STUDENT
HANDBOOK
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI
ELEKTRIK (SKE)
STUDENT HANDBOOK
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (SKE)
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
ISI KANDUNGAN
INFO KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
VISI & MISI
LOGO KORPORAT
CARTA ORGANISASI KKSBJ
CARTA PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
BAHAGIAN AKADEMIK
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE)
Unit Pengajian Umum
Unit Peperiksaan dan Penilaian
BAHAGIAN BUKAN AKADEMIK
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
Unit Pembangunan Pelajar
Pembiayaan Kewangan
Insuran
Pengambilan Pelajar
Psikologi dan Kerjaya
Disiplin & Tatatertib
Perpustakaan
INFO KOLEJ
Kolej Komuniti Seberang Jaya (KKSBJ) adalah merupakan salah
satu institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Ia
ditubuhkan di bawah Parlimen Permatang Pauh dan Dewan
Undangan Negeri Seberang Jaya. Kolej ini telah beroperasi sejak
tahun 2013. Penubuhan kolej ini adalah untuk memberi peluang
pendidikan dan latihan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan
terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 17
tahun ke atas untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Program yang ditawarkan adalah secara sepenuh masa dan
pembelajaran sepanjang hayat yang merangkumi pelbagai kursus-
kursus pendek. Kolej ini menawarkan program Diploma In
Electronics (Instrumentation) (DEI), Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan Sijil
Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) sebagai program sepenuh
masa. Kolej ini beralamat di Lot 2811-2822,Lorong Desa Pauh 1,
Taman Desa Pauh 13700 Perai Pulau Pinang. Mempunyai seramai
49 orang kakitangan yang terdiri daripada 15 orang staf
pentadbiran dan 34 orang staf akademik.
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
(BERMULA TAHUN 2013)
KOLEJ KOMUNITI DIPLOMA IN ELECTRONICS
SEBERANG JAYA INSTRUMENTATION
(BERMULA TAHUN 2016)
SIJIL SISTEM KOMPUTER
DAN RANGKAIAN (AKAN
BERMULA SESI I:
2022/2023)
VISI DAN MISI
LOGO KOLEJ KOMUNITI SEMALAYSIA
LOGO KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
MOTTO
“Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran”
Ts. HUSAINI AZA BIN MOHD ADAM
Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya
Carta Organisasi Program Sijil Teknologi Elektrik
Tarikh Berkuatkuasa : 15 September 2021
PENGARAH
Ts. HUSAINI AZA BIN MOHD ADAM
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
ZURILAWATI BINTI MD ZAWAWI
KETUA PROGRAM TIMBALAN KETUA PROGRAM
NORADILAH BINTI SAAD
MOHAMMAD ZAHIR BIN SHAARI
PENSYARAH
AHMAD IKHWAN BIN ZAKARIA NOR AMALINA BINTI MUSA MOHD HANIF BIN IBERIM ZAKIUL HUMAN BIN MAHAMUD
MOHD HASRUL BIN HAMZAH MOHD AZAN BIN HARITH SAIFUL ANUAR BIN MOHAMAD MOHD ASRI BIN HASHIM
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
BAHAGIAN AKADEMIK
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (SKE)
Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali Sijil Pemasangan
Elektrik) direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada
teknologi elektrik pada masa kini. Pelajar akan memperolehi
pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik.
Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan
dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik. Program ini
menawarkan kursus teras Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti
Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik
Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa,
Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem
Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan
Udara. Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga
ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga
akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang
menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui
tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga
akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai nilai tambah
bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang
elektrik dan elektronik.
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang
teknologi elektrik yang boleh menepati keperluan kerjaya seperti berikut:
a. Penolong Jurutera Gred JA29
b. Juruteknik Elektrik / Elektronik
c. Penolong Juruteknik Elektrik / Elektronik
d. Juruelektrik
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (SKE)
STRUKTUR PROGRAM
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (SKE)
OBJEKTIF PROGRAM (OP)
OP 1: Menjadi juruteknik dalam bidang elektrik dan elektronik selari
keperluan semasa dan hasrat negara.
OP 2: melibatkan diri secara berterusan dalam aktiviti peningkatan
pengetahuan, kemahiran dan kerjaya secara dinamik.
OP 3: Memberi sumbangan kepada masyarakat dengan penuh
tanggungjawab serta beretika.
OP 4: Melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan keusahawanan atau aktiviti
bercirikan inovatif
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)
1. Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan
amalan rutin bidang.
2. Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam
menyelesaikan masalah rutin.
3. Menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam
menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian.
4. Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan
keperluan segera menerusi komunikasi.
5. Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan
tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi.
6. Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan
penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat.
7. Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan
keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar.
8. Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme.
9. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam
pasukan teknikal
UNIT PENGAJIAN UMUM
Unit Pengajian Umum (UPU) merupakan satu
unit akademik yang menyokong program akademik utama,
supaya pelajar bukan sahaja mahir di dalam bidang
teknikal tetapi juga didedahkan terhadap
pembentukan sikap dan moral. Ia menawarkan kursus-
kursus yang meliputi topik dan perbincangan unsur hidup
seperti nilai, prinsip, akhlak dan asas kemahiran. Unit
Pengajian Umum meliputi kursus seperti
Pengajian Malaysia, Aplikasi Komputer, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Workplace English, Communicative
English dan Keusahawanan. UPU dilengkapi satu
makmal bahasa, makmal komputer dan bilik kuliah bagi
memastikan bahawa proses pembelajaran dihantar
dengan berkesan.
*Bagi pelajar warganegara yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM
wajib mengambil kursus MPU 12022 Bahasa Kebangsaan A
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
1 Melaksana dasar pentaksiran & penilaian berpandukan Pembelajaran
Berasaskan Hasil.
2 Melaksana Sistem Aplikasi Pengurusan Pentaksiran & Penilaian Program
Pengajian Kolej Komuniti.
3 Menyediakan maklumat dan maklum balas hasil dari pelaksanaan
tahunan untuk input kepada Jabatan bagi proses penambahbaikan.
4 Menyediakan maklumat dan maklum balas hasil penambahbaikan
berterusan (CQI) program Pengajian Kolej Komuniti.
5 Menyediakan khidmat sokongan dan perundingan berkaitan hal
peperiksaan dan penilaian di KK.
6 Mengurus proses pensijilan dan penganugerahan sijil kepada lulusan kursus
sepenuh masa KK.
8 Melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti dan akreditasi MQA dan MBOT
bagi Program Pengajian Kolej Komuniti.
Markah Gred Nilai Mata Status
90 – 100 A+ 4.00 Sangat
Cemerlang
80 – 89 A 4.00 Cemerlang
75 – 79 A- 3.67 Kepujian
70 – 74 B+ 3.33
65 – 69 B 3.00 Baik(Lulus)
60 – 64 B- 2.67
55 – 59 C+ 2.33 Gagal
50 – 54 C 2.00
47 – 49 C- 1.67
44 – 46 D+ 1.33
40 – 43 D 1.00
0 – 39 F 0.00
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
BAHAGIAN BUKAN AKADEMIK
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
PERANAN UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
1 Mengurus dan menyelia hal-hal berkaitan kebajikan dan disiplin pelajar
serta perjalanan BPP di Kolej Komuniti.
2 Mengurus dan melaksanakan hal-hal berkaitan Program Khas Pelajar
(Pembangunan Sahsiah).
3 Mengurus hal-hal berkaitan aktiviti pertandingan kemahiran yang
melibatkan pelajar Kolej Komuniti.
4 Menyelia hal-hal berkaitan bantuan kewangan pelajar.
5 Mengurus dasar dan pelaksanaan pengambilan pelajar bagi program
sepenuh masa dan program separuh masa.
6 Mengurus, dan melaksanakan dasar pengambilan pelajar Kolej
Komuniti.
7 Menguruskan dokumen-dokumen berkaitan pengambilan pelajar bagi
kursus program sepenuh masa.
8 Mengurus dan memantau hal-hal berkaitan aktiviti psikologi, kaunseling
dan kerjaya di Kolej Komuniti.
9 Mengurus dan melaksanakan hal-hal berkaitan aktiviti sukan di Kolej
Komuniti bersama Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM).
10 Menguruskan hal-hal berkaitan aktiviti kelab dan persatuan.
PEMBIAYAAN KEWANGAN
Pelajar Kolej Komuniti boleh memohon pinjaman atau bantuan
kewangan seperti berikut:
> Sijil Kolej Komuniti
> Diploma Kolej Komuniti
Bil Tajaan/ Bantuan
1 Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
2 Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya (BKOKU)
3 Yayasan Tenaga Nasional (YTN)
4 Bantuan Agensi-Agensi Lain
Peringkat Sijil
Bil Bantuan / Pinjaman
1 Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara
(PTPTN)
2 Dermasiswa B40
3 Bantuan Agensi-Agensi Lain
Peringkat Diploma
INSURAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI
Semua pelajar kolej komuniti oleh insuran berkelompok. Sebarang
tuntutan mengenai insuran boleh menghubungi Unit Pembangunan
Pelajar Kolej Komuniti Seberang Jaya
Skop Perlindungan
PENGAMBILAN PELAJAR
1)Mengurus dasar dan pelaksanaan pengambilan pelajar bagi
program sepenuh masa.
2) Mengurus, dan melaksanakan dasar pengambilan pelajar
Kolej Komuniti.
3) Menguruskan dokumen-dokumen berkaitan pengambilan
pelajar bagi kursus program sepenuh masa.
4) Mengurus pertukaran program, pertukaran kolej dan
tangguh pengajian.
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
(BERMULA TAHUN 2013)
KOLEJ KOMUNITI DIPLOMA IN ELECTRONICS
SEBERANG JAYA INSTRUMENTATION
(BERMULA TAHUN 2016)
SIJIL SISTEM KOMPUTER
DAN RANGKAIAN (AKAN
BERMULA SESI I:
2022/2023)
CARTA ALIR PENGURUSAN PERTUKARAN PROGRAM
CARTA ALIR PENGURUSAN PERTUKARAN KOLEJ
CARTA ALIR PENGURUSAN TANGGUH PENGAJIAN
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI
Unit ini dinamakan Unit Pengurusan Psikologi kerana dalam
melaksanakan perkhidmatan kaunseling, ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip
psikologi digunakan bagi membantu klien menangani masalah dan
isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan
kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang
efektif dan profesional.
Visi
Mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang profesional, efektif,
berkualiti, dan cekap di samping membantu meningkatkan kesedaran
terhadap kepentingan kesihatan emosi dan perkembangan psikologi
setiap individu.
Misi
•Melengkapkan sistem perkhidmatan pendidikan dengan memberi
penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi
yang baik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
•Memberi kesedaran akan kepentingan perkhidmatan psikologi dan
kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
•Meningkatkan tahap pengetahuan dan keterampilan profesion
Pegawai Psikologi sejajar dengan perkembangan perubatan terkini.
•Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi
tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesion Pegawai Psikologi
di dalam organisasi.
Piagam Pelanggan
•Memberi maklumbalas awal terhadap kes rujukan baru dalam masa 5
hari bekerja.
•Sesi kaunseling intervensi psikologi dan individu dijalankan sekurang-
kurangnya 30 minit (1 sesi).
•Merahsiakan maklumat yang diberikan oleh klien selagi maklumat
tersebut tidak membahayakan diri klien dan individu lain selaras
dengan Akta Kaunselor 580.
Jenis Perkhidmatan yang disediakan:
•Kaunseling Remaja
•Kaunseling Individu
•Kaunseling Keluarga
•Kaunseling Kelompok
•Intervensi Krisis
•Kaunseling Kerjaya
•Program Psikopendidikan
•Ujian Psikologi / Psikometrik
DISIPLIN & TATATERTIB
BUKU NOTIS KESALAHAN TATATERTIB TERUS
(pada muka surat sebelum helaian notis)
KOD JENIS KESALAHAN
1. Perpustakaan [Kaedah 3 (i)]
1 (a) Lewat / tidak memulangkan buku atau bahan dalam tempoh yang ditetapkan.
(b) Merosakkan buku atau bahan.
(c) Menghilangkan buku dan bahan yang dipinjam.
(d) Bising / mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan.
(e) Makan / minum / tidur / membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana ketika di dalam
perpustakaan.
(f) Membawa makanan / minuman ke dalam perpustakaan.
(g) Menggunakan kad perpustakaan pelajar lain.
(h) Melakukan perbuatan yang mencolok mata.
(i) Mencuri atau membawa keluar bahan majalah, surat khabar, buku rujukan red spot dan bahan
(j) berjilid tanpa kebenaran Pegawai Perpustakaan.
Tidak mematuhi arahan etika berpakaian mengikut Panduan dan Peraturan Am Pelajar Kolej
(k) Komuniti.
Membawa masuk beg, fail besar, kamera, topi keledar, jaket, senjata tajam atau yang seumpamanya
(l) ke dalam perpustakaan.
(m) Mengoyak / menggunting /menconteng bahan-bahan bacaan di perpustakaan.
Merosak dan memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang
(n) boleh membawa kerosakan kepada bahan tersebut.
(o) Tidak menjaga kebersihan perpustakaan.
(p) Mengubah susunatur perabot dan peralatan perpustakaan.
Menggunakan telefon mudah alih (handphone) atau sebarang bahan elektronik sehingga
mengganggu ketenteraman orang lain.
2. PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI [Kaedah 6]
A. Pelajar Lelaki
i. Pakaian
2Ai (a) Memakai baju kemeja yang tidak berlengan.
(b) Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali untuk aktiviti sukan.
(c) Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif,
lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti politik.
(d) Memakai baju kemeja atau ’T’ yang tidak dimasukkan ke dalam seluar (tuck in).
(e) Memakai baju kebangsaan (baju melayu) yang tidak lengkap bersampin, berkasut, bersongkok
hitam.
(f) Memakai pakaian yang bertampal, koyak atau bertampung dalam apa jua bentuk sekalipun.
(g) Memakai pakaian yang tidak dibutang atau dizipkan dengan sempurna.
(h) Memakai tali pinggang atau fesyen kepala tali pinggang yang tidak sesuai.
(i) Memakai seluar jenis ’jeans biru’ atau lusuh.
(j) Memakai seluar ketat.
(k) Memakai seluar ’half cut’.
(l) Memakai kasut tanpa stokin.
(m) Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam.
(n) Tidak memakai pakaian bengkel ketika berada di bengkel.
ii. Rambut
2Aii (a) Rambut panjang melebihi paras kolar baju, paras tepi melebihi paras atas telinga, paras depan
melebihi garisan tengah dahi.
(b) Rambut tidak kemas.
(c) Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan.
iii. Perhiasan
2Aiii (a) Memakai sebarang bentuk perhiasan seperti rantai, gelang tangan dan subang atau apa-apa
(b) perhiasan diri yang membawa maksud negatif.
B. Pelajar Perempuan
i. Pakaian
2Bi (a) Memakai pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, singkat, berbelah, nipis
dan mendedahkan mana-mana bahagian badan.
(b) Memakai baju yang labuhnya di atas paras punggung.
(c) Memakai skirt yang lebih pendek dari paras lutut.
(d) Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif,
lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti politik.
(e) Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali untuk aktiviti sukan.
2Ai 2. PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI [Kaedah 6]
A. Pelajar Lelaki
2Aii i. Pakaian
2Aiii (a) Memakai baju kemeja yang tidak berlengan.
2Bi (b) Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali untuk aktiviti sukan.
(c) Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif,
2Bii lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti politik.
2Biii (d) Memakai baju kemeja atau ’T’ yang tidak dimasukkan ke dalam seluar (tuck in).
(e) Memakai baju kebangsaan (baju melayu) yang tidak lengkap bersampin, berkasut, bersongkok
3 hitam.
4 (f) Memakai pakaian yang bertampal, koyak atau bertampung dalam apa jua bentuk sekalipun.
(g) Memakai pakaian yang tidak dibutang atau dizipkan dengan sempurna.
(h) Memakai tali pinggang atau fesyen kepala tali pinggang yang tidak sesuai.
(i) Memakai seluar jenis ’jeans biru’ atau lusuh.
(j) Memakai seluar ketat.
(k) Memakai seluar ’half cut’.
(l) Memakai kasut tanpa stokin.
(m) Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam.
(n) Tidak memakai pakaian bengkel ketika berada di bengkel.
ii. Rambut
(a) Rambut panjang melebihi paras kolar baju, paras tepi melebihi paras atas telinga, paras depan
melebihi garisan tengah dahi.
(b) Rambut tidak kemas.
(c) Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan.
iii. Perhiasan
(a) Memakai sebarang bentuk perhiasan seperti rantai, gelang tangan dan subang atau apa-apa
(b) perhiasan diri yang membawa maksud negatif.
B. Pelajar Perempuan
i. Pakaian
(a) Memakai pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, singkat, berbelah, nipis
dan mendedahkan mana-mana bahagian badan.
(b) Memakai baju yang labuhnya di atas paras punggung.
(c) Memakai skirt yang lebih pendek dari paras lutut.
(d) Memakai baju ’T’ yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif,
lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti politik.
(e) Memakai baju ’T’ tidak berkolar kecuali untuk aktiviti sukan.
(f) Memakai pakaian yang bertampal, koyak atau bertampung dalam apa jua bentuk sekalipun.
(g) Memakai pakaian yang tidak dibutang atau dizipkan dengan sempurna.
(h) Berseluar ketat, singkat atau menampakkan susuk badan.
(i) Memakai seluar jenis ’jeans’, banyak poket, ’corduroy’.
(j) Memakai seluar ’half cut’.
(k) Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam.
(l) Tidak memakai pakaian bengkel semasa berada di bengkel.
ii. Rambut
(a) Rambut tidak kemas.
(b) Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan
iii. Perhiasan
(a) Memakai perhiasan seperti rantai, gelang tangan, cincin dan subang secara berlebihan.
(b) Memakai perhiasan diri bukan pada tempat sepatutnya.
(c) Bersolek secara berlebihan.
3. KEBERSIHAN DI DALAM KAMPUS [Kaedah 21]
(a) Membuang sampah merata-rata di sekitar kampus.
(b) Menampal sebarang notis dan iklan tanpa kebenaran pihak berkuasa kampus.
(c) Mengotorkan / meludah merata-rata di sekitar kampus.
(d) Memetik / Mematah / Merosakkan pokok hiasan / pokok bunga tanpa kebenaran pihak berkuasa
kampus.
4. MEMBUAT BISING [Kaedah 22]
(a) Meninggikan suara atau mengeluarkan bunyi bising sehingga menyebabkan kegusaran atau
gangguan kepada pihak lain di dalam kampus.
(b) Menggunakan peralatan elektronik/elektrik sehingga menyebabkan bunyi bising dan menimbulkan
kegusaran atau gangguan kepada pihak lain di dalam kampus.
PERPUSTAKAAN
Perpustakaan KKSBJ ini dibuka kepada penggunanya secara rasmi
pada tahun 2013. Perpustakaan ini menawarkan perkhidmatan
kepada semua warga KKSBJ termasuk para pelajar, kakitangan
akademik, kakitangan pengurusan dan sokongan. Perpustakaan
KKSBJ memiliki lebih dari 500 koleksi bahan bacaan.
Perpustakaan KKSBJ merupakan komponen utama dalam
menyokong proses pembelajaran dan pengajaran bagi pengajian
am dan program-program :-
Sijil Teknologi Elektrik (SKE)
Diploma In Elektronik (Instrumentation)
Sijil Sistem Komputer Dan Rangkaian (SSK)
HARI WAKTU
ISNIN - KHAMIS 9.00 PG – 5.00 PTG
9.00 PG – 12.15 TGH
JUMAAT
REHAT
SABTU & AHAD 2.45 PTG – 5.00 PTG
*CUTI AM
TUTUP
TUTUP
LAGU KOLEJ KOMUNITI
Seia dan sekata
Teguh ilmu di dada
Bersama mengorak langkah
Membina generasi berjaya
Kitalah penerus alaf wawasan
Meningkatkan bakat Insan Kolej Komuniti
Di sini medan menggapai bintang
Terus berbakti dan cemerlang
Bersama menabur jasa
Jiwa Satu Malaysia
Megahmu di mercu jaya
Berbudi menjadi nyata
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
LOT PT 2811 – PT 2822, LORONG DESA PAUH 1
TAMAN DESA PAUH, 13700 PERAI,
PULAU PINANG
TEL : 04-3902897/ FAKS : 04-3902750