SK LABU BESAR
09010 KULIM, KEDAH
MESYUARAT
AGUNG PIBG
KALI KE - 42
TAHUN 2021
16 OKTOBER 2021
JAM 8 MALAM
MELALUI PAUTAN GOOGLE MEET
DI RASMIKAN OLEH :
FAUZIAH BINTI YUSOF
GURU BESAR
SK LABU BESAR.
1
ISI
KANDUNGAN
~ KATA-KATA ALUAN
* GURU BESAR
* YANG DI PERTUA PIBG
~ ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 42
~ AHLI JAWATANKUASA PIBG SK LABU BESAR 2021
~ JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-42
~ AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 42
~ NOTIS DAN JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE -42
~ AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE -42
~ MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41
~ LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2020
~ PENYATA KEWANGAN PIBG
~ USUL-USUL / CADANGAN
~ SENARAI KEHADIRAN WARIS KE MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-41
~ CATATAN
~ PENGHARGAAN
2
KATA – KATA ALUAN
GURU BESAR
SK LABU BESAR
Assalamualaikum w.b.t dan Salam TS 25
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat
saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Labu besar kali ke 42 ini.
Terima kasih diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG yang sentiasa menyokong
dan memberi komitmen yang tinggi dalam semua program yang dirancang. Adalah menjadi
harapan saya agar hubungan baik yang sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di sekolah
ini akan bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini merupakan satu peluang terbaik untuk
mengakrabkan hubungan dan merupakan kesempatan untuk para ibu bapa mengetahui
perkembangan dan keperluan sekolah. Kami merasa bangga kerana mempunyai barisan AJK yang
sentiasa memahami dan bersama-sama dengan kami terutama pihak pengurusan sekolah.
Saya percaya, kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar Sekolah Kebangsaan Labu
Besar, adalah atas usaha gigih pelajar, ibu bapa dan guru-guru secara bersama dan istiqomah.
Kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama dari semua pihak. Sebagai ahli dalam Persatuan
Ibu Bapa dan Guru, peranan setiap ahli amat penting kerana ia akan memberi kesan kepada setiap
keputusan yang dipersetujui terutama dalam aspek kewangan. Sumbangan kewangan, tenaga dan
idea-idea yang diberikan amat dialu-alukan demi kelansungan pendidikan anak-anak dalam
menjana kecemerlangan pembangunan modal insan.
Penglibatan semua ahli di samping kepimpinan pengurusan PIBG yang mantap dan cergas
akan menjadikan Sekolah Kebangsaan Labu Besar sebagai wacana pendidikan yang bergerak
lancar seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ini demi
memastikan Agenda Pendidikan Negara berjalan lancar. Permuafakatan, sikap saling membantu
dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan
tersebut.
Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat dari
Nya.
Sekian, Assalamualaikum w.b.t.
( FAUZIAH BINTI YUSOF )
GURU BESAR
SK LABU BESAR.
3
KATA – KATA ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SK LABU BESAR
Assalammualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam serta syukur di atas limpah dan rahmatnya
kita dapat berjumpa lagi di mesyuarat Agung kali ke-42 ini.
Alhamdulillah dengan ketenangan dan suasana yang aman tenteram ini, saya amat mengharapkan
mesyuarat kita ini akan dapat membuahkan sesuatu yang amat bermakna, berfaedah serta
memberi manfaat kepda semua warga sekolah ini serta pihak-pihak yang berkaitan.
Untuk maklumat semua organisasi PIBG kita telah mencapai 42 tahun. Dalam kematangan ini, kita
seharusnya dapat melakukan sesuatu supaya SK Labu besar menjadi cemerlang di peringkat
Daerah Kulim mahupun di peringkat Negeri Kedah.
Namun yang demikian, semua harapan ini tidak akan terhasil tanpa adanya sokongan dan
kerjasama daripada para waris semua. Oleh itu, marilah bersama-sama kita berganding bahu demi
kebaikan anak-anak mahupun jagaan kita.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua waris dan seluruh
warga kerja AJK PIBG serta guru-guru di atas bantuan yang diberikan bagi menjayakan semua
program yang dirancangkan sehingga berjaya dilaksanakan. Ucapan sekalung terima kasih juga
kepada semua yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya menjalankan tugas sebagai
Yang Di Pertua PIBG sekolah ini.
Sekiana, terima kasih dan selamat bersidang
Salam hormat,
………………………………
(EN. NABAWI BIN ISHAK)
Yang di Pertua PIBG
SK Labu Besar
4
ATURCARA
MESYUARAT AGUNG PIBG
KE - 42
SK LABU BESAR
8.30 malam : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
8.45 malam : Slot Khas PAJSK bersama waris
9.00 malam : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Nyanyian lagu Negaraku
11.00 malam : Bacaan Doa
: Ucapan YDP PIBG –
Encik Mohd Nabawi Bin Ishak
: Ucapan Guru Besar dan Perasmian –
Puan Fauziah Binti Yusof
: Mesyuarat AGUNG PIBG Ke-42
: Pemilihan AJK Sesi 2021-2022
: Ucapan penangguhan
: Bersurai
5
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK LABU BESAR
PENASIHAT
Puan Fauziah Binti Yusof
YANG DI PERTUA
En Mohd Nabawi Bin Ishak
NAIB YANG DI PERTUA
En Mazlan Bin Yusof
SETIAUSAHA
En Faizal Bin Hashim
BENDAHARI
Pn Siti Zaleha Binti Ahmad
AJK (Guru)
En Mazani Bin Ishak – Telah bertukar
Pn Chithrra a/p Damodharan
Pn Faridah Binti Muda
En Zulkifli Bin Hassan – Telah bertukar
AJK (Ibu Bapa)
Pn Azlina Binti Halim
Pn Azlinda Binti Abd Razak – Telah berpindah
Pn Sarah Binti Wahab
Pn Maria Binti Mat Saman
En Mazlan Bin Abd Azizi
Pn Hayati Binti Awang
Juru Audit (Guru)
Pn Nor Azlin Binti Teh
Juru Audit (Ibu Bapa)
En Jamaludin Bin Saad
6
SENARAI JAWATANKUASA
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-42
SK LABU BESAR, 09010 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN
PENASIHAT
Puan Fauziah Binti Yusof
YDP
En Mohd Nabawi Bin Ishak
NYDP
En Mazlan Bin Yusof
SETIAUSAHA
En Faizal Bin Hashim
BENDAHARI
Pn Siti Zaleha Binti Ahmad
PENYELARAS MAJLIS
En Faizal Bin Hashim
Puan Faridah Binti Muda
Puan Siti Zaleha Binti Ahmad
7
AJK PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 42
SK LABU BESAR
PENGURUS MAJLIS
En Faizal Bin Hashim
JEMPUTAN
En Zaidi Bin Abu Hasan
Puan Zarina Binti Mohamad
PENGACARA
En Mohd Asri Bin Ismail
DOA
En Abdul Ghani Bin Abdul Karim
SIJIL DAN HADIAH
En Azizul Rahim Bin Ismail
En Marzuki Bin Abu bakar
Haji Mohd Suyuty Bin Ismail
Puan Hamidah Binti Zainol
Puan Norul Fazlin Bt Zainal Karib
Puan Noor Hasliza Bt Ghazali
Puan Hafizani Binti Hamid
Puan Nurul Farahim Binti Ghazali
TEKNIKAL / PENGUNDIAN
En Muhd Niza Bin Abdullah
En Aziz Bin Hassan
En Mohd Noor Safwan
En Shamsul Azrul Bin Saari
En. Mohd Syamsuri Bin Yusop
Puan Ezzatul Fariza Binti Abdul Kader
Puan Noor Aizah Binti Ilias
Puan Suria Binti Ismail
8
AJK PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 42
SK LABU BESAR
BUKU PROGRAM
Puan Normasita Bt Elias
Mohd Izwan Bin Abd Rahim
TEKS UCAPAN
Puan Sukinah Bt Hashim
Puan Basirah Bt Bacharuddin
FOTOGRAFI
Puan Noor Azlin binti Teh
Puan Mazura Binti Abdul Aziz
PENDAFTARAN
En Roslan Bin Mohd Yusoff
En Abu Bakar Bin Sahari
Cik Faizamastura Binti Hamzah
Puan Mariana Binti Hashim
Pn. Nor Azian Binti Ismail
DOKUMENTASI / PENILAIAN PROGRAM
Puan Noor Azlin binti Teh
Puan Mazura Binti Abdul Aziz
PENCATAT
Puan Fadzilah Binti Jahaya
Puan Husnita Bt Hassan
Puan Masita Bt Ismail
Puan Zuraini Binti Hassan
9
_______________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : MA2021/10.10
Tarikh : 30 SEPTEMBER 2021
Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
05604 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
(u.p: Encik Mohd Syawalfitri bin Aziz)
Tuan,
PERMOHONAN MELAKSANAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN IBU BAPA-GURU
(PIBG) SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2021.
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR, KULIM KEDAH
KOD SEKOLAH : KBA5009 PPD: KULIM BANDAR BAHARU
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memanjangkan permohonan PIBG sekolah ini untuk mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) secara dalam talian seperti ketetapan berikut:
Tarikh/Hari : 16 OKTOBER 2021
Masa : 8.30 MALAM
Tempat : Lokasi masing-masing
3. Pihak PIBG mengaku akan mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan MAT PIBG Secara Dalam Talian yang diberi
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia serta mengikut arahan terkini dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah bersama menangani penularan wabak COVID-19.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Saya yang menjalankan amanah,
FAUZIAH BINTI YUSOF
GURU BESAR
SK LABU BESAR
10
Bil Kami : PIBG 2019/2020
Tarikh: 26 SEPTEMBER 2021
Kepada;
Semua Waris
Tuan/Puan,
NOTIS DAN JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -42
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG ke-42 akan diadakan
seperti berikut:
Tarikh : 16hb. OKTOBER 2021 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat. : Kediaman masing masing
Platform : Google Meet
3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG amat berbesar hati menjemput tuan/puan ke majlis tersebut.
Semoga kehadiran tuan/puan akan dapat menyumbangkan buah fikiran yang membina demi kepentingan
bersama.
4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Saya yang menjalankan amanah,
......................................................
MOHD NABAWI BIN ISHAK
YDP PIBG
Sekolah Kebangsaan Labu Besar
Kulim, Kedah Darul Aman
11
BORANG PERNYATAAN USUL
GOOGLE FORM
NOTIS JEMPUTAN
MESYUARAT AGUNG PIBG
SECARA MAYA
12
AGENDA MESYUARAT
1. Perutusan Pengerusi
2. Perutusan Guru Besar dan Perasmian
3. Perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat
4. Pembentangan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
5. Pembentangan dan Mengesahkan Penyata Kewangan
6. Pembentangan Usul
7. Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun 2019-2020
8. Pembubaran Jawatankuasa sesi 2019-2020
9. Perlantikan Jawatankuasa sesi 2021-2022
Pengerusi
Naib pengerusi
AJK
10. Ucapan Penangguhan
11. Penutup
13
Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Labu Besar
Kali-41
Tarikh : 8 Mac 2020
Hari : Ahad
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka SK Labu Besar
KEHADIRAN (Penasihat PIBG)
(YDP PIBG)
1. Puan Fauziah Binti Yusof (NYDP PIBG)
2. En.Mohd Nabawi bin Ishak (S/U PIBG)
3. En.Mazlan Bin Yusof (Bendahari)
4. En.Faizal Bin Hashim (AJK)
5. Cik Khairuzah Binti Darus (AJK)
6. En. Mazani Bin Ishak (AJK)
7. Pn. Chitra Damoharan (AJK)
8. Pn. Faridah Binti Muda (AJK)
9. En. Zulkifli Bin Hassan (AJK)
10. Pn. Azlina Binti Halim (AJK)
11. Pn. Azlinda Binti Abd Razak (AJK)
12. Pn. Sarah Binti Wahab (AJK)
13. Pn. Maria Binti Mat Saman (AJK)
14. En. Mazlan Bin Abd Azizi (PEMERIKSA KIRA-KIRA)
15. Pn. Hayati Binti Awang (PEMERIKSA KIRA-KIRA)
16. Puan Noor Azlin Binti Teh
17. En. Jamaludin Bin Saad
18. Senarai kehadiran Ibu Bapa
AGENDA MESYUARAT :
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahkan Minit Mesyuarat 2019
3. Pengesahan Penyata Kewangan 2019
4. Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun 2019
5. Perkara Berbangkit
6. Pembentangan Usul
7. Ucapan Penangguhan
8. Penutup
PERBINCANGAN MESYUARAT
14
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1. KATA ALUAN YANG DI PERTUA PIBG
1.1.1 Encik Mohd Nabawi Bin Ishak selaku yang Di pertua PIBG SK Labu Besar mengalu-aluan
kedatangan ibu bapa dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan ibu bapa dan
semua guru terhadap Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 41
Makluman
2. Beliau berharap agar pihak PIBG dan sekolah sentiasa mengadakan perbincangan
untuk menjana idea dan mencari titik keserasian dalam mencapai matlamat menjadikan
sekolah ini lebih cemerlang terutama untuk program UPSR tahun 6.
Makluman
2.0 MEMBENTANG/MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 40
2.1 Encik Faizal Bin Hashim Setiausaha PIBG 2019-2020 membentangkan minit mesyuarat
Agung PIBG kali ke-40.
2.2 Minit mesyuarat agung PIBG kali ke 40 telah disahkan oleh :
Dicadang sahkan oleh : Encik Md Husni Bin Md Saad
Disokong oleh : Encik Shah Bin Ahmad
3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN 2019-2020
3.1 Puan Khairuzah Binti Darus selaku Bendahari PIBG sesi 2019-2020 telah membentangkan
penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2019.
3.2 Laporan kewangan tersebut telah dicadangkan untuk diterima oleh
Dicadang terima oleh : Puan Sharina Binti Saad
Disokong oleh : Puan Normawati Binti Md Noor
4.0. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2017-2018
4.1 Encik Faizal Bin Hashim Setiausaha PIBG telah membentangkan laporan aktiviti PIBG pada
tahun 2019-2020.
4.2 Laporan aktiviti PIBG kali ke 40 telah disahkan oleh :
Dicadang sahkan oleh : Encik Md Husni Bin Md Saad
Disokong Oleh : Puan Norida Abu Hashim
5.0 PERKARA BERBANGKIT
5.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.
15
6.0 MEMBENTANG, MEMBAHAS DAN MERIMA USUL
6.1 Sebanyak 5 usul telah diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa PIBG sesi 2019-2020
untuk dibentang dan dibahaskan semasa Mesyuarat Agung kali ini. Walaubagaimanapun
hanya 3 usul yang dibentangkan dan dibahaskan semasa Mesyuarat Agung kali ini.
6.1.1 Nama : Encik Rosli Bin Abdullah
Usul
1. Pintu pagar kedua sebelah bangunan lama dibuka supaya memudahkan murid-
murid keluar dan masuk sekolah.
2. Tambah ruang menunggu bagi waris Yang mengambil anak-anak pulang sekolah.
Cadangan tempat di hadapan padang sekolah.
Jawapan Usul :
1. Guru Besar telah memaklumkan pihak sekolah sememangnya
bercadang untuk membuka pintu pagar yang kedua. Namun, ada
kebimbangan tentang keselamatan murid-mmurid kerana pintu
pagar berhampiran dengan selekoh jalan. Alternatif lain, pihak
sekolah telah membuka pintu pagar berhampiran padang sekolah.
6.1.2 Nama : Puan Husnita Binti Hassan
Usul
1. Mencadangkan sumbangan RM10.00 setiap murid untuk tujuan
membeli buku kerja kepada murid-murid yang boleh digunakan ketika
guru bertugas di luar sekolah.
Jawapan Usul :
1. Guru Besar telah memaklumkan sumbangan RM10.00 telah dikutip
dari waris dan duit sumbang tersebut telah digunakan untuk membeli
buku latihan Bahasa Inggeris. Fokus utama adalah untuk
matapelajaran kritikal.
Disokong oleh: Puan Syarina Binti Saad
6.1.3 Nama : Puan Fadzilah Binti Jahaya
Usul
1. Mencadangkan sumbangan dana RM150.00 untuk murid-murid tahun 6
sesi 2020.
16
Jawapan Usul :
1. Guru Besar telah memaklumkan sumbangan RM150.00 telah dikutip
dari waris dan cadangan ini telah disyorkan oleh waris Tahun 6
semasa sesi perjumpaan waris Tahun 6 pada 12/1/2020.
Disokong oleh: Puan Saadiah Binti Majid
7.0 UCAPAN PENANGGUHAN
7.1 Dalam sesi penangguhan Mesyuarat Agung SK Labu Besar kali ke-41, terdapat beberapa
respons dan cadangan daripada ahli.
1. Nama: Encik Kader Maidin
1. Petak kuning di jalan raya diadakan semula untuk keselamatan murid-
murid.
2. Waktu lori pasir berhenti beroperasi pada waktu pagi dan tengah hari.
3. Penutup longkang ditepi jalan raya mohon ditutup kerana kebimbangan
keselamatan murid semasa berjalan.
Respon:
Guru Besar bahawa lori pasir beroperasi tidak mengikut arahan operasi
sebenar. Ada waris yang inggin menyumbang penutup longkang tahun
lepas dan juga YB Karupaiya turut berjanji untuk menyumbang.
Untuk Petak Kuning pihak PIBG boleh memohon dari JKR. Dan Guru Besar
berharap agar para waris dapat bersama membantu kearah kecemerlangan
SK Labu Besar.
7.1.2 Nama: Puan Nurul Huda Binti Mohamad
1. Berharap agar pihak pengusaha Kedai Koperasi tidak menjual selain
dari alat tulis dan buku.
Respon:
Guru besar memaklumkan pihak sekolah ada perjanjian dengan
Pengusaha Kedai Sekolah berkenaan barangan yang boleh dijual. Sebagai
langkah awal, pihak sekolah akan membuat teguran kepada pihak
pengusaha Kedai Koperasi Sekolah.
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2019-2020
17
1. Yang Di-Pertua PIBG 2019-2020, En Mohd Nabawi Bin Ishak mengucapkan ribuan
terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru pada mesyuarat agung pada kali
ini.
2. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi kepercayaan kepadanya
sekali lagi untuk terus menerajui PIBG.
8.0 Penutup
11.1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
Disediakan oleh :
………………………………………………
Faizal Bin Hashim
SETIAUSAHA PIBG,
SK Labu Besar
.................................................
Mohd Nabawi Bin Ishak
YANG DIPERTUA PIBG,
SK Labu Besar
.................................................
Siti Zaleha Binti Ahmad
BENDAHARI PIBG,
SK Labu Besar
18
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2020
BIL AKTIVITI TARIKH
1 Program Pelancaran 5 Januari 2020
Mentor Mentee
2 Kem Kepimpinan 30 Januari 2020
Pengawas 2020
3 Program 17 Februari 2020
Jom Ke Sekolah
4 Merentas Desa 20 Januari 2020
Peringkat Sekolah
5 Gotong royong pembukaan sekolah 24 Jun 2020
pasca PKP Fasa 1
6 Taklimat penataran garis panduan
pembukaan sekolah dan penyerahan 14 Julai 2020
pelaporan pbd Tahun 5 & Tahun 6
7 Taklimat penataran garis panduan
pembukaan sekolah dan penyerahan 19 Julai 2020
pelaporan pbd Tahun 3 & Tahun 4
8 Taklimat penataran garis panduan
pembukaan sekolah dan penyerahan 20 Julai 2020
pelaporan pbd Tahun 1 & Tahun 2
9 Sambutan Maal Hijrah 19 Ogos 2020
Peringkat Sekolah
10 Sambutan Ambang Merdeka 30 Ogos 2020
11 Abqari Junior 10 Oktober 2020
19
PENYATA KEW
PENDAPATAN DAN
JANUARI ( 1/1/2020 ) HINGG
BIL PENDAPATAN RM BIL
1 Baki sumbangan waris 31 Disember 2019 RM2296.58 1
2
2 Kutipan PIBG 2020 RM2760.00 3
4
5
6J
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
JUMLAH PENDAPATAN RM5056.58 17
18
19
JUMLAH RM5056.58 20
DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK
(SITI ZALEHA BINTI AHMAD) ( PUAN NOR AZLI
BENDAHARI PIBG SKLB AUDIT
2
WANGAN PIBG
N PERBELANJAAN
GA DISEMBER 31/12/ 2020
PERBELANJAAN RM
JAMUAN MAKAN MENSYUARAT AJK PIBG RM 50.00
BATU KASARAN JALAN DAN PASIR RM 150.00
SUMBANGAN HARI SUKAN RM 500.00
CENDERAHATI AJK PIBG RM 243.70
CABUTAN BERTUAH RM 300.00
RM 310.00
JAMUAN MAKAN MENSYUARAT AJK PIBG DAN WARIS RM 72.00
BANNER MENSYUARAT PIBG RM 490.00
RM 63.00
PHOTOSTAT BUKU MESYUARAT AGUNG RM 41.00
JAMUAN VIP RM 150.00
RM 114.00
SAGUHATI PIBG RM 300.00
NASI LEMAK GOTONG ROYONG PIBG RM 150.00
JAMUAN MESYUARAT PIBG KALI KE-2 RM 250.00
RM 1000.00
ANUGERAH CEMERLANG RM 4183.70
HIASAN PENTAS UNTUK MAJLIS PIBG DAN TS25 RM 822.88
PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI TAHUN 6 RM 50.00
RM5056.58
PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS
JUMLAH PERBELANJAAN
BAKI DI BANK
BAKI DI TANGAN
JUMLAH
OLEH : DISAHKAN :
IN BINTI TEH ) ( ENCIK JAMALUDIN BIN SAAD )
T1 AUDIT 2
20
PENYATA KEWAN
1 JANUARI 2020 HINGG
BIL PENDAPATAN RM B
1 Baki sumbangan Waris 31 Disember 2019 6296.50 1
2
2 Kutipan PELBAGAI 2020 1940.00 3
4
5
6
7
8
9
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
JUMLAH PENDAPATAN 8236.50 2
2
2
JUMLAH 8236.50 2
DI SEDIAKAN OLEH : DISEMAK O
(SITI ZALEHA BINTI AHMAD) ( PUAN NORAZLIN B
BENDAHARI PIBG SKLB AUDIT 1
2
NGAN PELBAGAI
GA 31 DISEMBER 2020
BIL PERBELANJAAN RM
1 Membeli Printer Bilik Akses RM 342.00
2 Banner Sudut Pidato RM 28.00
3 Banner Penetapan Target RM 27.00
4 Membaiki Lampu RM 150.00
5 Membeli Alat Imbas Suhu RM 400.00
6 Membeli Alatan Bilik Isolasi RM 100.00
7 Peralatan Kebersihan Basuh Tangan Murid RM 200.00
8 Membeli Tong Hitam RM 100.00
9 Membeli Alatan Siaraya RM 1500.00
10 Banner Sebaran Info Covid RM 200.00
11 Peralatan Untuk Barcod Murid RM 250.00
12 Jam Makmal Ict RM 100.00
13 Alatan Bilik Isolasi RM 121.00
14 Banner Patuhi Sop Covid 19 RM 27.00
15 Banner TS25 RM 147.00
16 Keceriaan Bilik TS25 RM 400.00
17 Baiki Tangki Air Pra Sekolah RM 50.00
18 Tambahan Kelengkapan TS25 RM 250.00
19 Baiki Dan Ubah Papan Display RM 450.00
20 JUMLAH PERBELANJAAN RM 4842.00
21 BAKI DI BANK RM 3394.50
22 BAKI DI TANGAN RM 00.00
23 JUMLAH RM 8236.50
OLEH : DISAHKAN :
BINTI TEH ) ( ENCIK JAMALUDIN BIN SAAD )
21
PENGHARGAAN
Pihak sekolah SK Labu Besar amat
berbesar hati di atas kesudian semua waris dalam
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ke 42 yang julung
kali di adakan secara maya.
Ucapan terima kasih juga buat semua barisan pentadbir,
warga Sk Labu Besar serta AJK PIBG yang telah bersama-
sama dalam menjayakan majlis ini.
SELESAI SUDAH MAJLIS ACARA,
PERKARA BAIK JADI PEDOMAN,
ANDAI ADA TERLANJUR BICARA,
SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN.
22