MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
BAB 2: PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KANDUNGAN :
• Konsep/Takrif Perlembagaan
• Tujuan perlembagaan
• Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia
• Kepentingan Perlembagaan
• Jenis Perlembagaan
• Pindaan Perlembagaan
• Kandungan dan Peruntukan Dalam Perlembagaan
1.0 Tarif perlembagaan ialah-
1. Dokumen Rasmi yang mengandungi segala peraturan.
2. Sumberundang-undang tertinggi yang menjadi asas bagi pembentukan sesebuah kerajaan.
3. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.
4. Perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada
di pihak pemerintah atau rakyat.
5. Perlembagaanjugabermatlamatuntukmemberikanjaminandanperlindungankepadarakyat.
6. Perlembagaan mengandungi peraturan dan panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa
mentadbir negara.
Perjanjian Persekutuan 1948
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu1948
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Perlembagaan Malaysia 1963
Perlembagaan negara terkini diperkenalkan pada 16 September 1963 dan mengandungi 183
perkara.
PERKARA-PERKARA UTAMA dalam perlembagaan ialah:-
1. Keistimewaanraja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak.
2. Bahasa Kebangsaan.
3. Agama rasmi
4. Kewarganegaraan.
5. Kebebasan Asasi.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 13
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
1.2 Konsep ‘ketertinggian’ perlembagaan (STPM 2015)
PERLEMBAGAAN
YDPA
BADAN PERUNDANGAN BADAN EKSEKUTIF BADAN
KEHAKIMAN
Bukti KETERTINGGIAN Perlembagaan ialah:-
1. Menjadi punca kepada semua undang-undang.
2. Semua undang-undang tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan.
3. YDPA tertakluk kepada perlembagaan.
• Bermaksud keagungan dan ketertinggian perlembagaan yang mengatasi Yang Dipertuan Agong,
Badan Perundangan (Parlimen), Badan Eksekutif , dan Badan Kehakiman (Mahkamah).Undang- undang
Negeri juga mesti selarasdengan Perlembagaan Persekutuan.
• Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah dan terbatal setakat
yang berlawanan itu.
• Mahkamah diberi kuasa dalam Perlembagaan untuk membatalkan undang-undang yang
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
• Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman mendapat kuasa masing-masing daripada
Perlembagaan Persekutuan.
• Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasanya mengikut Perlembagaan
Persekutuan (konsep raja berpelembagaan).
• Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan
Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai KETINGGIAN PERLEMBAGAAN.
• Walaupun Parlimen Malaysia mempunyai kuasa membuat undang-undang, sebahagian besar
daripada undang-undang di negara ini di buat oleh badan pemerintah seperti Yang di-Pertuan Agong,
jemaah menteri dan lain-lain.
• Undang-undang demikian dibuat kerana kuasa membuat undang-undang telah diwakilkan kepada
pemerintah oleh Parlimen. Undang-undang ini dinamakan undang-undang yang diwakilkan.
• Di sini nyatalah kepada kita bahawa kebebasan rakyat di negara ini tidak bergantung kepada doktrin
pengasingan kuasa lagi, bahkan kepada mahkamah dan Parlimen.
• Pemerintah yang membuat undang-undang itu mestilah bertanggungjawab kepada Parlimen, dan
undang-undang yang dibuat itu janganlah melampaui had kuasa yang diberi oleh Parlimen. Jikalau tidak,
mahkamah akan menghukum bahawa undang-undang itu terbatal dan tidak sah.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 14
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
Tiada sebarang Merupakan Undang-Undang
institusi di Undang-Undang Yang Bercanggah
Tertinggi negara
Malaysia yang Dengan
boleh mengatasi dan sumber Perlembagaan
kepada semua Malaysia Dianggap
kuasa dan undang-undang.
kedudukan Terbatal
perlembagaan. Konsep
Ketertinggian Parlimen Tidak
Boleh Meluluskan
Perlembagaan Undang-Undang
Yang Bercanggah
Mahkamah
Berkuasa
Membatalkan
Undang-Undang
Yang
Bercanggahan
(STPM 2016-Struktur)
1.3 Kepentingan perlembagaan
Menjamin
kestabilan dan
keamanan
Mewujudkan satu Kepentingan Menjamin hak
pemerintahan yang adil. Perlembagaan asasi
Menjamin pentadbiran warganegara
yang sistematik.
Mengelakkan
penyalahgunaan dan
pemusatan kuasa
Menjamin taat setia
rakyat
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 15
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
(STPM 2016 – struktur)
Kepentingan Perlembagaan:-
1. Menjamin kestabilan dan keamanan sesebuah negara dengan menetapkan bentuk
pemerintahan.
2. Menjamin taat setia rakyat kepada negara kerana rakyat yang tidak taat setia atau menjadi
rakyat negara lain boleh dibatalkan kewarganegaraannya.
3. Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat seperti berpersatuan, beragama, dan memiliki harta.
4. Menjamin pentadbiran yang sistematik. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran
yang cekap.
5. Mengelakkan penyalahgunaan dan pemusatan kuasa pada seseorang pemerintah.
6. Mewujudkan satu pemerintahan yang adil. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
1.4 Jenis perlembagaan
• Oleh kerana Malaysia pernah dijajah oleh British, sebahagian sistem pemerintahan yang dijalankan
menjurus sistem pemerintahan di Britain.
Terdapat 2 jenis perlembagaan yang diamalkan di Malaysia iaitu :
• Perlembagaan Bertulis
• Perlembagaan Tidak Bertulis
a) Ciri-ciri Perlembagaan Tidak Bertulis
• Penggubalan dan pemindahan undang-undang boleh dilakukan dengan mudah.
• Perlembagaan Tidak Bertulis mengutamakan suasana negara tradisional dan keselamatan
pentadbir
• Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak
terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri .
• Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis :
• (a)Undang-undang lazim(common law), (b)keputusan-keputusan mahkamah, (c)undang-undang
Hindu, (d)undang-undang adat :-Adat Perpatih,-Adat Temenggung
b) Ciri-ciri Perlembagaan bertulis
• Ia meliputi catatan dokumen.
• Perlembagaan bertulis memberi kuasa kepada Parlimen.
• Perlembagaan bertulis menjadi rujukan apabila berlaku perbezaan antara Undang-Undang
Negeri dengan Undang-Undang Persekutuan.
• Perlembagaan bertulis bertujuan untuk mengatasi kesangsian atau kekeliruan mengenai sesuatu
perkara.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 16
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
1.4.1 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebuah Persekutuan
Raja berpelembagaan
Ciri-Ciri
Perlembagaan Demokrasi berparlimen
Agama rasmi agama Islam
Malaysia Ketertinggian Perlembagaan
Kebebasan undang-undang
Pengasingan kuasa
• Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri khas dan ia telah menjadikan perlembagaan
sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.
• Perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah
negara Persekutuan, mempunyai raja berpelembagaan, mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi, walaupun agama lain bebas
diamalkan.
• Konsep Raja Berperlembagaan ialah:
1. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara menjalankan kuasanya mengikut
Perlembagaan Persekutuan.
2. YDPA ialah Ketua Negara manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan
• Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 183 perkara yang terdiri daripada 15 Bahagian dan
Bab 1 hingga 7.
Kandungan Perlembagaan Persekutuan
183 Perkara
15 Bahagian
Bab 1- 7
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 17
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
1.4.2 Pindaan perlembagaan persekutuan
• bermaksud menambah atau memansuhkan perkara-perkara tertentu dalam Perlembagaan.
• Perlembagaan Persekutuan boleh dipindadengan/oleh Parlimen.
Cara perlembagaan DIPINDA adalah seperti berikut:-
1. Boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen -Perkara 159(4).
2. Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak, boleh dipinda dengan
suara majoriti 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen dan dengan persetujuan Yang Dipertua
mana-mana negeri (Sabah dan Sarawak). -Perkara 161(E).
3. Mendapat suara majority 2/3 dari tiap-tiap Majlis Parlimen dan mendapat keizinan daripada
Majlis Raja-raja.
4. Memerlukan majoriti mudah ahli hadir dalam tiap-tiap majlis Parlimen.
Tujuan Perlembagaan dipinda adalah untuk :-
1. Melindungi kepentingan rakyat.
2. Menjaga keselamatan negara. Keselamatan negara dijaga dengan cara melarang perkara-
perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
3. Melicinkan urusan pentadbiran negara.
4. Menyesuaikan perlembagaan dengan keadaan semasa supaya relevan dan munasabah untuk
dipatuhi.
Perkara-perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan secara terbuka meliputi:-
PERKARA-PERKARA
SENSITIF YG TIDAK
BOLEH DIPERSOALKAN
SECARA TERBUKA
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 18
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
1.4.2 Perlembagaan Negeri
• Terletak di bawah bidang kuasa KerajaanNegeri.
Perlembagaan Negeri terdiri daripada bahagian yang mengandungi perkara-perkara berikut :-
i) Kedudukan sultan/Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertua Negeri
ii) Fungsi, peranan dan tanggungjawab Dewan Undangan Negeri (DUN)
iii) Kuasa eksekutif dan fungsi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)
iv) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri;
v) Agama Islam sebagai agama rasmi negeri;
vi) Pelantikan serta kuasa ketua Menteri dan Menteri Besar.
▪ Kuasa eksekutifdiperingkat negeri dikendalikan oleh Majlis Mesyuarat KerajaanNegeri (MMKN) yang
diketuai Ketua Menteri atau Menteri Besar yang merupakan ketua kerajaan negeri.
▪ Senarai Kelapan boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu :
i) Bahagian I : hal-hal berhubung dengan raja, istana dan adat istiadat kerabat diraja.
ii) Bahagian II : hal-hal berhubung dengan penyusunan kerajaan negeri dan pentadbiran.
▪ Bahagian I hanya diperuntukkan untuk negeri-negeri yang beraja.
▪ Sekiranya, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,
Mahkamah Persekutuan berkuasa membatalkan bahagian peruntukan yang bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan.
▪ Perkara 71 (3) Perlembagaan Persekutuan, menetapkan bahawa, jika Parlimen mendapati apa-apa
peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi, Parlimen boleh membuat undang-
undang supaya peruntukan itu dipatuhi.
▪ Walaupun, kebanyakan perkara terletak di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan, namun kewujudan
Perlembagaan Negeri ini menonjolkan adanya pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri.
1.4.2.1 Pindaan Perlembagaan Negeri
Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh Dewan Undangan Negeri melalui undi sekurang-kurangnya
2/3 daripada bilangan ahli Dewan Undangan Negeri dan mendapat persetujuan Sultan atau Yang
Dipertua Negeri.
▪ Perkara-perkara yang tidak boleh dipinda oleh Dewan Undangan Negeri seperti :
a) warisan takhta.
b) kedudukan para pembesar yang memerintah
c) para pembesar adat melayu
d) pindaan pelantikan, pemecatan dan penurunan takhta sultan dan warisnya.
e) pindaan tentang pelantikan pembesar yang memerintah dan ahli-ahli majlis
penasihat tentang agama atau adat.
f) pangkat, gelaran kehormat atau pelucutan pangkat, bintang kebesaran dan sebagainya.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 19
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
1.5 Pindaan Perlembagaan Persekutuan boleh di buat melalui 4 cara:-
• Perlembagaan Persekutuan boleh DIGUBAL, DIPINDA DAN DIMANSUHKAN.
Kaedah Pindaan Contoh Perkara yang dipinda.
Kaedah 1 – • Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu
a) Undi Majoriti 2/3 suara dalam • Kewarganegaraan.
• Keutamaan YDPA, Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan
Majlis Parlimen
dengan Yang Dipertua Negeri.
b) Keizinan/ perkenan Majlis Raja- • Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Raja
Sabah dan Sarawak.
• Hak yang sah bagi kaum-kaum lain.
• Perubahan sempadan negeri.
• Akta Hasutan dan Kebebasan bercakap.
• Majlis Raja-Raja
Kaedah II – • Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di
a) Undi Majoriti 2/3 suara dalam Sabah dan Sarawak.
Parlimen • Hak kerajaan negeri menahan kemasukan orang bukan
dengan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961)
b) persetujuan Yang Dipertua Negeri
Sabah dan Sarawak
Kaedah III – • Perkara-perkara yang tidak disebut dalam ketiga-tiga
Undi Majoriti 2/3 dalam Majlis kaedah lain.
Parlimen
Kaedah IV – • Pindaan ke atas Jadual 2, 6, dan 7, Bahagian III tentang
Undi majoriti mudah ahli hadir Majlis kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan
Parlimen persaraan ahli Dewan Negara dan persempadanan pilihan
raya.Pindaan ke atas Perkara 74 dan 76.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 20
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
1.6 Proses Undang-Undang / Perlembagaan digubal/ dipinda
Pewartaan Diumumkan dalam Warta
Kerajaan
Penyerahan Rang undang-undang diserahkan kepada
Yang DipertuanAgong untuk
diperkenankan dan diturunkan cop
Pembentangan Dibentangkan di Dewan Negara.
Bacaan Ketiga Proses seperti ini dilakukan di
Dewan Rakyat.
Disebut di Dewan Rakyat dan
dibahaskan sebelum
Perbincangan Perbincangan dan perbahasan secara ter-
Bacaan Kedua Perinci pada peringkat jawatankuasa di
Dewan Rakyat
Disebut dalam Dewan Rakyat dan
dibincangkan
Bacaan Pertama Pembacaan tajuk rang undang-
Undang dilakukan dalam
Dewan
Penggubalan Draf rang undang-undang digubal
Cadangan Oleh Jabatan Peguam Negara
Dilakukan oleh Kementerian
berkenaan
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 21
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
(Senarai perlembagaan)
Bahagian Perkara Penjelasan Kandungan
1 1-4 Agama dan lain-lain
2 5-13
3 14-31 Kebebasan asasi
4 32-69
Warganegara
5 70-72
6 73-95E Raja,Majlis Raja-Raja,pemerintah,badan
perundangan
7 96-112E Negeri-Negeri
8 113-120
9 121-131A Hubungan antara Persekutuan dengan
10 132-148 negeri, tanah, pembangunan Majlis
11 149-151 Negara
Peruntukan wang Sabah dan Sarawak
11 152-153
12A 161-161A Pilihan raya
14 181 Kehakiman
15 182 Perkhidmatan Awam
16 183
Tentangan terhadap perbuatan
subversif dan kuasa darurat.
Bahasa Kebangsaan
Sabah dan Sarawak
Raja tidak boleh didakwa di mana- mana
mahkamah, kecuali Mahkamah Khas
Mahkamah Khas
Tiada tindakan boleh diambil terhadap
raja, kecuali dengan izin Peguam Negara
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 22
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
PERKARA-PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1.7 Kewarganegaraan
• Penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara.
• Warganegara merupakan penduduk yang menetap dan memberi taat setia kepada negara walaupun
berada di luar negara bagi tempoh tertentu untuk tujuan tertentu.
• Bukan warganegara ialah penduduk negara asing yang berada di negara ini bagi tempoh tertentu dan untuk
tujuan tertentu.
• Seseorang individu menjadi warganegara mengikut Perkara 14 hingga 22, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
• Perlucutan kewarganegaraan seseorang individu dirujuk dibawah Perkara 23 hingga 28A, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
• Kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah
Negara. Kedudukan ini memberikan hak, faedah dan kemudahan tertentu. Pengisian status ini juga sekaligus
memupuk tanggungjawab tertentu pula.
• Antara keistimewaan seseorang warganegara adalah;
Berhak menjadi pemilih Bebas bergerak dalam Tidak boleh dibuang
dalam Pilihan Raya seluruh negeri negeri
Berhak menerima pelbagai faedah dan Layak mengisi jawatan eksklusif yang
kemudahan dalam negerinyatermasuk dikhaskan untuk warganegara sahaja
faedah kebajikan, pelajaran dan
sebagainya.
Boleh mengambil bahagian aktif dalam politik termasuk Bebas memiliki hartanah serta layak
• bertanding merebut kerusi Pilihan Raya. Oleh itu hak ini dipertimbang untuk keistimewaan-
membolehkannya mendapat kedudukan politik termasuk keistimewaan yang berhubung
dengan pembangunan harta
menjadi menteri
•
• Timbal balas terhadap perlindungan dan keistimewaan ini seseorang warganegara hendaklah mengisi
tanggungjawab dan memainkan peranannya dalam negerinya.
• Peranan sebagai warganegara ialah;
• Memberi perkhidmatan Negara termasuk menjadi tentera jika dikehendaki;
• Mematuhi undang-undang dan membantu dalam perjalanan sistem-sistem dalam negaranya;
• Menyumbang kepada produktiviti Negara dalam apa sahaja bidang yang diceburinya (setiap
rakyat, tidak kira apa peranannya dalam ekonomi Negara adalah penting bagi kemajuan Negara dan
kesejahteraan masyarakat); dan
• Menyertai, dan sebolehnya, menyokong program dan cara nasional seperti sambutan Hari
Kebangsaan.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 23
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
1.8 Cara-cara memperoleh kewarganegaraan
• Seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui 4 cara :
• Kuat kuasa undang-undang;
• Pendaftaran;
• Masukan (Naturalisasi);
• Percantuman / penggabungan wilayah
Kuatkuasa
Undang-
undang
Masukan Cara memperoleh Pendaftaran
/Naturalisasi kewarganegaraan
Malaysia
Pencantuman
Wilayah
(a) Kuat kuasa Undang-Undang
Kumpulan A - (Bayi yang lahir di Malaysia sebelum Hari Malaysia)
• Dilahirkan sebelum Hari Malaysia (1963) di Persekutuan (Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak) atau di luar Persekutuan – ditentukan dalam Bahagian 1, Jadual 2, Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
• Pada hari Malaysia, golongan ini menjadi warganegara Malaysia mengikut cara kuat kuasa undang- undang
• Diberi hak kewarganegaraan secara automatik berdasarkan syarat :
• Ibu atau bapa ialah warganegara Malaysia/permaustatin tetap
• Ibu bapa tidak menjadi warganegara di negaralain.
• Ibu atau bapa sedang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan.
• Seorang warganegara yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Negeri.
Dalam tempoh setahun selepas kelahiran anaknya diluar negara, anaknya perlu di daftarkan di Pejabat Konsul
atau Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan anaknya menjadi warganegara Malaysia.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 24
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
Syarat kewarganegaraan secara automatik Hari Malaysia 16
September 1963
Dilahirkan Ibu atau bapa Ibu bapa bukan
sebelum 1 sept adalah warganegara Ibu atau bapa
negara lain sedang
1963 di warganegara/
Persekutuan pemaustatin berkhidmat
dengan Kerajaan
tetap
Persekutuan
Menjadi Warganegara Secara Kuatkuasa Undang-Undang
Kumpulan B - (Bayi yang lahir di Malaysia selepas Hari Malaysia)
• Bayi dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia (1963)
• Golongan ini menjadi warganegara Malaysia mengikut prinsip Jus Soli, iaitu kewarganegaraan
berdasarkan negara tempat lahir dengan syarat salah seorang daripada ibu atau bapa ialah
warganegara Malaysia/ Pemaustatin Tetap
Hari Malaysia 16 Syarat Kewarganegaraan secara automatik
September 1963
Dilahirkan pada Lahir di Ibu atau bapa
atau selepas Hari persekutuan warganegara
Malaysia Malaysia/
emaustatin Tetap
Kumpulan C (Bayi yang lahir di atas kapal/kapalterbang)
• Golongan yang lahir dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ketika berada di
ruang udara antarabangsa dan laut antarabangsa berhak menjadi warganegara Malaysia.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 25
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
b)Percantuman / Penggabungan wilayah
• Penggabungan wilayah merujuk kepada wilayah yang dimasukkan dalam Persekutuan selepas
Hari Malaysia (Perkara 2).
• Wilayah tersebut bukan wilayah jajahan atau taklukan.
• Parlimen boleh menetapkan penduduk di dalam wilayah tersebut adalah warganegara.
c) Naturalisasi / Masukan
• Berdasarkan Fasal 9, seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan dengan cara ini.
Syarat-syarat kewarganegaraan secara naturalisasi atau masukan:
Seseorang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan warganegara
Berkelakuan baik;
Niat hendak bermastautin
Bermastautin di Persekutuan mengikut tempoh yang diizinkan
Pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu
Membuat satu akuan sumpah kepada negara dan mengangkat sumpah taat setia kepada
Yang diPertuan Agong
d) Pendaftaran
Kumpulan A – (Isteri kepada warganegara)
• Melibatkan isteri kepada warganegara Malaysia.
• Syarat-syarat isteri (seorang warganegara asing) bersuamikan warganegara Malaysia ingin menjadi
warganegara Malaysia:-
• Isteri itu menetap di Malaysia selama 2tahun.
• Berkelakuan baiksepanjang tempoh tinggal di Malaysia
• Perkahwinan didaftarkan di Malaysia dan masihberkahwin.
▪ Berniat tinggal tetap di Malaysia.
• Isteri tersebut akan diberikan status permaustatin sementara dan diikuti pemastautin tetap dahulu
sebelum diberi kerakyatan Malaysia.
• Selepas menjadi warganegara Malaysia, kerakyatan tidak akan terjejas jika bercerai atau suaminya
meninggal dunia.
• Pemohon mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Yang diPertuan Agong.
Kumpulan B – (Anak bukan warganegara)
• Syarat-syarat anak (merupakan warganegara asing) dengan salah seorang ibu atau bapanya
warganegara Malaysia dan mahu menjadi warganegara Malaysia.
o Anak berkenaan berumur kurang daripada 21 tahun.
o Salah seorang ibu atau bapa ialah warganegara Malaysia.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 26
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
Kumpulan C – (Kaum Cina dan India yang lahir di Persekutuan sebelum Hari Malaysia)
• Kelonggaran pemberian status kewarganegaraan kepada golongan yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia (16 Sept 1963) dan golongan ini bukan warganegara
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah atau Sarawak.
• Melibatkan kaumCina danIndia.Golongan ini dianggap PENDATANG ASING kerana status kerakyatan tidak
disentuh ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Syarat –syaratnya:
o Bukan warganegara tetapi ingin bermaustatin tetap di Persekutuan.
o Berumur 21 tahun dan ke atas
o Telah bermaustatin di Persekutuan 10 tahun daripada 12 tahun sebelum memohon.
o Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.
o Pemohon mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kumpulan D – (Anak pendatang asing yang lahir di Persekutuan keturunan Cina dan India)
• Seseorang yang lahir dalam Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum Hari Merdeka (31 Ogos
1957) dan tidak diberi kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah atau Sarawak. Melibatkan anak-
anak pendatang asing keturunan Cina dan India.
Syarat-syaratnya:
o Berumur 18 tahun dan ke atas
o Sekurang-kurangnya telah menetap selama 7 tahun di Malaysia
o Berniat untuk menetap di Malaysia
o Berkelakuan baik
o Mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu
o Pemohon mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong
1.9 Penamatan kewarganegaraan
Boleh dilakukan melalui 2 cara :-
1. Permohonan menolak secara sukarela
•
hendak menjadi seorang warganegara negeri lain.
• Waras pemikirannya dan sedar akan perkara yang dilakukan.
• Akuan didaftar oleh Kerajaan Persekutuan.
2.
(kewarganegaraan di lucutkan oleh kerajaan)
• Tidak setia dalam tindakan dan pertuturan yang boleh mencemar keselamatan dan
kedaulatan negara.
•
• Tinggal di luar negara melebihi 5 tahun.
• Membuat semasa memohon kerakyatan (Jika cara
Pendaftaran/Naturalisasi)
• Dipenjarakan selama setahun atau lebih setahun tanpa pengampunan. (Jika cara
Pendaftaran/Naturalisasi)
• Didenda tidak kurang daripada RM5 000 dan tidak mendapat pengampunan (Jika cara
Pendaftaran/Naturalisasi)
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 27
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
PERKARA-PERKARA LAIN DALAM PERLEMBAGAAN
2.0 KEBEBASAN ASASI
a) (Kebebasan Diri – Bahagian 2, Perkara 5) (STPM 2014)-Struktur
• Seseorang warganegara tidak berhak diambil nyawanya, kecuali kesalahan yang dilakukan menyalahi
undang-undang sehingga membawa hukuman gantung sampai mati.
• Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab dia ditangkap dan membenarkannya berunding
dengan peguam.
• Seseorang yang ditangkap atas sesuatu kesalahan jenayah perlu dibawa ke hadapan majistret dalam
tempoh 24 jam.
• Jika seseorang ditangkap dibawah undang-undang berkaitan imigresen, maka dia perlu dibawa ke hadapan
majistret dalam tempoh 14 hari.
• Seseorang warganegara jika ditangkap dengan tidak mengikut undang-undang, dia boleh memohon
habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.
• Kesalahan boleh dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Syariah
b) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan
(Perkara 10 tertakluk kepada Fasal 2, 3 dan 4)
• Seseorang bebas memberikan pendapat.
• Seseorang itu boleh berhimpun secara aman jika melebihi lima orang dan mendapat permit polis.
• Parlimen boleh membuat sekatan jika kebebasan tersebut melampaui batas dan mengancam
keselamatan negara.
• Seseorang itu dilarang mempersoalkan hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak
kedaulatan.
c) Sama rata
• Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang. Oleh itu mereka berhak untuk mendapat
perlindungan yang sama rata disisi undang-undang
• Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan daripada aspek agama, kaum, keturunan atau
tempat lahir.
d) Larangan Buang negeri dan kebebasan bergerak
• Tiada warganegara pun boleh di buang negeri atau ditahan daripada memasuki persekutuan
• Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di
mana-mana bahagiannya
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 28
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
e) Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan
berulang
• Tiada seseorang warganegara pun boleh dihukum jika perbuatan itu tidak menjadi suatu kesalahan kerana
sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan
itu dilakukan atau
• Seseorang warganegara yang telah dibebaskan dengan suatu kesalahan tidak boleh dibicarakan
semula kerana kesalahan yang sama.Sekiranya perintah pembebasan tersebut dibatalkan oleh mahkamah
yang lebih tinggi daripada mahkamah yang membebaskannya, maka dia boleh dibicarakan semula.
f) Kebebasan beragama
• Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkanagamanya
g) Hak-hak berkenaan pendidikan
• Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan
atau tempat lahir.
• Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan
kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri.
h) Hak terhadap harta
• Tiada mana-mana warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
• Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta
dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.
c) Sekatan Undang-Undang Demi Keselamatan Negara
i) Darurat
• Boleh dilaksanakan dalam keadaan-keadaan berikut:
• Berlaku rusuhan kaum atau organisasi atau sekelompok masyarakat yang menimbulkan
masalah dalam negara.
• Jika berlaku ancaman terhadap ekonomi seperti penyorokan, kejatuhan harga minyak dan
kekurangan bekalan utama.
• Seandainya keadaan terdesak disebabkan negara huru-hara dan Parlimen tidak dapat bersidang, maka
Yang Dipertuan Agung boleh mengisytiharkan darurat.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 29
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
BAHASA KEBANGSAAN
• Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mengakui dan mengiktiraf bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
• Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan harus digunakan dalam semua urusan rasmi
kerajaan.
• Bahasa lain seperti bahasa Inggeris boleh digunakan mengikut kesesuaian seperti dalam seminar
yang disampaikan oleh pakar dari luar negara dan dalam menjalin hubungan dengan negara luar.
• Dibawah Perkara 162 (Seksyen 4), YDPA boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris di Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri semasa menyampaikan laporan penaksiran dan perakaunan oleh Jabatan Hasil
Dalam Negeri.
Takrifan “Melayu” dalam perlembagaan persekutuan
• Menurut Perkara 160 (2), “Melayu” ertinya seseorang yang:-
o Menganut agama Islam
o Lazim bercakap bahasa Melayu
o Mengamalkan adat istiadat Melayu
• Orang Melayu itu juga perlu memenuhi satu daripada syarat-syarat yang berikut:
o Dia lahir di Persekutuan atau Singapura sebelum Hari Merdeka, atau ibu bapanya telah dilahirkan di
Persekutuan atau di Singapura, atau pada Hari Merdeka itu, dia bermaustatin di Persekutuan atau di
Singapura atau
o dia berketurunan seseorang yang memenuhi syarat di atas.
Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak (Perkara 153)
• Sekurang-kurangnya tiga perempat (3/4) jawatan perkhidmatan awam diperuntukkan kepada
orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
• Lesen-lesen perdagangan tertentu diberikan kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak.
• Kuota peluang pendidikan ke Tingkatan Enam, Kursus Matrikulasi dan peringkat universiti juga
disediakan untuk orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
• Pemberian biasiswa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak setakat
kemampuan kerajaan
Tanah rizab orang Melayu (Perkara 89)
• Tanah Rizab orang Melayu ertinya tanah yang dikhaskan untuk diberi milik kepada orang-orang Melayu atau
kepada bumiputera yang negeri tempat letaknya tanah itu.
• Tanah rizab orang Melayu tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu.
• Kerajaan negeri boleh mengikut undang-undang yang ada, mengistiharkan mana-mana tanah sebagai rizab
orang Melayu jika:
▪ Tanah itu diambil oleh kerajaan negeri melalui perjanjian dengan tuan punya tanah untuk
dijadikan tanah rizab orang Melayu.
▪ Tuan punya tanah dan setiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan terhadap tanah itu
membuat permohonan untuk menjadikan tanah itu tanah rizab orang Melayu.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 30
MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021
Kesimpulan
◼ Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dan nadi dalam menjamin pentadbiran yang licin sehingga
meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun seperti pepatah “duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju lain.
◼ Justeru, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk, Perlembagaan Persekutuan Malaysia
perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap warganegara Malaysia pada setia masa bagi menjamin negara aman
dan dapat menjana kemajuan yang mapan serta membawa kesejahteraan berterusan kepada rakyat.
SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 31