The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SKSL, 2021-06-25 10:01:25

Komik Geng 1Klik 2015

Komik Geng Klik 2015

Redaksi Cetakan Pertama 2015

Hak Cipta Terpelihara

Jabatan Penerangan Malaysia, 2015

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
penerbit.

Diterbitkan di Malaysia oleh:

Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 12, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia

No. 49, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62100 Putrajaya.

Penaung
YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman

Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia

Ketua Pengarang
Masnoor Ashaari

Penyunting
Wan Norhana Mohamad

Penulis
ZaÀrah Najmi Abd Rahman
(Bahagian Penerbitan Dasar Negara)

Pelukis
Nozaiman bin Noor Rosni
(Bahagian Komunikasi Visual dan

Seni Reka)

Dicetak oleh
Perpatih Printers Sdn. Bhd.

Dari Meja Ketua Pengarang
(Komik Geng 1Klik)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bertemu sekali lagi dalam edisi terbaharu Komik Geng 1Klik, keluaran
2015 yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa’. Tema ini dipilih bersempena sambutan Hari
Kebangsaan negara pada tahun 2015 yang mengangkat tema ‘#sehatisejiwa’.
Sehati Sejiwa sangat sesuai bagi menggambarkan semangat perpaduan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum, namun hidup harmoni tanpa perbalahan di Malaysia.
Komik Geng 1Klik keluaran ini menerapkan ciri-ciri positif yang perlu ada dalam
kalangan masyarakat, terutamanya sikap tolong-menolong antara satu sama lain dan
semangat ‘Sehati Sejiwa’ terutama ketika ditimpa musibah.

Penerbitan komik Geng 1Klik pada tahun ini turut menyelitkan agenda-agenda
Kerajaan seperti pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) dan intipati Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) namun ia
disampaikan dalam bentuk santai. Gaya penulisan berbentuk animasi ini diharap
dapat mendekati golongan muda dan seterusnya menyokong usaha Jabatan
Penerangan Malaysia dalam memberi penerangan dan memasarkan dasar-dasar
Kerajaan.

Akhir kata, saya berharap agar masyarakat menerima bahan-bahan penerbitan
Jabatan Penerangan Malaysia sebagai bahan bacaan yang bermutu, khususnya
komik Geng 1Klik ini walaupun generasi muda pada zaman kini dilihat lebih meminati
media sosial berbanding media konvensional seumpama ini. Kami berjanji akan terus
berusaha menerbitkan bahan-bahan bacaan berkualiti seterusnya membantu
memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda. Terima kasih kerana
memilih Komik Geng 1Klik ini.

Salam harmoni daripada saya,

Masnoor Ashaari

Alif dan Aizat merupakan dua adik-beradik yang mempunyai hobi, kegemaran dan
boleh dikatakan mempunyai perangai yang hampir sama. Mereka sememangnya
rapat sejak kecil.
Ke mana sahaja berdua. bersekolah juga di sekolah yang sama.
Ibu bapa Alif dan Aizat memang sedia maklum dengan perangai
kedua-dua anak mereka. Kedua-dua adik-beradik itu sering
di’cop’ SEHATI SEJIWA kerana sukar dilihat bergaduh atau
berbeza pendapat.

Di Universiti, Alif dan Aizat menyertai Persatuan Bulan
Sabit Merah kerana kedua-duanya meminati bidang
perubatan dan kesukarelawanan.

mereka juga berjaya
memasuki Universiti yang
sama.

teruknya
kesan banjir kali

ni...banyak harta
benda yang
musnah.

apa
yang kamu
tengok tu haziq?
tekun sungguh.

ish..ish..
sampai macam ni
sekali kesannya...

kita kena buat
sesuatu ni
haris.

ni
ha...banjir di
pantai timur.
sampaikan rumah
pun di hanyutkan
sekali. kesian

betul la...

itulah yang
aku tengah

fikirkan..

apa betul juga
kata kita tu...esok juga kita
cadangkan pada bentangkan cadangan
persatuan supaya ni..sedih betul aku
adakan misi bantuan ke
sana...sekurang-kurang- kenangkan nasib
nya kita dapat manfaatkan mangsa banjir
apa yang kita pelajari ni.
selama ini untuk
berbakti.

kita
kena beritahu
ayah dan ibu juga

nanti..

tak
boleh...ibu tak
benarkan kamu
berdua ke sana..

awak ni...kan
bagus mereka nak
jadi sukarelawan
bagi membantu mangsa

banjir tu..awak
sepatutnya berbangga

dengan anak kita ni.

saya takut pada waktu
nanti terjadi sekarang ni la
apa-apa pada anak
kita ni nanti...lagipun mereka amat
banjir di sana tu perlukan bantuan...lagi
belum surut lagi... pun ini masanya kami nak

praktikkan apa yang
kami belajar sebelum

ni ibu...

emm..kalau itu tapi...janji
yang kamu dengan ibu yang
kamu berdua mesti
hasratkan... ibu
izinkan kamu berdua jaga diri.

ke sana. terima kasih
ibu...

bermulalah perjalanan
misi sukarelawan mereka

Hari yang ditunggu telah tiba. Di universiti itu kelihatan banyak
barangan bantuan seperti pakaian, bekalan makanan, air
minuman, keperluan bayi, dan bekalan perubatan telah
dikumpulkan di dalam sebuah lori yang besar

perjalanan ke kelantan diharungi dengan keadaan yang masih
hujan lebat...mereka berdoa agar selamat tiba ke sana.

setelah berjam-jam dalam perjalanan akhirnya
mereka tiba di sebuah penempatan mangsa banjir.

alif dan aizat tidak membuang pelbagai rintangan turut dihadapi sepanjang
masa sebaik tiba...mereka segera hari tersebut...
memulakan tugas sukarelawan
dengan penuh semangat.

mereka turut menyertai misi menyelamatkan
mangsa yang terperangkap di tengah banjir...

sehinggalah pada satu ketika... din...
saya ikut!!
alif, aizat...
kami perlukan salah
seorang dari kamu
untuk satu misi khas...

ada satu keluarga
terperangkap di
kampung galas..

hah?
aku pun nak
ikut juga...

takpe alif......kau
uruskan mangsa

lain itu dulu...

empat jam berlalu...aizat masih belum pulang dari
misi...hujan lebat beserta kilat sabung menyabung
terus melanda kawasan tersebut.

emm..
baiklah...

alif tetap meneruskan kerja bantuan walaupun
hatinya tidak tenteram memikirkan abangnya aizat..

apasal lama
sangat mereka pergi
ni? harap semuanya

selamat.

sehinggakan alif terjatuhkan
kotak barangan bantuan...

alif...kami baru bot misi
terima panggilan kumpulan aizat

tadi... terbalik...

panggilan ya allah..
apa? kau selamatkanlah

apa?!! abangku...

yang lain dapat
diselamatkan kecuali

abang kamu aizat...
pasukan penyelamat

masih berusaha
mencari dia
sekarang ni.

sabarlah alif..
kami akan kerahkan
anggota yang lain untuk
sertai misi mencari.

aku yakin kau
selamat, aizat...

alif turut menyertai misi mencari...dia yakin aizat
masih selamat...

di
mana kau

aizat..?

meskipun hujan lebat serta banjir yang tidak
surut...alif dan rakannya tetap berusaha men-
cari aizat.

aizat!!!

berkat kesabaran dan usaha yang gigih, mereka
akhirnya menemui aizat yang tersangkut pada
dahan pokok dari dihanyutkan banjir.

aizat seterusnya diselamatkan dan dihantar ke
hospital. alif segera menelefon ibu bapanya
bagi memaklumkan berita tersebut.

alhamdulillah
ibu..keadaan

aizat tak berapa
teruk...

ayah bangga dengan ibu pun syukur sangat
kamu berdua..sanggup kamu berdua selamat...

berkorban untuk
menolong orang lain...

rakan-rakan di dalam lepas ni jangan pula
misi menyelamat turut serik nak sertai misi

berbangga dengan macam ni lagi ye...
sikap dua adik beradik

itu.

eh, tidak la...
lagi bersemangat

ada la...

Sememangnya aizat dan Alif sangat “Sehati Sejiwa” kerana walaupun dilanda musibah,
mereka tetap menyokong antara satu sama lain dan berpegang pada prinsip “Bersatu
Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”.

penulis : zafirah
pelukis : zayman

ben,
awak pernah tak

dengar pasal
MYFEST 2015? Seronok

pula baca senarai
program yang

dirancang sepanjang
MYFEST 2015.

MYFEST 2015?
Apa tu haris?

MYFEST 2015 ialah
kempen ‘Malaysia Year

Festival’, bertujuan
menonjolkan kepelbagaian

budaya Malaysia kepada
pelancong. Jadi macam-
macamlah program yang

dianjurkan Kerajaan
pada tahun 2015!

Wah, menariknya.
Iyelah, rakyat

Malaysia ini kan
berbilang kaum. Jadi
banyaklah kebudayaannya
kan! Itulah keunikan

Malaysia.

penulis : zafirah
pelukis : zayman

Syamsul,
kau tahu tak
pasal GST? Sana

sini orang
bercakap pasal

GST.

Aku Maksud kau?
tidaklah
pandai sangat,
tapi asas GST itu
aku faham serba
sikit. Kita jangan
tertipu dan

ditipu.

Kita
kena jadi pengguna
bijak Syamsul. Ambil tahu
pasal GST. tidak semua barang
atau perkhidmatan yang
dikenakan cukai. Kalau tak tahu,
senanglah kita ditipu oleh
peniaga yang tidak

berhemah.

betul
tu...

INFO 1KLIK

MYFEST 2015

Perdana Menteri Malaysia telah
mengumumkan pelaksanaan Malaysia
Year of Festivals (MyFEST) pada tahun 2015
semasa membentangkan Bajet 2015.

Kempen ini akan terus meningkatkan
industri pelancongan dan mengekalkan
Malaysia sebagai destinasi utama
pelancong.

Ia bagi mencapai sasaran penerimaan
pelancong seramai 29.4 juta dan
memperoleh pendapatan pelancongan
sebanyak RM89 bilion.

Kempen ini bertujuan untuk menonjolkan
dan meraikan kepelbagaian budaya dan
perayaan yang terdapat di Malaysia
sebagai tarikan kepada pelancong.

Bertemakan "Endless Celebrations",
pelbagai program diaturkan untuk
sepanjang tahun seperti festival budaya,
membeli-belah secara ekstravaganza,
acara antarabangsa yang menyeronokkan,
acara eko-pelancongan, kesenian,
persembahan muzik, promosi makanan
dan pelbagai acara bertema.

INFO 1KLIK

Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dibentangkan di Parlimen pada
21 Mei 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.

RMK-11 merupakan langkah transformasi terakhir dalam menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020.

Tema RMK-11ialah Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

RMK-11 akan mengukuhkan daya tahan ekonomi makro untuk
meningkatkan pertumbuhan.

RMK-11 mempunyai enam teras strategi iaitu;

memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama.
meningkatkan kesejahteraan rakyat.
meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju.
msaeinnguj.ukearahpertumbuhanhijaubagimeningkatkankemampanan dan daya
memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.
merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran.

KOMIK GENG 1KLIK 2015.indd 17 8/18/15 2:57:18 PM

penulis : zafirah Apa yang
pelukis : zayman dirunsingkan tu
Liza? Dari tadi saya
SST, GST.. perhatikan awak...
Ish keliru pulak

saya.

Ni ha
Maria, saya bandingkan
antara SST dan GST. SST itu
sistem cukai lama, manakala GST
cukai baharu yang dikuat
kuasakan pada 1 April 2015

di Malaysia

Betul tu Liza. GST
merupakan langkah
penyusunan semula sistem
percukaian negara. Ia hapuskan
elemen cukai berganda yang ada
dalam SST sebelum ini.

Apa
yang dibaca
tu Mior? bukan
main khusyuk
Maksu tengok.

Innalillah....

penulis : zafirah
pelukis : zayman

Ini ha
Maksu, kisah kemalangan
ngeri yang meragut nyawa
sekelip mata. Takut membacanya
Maksu. Fobia pulak saya nak
tunggang motosikal..

Ooohh.. Itu kisahnya.
Memanglah ajal itu
ketentuan Tuhan kan, tapi
pengguna jalan raya perlulah
berhati-hati ketika memandu atau
menunggang motosikal..

Betul tak?

Betul
Maksu, kata pepatah
“biar lambat asal selamat”,
pandu cermat jiwa selamat!

INFO 1KLIK

HARI KEBANGSAAN 2015

RASIONAL LOGO

Logo ini mengambarkan Peta Malaysia
termasuk Semenanjung serta Sabah dan
Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati.
Logo ini membawa maksud kesatuan rakyat
Malaysia yang sehati sejiwa serta bersama-sama
menjaga keamanan dan keharmonian
negara Malaysia.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna merah - Lambang keberanian dan
kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna biru - Lambang penyatuan dan
keharmonian antara kaum.

Warna kuning - Lambang kedaulatan negara
dibawah naungan Raja Berpelembagaan
dan diterajui kepimpinan yang prihatin
dengan pencapaian negara serta keperluan
rakyat.

Warna putih - Menjadi perlambangan kepada
kejujuran, ketelusan dan komitmen serta
kerjasama yang erat di antara pemimpin dan
rakyat.

RASIONAL TEMA

#sehatisejiwa adalah cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan
seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan #sehatisejiwa setiap lapisan
masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika
lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan MALAYSIA #sehatisejiwa
mampu mengerat dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat-menghormati
di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tonggak
dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. #sehatisejiwa
adalah titian hubungan - yang jauh didekatkan, ukhwah dipereratkan, selamanya...

INFO 1KLIK

Lirik Lagu Tema Merdeka 2015: Sehati Sejiwa

Demi tanah yang bertuah
Taman cinta merdeka
Kasih di hatiku ini
Untukmu tanah pertiwi
Dari utara selatan
Juga timur ke barat

Turut gagah Sabah Sarawak
Sehati Sejiwa
Chorus

Kudengar janjimu
Bayu Kinabalu

Kudengar sumpahmu
Rejang yang membiru

Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati Sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama

Melafaz janji setia
Demimu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus:
Walaupun berbeza

Budaya agama
Bukanlah penghalang

Kita bergandingan
Marilah bersatu
Sehati Sejiwa

Malaysia kekal sejahtera …

Chorus: Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) Kadazan
(Kitai deka mujur) Iban
(Mi i so ginavo) Kadazan
(Ngetan ke menua) Iban
(Mi i soginavo) Kadazan
(Nyuluk cita mulia) Iban
Malaysia Sehati Sejiwa

Lagu : Muhammad Yuri Edris
Lirik : Siso Kopratasa
Penyanyi : Yuri Edris (lirik Kadazan/Iban)
Penyanyi Latar : Alif Satar /Koir Gemersik Chorus
Gemersik Chorus

Mari Mewarna

TANYA TOK WAN
penulis : zafirah
pelukis : zayman

Tok Wan, Tunku
siapakah yang Abdul Rahman
mengisytiharkan yang isytiharkan
kemerdekaan buat Malaysia merdeka,
pada 31 Ogos 1957 di
Malaysia? Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur.

Tok Bendera Union
Wan, apakah Jack diturunkan
yang dilakukan tepat jam 12.00 tengah
oleh Tunku Abdul malam di hadapan
Rahman sebagai Bangunan Sultan Abdul
simbolik Malaysia Samad. Ia digantikan
telah merdeka? dengan bendera
Persekutuan Tanah

Melayu.

Tok Wan, Persefahaman
apakah perkara antara tiga kaum
penting yang patut iaitu Melayu, Cina dan
dihayati di akhir India yang menjadi
resepi utama perpaduan
perjuangan
kemerdekaan? di Malaysia.

KEMEN TE RIAN KOMUN I KASI
D AN MU LT I ME D I A MA LAYS IA

Diterbitkan Oleh:
Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Laman Web: www.penerangan.gov.my
Portal : pmr.penerangan.gov.my

Emel : [email protected]
CERTIFIED TO ISO 9001:2008
CERT.NO: MY-APR 5240
B.B01.065(1B(.BM.)MJ)UONg2o0s1(505(005.)0.)


Click to View FlipBook Version