The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ICT_SKK, 2020-12-06 02:09:14

Pensejarahan SK Kerubong

Pensejarahan SK Kerubong 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN KERUBONG
KM 16 KG KERUBONG
75250 MELAKA

PENSEJARAHAN SEKOLAH DAERAH MELAKA TENGAH

1) NAMA DAN KOD SEKOLAH

NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KERUBONG
KOD SEKOLAH MBA2030

2) SEJARAH SEKOLAH SEJARAH SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH ASAL USUL NAMA SEKOLAH

Awalnya, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Kerubong. Nama Kerubong ini
diambil sempena nama Kampung Kerubong. Asal nama Kampung Kerubong pula
mempunyai dua cerita tempatan.

Cerita pertamanya, di sekitar kampung ini dahulu, terutama di kawasan
belukar gelam, terdapat banyak pokok kecubong. Oleh sebab pengambil kayu
gelam sendiri yang meneroka kawasan itu untuk mengambil kayu gelam dan
menjualnya ke pasar, maka mereka menamakan kawasan itu sebagai Kerubong.

Cerita kedua pula, dahulu di sekitar kawasan ini, ada banyak burung helang.
Burung helang yang paling hebat sekali ialah burung helang berwarna putih yang
dikenali sebagai helang kerubong. Maka, peneroka kampung pun menamakan
kawasan itu sebagai Kerubong sempena nama helang tersebut.

Namun, jika dilihat pada kamus Dewan edisi keempat, kerubung mempunyai
tiga maksud iaitu yang pertama, berkerubung berkerumun, mengerubungi
mengerumuni, mengerubuti, menghurungi. Maksud kedua ialah bekas tempat
menyimpan padi yang dibuat daripada tikar dan buluh. Maksud ketiga pula ialah
tumbuhan (rumput), rumput mentebung, rumput pahit, rumput rotan beras
(Cyrtococcum oxyphyllum).

Walau apapun maksudnya, nama Kerubong berkemungkinan membawa
maksud yang signifikan kepada peneroka pertama kawasan tersebut sehingga
membuatkan mereka memilih nama Kerubong untuk kawasan kampung itu.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Tiada tarikh yang benar-benar pasti tentang pembinaan bangunan sekolah yang
pertama. Walau bagaimanapun, menurut kata penduduk tempatan di situ,
bangunan yang mula-mula dibina ialah bangunan kayu yang didirikan oleh
penduduk kampung secara bergotong-royong.

Dindingnya diperbuat daripada separuh papan dan separuh kawat jaring
manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu bulat. Sekolah ini ditubuhkan
dengan tujuan untuk memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak di sekitar
kawasan kampung yang kian ramai.

Namun, pada tahun 1936 atau 1937, sebuah bangunan separuh kekal telah
dibina bagi menggantikan bangunan lama tersebut. Dinding bangunan yang baru
ini dibuat sepenuhnya dengan kayu. Tiangnya diperbuat daripada batu manakala
atapnya diperbuat daripada genting. Bangunan dua tingkat yang dibina ini
menempatkan enam buah bilik darjah.

Pada tahun 1938, sekolah ini secara rasminya beroperasi dan mempunyai
enam orang guru dan 76 orang murid. Murid-murid ini terdiri daripada kaum
Melayu dan India yang berasal dari lima buah kampung berhampiran.

Guru besar pertama yang berkhidmat ketika itu ialah Encik Husin bin Muslim
(1938-1952) sementara Pengerusi PIBG pula ialah Encik Abu bin Chik.

PERKEMBANGAN PENUBUHAN SEKOLAH

Pada tahun 1971, sebuah bangunan kekal dua tingkat telah dibina bagi
menampung keperluan pendidikan dan pengurusan pentadbiran. Bangunan ini
terdiri daripada empat buah bilik darjah, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik
Guru Besar, sebuah bilik Guru Penolong Kanan, dua buah tandas guru dan dua
buah tandas murid. Selain itu, sebuah kantin juga turut dibina bagi menempatkan
ruang makan untuk pelajar, ruang makan guru dan dapur memasak.

Pada tahun 1978, lencana sekolah telah direka oleh seorang cikgu bernama
Mokhtar, guru mata pelajaran lukisan ketika itu. Tidak banyak perubahan pada
masa sekarang melainkan warna jingga yang menjadi latar lencana ditukar
kepada warna kuning.

Pada tahun 1994, sebuah bangunan batu setingkat telah dibina dengan dua
buah bilik darjah, dua buah bilik kecil dan sebuah bilik kemahiran hidup.
Menjelangtahun 1998, sebuah bangunan yang menempatkan tiga buah bilik
darjah dibina.

Bangunan sementara ini dibina kerana bangunan asal iaitu bangunan yang
dibina pada tahun 1936/1937 akan dirobohkan. Bangunan ini perlu dirobohkan
kerana sudah terlalu usang.

Walau bagaimanapun, bangunan yang dirobohkan ini digantikan dengan
bangunan dua tingkat yang diperbuat sepenuhnya daripada batu. Bangunan yang
siap sepenuhnya pada tahun 2000 ini mengandungi enam buah bilik darjah, dua
buah tandas guru dan dua buah tandas murid.

Dua tahun kemudian, sebuah makmal komputer pula dibina dengan tujuan
melestarikan murid-murid Kerubong dengan ilmu komputer.Bangunan ini terletak
di tengah-tengah kawasan sekolah, yang dahulunya adalah kawasan padang
sekolah.

Tahun 2010 menyaksikan sebuah lagi bangunan siap dibina dan digunakan.
Bangunan tiga tingkat ini menempatkan tujuh buah bilik darjah di tingkat tiga,
sebuah bilik guru beserta tandas guru di tingkat dua, dua buah makmal sains dan
sebuah bengkel Kemahiran Hidup di tingkat satu. Bangunan ini juga mempunyai
dua buah tandas murid di setiap tingkat.

7 Julai 2008 24 Mac 2009

Padang sekolah yang baru berada di sebelah bangunan sekolah pula boleh
memuatkan dua buah gelanggang bola baling dan digunakan sewaktu Pendidikan
Jasmani serta Kokurikulum.

18 Ogos 2015

Pada tahun 2017, kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan mula dilakukan.
Bangunan tambahan ini dibina setingkat dan dibuat sepenuhnya daripada batu.
Bangunan tambahan ini menempatkan lapan buah bilik darjah, dua buah tandas
guru, sebuah tangki air dan sebuah dataran.

13 Jun 2017 19 Julai 2017

26 Julai 2017

Tahun demi tahun berlalu, pelbagai perubahan berlaku. Tahun 2020
menyaksikan keadaan persekitaran SK Kerubong yang semakin cantik dan ceria.
Pelbagai kemudahan juga disediakan agar dapat disesuaikan dengan keadaan
sekarang yang kini, ditambah pula dengan fenomena Covid-19 yang
bermaharajalela. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang daripada guru
mencurah khidmat dan bakti agar murid belajar menjadi insan penuh ilmu di dada.

3) GAMBAR DAN MAKLUMAT TOKOH SEKOLAH (SEWAKTU AWAL PEMBUKAAN)

* SILA TAMBAH JADUAL JIKA TIDAK MENCUKUPI

NAMA FAIL GAMBAR SENARAI NAMA GURU BESAR

PENERANGAN/ MAKLUMAT:

NAMA FAIL GAMBAR MANTAN GURU BESAR 2006-2018

PENERANGAN/ MAKLUMAT:

PN. NORAINI BINTI AHMAD PN. ROHANI BINTI SULONG
16.8.2006 - 15.11.2010 16.11.2010 - 31.8.2013

EN. BAHARI BIN ABU MANSOR
1.9.2013 - 2.7.2018

4) PETA SEKOLAH
NAMA FAIL GAMBAR
(PELAN LOKASI)

NAMA FAIL GAMBAR
(PELAN BANGUNAN)

5) GAMBAR-GAMBAR SEKOLAH
NAMA FAIL GAMBAR
BLOK A – IBNU KHALDUN

NAMA FAIL GAMBAR
BLOK B – IBNU SINA
BINAAN TAHUN :-
Tahun 2000 dibina semula.

NAMA FAIL GAMBAR
BLOK C - AL RAZI
BINAAN TAHUN :- 1998

NAMA FAIL GAMBAR
BLOK D – IBNU ZUHRI

NAMA FAIL GAMBAR
BLOK E - AL RAZI

NAMA FAIL GAMBAR
BLOK F – AL-JAZARI
BLOK G – AL-FARABI
BINAAN TAHUN :- 2009

NAMA FAIL GAMBAR
BLOK H –
AL-KHAWARIZMI
BLOK I – AL-KHINDI

BINAAN TAHUN :- 2017

NAMA FAIL GAMBAR
MAKMAL KOMPUTER
BINAAN TAHUN :-2002

NAMA FAIL GAMBAR
KANTIN SEKOLAH
DIBINA SEMULA DAN
DIBAIK PULIH PADA
TAHUN 1998

NAMA FAIL GAMBAR

PRA SEKOLAH
BLOK A – IBNU KHALDUN

NAMA FAIL GAMBAR
PUSAT SUMBER
SEKOLAH
BLOK C – IBNU HAITHAM
BINAAN TAHUN :- 1998

NAMA FAIL GAMBAR
SURAU
Surau Zubair al Awwam
Binaan tahun: 5 Jun 1998

6) CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN SEMASA

NAMA FAIL GAMBAR CARTA ORGANISASI SK KERUBONG

PENERANGAN/ MAKLUMAT:

GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KERUBONG

NAMA EN. HAZMAN BIN DOLAH

NAMA FAIL GAMBAR

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

NAMA PN. ROSNANI BINTI AHMAD ZAKARIA

NAMA FAIL GAMBAR

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

NAMA EN. WAN MOHSIN BIN WAN MOHD

NAMA FAIL GAMBAR

GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

NAMA EN. ABDULLAH BIN SALAM

NAMA FAIL GAMBAR

7) AJK PIBG/ LPS TERKINI
* SILA TAMBAH JADUAL JIKA TIDAK MENCUKUPI

JAWATAN YDP PIBG
NAMA EN. RAMLI BIN MAT SIT
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN NAIB YDP PIBG
NAMA EN. OTHAMAN BIN ALI
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN SETIAUSAHA

NAMA PN. AZNIDA BINTI MAT JUSOH @ALIAS
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN NAIB SETIAUSAHA
NAMA PN. LAILATUL BT AB HAMID @ KASSIM
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN BENDAHARI
NAMA EN. MOHD KHAIRI BIN SHARIFUDDIN
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA EN. MOHD ZAINUDIN @ ROHIZAN BIN SALEHAN
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA EN. AHMAD RASHDAN B. RAMLI
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA PN. ASPALELA BT BUJANG
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA PN. FADILAH BT ABDUL MALEK
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA PN. EEIDAYU BINTI ABU BAKAR
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA PN. NOR MAZIAH BT SHAHBUDDIN
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA MELISSA BT HASIM
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA PN. NOOR INTAN BT ABDULLAH
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA PN. ELINA BINTI ABDULLAH
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK IBU BAPA
NAMA PN. MAS JULIA BINTI JOHAN
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA EN.MOHD IMRAN SOFWANI BIN ROHADI
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA EN. MOHD NUSI BIN MAHMOOD
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA EN. AZMIL FATHI BIN OTHMAN
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA MOHD ZULFAHDLI BIN KAMARUDIN
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA PN. JAMILAH BT MOHAMAD
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA PN. NOR FATIMAH BT ABDUL RAHMAN
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA PN. FARAH DILLA BT SHAH RIDWAN JEFFERY GOH
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA PN. WAN NUR KHAIRINA BT WAN ISMAIL
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA PN. FAKHIRAH BT AB AZIZ
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN AJK GURU
NAMA CIK NORAFIZA BT YUSOF
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN PEMERIKSA KIRA-KIRA (GURU)
NAMA PN. NORHAYATI BINTI SAMURI
NAMA FAIL GAMBAR

JAWATAN PEMERIKSA KIRA-KIRA (IBU BAPA)
NAMA PN. NOR SUHANA BINTI MUHAMAD NOR
NAMA FAIL GAMBAR

8) KEJAYAAN SEKOLAH
* SILA TAMBAH JADUAL JIKA TIDAK MENCUKUPI

NAMA FAIL GAMBAR
MAKLUMAT KEJAYAAN SEKOLAH TAHUN 2015, 2016 DAN 2017

NAMA FAIL GAMBAR
MAKLUMAT KEJAYAAN SEKOLAH TAHUN 2018

NAMA FAIL GAMBAR
MAKLUMAT DAN GAMBAR KEJAYAAN SEKOLAH TAHUN 2019





NAMA FAIL GAMBAR KEJAYAAN SEKOLAH

MAKLUMAT DAN GAMBAR KEJAYAAN SEKOLAH TAHUN 2020



9) KEBITARAAN SEKOLAH
* SILA TAMBAH JADUAL JIKA TIDAK MENCUKUPI

NAMA FAIL GAMBAR KEBITARAAN SKK

MAKLUMAT KEBITARAAN SEKOLAH (PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO 2015 -

2020)

1. 11 Mac 2015 Pertandingan Koakademik Nyanyian Solo Peringkat
Kawasan Tanjung - Pencapaian: Naib Johan

2. 29 Mac 2017 Pertandingan Koakademik Nyanyian Solo Peringkat Kawasan
Tanjung - Pencapaian: Johan

3. 13 Mac 2018 - Pertandingan Koakademik Nyanyian Solo Peringkat Daerah
- Pencapaian: Johan dan Naib Johan

NAMA FAIL GAMBAR

Pencapaian Pertandingan
Nyanyian Tahun 2019

MAKLUMAT KEBITARAAN SEKOLAH

1. 28 Ogos 2019 - Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Bintang Kecil
Negeri Melaka - Pencapaian: Johan dan tempat Ketiga

2. 28 September 2019 - Pertandingan Bintang Kecil Zon Selatan
Peringkat Kebangsaan - Pencapaian: Naib Johan

3. 16 Oktober 2019 - Pertandingan Dondang Sayang Pesta Buku
Melaka (Perpustam) Peringkat Negeri - Pencapaian: Tempat ketiga

NAMA FAIL GAMBAR
Pencapaian Pertandingan
Nyanyian Tahun 2019

MAKLUMAT KEBITARAAN SEKOLAH
1. 9 Februari 2020 - Pertandingan Nyanyian Solo Suara Cilik Kipmall
Peringkat Negeri - Pencapaian : Johan
2. 9 Februari 2020 - Pertandingan Nyanyian Solo EA Idol Peringkat
Kebangsaan - Pencapaian: Ketiga
3. 22 September 2020 - Pertandingan Nyanyian Solo (Patriotik) Dalam Talian
Peringkat Negeri - Pencapaian: Johan
4. 13 November 2020 - Pertandingan Dondang Sayang Peringkat Negeri

NAMA FAIL GAMBAR
REKA CIPTA DAN STEM

MAKLUMAT KEBITARAAN SEKOLAH

1. 19-21 Mac 2019 - Pertandingan Inovasi iCompEx’19 Peringkat Kebangsaan
-Pencapaian:Pingat Perak

2. 9&10 Julai 2019 - Pertandingan Rekacipta & Inovasi STEM Sekolah
Rendah (Smart Mailbox with IoT) Peringkat Negeri - Pencapaian: Johan

3. 9&10/10/2019 - Pertandingan Stem UteMEx19 Peringkat Negeri
Pencapaian: Pingat Perak

4. 10 Julai /2020 - STEM Online Challenge JPN Melaka Digital Poster
Peringkat Negeri - Pencapaian: Ketiga

5. 17-20 November/2019 - Pertandingan Inovasi Reka Cipta Stem
Kebangsaan Peringkat Kebangsaan - Pencapaian: Ketiga (Pingat Perak)

6. 18-20 Disember 2019 - International STEM Olympiad ISTEMO 2019
Peringkat Antarabangsa - Pencapaian: Pingat Perak

10) TOKOH-TOKOH TERHASIL/ ALUMNI
* SILA TAMBAH JADUAL JIKA TIDAK MENCUKUPI

NAMA TN. HJ. SELAMAT BIN WIL
NAMA FAIL GAMBAR

TOKOH 1

MAKLUMAT

LATAR BELAKANG

● Lahir pada19 Disember 1948 di Kampung Ladang
● Bersekolah di Sekolah Melayu Kerubong bermula dari tahun 1954 hingga

1959 (Darjah 1 hingga 6). Guru Besar ketika itu ialah Encik Baba.
● Meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Melaka.
● Berkhidmat sebagai Ketua Kampung (Sidang) Kg.Krubong selama 18 tahun

dan merupakan ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka.
● Pernah bekerja di Majlis Perbandaran Melaka sebelum menjawat jawatan

Ketua Kampung.
● Pengalaman beliau semasa bersekolah di Sekolah Melayu Kerubong:
● Bangunan asal merupakan sebuah bangunan kayu 2 tingkat.
● Tingkat bawahnya batu manakala tingkat atasnya berdindingkan kayu.
● Semasa beliau bersekolah di sekolah ini, 1 kelas mempunyai lebih kurang

40 orang murid darjah 1 hingga darjah 6.
● Tiada kemudahan bekalan air dan elektrik. Sumber air diambil daripada

sebuah perigi. Tandas pula hanya tandas korek sahaja.
● Guru-guru yang mengajar pada masa itu ialah Cikgu Husin, Cikgu Dolah,

Cikgu Hamid dan Cikgu Sarip Alwi.
● Menulis menggunakan papan batu dan kalam. Kaedah belajar menyalin

dan menghafal.

● Wang saku hanya 5sen tetapi sangat besar nilainya ketika itu.
● Menyertai pengumuman kemerdekaan 1956 di Bandar Hilir, Melaka.
● Beliau telah menerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L) dan Pingat Bakti

Masyarakat (P.B.M) atas jasa bakti beliau kepada masyarakat. Beliau

masih lagi memberikan khidmat kepada masyarakat walaupun telah

bersara.

NAMA TN. HJ ABU BAKAR BIN HUSIN A.M.N
NAMA FAIL GAMBAR

TOKOH 2

MAKLUMAT

LATAR BELAKANG

● Lahir pada 20 April 1939 di Kg. Krubong
● Bersekolah di SK Kerubong semasa Darjah 3 dan 4 dalam tahun1948.
● Ketika itu, Blok A dan B masih bangunan kayu.
● Padang sekolah terletak di lokasi Makmal Komputer.
● Pendidikan rendah - Malay Special dan Tengkera English School
● Pendidikan menengah-Melaka Highschool bermula tahun 1951
● Latihan Ikhtisas-Day Training Centre pada tahun 1957

● Sejarah Perkhidmatan -Pernah mengajar SK Lereh,SK Parit Melana, SKJC

Cheng, SK Bertam
● Bersara selepas perkhidmatan 33 tahun.
● Pengalaman menyambut pengisytiharan kemerdekaan 1957 di Bandar Hilir

NAMA TN. HAJI ABDUL GHANI BIN ASMAT
NAMA FAIL GAMBAR

TOKOH 3

MAKLUMAT

LATAR BELAKANG

Nama beliau Abdul Ghani bin Asmat. Dilahirkan pada 03 April 1933 di Kampung
Lanjut Manis, Kerubong , Melaka. Kini usia beliau sudah menjangkau ke angka 87
tahun.

Beliau menjejakkan kaki ke alam persekolahan pada tahun 1940 di
Sekolah Melayu Kerubong. Beliau bersekolah dari darjah satu hingga ke darjah
tiga. Ketika berada di darjah tiga, telah berlaku perang dunia ke 2 di mana tentera
Jepun telah menyerang Tanah Melayu. Akibat daripada serangan tersebut, Jepun
berjaya menjajah Tanah Melayu. Sekolah Melayu Kerubong telah dijadikan
sekolah Jepun. Abdul Ghani bersekolah di bawah pentadbiran Jepun dengan
menggunakan bangunan yang sama. Ketika itu beliau dimasukkan ke darjah
empat. Beliau juga berpeluang belajar bahasa Jepun.

Apabila Jepun menyerah kalah, beliau menyambung semula persekolahan
melayu sehingga ke darjah lima. Kemudiannya, beliau berpindah ke sekolah
Melayu Durian Tunggal untuk menyambung persekolahan di darjah enam.
Hasratnya ingin menjadi guru menguatkan semangat untuk menyambung
pelajaran ke Sekolah Bukit Cina. Namun selepas alam pesekolahan, cita-cita
hendak menjadi guru tidak kesampaian. Akhirnya beliau memohon bekerja
sebagai polis dan berkhidmat selama 32 tahun.

Beliau memaklumkan bahawa guru besar yang berkhidmat semasa beliau
dalam darjah satu hingga darjah lima di Sekolah Melayu Kerubong ialah ialah
Cikgu Husin bin Muslim yang berasal dari Parit Melana.

NAMA TN. HJ ROSLAN BIN ABDUL GHANI
NAMA FAIL GAMBAR

TOKOH 4

MAKLUMAT

LATAR BELAKANG

Beliau bernama Roslan bin Abdul Ghani. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1958 di
Kampung Kerubong. Kini beliau berusia 62 tahun.

Beliau memulakan alam persekolahan pada tahun 1965 iaitu bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Kerubong dari darjah satu hingga darjah enam. Ketika itu
bilangan keseluruhan murid Sekolah Kebangsaan Kerubong hanya lebih kurang
150 orang sahaja. Antara guru besar yang berkhidmat sepanjang beliau
bersekolah di situ ialah Cikgu Hassan bin Komeng yang juga merupakan datuk
sebelah ibunya, Cikgu Yahya bin Baba dan Cikgu Ahmad bin Arshad.

Setelah tamat sekolah rendah, beliau mengikut kelas RIMUP iaitu kelas
peralihan selama setahun di Sekolah Menengah Tun Tuah. Kemudiannya, beliau
meneruskan persekolahan di tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah
Menengah Masjid Tanah (SMMT) yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah
Sultan Alauddin, Masjid Tanah.

Selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM, beliau bekerja sebagai
kerani kewangan di Bank Bumiputra Tampin selama setahun. Beliau memohon
kerja sebagai guru dan diterima menjalani kursus perguruan di Maktab Perguruan
Ipoh Baru (MPI-Baru), Manjoi , Perak pada tahun 1978. Mula bertugas sebagai
guru pada tahun 1980 di sekolah pertamanya iaitu SK Chemomoi, LKTP
Kemayan, Pahang. Beliau berkhidmat selama 38 tahun dalam bidang perguruan
dan telah bersara pada tahun 2018.

NAMA ALUMNI 1969
NAMA FAIL GAMBAR PERJUMPAAN SEMULA BEKAS-BEKAS PELAJAR SK.
KERUBONG 1969
MAKLUMAT


Click to View FlipBook Version