The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ilyana121202, 2022-12-29 02:48:10

Buku Program

Buku Program

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

National University Of Malaysia

MAJLIS MAKAN MALAM
&

ANUGERAH KECEMERLANGAN

“Night Of Elegance”
“Forget scrub, Wear Elegance”

ANJURAN

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan (PERSIAP)

18.06.2022 | Platform Atas Talian (Zoom)

kata Alu-aluan

Dr.Maziah Ahmad Marzuki,
Ketua Jabatan Kejururawatan

Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah SWT,
di atas limpah kurnia-Nya yang mengizinkan kita berhimpun di Majlis Makan Malam Tahunan &
Anugerah Kecemerlangan yang bertemakan “ Night of Elegance” Jabatan Kejururawatan UKM
2022. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.Terlebih dahulu saya ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha untuk
menjayakan majlis makan malam ini. Seperti yang kita sedia maklum, majlis makan malam ini
merupakan anjuran pelajar kejururawatan Tahun 1 dan diadakan khas pada setiap tahun bagi
meraikan pelajar kejururawatan Tahun 4 yang cuma ada beberapa bulan lagi untuk menamatkan
pengajian di jabatan ini. Ucapan tahniah dan syabas saya tujukan kepada tenaga penggerak
majlis dan kepada semua ahli jawatankuasa dalam menjayakan majlis makan malam ini.
Komitmen yang telah anda berikan harapnya telah dibalas dengan pengalaman yang sangat
bermakna sepanjang penglibatan anda dalam menjayakan majlis ini. Tahniah dan syabas sekali
lagi saya ucapkan.

Hadirin sekalian, tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk majlis makan-makan, tetapi ia
juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk bermesra sesama sendiri, demi mempereratkan lagi
tali silaturahim antara satu sama lain setelah penat berhempas pulas tidak kira pensyarah
mahupun mahasiswa/i sepanjang tahun 2022 ini. Selain daripada mengeratkan silaturahim
antara mahasiswa/i dan para pensyarah, secara tidak langsung, pelajar kejururawatan Tahun 1
juga selaku penganjur mampu memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan
majlis seperti ini. Walaupun majlis makan malam ini hanya dilakukan secara atas talian, semoga
aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa majlis ini mampu menghasilkan suasana yang interaktif
antara kesemua mahasiswa/i serta para pensyarah.Akhir kata, saya berharap para mahasiswa/i
semester akhir akan memanfaatkan majlis ini sebaik mungkin untuk mengeratkan silaturahim
bersama para pensyarah dan rakan-rakan disamping mengambil peluang untuk bermaaf-maafan
dan mengucapkan terima kasih di atas segala jasa dan pertolongan mereka sepanjang tempoh
menuntut ilmu di sini. Oleh itu, dengan titipan doa buat semua pelajar terutamanya pelajar-
pelajar tahun akhir, semoga berjaya walau di mana anda berada selepas ini.Sekian, Wabillahi
Taufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dr. Roshaya Zakaria,
Penasihat Program

Majlis Makan Malam Tahunan &
Anugerah Kecemerlangan Sesi 2021/2022

Universiti Kebangsaan Malaysia

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Saya memanjatkan rasa syukur ke
hadrat AllahSWT kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberikan kesihatan
yang baik dan ruangmasa untuk kita bersama-sama pada hari ini, bersempena Majlis
Makan Malam Tahunan dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Kejururawatan, UKM
yang bertemakan “Night of Elegance” Syabas saya ucapkan atas usaha gigih dan
kerjasama antara pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, Persatuan
Mahasiswa/I Fakulti Perubatan (PERSIAP) dan Jabatan Kejururawatan UKM atas
kejayaan mengadakan majlis yang gilang gemilang ini. Majlis ini bertujuan untuk
meraikan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan yang bakal
meneruskan legasi kejururawatan di dunia sebenar. Majlis ini turut menyediakan
anugerah kecemerlangan bagi menghargai pelajar, pengajar klinikal dan pensyarah
yang cemerlang dalam pelbagai aspek sepanjang tahun sesi 2021/2022.

Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Walaupun majlis ini dijalankan
secara virtual , saya percaya dan penuh yakin dengan izin Allah, majlis ini dapat
memberi impak yang positif bukan sahaja kepada penganjur bahkan kepada tetamu
yang hadir pada hari ini. Moga dengan majlis ini dapat merapatkan ukhuwah sesama
kita dan memberi inspirasi kepada semua warga Jabatan Kejururawatan UKM untuk
terus mengorak langkah ke arah memartabatkan profesion kejururawatan. Sekali lagi,
saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pelajar tahun 1 Ijazah
Sarjana Muda Kejururawatan, serta semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Diharapkan
majlis ini dapat menjadi platform untuk mengasah bakat kepimpinan generasi muda
dalam memacu profesion kejururawatan pada masa depan. Sekian, Wabillahi Taufiq
Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Nurhaslizan Binti Nasir ,
Pengarah Program Majlis
Makan Malam Tahunan & Anugerah
Kecemerlanagn Sesi 2021/2022

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT
kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul dalam majlis makan malam ini walaupun secara
virtual. Saya Nurhaslizan binti Nasir selaku pengarah program makan malam tahunan dan
anugerah kecemerlangan pada tahun ini.Pertama sekali, saya ingin menyatakan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada malam ini.
Saya bersyukur program ini dapat dilaksanakan dengan bantuan dari semua pihak terutama
penasihat kami, Dr Roshaya binti Zakaria, pemantau program Muhammad Arifin bin Sapuan,
serta semua tenaga pengajar dan tenaga pengajar klinikal. Tidak dilupakan juga rakan-rakan
saya sendiri, tanpa mereka tidak berlangsunglah program malam ini dengan jayanya.

Seperti tahun sebelum, majlis makan malam dan anugerah kecemerlangan diadakan
secara bersemuka tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan pada tahun ini kami
menganjurkan secara dalam talian.Kami pihak penganjur, sangat berbesar hati untuk
menzahirkan kegembiraan pada senior tahun 4 yang mana telah bertungkus lumus berjuang
menuntut ilmu dari mula hinggalah ketahun yang terakhir. Semangat para pelajar tahun 4
semestinya menjadi pendorong buat kami warga pelajar jabatan kejururawatan untuk
menjalankan amanah menuntut ilmu sepertimana yang dilakukan oleh para senior. Besarlah
harapan kami di pihak penganjur agar usaha kami dalam meraikan para senior pada Majlis
Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan “Night of Elegance”. Mudah-mudahan dengan
berlangsungnya majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita sekaligus menjadi
sumber kekuatan buat kami untuk meneruskan perjuangan hingga menggenggam bukan
sekadar segulung ijazah namun menggenggam dunia di tangan dan akhirat di hati, InsyaAllah.
Kami di pihak penganjur sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama
semua pihak yang sudi bekerjasama sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan projek ini. Kami pihak penganjur sentiasa mendoakan para senior agar berjaya
bergraduasi sebagai Mahasiswa Gemilang Kelas Pertama. InsyaAllah.

Oleh itu saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun yang didedikasikan untuk
anda semua. “Menangkap seladang di tepi hutan, umpannya diisi di dalam baldi, hadiah utama
tanda ingatan, semoga ukhwah kekal abadi”. Sekian saya akhiri ucapan saya yang mewakili
pihak penganjur “Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan “Night of Elegance”
dengan lafaz wabillahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum WBT.

STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS MAKAN MALAM
TAHUNAN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

PENASIHAT PROGRAM  DR. ROSHAYA ZAKARIA

PEMANTAU MUHAMMAD ARIFIN BIN SAPUAN

KETUA PENGARAH NURHASLIZAN BINTI NASIR (A186788)

TIMBALAN PENGARAH NUR ALIFAH ILYANA BINTI KHASIMAN (A189152)

SETIAUSAHA MIZALINA SYAURAH BINTI MOHD SUKRI (A188005)*
NURUL ADILLAH BINTI AHMAD SIDI (A187536)

BENDAHARI NURUL NATASYA BINTI HAMELAM (A187719)*
NUR AIN AMIRAH BINTI HALIMI (A189429)

EXCO PROGRAM DAN FATIN NUR SHAFUWANI BINTI SAIFUL BAKHTIAR (A187771)*
PROTOKOL MUHAMMAD ZULHAKIMI BIN ZAWAWI (A188582)
FATIN SHAHIRA BINTI ABDUL SHAARI (A187490)
VIVIE SOFIAH BINTI ROFFANDY ENG (A187058)
CHE HUMAIRA BINTI CHE MUDA (A188404)
NABILA BINTI MUSTAPA (A187884)

EXCO MULTIMEDIA DAN CHEVONNE ABIGAIL ANAK JEFRY (A189569)*
TEKNIKAL NUR SYAKINAH AMEERA BINTI AB WAHAB (A186961)
MUHAMMAD ADDIN DANISHAH BIN MOHD NIZAM (A188729)
NUR SYAZWANI BINTI NOOR MAZLI (A188432)

EXCO CENDERAHATI NUR HIDAYAH BINTI ABD KARIM (A186704)*
PUTRI SYAUQINA BINTI AHMAD SHAHIDDIN (A186876)
WAN MASYITAH BINTI YAHYA (A187214)
FARAH AINA BINTI FAIZAL (A189546)

EXCO PERHUBUNGAN LUAR MUHAMMAD HAZIM BIN ABU BAKAR (A189465)*
DAN LOGISTIK MUHAMMAD AMIRUL ADLI BIN AZHAR (A186315)

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS NUR ' AISYAH BINTI NOR ABDULL RAHMAN (A188034)*
NURUL SALSABILLA BINTI NORAMRY (A186486)
NADIAH BINTI MAT TAJUDDIN (A189606)
NAYLI ARDINI BINTI HARUN (A186553)

EXCO PERSEMBAHAN HAJAR SUFFIYAH BINTI MOHD FAIZAL (A188006)*
NIK NURHAZLEEN BINTI NIK ZAINAL ABIDIN (A187233)
RASYIQAH YEOH BINTI RIDZWAN YEOH (A188543)
NURIN MARINAH BINTI RAZALI (A189481)

Objektif

Mengembangkan kemahiran ‘soft skills’ pelajar termasuk aspek
komunikasi dan kepimpinan dalam pengurusan majlis secara atas
talian.
Mengasah bakat dan kemampuan para pelajar dalam
mengendalikan sesuatu majlis atau program yang berimpak besar.
Meraikan pelajar kejururawatan yang cemerlang akademik dan
sahsiah.
Mengeratkan ukhwah antara pelajar dan pensyarah, pengajar
jururawat klinikal serta kakitangan sokongan daripada Jabatan
Kejururawatan, UKM.
Meraikan pelajar tahun akhir program Sarjana Muda
Kejururawatan dengan Kepujian dan Sarjana Kejururawatan yang
bakal menamatkan pengajian.
Meraikan kejayaan pelajar kejururawatan serta usaha yang mereka
curahkan sepanjang tempoh pengajian.
Menggalakkan pelajar-pelajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu
dan keberanian untuk menangani pelbagai cabaran di peringkat
global.
Satu proses pembelajaran yang memberi peluang kepada para
pelajar untuk membuat keputusan sendiri agar dapat menguruskan
hidup dan kerjaya dengan lebih baik pada masa hadapan.
Memberi rangsangan dan galakan kepada pelajar lain dalam
meningkatkan usaha, semangat berdaya saing, berketerampilan dan
berinovatif dalam aspek pembudayaan ilmu sebagai proses
pembelajaran sepanjang hayat.

Tema & Slogan

Tema “Night of Elegance” dipilih adalah kerana maksud elegance itu sendiri
ditakrifkan sebagaianggun iaitu membawa maksud yang sama dengan segak
atau rapi. Selaku pelajar kejururawatan penampilan diri merupakan salah satu
aspek penting yang perlu dititikberatkan. Hal ini demikian kerana penampilan
diri merupakan cerminan sikap seseorang pelajar kejururawatan. Penampilan
diri yang segak mampu melahirkan tanggapan yang baik daripada orang ramai
terhadap diri kita. Jika diaplikasikan dalam situasi bekerja, jururawat yang
berpenampilan baik lebih digemari para pesakit kerana pesakit berasa lebih
selesa untuk berurusan berbanding dengan mereka yang kurang segak. Selain
itu, elegance juga menggambarkan kualiti para pelajar kejururawatan dalam
merawat pesakit di mana ia menekankan sikap kerja yang teratur dan rapi.
Justeru itu, elegance dapat menyimbolkan kepada keterampilan seseorang
pelajar kejururawatan bukan sahaja pada luarannya malah dalamannya juga.

Slogan “Forget Scrubs, Wear Elegance” ini dipilih adalah kerana jururawat
seringkali dilihat memakai scrub semasa bertugas. Oleh yang demikian, ia
boleh diketepikan oleh para pelajar buat sementara waktu bagi menikmati
majlis ini setelah berpenat lelah menuntut ilmu. Akan tetapi, ini tidak
bermakna bahawa mereka lupa akan segala tanggungjawab sebagai seorang
pelajar kejururawatan. Malah, ia hanyalah membawa maksud bahawa sudah
tiba masanya untuk pelajar menggayakan dan merias diri dengan berpakaian
serba elegance pada majlis makan malam ini. Selain itu, slogan ini juga
menunjukkan bahawa pelajar kejururawatan juga berhak untuk berpakaian yang
serba segak dan kelihatan cantik untuk menghargai diri mereka setelah
berpenat lelah menjalankan perkhidmatan.

PROGRAM

6:00 p.m.
Pengagihan Makanan & Cenderamata

7:30 p.m.
Pendaftaran Tetamu

08:00 p.m. – 08:30 p.m.

Opening Remarks

Ketibaan Tetamu Jemputan
Nyanyian lagu Negaraku & Varsiti Kita

Bacaan Doa Pembukaan Majlis
Ucapan | [Pengarah Program, Ketua Jabatan Kejururawatn, Perasmi Majlis]

Persembahan Perasmian

08:30 p.m. – 9:30 p.m.
Jamuan Makan

Tayangan Video Memory T4
Cabutan Bertuah 1

Persembahan Pelajar T4 & T1
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Ucapan Pensyarah



09:30 p.m. – 10:30 p.m.

Persembahan Pelajar T3
Persembahan Khas
Cabutan Bertuah 2

Penyampaian Anugerah Pensyarah & Pengajar Jururawat Klinikal
Ucapan Pengajar Jururawat Klinikal

10:30 p.m. – 11:00 p.m.
Special Remarks

Persembahan Pelajar T2
Persembahan Khas

Tayangan Pemenang Anugerah King & Queen
Penyampaian Hadiah King & Queen
Sesi Fotografi

11:00 p.m.
Penutupan

Lirik Lagu

NEGARAKU VARSITI KITA




Negaraku, Lihat kampus ku yang tenang
Tanah tumpahnya darahku, Damainya alam ciptaan tuhan
Rakyat hidup bersatu dan maju, Paduan ilmu dan keimanan
Rahmat Bahagia, Amal dan jerih digabungkan
Tuhan kurniakan, Lautan ilmu kita harungkan
Raja kita selamat bertakhta, Sumber ilmuan berkembangan
Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan, Inilah varsiti kita
Raja kita selamat bertakhta. Ditegakkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membina
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat ungulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia

Menu

HIDANGAN UTAMA
Butter Chicken Rice
Spaghetti (Vegetarian)



PENCUCI MULUT

Brownies
Fruitpuff

Pocky
Apple



MINUMAN
Air kotak
Air mineral


Click to View FlipBook Version