The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Co-Claps, 2022-11-25 02:56:12

ABSTRAK BILIK SEMINAR 30NOV2022

ABSTRAK

KEBERKESANAN TEKNIK "SKOP" DALAM
KEMAHIRAN MENULIS AYAT

KETUA: BONG CHEE SOON
AHLI-AHLI: TAN WEI LIN, CHEN PEI LING, VONG PAK SHEK, CHIN JIN SIEW

SJK CHUNG HUA BATU 4 1⁄2, PADAWAN
[email protected]

Kajian tindakan ini memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran membina
ayat. Fokuskajian ini meneliti keberkesanan penggunaan teknik "SKOP" dalam
menulis ayat terhadap muridTahun 3. Sebanyak 5 orang responden yang lemah
pembelajaran Tahun 3 Entrepreneur daripadaSJK Chung Hua Batu 4 1/2, Padawan
telah terlibat dalam kajian ini. Teknik "SKOP" merupakan singkatan bagi asas susunan
bahasa Melayu iaitu subjek, kata kerja, objek dan peluasan. Tinjauanawal mendapati
murid-murid lemah dalam membina ayat berdasarkan ujian diagnostik
danpemerhatian. Justeru itu, teknik “SKOP” telah digunakan untuk membantu murid
menghadapi masalah tersebut. Kajian ini telah menggunakan dua jenis instrumen
pengumpulan data iaitu ujiandan pemerhatian. Dapatan kajian ini menunjukkan
terdapat peningkatan dalam kemahiran membina ayat. Tahap kemahiran membina
ayat kumpulan sasaran telah meningkat daripada lemah kepada sederhana. Implikasi
kajian ini memberikan murid dan guru ruang menggunakan Teknik yang lebih
berkesan bagi mencapai objektif yang diingini.

Kata kunci: teknik "SKOP", subjek, kata kerja, objek, peluasan

MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN PENGUASAAN KEMAHIRAN TATABAHASA
YANG MELIBATKAN PENJODOH BILANGAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN 6

MELALUI KAEDAH PROJEK

Oleh

Cheng Pei Chen

SJK Chung Hua Sejijak,
93250 Kuching, Sarawak.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah projek
dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan kemahiran sistem bahasa murid
tahun 6 terhadap penjodoh bilangan yang terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu
Tahun 6. Seramai 10 orang murid telah terlibat sepanjang kajian ini dilaksanakan.
Kajian ini turut melibatkan 15 orang murid tahun 6 sebagai subjek tinjauan masalah .
Instrumen yang digunakan sebagai kajian ialah pemerhatian, temubual, ujian pra dan
ujian pos. Pencapaian murid dalam ujian pra didapati berada pada tahap yang rendah
iaitu di antara 10% -40% sahaja. Selepas penggunaan kaedah projek , murid-murid
tersebut telah mencapai skor 60% hingga 90 % dalam ujian pos. Hasil dapatan kajian
ini telah menunjukkan penggunaan kaedah projek dalam pengajaran tajuk ini mampu
meningkatkan tahap kefahaman , daya ingatan, menjana minda murid terhadap
penjodoh bilangan yang dipelajari serta dapat menguasai kemahiran dalam pertuturan
dan penulisan Bahasa Melayu lebih berkesan. Kajian ini diharap dapat membantu
meningkatkan kefahaman murid terhadap tajuk yang lain dalam sistem Bahasa Melayu.

Kata kunci : penjodoh bilangan, kaedah projek, Bahasa Melayu, meningkatkan
kefahaman, pertuturan dan penulisan,

IMPROVING VOCABULARY ACQUISITION THROUGH WORD DETECTIVE
STRATEGY: AN ACTION RESEARCH

Dayang Nur Salda Dharfifi Binti Awang Salleh SMK Sri Matang,
Padawan

ABSTRACT

Pupils’ interest in learning English as their second language is notably low. As
observed, their low comprehension level of the language is one of the
demotivating factors. One of the factors leading to this is their lack of vocabulary.
This study is aimed to improve my teaching practice by using Word Detective
Strategy in improving Form 2 pupils’ vocabulary learning and also to help 40 pupils
in Form 2 to improve their vocabulary learning in second language classroom. For
the purpose of this study, 40 pupils were taught using Word Detective Strategy
during their vocabulary lesson. Data were collected through protest/post-test and
interview sessions. Pertest and post-test were administered prior and after the
lessons. 20 pupils were chosen to answer the interview questions verbally. The
cycle took one month for the whole process to be completed. The findings show
that Word Detective Strategy has successfully help pupils in improving their
vocabulary learning. 29 pupils manage to increase their posttest scores after
learning vocabulary through Word Detective Strategy. 12 pupils stated their
preference over Word Detective Strategy compared to other strategies due to the
unneccessity of equipment and quicker time to get answers. It can be concluded
that Word Detective Strategy should be a practice in vocabulary learning in order
to increase pupils’ comprehension level in their English learning process.

Keywords: Word Detective Strategy, vocabulary learning, vocabulary
mastery, second language learner

PENGUASAAN KATA ADJEKTIF JENIS UKURAN DAN CARA MELALUI
TEKNIK “PERMAINAN KERETA API”

Oleh:
Ily Sofianny Anak Nosin
SK ST GEORGE PUNAU
[email protected]

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif jenis
ukuran dan cara dalam melengkapkan ayat melalui teknik “Permainan Kereta Api”.
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 6 orang murid tahun 3A SK George,
Punau iaitu tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini ialah set soalan ujian pra dan ujian pasca, analisis dokumen serta
borang senarai semak pemerhatian. Keadah intervensi yang digunakan ialah
menjawab soalan pada lembaran kerja dengan berpandukan bahan bantu
mengajar yang disediakan pada setiap stesen “Permainan Kereta Api”. Data
dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus dan min. Tinjauan sebelum
intervensi dijalankan mendapati bahawa murid lemah dalam penguasaan kata
adjektif dan menunjukkan sikap kurang minat untuk dalam mempelajari kata
adjektif. Setelah intervensi dijalankan, hasil dapatan kajian menunjukkan
peningkatan skor min daripada 37.33% kepada 79.33%. Impaknya, intervensi yang
dilakukan melalui pembelajaran stesen “Permainan Kereta Api” amat
memberangsangkan. Tahap penguasaan kata adjektif jenis ukuran dan cara bagi
murid kumpulan sasaran kajian menunjukkan peningkatan bahkan mempamerkan
perubahan tingkahlaku ke arah yang positif. Implikasinya, guru perlulah kreatif
dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran untuk menarik penglibatan
murid dalam sesi pengajaran yang disampaikan.

Kata kunci: kata adjektif, Permainan Kereta Api, penguasaan, minat

Penguasaan Kemahiran Membaca Murid-Murid Pemulihan Khas di Sekolah
Kebangsaan Kambug, Ulu Padawan

1Jassica Adelina Jagig
2Salinah Jaafar

3Mardian Shah Omar
4Winnie Jagig

5Adzmuri Kwang

Sekolah Kebangsaan Kambug, Ulu Padawan, D/A Pejabat Pendidikan Daerah
Padawan, Lorong 17, Off Jalan Kapor, Sungai Maong Hilir, 93150 Kuching,
Sarawak.
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, penguasaan kemahiran
membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan sekolah rendah berbangsa Bidayuh di
Ulu Padawan menurun dan sebahagiannya pula statik. Sehubungan itu, objektif kajian
ini adalah untuk memerinci faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran membaca
bahasa Melayu dan merancang kaedah pengajaran yang sesuai untuk murid-murid
tersebut. Kajian kes berbentuk deskriptif digunakan untuk mengumpul data
perkembangan dan pencapaian murid-murid pemulihan menerusi kaedah lapangan dan
kaedah kepustakaan. Pengumpulan data ini dilakukan semasa perlaksanaan aktiviti-
aktiviti Literacy and Numeracy Screening (LINUS) atau dikenali sebagai Saringan Literasi
dan Numerasi, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta temu bual bersama para
peserta kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa seramai 16 orang murid pemulihan
sekolah rendah Tahap 1 menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca
berkaitan dengan aspek linguistik yang melibatkan fonologi, morfologi dan juga sintaksis.
Tahap penguasaan yang dipengaruhi oleh faktor intrinsik dan ekstrinsik tersebut
ditangani menerusi pengaplikasian kaedah VAKT yang berupaya meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca murid-murid pemulihan ke peringkat yang maksimum.
Keunggulan kaedah VAKT ialah murid-murid diajar menggunakan deria-deria
penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan. Justeru itu, pembinaan bahan
inovasi yang menarik dan praktikal diperlukan dalam usaha menarik minat murid-murid
pemulihan untuk melibatkan diri secara aktif seperti murid-murid di aliran perdana
semasa belajar di bilik darjah.

Kata kunci: kemahiran membaca, murid-murid pemulihan, faktor intrinsik, faktor
ekstrinsik, kaedah VAKT

KAEDAH KOTAK PANDORA: MENINGKATKAN KEMAMPUAN MURID
TINGKATAN 5 UNTUK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A KERTAS

SATU BAHAGIAN A.

Mohamad Faizal b Meraji
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Matang, Padawan, Kuching, Sarawak

Abstrak

Kajian ini bertindak untuk meningkatkan kemampuan murid-murid tingkatan 5 untuk
menulis Karangan Bahan Rangsangan iaitu soalan Bahagian A dalam kertas satu
bahasa Melayu (1103/1) format baharu. Pada tahun 2021 format baharu Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) telah diperkenalkan dan telah dilaksanakan untuk calon-calon SPM
sesi 2021. Bagi calon SPM 2022 mereka akan menduduki SPM format baharu
mengikut takwim yang akan ditetapkan. Hal ini menjadi masalah utama kepada murid-
murid kohort kedua jika mereka tidak difahami bentuk - bentuk soalan yang ditanya.
Objektif kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid-murid untuk
merungkai tema persoalan yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk teks, grafik,
animasi, dan sebagainya. Disamping itu, kajian ini berobjektifkan untuk meningkatkan
kemampuan murid-murid untuk mencari kata kunci soalan atau fokus soalan yang
tidak dinyatakan secara langsung di dalam soalan yang digubal. Kajian ini bertindak
untuk meningkatkan kemampuan murid-murid tingkatan 5 untuk menulis Karangan
Bahan Rangsangan iaitu soalan Bahagian A dalam kertas satu bahasa Melayu
(1103/1) format baharu. Pada tahun 2021 format baharu Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) telah diperkenalkan dan telah dilaksanakan untuk calon-calon SPM sesi 2021.
Bagi calon SPM 2022 mereka akan menduduki SPM format baharu mengikut takwim
yang akan ditetapkan. Hal ini menjadi masalah utama kepada murid murid kohort
kedua jika mereka tidak difahami bentuk - bentuk soalan yang ditanya. Objektif kajian
ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid-murid untuk merungkai tema
persoalan yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk teks, grafik, animasi, dan
sebagainya. Disamping itu, kajian ini berobjektifkan untuk meningkatkan kemampuan
murid-murid untuk mencari kata kunci soalan atau fokus soalan yang tidak dinyatakan
secara langsung di dalam soalan yang digubal.

Kata Kunci: kotak, pandora, karangan bahan rangsangan, spm

IMPROVING THE WRITING PERFORMANCE OF FORM 4 ELEKTRON
STUDENTS THROUGH PADLET

Semry Anak Semtin
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Arang

93250 Kuching Sarawak

[email protected]

Abstract

Teaching and learning English as a Second Language such as in Malaysia requires
the students to learn four skills: Reading, Speaking, Writing, and Listening. From
among these skills, writing tends to become the most difficult skill to be mastered by
the students. This is because the students seemed lacking in ideas and vocabulary to
write their essays. This study investigated the use of Padlet as an interactive online
learning platform to improve the writing performance of Form 4 Elektron students at
SMK Jalan Arang. Using Padlet, the students were able to exchange ideas and
develop confidence to write as they get inspired by their friends’ thoughts. Padlet has
changed the traditional method of teaching from teacher-centred to student-centred.
The research involved a group of 22 students who were tested on guided writing. This
study was conducted for three weeks after the first semester examination as the pre-
test. They received an intensive training and writing exercises using Padlet. The post-
test results that the students obtained were compared to the pre-test results. The
students’ proficiency levels in English language are assessed based on the Common
European Framework of Reference (CEFR) system. The post-test data shows some
improvements in the students’ writing proficiency, as all the students managed to
achieve a proficiency range of A2-B1. In a nutshell, the findings showed that Padlet
was very effective in improving the students’ writing performance.

Keywords: Padlet, writing, English as a Second Language

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN2 (MASALAH MEMBACA)
SIM YANG LUAN CHONG FUI JING, LAI MOI LAN, BONG

CHEE KHAI, TIONG CHUNG LING
YCC1315 SJK CHUNG HUA SUNGAI LUBAK

Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan kemahiran membaca dalam aspek suku kata
terbukadengan sebutan dan intonasi yang betul bagi murid sasaran. Hasil tinjauan awal
mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca suku kata terbuka dengan
sebutanyangbetul. Murid tersebut tidak dapat memberikan tumpuan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid juga bersikap sambil lewa dan kurang
melibatkan diri semasa sesi PdPmerupakan salah satu faktor murid tidak dapat membaca
suku kata terbuka. Objektif kajiankami ialah meningkatkan kemahiran murid dalam aspek
mengeja, menyebut dan membatangkansukukata terbuka dalam keadaan yang
menyeronokkan dan bermakna menggunakan pendekatanbelajar sambil bermain seperti
menggunakan BBM yang menarik yang dapat memupukminat murid untuk belajar. Guru
telah berusaha menghasilkan pelbagai BBMyang berwarna-warni dan menarik untuk
menjayakan Program Celik Suku Kata Terbuka. Dapatan kajianbagi mengenal pasti kaedah
untuk mengatasi masalah membaca yang dihadapi oleh murid-muridtahun 2 Merah.
Seramai 4 orang murid tahun 2 Merah terlibat sebagai responden dalamkajianini. Guru telah
menjalankan satu sesi program intervensi dalam tempoh masa lebih kurang2bulan di mana
murid diberi peluang untuk mempelajari kemahiran membaca suku kata melalui Program
Celik Suku Kata yang dilaksanakan sebanyak 3 kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu
dan Jumaat dari pukul 0645 hingga 0710 pagi. Penguasaan kemahiran ini adalahsangat
penting untuk membantu murid membaca dengan lebih lancar. Aktiviti yang
berbentukBelajarSambil Bermain yang menggunakan dadu suku kata, roda pintar suku kata
terbuka, kotakmisteri dan kad imbasan diberikan oleh murid bagi memudahkan mereka
untuk menguasai sukukataterbuka. Selepas beberapa minggu berlangsungnya kajian ini,
murid telah menunjukkanpeningkatan dari aspek membaca suku kata terbuka. Melalui
kajian ini, murid lebih berminat untuk belajar dan dapat menguasai suku kata terbuka secara
ansur maju.

Kata kunci: membaca suku kata terbuka


Click to View FlipBook Version