SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG
BUKU SKRAP SEJARAH
PERJUANGAN
TOKOH–TOKOH
TEMPATAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMA : NAQEEB NUSAIR BIN NASIRUDIN
KELAS : 5 PROGRESIF
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG,
JALAN RHU, TAMAN MARIDA, SENAWANG,
70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
NBA4031
GURU MATA PELAJARAN : CIKGU ZOLHAIRI
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1
i. PENGHARGAAN 2
3
ii. PENDAHULUAN
4-14
iii. PETA MALAYSIA
PEJUANG TOKOH-TOKOH 15
TEMPATAN
iv. HASIL KAJIAN
TOKOH-TOKOH TEMPATAN
v. RUJUKAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan
buku skrap tentang perjuangan tokoh-tokoh tempatan dikala
Negara kini sedang dilanda pandemik COVID-19. Banyak
ilmu yang saya dapat sepanjang tempoh menyiapkan
tugasan ini. Antaranya ialah saya lebih mengenali tokoh-
tokoh perjuangan secara mendalam serta banyak pengajaran
yang dapat diambil. Saya juga dapat meningkatkan
kemahiran saya dalam menggunakan komputer.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Zolhari
sebagai Guru Sejarah di atas segala tunjuk ajar yang telah
diberikan. Walaupun tugasan yang diberikan adalah secara
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ia tidak
menjadi halangan yang besar untuk saya menyiapkannya.
Saya juga amat berterima kasih kepada kedua ibubapa dan
adik- beradik kerana sentiasa menyokong dan memberi
kata-kata semangat kepada saya di dalam menyiapkan
tugasan ini.
1|mukasurat
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
PENDAHULUAN
Buku skrap ini bertajuk
“Perjuangan Tokoh–Tokoh Tempatan.”
Seramai 11 orang tokoh-tokoh
tempatan telah dihuraikan secara ringkas di dalam buku
skrap ini.
Semoga jasa dan perjuangan tokoh-tokoh tempatan ini akan
dapat di ketahui dan disanjungi oleh generasi- generasi yang
akan datang.
2|mukasurat
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
PEJUANG TOKO
TOK JANGGUT
HJ. ABDUL RA
LIMBON
DATO’ DATO’
MAHARAJA BAHAMAN
LELA YAM
RAJA
MAHADI
DOL SAID
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
OH-TOKOH TEMPATAN
ANTENOM
AHMAN MAT SALLEH
NG
SHARIF RENTAP
MASAHOR
N
MTUAN ANTAH
3|mukasurat
1. HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
Menentang British kerana penguatkuasaan undang- Nama lengkapnya, Haji Abdul Rahman bin Haji
undang binatang buas, peraturan tanah baharu dan Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir (1868 -
1929), merupakan seorang pendakwah dan
pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pejuang yang berasal dari Terengganu.
pertanian. Pihak British juga telah mengancam akan
mengambil tindakan undang-undang ke atas
mereka yang enggan membayar cukai.
Tahun 1922, Haji Abdul TERENGGANU
Rahman Limbong bertindak
sebagai peguam di mahkamah Mendapat pendidikan
untuk membela petani di Kuala asas ilmu-ilmu Islam
sejak kecil di Mekah.
Telemong yang ditangkap Beliau seorang pengamal
kerana menentang peraturan Tarikat Sammaniyah.
baharu. Mereka telah
membersihkan tanah tanpa
mengambil pas kebenaran.
Ancaman British untuk mengambil
tindakan undang-undang menyebabkan
para petani telah menduduki balai polis
dan bangunan kerajaan di Kuala Berang
pada tahun 1928.
Menurut laporan oleh H. W.
Thomson dan J. L. Humphreys, Haji
Abdul Rahman Limbong dan
pengikutnya dilabel sebagai
penderhaka kepada kerajaan
Terengganu.
Akhirnya Haji Abdul Rahman Limbong
ditangkap dan dibuang negeri ke Mekah
dan meninggal dunia di sana pada tahun
1929.
4|mukasurat
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
2. DATO’ BAHAMAN PAHANG
Nama sebenarnya ialah Dato’ Tahun 1894, Dato' Bahaman
Bahaman bin Abdul Rahman bin menawan Kuala Tembeling dan
Imam Noh dan dikenali sebagai
Jeram Ampai.
Dato’ Bahaman Orang Kaya Walau bagaimanapun British
Semantan. telah bertindak menawan semula
Jeram Ampai pada tahun 1895.
Beliau menentang British
disebabkan kehilangan hak Dato' Bahaman terpaksa
mengutip cukai dan dilucutkan berundur ke Kelantan dan
gelaran sebagai pembesar. mendapat perlindungan di
Tahun 1891, Dato' Bahaman Chiengmai, Thailand.
menyerang Balai Polis Lubuk
Terua (kerana kawasan ini adalah
kawasan pengaruhnya) dan
menawan kembali Lubuk Terua
dengan bantuan Tok Gajah dan
anaknya Mat Kilau.
Tahun 1892, Dato' Bahaman
mematahkan serangan British di
Semantan.
5|mukasurat
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
3. DATO’ MAHARAJA LELA
Nama penuh beliau ialah Dato’
Maharaja Lela Pandak Lam.
Beliau ialah Orang Besar
Berlapan Perak yang mentadbir
kawasan Pasir Salak
PERAK
Residen British iaitu J.W.W. Birch mengambil
alih kuasa Sultan dan pembesar tempatan serta
bersikap angkuh dan sombong.
Menentang British kerana British
memperkenalkan sistem cukai baharu yang
membebankan rakyat dan campur tangan dalam
pentadbiran negeri dan adat resam orang Melayu.
Februari 1875, Sultan Abdullah, Dato'
Maharaja Lela dan pembesar Melayu
Perak membuat bantahan terhadap
campur tangan British.
September 1875, Dato' Maharaja Lela
bersetuju ambil tanggungjawab untuk
membunuh J.W.W. Birch.
November 1875, J.W.W Birch dibunuh
oleh Seputum atas arahan Dato'
Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir
Salak.
Dato' Maharaja Lela telah
ditangkap dan dijatuh hukuman
gantung pada tahun 1877.
6|mukasurat
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
4. DOL SAID
Dato' Abdul Said bin Omar, atau Dol Said (1773 – Ogos
1849), ialah Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said
yang ke-9.
Berasal daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi
Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun
1799 ketika hanya berumur 26 tahun.
Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831
menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah
mengukir tempat di sejarah Melaka.
MELAKA Akhirnya, Dol Said
serah diri, diberi
Naning ialah kawasan pencen, sebidang
yang bersempadan dengan tanah dan di bawa ke
Melaka. Melaka.
British mendakwa Nanin
adalah kawasan jajahan
mereka tetapi Dol Said
membantah.
Menentang British bagi
mempertahankan kedaulatan
Naning dan
Menentang pelaksanaan undang-
undang British dan bayaran cukai
hasil tahunan 1/10 kepada British.
Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat
sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang
untuk menentang British dalam Perang Naning
yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir
pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari
berperang.
Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan
dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud
di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang
lain. Dol Said menerima bantuan ketenteraan dari Ulu Muar, Sungai
Ujong, Seri Menanti dan Rembau.
Dol Said kalah dalam perang Naning ke-2 pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya
Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832.
Kekalahan Perang Naning ke-2 disebabkan oleh sekutu Dol Said yang menolong pihak British.
Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
7|mukasurat
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
5. YAMTUAN ANTAH
Tidak bersetuju dengan tindakan NEGERI
British menyokong tindakan Dato’ SEMBILAN
Kelana yang mengisytiharkan
Terachi sebagai wilayahnya. Nama sebenar
Yamtuan Antah ialah
Menentang British kerana
Tunku Antah Raja
mencampuri urusan Radin telah
pentadbiran di Sungai Ujong.
dilahirkan pada
Beliau juga bimbang British tahun 1812.
akan meluaskan kuasanya
terhadap wilayah lain. Meninggal dunia
pada tahun 1888 di
Seri Menanti, Negeri
Sembilan.
Yamtuan Antah telah berjaya menawan Paroi pada
1875 dan pihak British telah menyerang balas serta
berjaya mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.
Pada tahun 1876, Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan
pendamaian. Hasil rundingan, Yamtuan Antah telah diiktirafkan sebagai
Yamtuan Besar Seri Menanti.
8|mukasurat
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
6. TOK JANGGUT
KELANTAN Tok Janggut menentang British
disebabkan pengenalan Sistem
Nama sebenar Haji Mat
Hassan bin Munas. Dikenali Penasihat British, dimana
sebagai Tok Janggut kerana penduduk tempatan terpaksa
beliau menyimpan janggut menerima system cukai dan
hingga ke paras dada. peraturan tanah baharu yang
Dilahirkan tahun 1853 di membebankan.
Kampung Jeram, Pasir
Puteh, Kelantan. Sistem Penasihat British
ialah sistem pentadbiran British
Mendapat pendidikan
pondok di Kelantan dan yang menempatkan seorang
Makkah. penasihat di negeri tertentu.
Penasihat British
bertanggungjawab menasihati
Sultan dalam semua perkara
kecuali agama Islam dan adat
istiadat orang Melayu.
Pada tahun 1915, Tok Janggut telah melancarkan serangan dan
Berjaya mengusai Pasir Puteh.
Pihak British bertindak menyerang balas Tok Janggut yang berkubu
di Kampung Dalam Pupuh.
Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.
9|mukasurat
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
7. MAT SALLEH
SABAH
Datu Paduka Mohammad Salleh bin
Datu Balu dilahirkan di Inanam,
Sabah dan berketurunan Bajau-Suluk.
Beliau memang terkenal dengan sifat
kepahlawanan dan keberanian
berperang.
Beliau lebih dikenali
sebagai Mat Salleh,
merupakan pejuang
Sabah yang terkenal
dalam penentangan
yang hebat terhadap
penjajahan British di
Sabah.
Perjuangan Mat Salleh
diteruskan oleh Mat
Sator yang berpusat di
Kampung Kapayan
Lama, Tambunan.
Menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana tidak mengiktiraf kedudukannya
sebagai pemerintah di Sandakan, Menggatal, Inanam dan Pulau Gaya sekaligus kehilangan
kawasan pengaruh.
SBUB mengambil hak memungut cukai dan mengadakan peraturan baru yang
membebankan rakyat.
Pada tahun 1897, Mat Salleh telah menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.
Beliau mendirikan kubu yang lebih kuat di Tambunan selepas kubunya di Ranau
dimusnahkan oleh SBUB.
Mat Salleh telah terkorban pada tahun 1900 selepas serangan besar-besaran oleh SBUB.
10 | m u k a s u r a t
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
8. ANTENOM
SABAH Nama sebenar beliau ialah Ontoros bin
Buyusan.
Dilahirkan pada tahun 1873 di Silar
Pinikit Salangit, Ulu Sungai Tahol,
Pensiangan, Sabah.
Antenom adalah anak keturunan Suku
Murut Tagol dari golongan bermartabat
mengikut adat istiadat kaum Murut. Beliau
dibesarkan dalam zaman daerah
kampungnya dilanda oleh persengketaan
kaum dan oleh ancaman pemburu kepala
kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau
dikenali dengan istilah “Pengayau”.
Antenom mengetuai pahlawan Murut umtuk menentang SBUB dan Penentangan terhadap SBUB
membina kubu di Silar Pinikit, Salangit, Ulu Sungai Tahol, adalah kerana :
Pensiangan. jadikan kaum Murut sebagai
Tahun 1915 – Antenom melancarkan serang hendap (menggunakan
tombak, pedang dan sumpit) terhadap SBUB di Pensiangan, buruh paksa untuk membina
seterusnya membina kubu di Sungai Salangit. jalan.
Akhirnya, Antenom serah diri kepada SBUB bagi menyelamatkan Tidak hiraukan adat dan
keluarga dan pengikutnya serta kaum Murut. kepercayaan kaum Murut.
Menceroboh kawasan hutan
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5 yang dianggap mengganggu roh
nenek moyang mereka.
Pengenalan cukai baharu yang
membebankan rakyat.
SBUB tidak benarkan
penduduk membuka tanah
untuk pertanian.
11 | m u k a s u r a t
9. SHARIF MASAHOR
Nama penuh beliau ialah
Sharif Masahor bin
Muhammad al-Shahab.
Berasal dari Kampung
Igan, Sarawak.
Beliau merupakan
pembesar Sarikei di
Sungai Rajang, Sarawak.
SARAWAK
Sharif Masahor menentang
James Brooke kerana :
James Brooke cuba
menguasai Sarikei.
Pengusaan James Brooke
menyebabkan Sharif
Masahor kehilangan hak
dan kuasa sebagai
pembesar di Sarikei
Tahun 1859, Sharif Masahor bersama-sama
dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan
Pengiran Temenggung Hashim telah berpakat
untuk mengusir keluarga Brooke di Kuching.
Sharif Masahor menyerang kubu Brooke berhampiran Sungai Rajang di Kanowit, tetapi
digagalkan oleh keluarga Brooke.
Sharif Masahor dibuang negeri. Datu Patinggi Abdul Ghapur ditangkap oleh Belanda dan
dipenjarakan di Betawi.
12 | m u k a s u r a t
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
10. RENTAP
Nama sebenarnya ialah Libau anak Ningkan.
Beliau ialah pemimpin orang Iban di Nanga
Skrang, Sarawak.
**Nanga : bermaksud sungai (dalam dialek
Iban)
Sebab penentangan adalah :
James Brooke menghapuskan
penempatan orang Iban di Nanga
Skrang.
James Brooke menganggap orang
Iban sebagai “lanun”.
SARAWAK
Tahun 1853, Rentap berjaya serang kubu James Brooke di Nanga Skrang.
James Brooke serang balas dengan membakar 20 buah rumah panjang di kawasan Rentap.
Tahun 1854, James Brooke serang Rentap di Sungai Lang. Rentap berundur ke hutan dan
bina kubu di Bukit Sadok.
Tahun 1861, James Brooke serang kubu Rentap. Rentap berundur ke Ulu Entabai.
Tahu
13 | m u k a s u r a t
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
11. RAJA MAHADI
SELANGOR
Punca Penentangan Raja Mahadi :
menentang campur tangan
British dalam pentadbiran
Klang dan perusahaan bijih
timah.
tidak berpuas hati dengan
pelantikan Tengku Kudin
sebagai Yamtuan Selangor
oleh British.
Tengku Kudin dan Raja Abdullah
telah bekerjasama untuk
menentang Raja Mahadi.
Raja Mahadi telah mengambil tindakan
untuk menyerang Yap Ah Loy di Kuala
Lumpur kerana telah bekerjasama dengan
Tengku Kudin.
Raja Mahadi telah dapat dikalahkan dan dihantar ke Johor.
Beliau meninggal dunia di sana.
14 | m u k a s u r a t
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5
RUJUKAN
1. Buku Teks Sejarah Tahun 5, KSSR (semakan 2017)
2. https://sejkssrt5t2.wordpress.com/2017/08/18/perjuang
an-tokoh-tempatan/
3. http://perjuangan-tokoh-tempatan.blogspot.com/
4. https://youtu.be/LtK5SeMXmEw
15 | m u k a s u r a t
TOKOH SEJARAH TEMPATAN – SEJARAH TAHUN 5