The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Co-Claps, 2022-11-28 22:44:57

ABSTRAK BILIK MESYUARAT 2 DISEMBER 2022

ABSTRAK

USING VISUAL AIDS IN IMPROVING READING COMPREHENSION AMONG
YEAR 4 ESL PRIMARY PUPILS

Christine Juntai1
1Institute of Teacher Education of Batu Lintang Campus Kuching, Sarawak

[email protected]

ABSTRACT: In the globalised educational setting era, pupils tend to learn through
personal learning preferences and multiples intelligences. Visual intelligence, in
particular, is an essential ability that is commonly used in teaching and learning reading
comprehension in the English subject. The use of visual aids such as cut-outs and
flashcards to teach reading comprehension is important because most ESL students
struggle to understand simple texts or passages of reading. The instruments, which take
the form of a pre-test and two cycles of post-tests, have been tailored to the context of
the Year 4 English textbook and similar resources. Each cycle, students were given text
passages of a similar level, along with a set of five short response questions, four of which
were comprehension questions and one higher order thinking question. The devices were
installed in a primary school in Kuching, Sarawak. The study discovered that using visual
aids such as cut-outs and flashcards can improve students' reading comprehension
scores. Students' comprehension improves when they perform better on post-tests and
can participate more actively in the classroom. Furthermore, students can create a fun
learning environment in the classroom by interacting with visual aids such as cut-outs and
flashcards directly through the senses of sight and touch. Since the introduction of visual
aids, there has been a consistent upward trend in students' reading comprehension
performance. As a result, the purpose of this study is to improve students' reading
comprehension test scores as well as the researcher's skills in teaching reading
comprehension through the use of visual aids such as cut-outs and flashcards with words.

Keywords: reading comprehension; visual aids; cut-outs; flashcards

THE USAGE OF ROLE-PLAY AS A TEACHING STRATEGY IN ESL CLASSROOM
TO ENHANCE SPEAKING SKILLS

AMONG YEAR 4 PUPILS

Nazatul Haslinda binti Ahmad
Institute of Teacher Education Batu Lintang Campus, Sarawak

[email protected]

This Action Research was conducted to improve Year 4 pupils speaking skill by using
role-play. This research also aimed to improve my teaching practice of speaking skills
through the usage of role play. Elements such as pronunciation, grammar, vocabulary,
comprehension and fluency are explored in this research. This research was conducted
in a suburban school in Sarawak. Ten Year 4 pupils were selected as the research
participants. The data was collected through three main instruments which are
observation, interviews, pre-test and post-tests results. Based on the research findings
using role-play activity has improved the pupils’ speaking skill. The input session before
implementing the actual role-play intervention was highly crucial to the effectivity of the
activity. The role-play session became more enjoyable as their interaction were
successfully made during the role play. The pupils were able to produce more response
and able to speak confidently when the topic involves their area of knowledge.
Furthermore, I have also improved my teaching practice of speaking skills by using role-
play. Hence, using role-play as a teaching strategy is definitely applicable for ESL
classroom to improve pupils’ speaking skill.

Keywords: Role-play, speaking skill, Year 4.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF JAWI DALAM KALANGAN
PELAJAR MENGGUNAKAN GIF MENERUSI @Huruf_Tunggal_Jawi_bot DI

APLIKASI TELEGRAM

Oleh:

Nur Husnina binti Khairul Hisham
Sekolah Kebangsaan St Augustine, Mambong

93250 Kuching, Sarawak.
[email protected]

Kemahiran menulis huruf Jawi merupakan aspek yang sangat penting dalam
penguasaan bidang Jawi subjek Pendidikan Islam. Namun begitu, tahap kemahiran
asas menulis huruf Jawi tunggal murid yang terlibat dalam kajian ini adalah sangat
rendah dek ketinggalan silibus Pendidikan Islam. Justeru, kajian ini dilaksanakan
untuk menambah baik amalan guru dalam membimbing murid yang ketinggalan
silibus menggunakan teknologi sebagai pemangkin sesi pembelajaran sistematik, fun
learning dan mudah diakses, di samping menyemai sikap pembelajaran kendiri dalam
diri pelajar. Sebagai intervensi, @Huruf_Tunggal_Jawi_bot ialah inovasi yang dicipta
menerusi aplikasi Telegram yang memaparkan animasi penulisan huruf-huruf Jawi
tunggal dalam format gif yang berulang-ulang setelah pengguna menekan pilihan
huruf di menu. Kajian ini dilakukan terhadap dua orang pelajar Darjah 2 dari sebuah
sekolah yang ketinggalan silibus Pendidikan Islam Darjah 1. Model kajian merangkumi
proses gelungan lima fasa iaitu: i) merancang, ii) melaksana, iii) menilai, iv) mereflek,
dan v) membuat tindakan seterusnya telah digunakan. Data dikumpul secara kualitatif
menggunakan instrumen ujian pra dan pasca serta pemerhatian untuk menguji
kemahiran murid menulis 18 huruf Jawi yang terdiri daripada pelbagai sub bentuk.
Data dianalisis secara deskriptif berdasarkan rubrik yang terdiri daripada 3 aspek iaitu
ketepatan kaedah, kekemasan dan keyakinan. Hasilnya, murid bukan sahaja
mendemonstrasikan kaedah penulisan yang betul, malah guru juga telah menyedari
kepentingan proses membuat refleksi kendiri dalam mengintegrasikan amalan yang
boleh mengatasi isu ketinggalan silibus. Kajian ini diharapkan dapat memberi impak
positif terhadap sektor pendidikan dari segi PdPc bidang Jawi sekolah rendah yang
menekankan pengukuhan asas penulisan Jawi melalui teknologi dan menggalakkan
pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri secara berterusan.

Kata kunci: Kemahiran menulis jawi, bot Telegram, gif, Pendidikan Islam, kajian
tindakan.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB DUA MATRIKS DENGAN

MENGGUNAKAN KAD LUTSINAR DI KALANGAN MURID-MURID TINGKATAN 5 E
SMK SRIMATANG

Oleh:

SHOMIYANTI BINTI SHOMIDON

SMK SRI MATANG KUCHING SARAWAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan dapat membantu meningkatkan kemahiran menjawab
soalan mendarab dua matriks di kalangan murid-murid Tingkatan 5 E melalui kaedah
penggunaan Kad Lutsinar. Seramai 21 orang murid dan seorang tenaga pengajar terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal yang dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal
selidik, semakan kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra menunjukkan bahawa
mendapati murid keliru dan tidak menguasai kemahiran mendarab dua matriks, kerap
melakukan kesalahan mendarab unsur-unsur dalam baris dan lajur, dan salah
meletakkan kedudukan jawapan di tempat yang sepatutnya. Ini menyebabkan murid-
murid tidak dapat menjawab dengan betul soalan-soalan yang melibatkan pendaraban
dua matriks. Kaedah penggunaan Kad Lutsinar telah digunakan untuk mengatasi
permasalahan ini. Klinik Matematik menggunakan kaedah ini dilaksanakan di luar waktu
persekolahan selama 2 minggu telah menunjukkan peningkatan sikap dan minat murid-
murid kepada mata pelajaran Matematik. Setelah kajian tindakan dilakukan, ujian pos
menunjukkan peningkatan prestasi, sebanyak 100%. Murid-murid berkeyakinan
menjawab soalan-soalan yang diberi dengan betul. Motivasi dan perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang teliti dapat meningkatkan kemahiran mendarab dua
matriks dan seterusnya membantu murid-murid tersebut memperolehi markah yang lebih
tinggi di dalam mata pelajaran Matematik. Kaedah penggunaan Kad Lutsinar amat
membantu murid menyelesaikan soalan pendaraban matriks.

KATA KUNCI
Kaedah “ Kad Lutsinar “ , Matriks

KAJIAN KEBERKESANAN INTERVENSI KAUNSELING TERHADAP
MURID HADIR LEWAT KE SEKOLAH DI SMK PENRISSEN

Oleh
SITI NORLIYANA BINTI MOHD TARMIZI

ENCIK LUKMAN HAKIM ABDULLAH
ENCIK ALANDO STEPHEN SIUIEU

SMK PENRISSEN

Kajian tindakan yang dilakukan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK
Penrissen ialah berkenaan isu murid hadir lewat ke sekolah. Kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti punca pelajar lewat hadir ke sekolah dalam
kalangan murid sesi pagi SMK Penrissen, mengurangkan peratusan murid hadir
lewat ke sekolah, menyedarkan murid supaya mematuhi peraturan-peraturan
sekolah, menyemai sikap menghargai masa serta membentuk budaya sekolah
yang cemerlang dan melahirkan murid yang berdisiplin. Kajian ini melibatkan
responden dalam kalangan pelajar sesi pagi tingkatan 3, 4 dan 5 dan peralihan
iaitu seramai 1608 murid. Metadologi kajian ini melibatkan tinjauan secara
pemerhatian, buku rekod khas murid lewat hadir melebihi 6.50 pagi serta temu
bual bersama guru kelas dan ketua/penolong ketua kelas. Selain itu, intervensi
sesi kaunseling digunakan untuk mengenal pasti permasalahan atau punca
kehadiran lewat pelajar ke sekolah. Dapatan utama melalui intervensi
kaunseling dan buku rekod khas murid lewat hadir ke sekolah terdiri daripada
tiga punca utama murid hadir lewat ke sekolah iaitu faktor keluarga, faktor diri
sendiri dan juga faktor cuaca. Murid bangun lewat, kesesakan lalu lintas,
kediaman di luar zon penempatan sekolah, sikap murid tidak menghargai masa,
sikap ibu bapa / penjaga yang tidak prihatin terhadap ketetapan masa murid
hadir ke sekolah, berkongsi kenderaan dengan adik-beradik untuk menghantar
ke sekolah yang berjauhan dan pengaruh rakan sebaya menjadi antara punca
utama murid lewat hadir ke sekolah. Implikasi kajian ialah dapat mengurangkan
peratusan murid hadir lewat ke sekolah dan meningkatkan kesedaran akan
kepentingan pengurusan masa yang baik. Pengkaji berharap agar dengan
adanya pendekatan dari pelbagai program, intervensi kaunseling dan juga
tindakan disiplin akan mengurangkan peratusan murid lewat hadir ke sekolah
seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan imej sekolah SMK Penrissen.

Kata Kunci
Kehadiran, Murid, Lewat, Masa

The

PreludeAction

Research

“Over coming pupils’ difficulty in blending phonemes to recognize

words”

By:

DOROTHY CANDIDA ANAK TOHEM

ZAMSURI BIN MOHAMAD SUHAILI

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA, PADAWAN, SARAWAK

This action research is conducted to help the Year 3 pupils of SK Matang Jaya
to recognize the phonemes bl, cl, fl, br, cr and fr to improve their basic so as to improve
their reading skills. There are seven Year 3 pupils selected based on their
achievement in Phase 1 Classroom Assessment in May. They are to use this Spin
Blend method in hope of overcoming this issue. The failure of the pupil to recognize
the words with the same beginning phonemes is very critical hence this will lead to
poor reading skills and understanding of words. The main objective of learning English
in primary school is that pupils can obtain the 4 main skills - listening skill, speaking
skill, reading skill and writing skill. A creative teaching aid is necessary to attract and
draw the pupil’s interest in the topic being taught by the teacher in the classroom. As
an English teacher who teaches two Year 3 English classes in SK Matang Jaya, I
found that there are seven pupils who were unable to recognize some words and also
high frequency words from the topics in the Year 3 modules. I did not expect this
problem would happen because the majority of their classmates are able to recognize
and read words correctly. Hence, this method is applied to help the pupils enhance
their reading skill. To conclude, this study enables teachers to overcome the pupil’s
difficulty recognizing initial consonant blends in their everyday learning and to boost
their self- confidence as well.

PENGGUNAAN TEKNIK “BIJAK KAHUGA” BAGI
MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA HUBUNG GABUNGAN

DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA

Nora binti Remali
Nur Syuhada Izzati binti Hasslie

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata hubung
gabungan dalam kalangan murid tahun tiga dengan menggunakan teknik
“Bijak KAHUGA”. Kajian ini juga adalah untuk menambah baik amalan
pedagogi guru dalam pengajaran kata hubung gabungan di samping
mempengaruhi minat murid dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Bahasa Melayu menggunakan teknik “Bijak KAHUGA”. Data awal yang
dikumpul berdasarkan analisis dokumen dan senarai semak pemerhatian
mendapati bahawa peserta kajian mengalami kekeliruan antara kata hubung
gabungan dengan kata hubung pancangan dan kata sendi. Selain itu, peserta
kajian didapati bosan dengan pengajaran secara tradisional dalam Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Empat orang murid pada tahap
sederhana dan lemah dalam kata hubung gabungan dipilih sebagai peserta
kajian. Pendekatan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian
dengan menggunakan lembaran kerja dan instrumen senarai semak
pemerhatian sebagai instrumen pengumpulan data kajian. Triangulasi data
kualitatif dan kuantitatif, iaitu melalui soal selidik juga telah dilakukan bagi
mengukuhkan lagi kebolehpercayaan data. Dapatan kajian mendapati teknik
“Bijak KAHUGA” dapat membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan
kata hubung gabungan. Buktinya, peserta kajian dapat mengingat lapan kata
hubung gabungan untuk menghasilkan ayat majmuk. Selain itu, amalan
pedagogi guru dalam Bahasa Melayu juga dapat ditingkatkan serta menarik
minat peserta kajian untuk terlibat dalam PdPc BM. Kesimpulannya,
penggunaan teknik “Bijak KAHUGA” telah berjaya mencapai objektif kajian dan
diharapkan menjadi alat bantu mengajar yang boleh dimanfaatkan oleh semua
guru Bahasa Melayu.

Kata Kunci: kata hubung gabungan, Bijak KAHUGA, pedagogi


Click to View FlipBook Version