The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ringgit Ed111 2020-01
sumber : konsumerkini.net.my

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SKSL, 2021-06-11 22:29:39

Ringgit Ed111 2020-01

Ringgit Ed111 2020-01
sumber : konsumerkini.net.my

. BIL. R A K A N K E WA N G A N A N DA

1/2020

BNMLINK Membantu 7 Prinsip Perlindungan Intipati Belanjawan 2020
Menangani Isu Dan Data Peribadi Yang Perlu
Aduan Berkaitan Anda Ketahui
Institusi Kewangan,
Insurans Dan Takaful

PERCUMA | PP 16897/05/2013 (032581)

CONTOH

Langkah-Langkah
Pengendalian

Mata Wang Malaysia

CONTOH

Adakah anda
mempunyai sebarang
komen mengenai
RINGGIT?

Sila imbas kod QR
untuk tinjauan bagi
Majalah Ringgit.

Langkah-langkah CONTOH
Pengendalian
A. Standard Kualiti Mata Wang
Mata Wang Dalam Edaran
Malaysia
Wang kertas Malaysia diterima untuk pembayaran dan sesuai
Pengenalan diedarkan semula apabila memenuhi semua kriteria yang
berikut:
Bank Negara Malaysia (BNM) komited dalam usaha a) Tulen dan bukan palsu;
memelihara alam sekitar dan melestarikan sumber b) Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa
asli untuk kepentingan dan manfaat generasi akan
datang. Menyedari akan keperluan ini, BNM sentiasa bahagian daripadanya;
memastikan wang kertas dan duit syiling Malaysia yang c) Bersih secara keseluruhan dan tidak terlalu kotor;
digunakan oleh orang ramai mempunyai tahap integriti yang d) Tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-
tinggi, iaitu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang moden dan
terkini; menepati standard kualiti yang ditetapkan dengan Pertuan Agong; dan
menggabungkan pelbagai inovasi dan ciri keselamatan yang e) Tidak berconteng.
lebih canggih dari segi teknologi berbanding dengan siri Wang kertas dan duit syiling yang tidak lagi sesuai digunakan
wang kertas dan duit syiling keluaran terdahulu; serta dijaga untuk pembayaran mahupun edaran semula boleh ditukar
dengan betul dan baik bagi memastikan jangka hayatnya di mana-mana bank perdagangan, Ibu Pejabat BNM di Kuala
dalam edaran lebih lama. Lumpur atau Pejabat BNM di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala
Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
tempoh penggunaan mata wang negara adalah lebih lama Wang kertas tidak lagi sesuai untuk edaran semula sekiranya:
supaya sumber alam sekitar dapat dipelihara dan dimanfaatkan a) Terbakar,
dengan sebaik-baiknya. Bagi mencapai matlamat ini, penting b) Renyuk,
bagi kita sebagai pengguna untuk memastikan wang kertas c) Berlubang,
dan duit syiling Malaysia dalam edaran berada dalam keadaan d) Luntur warna,
yang baik serta mudah dipastikan ketulenannya. e) Mengecut, atau
Dua denominasi wang kertas yang sering digunakan ialah RM1 f) Diubah suai (termasuk contengan)
dan RM5 yang diperbuat daripada substrat polimer. Antara
manfaat wang polimer adalah seperti yang berikut:
a) Tahan lebih lama,
b) Boleh dikitar semula,
c) Tidak menyerap cecair,
d) Lebih bersih, dan
e) Sukar dikoyakkan.
Bagi memastikan wang kertas RM1 dan RM5 dapat digunakan
untuk jangka masa yang lebih panjang, langkah-langkah
pengendalian berikut perlu dilakukan:
a) Jangan ikat wang polimer dengan getah. Sebaliknya,

gunakan pembalut kertas.
b) Jangan lipat wang polimer. Sebaliknya, simpan wang ini

secara menegak.
c) Bersihkan wang polimer dengan air jika terdapat

kekotoran.

2 | RINGGIT

CONTOH Sidang
Redaksi
Gantian nilai bagi wang kertas yang tidak sesuai untuk edaran semula tertakluk kepada
garis panduan seperti yang berikut: Penasihat
a) Saiz wang kertas Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason

• Nilai penuh - Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas Presiden FOMCA
• Nilai separuh - Lebih 1/2 tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas Ketua Sidang Pengarang
• Tiada nilai - Kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas Dato’ Dr. Paul Selva Raj
b) Wang kertas yang berconteng
• Nilai penuh - Contengan yang sedikit Editor
• Tiada nilai - Contengan yang ketara, contengan tanda pada potret SPB Mohd Yusof bin Abdul Rahman

Yang di-Pertuan Agong atau contengan berunsurkan politik, agama atau Sidang Pengarang
perkauman. Mandeep Singh
Gantian nilai bagi duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran pula adalah seperti
yang berikut: Shabana Naseer Ahmad
• Nilai penuh - Kemik, terhakis tetapi paparan denominasi masih kelihatan, Maizatul Aqira Ishak
terbakar, kotor, kecacatan pengilangan
• Tiada nilai - Berlubang, dipotong, terbelah Ringgit merupakan penerbitan usaha sama
Sila imbas kod QR di bawah atau rujuk laman sesawang BNM antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA.
melalui http://www.bnm.gov.my/handlingbanknotes/
untuk maklumat lanjut mengenai cara penjagaan mata Ia diterbitkan secara berkala sebanyak
wang polimer serta gantian nilai bagi mata wang yang enam edisi mulai tahun 2019. Untuk muat
tidak sesuai untuk edaran kerana rosak, terkoyak atau turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari
sebagainya. laman sesawang www.fomca.org.my dan

www.bnm.gov.my

Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia
No. 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7876 2009
Faks: 03-7877 1076

E-mel : [email protected]
Sesawang : www.fomca.org.my

Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn

50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2698 8044

Diurus terbit oleh:
Pusat Penyelidikan dan
Sumber Pengguna (CRRC)
No. 24, Jalan SS1/22A

47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-7875 2392
E-mel : [email protected]
Sesawang : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya
(M) Sdn Bhd

No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong Jaya
Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak
semestinya mencerminkan pendirian dan dasar

Bank Negara Malaysia atau FOMCA.
Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

bil. 1/2020 | 3

B. Ciri-ciri Keselamatan Mata Wang Dalam Edaran

Dalam laman sesawang BNM, anda boleh melihat panduan mudah untuk mengenal pasti ciri-ciri keselamatan pada wang kertas
melalui kaedah rasa, lihat dan sendeng. Maklumat lanjut adalah seperti yang berikut:

Rasa kualiti substrat wang kertas: Lihat wang kertas berlatarbelakangkan

Kertas yang kesat dengan cetakan Potret tanda bayang
timbul pada bahagian potret SPB Yang 3-Dimensi, tanda
di-Pertuan Agong yang pertama dan pandang telus dan
teks. tingkap pandang telus
akan kelihatan.
Wang polimer diperbuat daripada
plastik khas dengan cetakan timbul Garisan lurus benang
pada potret SPB Yang Di-Pertuan Agong keselamatan akan
yang pertama dan teks. kelihatan.

Sebagai contoh, 5) Cetakan Timbul
berikut adalah ciri
keselamatan wang kertas Rasa kesan cetakan timbul pada
denominasi RM50: bahagian potret SPB Yang di-
Pertuan Agong yang pertama
1) Ciri Braille dan teks

Ciri braille dalam bentuk berlian 6) Jalur Holografik
(diamond) dengan cetakan
timbul Angka ‘50’ dan motif Bunga Raya
dengan ciri belau (pumping and
2) Potret Tanda Bayang matt-structure effect)

Potret 3-Dimensi SPB Yang di- 7) Benang Keselamatan
Pertuan Agong yang pertama Dengan Ciri Warna
dengan angka ‘50’ Berubah

3) Tanda Pandang Telus Benang keselamatan yang
ditenun berubah warna
Bentuk lengkap motif Songket daripada merah kepada hijau
akan kelihatan
Garisan lurus gelap dengan teks
4) Imej Pendam mikro ‘BNM50’
Pelbagai Warna

Angka ‘50’ akan dapat dilihat
berubah warna apabila wang
kertas dipusingkan

4 | RINGGIT

cahaya: Berikut ialah ciri-ciri
keselamatan duit syiling:
Pegang wang kertas menegak dan
sendengkan: 1) Imej Pendam

Lihat pada pergerakan Angka “50” dan huruf “SEN” kelihatan
imej dan perubahan apabila duit syiling disendengkan
warna pada benang (untuk duit syiling 50 sen sahaja)
keselamatan dan petak
kilat berwarna. 2) Garisan Mikro

Kesan timbul garisan halus (untuk duit
syiling 50 sen sahaja)

3) Reka Bentuk Sisi

Jarak lekuk dan gerigi pada sisi adalah sekata

8-10) Unsur Cahaya Sila imbas kod QR di bawah atau rujuk
Pendarfluor laman sesawang BNM melalui http://
Dua Warna www.bnm.gov.my/securityfeatures untuk
panduan bergambar yang menerangkan
Motif kijang dan segi empat tepat ciri-ciri keselamatan bagi setiap
dengan teks ‘BNM50’ denominasi wang kertas.
Selain itu, BNM turut mengeluarkan
Serat berwarna merah, kuning dan aplikasi mudah alih MyRinggit bagi
biru kelihatan bertaburan memudahkan orang ramai mempelajari
serta memeriksa ciri-ciri keselamatan
Imej kombinasi biomolekul dan mata wang Malaysia bagi setiap
angka ‘50’ dalam warna merah denominasi. Aplikasi MyRinggit kini boleh
dan kuning didapati di Apple Store dan juga Google
Play. Muat turun sekarang.
11-13) Teks Mikro
C. Perkara Yang Perlu Dilakukan
Tulisan teks Sekiranya Mendapat /
bersaiz mikro Menerima Wang Palsu
akan kelihatan
jelas Wang kertas palsu tidak mempunyai nilai. Jika anda ragu-ragu
mengenai ketulenan wang kertas ketika melakukan transaksi,
ikuti langkah-langkah mudah yang berikut:
a) Minimumkan sentuhan terhadap wang kertas yang

disyaki palsu,
b) Jangan tulis, conteng, potong atau ubah paparan wang

kertas yang disyaki palsu,
c) Jangan edar semula wang kertas yang disyaki palsu,
d) Simpan wang kertas yang disyaki palsu dalam sampul

surat atau sampul plastik,
e) Catat maklumat tentang cara anda menerima wang

kertas yang disyaki palsu dalam kertas yang berasingan,
dan
f) Laporkan segera kepada pihak polis sekiranya mendapat
atau menemui wang kertas yang disyaki palsu.

Sumber: www.bnm.gov.my

bil. 1/2020 | 5

Membantu Menangani Isu Dan Aduan Berkaitan
Institusi Kewangan, Insurans Dan Takaful

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat Bank Negara pinjaman atau pembiayaan supaya segera merujuk kepada
Malaysia (BNMLINK) bertujuan untuk membantu serta pihak bank mereka bagi mengelak berdepan keadaan yang
memudahkan orang ramai dalam menangani isu dan lebih sukar pada masa depan. Tindakan segera merujuk
aduan mengenai hal di bawah bidang kuasa Bank Negara kepada bank membolehkan peminjam berunding dengan
Malaysia (BNM). pihak bank bagi membincangkan pilihan dan pembayaran
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat atau balik seperti penstrukturan atau penyusunan semula
bantuan penyelesaian tentang perbankan Islam dan pembiayaan mereka.
konvensional, insurans dan takaful, khidmat nasihat bagi Beliau juga menasihatkan peminjam yang menghadapi
perusahaan kecil dan sederhana, pentadbiran pertukaran masalah itu supaya jangan menunggu sehingga pihak
asing dan perkara lain di bawah bidang kuasa Bank Negara bank mengambil tindakan undang-undang kerana ia akan
Malaysia, boleh menghubungi BNMLINK dan BNMTELELINK. merumitkan lagi keadaan. Hal ini disebabkan oleh peminjam
Menurut Datin Arlina Ariff, Pengarah Jabatan LINK dan boleh diisytihar bankrap jika jumlah baki pembiayaan melebihi
Pejabat BNM, pada masa ini BNMLINK menerima 2,500 RM50,000.
pertanyaan setiap hari berkaitan perkhidmatan institusi “Jangan berlengah dan mengelak daripada pihak bank.
kewangan, insurans serta takaful. Bertindak segera merujuk kepada pihak bank anda.
Isu yang sering dihadapi oleh orang ramai ialah masalah Bincangkan jalan terbaik bagi membantu anda untuk terus
kegagalan mereka melunaskan bayaran ansuran bulanan membayar hutang sama ada melalui penjadualan atau
mengikut tarikh yang ditetapkan. Dalam hal ini, Datin penyusunan semula pinjaman atau pembiayaan,” demikian
Arlina menambah, peminjam yang membiarkan masalah nasihat Datin Arlina.
pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan mereka “Sekiranya tiada jalan penyelesaian yang boleh diambil,
berlarutan bakal berhadapan dengan beberapa implikasi, pelanggan boleh merujuk perkara ini kepada Agensi
seperti faedah pinjaman atau pembiayaan mereka akan Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan
dinaikkan; menanggung segala kos dan caj bagi tindakan kaunseling serta menyertai program pengurusan hutang
undang-undang yang diambil oleh pihak bank dan risiko oleh AKPK,” katanya pada taklimat media mengenai khidmat
aset boleh dilelong. nasihat yang disediakan Pusat Perhubungan Pelanggan Bank
Selain itu, bayaran tertunggak akan tertera dalam laporan Negara Malaysia.
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), yang Beliau berkata, pelanggan bank yang tidak berpuas hati
sering menjadi rujukan institusi kewangan. Hal ini boleh dengan keputusan institusi kewangan boleh merujuk
menyebabkan peminjam menghadapi kesukaran untuk perkara berkenaan di talian 1-300-88-5465, e-mel
memohon pinjaman / pembiayaan kewangan pada masa [email protected] atau melalui borang maklumat
hadapan. di pautan https://telelink.bnm.gov.my/.
Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan bahawa
peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik Sumber: www.fomca.org.my

6 | RINGGIT

Prinsip
Perlindungan
Data Peribadi

Yang Perlu
Anda Ketahui

Data peribadi bermaksud sebarang maklumat yang 2) Prinsip Notis
digunakan di dalam transaksi komersial yang Dan Pilihan
berhubungan secara langsung atau tidak langsung
dengan seseorang yang dikenal pasti daripada maklumat Anda harus dimaklumkan
tersebut. Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara akan tujuan beserta had
manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan penggunaan data peribadi
juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi yang telah diberikan.
meliputi maklumat asas.
Antara contoh ‘data peribadi’ adalah seperti: 3) Prinsip Penzahiran
• Nama dan alamat
• Nombor kad pengenalan Ketahui bahawa syarikat tidak boleh menggunakan data anda
• Nombor pasport bagi tujuan lain selain daripada yang dibenarkan sahaja.
• Maklumat kesihatan
• E-mel 4) Prinsip
• Gambar Keselamatan
• Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
• Maklumat dalam fail peribadi Organisasi harus memastikan
• Butiran akaun bank data peribadi disimpan dalam
• Butiran kad kredit keadaan selamat dan terjamin.
• Maklumat kesihatan (sensitif) contohnya, penjenisan
5) Prinsip Penyimpanan
darah, rekod atau huraian kesihatan sehinggalah ke
maklumat-maklumat sensitif seperti kepercayaan politik, Sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di
kepercayaan agama, keadaaan fizikal atau mental atau dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang
apa-apa informasi lain yang ditetapkan oleh Menteri diperlukan.
di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) dari
semasa ke semasa. 6) Prinsip Integriti Data
Berikut adalah Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib
dipatuhi di bawah seksyen 5 (1) demi menjaga keutuhan data Organisasi bertanggungjawab dalam memastikan data
peribadi: peribadi tersebut betul dan tepat.

1) Prinsip Am

Anda harus memberi persetujuan untuk menggunakan data
peribadi anda.
Seseorang pengguna atau organisasi tidak dibenarkan
memproses data peribadi seseorang yang lain tanpa
kebenarannya. Pengertian proses di sini bermaksud
mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau
pengkomputeran atau apa-apa proses lain.

bil. 1/2020 | 7

7) Prinsip Akses “Sekiranya pengadu masih
tidak berpuas hati dengan
Individu hendaklah diberikan hak untuk mengakses data jawapan dan tindakan yang
peribadinya dan dibenarkan untuk mengemas kini datanya.
Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang diambil oleh organisasi
berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Seksyen berkenaan, maka pengadu
709) sekiranya mengesyaki sebuah organisasi atau seseorang bolehlah terus membuat
telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan
Data Peribadi. aduan ....”
Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu, iaitu
apabila Akta ini telah berkuat kuasa:
i) Pengadu perlu membuat aduan dan memohon

penjelasan daripada organisasi yang terlibat terlebih
dahulu;
ii) Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan
jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi
berkenaan, maka pengadu bolehlah terus membuat
aduan kepada pihak Jabatan Perlindungan Data Peribadi
(JPDP) melalui alamat aduan yang disertakan bagi
membolehkan penyiasatan dijalankan;
iii) Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan
Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka pengadu
bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan
memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan.

“Seseorang pengguna Butir-butir yang diperlukan semasa membuat aduan:
atau organisasi tidak Anda hanya perlu menulis surat atau e-melkan kepada Jabatan
dibenarkan memproses Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda.
data peribadi seseorang Dalam surat atau e-mel, anda perlu menyatakan perkara-
perkara yang berikut:
yang lain tanpa i) Nama organisasi atau individu yang anda ingin adukan;
kebenarannya.” ii) Menerangkan sebab kebimbangan anda;
iii) Memberikan butir-butir tindak balas yang anda telah
8 | RINGGIT
terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran
maklumat;
iv) Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai
perbincangan anda dengan organisasi atau individu
berkenaan.

Aduan Awam
[email protected]
Sistem iSPAAA KPKK

http://kkmm.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do

Sumber: www.kkmm.gov.my

BRineglkaansanjaInwtipaatni 2020

Tema Belanjawan 2020 –
Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama

Ke Arah Kemakmuran Bersama.

Empat teras yang menunjangi Belanjawan 2020 adalah:

1 Memacu 2 Pelaburan Ke 3 Mewujudkan 4 Memulihkan
Pertumbuhan Atas Rakyat: Masyarakat Institusi dan
Ekonomi dalam Meningkatkan
Ekonomi Baharu Keupayaan Modal yang Bersatu, Kewangan
dan Era Digital Insan Inklusif dan Awam
Saksama

Soroton Belanjawan 2020

Tol / Lebuh Raya Perluasan mySalam
& PeKa B40:
Diskaun 18% di semua
lebuh raya milik PLUS. MySalam:
Caj kesesakan pada waktu 1) Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):-
sekitar puncak dan waktu • Individu berumur antara 18
biasa diturunkan sehingga
30% berbanding dengan kadar tol hingga 65 tahun dan pasangan;
semasa serta percuma semasa waktu • Individu bujang berumur
bukan puncak.
antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang
Bantuan Sara daripada RM24,000 setahun;
Hidup (BSH) 2020 • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan
berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
BSH akan diteruskan dengan 2. Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Golongan M40:-
peruntukan sebanyak • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan
RM5 bilion individu bujang berpendapatan sehingga RM100,000 setahun. Perlu
berusia lebih 40 tahun yang mendaftar di web www.mysalam.com.my
berpendapatan kurang daripada Manfaat yang diterima:
RM2,000 sebulan. 1) Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH): Penyakit kritikal
Individu bujang berusia lebih 40 tahun dan RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
golongan OKU layak menerima RM300 dan 2) Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):
secara automatik menjadi penerima Skim Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk
Takaful mySalam secara percuma. maksimum 14 hari.

Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) telah
dilancarkan untuk menyediakan pemeriksaan
dan intervensi awal bagi mengesan penyakit
tidak berjangkit seperti kesihatan mental dan
kanser untuk mereka yang berusia antara 50
tahun hingga 60 tahun.

bil. 1/2020 | 9

Peluang Pekerjaan Bajet Pekerjaan

MalaysiaKerja (Malaysians@ Gaji minimum ditingkatkan
Work) telah diperkenalkan pada kadar RM1,200 sebulan
bertujuan mewujudkan hanya di wilayah bandar-
peluang pekerjaan yang lebih bandar utama.
baik untuk belia dan wanita sekali
gus mengurangkan kebergantungan Saraan Penjawat
terhadap pekerja asing berkemahiran Awam
rendah. Insentif tersebut adalah seperti yang
berikut: Kadar bantuan sara hidup
(COLA) ditingkatkan sebanyak
________________________________________ RM50 sebulan bagi kumpulan
pelaksana penjawat awam.
#GraduanKerja (pengambilan
graduan menganggur lebih Skim Rumah
12 bulan): Graduan yang Mampu Milik
menerima tawaran kerja akan
menerima insentif gaji selama #Dana Rumah Mampu Milik
dua tahun sebanyak RM500
sebulan sebagai tambahan kepada oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
gaji yang diterima. Manakala bagi membantu pembeli rumah
majikan pula akan menerima insentif golongan berpendapatan rendah
pengambilan pekerja sebanyak RM300 untuk membeli rumah pertama.
sebulan juga bagi tempoh yang sama.
#Kempen Pemilikan Rumah iaitu pemaju
________________________________________
menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10
#WanitaKerja: Mewujudkan peratus untuk hartanah yang layak dan akan
33 ribu peluang pekerjaan dipadankan dengan pengecualian duti setem.
setahun untuk wanita berusia di
antara 30 hingga 50 tahun yang #Skim Rent To Own: Jaminan 30% atau RM3
telah berhenti bekerja selama
setahun atau lebih. Insentif Bilion untuk pembelian rumah pertama bernilai
gaji selama dua tahun sebanyak sehingga RM500 ribu.
RM500 sebulan, manakala majikan
pula akan diberi insentif pengambilan #Skim Perumahan Belia BSN dilanjutkan mulai
pekerja sebanyak RM300 sebulan bagi
tempoh yang sama. 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021

________________________________________ Bajet Ekonomi
Digital
#WatanKerja: Program
kesamarataan kos Rakyat berumur 18 tahun ke atas
pengambilan pekerja yang yang berpendapatan RM100,000
bertujuan mengalihkan ke bawah setahun akan menerima
kebergantungan terhadap RM30 dalam e-dompet bermula 1
pekerja asing berkemahiran Januari 2020 untuk kali pertama bagi
rendah. Warganegara yang merangsang penggunaan dompet tanpa tunai.
menggantikan pekerja asing akan
diberikan insentif gaji selama dua Sumber: www1.treasury.gov.my
tahun sebanyak RM350 atau RM500
sebulan mengikut sektor. Manakala, majikan
pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak
RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.

________________________________________

Nota: Inisiatif #MalaysiaKerja akan disediakan
oleh Kerajaan dan diuruskan oleh Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu insentif gaji tersebut
akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP

10 | RINGGIT

CONTOH diluluskan, pengguna diminta membuat pembayaran
lagi. Apabila pengguna membuat keputusan untuk
CONTOH menamatkan kontrak pinjaman dan meminta semula wang
pendahuluan, permintaan pengguna tidak dilayan malah
Institusi syarikat pinjaman menghilangkan diri.
Kewangan Skim pelaburan yang dibawa oleh insititusi kewangan
Bukan Bank bukan bank juga telah memerangkap ramai pengguna
yang leka. Kebanyakan aduan adalah mengenai wang
Pada tahun 2018, Pusat Khidmat Aduan Pengguna pelaburan mereka yang tidak membuahkan sebarang
Nasional (NCCC) telah menerima sebanyak 935 hasil seperti yang dijanjikan. Ramai penggguna yang sedar
aduan mengenai institusi kewangan bukan bank. akan tipu helah ini dan cuba membatalkan perjanjian
Lebih daripada 41% aduan adalah mengenai pinjaman dan meminta bayaran balik wang pelaburan mereka.
wang berlesen, skim pelaburan dan pajak kedai. Malangnya pengguna tidak boleh membatalkan perjanjian
Isu berkaitan pinjaman wang berlesen merupakan antara ini melainkan pengguna perlu membayar sejumlah wang
yang amat membimbangkan. Sekiranya pengguna ingin kepada syarikat tersebut. Malah ada juga yang melabur
melangsaikan wang yang dipinjam dalam masa yang lebih dalam syarikat kewangan yang tidak mempunyai sebarang
singkat dari tempoh yang sebenar, pengguna tidak diberi lesen dan melarikan diri sebaik sahaja menerima wang
rebat yang sewajarnya seperti yang diberikan oleh bank pelaburan daripada pengguna yang naif.
perdagangan yang berada di bawah pengawasan Bank Aduan juga diterima daripada para penguna mengenai
Negara Malaysia (BNM). Kadar faedah pinjaman mereka pemilik pajak gadai yang menjual atau melelong
juga adalah sangat tinggi dan tidak diawasi oleh BNM barangan gadaian mereka tanpa memaklumkan kepada
kerana syarikat sedemikian bukan di bawah pengawasan para penguna. Sepatutnya pemilik pajak gadai wajib
BNM. Syarikat pinjaman wang berlesen ini berada di bawah memaklumkan kepada para pengguna apabila mereka
bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan hendak menjual atau melelong barangan gadaian
Tempatan (KPKT) dikawal selia oleh Bahagian Kawalan pengguna tersebut. Malahan, ada segelintir pemilik pajak
Kredit. gadai yang mengambil kesempatan masalah kewangan
Ramai pengguna yang meluahkan perasaan marah dan yang dihadapi oleh pengguna dengan menjual barangan
sedih kerana mendapati kadar faedah terlalu tinggi. Mereka gadaian dengan harga yang lebih tinggi untuk mengaut
meminta pihak NCCC untuk menjadi pengantara dengan keuntungan yang besar. Para pemilik pajak gadai yang tidak
pihak pinjaman wang berlesen ini untuk mengurangkan beretika ini memaksa pengguna membayar lebih untuk
kadar faedah serta menyelesaikan masalah mereka. mendapatkan kembali barangan gadaian mereka.
Terdapat juga segelintir syarikat pinjaman wang berlesen Pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting
ini meminta sejumlah wang sebagai pendahuluan dalam mengawal selia syarikat kewangan yang berlesen ini
sebelum pinjaman mereka diluluskan. Setelah pinjaman dan memastikan syarikat-syarikat ini menjalankan urusan
perniagaan mereka dengan lebih beretika. Walaupun
syarikat kewangan berlesen tidak sama dengan bank
perdagangan, namun pihak kerajaan melalui agensinya
seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) perlu mengawasi kegiatan syarikat
wang berlesen ini.

Aduan Awam:
04-15, 4TH Floor, WISMA PJ5 SOHO,

No 4.B, Jalan SS5D/6, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor
Sistem E-Aduan:

http://www.nccc.org.my/v2/index.php/
ingin-membuat-aduan-e-aduan

Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

bil. 1/2020 | 11

Jangan panik

menerima panggilan telefon

macau scam

1TERIMA PANGGILAN 2 MANGSA CEMAS
Kad kredit anda Tak, saya tak pernah
telah digunakan oleh ada kad kredit!
pihak ketiga Bukan saya!

6 DUIT LEBUR PENYAMAR
Mangsa hanya sedar
telah ditipu setelah 3 PENYAMARAN
RMtransaksi selesai SEBAGAI PEGAWAI
Pemanggil menyamar
5 MENURUT ARAHAN sebagai pegawai
Mangsa melakukan Bank Negara Malaysia/
pemindahan wang PDRM/agensi penguatkuasa
atas arahan yang lain dan meminta
pegawai tersebut maklumat

4 MANGSA PERCAYA
Bagi menyekat penyalahgunaan kad kredit/identiti,
mangsa diarahkan memindahkan wang ke akaun
kononnya pemegang amanah yang dilantik

Langkah-langkah keselamatan !

JANGAN PANIK
DEDAHKAN MAKLUMAT PERBANKAN ANDA
PINDAHKAN WANG ATAS ARAHAN SESIAPA

Inisiatif literasi kewangan oleh: BANK NEGARA MALAYSIA bnm.official
1-300-88-5465
CENTRAL BANK OF MALAYSIA

https://telelink.bnm.gov.my


Click to View FlipBook Version