The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

disediakan oleh : NAZRUL DANNY BIN NAZARUDDIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khairin Husaini, 2021-02-04 03:59:44

TUGASAN KIKS BAHASA MELAYU

disediakan oleh : NAZRUL DANNY BIN NAZARUDDIN

TUGASAN KIKS
BAHASA
MELAYU

NAMA : NAZRUL DANNY BIN NAZARUDDIN

ANEKDOT

(ANEKDOT 1)

TAJUK : MINGGU BAHASA

Sekarang tibalah giliranku pula untuk menyampaikan
syair di hadapan khalayak ramai dalam pertandingan
syair Minggu Bahasa Peringkat Zon Utara yang
berlansung di MRSM Arau. Hatiku terasa hampir luruh
kerana terlalu gugup dan gementar. Penyampaian
syairku berjalan dengan lancar dan baik sehinggalah
tiba-tiba aku terlupa satu baris daripada syairku.
Lidahku kelu serta badanku menjadi kaku selama
beberapa saat. Para juri tertawa melihatku. Seelah
mengingatinya semula, aku sambung penyampaian
syairku sehingga tamat. Namun begitu, aku mendapat
tempat ketiga daripada sepuluh peserta. Walaupun
tidak dapat melayakkan diri ke peringkat kebangsaan,
aku tetap bangga dan bersyukur.

(ANEKDOT 2)

TAJUK: MALU

Riiiinnngggg....bunyi loceng berdering menandakan
tamatnya waktu persekolahan. Hatiku berasa sangat
gembira. Aku berjalan dengan pantasnya memanggil
kawan baikku, Iqbal, yang berada di kelas sebelah
untuk mengajaknya berjalan pulang ke rumah bersama.
Kebiasaannya, kami memang akan pulang ke rumah
bersama. Pada ketika itu, aku berasa amat teruja untuk
menceritakan peristiwa yang berlaku di kelas iaitu
cerita tentang rakan sekelasku yang terkentut di dalam
kelas ketika guru sedang mengajar. Sepanjang
perjalanan tersebu aku bercerita sambil tertawa. Aku
berasa sangat gembira sehinggalah datang seorang
pakcik menegurku dengan berkata “Adik cakap dengan
siapa u, pakcik tengok kamu dari tadi bercakap seorang
diri jaa.” Aku terus toleh kepalaku. Rupa-rupanya
kawan baikku tiada di sampingku tetapi berada di
sebuah kedai runcit yang agak jauh dari tempatku
berdiri. Aku berjalan ke arah kedai runcit tersebut
untuk berjumpa dengannya dengan perasaan malu.

TEKS
PENGACARAAN

(TEKS PENGACARAAN)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
 Yang berusaha En. Abdul Rahman bin Ismail, Guru
Besar SK Tanah Liat
 Pn. Met Nyu Awe, Penolong Kanan Pentadbiran
 En. Adol bin Said, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 En. Amir Firdaus bin Abdullah, Penolong Kanan
Kokurikulum
 Guru-guru serta murid-murid tahun 6 yang dikasihi
sekalian

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
dapat kita berkumpul pada pagi ini untuk sama-sama
menjayakan Program Ceramah dan bengkel teknik
menjawab Bahasa Melayu untuk kertas 1 dan kertas 2
buat pertama kalinya pada tahun 2021 ini.

Nyanyian Lagu Negaraku
 Sebagai pembuka tirai acara, diminta para hadirin
berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku

-Nyanyian-
Terima kasih diucapkan kepada semua atas

nyanyian yang penuh bersemangat iu tadi.

Bacaan Doa
 Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis
menjemput Ustaz Mahdi bin Lamit untuk
memimpin bacaan doa, dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.

-Doa-

 Amin amin yarabbak alamin. Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada Ustaz Mahdi bin
Lamit atas pimpinan doa sebentar tadi.

Ucapan Alu-aluan Guru Besar
 Majlis dieruskan lagi dengan ucapan alu-aluan
oleh En. Abdul Rahman bin Ismail, Guru Besar Sk
Tanah Liat untuk memberikan sepatah dua.
Dipersilakan.

-Ucapan Guru Besar-

 Terima kasih diucapan kepada En Abdul Rahman
bin Ismail atas ucapan itu tadi.

Sebelum kita teruskan kepada agenda kia yang utama,
saya akan bacakan sedikit biodata ringkas penceramah
yang kita jemput khas untu berkongsi ilmu dengan anak
didik kita.

-Biodata Penceramah-

Diharap semua murid dapat menumpukan perhatian
dan mengambil kesempatan yang ada untuk menimba
sebanyak munkin ilmu dan pengalaman yang akan
dikongsikan oleh penceramah kita.

Dengan itu, majlis mempersilakan.

-Ceramah-

 Terima kasih atas ceramah yang sungguh
bermotivasi itu tadi.

Bengkel Bahasa Melayu
 Dengan ini kita teruskan pula dengan agenda
utama kita yang seterusnya iaitu bengkel
menjawab Bahasa Melayu. Majlis mempersilakan.

-Bengkel Menjawab-

Sesi Soal Jawab
 Sebelum kita tamatkan sesi bengkel dan teknik
menjawab pada hari ini, saya ingin memberi
peluang kepada mana-mana murid atau guru
yang ingin bertanyakan soalan.Dipersilakan.
 Oleh itu, sekiranya ada persoalan yang ingin
diutarakan, silalah tampil dengan
memperkenalkan diri dan menyatakan soalan
untuk sama-sama kita bincangkan.

 Diharap semua persoalan yang dinyatakan
terjawab akhirnya.

 Besarlah harapan semua warga sekolah unuk
melihat anak-anak kelahiran SK Tanah Liat
memperoleh kejayaan dalam UPSR dan
kehidupan mereka seterusnya.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
penceramah serta guru-guru bengkel Bahasa Melayu
atas kesudian memberi perkongsian ilmu kepada warga
SK Tanah Liat terutamanya murid tahun 6.. Sebagai
tanda penghargaan terima kasih, sudilah kiranya
tuan-tuan menerima sedikit cendderamata daripada
kami. Dijemput Tuan Guru Besar, En. Abdul Rahmin bin
Ismail diiringi En. Adol bin Said, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid untuk menyampaikan cenderamata.

Dengan berakhirnya acara penyampaian cenderamata
ini, maka berakhirlah sesi ceramah dan bengkel kita
pada hari ini.

Sekian terima kasih.

Pelajar diminta kekal ditempat duduk masing-masing
dan tunggu arahan seterusnya.

Penutup
 Buah selasih buah kelubi,
Di dalam dulang hidangan pagi;
Terima kasih daun keladi,
Bila diundang datanglah lagi.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

KERTAS KERJA

MRSM TRANSKRIAN

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN
MENGADAKAN PROGRAM MAULIDUR RASUL

1.TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapat kelulusan
Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar Maktab
Rendah Sains MARA Transkrian. Program tersebut
akan diadakan pada 19 Oktober 2021 bersamaan
dengan 12 Rabiulawwal bersempena dengan Hari
Maulidur Rasul selepas menerima kelulusan daripada
Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar dan
bertempat di Dewan Ibnu Sina, MRSM Transkrian,
Nibong Tebal, Pulau Pinang.

2. LATAR BELAKANG

Program Maulidur Rasul ini akan dijalankan oleh pihak
Badan Dakwah dan Rohani ( BADAR) MRSM Transkrian.
Antara aktiviti yang akan berlansung sepanjang program
adalah seperti ceramah daripada penceramah luar serta
pertandingan qasidah antara pelajar. Seluruh pergerakan
pelajar akan dipantau sepenuhnya oleh ahli BADAR serta
guru-guru yang terlibat.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Meraikan hari kelahiran Rasulullah S.A.W
3.2 Memupuk sifat terpuji dalam diri setiap pelajar
3.3 Memberikan kesedaran kepada pelajar iaitu sentiasa

mengenang pengorbanan Rasulullah S.A.W

4. JUSTIFIKASI PROGRAM

4.1 Mengelakkan dari berlakunya masalah disiplin dalam
kalangan pelajar akibat oleh tiada kesedaran diri.

4.2 Mengisi masa lapang para pelajar dengan perkara yang
lebih berfaedah.

5. PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 19 Oktober 2021

5.2 Tempat : Dewan Ibnu Sina

5.3 Kaedah/Modus operandi:

-Program akan melibat semua pelajar MRSM Transkrian

dan guru-guru.

5.4 Kumpulan sasaran / peserta :

-semua pelajar MRSM Transkrian

5.5 Strategi program : rujuk lampiran 1

5.6 Tema : “UMMAH RABBANI, NEGARA MURNI”

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Bayaran penceramah = RM500
6.2 Hamper = RM20 x 3

= RM60

Disediakan oleh:

........................................
(NAZRUL DANNY BIN NAZARUDDIN)
PRESIDEN BADAN DAKWAH DAN ROHANI 21/22
MRSM TRANSKRIAN
Tarikh:

Disemak oleh:

...........................................
(MUHAMMAD KHAIRUL IZZAT BIN MUZLISYAM)
NAIB PRESIDEN BADAN WAKIL PELAJAR 21/22
MRSM TRANSKRIAN
Tarikh:

7. SOKONGAN / TIDAK DISOKONG
Kertas cadangan bagi pelaksanaan Maulidu Rasul. Program
tersebut akan diadakan pada 19 Oktober 2021 bertempat
di Dewan Ibnu Sina MRSM Transkrian telah disemak dan
boleh dilaksanakan.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

.......................................
(JAZMIN BIN AWANG)
PENASIHAT,
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
MRSM TRANSKRIAN
Tarikh:

8. KELULUSAN

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Ulasan:

...................................................................................................
...................................................................................................
...................................................................................................
...................................................................................................
...................................................................................................

(EN. MUHAMAD FIRDAUS BIN ISMAIL)
TIMBALAN PENGETUA PEMBANGUNAN PELAJAR
MRSM TRANSKRIAN
Tarikh:

DISEDIAKAN OLEH:
PRESIDEN BADAN DAKWAH DAN ROHANI (21/22)

MRSM TRANSKRIAN

LAMPIRAN 1

URUS SETIA
 Badan Dakwah dan Rohani

TENTATIF PROGRAM
1. Dewan Ibnu Sina akan menjadi tempat program

berlansung.
2. Semua ahli Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) akan

diberikan tugas masing-masing.
3. Memastikan semua ahli menjalankan tugas dengan

sepenuhnya.

TATACARA PELAKSANAAN PROGRAM
1. Pengacara majlis mengumumkan ketibaan pengetua,

timbalan-timbalan pengetua dan penceramah.
2. Program aan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,

Lagu Negeri Pulau Pinang dan Lagu MARA.
3. Meneruskan program dengan bacaan doa.
4. Program diteruskan dengan agenda utama iaitu ceramah.
5. Pemberian cenderamata oleh pengetua kepada

penceramah.
6. Meneruskan pelaksanaan pertandingan qasidah.
7. Penyampaian hadiah kepada tiga(3) kumpulan pemenang

oleh Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar.
8. Program diakhiri dengan nyanyian Lagu Maktab.

RESUME


Click to View FlipBook Version