SEC 3623 –
KANAK-KANAK DENGAN
KEPERLUAN KHAS
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
““Are all children in Malaysia
accessing education?”
“Are children with ”
disabilities and special
needs accessing
education?”
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Hasil Pembelajaran Topik
Menerangkan definisi pendidikan khas.
Mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak dengan keperluan
khas.
Menjelaskan faktor penyebab kepada keadaan
keperluan khas.
Membincangkan perkembangan program pendidikan
khas di dalam dan luar negara.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
BAB 1 – Pengenalan kanak-kanak
dengan keperluan khas
Keperluan khas – di Amerika Syarikat, keperluan
khas merupakan istilah yang digunakan di
dalam diagnosis klinikal dan perkembangan
fungsi bagi merujuk kepada individu yang
memerlukan bantuan bagi keadaan kurang
upaya dari segi perubatan, mental dan
psikologi.
Di United Kingdom pula, ianya merujuk kepada
keperluan khas di dalam konteks pendidikan.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Pendidikan khas
Merujuk kepada mendidik pelajar dengan keperluan
khas bersesuaian dengan perbezaan individu mereka.
“Pengajaran yang bercorak individu yang direka
untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan
yang berkaitan dengan murid kurang upaya.
Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam
kurikulum yang baku atau biasa.” (Culcutta, R.A.,
Tompkins, J.R. Fundamentals of Special Education,
1999)
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Hallahan • Pendidikan khas didefinisikan sebagai
& satu bentuk pendidikan yang
disediakan untuk memenuhi keperluan
Kauffman kanak-kanak berkeperluan khas
(2006)
Gargiulo • Program pengajaran khusus yang
(2003) direka bentuk bagi memenuhi
keperluan pelajar luar biasa.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
• Memerlukan penggunaan bahan-
bahan, peralatan dan kaedah
pengajaran khusus.
Friend • Pengajaran yang direka bentuk khusus bagi
(2005) memenuhi keperluan kanak-kanak yang
kurang upaya.
• Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam
bilik darjah, rumah, hospital, atau institusi lain.
Mansor • Program pendidikan khas di Malaysia
(2005) merupakan satu usaha yang berterusan
untuk menggalakkan perkembangan optima
seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Heward (2003) menjelaskan pendidikan
khas daripada beberapa sudut:
SIAPA?
•Guru yang dilatih khusus untuk mengajar
kanak-kanak keperluan khas.
•Pakar-pakar seperti ahli psikologi, terapis
bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan
lain-lain.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
APA?
•Kurikulum tidak jauh beza bagi pelajar bermasalah
penglihatan dan pendengaran.
•Pelajar bermasalah pembelajaran tertentu memerlukan
kurikulum yang telah diubahsuai.
•Sesetengah pelajar diajar memakai baju, makan,
membersihkan diri, membaca dan menulis braille,
bahasa isyarat, kemahiran sosial dan lain-lain.
DI MANA?
•Ditempatkan dalam kelas bersama pelajar biasa.
•Ditempatkan di kelas berasingan.
• Ditempatkan di sekolah berasingan.Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Falsafah Pendidikan Khas
Mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang meliputi semua aspek pendidikan.
Menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang:
i. Berkemahiran
ii. Berdikari
iii. Berhaluan
iv. Boleh merancang
v. Mengurus kehidupan sendiri
vi. Boleh menyedari potensi sendiri
vii. Boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Orang Kurang Upaya (OKU) / Orang
Kelainan Upaya
Merujuk kepada individu yang
mempunyai kecacatan fizikal, mental,
intelek atau deria yang kekal – yang
menghalang daripada penglibatan
yang penuh dalam masyarakat.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas oleh
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA),
Amerika Syarikat:
Kecacatan pembelajaran khusus:
i. Disleksia
ii. Disgrafia
iii. Diskalkulia
iv. Gangguan pemprosesan pendengaran
v. Kecacatan pembelajaran non-verbal
Kerosakan kesihatan lain
i. Keadaan yang menghadkan kekuatan, tenaga atau kepekaan kanak-
kanak
ii. Contoh – Attention DeficitDisediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi Hyperactivity Disorder (ADHD)
Gangguan spektrum Gangguan ucapan
autism atau bahasa
Gangguan emosi i. Gagap
i. Gangguan ii. Gangguan artikulasi
iii. Kecacatan bahasa
kebimbangan iv.Gangguan suara
ii. Skizofrenia
iii. Gangguan bipolar
iv. Obsessive-compulsive
disorder (OCD)
v. Kemurungan
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Masalah Kecacatan intelektual
penglihatan
i. Down syndrome
Pekak Kecederaan trauma
Masalah
otak
pendengaran Ketidakupayaan
Buta dan pekak
Kerosakan pelbagai
ortopedik
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan
khas (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Kurang upaya Kurang upaya Kurang upaya Kurang upaya
pendengaran penglihatan pertuturan fizikal
Masalah Kurang upaya Pelbagai
pembelajaran mental
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan
khas
Kementerian
Pendidikan
Kurang upaya Kurang upaya Kurang upaya Kurang upaya
pendengaran penglihatan pertuturan mental
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Keperluan pembelajaran untuk kanak-
kanak berkeperluan khas
Universal Declaration of Human Rights, 1948 disahkan
oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 10
Disember 1948 di Paris.
Terhasil selepas perang dunia kedua dan merupakan
reaksi global pertama yang memperjuangkan hak untuk
semua.
Salah satu hak yang dinyatakan adalah hak semua
individu untuk mendapat pendidikan.
Ia merupakan hak asasi yang melambangkan maruah
dan kebebasan.Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Universal Declaration of Human Rights
menggariskan hak untuk pendidikan seperti
yang dinyatakan dalam artikel berikut:
Artikel 1 Artikel 2
“Semua individu “Semua individu Artikel 26
dilahirkan bebas
dan mempunyai berhak untuk “Semua individu
hak dan maruah mendapat kesemua berhak untuk
yang sama rata.” hak asasi dan mendapat
kebebasan tidak pendidikan.”
kira apa keadaan
sekali pun..”
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Undang-undang berkaitan dengan
pendidikan khas di Malaysia
Laporan Mahathir 1981 menggariskan cadangan
berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia.
Cadangan 169 menyatakan bahawa:
i. Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap pendidikan
bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
ii. Kerajaan perlu mengambil tanggungjawab ini daripada
institusi yang menguruskannya pada ketika itu.
iii. Penglibatan sukarela oleh organisasi dalam meningkatkan
taraf pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas
perlu sentiasa mendapat galakan.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Cadangan untuk pengesanan awal,
intervensi awal dan pendidikan
Bermula 2012, semua bayi dan kanak-kanak berusia 0 –
4 tahun akan mendapat akses serta menerima khidmat
intervensi awal dalam masyarakat.
Kerajaan perlu memastikan pengesanan awal bagi
kanak-kanak dengan keperluan khas.
Tindakan yang diambil untuk memastikan perkara ini
adalah pelaksanaan pendidikan inklusif dan juga
pengumpulan data pada peringkat nasional bagi
kanak-kanak dengan keperluan khas yang berusia 0 –
16 tahun.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Kebimbangan:
Kelayakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas untuk
mendapat pendidikan.
Murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik
sekiranya:
o Murid tersebut mampu untuk menguruskan dirinya
sendiri.
o Disahkan oleh panel yang terdiri daripada pegawai
Kementerian Pendidikan dan juga pegawai dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa murid tersebut
mampu untuk menjalani program pendidikan nasional.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Faktor
Penyebab:
Genetik
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Apa itu gen (gene)?
Gen adalah bahagian kromosom (unit asas DNA)
yang mengandungi DNA (Asid deoksiribonukleik –
komponen kimia utama kromosom dan merupakan
bahan yang menghasilkan gen).
Peranan dan fungsi gen:
Gen mengawal dan mempengaruhi ciri-ciri fizikal
seseorang dan kod arah seperti – warna mata dan
rambut, sistem saraf, kebolehan dan kebijaksanaan.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Kecacatan genetik
• Merujuk kepada
situasi di mana
kromosom tidak
terbentuk dengan
baik sepenuhnya.
• Juga dikenali
sebagai kecacatan
kromosom atau
kromosom tidak
normal.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Sifat dominant – merosot
(dominant – recessive traits)
Dominan Merosot / berundur
Lebih kuat dan lebih banyak Lebih lemah dan kurang
mempengaruhi mempengaruhi sifat
Contoh seperti: Contohnya:
- Rambut kerinting - Rambut lurus
- Rambut hitam - Warna mata kelabu, biru
- Anak mata coklat - Rambut perang
- Rambut tebal - Rambut nipis
- Jenis darah A dan B - Jenis darah O
- Bibir tebal - Bibir nipis
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Pemeriksaan pra-natal dan
ujian genetik
Ujian pra-natal dijalankan untuk memastikan
perkembangan dan kesihatan yang baik untuk bayi
dalam kandungan.
Ujian ini dapat mengesan dari awal sekiranya bayi di
dalam kandungan mengalami sebarang
permasalahan.
Sekiranya ujian menunjukkan sebarang tanda, rawatan
susulan akan dicadangkan.
Ujian ini biasanya dapat mengesan jumlah kromosom
yang tidak normal seperti down syndrome.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Contoh ujian pra-natal
Ujian Huraian
Maternal • Menggunakan ujian darah untuk melihat
Serum sekiranya terdapat sebarang unsur di dalam
Screen darah
(MSS)
• Sesuai dijalankan ke atas semua wanita yang
mengandung
• Jika terdapat unsur yang berlainan,
kemungkinan fetus memiliki down syndrome
atau spina bifida
Ultrasound • Digalakkan untuk dijalankan pada usia
kandungan 18 – 20 minggu
Soal selidik • Dijalankan untuk mengetahui sejarah
kesihatan keluargaDisediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Faktor
Penyebab:
Persekitaran
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Interaksi genetik dan persekitaran
Reaksi pelbagai – hubungan interaktif di antara
persekitaran dan faktor genetik.
Contohnya, kanak-kanak dengan masalah
pembelajaran ditempatkan di persekitaran
yang dapat merangsang pembelajarannya
akan dapat meningkatkan fungsi kognitif
mereka.
Didikan ibu bapa juga akan membantu dalam
didikan dan pembentukan kanak-kanak.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Perkembangan Pendidikan Khas :
Luar Negara
1800 Jean-Marc-Gaspard Itard merupakan seorang doktor
perubatan di Perancis.
Beliau telah ditugaskan untuk mendidik seorang
kanak-kanak bernama Victor (Satford & Satford, 1996).
Kanak-kanak ini dijumpai tidak berpakaian dan
berkelakuan seperti haiwan serta dijumpai berkeliaran
di dalam hutan.
“Budak liar dari Averon” (Scheerenberger, 1983) ini
dinamakan Victor.
Ahli-ahli professional pada masa itu tidak yakin Itard
dapat memulihkan Victor yang bisu dan pekak.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Selama lima tahun Itard berusaha melatih Victor
kemahiran berfungsi seperti berpakaian, kebersihan diri,
kemahiran sosial, dan pertuturan.
Namun, kemajuan yang ditunjukkan adalah perlahan
dan akhirnya Itard berputus asa.
Walaupun begitu, Victor dapat menguasai huruf dan
beberapa maksud perkataan serta mengurus diri.
Usaha Itard membuktikan kanak-kanak yang
menghadapi masalah pertuturan boleh belajar
berkomunikasi, dan mendapat faedah dari usaha
pembelajaran (Kaner, 1964)
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Pertengahan kurun ke-19:
Edouard Seguin (murid Itard)
Seguin yakin bahawa kanak-kanak bermasalah penglihatan, terencat akal,
dan bermasalah emosi boleh dilatih untuk menjadi ahli masyarakat yang
produktif (Winzer, 1993).
Pendekatannya menggunakan kaedah:
- Persekitaran pembelajaran yang berstruktur dengan memberi tumpuan
kepada pelbagai sensori
- Mempelajari asas kemahiran akademik
- Penggunaan ganjaran
- Menegaskan hukuman sebagai kesan negatif
- Pentingnya arahan yang jelas dan berstruktur
merupakan idea yang masih efektif dan diguna pakai dalam bidang
pendidikan khas.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Perkembangan di Amerika Syarikat
Selepas penubuhan Amerika Syarikat pada tahun 1776, selama
200 tahun tidak terdapat perhatian terhadap hak kanak-kanak
berkeperluan khas di sana.
Sebanyak 4.5 juta kanak-kanak dinafikan persekolahan yang
sepatutnya sehinggalah pelaksanaan undang-undang untuk
memastikan peluang pendidikan yang sama rata untuk kanak-
kanak berkeperluan khas pada tahun 1970-an.
Namun, apabila undang-undang mula dilaksanakan, kemajuan
peluang pendidikan masih bergerak perlahan dengan
penumpuan yang banyak diberikan kepada latihan untuk
hidup.
Ia dianggap sepertiDisediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi kemenangan yang pahit.
Namun, pendidikan khas tidak terhenti di situ.
Muncul antara kumpulan sokongan pertama (terdiri daripada
ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas) yang
memperjuangkan pendidikan khas yang berkualiti seawal
tahun 1933.
Kebanyakan pertubuhan-pertubuhan ini mula membina satu
gelombang pada tahun 1950-an apabila mereka mendesak
untuk kelulusan undang-undang yang – menyediakan guru-
guru yang terlatih untuk bekerja dengan kanak-kanak pekak,
susah mendengar atau kanak-kanak dengan kekurangan
intelektual (dikenali sebagai terencat akal pada masa itu).
Pada tahun 1960-an, pelbagai undang-undang diluluskan
antaranya memberikan peruntukan bagi pendidikan kanak-
kanak berkeperluan khas.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
1970-an: Tahun-tahun asas pembentukan
Tahun 1970-an memberi perubahan yang penting
kepada pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
Akta Pemulihan 1973 memastikan hak awam diberikan
kepada semua orang kurang upaya dan memerlukan
penempatan pelajar berkeperluan khas di sekolah-
sekolah.
Pada tahun 1975, Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-
kanak Cacat (Education for All Handicapped Children
Act) memastikan dan melaksanankan hak kanak-kanak
berkeperluan khas untuk menerima pendidikan percuma
dan bersesuaian.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
• Pendidikan khas juga mula diberi perhatian apabila
Public Law 1975 diperkenalkan.
• Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang
mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima
pendidikan.
• Sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan
undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka.
• Undang-undang ini merupakan yang paling
mempengaruhi bidang pendidikan khas.
• Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam
amalan penaksiran.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Prinsip Public Law 92-142
Penglibatan Penyisihan
ibu bapa sifar
Proses hak Penilaian
tanpa
diskriminasi
Persekitaran Program
tidak terhad pendidikan
individu
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Public Law 94-142 (PL 94-142)
-Amerika Syarikat-
PL 94-142 telah diperkenalkan pada 29 November 1975
setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.
Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk
Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped
Children Act - EHA).
Pengenalan PL 94-142 bermula daripada pandangan yang
menyatakan bahawa hak kanak-kanak berkeperluan khas
dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak
sebaya di mana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi
dapat dicapai jika mereka diberi peluang untuk membuat
pemerhatian dan melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa
(Odom & McEvoy, 1988).
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Undang-undang hasil perkembangan
pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah
dapat menjamin pendidikan percuma
kepada setiap individu yang berusia antara 3
hingga 21 tahun.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah
kecacatan akan diberi peluang belajar
bersama-sama dengan kanak-kanak biasa
namun kelas khas akan diwujudkan jika
kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti
kanak-kanak biasa yang lain.
Guru pendidikan khas akan diperuntukkan di
setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-
kanak yang menghadapi masalah ini.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
IDEA
Semasa pelaksanaan semula Education for All
Handicapped Children Act (EHA) pada tahun 1997, EHA
mengalami beberapa penambahbaikan.
Antaranya, ia mula dikenali sebagai Individuals with
Disabilities Education Act (IDEA).
IDEA menekankan pelan pendidikan individu atau
individual education plans (IEPs) untuk semua kanak-
kanak berkeperluan khas.
IDEA juga memperkenalkan pelan transisi individu atau
individualized transition plans (ITPs) untuk menyediakan
pelajar ke arah hidup selepas sekolah (dewasa).
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Kini…..
Pada tahun 2001 dan 2004, No Child Left Behind Act
(NCLB) menekankan kebertanggungjawaban kepada
sekolah, bantuan sokongan dan program tambahan untuk
membantu memperbanyakkan lagi sumber-sumber dalam
bidang pendidikan khas.
Dengan pelaksanaan undang-undang, pertubuhan-
pertubuhan sokongan seperti pada tahun 1933 bertindak
sebagai badan yang memastikan undang-undang benar-
benar dilaksanakan.
Mereka kini menekankan kepada pencapaian matlamat
yang pelbagai berdasarkan kaedah pengajaran,
pengiktirafan beberapa jenis keperluan khas dan pilihan
sekolah yang lebih pelbagai.Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Warnock Report 1978 (Britain)
Sebelum laporan Warnock 1978 Konsep integrasi atau inklusif
dikemukakan, konsep pendidikan menekankan bahawa kanak-
untuk kanak-kanak berkeperluan kanak berkeperluan khas perlu
khas di Britain adalah berasaskan belajar di sekolah harian biasa
kepada ‘pengasingan’. dan berpeluang bergaul dengan
kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak berkeperluan khas
belajar di sekolah khas, yang Dasar ini dilaksanakan dan
menyekat dan menghalang mereka diamalkan hingga ke hari ini dan
daripada bergaul dengan kanak- dijadikan panduan kepada
kanak biasa. negara-negara lain dalam
melaksanakan pendidikan khas.
Laporan ini menekankan kepada
konsep percampuran di antara
kanak-kanak berkeperluan khas
dengan kanak-kanak biasa yang
dikenali sebagai ‘integrasi’ atau
‘inklusif’.Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa
dalam pelaksanaan pendidikan khas.
Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan
pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.
Perubahan itu adalah:
• Diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini
dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’
di mana diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam
pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan.
• Ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti
pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap
keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.
• Akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai
kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan
khas.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Konsep ‘pengasingan’ tempat belajar diganti dengan konsep
integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar
bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang
sama.
Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989)
tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan
Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika.
Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran
masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan
terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Pendidikan Khas di Malaysia
Bermula pada tahun 1920-an di kalangan
sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan
sekolah-sekolah cacat penglihatan dan
pendengaran.
Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang
membawa kepada penekanan dan tumpuan
yang lebih jelas kepada perkembangan
pendidikan khas di Malaysia.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Perakuan 169:
“Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya
bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak
cacatadalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil
alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-
pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini.
Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela
dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat
hendaklah terus digalakkan.”
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Peringkat Pertama (Awal – 1947)
Institusi keluarga dan masyarakat seperti pertubuhan agama,
etnik, ibu bapa dan badan sukarela memainkan peranan utama.
Penekanan banyak diberikan kepada masalah penglihatan
semasa awal penubuhan.
St. Nicholas di Pulau Pinang (1926) dan Princess Elizabeth di Johor
Baharu (1949) merupakan antara Sekolah Rendah Pendidikan
Khas yang terawal.
Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Persekutuan Pulau Pinang
dibina khusus untuk masalah pendengaran.
Semasa zaman penjajahan British, pendidikan khas untuk masalah
penglihatan dipelopori oleh institusi-institusi bercorak keagamaan.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Peringkat Kedua (1948 – 1980)
Munculnya penglibatan pihak kerajaan dalam
membuka dan menubuhkan sekolah pendidikan khas.
Model penyampaian baru dan komunikasi seluruh
diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan khas
bermasalah pendengaran dari 1979 – 1981 dan 1984 –
1986.
Model ini bertujuan untuk meningkatkan mutu
pendidikan khas.
Peningkatan kemudahan di semua sekolah pendidikan
khas dan penyediaan keperluan asas bagi pelajar-
pelajar istimewa.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Latihan guru-guru pendidikan khas dimulakan pada tahun
1962 dalam bidang masalah penglihatan dan
pendengaran.
Pada tahun 1964, Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan ditubuhkan untuk menguruskan
program pendidikan khas.
Dasar mengenai pendidikan khas dinyatakan dalam Akta
Pelajaran 1961 yang menyatakan bahawa sekolah khas
bermakna sekolah yang menyediakan layanan
pendidikan yang khas untuk murid-murid kurang upaya.
Akta ini memberi kuasa kepada menteri bagi
menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal
kurikulum pendidikan khas yang bersesuaian dengan
jenis-jenis murid.
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi
Peringkat Ketiga (1981 – Kini)
Pihak kerajaan memainkan peranan utama
sebagai penggerak kepada perkhidmatan
kemudahan fizikal, khidmat sokongan, peruntukan
kewangan dan kepakaran untuk disalurkan secara
terus kepada bahagian pendidikan khas.
Kerajaan Malaysia dengan konsep kerjasama yang
melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian
Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
memainkan peranan utama dalam 6 aspek, iaitu:
Disediakan oleh: Aziyati Zahirah binti Asnil Aimi