The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ringgit Ed113 2020-03
sumber : konsumerkini.net.my

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SKSL, 2021-06-11 22:33:51

Ringgit Ed113 2020-03

Ringgit Ed113 2020-03
sumber : konsumerkini.net.my

BIL. R A K A N K E WA N G A N A N DA

3/2020

Urus hutang secara Intipati Pelan Jana Perkara yang perlu
aktif, berbincanglah Semula Ekonomi Negara diketahui mengenai
dengan institusi (PENJANA) kedai pajak gadai
perbankan anda

PERCUMA | PP 16897/05/2013 (032581)

Lanjutan
Moratorium

dan
Bantuan Bank

Bersasar

Adakah anda
mempunyai sebarang
komen mengenai
RINGGIT?

Sila imbas kod QR
untuk tinjauan bagi
Majalah Ringgit.

Lanjutan
Moratorium
dan Bantuan
Bank Bersasar

Institusi perbankan telah memberikan penangguhan “Pengurusan kewangan perlu dilakukan
kepada pembayaran balik pinjaman / pembiayaan dengan lebih cermat, teliti dan mengambil
(moratorium) selama 6 bulan iaitu bermula 1 April
2020 sehingga 30 September 2020. Menurut laporan Unit kira segala kemungkinan yang berlaku ...
Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi
Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan Malaysia pembayaran balik pinjaman berakhir, sebaiknya mula
yang memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi dari sekarang. Hubungi institusi perbankan pinjaman
Prihatin Rakyat (PRIHATIN), sehingga 14 Ogos 2020, jumlah anda untuk berbincang mengenai pinjaman anda.
moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan yang
dimanfaatkan oleh rakyat adalah RM48.3 bilion, manakala 2) Kaji semula bajet bulanan
RM26.0 bilion lagi dimanfaatkan oleh sektor perniagaan. Ini
menjadikan jumlah keseluruhan moratorium berada pada • Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jaringan
paras RM74.3 bilion. Pendidikan Kewangan,
Sememangnya, skim moratorium ini memberi ruang kelegaan hanya 1 daripada
sementara terutamanya kepada golongan yang teruk terjejas 10 rakyat Malaysia
dan kehilangan punca pendapatan akibat wabak COVID-19. mempercayai bahawa
Dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi yang semakin mereka tidak berdisiplin
meluas kini, situasi ekonomi rakyat juga dijangka akan dalam mengurus
pulih secara berperingkat dan peminjam bolehlah mula kewangan mereka.
menunaikan komitmen pembayaran semula hutang. Bagi
mereka yang masih terkesan, kerajaan telah mengumumkan • Pengurusan kewangan
lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar. Pelanjutan perlu dilakukan dengan
ini terpakai kepada individu yang hilang pekerjaan pada lebih cermat, teliti
tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan yang baru, dan mengambil kira kemungkinan yang berlaku
serta individu yang masih bekerja, tetapi gaji mereka terjejas seperti pemotongan elaun, gaji dan mungkin juga
atau berkurangan akibat COVID-19. Di samping itu, institusi pemberhentian kerja.
kewangan juga telah memberikan komitmen untuk membantu
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), baik peniaga, penjaja • Dahulukan perbelanjaan penting seperti pembayaran
atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat hutang, bil, sewa rumah dan lain-lain.
COVID-19.
Bagi mereka yang berada dalam kategori di atas, dan • Tangguhkan perbelanjaan yang tidak penting seperti
menjangkakan cabaran untuk memenuhi komitmen hutang makan di luar dan hiburan.
menjelang tamatnya moratorium pada September 2020,
dapatkan bantuan awal dengan menghubungi bank anda.
Panduan persediaan menyambung semula komitmen
pembayaran balik pinjaman:

1) Jangan tunggu
saat akhir

Buat perancangan awal kewangan
anda sebelum penangguhan

2 | RINGGIT

3) Jangan terjebak dengan skim penipuan Sidang
kewangan Redaksi

Elakkan daripada menambah hutang sedia Penasihat
ada walaupun diberikan diskaun untuk Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason
pembelian dalam talian dan sebagainya.
Kebiasaannya apabila pendapatan tidak Presiden FOMCA
mencukupi, terdapat sesetengah pengguna Ketua Sidang Pengarang
yang mengambil keputusan untuk membuat Dato’ Dr. Paul Selva Raj
pinjaman daripada Ah Long dan ada juga
terjerat dalam penipuan seperti mangsa Editor
keldai akaun. Berfikirlah secara rasional sebelum mengambil tindakan yang boleh Mohd Yusof bin Abdul Rahman
menjerumuskan kita kepada masalah kewangan yang lebih kompleks.
Sidang Pengarang
Sekiranya anda berasa tidak puas hati dengan keputusan selepas perbincangan dengan Maizatul Aqira Ishak
institusi kewangan, anda boleh merujuk perkara berkenaan di talian 1-300-88-5465 Baskaran Sithamparam
dan emel aduan anda kepada [email protected] atau melalui borang Nur Asyikin Aminuddin
maklumat di pautan https://telelink.bnm.gov.my/
Selain itu, anda juga boleh rujuk AKPK di talian khidmat pelanggan 03-2616 7766 atau Ringgit merupakan penerbitan usaha sama
melalui laman web www.akpk.org.my serta pautan http://bit.ly/AKPKdmp2020 antara Bank Negara Malaysia dan FOMCA.
untuk mendapatkan khidmat kaunseling kewangan. Mereka akan memberi nasihat
bagaimana anda boleh merancang pembayaran balik pinjaman dan juga cara untuk Ia diterbitkan secara berkala sebanyak
mengurus dan menyelesaikan semula hutang anda. enam edisi mulai tahun 2019. Untuk muat
turun Ringgit dalam format “PDF“, sila layari
Sumber: www.fomca.org.my / www.bnm.gov.my / www.akpk.org.my laman sesawang www.fomca.org.my dan

www.bnm.gov.my

Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia
No. 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7876 2009
Faks: 03-7877 1076

E-mel : [email protected]
Sesawang : www.fomca.org.my

Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn

50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2698 8044

Diurus terbit oleh:
Pusat Penyelidikan dan
Sumber Pengguna (CRRC)
No. 24, Jalan SS1/22A

47300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-7875 2392
E-mel : [email protected]
Sesawang : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya
(M) Sdn Bhd

No. 5B, Tingkat 2, Jalan Pipit 2
Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong Jaya
Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalam Ringgit tidak
semestinya mencerminkan pendirian dan dasar

Bank Negara Malaysia atau FOMCA.
Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

bil. 3/2020 | 3

Urus
hutang
secara aktif,

berbincanglah dengan
institusi perbankan anda

Pengurusan hutang secara aktif kerap dilakukan, sama Secara umumnya, terdapat tiga cara untuk mengatur semula
ada secara sedar atau tidak. Anda mungkin pernah hutang anda iaitu:
dengar seseorang itu mengambil satu hutang yang
baru untuk membayar beberapa hutang lain yang lebih kecil. Kelonggaran (Flexibility)
Langkah ini mungkin dapat mengurangkan bayaran bulanan,
tetapi tempohnya mungkin akan menjadi lebih panjang. Kebenaran daripada pihak institusi perbankan
Ada juga yang beralih kepada hutang yang kadar faedahnya untuk memberi keringanan dalam pembayaran
adalah lebih tinggi, seperti kad kredit, atau mungkin juga balik pinjaman.
hutang ceti kepada hutang peribadi. Langkah sebegini,
sekiranya diuruskan dengan betul dapat membantu pengguna Moratorium adalah contoh keringanan yang
untuk menguruskan aliran tunai secara efisien dan mampu terpakai kepada semua peminjam.
memberikan lebihan wang kepada pengguna.
Namun, kajian rambang oleh Jaringan Pendidikan Kewangan Penjadualan semula (Reschedule)
(dengan kerjasama Bernama) pada bulan Julai 2020 mendapati
76% rakyat Malaysia tidak menyedari yang peminjam individu Memanjangkan tempoh bayaran tanpa
mahupun perniagaan boleh mendapatkan khidmat nasihat mengubah struktur pinjaman.
profesional daripada institusi perbankan untuk mengatur
semula hutang. Institusi perbankan merupakan pakar dalam Terdapat persetujuan antara anda dan institusi
menasihati pelanggan mereka untuk menguruskan hutang perbankan untuk menjadual semula pinjaman
secara aktif bagi individu mahupun perniagaan. anda, hasil daripada perundingan antara kedua
belah pihak. Kebiasaannya, masih dalam
kerangka perjanjian pinjaman sedia ada.

“Bagi mendapatkan
penyelesaian yang
komprehensif untuk
jangka masa panjang,
penstrukturan semula
mungkin merupakan
jalan terbaik dan

lebih efisien.”

4 | RINGGIT

Penstrukturan semula (Restructure) “Sebarang kelewatan mungkin
menyebabkan peminjam berasa
Perubahan pada struktur pinjaman secara tertekan, memandangkan mereka
menyeluruh berdasarkan situasi kewangan perlu menyambung komitmen
spesifik peminjam. kewangan lama dalam senario punca

Melibatkan perubahan terhadap perjanjian pendapatan yang terjejas.”
pinjaman asal kepada perjanjian baru yang
lebih selesa, mengikut keperluan peminjam Oleh itu, pengguna dinasihatkan agar menghubungi terus
secara lebih komprehensif. institusi perbankan dengan segera dan berbincang mengenai
keperluan menstruktur semula pinjaman mereka. Elakkan
Contohnya, kemudahan overderaf ditukar daripada menggunakan perkhidmatan pihak ketiga dalam
kepada pinjaman bertempoh, jumlah dan proses ini untuk mengelakkan anda daripada ditipu.
tempoh pinjaman serta jumlah bayaran
bulanan mungkin juga boleh dikurangkan Sebarang kelewatan mungkin menyebabkan peminjam
berdasarkan kadar yang lebih rendah, produk berasa tertekan, memandangkan mereka perlu menyambung
yang kadar faedahnya rendah, mahupun komitmen kewangan lama dalam senario punca pendapatan
tempoh yang lebih tinggi. yang terjejas. Ini boleh mengganggu emosi, kerjaya,
perkembangan perniagaan dan juga aliran tunai. Pengguna
Penstrukturan semula banyak membantu perlu mula merancang dari sekarang berkenaan pinjaman
dalam pelan jangka panjang peminjam yang perlu dibayar sebelum pengecualian pembayaran balik
individu mahupun sesebuah perniagaan. Ianya pinjaman berakhir. Jangan hanya tunggu dan lihat.
membantu aliran tunai ketika masa sukar dan
menyumbang kepada pengurusan kewangan Sehubungan itu juga, FOMCA menyarankan agar pengguna
harian secara lebih efisien. menilai semula kedudukan kewangan anda. Sekiranya
pengguna menjangkakan akan menghadapi masalah
Bagi syarikat-syarikat besar pula, mereka mampu untuk pembayaran balik pinjaman, pengguna perlu menghubungi
mengambil penasihat kewangan bagi tujuan ini. Selagi hutang institusi kewangan masing-masing secepat mungkin untuk
peminjam tidak bermasalah, proses pengurusan hutang berunding. Pengguna yang mempunyai pinjaman lebih
sebegini tidak akan menjejaskan rekod kredit peminjam, dari satu bank, boleh juga menghubungi Agensi Kaunseling
malahan akan menjadikan rekod peminjam lebih kukuh untuk dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat
jangka panjang. secara percuma kerana agensi berkenaan akan memberikan
kaunseling atau membantu menstruktur semula pinjaman,
Institusi perbankan juga menyedari ramai rakyat Malaysia jika diperlukan.
yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
ada yang hilang pekerjaan, perniagaan terjejas mahupun Sumber: www.bnm.gov.my
punca pendapatan menjadi berkurangan. Hal ini sedikit
sebanyak akan menjejaskan kemampuan untuk membayar
balik pinjaman apabila tempoh pengecualian pembayaran
pinjaman berakhir September ini.

Bagi mendapatkan penyelesaian yang komprehensif
untuk jangka masa panjang, penstrukturan semula
mungkin merupakan jalan terbaik dan lebih efisien. Walau
bagaimanapun, proses penstrukturan semula memakan
masa yang lebih panjang kerana pihak bank perlu menilai
kemampuan peminjam berdasarkan terma yang baru.

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon
termasuklah:
• Penyata bank
• Slip gaji
• Akaun perniagaan
• ‘Aging list’ iaitu unjuran mudah tunai lampau dan lain-

lain.

Penstrukturan semula juga mungkin melibatkan perjanjian
pinjaman baru.

bil. 3/2020 | 5

Intipati

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

Pada 5 Jun 2020, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana » Golongan belia: Program perantis bagi graduan
Menteri Malaysia, telah memperkenalkan Pelan Jana dan lepasan sekolah dengan pemberian elaun
Semula Ekonomi Negara yang dikenali sebagai PENJANA latihan sebanyak RM600 sebulan selama 6
dan bertemakan ‘Bersama Menjana Ekonomi’ untuk meneruskan bulan.
kesinambungan daripada pakej PRIHATIN sebelum ini. Pelan
ini bertujuan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi negara » Golongan penganggur: Menggaji golongan
yang terjejas akibat wabak COVID-19 yang melanda sejak awal penganggur dengan elaun sebanyak RM800
tahun 2020. Fasa pemulihan yang dilalui negara ketika ini adalah sebulan selama 6 bulan (bawah umur 40 tahun),
tempoh paling sesuai untuk rakyat bangun semula selepas manakala RM1000 sebulan selama 6 bulan bagi
melalui pelbagai kesan krisis wabak COVID-19. penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan
golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
PENJANA memberi fokus terhadap tiga teras utama iaitu
Memperkasa Rakyat, Melonjakkan Perniagaan dan Merangsang c. Program Peningkatan Kemahiran
Ekonomi. Terdapat beberapa manfaat yang boleh dinikmati oleh (Upskilling)
rakyat Malaysia melalui inisiatif ini.
Meningkatkan kebolehpasaran golongan penganggur
i. Teras Pertama: melalui program latihan untuk mendapatkan
Memperkasa Rakyat kemahiran dan meningkatkan kemahiran yang sedia
ada.
Kerajaan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi
melindungi pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja Bagi meningkatkan kemahiran untuk golongan
dalam mengatasi masalah pengangguran di Malaysia. Di samping pengganggur, kerajaan melaksanakan program seperti
itu, terdapat beberapa inisiatif diperkenalkan untuk membantu menggalakkan penganggur melanjutkan pelajaran
rakyat mengekal atau meningkatkan kemahiran mereka dalam terutamanya dalam kursus jangka pendek di universiti
memanfaatkan peluang semasa ekonomi sedang beransur pulih. tempatan, memperkasakan latihan keusahawanan
dan juga mewujudkan skim latihan wakil pemasaran
a. Program Subsidi Upah sehingga RM800 seorang dengan mendaftar di
Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC).
Menggalakkan pengekalan pekerja dan mengurangkan
kehilangan pekerjaan melalui penambahbaikan d. Program subsidi pengangkutan awam
program subsidi upah sedia ada. MY30

Dilanjutkan selama 3 bulan bagi majikan yang layak Meringankan beban kos pengangkutan awam yang
dengan kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja perlu ditanggung oleh pengguna.
sehingga maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat.
Pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja
Kelonggaran kepada majikan yang membenarkan sebulan selama 6 bulan untuk menikmati pas
pekerja mengambil cuti tanpa gaji, dengan syarat perjalanan tanpa had bagi penggunaan perkhidmatan
pekerja tersebut menerima subsidi upah secara awam seperti perkhidmatan rel (MRT, LRT, Monorel),
langsung (khas untuk sektor pelancongan dan BRT, bas RapidKL dan juga bas pengantara MRT di
sektor yang tersenarai dalam aktiviti yang dilarang lembah Klang. Program ini terbuka kepada semua
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan warganegara dan berkuatkuasa pertengahan bulan
Bersyarat (PKPB) seperti pekerja di pusat refleksologi, Jun sehingga Disember 2020.
pusat hiburan dan taman tema yang melibatkan
perhimpunan awam). ii. Teras Kedua:
Melonjakkan Perniagaan
b. Program Insentif Pengambilan Pekerja
selama 6 bulan sehingga Disember 2020 Kebanyakan sektor ekonomi ditutup selama hampir dua bulan
berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
Membantu syarikat dengan memberikan insentif diarahkan oleh kerajaan. Perniagaan tidak dapat beroperasi
kewangan untuk memberi pekerjaan kepada sepenuhnya secara tidak langsung memberi impak kepada
penganggur dan belia melalui insentif yang pendapatan dan sumber kewangan kebanyakan perniagaan,
diperkenalkan: terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan juga
perusahaan mikro. Oleh itu, beberapa inisiatif telah diperkenalkan
6 | RINGGIT

di bawah inisiatif PENJANA bagi sektor perniagaan yang telah b. Memperkenalkan ePENJANA
dibuka semula pada bulan Mei termasuklah:
Menggalakkan penggunaan e-dompet dalam kalangan
a. Kempen “Shop Malaysia Online” bagi pengguna yang memudahcara penjarakan sosial untuk
Penggunaan Dalam Talian menjaga keselamatan pengguna di samping menggalakkan
perbelanjaan pengguna melalui:
Menggalakkan rakyat berbelanja secara dalam talian, Kredit e-dompet bernilai RM50.
di mana kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan Tawaran tambahan oleh pembekal perkhidmatan
diberikan melalui platform e-dagang. e-dompet sebanyak RM50 melalui baucar diskaun
dan kredit tambahan melalui cashback.
b. Pusat Sehenti MyAssist SME Kredit hanya boleh digunakan untuk pembelian secara
fizikal di kedai dan bukan perkhidmatan dalam talian.
Memberi bimbingan dan membantu proses pemulihan
perniagaan bagi PKS dalam meningkatkan akses kepada Manfaat ini boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia
SMEHub yang sedia ada. Perkhidmatan yang ditawarkan berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang
termasuklah bimbingan untuk: daripada RM100,000 setahun.
Kemudahan pembiayaan
Kemudahan perdagangan c. Kempen Pemilikan Rumah atau Home
Penjenamaan dan promosi Ownership Campaign (HOC)
Sokongan teknologi
Perundangan Merancakkan semula pasaran hartanah melalui:
Pengecualian duti setem akan diberikan ke atas
c. Menawarkan Pembiayaan Mudah surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi
Bumiputera pembelian rumah kediaman yang bernilai antara
RM300,000 hingga RM2.5 juta.
Memastikan kelangsungan usahawan Bumiputera melalui Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
sokongan kewangan RM200 juta khas untuk perniagaan diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke
milik Bumiputera. atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1
Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021. Pengecualian
d. Sokongan untuk Meringankan Beban ini dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah kediaman
Kewangan Perniagaan sahaja untuk setiap individu.

Meringankan tekanan kewangan terhadap perniagaan d. Insentif Cukai untuk Pembelian Kereta
melalui penghapusan penalti yang berkaitan dengan
pembayaran cukai lewat. Dengan adanya insentif seperti ini, beban kewangan
Remisi penalti sebanyak 50% akan diberikan kepada pengguna dapat dikurangkan malahan mampu
syarikat atau pengilang berdaftar yang lewat membuat merancakkan semula industri automotif negara.
pembayaran cukai jualan atau cukai perkhidmatan
bermula 1 Julai 2020 hingga 30 September 2020. Pengecualian cukai jualan sebanyak 100% ke atas
Pelanjutan potongan cukai khas bersamaan 30% bagi penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan
pengurangan sewa premis perniagaan sehingga 30 dan 50% bagi kereta penumpang import.
September 2020.
e. Sokongan Sektor Pelancongan
iii. Teras Ketiga:
Merangsang Ekonomi Membantu sektor pelancongan yang terjejas akibat
COVID-19 melalui insentif cukai seperti:
Usaha kerajaan perlu ditingkatkan untuk menambahbaik dan Pengecualian cukai pelancongan mulai 1 Julai 2020
merangsang ekonomi, serta membolehkannya pulih menjelang hingga 30 Jun 2021.
tahun 2021 dan seterusnya. PENJANA ini juga akan membolehkan Lanjutan pengecualian cukai perkhidmatan untuk
ekonomi Malaysia melalui kalibrasi semula, dan melonjak ke arah hotel sehingga 30 Jun 2021.
pemulihan negara. Antara inisiatif untuk merangsang semula Lanjutan pelepasan cukai pendapatan individu
ekonomi negara adalah: sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong
dalam negara sehingga 31 Disember 2021.
a. Mengadakan Kempen Beli Barangan Lanjutan penangguhan bayaran ansuran ke atas
Buatan Malaysia anggaran cukai sehingga 31 Disember 2020.

Menggalakkan penggunaan barangan dan perkhidmatan Secara kesimpulannya, melihat kepada senario ekonomi semasa
tempatan melalui: dan trend pengangguran dan pembuangan pekerja yang terus
Kempen “Beli Malaysia” oleh kerajaan dan agensi meningkat, inisiatif PENJANA sedikit sebanyak dapat membantu
berkaitan. golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Begitu
Mewajibkan penandaan barang buatan tempatan bagi juga, ianya dapat membantu untuk merancakkan semula ekonomi
rangkaian pasaraya. negara untuk berkembang lebih maju selepas Perintah Kawalan
Mewujudkan saluran khusus untuk produk Malaysia Pergerakan (PKP) ditamatkan. Justeru itu, FOMCA berharap rakyat
di platform e-dagang utama. Malaysia dapat menggunakan manfaat yang sedia ada dan juga
yang telah ditambah baik mengikut situasi semasa negara dengan
sebaik mungkin.

Sumber: www.penjana.treasury.gov.my

bil. 3/2020 | 7

Perkara Yang Perlu
Diketahui Mengenai

Kedai Pajak Gadai

Kedai Pemegang Pajak Gadai Berlesen di Pada tahun 2018,
Malaysia atau lebih dikenali sebagai Kedai terdapat 4 juta
Pajak telah berada di Malaysia sejak tahun
1871. Kini, terdapat lebih kurang 571 Kedai pelanggan pajak gadai
Pemegang Pajak Gadai Berlesen di Malaysia. dengan jumlah pajak

– Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian RM8.532 juta.
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
– Berita Harian, 20 Jun 2019

Pajak gadai menyediakan akses kepada pengguna untuk mendapatkan pinjaman dengan mudah,
sekiranya mempunyai barangan berharga untuk dipajakkan. Memandangkan ramai yang
menggunakan perkhidmatan Kedai Pajak, maklumat berikut perlu diambil tahu:

1 Faedah maksima yang dibenarkan ialah 2% sebulan 2 Tempoh gadaian ialah selama enam bulan, tetapi gadaian
atau 24% setahun. Jika kedai pajak gadai mengenakan juga boleh ditebus pada bila-bila masa. Sekiranya tidak
kadar faedah yang terlalu tinggi (lebih 2% sebulan) ke dapat menebus gadaian sebelum tamat tempoh, pemajak
atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara gadai boleh memberitahu kepada pemegang pajak gadai
ini kepada pejabat Ketua Setiausaha Kementerian untuk melanjutkan tempoh masa tidak kurang daripada
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. tiga bulan.

3 Semak tarikh luput. 4 Selepas tarikh luput, 5 Jika anda merasa 6 Setiap butir lanjutan
Anda tidak boleh semua barangan yang bahawa gadaian anda hendaklah dibuat dalam
menuntut barang digadai yang nilainya berkurang nilai atau jika buku pemegang pajak
selepas tarikh luput, kurang daripada RM200 kedai pajak gadai enggan gadai juga dalam surat pajak
kecuali kedai pajak menyerahkan gadaian gadai. Pemegang pajak gadai
gadai bersetuju akan menjadi kepunyaan anda, kemukakan perlu menghantar notis
memanjangkan kedai pajak gadai aduan kepada majistret. berdaftar kepada pemajak
tempoh berkenaan. berkenaan dan bukan Majistret mempunyai gadai mengenai tindakan
kepunyaan anda lagi. kuasa untuk memerintah untuk melelong barangan.
kedai pajak gadai untuk Notis ini perlu diterima oleh
7 Kedai pajak gadai bertanggungjawab atas kehilangan membayar gantirugi pemajak gadai tujuh hari
atau kemusnahan akibat kecurian atau kebakaran. yang munasabah. sebelum urusan pelelongan.

8 Sentiasa mendapatkan 9 Pastikan kedai pajak gadai yang anda 10 Semak buku catatan
resit setiap kali anda berurusan mempunyai lesen yang sah. kedai pajak gadai untuk
membuat pembayaran. Sila hubungi Bahagian Kawalan Kredit memastikan bahawa
Jika anda kehilangan resit / Komuniti, Kementerian Perumahan dan kandungannya adalah
tiket gadaian anda berhak Kerajaan Tempatan untuk membuat sama dengan surat
mendapatkan salinannya semakan. pajak gadai yang anda
secara percuma. terima.

8 | RINGGIT

Kelemahan Pajak Gadai Pajak Gadai
Islam
• Kadar faedah tinggi (Ar-Rahnu)
iaitu 2% sebulan
atau 24% setahun, Terdapat juga perkhidmatan pajak gadai yang
jauh melebihi kadar dijalankan menggunakan konsep patuh syariah,
pasaran. juga dikenali sebagai Ar-Rahnu. Melalui sistem ini,
perjanjian dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan
• Barang kemas yang digadai, samada cincin, tidak dikenakan faedah terhadap pinjaman. Menurut
gelang atau rantai biasanya tidak ditimbang atau konsep ini juga, penerima gadaian akan memberi
diukur. Banyak aduan diterima di Pusat Khidmat nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian
Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di mana yang digadai oleh penggadai.
barang kemas yang digadai itu lebih ringgan atau
pendek apabila ditebus. Terdapat aduan yang Perbezaan Pajak Emas di Kedai
peniaga pajak gadai sudah kikis sedikit emas Pajak Gadai dan Institusi
daripada barang itu. Perbankan
FOMCA mencadangkan agar pemajak meminta
pemegang pajak untuk merekodkan barangan Terdapat juga institusi
yang digadai contohnya sebentuk cincin, seutas perbankan yang
rantai dan yang paling penting menimbang berat menyediakan perkhidmatan
dan mengukur panjang rantai emas tersebut dan pajak gadai. Memajak
meminta butir-butir tersebut dituliskan di atas di institusi perbankan
resit sebelum memberikan barangan tersebut. mempunyai kelebihan
berbanding di kedai pajak,
• Andai peminjam gagal memandangkan institusi perbankan disyaratkan
menebus dalam tempoh untuk mengguna pakai prosedur yang ketat
yang ditetapkan, dalam penawaran produk dan perkhidmatan bagi
pemegang pajak gadai melindungi pengguna. Di samping itu, keselamatan
boleh memiliki nilai barangan yang dipajak juga lebih terjamin kerana
gadaian yang kurang premis institusi perbankan, lazimnya lebih selamat.
daripada RM200, tanpa Sekiranya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku
melantik pelelong seperti rompakan ataupun kebakaran, nilai barangan
berlesen. Akta Pajak kemas tersebut akan dipulangkan semula oleh pihak
Gadai 1972 juga tidak bank berbanding dengan kedai pajak gadai yang
memperuntukkan barang hanya bertanggungjawab untuk memulangkan
gadaian dipamerkan lebihan pinjaman sebanyak 25% sahaja.
sewaktu lelongan awam dilakukan.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan

Bahagian Kawalan Kredit Komuniti,
Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan
melalui nombor 03-8000 8000

atau e-mel di alamat [email protected]

Sumber: www.fomca.org.my

bil. 3/2020 | 9

Pelancongan
dan Percutian

Pada tahun 2019, industri pelancongan merupakan tersebut
penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi sebelum
Malaysia dan guna tenaga industri pelancongan tarikh percutian,
dianggarkan seramai 3.2 juta pekerja. Tidak hairanlah, baru mereka sedar
kerajaan menawarkan Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan bahawa agensi tersebut
PENJANA bernilai RM1 bilion pada awal bulan Jun 2020 telah melarikan diri dengan wang
bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna.
perusahaan mikro tempatan memulihkan sektor pelancongan
yang terjejas teruk berikutan penularan COVID-19, terutama Aduan kedua yang tertinggi yang diterima adalah tuntutan
dalam sektor yang dikategorikan sebagai teras, seperti balik atau refund yang merangkumi 13.97% daripada jumlah
berikut: keseluruhan aduan. Punca para pengguna membuat tuntutan
1. Premis penginapan pelancongan (hotel bajet, inap desa ini adalah kerana pembatalan percutian, pembayaran
sebanyak dua kali kerana transaksi kali pertama tidak
berdaftar, chalet dan rumah peranginan) berjaya atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak
2. Agensi pelancongan dan pengusaha pelancongan memuaskan. Namun apabila para pengguna membuat
3. Pengangkutan untuk pelancong (pengusaha bas, bot tuntutan balik daripada agensi pelancongan, ianya mengambil
masa yang sangat lama. Jawapan yang diberikan pula tidak
dan kereta sewa)
memuaskan. Malah, ada agensi yang mengherdik
Skim pembiayaan ini harus dimanfaatkan sebaiknya oleh para pengguna dengan kata-kata yang kesat
pengusaha sektor pelancongan bagi meningkatkan kualiti serta memberi janji kosong dengan tidak
perkhidmatan pelancongan, mengukuhkan keupayaan mereka membayar balik tuntutan.
membuat penyesuaian serta meningkatkan daya
saing selepas negara pulih daripada Aduan mengenai kualiti
COVID-19 nanti. Aduan yang diterima perkhidmatan yang disediakan
oleh Pusat Khidmat Aduan oleh pihak agensi pelancongan ini
Pengguna Nasional (NCCC) berada pada kedudukan ketiga
pada 2018 (4,411 aduan), dengan 7.98% daripada jumlah
bolehlah digunakan keseluruhan. Antara aduan
sebagai panduan dalam yang diterima adalah tentang
memperbaiki kualiti kebersihan bilik penginapan
perkhidmatan sektor percutian yang diberikan oleh
pelancongan. Sebanyak agensi pelancongan mahu pun
27.93% daripada hotel-hotel yang dipilih sendiri oleh
jumlah aduan adalah
mengenai penipuan para pengguna. Malah ada pengguna
oleh agensi pelancongan yang mengadu mereka dijangkiti
yang tidak berdaftar penyakit kulit gara-gara katil yang tidak
dengan Kementerian bersih serta digigit oleh pepijat dan terpaksa
Pelancongan, Seni dan mendapat rawatan pakar perubatan. Pihak
Budaya Malaysia (MOTAC). hotel pula tidak mahu melayan permintaan pengguna
apabila pengguna meminta pampasan daripada pihak hotel.
Ramai pengguna yang terpedaya Terdapat juga kes-kes layanan yang tidak mesra diberikan
dengan tipu helah ‘ejen’ yang menjanjikan oleh para pekerja di tempat penginapan. Ada kalanya, para
percutian atau pelancongan yang jauh lebih pekerja bersikap kasar dan memberi maklumat yang salah
murah daripada harga pasaran. Kebiasaannya agensi
pelancongan ini akan mendesak pengguna membayar secara
ansuran 6 hingga 8 bulan sebelum tarikh percutian sebenar.
Namun apabila para pengguna cuba menghubungi agensi

10 | RINGGIT

kepada tetamu di tempat penginapan. Selain daripada itu, Begitu juga dengan agensi pelancongan yang menjanjikan
layanan yang diberikan oleh pekerja sektor pengangkutan makanan di hotel yang ternama, tetapi pada hakikat, ianya
awam seperti bas, teksi dan pemandu e-hailing juga ada tidak dikotakan.
yang kurang sempurna. Pekerja di lapangan ini merupakan
tunjang kepada peningkatan sektor pelancongan dan adalah Hotel-hotel juga turut menerima 407 aduan daripada
penting untuk mereka mendokong hasrat kerajaan untuk pengguna sepanjang 2018. Aduan ini merangkumi
memajukan industri pelancongan di negara kita. pelbagai isu seperti tempahan hotel (3.31%),
kebersihan hotel dan pembatalan bilik hotel atas
Selain daripada itu, industri penerbangan juga turut talian masing-masing pada 2.49% dan kaunter
menerima aduan sebanyak 19.74%. Aduan yang diterima daftar masuk (2.38%). Walaupun isu-isu ini
merangkumi masalah tempahan (6.73%), perubahan jadual mungkin menunjukkan peratusan yang sedikit,
penerbangan (4.24%), masalah bagasi (3.99%), pertikaian tetapi kesannya adalah besar kepada industri
tambang penerbangan (2.99%) dan pembatalan penerbangan pelancongan di negara kita. Bila pengguna
(1.79%). Industri penerbangan sepatutnya memberi diberi layanan yang buruk semasa mendaftar,
perkhidmatan yang cemerlang untuk menggalakkan lebih ianya akan memberikan pandangan yang negatif
ramai pelancong tempatan dan asing untuk berkunjung terhadap hotel tersebut.
ke negara kita. Namun perkhidmatan yang disediakan
oleh industri penerbangan ini perlu diperbaiki. FOMCA ingin menyeru agar Skim Pembiayaan
Misalnya, bila pelanggan membuat tempahan tiket Sektor Pelancongan yang baru dilancarkan ini dapat
penerbangan atas talian, ada kalanya sistem tersebut digunakan bukan sahaja untuk memberikan nafas
tidak memberi maklum balas menyebabkan pengguna baru kepada sektor pelancongan yang terjejas teruk
terpaksa membuat tempahan semua. Akhirnya akibat COVID-19, tetapi juga dijadikan pemangkin kepada
pengguna terpaksa membayar dua kali dan urusan tahap kualiti perkhidmatan yang lebih baik dalam kalangan
menuntut kembali wang tersebut amat sukar sekali. Ada pengusaha sektor pelancongan.
kalanya industri tersebut tidak mengembalikan wang dan
kalau adapun, akan mengambil masa yang sangat lama. Pengguna boleh memainkan peranan dalam meningkatkan
kualiti perkhidmatan dengan melaporkan ketidakpuasan
Di samping itu, 6.23% aduan diterima mengenai representasi hati terhadap perkhidmatan pelancongan kepada MOTAC
palsu dalam sektor perhotelan mahupun pelancongan. atau NCCC. Selain itu, pengguna juga dinasihatkan untuk
Contohnya, pelancong dijanjikan bilik yang menghadap laut mendapatkan insurans perjalanan untuk melindungi diri dan/
dengan pandangan panoramik, tetapi ianya tidak ditunaikan. atau keluarga terhadap kemalangan, kerugian dan gangguan
semasa melancong.

Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

bil. 3/2020 | 11

3 panduan berguna
pandduaalanmbemrgeunngaurus pelan
lam3bpmaanyeduanagnrabuenrrugbusnaapleiklapninjamanCari
ypaanrdadalnuaambnmabelenikgrgurupunsinapejalamn an Mr.Xajenbank
3 panduan berguna Cari 2j
alamb3daaplymaanmredanumnagebnunaHbgrlUiukeuBsUrpguNpisunGnpejIaaeTlmEalaRanUnnS BANK ANDAHUBUNGI TERUS BANK ANDAHubungi #

terus bank untuk Mr.X ajen bank #pinjamanmudah #cepat #PKS #ajenbank
2j Cari
ayadbraalynaamrbaamn lebiknaglpikuirnpuijsnapjamemlaaannnHubungHi UteBUruNsGbI aTEmnRkUeSunBndAtauNkpK aANtkDaAn maklumat yang#pinjamanmCudaarhi #cepat#PKS#ajenbank
lebih jelas dan khidmat nasihatmendapmHauebtnkudnaagpni atetmkruasnabmkaanlukklumumntaautktyaynagng LOAN
DAPAT
bayaran balik pinjamanberkenaan pelan bayaran baliklebih jelalesbihdjaelans dkahnidkhmidmaatt nnaasihsaiht at
AJENMr.X ajen bank
Mr.X ajen bank
AWAS A SHpbHmeiUnuerBbjknaUuedmnNangpaaGiHHatlpmHbnaeUUetIeiubneknrBBbrjuiTnakahUUuedEsmnpnjnNNaeRgbaapmleGGainaaUatslaenntIIaSdkrkkpuTTaanlEEsenpunBuRRlbammnbkAiaUUnhntaanaiuSSNbdkkjtklaamyuBBuKyymanaAAmaattarruANNnanatkagnaKKyNnasbniAAhnDabaglNNiAtkaDDlAAik
AWAS AWlebih jelabHs eudbrkauennngakiathenirdpumselbaaantnbknauaynastiruhakan tbalikAJEN LOAN2j
2j
Cari
CEPATCEPAT DAPAT#pin#japminajnammuadnahm#ucdepaaht ##PcKeSp#aatje#nPbaKnSk #ajenbank

CTOS , CCRIS layaAJEN LOAN#pinjCamaT2Mnj mrO.CXudAaaSEhjem#JnPc,ebEepAaaCntNmTk#CPKoSLDR#haOAIjeoSnAbPannANlkaTyak
CEPAT DAPAT memohon
JANGAN BERURUSAN AWASA SpbeinrjkaemnaaJnapmlAenibneNpjinahGdemjaeAlaaplanNanstdkBbaaEannRymkUahaRridkaUlmunSmaAbtanaNt ayliaskihnagt
DbEeNrkGenAaNan PpIeHlaAnKbaKyEaTraIGn bAalik
Bpeinrjuarmusaann secara langsung dengan
C30T0 OASJ,ECNCLROISANlaya15kKomen

CCTLikEemOPeASmT,oDChAoCPnARCTomImSent layak

CTSpOmenaSh , CmCeRImS olahy3oa00kn
AWJANGAN BERURUSANJbuAnaNtnukGk tmAaneNpnagBepElaiRhkaUdkRakUeripStigaAadNaatdaituipeujen 1

300 Wahabmemohon 15 Komen

pmLike Comment Like Comme
DENGAN PIHAK KETIGADENGAN PIHAK KETIGADENGAN PIHAK KETIGA
300 15 Komen

Jamal
DJuBbbBuAenaEenatrNNntrnuuuukkGGrrkkuuttmAsAamsaanaeDDDJNNnnepBbBbuu(HlAnanAAEBeennpaausangnNNNBttrrPPPbennjuuuu1saMeugAAukkGpGcrrEIkk-etuul3n)H.ttaeiTTammRAssAaa0hgpucSKKaak0rnnAilinaeeUNlNannai-AAaappptnn8hdkuKiRssaa8ggkNNhhlrBPkeeaaa-kaeeuaU5ppccEImernubBllbdKkkH4BBaaiiiaaRhhpStu6eglBkkAAerrnAaEiaaaaU5aannkgaAasddkkNNgTdKtrRuernandllnaaaaiukkiuaINknUTTpteerraBnngGKkpiiaUUgNrippkNSttgggaaEiiusAAtggdaaeAMssAttaTduuuaagddamkdisNNaLINtnnauaeaaGnIaiaaNggapnrnnaeLLattddegKAaanuddbgAAii:pjtttMduuneeeaiiaappNNdnnnaeesnaiguunggttulJJjjeeaeeuiaaeUUpaynnpnnncesTTnluigaaiajheakranandklaakerniptgigasuadna30aBg0 WppPSJSPJWpPpaaammmmeemmmPaatmmdnnhhLaaaaaainaEkhhdbbllWJpSpeammekiRamnthLuaeaaiIkhtibleNipdneGaugjkAeapTnAenCorNmnme1an5!tKPWppSJhoammemmaCmnehonamaahblment
melaPnmtik mana-mana

pNaetguukppppnnmmaaeeiitthhBBuueerrnraammaaPPkkllaaakknnEEoottbnnPkkuuRRkkhhMtteejjaIIiiEoottuukkNNiittddnnaaRiinaggmmGGaaaannIaatlaannkkNAAammunnaappTTppGaeeyaaAAtteeiiaannmm--srrNNnAmmuujjnniaappaaaTaaeemm!!rrAoohhnnjjeeaassaaNeennnnss
(HBuNbhMutn)tpgusin:/pt/uithkealmekleiBnnakdn.baknpNmaet.ggkaaonrva.bmMayna/ tlauaysnia !

DlaAnPjuAt.TSKilAa NhubBuAnNgiTBUNAMNLINLKA: NJUT

DAPATKAN BADNATPUAATNKAL ANNBJAUTNTUAN L ANJUTDH(BH(lauABNunNbPbjMMuuAutn)n).TguSgKuiinliAanplH(taBuputinNNhhkbujihh11Muuauh--kttmtb33n)ttk.Bapp00guSuemssBA00iinkl::nn--a//apt88//uNgediB88nBtthhkAee--iaNuank55TaKllmCBH(eebEk44pNNUdTNRNBllEun66eAiiBLaGnnu55BnAneAaAaMNkNkkRtKgdbnOAg..kFpbbNiaLMMkMNaAaBLAnnIuApYLaNNSNnmmAIrAaeYLane)MKStt..IbggAggkAk:LgMuaaooaIaNanNrvvinnaaK..nrbmmt:plJatMauayyuUbnaiay//htMlksTnaauiaaaynamsnikatlaueBaynasndinaak
PERINGATANln
a jh1uh1--ttt3t3t.p0p0Ss0s0:i-/l:8-a//88t/e-8th5lee-4u5l6liebn45klu6BBi.AAnb5nNNKKClkEnNNNgaTREEm.ALGGbBiAAAnNRRK.BOAAgnFjMMMh1AuNLoAAmAYLLS-tAAIvAtMYY3tSS...IImpAAg0LSyso0IiN/l:-va/8K./m8:the-yu5l/eb4lu6in5nkg.bi BnNmM.ugppLnueoiIpthnmNurvamitkhBKuek.otamaku:lkhakejnoutytnkunaikg/tanejiatuknitmdaiapgmeanptiamanmakuijmahpnaBpeemreaaotajeleaasma-krennnmunsnpkakaerteohnjiteksiatdenigmsaaak perna
na-m
atau
CENTRAL BANK OF MALAYSIA permohonuanntupkinjtaumjuaan n memp

BANK NEGARA MALAYSIA permohonan pinjau

CENTRAL BANK OF MALAYSIA

BANK NEGARA MALAYSIA

CENTRAL BANK OF MALAYSIA

BANK NEGARA MALAYSIA

CENTRAL BANK OF MALAYSIA


Click to View FlipBook Version