PASTI KEKUATAN PELAKSANAAN BIMBINGAN SISC+ DI SEBUAH SEKOLAH
MENENGAH DAERAH PADAWAN
Mimilia binti Gabriel
Bong Lie Chien
SISC+ Bidang Sains Sosial,
Pejabat Pendidikan Daerah Padawan
[email protected]
ABSTRAK
Pengurusan mata pelajaran dalam bidang kemanusiaan kurang diberi perhatian
kerana kebanyakan guru yang terlibat dalam mata pelajaran tersebut merupakan guru
bukan opsyen. Berdasarkan pengalaman membimbing guru-guru di sekolah, pengkaji
mendapati ketua bidang atau ketua panitia kurang memberikan penekanan dalam
aspek 3.1.2.2 SKPMg2 yang berkaitan dengan peningkatan kualiti pengajaran guru.
Apabila aspek ini tidak diberi perhatian sewajarnya, ia akan menjejaskan SKPMg2
Standard 4. Tambahan pula, pemahaman guru dalam Pendekatan Bertema masih
belum mantap. Lantaran itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menambahbaik
amalan kendiri pengkaji dalam pengurusan panitia dan pedagogi guru melalui
bimbingan menggunakan kaedah FBI . Selain itu, kajian ini juga diharap dapat
meningkatkan pelibatan murid dalam pembelajaran. Kajian Tindakan ini dijalankan
menggunakan Model Kemmis dan Mc Target (1988 ) yang bermula dengan tinjauan
awal sebelum membuat perancangan dan pelaksanaan bimbingan sehingga impak
boleh dilihat pada kualiti pengajaran guru dan pelibatan aktif murid. Dapatan kajian
menunjukkan, apabila kaedah FBI digunakan untuk Pendekatan Bertema bagi Panitia
Geografi, panitia lebih fokus dan tahu keperluan mereka untuk menyelesaikan isu
dengan memberi perhatian kepada keperluan guru. Apabila fokus sudah jelas, barulah
bimbingan yang sewajarnya diberikan sehingga impak boleh dilihat setelah PLC
melalui Lesson Study dilakukan dalam 4 kitaran, bersama 4 orang guru dan 4 buah
kelas tingkatan 1. Implikasi kajian membuktikan kaedah FBI membantu pengkaji untuk
melaksanakan ‘Coaching and Mentoring’ yang lebih berkesan di samping
memantapkan pengurusan panitia sekaligus dapat meningkatkan pelibatan murid
dalam proses PdP di dalam bilik darjah.
Kata kunci : SKPMg2 Standard 3.1.2 dan Standard 4, FBI , Lesson Study, Coaching
& Mentoring
PENINGKATAN KETRAMPILAN KEPIMPINAN
TUNAS KADET REMAJA (TKRS)
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
pengawas sekolah rendah tahun 4. Objektif kajian ini adalah untuk melahirkan
pengawas yang mempunyai kebolehan untuk memimpin, bertanggungjawab dan
mempunyai nilai-nilai diri yang positif serta mampu menghadapi cabaran dari semasa
ke semasa dan membina individu yang berkeyakinan,berketrampilan serta berupaya
menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bertindak secara bijak. Reka bentuk
kajian ini adalah instrumen kuantitatif yang menggunakan borang soal-selidik pra dan
borang soal-selidik pos. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang murid pengawas
sekolah tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Batu 4 1⁄2. Instrumen kajian
yang digunakan adalah borang soal-selidik. Data dianalisis dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel 2017 untuk mendapatkan peratusan keputusan. Analisis
menunjukkan peratus pencapaian murid adalah tinggi selepas soal-selidik pos iaitu
selepas murid menghadiri ceramah kepimpinan pengawas sekolah. Hasil daripada
dapatan kajian ini membuktikan bahawa kepimpinan, tugasan kepengawasan dan
personaliti dapat meningkatkan pencapaian pengawas dalam memimpin,
bertanggungjawab serta mampu menghadapi cabaran dari semasa ke semasa.
Kata Kunci : Kepimpinan, tugasan kepengawasan, personaliti.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN 4K DALAM MATA PELAJARAN RBT
oleh
CELESTINE MICHAEL GAWAN
SMK PENRISSEN
ABSTRAK
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan kaedah pengajaran yang dapat
meningkatkan pembelajaran bermakna dan keterlibatan ( student engagement )yang
tinggi di kalangan murid semasa proses P & P dilaksanakan. Kaedah berpusatkan
murid ini sekiranya dilaksanakan dengan cara penyampaian yang betul dan
berstruktur, mampu untuk meningkatkan kemahiran 4K murid yang sangat diperlukan
dalam abad ke 21. Walau bagaimanapun, tidak terdapat satu instruktional atau
tatacara yang jelas membincangkan bagaimana proses PBP dilaksanakan dalam
kelas. Kajian tindakan ini akan cuba untuk mengupas isu ini dengan melaksanakan
tatacara PBP dilaksanakan dalam kelas. Dalam kajian ini, guru akan menyediakan
template PBP sebagai panduan berstruktur untuk murid dalam menyiapkan projek.
Kaedah pembelajaran secara konstruktif ini dijangka akan dapat membentuk
kemahiran 4K murid seterusnya menyelesaikan isu seperti kelas berpusatkan guru,
pembelajaran pasif, kerterlibatan yang rendah dan tahap penguasaan murid yang
lemah dalam PBD. Kajian ini mendapati PBP secara berstruktur telah memberi ruang
kepada murid untuk meneroka kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif mereka dalam
menghasilan projek yang sama tetapi hasil yang berlainan. Melalui pemerhatian guru,
murid telah menunjukkan tahap keterlibatan yang tinggi, berkolaborasi secara kritikal
dan kreatif semasa proses menyiapkan projek masing-masing. Hasil kajian ini akan
membantu guru-guru dalam melaksanakan PBP secara berstruktur kerana terdapat
template PBP telah disediakan. Malah melalui amalan baik dalam pengajaran ini,
guru-guru akan sedar tentang keberkesanan PBP dalam meningkatkan kemahiran 4K
murid dalam PAK21.
Kata Kunci
Pembelajaran Berasaskan Projek, 4K- Komunikasi,Kolaboratif, Kreatif dan Pemikiran
Kritikal, Keterlibatan Murid (student engagement), Pembelajaran Bermakna,
Pembelajaran Aktif.
PENERAPAN IBSE DALAM TAJUK SISTEM RANGKA MANUSIA UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID
TAHUN 5 SJK CHUNG HUA BUSO
oleh
CHIN SUK MEI
SJK(C) CHUNG HUA BUSO
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penerapan pembelajaran
berasaskan inkuiri (IBSE) dalam PdPc Sains untuk membantu murid-murid
tahun 5 meningkatkan kemahiran insaniah. Kajian ini mengaplikasikan Model
kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang melibatkan proses
merancangan tindakan, melaksana rancangan yang dibina, memerhati kesan
pelaksanaan, mereflek untuk merancang tindakan seterusnya. Kajian ini
melibatkan 4 orang murid-murid dari SJK Chung Hua Buso. Semasa PdPc
Sains dalam tajuk sisitem rangka manusia, murid-murid amat pasif dan
kelihatan tidak bersemangat, tidak suka menjawab soalan guru serta tidak
menyelesaikan lembaran kerja dengan bersungguh-sungguh. Saya
mengambil inisatif untuk menerapkan (IBSE) dalam PdPc Sains dalam tajuk
tersebut untuk melihat perubahan tingkah laku murid. Dalam kajian,
pemerhatian telah dibuat terhadap tingkah laku, respon, perasaan dan reaksi
murid dengan rakaman video, mengambil foto dan catatan. Selain itu, saya
juga mengumpul dokumen seperti lembaran kerja murid sebelum dan selepas
intervensi serta mendapatkan maklum balas murid. Setelah data-data
dianalisis dan diinterpretasi, didapati penerapan pembelajaran berasaskan
inkuiri dalam PdPc Sains dapat melibatkan 4 murid orang Tahun 5 dengan
aktif dalam aktiviti pembelajaran dan juga meningkatkan kemahiran insaniah
mereka. seperti kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah,
berkolaborasi. Pembelajaran ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir
secara kreatif, sikap dan nilai positif serta mengembangkan potensi individu ke
arah pembangunan insan yang seimbang. Saya akan meneruskan
pembelajaran berasaskan inkuiri dalam tajuk-tajuk Sains yang lain kerana
amalan ini perlu dilakukan secara berkekalan untuk mendapatkan kesan yang
baik.
Kata Kunci
IBSE , Inkuiri dalam Sains, Kemahiran Insaniah
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MATA PELAJARAN
SEJARAH TINGKATAN 5 DENGAN MENGGUNAKAN PELBAGAI GRAFIK
CHONG SIEW LEE
SMK PENRISSEN
[email protected]
Kajian ini saya laksanakan kerana kesedaran pada diri sendiri terhadap jalan
penyelesaian isu pemasalahan pengajaran dan pemudahcaraan dalam mata
pelajaran Sejarah tingkatan 5. Jika kita menyebut subjek Sejarah kita acap kali
dengar rungutan dan keluhan murid bahawa Sejarah adalah bosan, sangat sukar,
subjek hafalan dan tidak ada nilai komersial. Pemasalahan ini juga saya alami.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan nota, latihan, PBD dan ujian AR1
serta pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir membuat nota,
malahan tidak mahir memberikan fakta, huraian dan contoh ketika menjawab latihan
atau PBD atau ujian. Kemahiran penguasaan tajuk atau peristiwa Sejarah amat
penting untuk memperoleh markah yang baik dan lulus SPM. Sehubungan dengan
itu, untuk menangani permasalahan tersebut yang dihadapi oleh murid tingkatan 5
dalam PdP Mata pelajaran Sejarah, saya telah mengaplikasikan pelbagai grafik, iaitu
murid dikehendaki menghasilkan grafik sebagai nota mengikut kreativiti dan
kebolehan murid. Grafik merupakan salah satu medium yang dapat membantu guru
dalam menyampaikan pengajaran dan pemudahcaraan(PdP) di dalam bilik darjah.
Grafik dalam PdP boleh dipersembahkan dalam bentuk imej atau paparan visual
tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan
sebagainya. Oleh hal yang demikian, kajian tindakan ini dijalankan dalam kalangan
30 orang murid tingkatan 5 yang mempunyai kepelbagaian tahap penguasaan dan
berlatar belakang agama,budaya,bangsa dan status sosioekonomi yang berbeza.
Aktiviti PdP menghasilkan grafik dijalankan selama 8 minggu di dalam bilik darjah.
Dapatan kajian dan ujian AR2 telah menunjukkan peningkatan prestasi murid yang
drastik di samping murid lebih berminat dan seronok. Pengajaran dan
pemudahcaraan menggunakan kaedah grafik haruslah diteruskan dan dirancang
secara sistematik agar murid lebih berminat terhadap pembelajaran mata pelajaran
Sejarah kerana subjek ini wajib lulus untuk layak mendapatkan sijil SPM.
Kata Kunci:
Sejarah tingkatan 5, nota, grafik, pengajaran dan pemudahcaraan(PdP), layak sijil
SPM
Keberkesanan Sistem Merit Demerit dalam menangani
permasalahan kelewatan murid ke sekolah
Oleh
Ketua: Liew Fui Kim
Ahli: Bong Suk Kang, Lau Soon Kuon, Loh Feng Ching,
Kueh Yen Nee, Ting Suok Ming
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Sistem Merit Demerit dalam
menangani permasalahan kelewatan murid ke sekolah. Responden kajian melibatkan
5 orang murid yang paling kerap hadir lewat ke sekolah. Tinjauan awal telah dilakukan
iaitu melalui pemerhatian, di mana pengumpulan maklumat diperolehi dari rekod
kehadiran murid dan juga gambar bagi tag nama murid yang datang lewat yang telah
dihantar dalam group telegram sekolah. Hasil kajian mendapati terdapat perubahan
pada bilangan kehadiran murid yang lewat setelah tindakan diambil terhadap mereka.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS RUMUSAN BAHASA MELAYU
SPM MENGGUNAKAN TEKNIK BACAAN CHATT
Linawati binti Socradji
Sekolah Menengah Kebangsaan Penrissen
[email protected]
Soalan rumusan merupakan salah satu soalan wajib yang dikemukakan dalam
peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu,
terdapat seramai 18 orang murid daripada kelas 5D di SMK Penrissen menghadapi
kesukaran untuk menjawab soalan rumusan dengan baik. Oleh hal yang demikian,
kajian telah dijalankan untuk membantu murid tersebut meningkatkan kemahiran
menulis rumusan, kerana soalan ini memperuntukkan markah yang paling besar
dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Pada masa yang sama, kajian ini dilakukan
bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
menggunakan teknik bacaan CHATT serta melatih murid mengemukakan fokus dan
isi penting menggunakan borang CHATT bagi meningkatkan kemahiran menulis
rumusan. Sehubungan itu, tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian,
temu bual serta semakan latihan dan ujian formatif yang menunjukkan murid kurang
menguasai kemahiran membaca untuk mengenal pasti fokus dan isi penting dalam
petikan. Perkara ini menjadi punca murid tidak dapat menulis rumusan dengan baik.
Sementara itu, Model Kemmis dan McTaggart (1988), telah digunakan sebagai
panduan untuk mendasari kajian tindakan terhadap 18 orang peserta kajian ini. Hasil
data yang diperoleh melalui instrumen kajian iaitu analisis ujian 1 dan ujian 2,
menunjukkan peningkatan sebanyak 160.3 peratus iaitu 20 markah daripada 7
markah rumusan murid semasa ujian 1. Hal ini membuktikan bahawa teknik bacaan
CHATT berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran menulis rumusan bahasa
Melayu. Daripada dapatan tersebut juga, dapat disimpulkan bahawa penggunaan
borang bacaan CHATT mampu menjadi medium untuk membantu guru dan murid
semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah terutamanya bagi
menguji kemahiran membaca dan kemahiran menulis murid.
Kata kunci: Teknik bacaan CHATT, fokus rumusan, isi penting, kemahiran menulis.
Komuniti Pembelajaran Profesional melalui Lesson Study :
Satu Kajian Tindakan Bagi Meningkat pelaksanaan Mata Pelajaran Geografi di
SMK Jalan Arang dalam melaksanakan Strategi 1
dalam pendekatan bertema
Louise Lu Shze Ning
Chai Moi Kee
Nor Asmah Binti Ali Hassan
Tosa Anak Piee
Jacinta Michael
SMK Jalan Arang
[email protected]
Lesson Study (LS) merupakan salah satu alat kolaboratif yang diperkenalkan di
Malaysia untuk melahirkan komuniti pembelajaran profesional (PLC). Kajian
dijalankan adalah untuk mengatasi isu guru Geografi yang kurang mahir dalam
Pendekatan Bertema khususnya melalui Strategi 1 di SMK Jalan Arang.Kumpulan
sasaran Lesson Study (LS) ini ialah PdP yang melibatkan Tingkatan 1. Kajian ini
menggunakan Pendekatan Kajian Tindakan model Kurt Lewin (1946) yang
melibatkan proses merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Hasil kajian
mendapati bahawa pelaksanaan meningkatkan tahap profesionalisme pantia Geografi
dalam pendekatan bertema. Di samping itu, menyelesaikan isu perancangan
penulisan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran antara guru tingkatan 1 dalam
melaksanakan Pendekatan Bertema Strategi 1. Pelaksanaan Lesson Study dalam
Panitia Geografi juga dapat meningkatkan kefahaman pendekatan bertema strategi 1
dalam melaksanakan matapelajaran Geografi dan Sains. Kajian ini telah membantu
meningkatkan dan mengukuhkan pembelajaran dan pentaksiran murid di tingkatan 1
semasa proses pelaksanaan Lesson Study dalam Pendekatan Bertema Strategi 1.
Dapatan daripada 3 kitaran LS telah menunjukkan guru-guru dapat mengaitkan tema
utama dengan subtema subjek masing-masing sekaligus meningkatkan tahap
profesionalisme guru dalam aspek pedagogi dan pentaksiran.
Kata Kunci : Lesson Study Pendekatan Bertema Strategi 1
Penggunaan Kit Rekreasi Matematik Dalam Meningkatkan Asas Nombor Dalam
Kalangan Murid Pemulihan
Sapiah binti Harif, Toh Chai Bui, Kong Teck Yieng, Norolah binti Riduan &
Sandra anak
William Sair
Kemahiran asas Matematik sangat penting dalam menyelesaikan masalah harian.
Oleh itu, murid telah didedahkan dengan asas Matematik pada peringkat paling awal
dalam pendidikan sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi dengan penyelesaian
masalah yang lebih kompleks. Sekiranya masalah murid tidak menguasai asas
nombor tidak ditangani dengan lebih awal, maka masalah ini akan berlanjutan hingga
ke peringkat yang lebih tinggi dan akan mempengaruhi minat murid dalam mata
pelajaran Matematik. Sehubungan dengan itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam mengenal asas nombor dan nilai nombor dari
nombor 0 hingga 10. Peserta adalah murid-murid pemulihan Tahun 1 dan Tahun 2
yang lemah dalam Matematik terutamanya dalam kemahiran mengenal nombor dan
nilai nombor 0 hingga 10. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pos dan juga
melalui pemerhatian terhadap murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Kit
Rekreasi Matematik dalam asas nombor telah dihasilkan untuk mengatasi masalah
ini. Hasil analisis data mendapati bahawa kesemua daripada 6 orang murid telah
menunjukkan peningkatan dalam ujian pos mereka setelah menggunakan Kit
Rekreasi Matematik. Penggunaan Kit Rekreasi Matematik merupakan bahan
manipulatif yang sesuai dan sangat membantu dalam mengatasi masalah murid yang
tidak mengenal nombor dan nilai nombor dalam pengajaran dan pembelajaran.
PELAKSANAAN PROGRAM BIDKS DALAM MEMBENTUK AKHLAK MURID
PATIMAH BINTI PAUZI, AZUNDA BINTI BUJANG & KARTINI BINTI MAHLI
SK BINYU, PADAWAN, SARAWAK, MALAYSIA
[email protected]
Pasca covid 19 menyaksikan kemerosotan amalan dan tingkahlaku murid disekolah.
Eviden ditunjukkan melalui pemerhatian guru, data peningkatan kes disiplin dan masalah
ketidakhadiran di sekolah. Kesan pandemik selama lebih dua tahun murid tidak
bersekolah secara bersemuka, seolah-olah menghakis nilai dan akhlak unggul yang telah
diterapkan di sekolah selama ini. Atas kesedaran itu, Panitia Pendidikan Islam dan unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Binyu telah merangka Program “Bimbing Daku Ke Syurga”
(BIDKS) dengan pendekatan psikologi dan kerohanian sebagai inisiatif untuk memulihkan
keadaan ini. Pendekatan BIDKS berbeza daripada teknik pendisiplinan sedia ada kerana
ia berfokuskan teknik kerohanian juga sentuhan hati untuk menanamkan kesedaran
dalaman dalam kalangan murid berubah menjadi insan yang berakhlak mulia.