KE ARAH PENJAMINAN KUALITI
KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
SEKOLAH
Oleh
HJ AHMAD KAMAL BIN RAMTAN
KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI
JABATAN PENDIDIKAN MELAKA
Assalamualaikum WRM. WBRKTH.
Salam Sehati Sejiwa
Salam Negaraku Malaysia
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar Teknologi Hijau
Salam Melaka Maju Fasa Kedua
Salam Melaka 755 tahun
Salam, Mendidik Daripada Hati Dengan Penuh
Integriti
Terima kasih kepada tuan/puan Pengerusi majlis,
Yang Berusaha, Pengerusi MPSM dan AJKnya,
Semua Pegawai Unit Sekolah Menengah JPN dan
PPD Negeri Melaka
Alhamdulillah, Bersyukur kita ke
hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurniaNya dapat saya bersama
dengan tuan puan pengetua sekolah
menengah seluruh Negeri Melaka
tahun 2017 ini
Selawat dan Salam ke atas Junjungan
Besar Nabi SAW dan para sahabat
Baginda. Dan seterusnya para tabiin
hingga hari kiamat.
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan
Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara”
SLOGAN
“Berfikir Bagaimana, Bertindak Segera”
OBJEKTIF TAKLIMAT
Falsafah Dalam Pengurusan
Kualiti Pemimpin Sekolah Era PPPM
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
Amalan PDCA
Keberkesanan Kepimpinan
Keberkesanan Motivasi
Soal Selidik oleh UPM tentang Pengetua
Aduan-aduan dan contoh penyelesaian
Pendidikan Abad ke-21 – Langkah Persediaan
Beberapa cadangan penambahbaikan
Falsafah Dalam Pengurusan
1. Kelebihan si burung helang adalah
kerana kemampuannya terbang tinggi
dan mampu memerhatikan kelemahan
mangsa-mangsanya
Maknanya:
Hiraki pentadbiran kadang kala
membolehkan mereka yang di atas
melihat kelemahan mereka yang di
bawahnya. Pentadbir mampu melihat
yang di bawah dengan lebih mudah
dan cuba memperbaiki segala
kelemahan yang dikesan.
Falsafah Dalam Pengurusan
2. Si Cerdik Yang Malas adalah sama
kedudukannya dengan si Jahil yang
bodoh
Maknanya:
Kelebihan insan itu bukan diukur dari
segi kepandaiannya sahaja tetapi
diukur dari segi kerajinan dan
kesungguhannya untuk berubah
Falsafah Dalam Pengurusan
3. Kehebatan si ular yang menjalar
hanya berada di daratan sahaja
sedangkan kehebatan si helang
kerana mampu hidup di udara dan di
daratan
Maknanya:
Kita perlu mempunyai kelebihan
tambahan untuk terus mampu
menciptakan kehebatan berbanding
mereka yang biasa-biasa sahaja.
Falsafah Dalam Pengurusan
4. Dalam Islam, anak kecil yang baik
bacaan alQurannya lebih layak menjadi
imam berbanding si tua yang tidak baik
bacaannya
Maknanya:
Allah SWT lebih memandang keilmuan dan
amalan seseorang BUKAN memandang kepada
usia atau kedewasaan kita. Amat malang lagi,
apabila usia kita meningkat tetapi amalan kita
masih kurang. Taburlah kebaikan di mana-
mana sahaja anda berada. Bersedekahlah
dengan ilmu.
Falsafah Dalam Pengurusan
5. Menghancurkan sesuatu yang telah sedia
ada adalah lebih mudah dari membina
sesuatu yang baru
Maknanya:
Seorang pemimpin itu perlu menyerap
segala kebaikan yang sedia ada dan
menambahbaik mana yang kekurangan.
Beransur-ansurlah membuat perubahan
dan jangan mudah menggantikan terus
yang lama dengan yang baru kerana kayu
yang patah amat sukar disambung
semula.
Kualiti Pemimpin Sekolah Era PPPM
1. Salah satu ciri pemimpin yang baik ialah
pemimpin yang boleh melahirkan
beberapa pemimpin pelapis sepertinya.
Tidak guna sekiranya seseorang ketua
atau pemimpin itu hanya berupaya
membentuk dirinya sahaja tanpa
memikirkan siapakah yang akan
menggantikannya apabila dia telah tiada
lagi. Kesinambungan kepimpinan adalah
perlu.
Fahami konsep Kepimpinan Pelapis
Kualiti Pemimpin Sekolah Era PPPM
2. Sebagai pemimpin di peringkat atasan
dan merupakan ketua, adalah menjadi
tanggungjawab mereka untuk melatih
dan membimbing seramai mungkin
pemimpin pelapis yang akan terus
mewarisi kepimpinan pendidikan di
masa hadapan. Kesinambungan
kepimpinan amat diperlukan.
Fahami konsep Kepimpinan
Instruksional
Kualiti Pemimpin Sekolah Era PPPM
3. Anjakan ke-5, dalam transformasi
sistem, ada menyatakan, “ bagi
memastikan kepimpinan berprestasi
tinggi ditempatkan di setiap sekolah”.
Maka, kriteria pemilihan pengetua dan
guru besar akan dibuat berdasarkan
tahap kompetensi dan keupayaan diri
untuk menjadi pengurus sekolah yang
berkesan.
Selain itu, mereka adalah lulusan
NPQEL/NPQH.
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
1. PPPM yang sedang kita lalui adalah
pelan yang disediakan untuk pemimpin
sekarang bertanggungjawab
merealisasikan ke semua 5 aspirasi
sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan
serta 9 bidang keutamaan yang
diperhalusi termasuk kepimpinan
sekolah.
Fahami konsep Transformasi Pendidikan
di bawah PPPM (2013-2025), TS25
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
2. Kesemua aspirasi ini sekiranya diolah
dan diselaraskan mengikut
perkembangan terkini, ianya akan
dapat membantu murid
meningkatkan daya intelek,
kerohanian, emosi dan jasmani
mereka
Fahami konsep Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
3. Di peringkat aspirasi pengetahuan, setiap murid
perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi
serta menguasai subjek teras, Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Murid
juga perlu didedahkan dengan sejarah dan
kemahiran asas dalam bidang-bidang lain seperti
pendidikan Islam/Moral,
PERANAN PGB:
Menggunakan pelbagai kecerdasan, agar dapat
membantu murid untuk meningkatkan kreativiti
dan menghasilkan inovasi serta teknologi yang
baru. Laksanakan PDPc yang berkesan.
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
4. Kemahiran berfikir yang diterapkan
dalam PDPc akan membantu murid
menjadi lebih kreatif dan inovatif
serta berupaya menyelesaikan
masalah dan boleh berfikir di luar
kotak
PERANAN PGB:
Fahami dan sediakan pelan aktiviti
kokurikulum dan program yang boleh
menggalakkan murid mengalami
situasi kemahiran berfikir
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
5. Kemahiran memimpin membolehkan
murid sedia ada mempunyai potensi
untuk bersaing di peringkat glokal dan
seterusnya menjadi pemimpin yang
mempunyai daya tahan yang tinggi,
kecerdasan emosi dan juga kemahiran
berkomunikasi.
PERANAN PGB:
Sediakan ruang dan program yang dapat
memberi pengalaman dan latihan
kepada murid untuk mengasah bakat
memimpin
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
6. Kemahiran berbahasa terutamanya
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan
juga bahasa lain yang membolehkan
generasi akan datang dapat
berkomunikasi di peringkat
antarabangsa seterusnya mendapatkan
kerja di pasaran dunia.
PERANAN PGB:
Sediakan ruang dan program
kokurikulum yang menggalakkan mereka
berbahasa. Adakan pertandingan
peringkat kelas dan sekolah.
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
7. Penerapan nilai-nilai murni dan kerohanian
hendaklah dipertingkatkan agar generasi akan
datang berupaya untuk “survival” dalam dunia yang
penuh halangan dan cabaran. Elemen percaya
kepada Tuhan dan sentiasa mematuhi segala
hukum dan larangan untuk menjadikan generasi
akan datang kuat dari segi mental, fizikal dan
spiritual perlu disebatikan di jiwa anak pelajar kita.
PERANAN PGB:
Untuk pelajar Islam, dekatkan mereka dengan
program-program keIslaman agar mereka dapat
bersedia menjadi Insan Muslim yang cemerlang.
Konsep Amal Maaruf Nahi Mungkar hendaklah
diajarkan.
Konsep kasih sayang dan hubungan kekeluargaan
perlu juga disebarluaskan.
Peranan Pemimpin Sekolah Era PPPM
5 Teras Utama Untuk dikongsi bersama:
1. Crystallized Thinking – Mempunyai matlamat
dan wawasan yang jelas melalui pemikiran
yang jitu
2. Plan & Balance – Mempunyai perancangan dan
keseimbangan
3. Passion & Desire – Kesungguhan dan keinginan
untuk berjaya
4. Confidence & Trust – Keyakinan dan
kepercayaan
5. Commitment & Responsibility – Komitmen dan
tanggungjawab
AMALAN PDCA (semakan kualiti)
Mula digunakan untuk mengukur kualiti
penyampaian di peringkat PPD (PKPPD: MSISO
9001:2015) dan sekolah mulai 2018
Umumnya, pemimpin sekolah yang mempunyai misi
dan visi yang jelas akan berupaya untuk
menggerakkan organisasi sekolah secara
menyeluruh melalui sentuhan-sentuhan yang
berkualiti dan mendapat sokongan dari semua guru
dan murid.
Target ataupun hala tuju yang perlu dicapai mestilah
dibuat secara kolektif dan menyeluruh agar semua
warga sekolah dapat menetapkan minat dan
matlamat ke arah visi yang satu.
Setiap ahli di dalam organisasi sekolah perlu tahu
apa yang perlu lakukan untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan itu.
Fahami keseluruhan pendekatan SKPMg2.
Apakah maksud pendekatan PDCA?
Bagaimanakah kita boleh mencapai kejayaan?
Sudah tentu melalui perancangan aktiviti yang
mantap dan tepat? (P) – Plan (Rancang)
Adakah perubahan-perubahan yang dilakukan oleh
pemimpin berjaya memberi kesan secara
menyeluruh kepada semua guru dan murid di
sekolah? (D) – Do (Laksana)
Adakah kita telah berpuas hati dengan kejayaan
yang telah kita capai walaupun hanya peningkatan
yang sedikit sahaja? (C) – Check (Semak)
Sudahkah kita menilai kembali segala program yang
dilaksanakan dan membuat penambahbaikan
kepada program yang gagal? (A) – Action (Penilaian)
Laksanakanlah amalan PDCA untuk setiap tindakan
kita.
KEBERKESANAN KEPIMPINAN
Umumnya…
Masyarakat masih menaruh harapan yang tinggi
kepada institusi sekolah, dalam usaha
melahirkan para pelajar yang cemerlang,
berkemahiran dan sahsiah terpuji, sebagaimana
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara,
dan membantu mereka menyediakan anak-anak
mereka ke pasaran kerja. Walau bagaimanapun,
ada suara-suara sumbang yang menuduh ianya
masih gagal lagi.
Namun pada sudut tertentu, ADA BENARNYA
KENYATAAN ITU, yang mana masih berlaku
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian,
khususnya dalam menangani masalah ini iaitu
kelemahan perhubungan interpersonal antara
pentadbir, guru dan murid.
Sabda Rasullullah SAW,
“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja
kamu berada. Iringilah perbuatan jahat
dengan perbuatan baik, mudah-mudahan
yang baik itu akan memadam yang jahat.
Dan pergaulilah orang ramai dengan budi
pekerti yang baik”
Riwayat at-Tarmizi
KEBERKESANAN KEPIMPINAN
Peranan pemimpin mestilah ke hadapan dalam
menerajui perubahan dengan mengamalkan
7M:
1. Menilai situasi luaran dan dalaman
organisasi dengan mengenal pasti masalah
yang sebenar
2. Misi yang kukuh bagi menggerakkan seluruh
mekanisme perjuangan organisasi
3. Melatih pemimpin dan pengikut supaya
lebih cekap , tersusun dan berketrampilan
KEBERKESANAN KEPIMPINAN
4. Memperkasa atau melakukan pengupayaan
kuasa supaya memudahkan kerja
5. Membina pasukan yang berkualiti untuk
melaksanakan misi bersama
6. Mempromosi aktiviti organisasi yang dapat
memikat hati para pelanggan
7. Mendengar dan prihatin terhadap apa juga
masalah pengikut dan pelanggan
KEBERKESANAN MOTIVASI
KEBERKESANAN MOTIVASI
Apakah yang mendorong seseorang pekerja itu
ghairah dalam pekerjaannya? Terdapat beberapa
faktor yang turut menyumbang ke arah kepuasan
bekerja.
1. Rasa dihargai dan mendapat pengiktirafan
organisasi
2. Rasa diberi pilihan untuk mencapai kecemerlangan
diri
3. Rasa kompeten dalam diri dan mempunyai nilai
kualiti untuk menjadi pekerja cemerlang
4. Rasa maju ke hadapan dalam organisasi dalam
menyempurnakan tugasan
KEBERKESANAN MOTIVASI
5. Menerima penghargaan yang berpatutan kerana
dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya
6. Kesediaan untuk turut serta dalam pasukan kerja
dan semua prancangan aktiviti
7. Tertib dalam perlakuan dan beradab
8. Melaksanakan arahan dan bersemangat untuk
membantu subordinat mengikut bidang tugas
9. Sanggup bersama dalam suka dan duka untuk
menghadapi sebarang cabaran
10. Bersemangat membuat kerja-kerja rutin bersama-
sama melaksanakan kerja-kerja pengurusan
Sedutan Daripada Soal selidik oleh UPM tentang Pengetua
Pengetua saya membuat penilaian SKT dengan
munasabah berdasarkan sumbangan guru
Saya boleh bercakap dengan pengetua saya secara
bebas dan terbuka
Pengetua saya sentiasa datang ke sekolah
sebelum waktu pelajaran pertama dimulakan
Pengetua saya tidak memberikan komen yang
negatif terhadap saya di khalayak ramai
Pengetua saya berani mengakui kesilapan /
kesalahan diri
Walaupun pengetua saya sibuk dalam tugas
hariannya, beliau masih masuk kelas untuk
mengajar
Sedutan Daripada Soal selidik oleh UPM tentang Pengetua
Pengetua saya menghargai sumbangan semua
warga sekolah.
Pengetua saya berani mempertahankan guru
sekiranya guru berkenaan didapati tidak bersalah
Pengetua saya bergaul dengan semua orang tanpa
mengira latar belakang mereka
Pengetua saya mengambil berat terhadap
kebajikan semua warga sekolah
Pengetua saya sentiasa memberi pengiktirafan
kepada warga sekolah yang menghasilkan kerja
dengan cemerlang
Pengetua saya merupakan model yang baik untuk
semua warga sekolah
KOLEKSI ADUAN-ADUAN (untuk renungan
bersama) – Gejala yang masih
berleluasa
1. Mengemukakan bantahan, rasa tidak
puashati dan pandangan marah dan benci
terhadap Pengetua – masih ada
2. Pengetua memarahi pelajar di
perhimpunan dengan mengeluarkan kata-
kata yang kesat – semakin berkurangan
3. Ibu bapa mengadu bahawa mereka
dimarahi oleh Pengetua kerana perangai
ibu bapa lain yang tidak mengikut
peraturan (melampiaskan marah secara
umum) – semakin berkurangan
KOLEKSI ADUAN-ADUAN (untuk
renungan bersama)
4. Pengetua berselisih faham dengan GPK1
menyebabkan pengurusan sekolah jadi tidak
menentu dan bermasalah – sudah berkurangan
5. Aduan kebajikan guru-guru tidak dijaga oleh
Pengetua kerana mempunyai pendirian yang
pelik (pandangan peribadi yang tidak seperti
Pengetua lain) – sudah berkurangan
6. Pentadbir membuat keputusan tanpa merujuk
kepada SPI atau peraturan yang sedia ada. –
Masih ada
CADANGAN PENYELESAIAN
(sekadar pilihan)
1. Jika bantahan datang dari guru-guru dan pekerja, Pengetua
perlu mengenalpasti apa isu yang berbangkit dan bersemuka.
Tolak pandangan umum dan pengadu domba yang hanya
berani bersuara di belakang. Namun, jangan letakkan dendam
dalam mengatasi masalah ini. Bimbing dan pulihkan mereka.
Diharapkan isu-isu berbangkit dapat di selesaikan. Kita tidak
mampu membuang semua orang untuk suara yang datang
dari seorang.
2. Hentikan. Sebagai Pengetua kita adalah contoh tauladan
kepada guru-guru dan murid-murid. Tanamkan lebih rasa
kasih sayang. Ingatlah, apa yang kita beri hari ini, menentukan
apa yang kita akan dapat di hari kemudiannya.
CADANGAN PENYELESAIAN
(sekadar pilihan)
3. Pengetua tidak boleh bertindak secara umum atau
sembrono. Setiap orang ada masalah mereka
masing-masing. Cari lebih ramai kawan
berbanding mendapat ramai musuh kerana
tingkahlaku kita. Gunakan kebijaksanaan Pengetua
dalam memberikan nasihat kepada sasaran yang
betul. Penting nama institusi yang tuan/puan
menjadi ketua di situ dan jangan sekali-kali
mengutamakan pandangan peribadi.
Cadangan Penyelesaian (sekadar pilihan)
4. Sebagai pemimpin, Pengetua adalah dominan.
Semua kata pemutus di tangan Pengetua. Oleh itu,
jika benar GPK1 bermasalah dalam melaksanakan
setiap arahan, tegur beliau secara tertutup dan buat
pemantauan untuk menentusahkan tuduhan dan buat
catatan. Walau bagaimanapun selaku pemimpin kita
juga perlu selalu muhasabah diri, adakah setiap
arahan kita tepat dan memudahkan orang bawahan
kita. Hormatilah orang bawahan kita sebagai manusia
yang berpelajaran.
Cadangan Penyelesaian (sekadar pilihan)
5. Selaku pemimpin perlu ada perasaan “timbang rasa”
terhadap orang lain khususnya rakan-rakan
seperjuangan kita yang sering bertungkus lumus
menjaga nama sekolah dan sekali gus menjaga nama
baik diri anda. Masakan selepas semua pengorbanan
mereka itu kita balas dengan sikap sambil lewa atau
tidak prihatin terhadap kemahuan mereka. Fikir-
fikirkanlah. Adakan majlis yang dapat meraikan
keberadaan mereka.
Cadangan Penyelesaian (sekadar pilihan)
6. Selaku pemimpin sekolah setiap tindak tanduk kita
tidak boleh terlepas dari peraturan sedia ada atau
arahan pihak atasan. Kaji dahulu semua pekeliling
yang berkaitan atau mohon pandangan pihak yang
berkenaan, dan selepas itu buatlah keputusan yang
terbaik untuk guru dan murid-murid sekolah anda.
7. Setiap tindakan Pentadbir sekolah tidak boleh
terpisah dari peraturan-peraturan perkhidmatan sedia
ada dan Surat Pekeliling Iktisas (SPI) yang sedang
berkuatkuasa. Jika ada perubahan ke atas SPI tersebut
pastikan pihak sekolah mengetahui dan menyimpan
SPI terkini. Sila rujukan sistem e-pengurusan (sedang
dalam pembangunan di JPM).
PENDIDIKAN ABAD KE-21
- SATU TINJAUAN
BEBERAPA CIRI PENDIDIKAN ABAD KE-21
(PdPc Abad 21) ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
1. “CLASSROOM SET UP” DIPELBAGAIKAN
2. PERWATAKAN GURU (PENUH ILMU & PELBAGAI)
3. MENGAMALKAN PdPc ABAD KE-21 (STUDENT
CENTERED) dalam pelbagai pilihan
4. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN (TERKINI – PBS/PT3)
5. ICT (KONSEP PEMBELAJARAN MAYA – VLE FROG)
6. BENTUK PEMBELAJARAN MURID (PELBAGAI &
DINAMIK)
7. SEKOLAH PENYAYANG (DIPERKUKUHKAN)
“KEHADIRAN MURID DIRAI,
“KEBERADAAN MURID DIHARGAI,
“KEWUJUDAN MURID DIRASAI”
42
Pendidikan Abad ke-21
Kolaboratif Pemikiran Kritis
(collaboration) (critical thinking)
Komunikasi Pemikiran Kreatif
(communication) (creative thinking)
KESEDIAAN UNTUK
PENDIDIKAN LANJUT DAN
ALAM PEKERJAAN
Membentuk Mengajar dan membentuk Pendidikan Abad ke-21
kemahiran kemahiran berfikir (KBAT)
menyelesaikan Menggalakkan kolaborasi
masalah (masalah (teknologi,komunikasi,
sebenar, kemahiran sepasukan)
kontektual)
Mengajar menggunakan PEDAGOGI Teknologi sebagai
pendekatan “Projek ABAD pengupaya- alat
based learning” kolaborasi, alat digital
KE-21
Membentuk kemahiran Penilaian Murid – jelas,
maklumat, media dan telus, kendiri, rakan,
teknologi tugasan yang bermakna,
maklum balas
Menggalakkan refleksi
kendiri dan refleksi
rakan
Murid
Cemerlang
OUTCOME
UTAMA
Keboleh- Warganegara
pasaran & Baik
Tenaga Kerja
Peningkatan prestasi akademik murid
Guru Bermotivasi dalam melaksanakan tugas
dengan cemerlang
Murid bermotivasi untuk belajar
Guru mengajar mengikut kepakaran
Penjimatan kos pengurusan
Pengurusan panitia berkesan
Sekolah menuju ke arah kecemerlangan prestasi
HASIL YANG DIHARAPKAN DARI KEJAYAAN
PPPM (2013-2025)
Apakah Impak Transformasi ini kepada
Pemimpin Sekolah?
48
HASIL YANG DIHARAPKAN DARI KEJAYAAN
PPPM (2013-2025)
Apakah Impak Transformasi ini kepada
Pemimpin Sekolah?
49
HASIL YANG DIHARAPKAN DARI KEJAYAAN
PPPM (2013-2025)
Apakah Impak Transformasi ini kepada
Pemimpin Sekolah?
50