The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marcvinay0355, 2021-03-31 06:43:41

Anjung Sentosa Edisi ke-19

ANJUNG SENTOSA







SMK BUKIT SENTOSA







EDISI 19/2020

Isi Kandungan







Sejarah, Latar 2-5
Belakang Dan Piagam
Smkbs


Kata-Kata Aluan 6-15


Tenaga Pengajar 16-21

SEBESTA


AJK Guru & Pelajar 22-23
Sidang Redaksi


Takwim Tahunan 24-26


Penerima Anugerah 27
Penerima Cemerlang


Pencapaian Akademik, 28-42

Ko-Kurikulum Dan
Acara PPKI


Sorotan Sepanjang 43-50
Tahun


Karya Pelajar 51-75


Album Kelas 76-143


Salam Perpisahan 144-183
Tingkatan 5







KATA ALU-ALUAN


MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Selamat
Sejahtera.

Tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar bagi seluruh dunia,
termasuk juga negara kita yang begitu terkesan dengan pandemik
COVID-19.

Keadaan pada masa ini merupakan satu situasi yang sukar kepada
semua dan perlu kita harungi bersama. Tambahan pula, dalam
situasi negara menghadapi gelombang ketiga pandemik COVID-19
dengan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi. KPM
memerlukan pendekatan yang berbeza dan ada kalanya pendekatan tersebut adalah luar
daripada kebiasaan.

Namun dalam apa jua pendekatan dan keputusan yang diambil, KPM sentiasa memberi
keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan semua murid, guru, pensyarah dan warga
KPM. Dalam mendepani cabaran pada masa ini, kami memohon jasa baik dan kerjasama semua
pihak untuk bersama-sama mendukung usaha-usaha yang dilaksanakan oleh KPM. Yakinlah
bahawa setiap langkah yang diatur KPM adalah bagi memastikan generasi masa depan negara
mendapat pendidikan yang terbaik walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.

Saya juga ingin menyeru kepada semua warga KPM, ibu bapa dan penjaga agar terus mematuhi
arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi
membendung penularan wabak COVID-19.

Marilah kita mendoakan agar keadaan kembali pulih dan pembelajaran anak-anak kita untuk
sesi akan datang dapat diteruskan dalam keadaaan selamat.


Sekian, terima kasih.


DR. MOHD RADZI BIN MD JIDIN
MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kata-kata aluan














KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah atas kejayaan menerbitkan majalah

sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah sekolah ini dijadikan sebagai
panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan
budaya penyanyang dalam kalangan warga sekolah.


Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035 akan sentiasa menjadi fokus utama
untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu

kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan
pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua.

Justeru, akauntabiliti perlu ada pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran
murid diutamakan. Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan
menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan.


Akhir Kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terys
bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilah

BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!





DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM

KATA ALU-ALUAN


PEGAWAI PENDIDIKAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan
sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada kali ini.

Setinggi-tinggi taniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA kerana berjaya
menerbitkan majalah bagi tahun 2020.

Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus dicontohi kerana dapat
merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah ini
juga akan menjadi sumber rujukan dan kenangan sepanjang hayat buat semua warga sekolah.

Tahun 2020 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat kita semua. Ancaman
COVID-19 menyebabkan sesi persekolahan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ketika
menghadapi cabaran dan masalah ini, kita sebagai warga pendidik janganlah mudah berputus
asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran, kekuatan akidah dan iltizam yang tinggi bagi
memastikan tanggungjawab kita dapat dilaksanakan. Inilah benteng utama yang perlu
dibudayakan dan ditanam dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. Semoga usaha bakti yang
kita sumbangkan selama ini diberkati olah Allah S.W.T.

Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam menangani apa jua cabaran
dan halangan dalam usaha membentuk kemenjadian anak murid yang mampu mendepani
segala cabaran pada masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor mendoakan agar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA terus
menggapai kegemilangan dan merealisasikan slogan JPN Selanor Terbilang

Selamat Maju Jaya.



HAJI IZMI BIN HAJI ISMAIL, A.M.P., P.J.K
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDKAN NEGERI SELANGOR

KATA ALU-ALUAN

PEGAWAI PENDIDIKAN

DAERAH HULU SELANGOR



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan inayah-Nya,
saya diberi kesempatan menitipkan kata alu-aluan untuk e-Majalah Sebesta bagi
tahun 2020.

Ucapan syabas dan taniah kepada Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi lantaran
terlaksananya penebitan majalah sekolah walaupun dalam suasana pandemik
COVID-19 yang menuntut warga sekolah mematuhi peraturan norma baharu.

Kejayaan ini merupakan legasi tradisi sekolah yang signifikan di mana melaluinya
kita dapat merakamkan pelbagai memori sukaduka dan pahit manis warga sekolah sepanjang tahun.
Saya penuh yakin keutuhan semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi
yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun sahsiah.

Kecermelangan yang telah dicapai oleh SMK Bukit Sentosa dalam semua bidang perlu diperkasakan agar
visi yang dijana mampu direalisasikan secara holistik tanpa sebarang keraguan. Visi ini akan terlaksana
sekiranya ada usaha penyatuan hati segenap lapisan dalam menggarap kejituan matlamat bersandarkan
kegigihan dalam solidariti di kalangan warga sekolah. Saya berasa bangga dengan peningkatan
pencapaian semasa sekolah dan berharap agar momentum itu diteruskan demi kecemerlangan di masa
hadapan.

Sekolah adalah satu institusi ampuh dalam membentuk modal insan cemerlang dan berketerampilan
kreativiti, inovasi dan potensi murid serta warga sekolah hendaklah sentiasa dijana agar kecemerlagan
dalam semua bidang tercapai. Kemenjadian murid yang unggul berdasarkan kompentesi individu dan
bersahsiah mulia berupaya melahirkan modal insan berpekerti mulia yang bersifat holistik.

Akhir kata, saya yakin dan percaya warga SMK Bukit Sentosa akan terus berjuang bersungguh-sungguh
untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan, kukuh jati diri, berakhlak tinggi dan bersemangat kental
demi memastikan SMK Bukit Sentosa berada pada tahap cemerlang.

Sekian, terima kasih.

‘SEHATI MENGUNGGULI PRESTASI’

ROZLINA BINTI ABDUL GHANI
PENGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR

Kata-kata Aluan
















Pengetua
Assalamualaikum WBT,
Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya pada tahun ini, saya diberi ruang dan
kesempatan untuk merakan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebelum meneruskan bicara, saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Sidang Redaksi E-Majalah Anjung
Sentosa 2020 kerana telah Berjaya menerbitkan majalah ini.

Alhamdulillah, berkat usaha gigih kerjasama semua pihak, SEBESTA telah banyak mengalami
perubahan dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini merupakan hasil usaha pelbagai pihak dalam
mengekalkan dan meningkatkan pencapaian ini dari semasa ke semasa.

Dalam menghadapi era globalisasi ini, para pelajar perlu berusaha lebih gigih untuk melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain itu, permuafakatan antara ibu bapa dan guru
merupakan tunjang penting bagi melahirkan kejayaan anak-anak. Oleh itu, para pelajar perlu
sentiasa aktif dari segi akademik dan kokurikulum untuk mejadi para pelajar yang berpengatahuan
dan berkeperibadian mulia demi menyahut cabaran dan wawasan negara.

Akhir kata, saya berharap agar semua warga SEBESTA terus melipat gandakan usaha untuk meraih
kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang
terlibat secara lansung bagi menjayakan penerbitan E-Majalah Anjung Sentosa 2020 ini.

Sekian..Terima kasih
“Selamat Maju Jaya”

Tuan Raimi bin Ramli
Pengetua
SMK Bukit Sentosa

Kata-kata Aluan


















YDP PIBG



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi E-Majalah
Anjung Sentosa edisi ke-19 SMK Bukit Sentosa kerana Berjaya menghasilkan dokumentasi dan
rakaman peristiwa sepanjang sesi persekolahan 2020 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata
dalam penerbitan E-Majalah Anjung Sentosa ini.

Saya yakin dengan usaha bersepadu daripada seluruh warga SEBESTA, sekolah ini mampu
mencapai visi dan misi yang dirancang dari awal sesi persekolahan sehingga penghujung sesi. Saya
sebagai wakil ibu bapa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan pengetua,
barisan pentadbir dan semua warga pendidik di sekolah ini atas kejayaan yang telah dicapai.
Sesungguhnya segala komitmen yang tidak mengenal erti penat dan jemu daripada warga SEBESTA
mampu mejadikan sekolah terus cemerlang.

Negara kita amat memerlukan bakal pemimpin yang berwibawa, berketerampilan dan
berkaliber. Tanpa semangat sanggup bekorban, berdedikasi, proaktif dan berkeperibadian mulia,
guru tidak akan dapat melahirkan pelajar yang berkemampuan untuk mengharungi segala dugaan
hidup yang kian mencabar. Saya bagi pihak PIBG menyeru kepada semua ibu bapa dan masyarakat
setempat agar tampil memberi sumbangan dan kerjasama serta sokongan penuh bagi memastikan
kecemerlangan SEBESTA.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SEBESTA sentiasa melakar kecemerlangan
dalam bidang akademik serta kokurikulum. Saya berharap agar visi dan misi SEBESTA menjadi
kenyataan.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat menyediakan
pendidikan yang berkualiti serta mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Sekali lagi,
tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak yang terlibat dan berusaha
gigih bagi merelisasikan penerbitan E-Majalah sekolah ini.
Sekian, terima kasih
TUAN HAJI BAKARI BIN ABU BAKAR

Kata-kata aluan Ketua Pengawas Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum dan selamat sejahtera,


Terlebih dahulu setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi
kerana telah berusaha keras menjayakan penerbitan Majalah sekolah 2020 yang dapat dijadikan
wahana bagi mengimbau segala kenangan pahit dan manis. Saya turut berterima kasih keran diberi
peluang dan membenarka n saya mencoretkan sepatah dua kata sebagai seorang Ketua Murid bagi
sesi 2020 pada halaman ini.


Pada kesempatan ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada barisan pentadbir serta para guru
yang banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada saya. Saya turut berbesar hati kerana diberi
peluang dan kepercayaan oleh guru-guru pengawas untuk memimpin Badan Pengawas SEBESTA
yang merupakan satu organisasi penting dan disegani warga sekolah. Saya berada dalam badan
pengawas selama lima tahun dan sepanjang tempoh itu, saya telah menerima banyak kata-kata
semangat dan sokongan moral tidak kira sama ada daripada guru-guru mahupun rakan
seperjuangan saya. Perkara ini memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk menerajui
tampuk kepimpinan ini dan saya yakin bahawa pelajar di sekolah ini mampu memberikan impak
yang positif kepada negara suatu hari kelak.


Umum mengetahui sepanjang tahun 2020 ini kita telah dilanda krisis wabak Covid-19 yang
meninggalkan kesan dari pelbagai sudut. Namun, saya memandang perkara ini pada sudut positif di
mana kami pelajar SEBESTA khususnya mula menjalani norma baharu Pasca Wabak Covid-19. Saya
beranggapan bahawa kami merupakan kumpulan pelajar yang istimewa kerana berpeluang
merasai suasana pembelajaran baharu serta dapat menambah kemahiran teknologi melalui e-
pendidikan yang telah diusahakan oleh ramai pihak termasuk guru-guru di SEBESTA. Tidak kira
apa berlaku, pelajaran sentiasa diutamakan kerana ilmu yang dicurahkan amat ditagih dan boleh
dijadikan bekal untuk melanjutkan pengajian ke universiti selain boleh diguna pakai apabila sudah
dewasa. Saya turut berbangga dan amat berterima kasih kepada rakan-rakan kerana telah berjaya
mematuhi ‘Standard Operation Procedur’ (SOP) dan sentiasa berdisiplin untuk memutuskan
rangkaian virus ini. Melalui musibah ini saya mendapati bahawa semua warga SEBESTA
sememangnya mempunyai semangat kerjasama yang tinggi,sikap bertolak ansur, dan prihatin
antara satu sama lain tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dan berdoa agar
SMK Bukit Sentosa sentiasa melakar kecemerlangan dalam bidang akademik serta kokurikulum.
Saya berharap agar warga sekolah ini menanam sikap sentiasa ingin maju ke depan seiring dengan
putaran dunia yang kian hari kian mencabar. Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya untuk
berkongsi serangkap pantun sebagai penutup kalam. Guru di sekolah membentuk jati diri, Penat
dan lelah tidak peduli, Ucapan terima kasih tanda undur diri,
Panjang umur bersua lagi. Sekian, terima kasih.

UMAR WAFIY BIN MUHAMADZAN

Kata- kata aluan Ketua Pengawas Pusat Sumber

Melayang sendiri
diatas permatang,
Merbah berkicau
dihujung muara.
Pemanis kata
selamat datang,
Awal bismillah
pembuka bicara.


Assalammualikum dan salam sejahtera saya ucapkan,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli
jawatankuasa Sidang Redaksi kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan e-
majalah pertama SEBESTA yang cukup bermakna bagi seluruh pelajar SEBESTA. Saya
juga ingin megucapkan jutaan terima kasih kepada Sidang Redaksi kerana memberi
peluang kepada saya untuk menitip sepatah dua kata sebagai Ketua Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, SEBESTA.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru pengawas pusat
sumber saya terutamanya Puan Haniza Binti Jamal dan Puan Noraini Binti Md. Zin
serta rakan- rakan seperjuangan saya kerana memberikan kepercayaan kepada saya
untuk mengetuai tampuk pimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah pada sesi 2020.
Oleh itu, saya berusaha sedaya upaya saya bukan sahaja dari segi pemikiran malah
mental dan fizikal bagi memantapkan lagi kepimpinan pengawas Pusat Sumber
Sekolah. Saya berharap agar semua pengawas Pusat Sumber Sekolah akan
memberikan komitmen dan sinergi yang tinggi bagi mewujudkan lagi perpustakaan
yang terunggul dan terbilang.


Seperti yang sedia maklum, Pusat Sumber Sekolah merupakan sebuah bilik yang
memainkan perana utama sebagai pusat rujuk kepada pelajar dan guru di sekolah.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua pelajar SMK Bukit Sentosa agar
memanfaatkan segala kemudahan yang terdapat di dalam Pusat Sumber Sekolah
untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan membantu menjadikan SEBESTA sebagai
salah satu sekolah yang terunggul di mata-mata orang.


Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
seandainya ada keterlanjutan dan kesalahan saya menerajui barisan kepimpinan
sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2020. Saya berharap pada masa
akan datang Pengawas Pusat Sumber Sekolah mencurahkan idea-idea yang kreatif dan
inovatif dalam membina Pusat Sumber Sekolah yang cemerang dan gemilang. Sekian
terima kasih Ahmad Naim bin Salleh.

Kata-kata aluan Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya










Salam Perpaduan dan Salam Sejahtera,




First of all, I would like to thank the Editorial Board of SMK Bukit Sentosa for giving this wonderful
opportunity to pen a few lines before moving into a bigger world. I also would like to wish them the
highest congratulations on their success in finishing this majalah for the school. I hope that SMK
Bukit Sentosa will continue to glory until the end.




Furthermore, I would like to thank Puan Norzira and all the other teachers for believing in me and
giving me the opportunity to prove myself, as the Head of Peer Counseler also known as Pengawas
Pembimbing Rakan Sebaya. Not forgetting my fellow peer counselors for being very dedicated
throughout the years. Without you guys I don’t think the activities organised by PRS will turn out
well. I hope that PRS will continue to succeed in the future and that more students will volunteer to
be part of PRS to help other students in need.




I started my position as a normal peer counselor when I was Form1. At that time I was still a very
immature student, like to play arround and hardly have much knowlege about what peer counseler
is. As times goes by after lots of kursus and lectures I finally got hold of what peer counseler is. It
took years to be the person I am today but I never gave up. To be a peer counselor you have to be
able to help yourself first also known as “ Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain”. Many would say that
PRS are hardly useful but it is totally incorrect. We make everyones day happy by coming to school
early in the morning and greeting students and teachers with huge smiles. As PRS we listen to your
stories and your problems and keep them a secret and try to help you guys and yet we love what we
do for all of you guys.




To all SMK Bukit Sentosa students, I would like to thank you all for always cooperating in all our
events and programs. I hope that everyone of you will achieve your dreams and suceed in the future.
I wish best of luck to all the students who are going to seat for major exams like PT3 and SPM
wishing you guys good results and make the school proud. In a nut shell, before I end this I would
like the give a shout out to all my friends. Thank you for giving the best experiance I could ever ask
for and lace a huge memory of events in SMK Bukit Sentosa.

"Success is not final; failure is not fatal: It is the courage to continue that counts."

MILCAH FONG

Kata-Kata Aluan Ketua Editor






Dua tiga kucing berlari,

Bermain-main di tepi sungai,

Bicara budi amalan terpuji,
Salam hormat saya memberi.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali
lagi kita saksikan sebuah penerbitan majalah yang menjadi kebanggaan warga
Smk Bukit Sentosa, iaitu Anjung Sentosa edisi ke-19 iaitu E-Majalah pertama
SEBESTA. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah diberikan kepada
guru penasihat Pn. Masliza binti Anim dan Team Sidang Redaksi 2020 atas berkat
usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam
menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga SEBESTA. Majalah
Anjung Sentosa ini turut menjadi medium bagi para pelajar menyerlahkan dan
mengasah bakat mereka yang sememangnya terpendam lama. Di majalah ini
jugalah tercatatnya segala coretan suka duka para guru dan para pelajar untuk
dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi para pelajar Tingkatan 5 yang akan
meninggalkan Smk Bukit Sentosa yang tercinta.

Penghasilan E-Majalah ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SEBESTA
bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut, baik
kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, kejayaan demi kejayaan yang telah
ditempa oleh para pelajar SEBESTA turut dimuatkan untuk tatapan semua.
Majalah ini turut memaparkan sebarang perubahan yang berlaku di Smk Bukit
Sentosa pada tahun yang cukup bermakna ini. Walaupun kita terpaksa
berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang menggugat nusa dan bangsa, saya
berharap penghasilan E-Majalah Anjung Sentosa ini masih menjadi coretan
memori dalam hati warga SEBESTA

Sebagai ketua editor Anjung Sentosa 2020, saya mewakili Team Sidang
Redaksi 2020 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan
dalam penghasilan majalah ini dan ampun maaf dipinta, sesungguhnya segala
yang baik datangnya daripada Tuhan dan yang sebaliknya datang dari kelemahan
diri saya sendiri. Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat agar Majalah Anjung
Sentosa 2020 akan tetap tersemat di hati warga Smk Bukit Sentosa. Semoga
dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan dan memori indah bersama
SEBESTA dapat dipotretkan untuk tatapan masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
MARC VINAY ROZARIO



FARIDAH BINTI SHREEF

(PK KURIKULUM)













TAKWIM TAHUNAN SEBESTA 2020









JANUARI FEBUARI



- ORIENTASI TINGKATAN 1, - LAWATAN ILMIAH HELP UNIVERSITI

TINGKATAN 4 DAN PERALIHAN - PROGRAM BICARA HATI PT3

- MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN - SUKANTARA
- PERLANTIKAN GURU DISIPLIN DAN - PROGRAM PROSA
KUASA MEROTAN
- PERHIMPUNAN KOKURIKULUM
- PROGRAM CERAMAH POLIS DAN
CERAMAH KERJAYA INTI COLLEGE - KERJOHANAN TREK DAN BERLAPAN
- PROGRAM MOTIVASI UNTUKMU - PROGRAM NUR QURAN DAN PERKASA

- MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN MORAL DAN CERAMAH KERJAYA MSU
PELAJAR DAN KURSUS KEPIMPINAN
KOKURIKULUM - KURSUS NAQIB DAN NAQIBAH
- MAJLIS PERLANCARAN SUMUR

-ORIENTASI PELAJAR BAHARU

MAC - KERJOHANAN OLAHRAGA

- LAWATAN ILMIAH INTI COLLEGE
- PLBD BOLING DAN MEMANAH
NJ
- KEPUTUSAN SPM 2019
BVC SSS
JJJJJj -PROGRAM CERAMAH KERJAYA UNITAR [Grab
your APRIL
-LAWATAN KERJAYA TLDM
reader’s attention with a great quote from the
- SARANA IBU BAPA DAN MAJLIS
- PROGRAM NUR QURAN DAN PERKASA document or use this space to emphasize a key point.
PENETAPAN TARGET SPM
To MORAL place this text box anywhere on the page, just drag
it.] - PROGRAM HARI KECEMELANGAN
- CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
COPAQUE

- PROGRAM CERAMAH KERJAYA KOLEJ - PROGRAM JOY RIDE PPKI
POLITECH MARA
- PELANCARAN MINGGU PPDa
-PROGRAM BICARA HATI SPM
-KEJOHANAN OLAHRAGA PPKI
- KEM PENGAWAS DAN KURSUS PRS
- DIALOG PROFESIONAL SESI PAGI DAN

SESI PETANG

MEI JUN



- MINGGU IHYA RAMADHAN PPKI - LAWATAN KE RUMAH SRI KENANGA

- PROGRAM NUR QURAN DAN PERKASA - PROGRAM NUR QURAN DAN PERKASA
MORAL MORAL

- SAMBUTAN HATI GURU - MAJLIS RUMAH TERBUKA PPKI
PROGRAM CERAMAH POLIS DAN KEM
- CUTI PERTENGAHAN TAHUN
SEMAI KASIH
- PROGRAM MOTIVASI UNTUKMMU
TINGKATAN 4 DAN SESI PETANG

-MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI (PPKI)


JULAI

OGOS
- PROGRAM NUR QURAN DAN

PERKASA MORAL - MOTIVASI PECUTAN AKHIR PT3 DAN
SPM
- PERJUMPAAN PERKHEMAHAN
PERDANA - PROFRAM NUR QURAN DAN PERKASA
MORAL
- MINGGU MPV
- MAJLIS ANUGERAH PERHARGAAN
MURID KEHADIRAN PENUH

- CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

-


SEPTEMBER


- MAJLIS ANUGERAH KAUSELING
- PROGRAM NUR QURAN DAN PERKASA MORAL








OKTOBER




- MAJLIS RESTU ILMU SPM

- PROGRAM NUR QURAN DAN PERKASA MORAL










NOVEMBER



- MAJLIS ANUGERAH PELAJAR PPKI

- CUTI AKHIR PENGGAL









DISEMBER




- CUTI AKHIR PENGGAL

- PENDAFTARAN PERLAJAR TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

(APC) 2019















PUAN FARIDAH BINTI MOHD PUAN ZULFALILAH BINTI ATAN PUAN NORIMA BINTI ABDUL
SHREEF RAHMAN













TUAN HAJI ABDUL RASHID PUAN HANIZA BINTI ABDUL PUAN HUMAIRA BINTI AHMAD
BIN SAAD BASHIR RAHMAN













PUAN NORJIHAN BINTI PUAN NORAZURA BINTI ENCIK MUHAMMAD FARHAN
MOHAMAD MUSTAPHA BIN MATORIDI













PUAN TAN PHIEW MOON PUAN ZARITA BINTI HALIM

LAPORAN PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI

BADAN BERUNIFORM SEBESTA TAHUN 2020


BIL TARIKH AKTIVITI PENCAPAIAN PERINGKAT CATATAN
1. 24 – 25 Feb Latihan Intensif Kenaikan 1. Inspektor – 1 Daerah 8 peserta
Pangkat kadet Polis 2. sarjan – 3
3. Koperal - 4
2. 26 Feb Pertandingan Kemahiran 1. Johan Daerah 25 peserta
Kebombaan Kadet keseluruhan 5 peserta
Bomba 2. Kawad Operasi layak ke
kering - Johan peringkat
3. Brain dan Brawn - negeri
Johan
4. Ikatan dan
simpulan – Naib
johan
5. Aspek Challenge
– ke 3
3. 25 – 27 Feb Perkhemahan Ujian 1. Koperal – 2 Daerah 6 peserta
Kenaikan Pangkat KRS 2. Sarjan - 4
4. 3 – 5 Mac Perkhemahan Kadet Sijil Penyertaan Daerah 25 peserta
Bomba
5. 6 – 8 Mac Kursus ketua Petrol dan Sijil Penyertaan Daerah 17 peserta
Enam Sekawan
Persekutuan Pengakap
Malaysia
6. Mac Fun Run WTD Selangor Sijil Penyertaan Negeri 26 peserta
(Pandu Puteri)
7. 7 Apr – 31 Girl Guides Stay At Home 6 peserta layak sijil Kebangsaan 10 peserta
Julai Challenge (Pandu Puteri) kebangsaan
8. 24 Ogos Pertandingan Sorakan Sijil Penyertaan Negeri 5 peserta
Badan Beruniform (Kadet Polis)
9. 10 – 12 Nov Kuiz PBB JPN Selangor Sijil Penyertaan Kebangsaan 527 peserta
10. Nov - Dis Goose Game wtth Our Sijil penyertaan (sijil Antarabangsa 6 peserta
Chalet (Pandu Puteri) pencapaian belum
diperolehi)

LAPORAN PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI

KELAB DAN PERSATUAN SEBESTA TAHUN 2020


BIL TARIKH AKTIVITI PENCAPAIAN PERINGKAT CATATAN
1. 5 Mac Festival Nasyid Sekolah 1. Tempat ke 4 Daerah 10 peserta
Selangor
2. 5 Mac Majlis Tilawah Al-Quran 1. Tempat ke 3 dan Daerah 2 peserta
ke 4
3. 28 – 31 Mac Pertandingan Penulisan Sijil Penyertaan Kebangsaan
menempuh Covic19 –
suatu pengalaman Anjuran
Perpustakaan Negara
Malaysia
4. Mei Pertandingan Menulis Esei Sijil Penyertaan Negeri 9 peserta
dan Mencipta Sajak
sempena Covid-19 (B.
Melayu dan B. Inggeris)
5. 20 Mei Pertandingan Bercerita 1. Tempat ke 3 Kebangsaan
Anjuran Perpustakaan
Negara Malaysia
6. Jun – Julai STEM Online Challenge 1. Stem Show – johan Daerah 3 peserta
2. Sc Infografik –
Penyertaan
3. Sc Digital video –
Penyertaan
7. Jun – Julai STEM Online Challenge 1. Stem show – Naib Negeri 1 peserta
Johan
8. 1 – 31 Ogos Pertandingan KESEF 2020 Sijil Penyertaan Kebangsaan 29 peserta
9. 4 – 5 Ogos KANGAROO Math 1. Bronze – 1 Kebangsaan 26 peserta
Competition 2020 2. Honorable award-
5
10. 26 Ogos Virtual National Science Sijil penyertaan Kebangsaan 12 peserta
Challenge 2020
11. 5 Sept International Mathematic Sijil Penyertaan Kebangsaan 6 peserta
Olympiad Nasional
Selection Test (IMONST)
12. 9 Sept Pertandingan Beaver 2020 1. Gold award – 1 Kebangsaan 35 peserta
2. Bronze award – 2
3. Honorable award –
10
13. 15 Sept Pertandingan Merdeka 63 Sijil Penyertaan Daerah 6 peserta
Anjuran PPD

14. 23 Sept Digital Computency Score Sijil Penyertaan Kebangsaan 195 peserta
15. 28 Sept Pertandingan Sijil Penyertaan Negeri 2 peserta
Mendeklamasi Sajak dan
Syair Anjuran JPN dan DBP
Secara Maya 2020
16. 8 Okt Pertandingan Public Sijil Penyertaan Kebangsaan 1 peserta
Speaking ( Johan
Negeri)
17. 14 Okt Kuiz Modul Celik Sijil Penyertaan Kebangsaan 580 peserta
Kewangan Kerjasama KPM
dan BSN
18. Jun – Nov Young Inventors Challenge Sijil Penyertaan Antarabangsa 4 peserta
2020 Special Edition (YIC,
ASTI)
19. Disember Kuiz Kimia Kebangsaan Sijil Penyertaan Kebangsaan 30 peserta
2020 (keputusan
pencapaian Januari
2021)

LAPORAN PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI

SUKAN DAN PERMAINAN SEBESTA TAHUN 2020


BIL TARIKH AKTIVITI PENCAPAIAN PERINGKAT CATATAN
1. 22 Jan Kejohanan Merentas Penyertaan Daerah 17 peserta
Desa
2. 3 – 4 Feb Kejohanan Catur MSSD 1. Ke 3 keseluruhan Daerah 20 peserta
2. Individu U18 – 3 wakil ke
Naib johan peringkat
3. Kumpulan PU15 – negeri
ke 3
3. 5 – 7 Feb Pertandingan Badminton 1. Beregu – Naib Daerah 4 peserta
MSSD johan 1 wakil layak
2. Individu – Naib ke peringkat
johan negeri
4. 10 – 12 Feb Kejohanan Bola Jaring Penyertaan Daerah 20 peserta
MSSD Hulu Selangor
5. 12 – 14 Feb Pertandingan Bola 1. U18 – Johan (L) Daerah 20 peserta
Tampar MSSD 2. Penyertaan (P) 6 wakil layak
ke peringkat
negeri
6. 10 – 13 Feb Kejohanan Golf MSS Sijil Penyertaan Negeri 2 peserta
Selangor
7. 13 – 15 Feb Pertandingan Bola Sepak 1. U18 – Naib johan Daerah 24 peserta
MSSD 2 wakil ke
peringkat
negeri
8. 24 – 27 Feb Kejohanan Olahraga 1. Emas – 3 Daerah 45 peserta
MSSD 2. Perak – 7
3. Gangsa – 7
9. 18 Feb – 1 Kejohanan Taekwando Sijil Penyertaan Kebangsaan 1 peserta
Mac Antara Sekolah dan
Terbuka Kali ke 9
10. 1 Mac Kejohanan KUSESS Terbaik Pasukan Antarabangsa 12 peserta
International Chess Perempuan U15 (4
Championship org)
11. 18 Nov Bual Bicara Bersama Sijil Penyertaan Negeri 92 peserta
Pemain Kriket Malaysia
Secara Atas Talian





























Merentas Desa 2020








Click to View FlipBook Version