RUSA YANG
BONGKAK
by
Muhammad Hakim
Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak.
Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk
melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga
melihat tanduknya yang cantik.
”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada
dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka
pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa
kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga.
Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga
hujung kaki,” rungutnya.
2
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di
tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa
itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat
itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
3
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya ter-
sangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu
meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan
itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing
semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu
dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya
sedikit.
4
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat
melarikan diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa
itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah
membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
5
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai
sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak
bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan
begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak
semestinya membawa kebaikan.
6