Memperkasa Pengurusan Sekolah Melalui
Kerangka Penilaian Kendiri (Self Evaluation Framework)
Program Sekolah Amanah (PSA)
ABDUL HAMID BIN ADENAN
SMK SUNGAI MAONG
Sekolah memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan Aspirasi Pendidikan
Negara. Untuk mencapai aspirasi tersebut, sekolah perlu melalui proses transformasi.
Kualiti kepimpinan dan pengurusan yang mantap dengan peningkatan kualiti guru-
guru akan menghasilkan kemenjadian murid melalui 6 aspirasi murid sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara. SMK Sg Maong, Kohot 2 (2015) di Program Sekolah
Amanah (PSA) sedang melalui transformasi sekolah. Bimbingan dan sokongan dari
pakar perunding LeapEd Services telah memberi peluang kepada sekolah untuk
meningkatkan kualiti kepimpinan dan guru-guru secara terancang dan sistematik.
Kerangka Penilaian Kendiri (SEF) bersama dengan pengukurnya, Standard dan
Amalan Sekolah Amanah telah membantu SMK Sungai Maong ke arah pengurusan
organisasi yang lebih mantap dan berkualiti melalui pelbagai proses pemantauan dan
penilaian terhadap kepimpinan sekolah dan kualiti guru. Impak daripada proses
perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ini telah membantu SMK
Sungai Maong mencapai peningkatan prestasi daripada segi akademik, kokurikulum
dan displin murid dan seterusnya telah mencapai Tamat Tempoh Matang Intervensi
Program.
SUDUT BACAAN “JOM BACA BERSAMA DINOSAUR”
Chew Sheau Pey/ Lee Ai Fang/ Voon Ai Hung
SJK Chung Hua Sungai Moyan /
[email protected] / [email protected] / g-
[email protected]
Sudut Bacaan “Jom Baca Bersama Dinosaur” merupakan satu inisiatif yang
dilaksanakan oleh sekolah untuk mewujudkan persekitaran membaca yang kondusif.
Sudut bacaan ini dihiasi mengikut tema “Kembara Bersama Dinosaur” yang berhasrat
untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid. Pihak sekolah telah
menjalani beberapa tinjauan dan mendapati bahawa murid-murid di sekolah kurang
berminat untuk membaca. Analisis data NILAM juga menunjukkan purata pembacaan
buku dalam kalangan murid adalah sangat rendah. Pihak sekolah telah menggunakan
pendekatan seperti PDCA, PILL, PINTAS dan OPPM untuk melaksanakan projek
sudut bacaan ini. Antara aktiviti yang dijalankan di sudut bacaan ini ialah aktiviti
membaca, pinjaman buku dan sesi perkongsian tentang buku yang telah dibaca.
Setelah sudut bacaan ini diperkenalkan kepada para murid, pihak sekolah mendapati
bahawa murid-murid lebih minat untuk membaca dan purata pembacaan buku dalam
kalangan murid telahpun meningkat. Kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid
juga meningkat kerana mereka lebih yakin dan berani untuk memberikan perkongsian
di sudut bacaan ini.
Kata Kunci : sudut bacaan, budaya membaca, NILAM
TAPANGKU SEJAHTERA, MURID CERIA
KUEH SWEE CHUAN
SJK CHUNG HUA SUNGAI TAPANG
[email protected]
“Tapangku Sejahtera, Murid Ceria” merupakan satu program untuk
memperkasakan kesedaran sivik di sekolah dalam usaha melestarikan
kemenjadian murid khususnya daripada aspek sahsiah. Kesedaran sivik melalui
nilai-nilai murni seperti nilai teras kasih sayang, hormat-menghormati,
bertanggungjawab dan kegembiraan akan berupaya melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah merealisasikan
masyarakat Malaysia yang sejahtera. Penekanan kepada aspek literasi dan amali
yang diintegrasikan melalui empat nilai teras dalam pendidikan sivik melalui
pengaplikasian pengetahuan dalam perhimpunan sekolah, kurikulum,
kokurikulum dan program sekolah diharap dapat membentuk perwatakan murid
supaya menjadi warganegara yang bersatu padu, bersemangat patriotik,
berintegriti serta mampu memberi sumbangan bermakna ke arah kesejahteraan
masyarakat, negara dan global. Persekitaran sekolah yang ceria akan terbentuk
apabila empat nilai teras utama tadi menjadi amalan dan budaya di sekolah.
Kata kunci: sejahtera, ceria, sahsiah, melestarikan, kasih sayang, hormat-
menghormati, bertanggungjawab, kegembiraan
Meningkatkan Kemahiran Mengeksperimen Dalam Sains Tingkatan Dua
Dengan Mengintegrasikan Technological Pedagogical Content
Knowledge (TPACK)
Improving Experimenting Skills in Form Two Science by Integrating
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK)
ELIZA ANAK JUSLI
SMK JALAN ARANG, KUCHING, SARAWAK
[email protected]
Menurut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains, kemahiran
mengeksperimen merupakan salah satu daripada 12 kemahiran proses sains yang perlu
kuasai oleh murid. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dari rumah (PDPR) selama hampir dua tahun semasa pandemik Covid-19 telah
menghadkan peluang murid melakukan eksperimen secara fizikal di makmal bersama
guru. Oleh itu, kemahiran mengeksperimen murid adalah rendah. Kajian tindakan ini
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengeksperimen murid di dalam mata
pelajaran Sains dengan menggunakan mengintegrasikan Technological Pedagogical
Content Knowledge (TPACK) melalui perkongsian video, kuiz & maklum balas segera
melalui Telegram. Penggunaan Telegram di dalam bidang pendidikan adalah semakin
popular kerana pelbagai fungsi dan ciri seperti robot undian (pollbot), robot kuiz (Quiz
Bot), robot sembang (ChatBot), toolkit dan pelbagai lagi, serta kebolehan muat naik dan
muat turun fail yang pantas. Integrasi TPACK ini adalah selaras dengan lonjakan ketujuh
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menuntut guru
untuk memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kumpulan sasaran kajian ini ialah 44 orang
murid Tingkatan 2 Edmonton di SMK Jalan Arang, Kuching, Sarawak. Keputusan ujian
pra, pasca, pemerhatian dan temubual telah menunjukkan bahawa integrasi TPCAK
berjaya meningkatkan kemahiran mengeksperimen dan perubahan sikap murid yang
positif semasa menjalankan amali Sains di makmal. Implikasi kajian adalah kepada guru
mata pelajaran sains teras dan sains elektif, di mana guru-guru boleh menggunakan
integrasi TPCAK ini untuk meningkatkan kemahiran murid menjalankan amali sains di
makmal.
Kata kunci: Kemahiran mengeksperimen; TPACK; Sains; Tingkatan Dua
IMPROVING STUDENTS’ WRITING SKILLS IN ENGLISH SPM PAPER (PART 2)
USING CON-CA-OL + CDS TECHNIQUE
Nancy anak Derious @ Darius
Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak
[email protected]
The results of this action research, which was carried out at a Fully Residential School (FRS)
in Kuching, Sarawak, have revealed two problems with English SPM writing instruction.
First, students did not understand the proper method for responding to the essay question
in Part 2, which prevented them from receiving at least 12 marks for Part 2. Through
observations in the classroom and a review of the previous exam results, these problems
were found. This report will concentrate on how the pupils responded to the researcher's
Con-Ca-Ol + CDs Technique intervention. Overall, the intervention's primary objective is to
make sure that students are aware of the correct method for responding to essay Part 2,
which will enable them to get at least 16 points in this portion. To take part in this action
research from May 2022 through August 2022, ten Form 5 pupils were chosen. Based on
their total performance since Form 4, these students are classified as weak students.
According to the results of the most recent exam, not only for Part 2 of the SPM Writing
Paper, but also for Part 1 and 3, all ten students have significantly improved. In order to
ensure that more students have the competence, knowledge, and language skills necessary
to respond to essay questions in the SPM English Paper, the researcher is hoping that this
intervention will be able to achieve that.
Keywords: writing, technique, method
PROGRAM TRANSFORMASI SAHSIAH TERPUJI
NURUL FAZLINDA / PUI MEI JIN / ZATEEL MAWAZINI ADZRINA
SMK PENRISSEN
[email protected]
Program Transformasi Sahsiah Terpuji merupakan program peningkatan sahsiah
dengan menggabungkan Program My School My Home, Top 30 SSDM, Amalan Guru
Penyayang dan Amalan 3S. Program ini bertujuan meningkatkan peratusan prestasi
sahsiah diri murid dalam SSDM, peratusan kehadiran murid ke sekolah,
mengukuhkan adab dan nilai-nilai murni dalam diri murid, mengurangkan peratusan
kes salah laku disiplin diri murid di sekolah dan meningkatkan imej sekolah dengan
murid yang bersahsiah tinggi. Murid akan diberi penghargaan hamper dan sijil bulanan
bagi yang mendapat mata merit sahsiah tertinggi dalam SSDM dan kelas yang
mempunyai kehadiran terbaik. Program ini melibatkan semua warga SMK Penrissen.
Metodologi yang digunakan adalah analisa deskriptif untuk mengkaji impak program.
Dapatan menunjukkan bahawa program ini telah berjaya meningkatkan sahsiah diri
murid sekaligus menyemarakkan semangat murid untuk datang ke sekolah. Impak
daripada program ini adalah peratus kehadiran keseluruhan meningkat daripada 88%
(Bulan April) ke 90% (Bulan September).
Kata kunci : Nilai, Sahsiah, Kehadiran, Murid
PERLAKSANAAN AMALI SAINS TAHUN 6 BERASASKAN INKUIRI
BERSTRUKTUR BAGI MEMBANTU MURID YANG LEMAH UNTUK MENCAPAI
TAHAP PENGUASAAN YANG BAIK DALAM PBD
ROSELIND UCHAU
SK ST FRANCIS XAVIER
[email protected]
ABSTRAK
Perlaksanaan amali Sains merupakan satu langkah untuk menguji pengetahuan dan
kemahiran saintifik murid. Tahap penguasaan murid Tahun 6 dalam mata pelajaran Sains
di SK St Francis Xavier adalah di peringkat sederhana. Kelemahan utama murid adalah
penguasaan kemahiran proses Sains seperti pemerhatian, membuat
inferens,,mengeksperimen dan mengawal pemboleh ubah. Panitia Sains telah bertindak
proaktif bagi membantu murid yang lemah untuk mencapai tahap penguasaan yang baik
dalam PBD dengan menjalankan amali sains berdasarkan inkuiri berstruktur. Semasa
sains amali berasaskan inkuiri berstruktur, masalah dan prosedur disediakan oleh guru
manakala proses penyelesaian dilaksanakan oleh murid. Murid memberi maklum balas
secara lisan sekiranya tidak mahir untuk merekod data berdasarkan aktiviti hands on
yang disediakan. Guru menilai murid secara pemerhatian dan lisan menggunakan
senarai semak. Hasil pemerhatian mendapati murid berminat dan bekerjasama apabila
menjalankan amali sains berdasarkan buku teks secara berkumpulan atau secara
individu. Murid Tahun 6 telah sekurang-kurangnya mencapai tahap minimum TP3 dalam
PBD Sains
Kata kunci : Inkuiri berstruktur, Kemahiran Proses Sains, Tahap Penguasaan.
CABARAN PENGINTEGRASIAN STEM DI SK SEMENGGOK
oleh
SAIFULBAHRI BIN HJ ABDUL RAHMAN
SK SEMENGGOK
ABSTRAK
Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik
murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan
mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan
STEM boleh menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan
bermakna. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau cabaran atau permasalahan yang
dihadapi oleh guru-guru di SK Semenggok dalam pelaksanaan pengintegrasian
STEM dalam subjek yang berkaitan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian
kualitatif melalui kaedah tinjauan berdasarkan soalan soal selidik soalan terbuka
menggunakan google form. Sampel kajian ini adalah seramai 30 orang yang terdiri
daripada dua orang pentadbir sekolah dan 28 orang guru. Data yang telah dikumpul,
dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis tematik. Dapatan
kajian ini mendapati terdapat lima tema utama permasalahan yang dihadapi dalam
pelaksanaan pengintegrasian STEM iaitu: (1) kekurangan pengetahuan kandungan
mata pelajaran, (2) kekurangan kemahiran mengajar STEM dalam kalangan guru (3)
kurang pembangunan dan capaian terhadap kurikulum baharu dan sumber-sumber
rujukan pengajaran dan pembelajaran bersepadu Sains dan Kejuruteraan, (4)
kekurangan masa, dan (5) kekurangan motivasi dan bimbingan. Antara cadangan
penyelesaian masalah yang dikemukakan ialah penganjuran latihan professional
berterusan, bimbingan oleh pakar professional dalam bidang STEM, melibatkan
kolaborasi pelbagai pihak dalam menjayakan pelaksanaan pendidikan STEM dan
mempromosi pendidikan STEM bersepadu dengan lebih luas. Berdasarkan dapatan
kajian ini, dapatlah dirumuskan bahawa masih terdapat permasalahan dalam
pelaksanaan pengintegrasian STEM di SK Semenggok. Justeru itu, permasalahan ini
perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi menjamin kejayaan dalam pelaksanaan
dasar 60:40 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekiranya permasalahan ini
tidak dapat diselesaikan kemungkinan ia boleh merencatkan matlamat KPM untuk
menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran STEM untuk
kekal berdaya saing serta dinamik di peringkat global.
Kata Kunci
Pendidikan STEM .sekolah rendah, cabaran, masalah.
PENGGUNAAN E-SIRIENG DALAM PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN DATA
SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN SEKOLAH
DAN KEMENJADIAN MURID
TAN CHIN YING
SK ST FRANCIS XAVIER, SERATAU
[email protected]
Pengurusan data sekolah khasnya di bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum antara perkara utama dalam mengurus organisasi. Pengurusan data
yang baik dan sistematik dapat memastikan semua program dan aktiviti sekolah
dipantau secara berkesan oleh pihak pentadbir. Selain itu, pengurusan data yang
bijak dapat mengurangkan bebanan atau tekanan kepada guru. Sistem perekodan
data menggunakan fail sebelum ini adalah bersifat individu dan sukar untuk pihak
pentadbir melaksanakan pemantauan serta mengakses data yang diperlukan pada
setiap masa. Sistem e-Sirieng yang bermaksud menilik dalam Bahasa Bidayuh
Biatah telah dihasilkan bagi mengatasi masalah perekodan dan pengumpulan data
di sekolah. Melalui Sistem ini, guru-guru boleh mengunci semua data berkaitan
pencapaian murid dalam tiga bidang utama secara dalam talian pada dashboard
sekolah. Sesi verifikasi data dilaksanakan di peringkat sekolah bagi memastikan
data yang terkandung dalam sistem ini adalah tepat dan sahih. Setelah sistem e-
Sirieng dilaksanakan, pemantauan dan pengurusan data sekolah telah menjadi lebih
berkesan dan sistematik.
Kata Kunci: Pengurusan data, Pemantauan , Kesahihan data
MUTIARA KIM CHOO SENG
Oleh:
Tay Kui Choo
SJK Chung Hua Kim Choo Seng
[email protected]
Program Mutiara Kim Choo Seng dilaksanakan selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Program ini merupakan suatu
penambahbaikan dan pemantapan kepada program-program kecemerlangan sekolah
sebelum itu dan menjadikan maskot Mutiara sekolah sebagai teras ideologi kemajuan.
Inisiatif sekolah tersebut dilaksanakan secara berterusan dan berfokus kepada
sasaran utama peningkatan kemenjadian murid dalam akademik, kokurikulum dan
sahsiah murid secara terancang dan konsistan, seterusnya meningkatkan kualiti
sekolah dengan pengurusan dan kepimpinan sekolah yang berkualiti serta warga
sekolah, ibu bapa dan komuniti yang komited, berdasarkan standard dan instrumen
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Kualiti@ Sekolah (SKPM Kualiti @ Sekolah)
sebagai panduan pelaksanaan dan pengukuran kualiti semua aspek tugas di sekolah
secara sistematik. Melalui program ini, murid-murid telah diberi peluang
memperkembangkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran serta potensi diri dan
amalan nilai mereka secara holistik untuk membentuk satu budaya sekolah yang
positif.
Kata Kunci : Program Mutiara, kemenjadian murid, kualiti sekolah, SKPM Kualiti @
Sekolah, budaya sekolah