The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Baling kali ke-14

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD TAUFIQ BIN BAHARI, 2023-05-23 00:46:38

Buku Program Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Baling kali ke-14

Buku Program Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Baling kali ke-14

SEKAPUR SIRIH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA SESI 2021-2023 Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke- 14 . Dikesempatan ini juga, saya amat berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang hadir bersama-sama pada hari ini. Bagi pihak MUAFAKAT, saya yakin kehadiran tuan puan merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam membantu merealisasikan objektif sektor pendidikan di bawah MARA. Pihak MARA telah menyediakan pelbagai program pengajian yang bersepadu dan komprehensif bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf global. Justeru, MUAFAKAT merupakan suatu wahana yang terbaik untuk permuafakatan antara komuniti yang terdiri daripada para ibu bapa atau penjaga dengan pihak institusi MARA. Gunalah peluang dalam mesyuarat MUAFAKAT ini untuk para ibu bapa menyuarakan pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak institusi MARA dalam mencapai objektif tersebut. Kerjasama yang jitu semua pihak dari pelbagai aspek demi kebajikan dan kemajuan anak-anak akan membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MUAFAKAT cawangan atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang besar terutama kepada anak-anak di bawah organisasi MARA. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap perjuangan kita. Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


SEULAS PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, ISMAIL B. HJ. DERAMAN Pengetua/Penasihat MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA Baling Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam Mesyuarat Agung MUAFAKAT kali ke-14 MRSM Baling, pada tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa/waris atas kesudian dan sokongan tuan/puan meluangkan masa menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Baling pada kali ini. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memperkukuhkan lagi hubungan erat antara warga maktab dan para ibu bapa/waris demi meningkatkan lagi kecemerlangan sahsiah dan akademik pelajar Maktab Rendah Sains MARA Baling. Maktab Rendah Sains MARA merupakan institusi pendidikan yang berperanan besar dalam menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang Sains & Teknologi. Bagi merealisasikan matlamat ini, seluruh tenaga para guru/staf maktab digerakkan secara terancang dengan mematuhi landasan yang digariskan oleh Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA. Harapan pihak maktab supaya visi dan misi yang merupakan fokus hala tuju maktab akan tercapai. Untuk merealisasikannya, kesepakatan dan kerjasama tuan/puan sebagai ibubapa/waris amatlah diharapkan. Dengan ini, saya menyeru kepada semua ibu bapa/waris agar sentiasa memberikan perhatian terhadap anak-anak terutama aspek pembentukan sahsiah & akademik apabila mereka pulang bercuti di rumah. Kesempatan ini juga, penghargaan ditujukan kepada pihak Jawatankuasa MUAFAKAT yang mewakili semua ahli Muafakat kerana bersama-sama dalam menjadi mata dan telinga agar segala kelemahan dan kekurangan di MRSM Baling dapat diperbaiki untuk kepentingan dan kesejahteraan para pelajar pada masa hadapan. Akhir kata, sokongan kuat tuan/puan dan warga maktab dalam membantu, menyokong dan berganding bahu dalam apa jua aktiviti maktab amatlah dihargai dan dialu-alukan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung MUAFAKAT pada kali ini. Sekian, terima kasih.


BICARA KATA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, IR. DR. ROSMIWATI BINTI MOHD MOKHTAR YDP MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA Baling Sesi 2021-2023 Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul bagi menghadiri Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Baling tahun 2023 ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada tuan/puan di atas kesudian meluangkan masa menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Baling pada kali ini. Sesungguhnya inilah masa yang paling sesuai dan tepat untuk kita sama-sama hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli MUAFAKAT. Semoga perjumpaan ini akan menghasilkan satu jaringan kerjasama dan resolusi terbaik dalam meningkatkan lagi kecemerlangan sahsiah dan akademik pelajar Maktab Rendah Sains MARA Baling. Pada tahun ini anak-anak kita bakal menghadapi peperiksaan yang penting iaitu IGCSE bagi Tingkatan 4 dan SPM bagi Tingkatan 5. Pelajar Tingkatan 4 tahun ini merupakan batch terakhir MRSM Baling yang mengambil peperiksaan IGCSE nanti. Sama-samalah kita berdoa agar anak-anak ini nanti berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Tidak dilupakan juga anak-anak kita yang berada di Tingkatan 1, 2 dan 3. Semoga mereka juga kekal positif dan bersemangat dalam menimba ilmu di MRSM Baling ini. Kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah diri perlu menjadi objektif utama selama mereka bergelar pelajar MRSM Baling. Terpilih untuk berada di MRSM Baling ini tentunya satu peluang dan ruang untuk anak-anak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Doa dan harapan kita agak semuanya menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupan kini dan seterusnya. Pihak MUAFAKAT sentiasa memberi sokongan padu kepada pihak pentadbiran maktab di dalam semua program akademik dan ko-kurikulum yang diadakan. Tidak dilupakan juga kepada sumbangan tuan/ puan dari segi kewangan, kepakaran dan pandangan demi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik/ sahsiah pelajar di MRSM Baling ini. Akhir sekali, saya mewakili Jawatankuasa MUAFAKAT MRSM Baling sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbiran maktab, para guru/staf dan para ibu bapa/waris dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan. Kepada semua ahli Muafakat MRSM Baling, teruskan memberi sokongan. Hanya dengan komitmen dan kerjasama semua ahli MUAFAKAT MRSM Baling, maka segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih.


Atur Cara Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan MUAFAKAT Cawangan MRSM Baling Kali ke-14 Masa Atur Cara 08.30 pagi : Pendaftaran Perwakilan dan Pemerhati 9.30 pagi : Majlis Perasmian - Kata aluan Pengerusi Majlis - Bacaan doa - Ucapan Aluan YDP MUAFAKAT - Ucapan Perasmian oleh Pengetua/Penasihat MUAFAKAT, MRSM Baling : Mesyuarat Agung bermula: - Ucapan Aluan YDP - Pembentangan Minit Mesyuarat - Pembentangan Laporan Setiausaha - Pembentangan Laporan Bendahari - Pembubaran Jawatankuasa - Pemilihan Jawatankuasa Baru - Pemilihan 3 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan - Pembentangan usul - Hal-hal Lain - Ucapan Penangguhan - Bersurai 12.00 T/hari: Bersurai


Senarai JawataKuasa Muafakat Mrsm Baling sesi 2021/2023 PENASIHAT : EN. ISMAIL B. DERAMAN YANG DIPERTUA : PROF. MADYA IR. DR. ROSMIWATI BT. MOHD MOKHTAR NAIB YANG DIPERTUA : PROF. IR DR.NOR ASHIDI B. MAT ISA SETIAUSAHA : PN. RAHANA BT MD. JAMIN PEN. SETIAUSAHA : EN. MOHAMAD KHAIRUL BIN HASHIM BENDAHARI : CIK NURUL ‘AFIFAH SYA-IRAH BT. ABD NASIR PENOLONG BENDAHARI : CIK NOORMALA BT. KAMAL PENGERUSI : UST. HASLIZAN B. KELIWON NAIB PENGERUSI : EN. MOHAMMAD FAZRI BIN ALIAS : EN. MUHAMMAD REDZUAN B. SAIDI : PN. HUSNA BINTI HANAPI : EN. BADRUL B. SHUID : PN. SARINA BT. ABDUL RAHMAN : EN. SHAMSUL IZRIN B. ISAHAK : TS. DR. MUHD HARRIS BIN RAMLI : EN. MOHAMAD SALIM BIN IBRAHIM : EN. ABDUL RAHIM B. MD. YUSUF : LT. KOL (B) MOHD ZAKI B. HAMZAH : PN. ZAMZURINA BT. ZULKEFILI : PN.WAN NOR AZIZAH BINTI WAN DIN : PN. SHARIFAH BINTI ZAINUL ABIDIN : EN. YUKHAIRI B. YAHAYA : EN. MUHAMAD FAHMI B. MD FADZIL : PN. FAZILAH BINTI MD ZIN JURUAUDIT I : EN. KHAIRUL NIZAM B. MAT PIAH JURUAUDIT II : PN. WAN SITI HAJAR BINTI HASHIM


Maklumat Ajk Muafakat Mrsm Baling Sesi 2021/2023


Minit Mesyuarat Agung Muafakat Mrsm Baling Kali Ke-13


Laporan aktiviti tahunan muafakat mrsm baling 2021/2023


senarai Kehadiran mesyuarat ajk muafakat sesi 2021/2023


senarai Kehadiran mesyuarat ajk muafakat sesi 2021/2023


Senarai usul/cadangan mesyuarat agung muafakat kali ke-14 2023


Senarai usul/cadangan mesyuarat agung muafakat kali ke-14 2023


laporan kewangan badan muafakat mrsm baling 2023


laporan kewangan badan muafakat mrsm baling 2023


laporan kewangan badan muafakat mrsm baling 2023


laporan kewangan badan muafakat mrsm baling 2023


laporan kewangan badan muafakat mrsm baling 2023


Lampiran


Click to View FlipBook Version