Kisah
RUSA
Ditipu Serigala
Di tengah hutan tinggal seekor rusa dan
seekor monyet. Mereka bersahabat baik
dan saling bantu membantu di saat
menghadapi masalah di hutan dan
sentiasa meluangkan masa bersama
dengan bersiar-siar dalam hutan.
Sikap rusa yang sentiasa suka
makan telah menjadikan rusa
gemuk dan suka mengembara
di hutan tanpa khawatir
tentang apapun di dunia ini.
1
Pada suatu senja, ketika rusa sedang
berkeliaran di tengah hutan seekor
serigala kebetulan melihat rusa yang
gemuk itu.
l au“szmmaWeakuprtauid.aghaTndaheailhirtatnn,uuaisgi2hpstbaeuiaiodm.tmblaue“aubnDhkgegialnhamagby?inmeiaenKnryagragfanuiteeknasanmigarays.pstakeuuaurnk,nig”gmgkrakauaalatashntaua
“Ah, aku dah dapat idea, sebagai permulaan aku harus berpura-
pura baik dan menjadi sahabatnya, dan akan mencuba untuk
memperoleh kepercayaannya” kata serigala sambil senyum sinis.
Serigala berfikir tentang hal ini lalu kemudian pergi ke rusa
tersebut.
“Hi” katanya, “apa khabar rusa?”
“kamu ini siapa?” tanya rusa itu.
“Oh, aku adalah
seekor serigala dan saya tinggal sendirian di
hujung hutan ini. Aku sentiasa berkeliaran kesorangan di hutan
ini, aku tidak mempunyai kawan tetapi setelah aku berjumpa
dengan kamu, aku ingin menjadikan kamu sebagai temanku
dan akan melakukan apapun yang kamu inginkan untuk
membuatkan kamu bahagia, kerana aku sentiasa kesunyian
tanpa teman,” jawab serigala dengan kesian. “Wah, baiklah
mulai hari ini kita akan menjadi sahabat, kamu tidak akan
kesunyian lagi wahai serigala,” kata rusa.
3
“haha, rusa telah masuk perangkapku” serigala berbisik dalam
hati.
Kemudian, ketika matahari mula terbenam, rusa bersama-sama
dengan serigala pulang ke rumah rusa. Sahabat rusa iaitu si
monyet hidup berdekatan di sebuah pohon.
Ketika monyet melihat serigala, dia berseru, “ Wahai rusa
temanku, siapa dia pertama kali aku melihat dia bersamamu?”
“Ini adalah seekor serigala. Dia ingin menjadi teman kita. Kerana
itu, aku mengajaknya ikut pulang bersamaku,” jawab rusa.
“Kamu betul-betul yakin ke dengan si serigala ini, dah cukup
bijak ke untuk berkawan begitu cepat dengan seseorang yang
kamu tidak mengenalinya?” kata monyet.
4
Bagaimana kamu boleh menuduh
kawanku serigala sedangkan kamu
tidak tahu tentang keluarganya
ataaupun perangainya? Jangan
tuduh kawanku, dia memang
seorang yang baik hati dan boleh
jadi sahabat sejati kita.
5
“Monyet” teriak serigala dengan marah. “Waktu kamu pertama
kali jumpa rusa, kamu dah tahu ke perangai sebenarnya dan
kelakuannya? Kalau begitu, bagaimana kalian boleh menjadi
sahabat?
“Sudah, tolong jangan gaduh lagi”kata rusa. “Marilah kita
semua jadi kawan bukannya lawan, kamu hanya boleh tahu
seorang kawan dari seorang musuh setelah mengenalinya
kelakuannya.”
“Okay, kalau begitu,” kata monyet. “Terpulang ikut kamu.”
Dan kemudian mereka pun hidup bersama sebagai sahabat.
Waktupun berlalu.
6
Pada suatu hari, serigala mengajak rusa
untuk bersiar lalu berbisik, “Wahai sahabat,
di hutan sebelah ada satu ladang yang
penuh dengan jagung. Aku akan membawa
kamu ke sana dan kita boleh makan puas.”
7
Serigala itu membawa rusa dan menujukkan ladang itu.
Semenjak itu, rusa selalu ke ladang itu dan makan puas.
Dalam tidak sedar, pemilik ladang sedar yang seseorang
sedang makan jagungnya, dia kemudian memasang
sebuah perangkap dan akhirnya rusa tertangkap.
“Aduh! Aku perlukan bantuan dari kawan-kawanku.
Mereka pasti akan selamatkanku dari perangkap ini”, fikir
rusa.
Sementara itu, serigala sampai disana dan berfikir,”Inilah
masa yang aku tunggu. Kalau dia dibunuh oleh pemilik
ladang ini, dagingnya akan menjadi makananku.”
“Oh, kawan, tolong aku. Tolong selamatkan aku dari
perangkap ini, kamu sahaja yang mampu tolong aku
sekarang dari pemilik ini.
8
“Tapi teman,”kata serigala,”jerat ini dibuat dari tali yang
tebal, aku tidak mampu untuk gigit, tetapi aku akan minta
bantuan dari haiwan lain untuk menyelamatkan kamu.”
Rusa pun menunggu serigala tetapi serigala tidak kembali.
Rusa kecewa dengan serigala yang dianggap kawan selama
ini.
9
Matahari mula terbenam dan rusa masih belum balik, monyet
mulai risau. Dia terus pergi mencari rusa sehingga ke ladang
jagung itu.
Sejurus sampai disitu, dia melihat rusa yang terperangkap dalam
jerat itu.
“Apa yang terjadi kepada kamu rusa? Kata monyet dengan
suara yang sebak.
“Inilah yang terjadi jika seseorang tidak mendengar
nasihat”,jawab rusa.
Lalu dia menceritakan kepada monyet bagaimana serigala
menunjukkan ladang jagung untuk menangkap dia.
10
“Di mana penjahat itu?” Tanya monyet dengan marah.
“Dia sedang bersembunyi di sekitar sini, sambil menunggu
kesempatan untuk membunuh saya untuk dimakan”. Jawab
rusa.
“Aku dah pesan kamu untuk tidak pernah mempercayai orang
asing, tetapi kamu tidak mendengar”, kata monyet
Monyet kemudian memutuskan untuk tinggal, menemani
temannya.
11
Pada pagi hari, petani kembali dengan sepotong kayu di
tangannya.
Begitu monyet melihat dia datang, dia berkata kepada rusa,
“Cepat! Lakukan seperti yang saya katakan! Berbaringlah tanpa
bergerak seakan-akan kamu sudah mati. Kalau aku memberi
isyarat dengan bersuara, meloncatlah dan terus lari untuk
keselamatkan dirimu”.
Maka rusa pun b
erbaring tanpa
bergerak di tanah seolah-olah dia
sudah mati.
12
Apabila petani sudah berada dekat dengan rusa, dengan muka yang
teruja dia berkata, “Bagus, rusa ini sudah mati!”
Kemudian petani membebaskan dia dan mengambil jerat itu. Pada
saat yang sama, monyet memberi tanda kepada rusa yang kemudian
meloncat dan lari secepat mungkin.
Petani terkejut, lalu terus melempar kayunya ke rusa tetapi
lemparan kayu tersebut tidak kena pada rusa
melainkanterkena pada badani serigala yang sedang
bersembunyi dekat sana. Akibat terkena lemparan kayu
tersebut, serigala itu jerit kesakitan dan mati.
Rusa menyedari bahawa lebih baik memiliki satu musuh yang
jelas daripada teman yang tikam dari belakang.
13
TAMAT!
14
Pesanan moral :
Melalui kisah si rusa dan serigala ini, kita haruslah berhati-hati
memilih rakan dan jangan mudah percaya kata-kata dari orang
yang baru sahaja kita kenal. Kita perlu mendengar nasihat
kawan-kawan supaya tidak menjadi mangsa keadaan seperti si
rusa yang enggan mendengar nasihat monyet dan akhirnya
terpedaya dengan serigala.
15