The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by whidhmdzirs, 2022-11-24 12:39:49

Ayat Majmuk Pancangan

BMMB1084-Asas Tatabahasa

AYATBMMB1084-ASAS TATABAHASA
MAJMUK

PANCANGAN
NURUL WAHIDAH-BM2

AYAT MAJMUK
PANCANGAN

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama

dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.

Ayat Majmuk Ayat Majmuk Ayat Majmuk
Pancangan Pancangan Pancangan
Komplemen Keterangan
Relatif (pelengkap) (penerang)
(peluas)

MAAYJMATUK
PANCANGAN

RELATIF

Ayat relatif oleh Nik Safiah Karim ialah ayat yang wujud dalam binaan ayat
majmuk pancangan.

Ayat relatif ditandai oleh kata yang.

Dari segi makna, kata yang menerangkan salah satu unsur yang terdapat dalam
klausa bebas.

Dalam ayat, yang digunakan sebagai penghubung antara salah satu fungsi ayat
dengan klausa peluasannya.

Contoh ayat:
i) Atok mengait buah rambutan yang telah masak ranum.
ii) Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.

AYAT MAJMUK
PANCANGAN
KOMPLEMEN

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang
seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.

Makna komplemen ialah pelengkap.

Jadi, kita akan memanggil ayat kecil itu ayat kecil pelengkap.

Ayat kecil pelengkap itu dihubungkan kepada perbuatan atau kata kerja dalam ayat besar
dengan kata hubung bahawa dan untuk.

Contoh ayat: a) Kami bersetuju.
b) Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah undian

. yang tertinggi.
Kami bersetuju bahawa pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah undian yang tertinggi.

APYAANTCMAANJGMAUNK
KETERANGAN

Ayat majmuk keterangan atau ayat keterangan oleh Nik Safiah Karim
ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau
lebih ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.



Ayat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut atau

mempertegas makna kata kerja ayat induk.



Ayat keterangan boleh terdiri daripada klausa bebas yang dihubungkan
dengan klausa tak bebas.



Oleh itu, tugas klausa tak bebas adalah untuk menerangkan klausa
bebas.

Jenis klausa keterangan:
Klausa keterangan waktu
Klausa keterangan musabab
Klausa keterangan akibat
Klausa keterangan pertentangan
Klausa keterangan syarat
Klausa keterangan cara
Klausa keterang(an tujuan
Klausa keterangan harapan
Klausa keterangan perbandingan
Klausa keterangan alat

Contoh ayat:
Ayah pergi ke bandar dengan menaiki kereta. (cara)
Emak pergi ke pasar raya untuk membeli ikan segar. (tujuan)
Ibu dan ayah akan bertolak ke Terengganu pada petang ini. (waktu)

SEKIAKNA,STIHER! IMA


Click to View FlipBook Version