The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izza 133, 2020-12-15 22:39:06

ADAB DI SURAU DAN MASJID

ADAB DI SURAU DAN MASJID

Baca dengan telitinya.

Alfi, masihkah ingat Ingat, abang. Ibu berpesan supaya Alfi akhlak
pesanan ibu sebelum kita membaca doa ketika masuk ke dalam
masjid dan menjaga adab-adab ketika
datang ke masjid tadi?
berada di dalam masjid.

Jangan lupa Insya-Allah, abang.
amalkan, ya. Alfi akan amalkan
pesanan ibu itu.

157

l Lakukan sumbang saran dengan murid tentang perbualan
di atas dan kaitkannya dengan tajuk pelajaran.

akhlak Mari hayati.

Mencari Reda Ilahi

Salam sejahtera kami ucapkan
Buat semua rakan dan taulan
Adab masuk masjid jadikan amalan
Adab ke surau dilupa jangan.

Bersihkan badan persiapkan diri
Mulut dicuci sunah diikuti
Berwangi-wangian bagi lelaki
Berpakaian bersih aurat ditutupi.

Niat yang ikhlas tertanam di hati
Langkah disusun tenang sekali
Menuju ke masjid menghadap Ilahi
Mengharap pahala reda dicari.

Sepatu ditanggal disusun rapi
Langkah kaki kanan perlu didahului
Doa dibaca amalan diri
Kepada jemaah salam diberi.

1. Menanggalkan kasut dan menyusunnya maksud
dengan baik.

2. Mendahulukan kaki kanan
ketika melangkah masuk.

3. Membaca doa masuk masjid.

4. Mengucapkan salam kepada jemaah yang
berada di dalam masjid.

158 l Minta murid menyanyikan boria di atas beramai-ramai. 8.2.1

l Bincang dengan murid tentang adab masuk ke masjid
dan surau melalui boria di atas.

l Galakkan murid menghafaz doa masuk masjid.

Baca dan fahami.
Adab Keluar Masjid dan Surau

12

akhlak

Menyimpan dan mengemaskan Bersalaman dengan jemaah
barang-barang yang telah digunakan. yang masih berada di masjid
atau surau.

34

Keluar dengan tenang dan tidak Mendahulukan kaki kiri.
berebut-rebut.

5

Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon keutamaan daripada-Mu.

Membaca doa keluar masjid. 159

8.2.1 l Bincang dengan murid tentang adab keluar masjid dan surau.
l Galakkan murid menghafaz doa keluar masjid.

akhlak Baca dengan telitinya.

Adab Ketika Berada di Dalam Masjid dan Surau
1. Berniat iktikaf ketika di dalam masjid.

2. Duduk menghadap arah kiblat.

3. Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

4. Membaca al-Quran dengan suara yang perlahan.

5. Sentiasa mengingati Allah SWT dengan berzikir, beristighfar,
berselawat dan berdoa.

6. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.

7. Menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Lafaz Niat Iktikaf

Maksud: Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Solat Tahiyatul Masjid

Maksud: Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.

160

l Bersoal jawab dengan murid tentang maklumat di atas dan 8.2.2
kaitkannya dengan amalan harian.

Perhatikan dan baca.

Masjid atau surau ialah tempat suci untuk kita melakukan ibadah. Oleh itu, kita
hendaklah menjauhi perkara yang tidak beradab semasa berada di dalam
masjid atau surau.

akhlak

l Berjual beli

l Bergurau senda

l Berbuat bising

l Berbual kosong

l Berlari-lari di Perkara tidak l Makan dan
dalam masjid beradab semasa minum
di dalam masjid
l Mengganggu l Tidur
jemaah lain

l Melintas di hadapan l Berswafoto dan
orang yang solat menyalahgunakan
telefon bimbit

l Berbincang hal
keduniaan

161

8.2.3 l Ingatkan murid supaya tidak melakukan perkara di atas
ketika berada di dalam masjid dan surau.

Baca dan fahami.

Meninggalkan
sunah yang
dituntut.

akhlak 2 Mengganggu
ketenteraman jemaah
menunaikan ibadah.

Akibat 3 Kesucian tempat
Mengabaikan ibadah menjadi
Adab di Masjid kotor dan tercemar.

dan Surau Masyarakat hilang
rasa hormat kepada
tempat ibadah.

5 Masyarakat tidak
berdisiplin dan tidak
bertanggungjawab.

6 Masyarakat Mengapakah kita
Islam dipandang dituntut supaya
rendah. menjaga adab ketika
di masjid dan surau?

162

l Bincang dengan murid tentang akibat mengabaikan adab 8.2.4
di masjid dan surau.


Click to View FlipBook Version