BAHAN-BAHAN
1.BENIH SERAI
2.TANAH CAMPURAN
3.PASU
4.AIR
Langkah 1: Dapatkan anak benih
Cara mudah, gunakan batang
serai yang dijual dipasar
mahupun pasaraya untuk
dijadikan sebagai anak benih.
Selain itu, anda juga boleh
menggunakan batang serai
matang yang diambil dari rumpun
serai yang ditanam.
Langkah 2: Rendam anak benih ke dalam
bekas
Langkah ini penting bagi anda yang
menggunakan anak benih yang dibeli di
kedai kerana kebiasaannya anak benih init
diak mempunyai akar. Jadi, anda ambil
batang serai tersebut dan rendamkan ia ke
dalam bekas yang mengandungi air.
Langkah ini adalah untuk merangsang
pertumbuhan akar. Dalam masa 3 hingga 4
hari, akar akan mula bertunas.
Langkah 3: Penyediaan medium tanah
Tanah yang anda boleh gunakan dan
sesuai untuk pertumbuhan pokok ini
ialah campuran tanah bakar dengan
top soil. Tanah jenis ini boleh didapati
dengan mudah di nurseri berhampiran
rumah anda.
Langkah 4: Kaedah Menanam
Anda perlu menanam tanaman ini secara
menyerong. Pastikan, hanya sebahagian
perut serai sahaja yang tenggelam ke dalam
medium tanah bersama dengan akar. Jika
anda menanam keseluruhan perut serai,
berkemungkinan besar serai anda akan mati.
Langkah 5: Menyiram
Di peringkat awal penanaman, anda perlu
menyiram sekurang-kurangnya dua kali
sehari. Hal ini kerana untuk menggalakkan
tahap kematangan dan kestabilan serai
kepada medium dan persekitarannya.
Selepas 7 hari, anda boleh mengurangkan
kadar siraman sekurang-kurang sehari
sekali apabila ia mula kelihatan stabil.
Langkah 6: Pembajaan
Untuk mendapatkan serai yang
sihat dan gemuk, berikan baja
organik seperti air belacan
sekurang-kurangnya dua minggu
sekali.
TERIMA KASIH <3