2)
TIMBALAN SETIAUSAHA 2(TAHUN 1) TIMBALAN BENDAHARI 2(TAHUN 1)

EXCO KANAN

EXCO AKADEMIK DAN EXCO SUKAN DAN EXCO MULTIMEDIA DAN EXCO KEROHANIAN DAN
PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN BELIA KOMUNIKASI PEMBANGUNAN SAHSIAH
INTELEKTUAL
KETUA (TAHUN 3) KETUA (TAHUN 3) KETUA (TAHUN 3)
KETUA (TAHUN 3) TIMBALAN KETUA (TAHUN 2)
TIMBALAN KETUA (TAHUN 2) TIMBALAN KETUA (TAHUN 2)
TIMBALAN KETUA (TAHUN 2) SETIAUSAHA (TAHUN 1)
SETIAUSAHA (TAHUN 1) SETIAUSAHA (TAHUN 1)
SETIAUSAHA (TAHUN 1) AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA i. TAHUN 3
i. TAHUN 3 i. TAHUN 3 ii. TAHUN 2
i. TAHUN 3 ii. TAHUN 2 ii. TAHUN 2 iii. TAHUN 1
ii. TAHUN 2 iii. TAHUN 1 iii. TAHUN 1
iii. TAHUN 1

EXCO

EXCO KEBAJIKAN DAN EXCO KORPORAT DAN EXCO
KESELAMATAN ANTARABANGSA KESUKARELAWANAN
DAN KEMANUSIAAN
KETUA ( TAHUN 3 ) KETUA ( TAHUN 3 )
KETUA ( TAHUN 3 )
TIMBALAN KETUA TIMBALAN KETUA
( TAHUN 2) ( TAHUN 2 ) TIMBALAN KETUA
( TAHUN 2 )
SETIAUSAHA SETIAUSAHA
( TAHUN 1 ) ( TAHUN 1 ) SETIAUSAHA
( TAHUN 1 )

5|P age

FASAL 6: BIDANG TUGAS

Berikut ialah maklumat berkaitan bidang tugas bagi setiap jawatan kepimpinan
Sekretariat Quran dan Sunnah (SQS).

6.1 EX-OFFICIO

Ex-Officio ialah badan penasihat SQS yang terdiri daripada dua orang pelajar QS
yang pernah mengikuti mana-mana organisasi sesi yang lepas yang sudi
menyumbangkan bakti kepada SQS secara sukarela dan mereka dilantik secara
syura di kalangan kepimpinan SQS semasa. Badan penasihat ini berperanan dalam
memberi, menyumbang, menghurai sebarang maklumat berkenaan organisasi
apabila ada keperluan. Badan penasihat ini tidak terlibat dalam sebarang bentuk
penggubalan dasar dan pengurusan organisasi semasa. (Pindaan kedua)

6.2 MAJLIS TERTINGGI

Majlis Tertinggi SQS ialah badan pengurusan tertinggi dalam kepimpinan organisasi
yang mentadbir, merancang, menggubal perkara-perkara dasar dan agenda besar
bawah program Pengajian Quran dan Sunnah. Mereka adalah terdiri daripada:

6.2.1 Presiden

Sepanjang tempoh menyandang jawatan sebagai Presiden, beliau
bertanggungjawab membantu Ketua Program Pengajian Quran dan Sunnah (KPQS)
dalam menguruskan hal ehwal pelajar pengajian Quran dan Sunnah. Berikut ialah
bidang tugas Presiden:

 Menjadi pengerusi kepada semua mesyuarat jawatankuasa dan
bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.


 Menjaga kebajikan hal ehwal setiap exco.
 Menyelaraskan dan memastikan gerak kerja serta program setiap exco
berjalan dengan lancar dan tersusun.

6|P age


 Membuat sebarang keputusan yang diperlukan dan hendaklah
menandatangani cadangan kertas kerja untuk diluluskan.

6.2.2 Timbalan Presiden

Tugas Timbalan Presiden adalah menjalankan semua tanggungjawab Presiden
serta memangku jawatan Presiden sepanjang ketiadaannya.

6.2.3 Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2

Naib Presiden 1 adalah terdiri daripada perwakilan mahasiswa Tahun 2 semasa
dan Naib Presiden 2 pula adalah terdiri daripada perwakilan mahasiswa Tahun 1.
Berikut ialah bidang tugas Naib-Naib Presiden:

 Membantu presiden dan timbalan presiden dalam menguruskan majlis
tertinggi sekretariat.


 Merupakan penasihat kepada aktiviti dalaman bagi sekretariat.


 Berperanan sebagai ketua dan wakil bagi mahasiswa mengikut tahun
pengajian masing-masing.


 Bertanggungjawab dalam menyampaikan segala maklumat dan informasi
kepada mahasiswa mengikut tahun pengajian masing-masing.


 Berperanan dalam menguruskan segala tanggungjawab Presiden dan
Timbalan Presiden sepanjang ketiadaan mereka.

7|P age

6.2.4 Setiausaha Agung

Setiausaha Agung merupakan penggerak utama bagi kelancaran sebuah
organisasi.

Berikut ialah bidang tugas Setiausaha Agung:

• Menjalankan kerja pentadbiran sekretariat mengikut undang-undang.

 Menjalankan perintah mesyuarat agung tahunan (agm) dan jawatankuasa
pilihan raya.


 Mengendalikan urusan surat menyurat.

 Menyimpan semua data berkenaan organisasi seperti buku perlembagaan,

surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.

 Menyimpan maklumat ahli yang mengandungi butiran seperti nama,

alamat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor matrik pelajar,
nombor telefon, nama dan alamat majikan serta nombor telefon majikan.

• Menghadiri dalam semua mesyuarat dan membuat minit mesyuarat.

6.2.5 Timbalan Setiausaha 1 dan Timbalan Setiausaha 2

Timbalan Setiausaha 1 adalah terdiri daripada perwakilan mahasiswa Tahun 2
semasa dan Timbalan Setiausaha 2 pula adalah terdiri daripada perwakilan
mahasiswa Tahun 1. Tugas Timbalan Setiausaha 1 dan 2 adalah menolong
Setiausaha Agung untuk menjalankan kerja-kerjanya dan akan melakukan segala
tugas Setiausaha Agung semasa ketiadaan beliau.

8|P age

6.2.6 Bendahari Kehormat

Bendahari Kehormat bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan sekretariat.

Berikut ialah bidang tugas Bendahari Kehormat:

 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas ketepatannya.


 Mencatat dan bertanggungjawab di atas sebarang pengeluaran dan kemasukan duit
sekretariat serta amanah dalam penjagaan kewangan sekretariat.

• Menyediakan dan menyimpan penyata kewangan SQS setelah berakhirnya dua
penggal semester. (Pindaan kedua)

• Menyediakan Tabung SQS pada setiap semester. (Pindaan kedua)

6.2.7 Timbalan Bendahari 1 dan Timbalan Bendahari 2

Timbalan Bendahari 1 adalah terdiri daripada perwakilan mahasiswa Tahun 2 semasa dan
Timbalan Bendahari 2 pula adalah terdiri daripada perwakilan mahasiswa Tahun 1. Tugas
Timbalan Bendahari 1 dan 2 adalah menolong Bendahari Kehormat untuk menjalankan
kerja-kerjanya dan akan melakukan segala tugas Bendahari Kehormat semasa ketiadaan
beliau.

6.3 EXCO KANAN

Exco Kanan ialah kepimpinan organisasi yang paling tinggi hierarkinya dalam SQS di
kalangan exco-exco yang lain. Hal ini adalah kerana komitmen mereka merupakan bidang
tugas yang paling besar dan berkaitan dengan agenda pembangunan akademik dan
sahsiah pelajar. Berikut ialah senarai bidang tugas exco kanan:

9|P age

6.3.1 EXCO AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN INTELEKTUAL

Exco ini adalah terdiri daripada Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 3,
Timbalan Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 2 dan Setiausaha Exco yang
merupakan mahasiswa Tahun 1. Exco ini juga terdiri daripada tiga Ahli Jawatankuasa
Exco yang mewakili setiap tahun mahasiswa. Berikut ialah bidang tugas exco ini:

 Menyimpan maklumat dan data mengenai peraturan akademik.


 Merangka program yang berkaitan pembangunan akademik dan kemahiran
insaniah untuk mahasiswa/wi pengajian quran dan sunnah.


 Membantu dalam menyediakan modul yang bersesuaian dengan aktiviti
pembangunan akademik seperti bengkel, seminar dan sebagainya.


 Membantu persatuan mahasiswa fakulti pengajian quran dan sunnah (pmfpqs)
menguruskan pencarian ahli/peserta debat bahasa melayu, bahasa inggeris dan
bahasa arab bagi debat piala dekan sebagai acara tahunan fpqs.


 Menganjurkan program akademik yang bersesuaian seperti bengkel berkaitan
pengajian quran dan sunnah.


 Menyediakan air mineral untuk pensyarah pada waktu kuliah berlangsung.

• Menguruskan program tutor muda secara berkumpulan pada setiap semester.
(Pindaan kedua)

10 | P a g e

6.3.2 EXCO SUKAN DAN PEMBANGUNAN BELIA

Exco ini adalah terdiri daripada Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 3, Timbalan
Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 2 dan Setiausaha Exco yang merupakan
mahasiswa Tahun 1. Exco ini juga terdiri daripada tiga Ahli Jawatankuasa Exco yang
mewakili setiap tahun mahasiswa. Berikut ialah bidang tugas exco ini:

 Merupakan penggerak dan pengelola bagi aktiviti sukan untuk mahasiswa/wi
progam pengajian quran dan sunnah (qs).


 Berkerjasama dengan exco sukan persatuan mahasisiwa fakulti quran dan sunnah
(pmfpqs) berkenaan aktiviti sukan fakulti sama ada ia terlibat secara langsung atau
tidak langsung seperti menjadi ahli jawatankuasa sport qs (spoqs).


 Menguruskan atlet progam pengajian quran dan sunnah untuk pertandingan spoqs.


 Membantu dalam pemilihan atlet untuk bertanding mewakili fakulti ke kejohanan
olahraga interfakulti (koif).


 Menyebarkan maklumat berkaitan sukan daripada pmfpqs.


 Mengetuai program kesukanan “qs sport day” Dalam kalangan mahasiswa


Progam pengajian quran dan sunnah yang dilaksanakan pada semester 1 setiap sesi.


 Menganjurkan program “Quran Sunah Day” (QS Day) yang merupakan aktiviti sukan
libat sama antara mahasiswa/wi dan pensyarah yang dilaksanakan pada semester 2
setiap sesi.

11 | P a g e

 Mengatur sesi latihan berkala khusus buat mahasiswa/wi Progam Pengajian Quran
dan Sunnah untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan(UKJK).

6.3.3 EXCO KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Exco ini adalah terdiri daripada Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 3, Timbalan
Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 2 dan Setiausaha Exco yang merupakan
mahasiswa Tahun 1. Exco ini juga terdiri daripada tiga Ahli Jawatankuasa Exco yang
mewakili setiap tahun mahasiswa. Berikut ialah bidang tugas exco ini:

 Menyampaikan informasi dan hebahan kepada mahasiswa fpqs melalui media massa
ataupun melalui cetakan bermaklumat.

 Mempergiatkan perhubungan dengan pihak strategic communication centre
(stracomm).


 Membantu pihak pmfpqs dalam menyediakan bahan informasi yang bersesuaian
dengan program yang bersifat berkala atau bulanan seperti banner, poster, video dan
lain-lain.


 Merekabentuk dan membangunkan persembahan multimedia untuk program-
program rasmi atau tidak rasmi sekretariat quran sunnah (sqs).


 Mengemaskini media sosial rasmi sqs seperti di facebook dan instagram.


 Menjalankan aktiviti pengiklanan dan pemasaran sqs serta program-program sqs.


• Merupakan media penghubung antara pihak universiti, fakulti dan pelajaran.

12 | P a g e

6.3.4 EXCO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Exco ini adalah terdiri daripada Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 3, Timbalan
Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 2 dan Setiausaha Exco yang merupakan
mahasiswa Tahun 1. Exco ini juga terdiri daripada tiga Ahli Jawatankuasa Exco yang
mewakili setiap tahun mahasiswa. Berikut ialah bidang tugas exco ini:

 Merupakan penganjur dan penggerak bagi aktiviti kerohanian dengan cara
menganjurkan program berbentuk ilmiah untuk mahasiswa/wi progam pengajian
quran dan sunnah.


 Berperanan dalam menjaga pembangunan sahsiah dan adab ahli pimpinan dan
mahasiswa/wi progam pengajian quran dan sunnah.


 Bertanggungjawab menghebahkan setiap aktiviti harian, aktiviti surau serta aktiviti
pembangunan sahsiah dan insaniah yang dijalankan kepada mahasiswa/wi progam
pengajian quran dan sunnah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah program “hadis 40
bersanad” Dan “nu’min sa’ah”.


 Menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Fakulti Pengajian
Quran dan Sunnah secara tahunan dengan kerjasama PMFPQS bagi menghantar
wakil fakulti/universiti ke peringkat negeri.

13 | P a g e

6.4 EXCO

Exco yang lain pula adalah terdiri daripada exco yang memegang portfolio yang berkaitan
dengan hal ehwal lain. Berikut ialah senarai bidang tugas exco lain:

6.4.1 EXCO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

Exco ini pula adalah terdiri daripada seorang Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun
3, Timbalan Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 2 dan Setiausaha Exco yang
merupakan mahasiswa Tahun 1. Berikut ialah bidang tugas exco ini:

 Bertanggungjawab memastikan kebajikan mahasiswa/wi progam pengajian quran
dan sunnah terjamin.


 Menolong dan membantu mahasiswa/wi yang ditimpa musibah dengan
mengumpulkan sumbangan derma atau dengan cara yang selainnya.


 Berperanan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan sebagai
contoh mengadakan program ziarah mahabbah.

 Bertanggungjawab membantu pihak pengurusan fakulti dalam menjaga kebajikan
mahasiswa/wi Program Pengajian Quran dan Sunnah dengan kerjasama PMFPQS.


6.4.2 EXCO KESUKARELAWAN DAN KEMANUSIAAN

Exco ini pula adalah terdiri daripada seorang Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun
3, Timbalan Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 2 dan Setiausaha Exco yang
merupakan mahasiswa Tahun 1. Berikut ialah bidang tugas exco ini:

 Bertanggungjawab merancang dan menganjurkan aktiviti yang memupuk semangat
kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa/wi program pengajian quran dan
sunnah.

14 | P a g e

 Bekerjasama dengan masyarakat sekitar dalam berkongsi idea dan ilmu pengetahuan
dengan mahasiswa/wi program pengajian quran dan sunnah.


6.4.3 EXCO PERHUBUNGAN KORPORAT DAN ANTARABANGSA

Exco ini pula adalah terdiri daripada seorang Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun
3, Timbalan Ketua Exco yang merupakan mahasiswa Tahun 2 dan Setiausaha Exco yang
merupakan mahasiswa Tahun 1. Berikut ialah bidang tugas exco ini:

 Berperanan sebagai pengantara dan penghubung dengan persatuan mahasiswa
fakulti quran dan sunnah (pmfpqs).


 Merupakan duta kecil dan pengantara bagi pihak sqs dan fakulti dengan semua
mahasiswa/wi antarabangsa program pengajian quran dan sunnah.


 Bertanggungjawab mengadakan program yang dapat menghubungkan antara
sekretariat dengan persatuan lain.


 Menyimpan semua data dan maklumat persatuan luar atau universiti luar yang boleh
dihubungi.

 Berperanan menyampaikan maklumat mengenai program yang dijemput oleh pihak
luar kepada Majlis Tertinggi.



15 | P a g e

FASAL 7: TABUNG SQS

TABUNG SQS
Tabung SQS merupakan satu inisiatif kutipan berbentuk galakan kepada para pelajar di
bawah Program Pengajian Quran dan Sunnah untuk menjana kewangan bagi melaksanakan
program berbentuk mega dan ekslusif Sekretariat Quran dan Sunnah sesi 2020/2021.
Kutipan ini juga bertujuan untuk menyemai sikap suka menyumbang dan bersedekah dalam
kalangan pelajar khususnya pada hari Jumaat. Di samping itu juga, kutipan ini dilaksanakan
sekali pada setiap minggu mengikut kursus yang dipilih oleh wakil bendahari setiap tahun
tanpa memperuntukkan kadar nilai tertentu untuk menyumbang. Pelaksanaan program ini
akan berubah pada masa dan medium yang berbeza tertakluk kepada sebarang perubahan.
(Pindaan kedua)

FASAL 8: PROGRAM TAHUNAN

Dalam memastikan gerak kerja yang sistematik dan terancang, digariskan beberapa
program yang bersifat mega dan eksklusif bagi mahasiswa/wi Program Pengajian Quran dan
Sunnah.

8.1 PROGRAM MEGA

8.1.1 MESOSISTEM SQS

Mesosistem SQS ialah sebuah program kepimpinan yang melibatkan semua pimpinan SQS
sesi semasa. Program ini lebih tertumpu kepada perbincangan dan pembentangan idea,
pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi pimpinan dan sekretariat sesi seterusnya.
Ia juga program mega SQS yang dilakukan setiap kali semester pertama pada minggu yang
ke-3. Pelaksanaan program ini akan berubah pada masa dan medium yang berbeza tertakluk
kepada sebarang perubahan. (Pindaan kedua)

16 | P a g e

8.1.2 QURAN SUNNAH SPORT DAY & PRA UJIAN KECERGASAN JASMANI
KEBANGSAAN (PRA UKJK)

QS Sport Day merupakan program yang dianjurkan untuk menggalakkan budaya bersukan
dan sihat kepada mahasiswa/wi Progam Pengajian Quran dan Sunnah sekaligus sebagai
wasilah untuk mencungkil bakat bersukan dalam kalangan mahasiswa/wi Program
Pengajian Quran dan Sunnah.

Pra UKJK pula diadakan untuk memberi latihan dan penyediaan kepada peserta sebelum
mengambil ujian UKJK tersebut. Program ini adalah program mega yang dilaksanakan pada
semester pertama.

8.1.3 (Dimansuhkan) Pindaan kedua

8.1.4 (Dipinda ke 8.2) Pindaan kedua

8.1.5 PEMILIHAN PILIHAN RAYA PIMPINAN BAHARU

Pemilihan Pilihan Raya Pimpinan Baharu ialah majlis pilihan raya bagi melantik
jawatankuasa SQS baharu untuk menggantikan jawatankuasa yang lama bagi
penambahbaikan dalam jawatankuasa dan sekretariat. Majlis ini akan diadakan pada setiap
tahun semester 2 pada minggu ke-13 dengan menggunakan dua kaedah iaitu; Majlis Syura
dan Sistem Demokrasi bagi pemilihan yang lebih teratur dan sistematik.

 Majlis Syura ialah sebuah badan pemilihan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa
baharu bagi menggantikan ahli yang keluar daripada jawatankuasa SQS disebabkan oleh
pencalonan organisasi lain atau lain-lain sebab. Ahli Majlis Syura terdiri daripada Ketua
Program QS, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agung,
Timbalan-Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat dan Timbalan-Timbalan
Bendahari Kehormat bagi memilih calon yang sesuai dengan jawatan yang
dipertanggungjawabkan tersebut.



17 | P a g e

 Sistem Demokrasi ialah sistem pemilihan Ahli Jawatankuasa SQS sesi baharu dengan
menggunakan cara/sistem online seperti google form bagi memudahkan
mahasiswa/wi untuk mengundi calon pilihan mereka mengikut masa yang
ditetapkan oleh pihak pilihan raya.

8.1.6 ANNUAL GENERAL MEETING (AGM)

Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual General Meeting (AGM) merupakan sebuah majlis
penyerahan tugas pimpinan lama kepada pimpinan baharu secara rasmi. Selain itu, majlis
ini juga membuka ruang perbahasan kepada mahasiswa/wi untuk memberi idea atau
cadangan penambahbaikan terhadap organisasi dan pimpinan SQS baharu. Program mega
ini diadakan pada semester 2 minggu ke-13. Pelaksanaan program ini akan berubah pada
masa dan medium yang berbeza tertakluk kepada sebarang perubahan. (Pindaan kedua)

8.1.7 MAJLIS PENYERAHAN TUGAS DAN AMANAT KETUA PROGRAM PENGAJIAN
QURAN DAN SUNNAH (jika ada keperluan atau berlaku pertukaran Ketua
Program)

Ia merupakan program yang dilakukan apabila berlakunya pertukaran jawatan Ketua
Program Pengajian Quran dan Sunnah. Majlis ini bertujuan untuk mendedahkan kepada
mahasiswa tentang visi, misi dan peranan Ketua Program Pengajian Quran dan Sunnah
untuk mahasiswa Program Pengajian Quran dan Sunnah khususnya. Sehubungan dengan itu,
adalah diharapkan dengan wujudnya majlis ini, ia akan menjadi satu pemangkin baharu
kepada mahasiswa untuk mengenal lebih dekat tentang latar belakang Ketua Program
Pengajian Quran dan Sunnah dan membuka ruang kepada Ketua Program untuk
menyampaikan amanat kepada mahasiswa/wi Program Pengajian Quran dan Sunnah. Ia
juga memberi kefahaman kepada mahasiswa tentang kepentingan Ketua Program.
Penganjuran majlis ini diharap dapat meningkatkan aspek intelektual mahasiswa melalui
penglibatan dalam program Quran dan Sunnah.

18 | P a g e

8.2 PROGRAM EKSKLUSIF

Apa-apa sahaja program yang bersifat khusus bagi mahasiswa/wi tahun pengajian masing-
masing.

8.2.1 TUTOR MUDA

Program ini akan dilaksanakan oleh Exco Akademik dan Pembangunan Intelektual
Sekretariat Quran dan Sunnah pada setiap semester. Pencarian Tutor Muda akan dipilih
mengikut kriteria-kriteria yang diperlukan yang mana mereka merupakan seorang yang
mahir di dalam sesuatu subjek dan sudi memberi tunjuk ajar kepada mahasiswa/wi yang
lain. Program ini diwujudkan adalah untuk menarik minat dan memberi semangat dalam
kalangan pelajar untuk menghadapi ujian pada setiap semester. Selain memberi kesan yang
positif dalam kalangan mahasiswa/wi untuk mendalami ilmu, program ini turut
mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pelajar itu sendiri bahkan dapat mengasah bakat
mahasiswa/wi yang mempunyai kelebihan dalam penyampaian. Penganjuran program
Tutor Muda ini diharapkan dapat melahirkan mahasiswa/wi yang berintelektual tinggi dan
dapat berdaya saing dengan sihat. (Pindaan kedua)

8.2.2 MAJLIS TILAWAH ALQURAN DAN MENGHAFAZ AL- QURAN

Program ini akan diadakan pada setiap tahun bagi mengasah dan memperkembangkan
bakat menghafaz dan seni tilawah al-Quran mahasiswa/wi Program Pengajian Quran dan
Sunnah supaya dapat menarik lebih ramai generasi muda untuk mengangkat seni tilawah
al-Quran dan hafazan ke persada yang lebih tinggi. Ia juga dapat membentuk generasi muda
yang menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup mereka serta melahirkan
generasi yang kukuh asas pembangunan rohani. Selain itu, merapatkan ukhwah
persahabatan antara mahasiswa Pengajian Quran dan Sunnah serta masyarakat sekeliling.
Program mega ini akan dijalankan pada semester 1 setiap tahun bagi melahirkan lebih ramai
Qari dan Qari’ah yang bukan sahaja mampu berjaya dalam bidang tilawah al-Quran, malah

19 | P a g e

menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam segenap aspek.
(Pindaan kedua)

FASAL 9: PENUTUP

Kewujudan perlembagaan SQS ini sebagai asas undang-undang dalam pimpinan serta
peranan besar bagi mereka yang memiliki tugas sebagai pimpinan dalam sekretariat.
Perlembagaan SQS ini merupakan panduan dan arah tuju untuk pimpinan baharu bagi
memudahkan mereka mengendalikan dan menyusun atur program yang bersifat mega
mahupun eksklusif sepanjang pimpinan mereka. Sehubungan dengan itu, perlembagaan ini
digubal mengikut permuafakatan sosial yang dipersetujui oleh semua ahli yang terlibat dan
ia boleh memberi kefahaman yang jelas kepada Ahli Jawatankuasa tentang skop tugas
pimpinan masing-masing. Oleh itu, ketinggian perlembagaan SQS ini seharusnya dijunjung
bagi mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian sekretariat.

20 | P a g e


Click to View FlipBook Version