51
PELAJARAN 23 : BIDANG FEQAH
TAJUK : SOLAT MERCU KEJAYAAN
1. Maksud solat :
- Bahasa : Doa
- Istilah : Perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan
takbiratul
ihram dan diakhiri dengan salam
2. Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat : SYARAT SAH SOLAT
SYARAT WAJIB SOLAT - Menutup aurat
- Baligh - Yakin masuk waktu
- Islam - Suci daripada najis pada badan,
- Berakal
- Suci daripada haid dan nifas pakaian dan tempat
- Suci daripada hadas kecil dan
bagi perempuan
besar
- Menghadap kiblat
3. Perkara yang Membatalkan Solat
- Berhadas sebelum salam yang pertama.
- Bercakap dengan sengaja walaupun sedikit
- Meninggalkan satu daripada rukun solat
- Hilang ingatan kerana gila, pitam atau mabuk
- Terkena najis pada pakaian, badan atau tempat solat
- Pergerakan anggota besar seperti kepala, badan, tangan dan kaki sebanyak tiga
kali berturut-turut
- Berdehem, ketawa, menangis kuat, mengerang kesakitan atau menghembus
dengan mulut atau hidung jika zahir dua huruf atau satu huruf yang dapat
difahami
- Makan atau minum
- Murtad
- Berpaling dada daripada arah kiblat
- Terbuka aurat dengan sengaja
- Berniat untuk memberhentikan solat atau berubah niat
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
52
4. Rukun Solat :
4.1. Rukun Qalbi : Wajib berniat dalam hati
4.2. Rukun Qauli : Wajib dilafazkan dengan suara, sekadar didengar telinga
sendiri,bukan dalam hati
4.3. Rukun Fe’li : Semua perbuatan dalam solat yang wajib dilakukan
- Niat (Qalbi)
- Berdiri bagi yang mampu (Fe’li)
- Takbiratul ihram (Qauli)
- Membaca surah Al-Fatihah (Qauli)
- Rukuk serta tamakninah (Fe’li)
- Iktidal serta tamakninah (Fe’li)
- Sujud serta tamakninah (Fe’li)
- Duduk antara dua sujud serta tamakninah (Fe’li)
- Duduk ketika membaca tahiyyat akhir (Fe’li)
- Membaca tahiyyat akhir (Qauli)
- Berselawat kepada nabi SAW dalam tahiyyat akhir (Qauli)
- Memberi salam yang pertama (Qauli)
- Tertib (Fe’li)
5. Sunat Hai’ah :
Maksud :Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak perlu sujud sahwi
Contoh :
- Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, rukuk, iktidal dan bangun dari
tahiyyat awal
- Meletakkan tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri
- Melihat tempat sujud
- Membaca doa iftitah
- Membaca Isti’azah sebelum membaca surah Al-Fatihah
- Menyebut “Amin” selepas membaca surah Al-Fatihah
- Membaca secara kuat (jahar) dan secara perlahan (sirr) pada tempat-tempat
tertentu
- Melafazkan takbir ketika berpindah dari satu rukun ke satu rukun yang lain
- Membaca mana-mana ayat Al-Quran
- Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud
- Meletakkan kedua-dua tangan di atas paha ketika duduk tahiyyat awal dan akhir
- Duduk tawarruk ketika tahiyyat akhir dan duduk iftirash pada tempat selainnya
- Membaca selawat Ibrahimiyah
- Berpaling ke kanan ketika memberi salam pertama
- Memberi salam kedua
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
53
6. Sunat Ab’ad :
Maksud : Perbuatan sunat yang jika ditinggalkan tidak membatalkan
solat,tetapi sunat diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam.
Contoh:
- Duduk tahiyyat awal
- Membaca tahiyyat awal
- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas tahiyyat awal
- Selawat kepada keluarga Nabi Muhammad SAW selepas tahiyyat akhir
- Membaca doa qunut pada waktu subuh
- Berdiri ketika membaca doa qunut
- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda ketika membaca
doa qunut KUNCI ILMU : Sujud sahwi dilakukan untuk
menampung kekurangan dalam solat yang
7. Akibat Meninggalkan Solat : berlaku sama ada secara sengaja atau terlupa.
- Menjadi penghuni neraka
- Boleh menjadi kafir jika menolak kefardhuan solat
8. Hikmah Solat :
- Penawar stres dan tekanan perasaan
- Memperoleh pahala dan meninggikan darjat
- Mencegah perbuatan keji dan mungkar
- Membentuk disiplin diri dan akhlak mulia
- Menyembuhkan penyakit dengan izin Allah SWT
- Memberikan kebahagiaan hidup dan ketenangan jiwa
- Hidup selamat, diberkati, dan dikasihi Allah SWT
- Melahirkan masyarakat yang harmoni
9. Tujuh angggota sujud :
- Dua hujung jari kedua-dua kaki
- Dua lutut
- Dua tapak tangan
- Dahi
KUNCI ILMU :
Muaz bin Jabal RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud:
Asas segala urusan ialah Islam, tiangnya solat dan puncaknya
jihad.
(At-Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
54
10. Kelebihan Solat dari sudut Sains : KELEBIHAN
GERAKAN
SOLAT
Ketika berdiri, - Boleh meluruskan tulang belakang
takbiratul ihram - Membesarkan rongga dada dan menjadi satu latihan
dan qiam pernafasan
- Melancarkan pergerakan sendi serta dapat mengelakkan
penyakit arthritis
Ketika rukuk, - Mengelakkan risiko penyakit tulang belakang
iktidal dan - Terapi untuk merawat dan mengurangkan sakit pinggang
tamakninah - Memberikan ketenangan dan meningkatkan kewasapadaan
Ketika sujud - Meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak
(sesuai dengan - Kadar denyutan jantung dan tekanan darah lebih rendah dan
tarikan graviti)
baik
- Paru-paru dapat berkembang dengan baik dan dapat
mengelakkan tuberculosis
- Meningkatkan penumpuan dan daya ingatan sehingga otak
menjadi lebih cerdas
- Proses peredaran darah menjadi lancer dan sempurna
Membengkokkan - Meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan
jari kaki ketika - Melancarkan pengaliran darah ke jantung
sujud, duduk - Merendahkan risiko penyakit jantung
iftirashi dan
duduk tawarruk
11. Maksud khusyuk ialah :
- Bahasa : Senyap, tunduk dan merendah diri
- Istilah : Menumpukan hati di hadapan Allah SWT dengan mantapkan
anggota, memahami serta menghayati setiap perkataan dan
perbuatan yang dilakukan dari awal hingga akhir solat.
12. Kepentingan Khusyuk dalam Solat :
- Dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan
- Jaminan solat diterima Allah SWT
- Mendapat pengampunan Allah SWT
- Memberikan kekuatan rohani
- Dapat merasai kemanisan iman
- Dapat merasai nikmat menunaikan solat
- Penghalang daripada melakukan kemungkaran
- Membentuk daya fokus terhadap tujuan hidup
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
55
13. Penghalang Khusyuk dalam Solat :
- Tidak memahami maksud bacaan dalam solat
- Tidak menjaga adab ketika berwudhuk
- Makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram
- Banyak memikirkan perkara keduniaan
- Solat pada waktu makanan terhidang, ketika lapar atau mengantuk
- Solat dalam keadaan tergesa-gesa
- Banyak melakukan dosa dan maksiat
14. Cara Mendapatkan Khusyuk dalam Solat :
Sebelum - Menunaikan solat pada awal waktu
menunaikan solat - Menyempurnakn wudhuk dengan menjaga sunat dan
adab-adabnya.
- Mendahulukan solat sunat rawatib
- Menjauhkan tempat solat daripada segala gangguan
Peranan anggota - Mata melihat tempat sujud ketika berdiri
ketika solat - Tidak berpaling, menjeling atau melakukan
pergerakan yang bukan daripada perbuatan solat
Peranan akal - Memahami dan menghayati maksud bacaan dalam
fikiran ketika solat solat
- Tidak memikirkan hal-hal keduniaan
Peranan hati ketika - Yakin bahawa Allah SWT mengetahui perlakuan kita
Merasakan seolah-olah kita melihat Allah SWT atau
solat - Allah SWT melihat kita
Menghadirkan rasa gerun terhadap kehebatan Allah
- SWT
Menganggap solat yang ditunaikan sebagai solat
- yang terakhir
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
56
PELAJARAN 24 : BIDANG SIRAH
TAJUK : RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
1. Biodata :
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
Nama lain : Ahmad, Al-Mahi, Al-Hashir, Al-‘Aqib
Gelaran : Al-Amin
Tarikh lahir : 12 Rabiulawal, tahun gajah
Tempat lahir : Mekah
Kuniyah : Abu Al-Qasim
Ibu : Aminah binti Wahab
Ibu susuan : Suwaibah Al-Aslamiyyah, Halimatun Sa’diah
Pengasuh : As-Syaimak, Ummu Aiman
Isteri : Khadijah binti Khuwailid, Saudah binti Zam’ah, Aisyah bt Abu Bakar,
Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Juwairiyyah binti Al-Haris,
Zainab binti Jahshin, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Safiyyah
binti Huya, Ummu Habibah binti Abu Sufyan, Maimunah binti Al-Haris,
Mariyah Al-Qibtiyyah RA
Anak : Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan
Fatimah
Tarikh dan tempat wafat : 12 Rabiulawal tahun 11 hijrah di Madinah
2. Sifat Fizikal Nabi Muhammad SAW :
- Rasulullah SAW memiliki rupa paras yang amat tampan, sederhana tinggi
dan berbadan tegap.
- Rambut baginda ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak.
- Sentiasa kelihatan ceria dan segak.
- Mata hitam baginda hitam pekat dan bulu mata baginda lentik.
- Para sahabat yang menceritakan rupa paras baginda pasti berkata,
“Aku tidak pernah melihat orang lain yang standing dengan ketampanan Nabi
Muhammad SAW”.
Galeri Kata :
“Kuniyah” ialah panggilan kepada seseorang di samping nama atau gelaran, dengan
meletakkan “Abu” bagi lelaki dan “Ummu” bagi perempuan di awal sesuatu nama
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
57
3. Peristiwa Penting Dalam Kehidupan Nabi Muhammad SAW :
SEBELUM KERASULAN
Umur Tempoh Peristiwa
Selepas 2 tahun Baginda dipelihara oleh Halimatun Saadiah di
kelahiran perkampungan Bani Sa’ad yang jauh daripada unsur
negative
2-4 Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibril
tahun
4-6 2 tahun Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama dengan ibu
tahun
baginda. Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa
melawat kubur bapa baginda di Madinah. Ibu baginda
meninggal di Abwa’ dalam perjalanan pulang ke Mekah
6-8 2 tahun Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda,
tahun Abdul Mutalib, hingga datuk baginda meninggal dunia.
Selepas itu, Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan
bapa saudara baginda, Abu Talib
12 tahun Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib, ke Syam. Di
pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada
Buhaira Ar-Rahib ketika di bandar Busra, sempadan
Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW
ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang yahudi
20 tahun Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara
baginda menyaksikan Hilfu Al-Fudhul, yaitu perjanjian
untuk membela orang yang teraniaya dalam perniagaan
Baginda menggembala kambing bersama-sama dengan
saudara susuan di perkampungan Bani Sa’ad kemudian
di Mekah
Iktibar :
Nabi Muhammad SAW dididik oleh Allah SWT dengan kehidupan yang mencabar
sebagai persediaan untuk dilantik menjadi Rasul yang agung.
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
58
Umur Peristiwa
25 Berdagang ke Syam :
tahun
Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RA seorang wanita
Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia.
Rasulullah SAW membawa barang dagangan Saidatina Khadijah RA
ke Syam dengan dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki
Saidatina Khadijah RA.
Semasa berada di Syam, Nabi Muhammad SAW menjalankan
perniagaan dengan penuh jujur dan amanah sehingga membawa
pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran
baginda.
Iktibar :
Sifat mulia yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi Muhammad saw :
- Menunaikan amanah
- Mempunyai kerjaya
- Mendapat kepercayaan masyarakat
- Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana
Umur Peristiwa
25 Berkahwin dengan Saidatina Khadijah RA :
tahun
Saidatina Khadija ra tertarik dengan kemuliaan akhlak Rasulullah
semasa menguruskan perniagaannya dan juga sebagaimana yang
diceritakan oleh Maisarah.
Beliau menghantar kawan rapatnya, Nafisah binti Munabbih untuk
menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang
Saidatina Khadijah melalui bapa saudaranya Amru bin Asad. Hasil
perkahwinan tersebut , Nabi Muhammad SAW dikurniakan enam orang
anak iaitu:
Al Qasim, Abdullah, Ruqayyah, Ummi Kalthum , Fatimah dan Zainab
Iktibar : KUNCI ILMU : Seorang lagi anak
Antara akhlak mulia Nabi Muhammad SAW
yang menarik perhatian Saidatina Khadijah RA Nabi Muhammad SAW yang bernama
termasuklah jujur, menghormati keluarga dan Ibrahim RA ialah hasil perkongsian
menjaga adab dan batas pergaulan. hidup baginda SAW dengan Mariah Al-
Qibtiyyah
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
59
Umur Peristiwa
35 Peristiwa perletakan Hajar Al-Aswad :
Tahun
Mekah dilanda banjir sehingga meruntuhkan dinding kaabah. Apabila
tiba masa untuk meletakkan semula Hajar Al-Aswad di penjuru kaabah,
berlaku perebutan antara ketua kabilah sehingga hampir berlaku
pertumpahan darah.
Akhirnya Abu Umayyah Al-Mukhzumi, seorang yang dihormati dalam
kalangan kabilah arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat
suara. Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang
masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir Allah SWT orang
pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW. Semua yang
melihat Nabi Muhammad SAW masuk ke masjid berkata “Dialah As-
Sadiq Al-Amin (Orang yang benar lagi amanah)”.
Nabi Muhammad SAW menghamparkan ridak (selendang), meletakkan
Hajar Al-Aswad ditengah-tengahnya kemudian meminta ketua-ketua
kabilah memegang hujung ridak tersebut dan membawanya beramai-
ramai ke penjuru kaabah. Lalu baginda mengambil Hajar Al-Aswad dan
meletakkannya di tempat asal. Majlis tersebut berjalan dengan lancar
dan semua yang hadir berpuas hati.
Iktibar : Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad
saw:
- Bersifat tawaduk
- Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
- Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
- Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
- Mendamaikan kehidupan masyarakat
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
60
SELEPAS KERASULAN:
Umur Peristiwa
40 Menerima wahyu pertama :
tahun
Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur
40 tahun. Ketika itu baginda suka bersendirian di gua Hira’ untuk
beribadah dan memikirkan cara menyelamatkan umat daripada
kesesatan jahiliah.
Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda didatangi malaikat
Jibril AS. Jibril AS memeluk erat Nabi Muhammad SAW tiga kali dan
menyuruh baginda membaca.
Setiap kali Jibril menyuruh baginda membaca, baginda menjawab,
“Saya tidak tahu membaca”. Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi
Muhammad SAW
Setelah Nabi Muhammad SAW menerima perintah Allah SWT untuk
menyampaikan dakwah, baginda menjalankan tugas dakwah dengan
gigih dan sabar.
Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada
masyarakat Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah.
Namun begitu, ada juga yang menentang dakwah Nabi Muhammad
SAW.
Iktibar :
Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad SAW :
- Tidak suka dengan kesesatan masyarakat
- Beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon petunjuk
- Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah
- Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah
KUNCI ILMU :
Orang pertama yang beriman dan menyokong dakwah baginda ialah :
- Isteri baginda, Saidatina Khadijah RA
- Sahabat karib baginda, Saidina Abu Bakar RA,
- Sepupu baginda yang masih kecil, Saidina Ali bin Abu Talib RA
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
61
Umur Peristiwa
51 Israk dan Mikraj :
tahun
Nabi Muhammad SAW dibawa pada waktu malam dari Masjid Al-Haram
di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin
Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan dengan pelbagai gambaran
yang akan berlaku kepada umat baginda.
Baginda menjadi imam solat kepada para nabi di Masjid Al-Aqsa
Baginda dibawa Mikraj merentas tujuh lapisan langit sehingga ke
Sidratul Muntaha
Baginda menghadap Allah SWT dan menerima kefardhuan solat lima
waktu
Baginda turun ke Mekah sebelum subuh dan menceritakan pengalaman
baginda kepada penduduk Mekah
Iktibar :
Peristiwa Israk dan Mikraj memberikan iktibar bahawa Nabi Muhammad SAW :
- Menjalani Israk Mikraj dengan roh dan jasad
- Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para Rasul
sebelum baginda
- Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai ibadah
yang paling utama dalam Islam
- Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran
Umur Peristiwa
53
Tahun Hijrah ke Madinah dan pembentukan negara Islam.
Iktibar :
Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan Nabi
Muhammad SAW termasuklah :
- Nabi Muhammad SAW sanggup berkorban demi menegakkan agama Allah
SWT
- Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh amanah
- Baginda membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu
- Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam terbaik
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
62
KUNCI ILMU : Peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW :-
- Ghazwah : Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad
SAW (28 peperangan)
- Sariyyah : Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad SAW
dan baginda melantik seorang ketua (amir) untuk memimpin peperangan (54
peperangan)
- Jumlah semua peperangan ialah 82
4. Jasa dan sumbangan Muhammad SAW kepada tamadun Islam :
- Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara
- Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat kemasyarakatan
disamping tempat ibadah
- Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam
- Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun
yang gemilang sehingga dikenali sebagai “Al-Madinah Al-Munawwarah” yang
bererti Kota Bercahaya
KUNCI ILMU :
Setiap muslim wajib mencintai Nabi Muhammad SAW. Antara tanda cinta kepada baginda saw :
- Mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan menjauhi larangan
baginda
- Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad SAW
- Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar Nabi Muhammad SAW dengan
berselawat ke atas baginda
- Mencintai “Ahlul bait” (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan para
sahabat (orang beriman yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW)
Umur Peristiwa
63 Kewafatan Rasulullah SAW :
Tahun
Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai Rasul, pada waktu dhuha
hari isnin 12 Rabiulawal, tahun 11 hijrah, di rumah Saidatina Aisyah RA,
Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui penciptanya.
Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT ini
menggemparkan penduduk Madinah. Jasad Nabi Muhammad SAW
yang mulia dimakamkan di rumah Saidatina Aisyah RA
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
63
Iktibar :
- Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia
ke jalan yang benar.
- Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi
ketinggian agama Islam
- Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi
asas kecemerlangan tamadun hari ini.
- Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad SAW yang
tidak ada tolok banding
SOALAN KBAT:
Bagaimanakah anda membuktikan kecintaan anda kepada Nabi Muhammad saw
dalam kehidupan anda selain ucapan selawat.
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
64
PELAJARAN 25 : BIDANG SIRAH
TAJUK : ERA MASYARAKAT JAHILIYYAH
1. Maksud Jahiliyyah :
- Bahasa : Tidak tahu, bodoh atau jahil.
- Istilah : Masyarakat sebelum kerasulan Nabi Muhamad saw yang tiada
pegangan agama dan jahil dari segi aqidah dan akhlak.
Jahil akidah :
Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS tetapi
mencampuradukkannya dengan penyembahan berhala, amalan sihir dan khurafat
Jahil akhlak :
Mereka banyak melakukan perilaku buruk seperti suka menindas perempuan dan
hamba, berjudi serta minum arak.
2. Masyarakat Arab Jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhamad saw dari segi
Aqidah terdapat berbagai-bagai agama yang dianuti. Antaranya:
AGAMA KETERANGAN
AGAMA Agama yahudi ialah agama samawi yang diubah suai daripada ajaran
YAHUDI Nabi Musa AS mengikut keinginan para penganutnya.
Mereka banyak memfitnah para Nabi dan menolak ajaran Nabi
Muhammad SAW. Mereka datang dari Palestin ke negara arab.
AGAMA Agama samawi yang diubah suai dariapda ajaran Nabi Isa AS
NASRANI mengikut keinginan penganutnya. Mereka mempercayai Nabi Isa AS
sebagai anak Tuhan.
Mereka datang dari Habsyah dan Rom. Abrahah, Raja Nasrani
membina tempat ibadat baharu di Yaman untuk menyaingi populariti
kaabah di Mekah, namun gagal dengan pertolongan Allah SWT. Kisah
ini terdapat dalam Surah Al-Fil.
KEPERCAYAAN Majusi ialah kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api.
MAJUSI Pada malam kelahiran Rasulullah SAW, api yang disembah oleh
penganut majusi di Parsi telah padam.
Api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun sebelum
kelahiran Rasulullah SAW.
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
65
AGAMA KETERANGAN
KEPERCAYAAN Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh
ANIMISME dan semangat.
Oleh itu, penganut kepercayaan ini menyembah alam seperti
matahari, bintang dan pokok.
AGAMA HANIF Pada mulanya, majoriti masyarakat arab beragama dengan agama
hanif. agama hanif ialah agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan
Nabi Ismail AS.
Agama ini agama samawi, sama seperti agama Islam. Buktinya dapat
dilihat pada ciri-ciri kepercayaan agama hanif yang sama dengan
Islam seperti :
- Percaya kepada Allah SWT, Tuhan yang satu
- Percaya kepada hari kebangkitan dan hidup sesudah mati
- Percaya kepada dosa dan pahala.
Ajaran agama hanif yang diteruskan amalannya dalam syariat Islam
seperti Ibadat korban, ibadat haji dan umrah.
AGAMA Agama ini mula diperkenalkan oleh Amru bin Amir bin Luhai,
PENYEMBAH
pemimpin Khuzaah. Dia menemukan ajaran tersebut dari negeri Syam
BERHALA lalu membawa berhala bernama “Hubal” ke Mekah dan
meletakkannya di dalam kaabah.
Kemudian, dia memerintahkan seluruh penduduk Mekah supaya
menyembah berhala tersebut. Agama ini dicampur adukkan dengan
agama hanif sehingga muncul sebagai agama yang mensyirikkan
Allah SWT.
Agama penyembahan berhala ini disebarkan kepada seluruh orang
Arab ketika musim haji.
Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi Muhammad SAW, ada
sebanyak 360 berhala di sekitar kaabah. Kesemuanya dimusnahkan
oleh baginda dan para sahabat.
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
66
3. Masyarakat arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi akhlak :
Akhlak buruk :
- Berjudi dan minum arak
- Penzinaan dan pelacuran berleluasa
- Mengamalkan bigami
- Pewarisan harta hanya pada lelaki
- Membunuh anak perempuan
- Mengamalkan tenung nasib
- Berperang kerana perkara yang kecil
Akhlak baik :
- Menepati janji
- Berani, kuat dan pantang menyerah kalah
- Menjaga kebersihan mulut dan kuku
- Tidak mengahwini mereka yang ada pertalian darah
- Menghormati tetamu
- Taat kepada pemimpin Kunci Ilmu : Sebab lain Rasulullah SAW
- Menghormati bulan haram
diutuskan kepada masyarakat Arab ialah :-
- Adanya kaabah yang dikunjungi untuk
tujuan ibadah
- Keistimewaan bahasa dan budaya arab
4. Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat jahiliyyah kerana:
- Masyarakat jahiliyyah mempunyai nilai negatif seperti suka berjudi, berzina,
minum arak serta merendahkan martabat wanita. Selain itu, mereka juga suka
mengamalkan khurafat dalam kehidupan.
- Semenanjung arab terletak di antara empat kuasa besar dunia pada waktu itu,
yaitu Rom, Parsi, Gerik dan India. Kedudukan yang strategik ini menjadikan
Islam mudah tersebar keseluruh tamadun dunia dan pelbagai bangsa ketika itu.
Kunci Ilmu :
Tamadun Islam berkembang kerana :-
- Iman yang tinggi
- Budaya amal soleh
- Ketinggian ilmu dan hikmah
- Perubahan (Islah) yang sesuai dengan zaman
- Jihad mempertahankan ketamadunan daripada serangan musuh
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
67
PELAJARAN 26 : BIDANG SIRAH
TAJUK : KEUNGGULAN PERJUANGAN KHULAFA’
AR-RASHIDIN
1. Maksud Khulafa’ Ar Rasyidin :
- Khulafa’ Ar-Rashidin merupakan gelaran yang diberikan kepada empat orang
sahabat Rasulullah SAW yang memegang jawatan pemerintah kerajaan Islam
selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW.
2. Nama-nama Khulafa’ Ar Rasyidin yang terkenal dan lama memerintah:
Nama Tempoh Bil tahun
Khalifah Abu Bakar As Siddiq ra 11-13H/632-634M 2 tahun
Khalifah Umar bin Al Khattab ra 13-23H/634-644M 10 tahun
Khalifah Uthman bin Affan ra 23-35H/644-656M 12 tahun
Khalifah Ali bin Abi Talib ra 35-40H/656-661M 5 tahun
2. Biodata dan riwayat hidup Khulafa’ Ar-Rashidin :
KHALIFAH PERTAMA SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ RA (11-13H/632-634M)
Nama Penuh Abdullah bin Uthman bin Amir bin Amru bin Ka’ab bin Saadi bin
Taim bin Murrah bin Ka’ab
Tempat Lahir Mekah
Tahun Lahir 572 M , dua tahun setelah kelahiran Rasulullah saw
Keturunan Bani Taim, Quraisy
Nama Ibu Ummu Al-Khair Salma binti Sakhr
Gelaran Atiq (bebas daripada api neraka) dan “As-Siddiq” (orang yang
paling benar dalam kata-katanya)
Meninggal Tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun. Beliau dimakamkan di
Dunia sisi Rasulullah SAW
KHALIFAH KEDUA SAIDINA UMAR BIN AL KHATTAB RA (13-23H/634-644M)
Nama Penuh Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza
Tempat Lahir Mekah
Tahun Lahir Tahun 584 M, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW
Keturunan Bani Adiy, Quraisy
Nama Ibu Hantamah binti Hashim
Gelaran Al Faruq (Pemisah antara Haq dan Batil)
Meninggal
Dunia Tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun akibat ditikam oleh Abu Lu’luah
Fairuz Al Farisi (Hamba kepada Al Mughirah bin Syu’bah. Beliau
dimakamkan di sisi Saidina Abu Bakar As Siddiq
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
68
KHALIFAH KETIGA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RA (23-35H/644-656M)
Nama Penuh Uthman bin Affan bin Abu Al-‘As bin Umayyah bin Abdu Syams bin
Abdu Manaf bin Qusay bin Kalab bin Murrah bin Ka’ab
Tempat Lahir Mekah
Tahun Lahir Tahun 576 M
Keturunan Bani Umaiyyah, Quraisy
Nama Ibu Arwa bt Kuraiz
Gelaran Zunnurain (yang memiliki dua cahaya) kerana beliau berkahwin dengan
dua puteri Rasulullah SAW, yaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum.
Meninggal Tahun 35 hijrah pada usia 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak
Dunia dan dimakamkan di perkuburan Al-Baqi’
KHALIFAH KEEMPAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB RA (35-40H/656-661M)
Nama Penuh Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf
Tempat Lahir Mekah
Tahun Lahir Tahun 599 M
Keturunan Bani Hashim, Quraisy
Nama Ibu Fatimah binti As’ad
Gelaran Abu Turab (bapa si tanah)
Meninggal Pada malam 17 Ramadhan tahun 40 hijrah. Syahid kerana ditikam oleh
Dunia Abdurrahman bin Muljam
3. Sifat-sifat peribadi Khulafa’ Ar-Rashidin :
3.1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA :
- Seorang sahabat yang sangat pemurah. Contohnya beliau membeli dan
memerdekakan setiap hamba yang diseksa seperti Bilal bin Rabah dan Amar
bin Yasir. Sifat beliau yang pemurah ini telah mendapat pujian Rasulullah
SAW dengan sabda baginda : “Saya tidak tahu, adakah masih ada orang
yang melebihi Abu Bakar dari segi kemurahan hati”.
- Seorang yang berani. Keberanian beliau dapat dilihat ketika beliau selalu
membela Rasulullah SAW yang cuba dibunuh oleh kaum baginda semasa di
Mekah
- Seorang hartawan dermawan dan membelanjakan hartanya ke jalan Allah
SWT
- Seorang yang cintakan kebenaran dan semangat setia kawan yang tinggi
- Seorang yang lembut hatinya dan mudah menangis terutama ketika
membaca Al-Quran
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
69
3.2. Saidina Umar bin Al-Khattab RA :
- Seorang yang beperwatakan keras, suka beradu kekuatan dan sangat cekap
menunggang kuda.
- Seorang sahabat yang sangat berani. Contohnya beliau berhijrah pada waktu
siang dan secara terang-terangan.
- Memiliki kecerdasan yang luar biasa, sehingga banyak pendapat beliau yang
bertepatan dengan firman Allah SWT
- Seorang yang berpengetahuan tinggi serta cukup agamanya
3.3. Saidina Uthman bin Affan RA :
- Terkenal sebagai seorang yang sangat pemalu dan lemah lembut sehingga
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabat : “Tidakkak engaku
malu kepada lelaki yang malaikat sendiri malu kepadanya?”
- Terkenal dengan sifat dermawan dan pemurah. Buktinya beliau banyak
menderma untuk perang Tabuk, membeli perigi Raumah untuk kegunaan
umat Islam, menderma 1000 ekor unta dengan muatan kepada umat Islam
yang susah.
- Suka membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan khususnya
kepada kaum keluarga dan sanak saudara terdekat
3.4. Saidina Ali bin Abu Talib KW :
- Merupakan panglima perang yang berani dan gagah perkasa. Contohnya
dalam perang Khandak beliau telah berlawan satu lawan satu dengan
pahlawan Quraisy, iaitu Amru bin Wid Al-‘Amiri dan berjaya menewaskannya.
- Pandai berpidato, handal bermain pedang, memanah dan menunggang kuda.
- Pandai menulis dan membaca sehingga beliau dilantik menjadi salah seorang
penulis wahyu.
- Sangat pintar dan mahir dalam bidang faraid, Al-Quran, hukum-hukum
syarak, bahasa dan sastera serta kuat daya ingatan sehingga mampu
menghafaz seluruh Al-Quran
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
70
4. Sumbangan Khulafa’ Ar-Rashidin :
4.1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq :
Politik :
- Meneruskan cita-cita Rasulullah SAW menghantar pasukan Usamah bin Zaid
ke sempadan negeri Syam untuk memerangi kerajaan Rom Timur (Byzantine)
Agama :
- Memerangi golongan yang enggan membayar zakat, golongan yang murtad
dan nabi palsu. Khalifah Abu Bakar RA telah membentuk 11 pasukan
angkatan perang untuk menghadapi kaum murtad yang memberontak di
serata pelusuk tanah Arab.
- Setelah tamat perang Yamamah, banyak tentera Islam mati syahid
termasuklah para penghafaz Al-Quran. Atas nasihat Saidina Umar bin Al-
Khattab RA, Khalifah Abu Bakar RA telah mengarahkan Zaid bin Thabit
supaya mengetuai usaha menghimpunkan Al-Quran yang tertulis pada batu,
kulit haiwan, daun dan hafazan para hafiz. Salinan ayat Al-Quran yang
dihimpunkan itu kemudian disimpan oleh Khalifah Abu Bakar RA, Saidina
Umar bin Al-Khattab RA, Saidina Uthman bin Affan RA dan Hafsah (isteri
Nabi Muhammad SAW).
4.2. Saidina Umar bin Al-Khattab RA :
Politik :
- Menubuhkan majlis syura
- Membahagikan jajahan Islam kepada beberapa wilayah dan ditadbir oleh
gabenor
- Menubuhkan jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan
perbendaharaan negara
Sosial :
- Menetapkan wang sara hidup kepada rakyat berdasarkan keutamaan dan
perjuangan mereka
- Mengasaskan takwim Islam
- Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah
Ekonomi :
- Menubuhkan Baitulmal
- Memperkenalkan pelbagai jenis cukai seperti jizyah dan kharaj
- Membina terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
71
Ketenteraan :
- Mengemaskini angkatan tentera
- Memberi gaji kepada gabenor dan tentera yang berjuang
4.3. Saidina Uthman bin Affan RA :
Sosial :
- Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan memberi peluang
pekerjaan
Politik :
- Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran
- Mengukuhkan peranan Baitulmal untuk membiayai pembangunan negara
Ketenteraan :
- Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut
bagi membasmi pemberontakan dan penaklukan
Agama :
- Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat Al-Quran yang
dikenali sebagai “Mushaf Uthmani”
- Memperkenalkan azan keuda pada hari Jumaat dan mengambil zakat
berdasarkan nilai mata wang
- Membeli tanah untuk membesarkan masjid Nabawi
4.4. Saidina Ali bin Abu Talib KW:
Sosial :
- Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian Negara
Ketenteraan :
- Membina markaz tentera di Parsi dan di sempadan Syiria
Ekonomi :
- Meneruskan kutipan jizyah
SOALAN KBAT:
Para Khulafa’ Ar Rasyidin mempunyai sifat keberanian dan kesabaran yang amat
tinggi.
Bagaimanakah anda dapat mencontohi sifat tersebut untuk menjadi murid yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
72
PELAJARAN 27 : BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH
TAJUK : AKHLAK TERPUJI HIASAN DIRI
1. Maksud Akhlak :
- Bahasa : Berasal daripada perkataan “Khuluqun” yang bermaksud budi
pekerti, watak, kelakuan dan tabiat.
- Istilah : Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya
sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan dan
pemikiran yang mendalam.
2. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian :
MAKSUD CONTOH AKHLAK CONTOH AKHLAK
KEPADA ALLAH SWT DENGAN MANUSIA
AKHLAK MAHMUDAH Syukur, sabar, redha, Tawadhu’,
Sifat dan tingkah laku terpuji tawakal, zikir dan menghormati orang
yang terdapat pada diri qanaah. lain, pengasih dan
seseorang yang bertepatan pemurah.
dengan nilai dan perakuan
syara’.
AKHLAK MAZMUMAH Riak, putus asa, sangka Sombong,
Sifat dan tingkah laku keji yang buruk dan lalai. memandang hina
terdapat pada diri seseorang terhadap orang lain,
yang berlawanan dengan nilai kasar, memfitnah,
dan perakuan syarak. khianat dan bakhil.
Tujuan Memelihara Akhlak :
- Mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni
- Mendapat kasih sayang Allah SWT dan sentiasa diberkati
- Membentuk hubungan yang baik antara hamba dengan Allah SWT
- Sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT
- Mendapat syafaat dan rahmat Allah SWT pada hari akhirat
- Mewujudkan kestabilan politik dan keamanan Negara
- Meningkatkan kualiti modal insan yang amat diperlukan dalam membina
kemajuan dan ketamadunan yang tinggi
KUNCI ILMU:
Orang yang berakhlak mahmudah mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah SWT.
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
73
PELAJARAN 28 : BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH
TAJUK : AMANAH TUNGGAK KESEJAHTERAAN
1. Maksud Amanah :
- Bahasa : Tunai janji
- Istilah : Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan
harta benda, kehormatan dan kerahsiaan
2. Kepentingan Sifat Amanah :
- Pengurusan baik dan lancar serta bersih daripada rasuah dan penipuan dan
menjimatkan kos pentadbiran.
- Dipercayai dan disenangi oleh masyarakat.
- Tanda orang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
- Memudahkan melintasi titian As-Sirat di akhirat nanti.
3. Cara Mengamalkan Sifat Amanah dan Implikasi Tidak Amanah
Cara Mengamalkan Sifat Amanah Impilikasi Tidak Amanah
Amanah Terhadap Diri
- Mematuhi suruhan dan larangan - Menjejaskan iman
Allah SWT
- Memelihara penampilan diri - Tidak diredhai Allah SWT
- Berdisiplin dan mematuhi peraturan - Hilang kepercayaan orang ramai
- Bersungguh-sungguh dan rajin
Amanah Terhadap Keluarga
- Taat kepada ibubapa - Menjadi anak derhaka
- Bertanggungjawab terhadap amanah - Mencemarkan nama baik keluarga
keluarga
- Menyayangi adik-beradik - Hubungan kekeluargaan menjadi
renggang
- Memastikan adik-beradik - Melahirkan anak yang tidak
melaksanakan segala perintah Allah mengenang budi ibubapa
SWT dengan sempurna
- Dibenci oleh adik-beradik
Amanah Terhadap Masyarakat
- Menghormati jiran, guru, rakan dan - Masyarakat tidak harmoni
masyarakat sekeliling
- Menyertai program kemasyarakatan - Keselesaan awam terganggu
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
74
PELAJARAN 29 : BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH
TAJUK : ILMU CAHAYA KEHIDUPAN
1. Kewajipan Menuntut Ilmu :
- Matlamat utama kehidupan manusia ialah keimanan kepada Allah SWT
disamping melakukan amalan-amalan soleh. Amalan yang didasari dengan
ilmu merupakan syarat diterima Allah SWT. Umat Islam dilarang melakukan
atau mengatakan sesuatu tanpa ilmu.
2. Adab Menuntut Ilmu :
- Memuliakan dan menghormati guru
- Menjauhi maksiat dan kemungkaran
- Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
- Beramal dengan ilmu yang dipelajari
- Tidak malu bertanya
- Rajin berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT
- Memohon doa dan keredhaan daripada ibubapa
- Niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah SWT
3. Kepentingan Beradab Ketika Menuntut Ilmu :
- Mendapat ganjaran pahala
- Ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan
- Mencapai kejayaan dalam hidup serta mudah melakukan kebaikan dan
ketaatan.
- Hidup menjadi tenang dan masyarakat akan memandang tinggi
Kunci Ilmu :
Imam As-Syafiee pernah berpesan, ilmu tidak akan dapat diperoleh kecuali dengan enam perkara :
1. Az-Zaka’u (Cerdas) 4. Al-Bulghah (Kewangan yang cukup)
2. Al-Hirs (Keinginan yang tinggi) 5. Suhbatul Ustaz (Berdamping dgn guru)
3. Al-Ijtihad (Bersungguh-sungguh) 6. Thuluz Zaman (Tempoh yang panjang)
4. Akibat Tidak Beradab Ketika Menuntut Ilmu :
- Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
- Berdosa dan mendapat kemurkaan Allah SWT
- Ilmu yang dipelajari tidak membawa kebaikan kepada diri
- Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif
- Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah SWT
- Dipandang hina oleh guru dan rakan
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
75
5. Kelebihan Orang yang Berilmu :
- Allah SWT meningkatkan darjat orang yang berilmu mengatasi kedudukan orang
yang berharta. Hal ini dapat dilihat dalam kisah Thalut yang dilantik menjadi raja
(pemimpin Nabi Israil) kerana kekuatan tubuh dan ketinggian ilmunya walaupun
dia seorang yang miskin.
- Orang yang berilmu (ulamak) menjadi pewaris para nabi dan pemimpin ke jalan
kebaikan. Orang yang beramal dengan ilmunya akan menjadi contoh teladan
dalam masyarakat. Orang yang berilmu yang menyampaikan ilmunya untuk
kebaikan akan didoakan oleh semua makhluk di langit dan di bumi dan
dipermudah baginya jalan ke syurga. Orang yang keluar dari rumah dengan niat
mencari ilmu ibarat berjihad di jalan Allah SWT
Kunci Ilmu :
Islam telah melahirkan banyak tokoh ilmuwan yang terkenal. Antaranya termasuklah :
i) Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad – Feqah
ii) Ibnu Sina – Perubatan
iii) Al-Khawarizmi – Matematik
iv) Al-Farabi – Falsafah
v) Jabir bin Hayyan – Kimia
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
76
PELAJARAN 30 : BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH
TAJUK : MARUAH DIRI CERMIN PERIBADI
1. Maksud Menjaga Maruan Diri:
- Bahasa : Berasal daripada perkataan “Muruatun” yang bermaksud
keelokan peribadi.
- Istilah : Usaha memelihara diri daripada melakukan larang Allah SWT
dan perkara yang boleh mencemarkan kehormatan diri, keluarga
dan masyarakat.
2. Cara Menjaga Maruah Diri :
- Menjaga penampilan diri dalam berpakaian.
- Menjaga kesopanan dalam percakapan
- Menjaga keelokan tingkah laku.
3. Panduan pakaian yang bermaruah :
- Menutup aurat
- Kemas dan bersih
- Tidak menjolok mata
- Tidak mengandungi lambing, gambar dan tulisan yang dilarang dalam Islam
- Sesuai dengan tatasusila masyarakat setempat
- Tidak menyerupai pakaian agama lain
- Tidak menyerupai pakaian jantina yang berbeza
4. Panduan percakapan yang bermaruah :
- Percakapan yang sopan dan tidak keterlaluan
- Intonasi dan nada suara yang sesuai dengan suasana dan orang yang
mendengar
- Bermanis muka ketika bercakap
- Bercakap perkara yang berfaedah
- Memanggil orang lain dengan panggilan yang disukai
- Menghindari perbuatan bercakap bohong, mengumpat, mengadu domba,
memfitnah dan berkata-kata lucah
- Tidak memungkiri janji
- Mengucapkan salam ketika bertemu dan berpisah
- Membudayakan ucapan terima kasih
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM
77
5. Panduan tingkah laku yang bermaruah :-
- Mengamalkan budaya berjabat tangan dengan mahram
- Menzahirkan perasaan belas kasihan kepada orang yang lebih muda
- Mematuhi adab dan undang-undang di jalan raya
- Menggunakan harta awam dengan bertanggungjawab
- Menjaga kebersihan alam sekitar
- Menggunakan media sosial dengan berhemah
- Menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan
Kunci Ilmu :
Ibnu Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai
wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Al Bukhari)
6. Contoh tingkah laku bermaruah:
Bila kita berada di jalan Bila orang berbuat kebaikan
(jaga hak jalan) kepada kita
-Menundukkan pandangan Ucapkan Jazaakallahu khairan
-Menahan diri daripada menyakiti orang lain kathiiraa tanda terima kasih.
-Menjawab salam
-Menyuruh membuat kebaikan dan mencegah
Kemungkaran
7. Akibat tidak menjaga maruah :
- Hidup dalam kesusahan
- Dikeji oleh masyarakat sekeliling
- Masyarakat menjadi mundur dan dipandang serong
8. Hikmah menjaga maruah :
- Disayangi Allah swt
- Kehidupan lebih berkat
- Jiwa lebih tenang dan bahagia
SOALAN KBAT:
Mazlan meminta hadiah daripadanya atas kejayaannya dalam peperiksaan.
Huraikan pandangan anda berdasarkan permintaan Mazlan kepada datoknya dalam
konteks menjaga maruah diri.
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM