The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Dalam Pendidikan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KEE JING YING IPG-Pelajar, 2024-03-24 23:06:36

E-Portfolio EDUP3153

Pentaksiran Dalam Pendidikan

PENILAIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF


1.0 Pendahuluan Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (2020), PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). PBS selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS perlu dilaksanakan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2017), pentaksiran didefinisikan sebagai perihal menaksir. Menurut Lee et. al. (2024), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu komponen di bawah kategori akademik dalam PBS. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid atau mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan melaksanakan PBD. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan instrumen pentaksiran alternatif yang sesuai untuk mendapat maklumat perkembangan pelajar seperti kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan bertulis. Instrumen pentaksiran yang boleh digunakan pula ialah pentaksiran akhir semester, buku skrap, persembahan, produk, praktikal atau amali, tugasan bertulis, portfolio dan sebagainya. Instrumen pentaksiran alternatif sesuai digunakan untuk menilai pencapaian murid kerana instrumen ini dapat menilai murid dengan holistik. Mereka boleh merangkumi aspek seperti kemahiran sosial, kreativiti, kebolehan berfikir lateral, dan aplikasi pengetahuan dalam situasi dunia sebenar. Ini memberikan gambaran yang lebih lengkap tentang kebolehan dan pencapaian seseorang individu. Ini juga dapat memudahkan guru untuk menambahbaikkan PdP seterusnya berdasarkan pencapaian murid supaya guru dapat mencurahkan ilmu pengetahuan dengan lebih efektif. 2.0 Penilaian Instrumen Pentaksiran Alternatif Saya telah bertemu bual dengan seorang guru Matematik sekolah rendah untuk mengambil tahu instrumen pentaksiran alternatif yang digunakan dalam PdP. Melalui temu bual, saya mendapati bahawa beliau telah menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran alternatif dalam PBD. Antaranya ialah pentaksiran akhir semester, buku skrap dan projek. Saya telah menilai instrumen pentaksiran yang digunakan. 2.1 Pentaksiran Akhir Semester Jadual 1 Anggaran masa yang diperlukan Jenis item Jumlah item Anggaran masa yang diperlukan Item jawapan pendek 13 13 x 2 minit = 26 minit Item struktur 2 2 x 20 minit = 40 minit Jumlah anggaran masa yang diperlukan 66 minit 1


Saya telah menilai instrumen pentaksiran iaitu pentaksiran akhir semester. Pentaksiran tersebut mengambil masa satu jam lima belas minit. Pada pendapat saya, instrumen ini telah memenuhi aspek kemudahtadbiran iaitu salah satu prinsip pentaksiran yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana masa yang diberikan bagi murid menjawab ujian tersebut adalah munasabah kerana anggaran masa untuk menjawab setiap item ujian mencukupi. Dalam pentaksiran tersebut, terdapat tiga belas item jawapan pendek dan dua item struktur. Anggaran masa yang diperlukan bagi item jawapan pendek ialah dua minit manakala anggaran masa yang diperlukan bagi item struktur ialah dua puluh minit. Jumlah masa yang diperlukan adalah enam puluh enam minit seperti dalam Jadual 1. Oleh itu, masa diberikan untuk menjawab ujian adalah sesuai. Rajah 1 Jadual permarkahan kertas ujian Selain itu, jadual permarkahan yang disediakan di muka hadapan kertas ujian telah memudahkan pemeriksa untuk mengira jumlah markah murid seperti dalam Rajah 1. Ini dapat memudahkan kerja penyemakan dan meningkatkan ketepatan markah. Menurut 2


Institut Pendidikan Guru Malaysia (2022), arahan yang jelas merupakan aspek kemudahtadbiran bagi instrumen atau alat yang digunakan untuk pentaksiran. Arahan yang diberikan kepada murid pada muka hadapan soalan ujian tersebut seperti dalam Rajah 1 jelas dan mudah difahami. Murid tidak akan menimbulkan keraguan semasa menjawab soalan. Selain itu, item ujian disusun secara teratur dari aras mudah ke aras sukar. Soalan dalam pentaksiran ini diatur dari soalan pendek ke soalan struktur. Ini dapat mengelakkan kadar kerisauan murid jika tidak dapat menjawab soalan sukar pada awal ujian. Rajah 2 Rangsangan dalam bentuk gambar rajah cukup besar Rangsangan dalam bentuk gambar rajah atau carta seperti dalam Rajah 2 cukup besar untuk murid melihatnya. Gambar rajah juga disertakan dengan soalan dalam muka surat yang sama. Di samping itu, instrumen ini telah memenuhi prinsip keobjektifan item ujian. Panduan penskoran yang tepat dari segi sampel jawapan, kandungan dan penggredan telah disediakan. Dengan adanya panduan penskoran, kadar keralatan personal pemeriksa dan pemberian markah berdasarkan pandangan peribadi pemeriksa dapat dikurangkan. Ini dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian bagi instrumen tersebut. 3


Rajah 3: Susunan rangsangan dan pokok soalan Namun, terdapat kelemahan dalam instrumen pentaksiran akhir semester ini. Semasa membina soalan berstruktur, soalan-soalan adalah berkaitan antara satu sama lain berdasarkan satu rangsangan tertentu dan daripada topik yang sama. Ini membolehkan murid menjawab soalan dengan terpandu. Dalam soalan pentaksiran tersebut, rangsangan soalan struktur tidak diberikan tetapi terus masuk ke pokok soalan seperti dalam Rajah 3. Rangsangan bagi setiap anak soalan adalah berbeza. Ini akan mengurangkan kesinambungan anak soalan dalam soalan struktur ini. Pada pendapat saya, guru boleh menggunakan satu rangsangan utama dalam soalan struktur dan menggunakan rangsangan tambahan pada anak soalan jika diperlukan. Dengan ini, murid akan mengetahui soalan seterusnya adalah berkaitan dengan soalan di atas. 2.2 Buku Skrap Selain pentaksiran akhir semester, saya mendapati bahawa buku skrap juga merupakan salah satu instrumen pentaksiran alternatif yang digunakan dalam subjek Matematik. Menurut Monica Laina Tonge dan Zamri Mahamod (2020), buku skrap yang dihasilkan menepati tugasan dan kriteria penilaian yang ditetapkan. Oleh hal demikian, guru boleh menilai murid melalui penghasilan buku skrap. Melalui temu bual dengan guru Matematik tersebut, saya mendapati bahawa beliau telah menggunakan instrumen buku skrap yang bertajuk “Instrumen Pembayaran” dan “Wang Asing” bagi murid Tahun 4. Pada pendapat saya, instrumen buku skrap telah memenuhi prinsip pentaksiran iaitu kemudahtadbiran. Menurut beliau, beliau telah memberikan arahan yang jelas kepada murid untuk menghasilkan buku skrap. Masa yang diberikan kepada murid untuk menghasilkan buku skrap adalah dua 4


minggu. Masa yang diberikan adalah mencukupi bagi murid menghasilkan satu buku skrap yang lengkap dan cantik. Selain itu, instrumen buku skrap ini juga memenuhi prinsip pentaksiran iaitu kesahan. Kandungan yang diuji memenuhi tajuk yang ingin diuji terhadap murid iaitu mengenali mata wang dunia dan instrumen pembayaran. Kemahiran Abad Ke-21 juga dapat diuji melalui instrumen ini seperti kreativiti, kewarganegaraan, linguistik, kerjasama, pemikiran kritis dan sebagainya. Rajah 4: Rubrik permarkahan buku skrap Seterusnya, instrumen ini memenuhi prinsip keobjektifan. Rubrik permarkahan projek telah disediakan seperti dalam Rajah 4 bagi menilai prestasi murid. Aspek-aspek penilaian dinyatakan dengan jelas dalam rubrik permarkahan tersebut. Dengan ini, guru dapat menilai pencapaian murid dengan tepat dan mengelakkan kekaburan. Pada pendapat saya, pentaksiran buku skrap merupakan satu instrumen yang boleh memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kreativiti mereka kerana mereka bebas mencipta dan menghasilkan buku skrap mengikut kreativiti mereka sendiri. Kreativiti merupaka salah satu 5


kempetensi 6C yang perlu dikuasai oleh murid. Mereka bukan sahaja dapat dipantau perkembangan akademik oleh guru tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran insaniah mereka melalui instrumen ini. Di samping itu, murid dapat menghasilkan pengetahuan baharu. Menurut Azman Zais et. al. (2023), pelajar secara kritis menyusun pelbagai sumber menggunakan alat digital untuk membina pengetahuan, menjana artifak kreatif dan membina pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk diri mereka sendiri dan orang lain. Murid mencari maklumat dan mengumpulkan data dengan menggunakan Internet seterusnya menghasilkan satu buku skrap yang baharu. Secara tidak langsungnya, murid dapat membina sesuatu ilmu pengetahuan yang baharu melalui instrumen ini. 2.3 Projek Rajah 5: Projek Majlis Hari Jadi Selain itu, saya mendapati bahawa instrumen projek juga digunakan dalam subjek Matematik untuk menilai kemahiran-kemahiran murid seperti kemahiran kepimpinan, toleransi, kerjasama, komunikasi dan lain-lain. Menurut Mazarul Hasan, et. al. (2022), peranan guru bukan sahaja mengajar dan menilai pencapaian akademik semata-mata sebaliknya guru perlu memastikan pelajar menguasai dan mampu mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan mereka. Oleh itu, instrumen projek dapat membantu guru menilai penguasaan murid dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran secara keseluruhan. Melalui pengumpulan maklumat saya, beliau telah menjalankan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) yang bertajuk “Majlis Hari Jadi” bagi murid Tahun 5 seperti dalam Rajah 5. Projek ini telah menggabungkan beberapa 6


tajuk iaitu nombor bulat dan operasi asas, masa dan waktu, wang, serta nisbah dan kadaran. Pada pendapat saya, instrumen projek ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan dan pelbagai kemahiran. Hal ini dikatakan demikian kerana murid dapat menunjukkan penguasaan ilmu pengetahuan Matematik mereka dalam projek ini. Kemahiran pengaplikasian dan kemahiran Abad ke-21 murid seperti kepimpinan, komunikasi dan kerjasama juga dapat ditunjukkan melalui projek ini. Sebagai contoh, semasa perbincangan, murid akan menyoal. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi. Secara tidak langsungnya, murid juga dapat mengukuhkan pemahaman ilmu pengetahuan setelah mendapat jawapan dan pengaplikasian ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Rajah 6: Projek ria nombor Selain itu, beliau juga menggunakan instrumen projek yang terdapat dalam buku teks. Salah satu instrumen projek yang digunakan ialah “Projek Ria Nombor” seperti dalam Rajah 6. Dalam projek ini, murid akan diuji kefahamannya tentang nilai nombor, menulis nombor dalam angka dan perkataan, serta rangkaian nombor. Selain itu, instrumen ini juga dapat menguji kemahiran Abad Ke-21 murid seperti bekerjasama, kreativiti, komunikasi dan lainlain. Seterusnya, kedua-dua instrumen projek telah memenuhi prinsip pentaksiran iaitu kesahan. Kandungan yang diuji merangkumi tajuk yang telah dipelajari oleh murid. 7


Kemahiran pengaplikasian ilmu matematik dalam kehidupan seharian juga dapat dipenuhi melalui instrumen ini. Instrumen ini juga telah memenuhi kesahan konstruk. Pentaksiran berasaskan projek (PBP) ini boleh menguji kesemua atribut yang diukur. Sebagai contoh, guru dapat menilai pengaplikasian ilmu masa dan waktu dengan melihat jadual waktu majlis yang dihasilkan oleh murid dalam Projek “Majlis Hari Jadi”. Guru boleh menilai kemahiran kolaborasi melalui pemerhatian kerjasama murid semasa melakukan kerja. Rajah 7: Rubrik permarkahan projek Di samping itu, instrumen projek ini memenuhi prinsip pentaksiran iaitu keobjektifan. Rubrik permarkahan projek juga telah disediakan seperti dalam Rajah 7 bagi menilai prestasi murid. Aspek-aspek penilaian dinyatakan dengan jelas dalam rubrik permarkahan. Dengan ini, guru dapat menilai pencapaian murid dengan tepat. 3.0 Kesimpulan Kesimpulannya, instrumen pentaksiran alternatif adalah sesuai digunakan dalam pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah. Menurut Mohd Huzaimi Abdul Manap, et. al. (2020), pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ialah bentuk pentaksiran pendidikan holistik yang mampu mentaksir kemajuan semua kategori pelajar. Guru-guru atau pendidik boleh kerap menggunakan pentaksiran alternatif yang sesuai dalam PBD untuk melihat perkembangan murid dengan lebih menyeluruh dan tidak bergantung pada ujian sematamata. Pentaksiran alternatif juga dapat membantu perkembangan murid dalam 8


pengaplikasian pengetahuan dalam kehidupan seharian, meningkatkan kemahiran dan membentuk nilai dalam diri mereka melalui tugasan bermakna. Oleh itu, guru-guru boleh berusaha menggunakan instrumen pentaksiran yang berkualiti dan berkongsikannya dengan rakan sekerja lain supaya instrumen alternatif dapat digunakan secara meluas di sekolahsekolah Malaysia. Guru juga perlu sentiasa peka dengan keberkesanan insrtrumen yang digunakan sama ada berkesan atau tidak. Jika instrumen yang digunakan kurang mencapai matlamat pentaksiran, guru perlu menambah baik instrumen tersebut supaya instrumen tersebut dapat memenuhi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran DSKP. Oleh itu, instrumen pentaksiran alternatif telah mendatangkan banyak faedah dan pihak berkenaan perlu mendorong penggunaan instrumen tersebut dalam PBD untuk meningkatkan kualiti murid. 9


Rujukan Azman Zais, Abdul Hadi Mat Dawi, Siti Rosni Mohamad Yusoff & Foo. S. Y. (2023). Teknologi untuk pemgajaran dan pembelajaran. Local Publication (M) Sdn. Bhd. Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2022). Buku Panduan Pentaksiran Institut Pendidikan Guru. https://ipgkdri.moe.edu.my/images/dokumen/BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KE MASKINI_JANUARI_2022.pdf Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. (2020). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). https://jpnpp.moe.gov.my/persekolahan/pelaporan-pentaksiran-sekolah-rendah-ppsr Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. (2017). Pentaksiran. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pentaksiran Lee, L.H., Boon, P. Y., Aeria L. A. & Ilhavenil Narinasamy. (2024). Pentaksiran dalam Pendidikan. Pustaka Nadwa Sdn. Bhd. Mazarul Hasan, Aniss Tanisha Abdul Razak, Syaubari Othman, Kama Shafeei & Ridhuan Jamil. (2022). Pentaksiran Berasaskan Projek (PBP) sebagai Alternatif Pengganti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Journal of Human Development and Communication, 11(1), 88-94. https://www.researchgate.net/publication/364305688_Pentaksiran_Berasaskan_Projek _PBP_sebagai_Alternatif_Pengganti_Ujian_Penilaian_Sekolah_Rendah_UPSR Mohd Huzaimi Abdul Manap, Zolkepli Haron & Norasmah Othman. (2020). Penilaian Pelaksanaan Program Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Integrasi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 9-16. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01SI-02 Monica Laina Tonge & Zamri Mahamod. (2020). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap Kemahiran Menulis Karangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 12-20. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01-02


Lampiran 1. Soalan pentaksiran akhir semester


Rubrik permarkahan


2. Buku skrap


3. Projek


Click to View FlipBook Version