The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myazara1807, 2022-09-22 11:39:02

Tadabbur Therapy Juz Amma: Surah 'Abasa

Terapi #3: Bersungguh Mencari Guru

TADABBUR
THERAPY

JUZ AMMA

Ustaz Syaari Ab Rahman

Hari ke-3: Surah 'Abasa
Tema: Bersungguh Mencari Guru

Nota catitan Harnisah Tajudin Sumber: Empower Quran GLobal @ OMELZARA

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Sinopsis Surah

Nama surah: 'Abasa (Dia bermasam muka)

Nombor surah: 80 & jumlah ayat: 42

Surah Makkiyyah

Tema: Celaan di jalan Allah dan status

Objektif surah:

Jangan terlalu berkemahuan untuk

seseorang dalam kalangan mereka

menerima hidayah.

Tugasmu hanya menyampaikan kepada

semua manusia tanpa mengira kedudukan

samaada celik atau buta.

Sumber:
KOMPAS 114 & SINOPSIS 114 SURAH

@ OMELZARA

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Ayat Tema Tadabbur Terapi #3

A'basa 80:7 - 9

‫َو َم ا َعَلْيَك
َأاَّل َيَّز َّك ٰى‬

7. Padahal tidak ada salah ke atasmu kalau ia tidak

mahu menyucikan diri (beriman).

‫َيْس َع ٰى‬
‫ن‬ ‫َم‬ ‫ا‬ ‫َأَّم‬ ‫َو‬

‫َج ٓاَءَك‬

8. Adapun orang yang segera datang kepadamu dengan

segera (untuk mendapatkan pengajaran)

AYAT ‫ٰى‬ ‫َش‬ ‫ْخ‬
‫ُهَو‬ ‫َو‬
FOKUS
‫َي‬

9. Dengan perasaan takut (kepada Allah),"

@ OMELZARA

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Kosakata Quran

‫خشي‬

Makna asas: takut
Pengulangan dalam Quran: 48 kali

Kata terbitan Contoh Surah & ayat
‫َخ‬
‫ِْش
ش َيَية‬ ‫َخ‬ QS 2:150, 4:25, 5:3
QS 2:74, 4:77, 17:31

@ OMELZARA

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Indikator pencetus untuk kita mula mencari

tekanan kebuntuan Bertanya dengan
ikhlas kepada

guru yang mahir
tentang ilmu
Quran

"Apa agaknya yang patut
saya buat bagi menghadapi
musibah yang terjadi dalam

hidup saya?"

sempit dada sesak jiwa "Macam mana saya nak
bahagia menurut kalam

Tuhan (al-Quran)

@ OMELZARA

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Meneladani kisah Abdullah Ibn Ummi Maktum
mencari guru (Nabi Muhammad SAW)

Ayat 1: ‘Dia’ yang dimaksudkan dalam ayat ini
adalah Nabi ‫ﷺ‬. Dan lafaz ‘abasa’ boleh

bermaksud berkerut muka, bermasam muka. Dan

kemudian baginda berpaling. Kejadian ini merujuk

kepada perbuatan Nabi ‫ ﷺ‬terhadap Abdullah ibn

Ummi Maktum yang datang kepada baginda.

Baginda waktu itu sedang berdiskusi dan

berdakwah kepada pemuka/ketua Quraisy.

Jarang baginda dapat berbuat begini kerana

selalunya mereka menentang dan mengejek

baginda. Jadi bila dapat peluang bercakap dengan

mereka, baginda hendak ambil peluang itu dan

memberi tumpuan. @ OMELZARA

SUMBER : HTTPS://CELIKTAFSIR.NET

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Meneladani kisah Abdullah Ibn Ummi Maktum
mencari guru (Nabi Muhammad SAW)

Dalam riwayat ada disebut yang baginda waktu

itu sedang berdakwah kepada Utbah bin Rabiah,

Abu Jahal dan lain-lain. Waktu itu baginda

nampak macam mereka memang sedang mendengar

apa yang baginda cakap.

Ayat 2: Jadi apabila seorang Muslim yang buta

datang, baginda bermasam muka dan tidak

mengendahkannya. Baginda merasakan yang

orang buta itu mengganggu baginda sedang

berdakwah. Tambahan pula dia sudah seorang

Muslim. Jadi penekanan baginda waktu itu adalah

kepada mereka yang baginda hendak masukkan

dalam Islam. @ OMELZARA

SUMBER : HTTPS://CELIKTAFSIR.NET

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Meneladani kisah Abdullah Ibn Ummi Maktum
mencari guru (Nabi Muhammad SAW)

Tambahan pula mereka adalah pemuka Quraisy. @ OMELZARA
Kalau mereka masuk Islam, maka akan banyaklah
nanti yang akan mengikuti mereka. Oleh itu kalau
kita lihat dari segi logik, tidak salah apa yang
baginda lakukan. Ada strategi yang bermain
dalam kepala baginda dan itu adalah untuk
kebaikan Islam juga.
Tambahan pula, Abdullah ibn Ummi Maktum itu
seorang yang buta, jadi tidak nampak pun Nabi
‫ ﷺ‬bermasam muka dan berpaling. Bukanlah Nabi
‫ ﷺ‬berkata apa-apa. Tentu sekali dia tak
perasan pun apa yang Nabi ‫ ﷺ‬lakukan, jadi dia
tidaklah terasa dalam hatinya, bukan?

SUMBER : HTTPS://CELIKTAFSIR.NET

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Meneladani kisah Abdullah Ibn Ummi Maktum
mencari guru (Nabi Muhammad SAW)

Akan tetapi Allah ‫ ﷻ‬tetap tegur Nabi ‫ ﷺ‬kerana
kayu ukur yang diletakkan kepada seorang Nabi
‫ ﷺ‬itu amat tinggi, tidak sama macam orang lain.
Kerana itu kalau ada benda kecil pun Allah ‫ﷻ‬
akan tegur perbuatan Nabi ‫ﷺ‬. Sedangkan
perkara itu kalau kita yang buat, tidak salah pun.
Dan ia memang tidak salah, tetapi kepada Nabi
‫ﷺ‬, walaupun tidak salah, Allah ‫ ﷻ‬sudah tegur.
Ini adalah kerana kayu ukur kita tidak sama;
sebagai contoh, solat malam adalah sunat untuk
kita, tetapi wajib untuk baginda.




@ OMELZARA

SUMBER : HTTPS://CELIKTAFSIR.NET

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Meneladani kisah Abdullah Ibn Ummi Maktum
mencari guru (Nabi Muhammad SAW)

Abdullah ibn Ummi Maktum seorang yang buta,
jadi dia tidak nampak wajah dan tindakan Nabi
‫ ﷺ‬waktu itu. Apabila dia menyapa baginda dan
baginda tidak layan, dia tidak nampak yang
baginda tidak mahu melayannya waktu itu. Jadi
dia menegur lagi Nabi ‫ ﷺ‬berulang kali untuk
baginda mengajarkannya ilmu Islam. Sebab dia
sangka Nabi ‫ ﷺ‬tidak dengar dan dia cakap lagi
kuat.

@ OMELZARA

SUMBER : HTTPS://CELIKTAFSIR.NET

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Meneladani kisah Abdullah Ibn Ummi Maktum
mencari guru (Nabi Muhammad SAW)

Ayat 8: hendak menjelaskan bagaimana Abdullah

Ummi Maktum itu datang dengan bersungguh-

sungguh. Dia datang dengan bersemangat sebab dia

memang hendak mendapat ilmu dan berbeza dengan

pemuka Quraisy yang rasa diri mereka cukup dan

tidak memerlukan apa-apa.

Ayat 9: Abdullah ibn Ummi Maktum takut dengan

Allah ‫ﷻ‬. Dan takut kepada Allah ‫ ﷻ‬adalah penting.

Kerana apabila takut kepada Allah ‫ﷻ‬, maka kita

takut untuk buat dosa. Apabila diberitahu yang

beliau takut, maknanya dalam masa yang sama, ada

yang tidak takut iaitu Musyrikin Mekah. Musyrikin

Mekah tidak kisah dengan Allah ‫ﷻ‬. @ OMELZARA

SUMBER : HTTPS://CELIKTAFSIR.NET

HARI KE-3 SURAH 'ABASA I BERSUNGGUH MENCARI GURU

Bertanya kepada asatizah yang mahir ilmu

Quran; agar dapat membantu mendidik jiwa.

Jangan bertanya kepada orang yang jahil; agar

mengelakkan keadaan menjadi buruk.

Usaha bersungguh-sungguh mencari guru; agar

kita rasa bersemangat hendak mendapat ilmu.

Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya;

agar kita tidak lagi rasa terpinggir atau tidak

diendahkan oleh orang lain

Berusaha dengan sabar & taqwa serta

menyerahkan urusan kepada Allah; agar Allah

kurniakan bantuan sehingga KITA BERJAYA. OMELZA

@ RA


Click to View FlipBook Version