SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM
KM 7.2 BATU BERENDAM,
MELAKA
TAKLIMAT
GARIS PANDUAN
PENGURUSAN DAN
PENGOPERASIAN
SEKOLAH 3.0
BAGI MURID PRASEKOLAH
Oleh :
PN. NORASHIDAH BINTI NORDIN
Penyelaras Prasekolah SKBB
SEKOLAH KEBANGSAAN
BATU BERENDAM
GURU BESAR
PUAN MAHARIA BINTI BAHARUDDIN
PRASEKOLAH SK BATU BERENDAM
KELAS PRASEKOLAH SRI CEMERLANG
GURU KELAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID
ZULFA BINTI MOHD NOOR ZETTE YUSNIRA BINTI ARIFFIN
GURU AGAMA
NUR ADRIANA HUSNA BINTI AIDIL
KELAS PRASEKOLAH SRI GEMILANG
GURU KELAS
NORASHIDAH BINTI NORDIN
PPM GURU AGAMA
NOR ZALINA BINTI OTHMAN NUR ADRIANA HUSNA BINTI AIDIL
1. SEBELUM KE SEKOLAH :
❖Ibu bapa/penjaga dinasihatkan untuk memeriksa simptom COVID -19
anak.
❖JANGAN hantar anak jika mereka mempunyai simptom COVID-19
(demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sukar bernafas) ATAU suhu
badan melebihi 37.5 darjah celcius.
❖Bawa anak ke saringan kesihatan jika mereka memiliki simptom-
simptom di atas.
❖Ibu bapa DIWAJIBKAN memakaikan pelitup muka kepada anak dan
pelitup muka berganda adalah DIGALAKKAN kepada anak bagi
meminimumkan risiko jangkitan.
❖Memastikan anak TIDAK membawa beg sekolah dan bekalan
makanan/minuman kecuali yang memerlukan makanan khas dengan
kebenaran Pentadbir.
2. PERJALANAN KE SEKOLAH :
❖Awasi penjarakan fizikal, terutamanya kepada murid yang
menggunakan perkhidmatan van sekolah, kereta sewa dan
pengangkutan awam yang lain. Diwajibkan memakai pelitup muka
sekiranya bergejala dan berimuniti rendah.
❖Ibu bapa / penjaga digalakkan menghantar anak-anak ke sekolah.
3. KETIKA SAMPAI DI SEKOLAH :
⮚Murid hadir pada jam 7.20 pagi, kelas bermula 7.30 pagi dan murid akan
balik pada jam 11.30 pagi .
⮚Memastikan masa senggang diperuntukkan bagi pengambilan suhu
murid yang berjalan kaki / berbasikal ke sekolah
⮚Suhu badan murid / guru / PPM diambil sebaik sahaja tiba di sekolah.
⮚Jika suhu melebihi 37.5°C murid diletakkan dibilik isolasi.
⮚Ibubapa/penjaga perlu SEGERA mengambil anak masing-masing jika
perlu dihantar pulang.
⮚Murid perlu mencuci tangan atau menggunakan cecair sanitasi sebelum
masuk ke bilik darjah.
⮚Ibu bapa TIDAK DIBENARKAN memasuki kelas prasekolah
4. DI DALAM KELAS :
✔Murid perlu berada ditempat yang telah ditentukan dan tidak boleh
diubah. Tempat/alatan murid berlabel dan tidak berkongsi alatan .
✔Murid sentiasa diingatkan tentang mengamalkan penjarakan fizikal .
✔Murid TIDAK DIBENARKAN berkongsi makanan dan alatan makan dan
minum seperti sudu dan cawan.
✔Murid membersihkan meja masing-masing sebelum dan selepas
makan.
4. DI DALAM KELAS :
✔Murid mesti mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
✔Aktiviti PdP di luar bilik darjah boleh dilaksanakan dipersekitaran
sekolah dengan mengamalkan penjarakan fizikal,
✔Penggunaan kemudahan dan alatan permainan luar TIDAK dibenarkan.
✔Aktiviti berkumpulan atau aktiviti yang melibatkan sentuhan TIDAK
dilaksanakan.
✔Guru sentiasa memberi pesanan tentang amalan kebersihan dan aktiviti
pembelajaran di rumah.
Susunan Meja dan kerusi
di dalam kelas
5. KETIKA DI TANDAS:
▪ Lantai dan sinki tandas ditandakan 1 meter bagi tujuan penjarakan fizikal
▪ Sabun pencuci tangan dan cecair sanitasi disediakan oleh pihak sekolah
di dalam tandas.
6 TINDAKAN GURU/PPM SELEPAS MURID BALIK :
✔Membersihkan semua alatan serta perabot disanitasi
dengan betul.
✔Kawasan yang mempunyai risiko jangkitan seperti
tombol pintu , pengepam tandas, pili ,meja dan kerusi
turut disanitasi pada setiap kali sesi pengajaran dan
pembelajaran berakhir.
7. TAMAT WAKTU SEKOLAH ( 11.30 PAGI )
⮚Murid dibenarkan pulang secara berperingkat bagi
mengelakkan kesesakan. Patuhi tanda tunjuk arah yang
telah disediakan.
⮚Sentiasa amalkan penjarakan ketika berjalan keluar.
⮚Ibu bapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN menunggu anak di
hadapan kelas.
⮚Kawasan menunggu adalah di luar pagar sekolah.
⮚Guru/PPM akan membawa murid secara bergilir hingga ke
pintu pagar.
⮚Mohon penjaga hadir AWAL sebelum waktu balik untuk
mengelakkan murid menunggu penjaga di kawasan yang
sesak dan ramai murid lain.
8. SELEPAS WAKTU SEKOLAH:
❖Ibu bapa disarankan untuk terus membawa anak pulang ke
rumah selesai waktu persekolahan.
Terima Kasih