The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Inilah Doaku (Buku Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by manuardin, 2020-07-20 00:21:41

INILAH DOAKU

Inilah Doaku (Buku Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri)

Kandungan 1
3
Kata Penghantar 5
Mukadimah 9
Takrif dan Kepentingan Doa 11
Doa-1 : Ditetapkan Islam 12
Doa-2 : Penghulu Bagi Doa Mohon Keampunan 13
Doa-3 : Mohon Keampunan 15
Doa-4 : Doa Pengiktirafan 16
Doa-5 : Kelapangan Hati dan Jiwa 17
Doa-6 : Petunjuk, Ketaqwaan, Iffah dan Kekayaan 19
Doa-7 : Ditunjukkan Kebenaran 20
Doa-8 : Ilmu, Rezeki dan Amalan 21
Doa-9 : Pertolongan untuk Zikir 23
Doa-10 : ‘Afiyat dan Pemeliharaan 24
Doa-11 : Agar Diperbaiki Diri
Doa-12 : Minta Kemudahan

Doa-13 : Dicukupkan yang Halal 25
Doa-14 : Ditetapkan Hati 26
Doa-15 : Minta Kebaikan dan Menolak Kejahatan 27
Doa-16 : Ditambahkan Kebaikan 29
Doa-17 : Diilhamkan Kecerdasan 30
Doa-18 : Penghujung Umur yang Baik 31
Doa-19 : Elok Dalam Kesudahan Urusan 32
Doa-20 : Mohon Keselamatan 33
Doa-21 : Diselamatkan dari Azab 34
Doa-22 : Berlindung Dari Kejahatan 35
Doa-23 : Berlindung Dari Empat Perkara 36
Doa-24 : Berlindung Dari Penyakit Kronik 37
Doa-25 : Diselamatkan Dari Kemungkaran 38
Doa-26 : Menolak Bala 39
Doa-27 : Agar Tidak Dihilangkan Nikmat 40
Doa-28 : Berlindung Dari Dukacita 41
Doa-29 : Kesabaran dan Keteguhan 42
Doa-30 : Mohon Bersyukur 43
Doa-31 : Mohon Hidayah 44
Doa-32 : Mohon Rahmah 45
Doa-33 : Mohon Keampunan 46
Doa-34 : Pemimpin dan Kepimpinan yang Baik 47
Doa-35 : Kebaikan Dunia dan Akhirat 53
Nota Hujung 54

Kata Pengantar

S aya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada YB
Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atas
komitmen dan dedikasi dalam membudayakan ilmu dalam
masyarakat Malaysia. Sesungguhnya ini adalah satu usaha
yang murni dalam memperkaya khazanah perbukuan di
Malaysia.

Doa adalah pengharapan seseorang untuk mendapatkan
kebaikan daripada Allah SWT dengan memohon secara langsung
kepada-Nya. Setiap individu mempunyai keperluan dan keinginan
masing-masing sama ada secara positif atau negatif, kerana
mereka terpaksa menghadapi pelbagai rencam kehidupan berupa
cabaran, halangan dan dugaan. Justeru umat Islam diajar supaya
berdoa kepada Allah SWT bagi memohon limpah perkenan dan
rahmat-Nya supaya hajat terkabul.

11

Buku “Inilah Doaku” ini pada hemat saya, keluar tepat pada
masanya bagi memberikan solusi dan alternatif kepada umat Islam
di Malaysia berhubung segala kecamuk masalah yang melanda.
Ia menyedarkan kita betapa pentingnya kebergantungan kepada
Allah SWT dalam menghadapi apa jua kemelut dalam hidup.

Saya berharap semoga YB Dato’ Seri akan terus menghasilkan
karya-karya berkualiti demi ummah. Malaysia masih dan sentiasa
memerlukan buah fikiran beliau untuk mengarusperdanakan
kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat. Saya percaya, itulah
harapan kita semua kepada beliau.
Sekian, terima kasih.

PENERBIT

2

Mukadimah

A lhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan
pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung
buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi
SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya
hingga hari kesudahan.

Pada hari ini, 1 Februari 2020, saya terfikir akan betapa
pentingnya untuk kita memulakan kehidupan pada setiap
pagi dengan berdoa. Sementelahan lagi, dalam dua minggu
belakangan ini, telah merebaknya wabak coronavirus sehingga
mengorbankan begitu ramai manusia. Dari situ, terdetik dalam
hati saya, alangkah baiknya jika kita mempunyai doa khusus yang
diamalkan untuk kehidupan kita.

Namun, kami tidak menafikan, sudah terlalu banyak kitab yang
memuatkan pelbagai doa. Antara yang masyhur adalah kitab al-

3

Azkar oleh Imam al-Nawawi, al-Ma’thurat oleh al-Marhum Hasan
al-Banna, kitab al-Du’a oleh al-Syeikh Abdullah Sirajuddin dan
banyak lagi.

Dalam buku kecil ini, kami kemukakan sejumlah doa yang
sewajarnya dibaca dan diamalkan. Kami berazam dan bercita- cita
untuk beriltizam membacanya pada waktu pagi meskipun jumlah
doa yang dikemukakan tidaklah sebanyak mana.

Cukuplah untuk kita mengambil masa dalam 10 hingga ke
15 minit untuk berdoa dengan doa-doa ini. Ia mungkin boleh
dilakukan selepas solat Subuh atau sebelum pergi ke tempat kerja
pada setiap pagi.

Ini sebagai menzahirkan diri kita sebagai seorang Muslim
yang bergantung kepada Allah SWT. Begitu juga kerana berdoa
merupakan sebahagian daripada sifat tawakkal kepada-Nya.
Sementelahan lagi, amalan berdoa merupakan amalan para nabi,
rasul, para sahabat, salafus soleh dan manusia yang kenal kepada
Tuhannya.

Semoga buku yang kecil ini memberi manfaat kepada kita
semua untuk beramal dalam berdoa kepada Allah di samping
meraikan segala apa yang menjadi adab-adab dalam berdoa.

4

Takrif dan
Kepentingan Doa

Doa menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba
kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan
juga bantuan daripada-Nya. (Lihat Sya’n al-Du’a, 1/4).

Allah SWT berfirman:

‫َو َقا َل َر ُّب ُك ُم ا ْد ُعو ِن َأ ْس َت ِج ْب َل ُك ْم‬

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu
kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Surah Ghafir (60)

55

Kemudian Allah SWT berfirman dalam ayat yang
sama:

‫إِ َّن ا َّل ِذي َن َي ْس َت ْك ِ ُبو َن َع ْن ِع َبا َد ِت َس َي ْد ُخ ُلو َن َج َه َّن َم‬
‫َدا ِخ ِري َن‬

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu
kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada
beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina.”

Surah Ghafir (60)

Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menjadi
dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa
kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan
pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf dalam
kalangan umat Islam sendiri. (Lihat Tafsir Ibn ‘Asyur, 183/24)

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar R.A,
Nabi SAW bersabda:

‫ َف َع َل ْي ُك ْم ِع َبا َد‬، ‫إِ َّن ال ُّد َعا َء َي ْن َف ُع ِ َّما َن َز َل َو ِ َّما َ ْل َي ْن ِز ْل‬
‫اللهِ بِال ُّد َعا ِء‬

Maksudnya: “Sesungguhnya doa itu bermanfaat terhadap
apa yang telah diturunkan dan apa yang belum diturunkan.
Hendaklah kamu berdoa wahai hamba Allah.”

Riwayat al-Tirmizi (3548)

6

Dalam menghadapi musibah, doa dan permohonan kepada
Allah SWT mampu menolong seseorang untuk menghadapinya. Ibn
Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi menyebut: “Doa merupakan ubat
yang paling bermanfaat. Ia merupakan musuh bagi musibah. Ia dapat
mengubati dan mengatasinya, mencegah turunnya musibah atau
mengangkatnya atau meringankannya. Ia merupakan senjata orang
beriman.

Doa dalam menghadapi musibah terbahagi kepada tiga tingkatan:

• Doa lebih kuat dari musibah, maka ia dapat
mengusirnya.

• Doa lebih lemah dari musibah, maka musibah dapat
mengalahkannya sehinggalah seseorang ditimpa
musibah. Akan tetapi boleh jadi doa dapat
meringankannya walaupun doanya lemah.

• Keduanya saling berlawanan antara satu sama lain,
saling mencegah terjadinya pada orang tersebut.
(Lihat al-Jawab al Kafi, hlm. 4)

Justeru, marilah sama-sama kita mengamalkan doa memohon
kepada Allah SWT dalam apa jua urusan dalam kehidupan kita.

77

8

‫بِ ْس ِم اللَّـ ِه ال َّر ْح َم ٰـ ِن ال َّر ِحي ِم‬

Doa 1

Ditetapkan Islam

، ‫َأ ْص َب ْح َنا َع َل ِف ْط َر ِة ا ْ ِل ْس َل ِم َو َع َل َك ِل َم ِة ا ْ ِل ْخ َل ِص‬
‫ َو َع َل‬، ‫َو َع َل ِدي ِن َنبِ ِّي َنا ُ َم َّم ٍد َص َّل ال َّل ُه َع َل ْي ِه َو َس َّل َم‬
‫ِم َّل ِة َأبِي َنا إِ ْب َرا ِهي َم َحنِي ًفا ُم ْس ِل ًم َو َما َكا َن ِم َن ا ْ ُل ْ ِش ِكي َن‬

Maksudnya: “Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan
perwatakan Islam, berpegang kepada kalimah ikhlas (kalimah
syahadah), dan berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad
SAW yang juga agama ayah kami Ibrahim, yang berada di atas
jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong dari kalangan orang-
orang musyrik.” 1

Riwayat Ahmad (15360), (15363); al-
Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (9831)
dan al-Tabarani dalam al-Du’a (293)

Pada waktu petang, hendakah ditukar lafaz “‫ ” َأ ْص َب ْح َنا‬kepada “ ‫” َأ ْم َس ْي َنا‬.

99

10

Doa 2 11

Penghulu Bagi Doa
Mohon Keampunan

،‫ َخ َل ْق َتنِ ْي َو َأ َنا َع ْب ُد َك‬،‫َال َّل ُه َّم َأ ْن َت َر ِّ ْب ل َا إِ َلـ َه إِل َّا َأ ْن َت‬
‫ َأ ُع ْو ُذ بِ َك‬،‫َو َأ َنا َع َل َع ْه ِد َك َو َو ْع ِد َك َما ا ْس َت َط ْع ُت‬
‫ َو َأ ُب ْو ُء‬،‫ َأ ُب ْو ُء َل َك بِنِ ْع َمتِ َك َع َ َّل‬،‫ِم ْن َ ِّش َما َص َن ْع ُت‬

‫بِ َذ ْنبِ ْي َفا ْغ ِف ْر ِ ْل َفإِ َّن ُه ل َا َي ْغ ِف ُر ال ُّذ ُن ْو َب إِل َّا َأ ْن َت‬

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada
tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang
menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia
pada perjanjianku pada-Mu (iaitu aku akan mentauhidkan-
Mu) semampuku dan aku yakin akan janji-Mu (berupa syurga
untukku). Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang
aku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku
mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada
yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” 2

Riwayat al-Bukhari (6306), Abu Daud
(5070), al-Tirmizi (3393), Ibn Majah
(3872), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-
Kubra (10417) dan Ahmad (23013)

11

Doa 3

Mohon Keampunan

‫ال َّل ُه َّم إِ ِّنى َظ َل ْم ُت َن ْف ِسى ُظ ْل ًم َكثِي ًرا َول َا َي ْغ ِف ُر‬
، ‫ َفا ْغ ِف ْر ِل َم ْغ ِف َر ًة ِم ْن ِع ْن ِد َك‬، ‫ال ُّذ ُنو َب إِل َّا َأ ْن َت‬

‫َوا ْر َ ْحنِى إِ َّن َك َأ ْن َت ا ْل َغ ُفو ُر ال َّر ِحي ُم‬

Maksudnya: “Ya Allah! Sungguh aku telah menzalimi diriku
sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada
yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka
ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan
rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.” 3

Riwayat al-Bukhari (7387)
dan Muslim (2705)

12

Doa 4

Doa Pengiktirafan

‫َلا إِ َل ٰـ َه إِ َّلا َأن َت ُس ْب َحا َن َك إِ ِّن ُكن ُت ِم َن ال َّظا ِلِي َن‬

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong )
melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku
adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” 4

Surah al-Anbiya’ (87)

13 13

14

Doa 5 15

Kelapangan Hati
dan Jiwa

‫ َنا ِص َيتِي‬، ‫ َوا ْب ُن َأ َمتِ َك‬، ‫ َوا ْب ُن َع ْب ِد َك‬، ‫ال َّل ُه َّم إِ ِّن َع ْب ُد َك‬
‫ َأ ْس َأ ُل َك‬، ‫ َع ْد ٌل ِ َّف َق َضا ُؤ َك‬، ‫ َما ٍض ِ َّف ُح ْك ُم َك‬، ‫بِ َي ِد َك‬
‫ َأ ْو َع َّل ْم َت ُه َأ َح ًدا‬، ‫بِ ُك ِّل ا ْس ٍم ُه َو َل َك َس َّم ْي َت بِ ِه َن ْف َس َك‬
‫ َأ ْو ا ْس َت ْأ َث ْر َت بِ ِه ِف‬، ‫ َأ ْو َأ ْن َز ْل َت ُه ِف ِك َتابِ َك‬، ‫ِم ْن َخ ْل ِق َك‬
، ‫ َأ ْن َ ْت َع َل ا ْل ُق ْرآ َن َربِي َع َق ْلبِي‬، ‫ِع ْل ِم ا ْل َغ ْي ِب ِع ْن َد َك‬

‫ َو َذ َها َب َ ِّهي‬، ‫ َو ِج َل َء ُح ْز ِن‬، ‫َو ُنو َر َص ْد ِري‬

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu,
anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu,
ubun-ubunku di tangan-Mu, telah berlalunya keputusan-Mu,
Engkau telah berlaku adil ke atas ku dalam keputusan-Mu, aku
memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau berikan
pada diri-Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah satu
makhluk ciptaan-Mu, atau yang telah Engkau turunkan dalam
kitab-Mu, atau yang telah Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib-Mu,
(aku memohon kepada-Mu) untuk menjadikan al-Quran sebagai
penyejuk hati ku, cahaya di dada ku, penghilang kesedihan ku,
penghapus kesusahan ku.” 5

Riwayat Ahmad (3712), Ibn Hibban (972), Ibn
Abi Syaibah dalam al-Musannaf (29808), al-
Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (155), al-
Tabarani dalam al-Du’a (1035), al-Hakim dalam
al-Mustadrak (1/509) dan Ibn al-Sunni dalam
‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (339)

15

Doa 6

Petunjuk, Ketaqwaan,
Iffah dan Kekayaan

‫ َوا ْل ِغ َنى‬، ‫ َوا ْل َع َفا َف‬، ‫ َوال ُّت َقى‬، ‫ل َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ا ْ ُل َدى‬

Maksudnya: “Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-
Mu petunjuk, ketakwaan, sifat ‘iffah dan kekayaan.” 6

Riwayat Muslim (2721), al-Tirmizi
(3489), Ibn Majah (3105), Ahmad
3950) dan Ibn Hibban (900)

16

Doa 7 17

Ditunjukkan Kebenaran

‫ َفا ِط َر‬،‫ َوإِ ْ َسا ِفي َل‬،‫ َو ِمي َكائِي َل‬،‫الل ُه َّم َر َّب َج ْ َبائِي َل‬
‫ َأ ْن َت‬،‫ َعا ِ َل ا ْل َغ ْي ِب َوال َّش َها َد ِة‬،‫ال َّس َم َوا ِت َوا ْ َل ْر ِض‬
‫ ا ْه ِد ِن ِلَا‬،‫َ ْت ُك ُم َب ْي َن ِع َبا ِد َك ِفي َم َكا ُنوا ِفي ِه َ ْي َت ِل ُفو َن‬
‫ إِ َّن َك َ ْت ِدي َم ْن َت َشا ُء‬،‫ا ْخ ُت ِل َف ِفي ِه ِم َن ا ْ َل ِّق بِإِ ْذنِ َك‬

‫إِ َل ِ َصا ٍط ُم ْس َت ِقي ٍم‬

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail, dan Israfil. Yang
Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang
ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi
hamba-hambaMu di dalam apa yang mereka perselisihkan.
Tunjukkanlah aku dengan izinmu kepada kebenaran di dalam
apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi
petunjuk ke arah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau
Kehendaki.” 7

Riwayat Muslim (770), Abu Daud
(676), al-Tirmizi (3420), Ibn Majah
(1357), al-Baihaqi dalam al-Sunan
al-Kubra (4854), al-Nasa’ie dalam
al-Sunan al-Kubra (1324) dan
Ahmad (25225).

17

Kebenaran

18

Doa 8

Ilmu, Rezeki dan Amalan

‫ َو َع َم ًل‬، ‫ َو ِر ْز ًقا َط ِّي ًبا‬، ‫ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ِع ْل ًم َنا ِف ًعا‬
‫ُم َت َق َّب ًل‬

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang
bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” 8

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa’ie
dalam al-Sunan al-Kubra (9930)
dan Ahmad (26602)

19 19

Doa 9

Pertolongan untuk Zikir

‫ َو ُح ْس ِن ِع َبا َدتِ َك‬، ‫ َو ُش ْك ِر َك‬، ‫ال َّل ُه َّم َأ ِع ِّني َع َل ِذ ْك ِر َك‬

Maksudnya: “Ya Allah, tolonglah aku untuk zikir kepada-Mu,
bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.” 9

Riwayat Abu Daud (1522), al-Nasa’ie
(1303), Ahmad (22119), al-Baihaqi
dalam al-Da’awat al-Kabir (1/362) dan
Ibn Hibban (2020)

20

Doa 10 21

‘Afiyat dan Pemeliharaan

‫ ال َّل ُه َّم‬، ‫ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ا ْل َعا ِف َي َة ِف ال ُّد ْن َيا َوالآ ِخ َر ِة‬
‫إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ا ْل َع ْف َو َوا ْل َعا ِف َي َة ِف ِدينِي َو ُد ْن َيا َي َو َأ ْه ِل‬
‫ ال َّل ُه َّم‬، ‫ ال َّل ُه َّم ا ْس ُ ْت َع ْو َرا ِت َوآ ِم ْن َر ْو َعا ِت‬، ‫َو َما ِل‬
‫ا ْح َف ْظنِي ِم ْن َب ْي ِن َي َد َّي َو ِم ْن َخ ْل ِفي َو َع ْن َي ِمينِي َو َع ْن‬
‫ َو َأ ُعو ُذ بِ َع َظ َمتِ َك َأ ْن ُأ ْغ َتا َل ِم ْن‬، ‫ِش َم ِل َو ِم ْن َف ْو ِقي‬

‫َ ْتتِي‬

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu
keampunan dan keselamatan (‘afiyat) di dunia dan akhirat. Ya
Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan
keselamatan (‘afiyat) dalam agamaku, dunia, keluarga dan
hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di
hatiku. Ya Allah, jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri,
dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-
Mu agar tidak disambar dari bawahku.” 10

Riwayat Abu Daud (5074),
al-Nasa’ie (5530), Ibn Majah
(3871), Ibn Hibban (961), Ahmad
(4785) dan al-Bukhari dalam al-
Adab al-Mufrad (1200)

21

22

Doa 11

Agar Diperbaiki Diri

‫ َأ ْص ِل ْح ِل َش ْأ ِن‬، ‫َيا َح ُّي َيا َق ُّيو ُم بِ َر ْ َحتِ َك َأ ْس َت ِغي ُث‬
‫ َول َا َت ِك ْلنِي إِ َل َن ْف ِس َط ْر َف َة َع ْي ٍن‬، ‫ُك َّل ُه‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang
Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmat-
Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah untukku urusanku
semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku
sendiri walau sekelip mata.” 11

Riwayat al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra
(10405), al-Bazzar (6368), Ibn al-Sunni dalam
‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (48) dan al-
Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (4/43)

23 23

Doa 12

Minta Kemudahan

‫ وأ ْن َت َ ْت َع ُل‬،‫ال َّل ُه َّم َلا َس ْه َل إِل َّا ما َج َع ْل َت ُه َس ْه ًل‬
‫ا َل ْز َن إ َذا ِش ْئ َت َس ْه ًل‬

Maksudnya: “Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang
Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang
menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan
kemudahan.” 12

Riwayat al-Baihaqi dalam al-Da’awat
al-Kabir (265), Ibn Hibban (974) dan
Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa
al-Lailah (351)

24

Doa 13

Dicukupkan Yang Halal

‫ َو َأ ْغنِنِى بِ َف ْض ِل َك‬، ‫ال َّل ُه َّم ا ْك ِفنِى بِ َح َللِ َك َع ْن َح َرا ِم َك‬
‫َع َّم ْن ِس َوا َك‬

Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal,
tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan
kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu.” 13

Riwayat Ahmad (1319), al-
Tirmizi (3563), al-Baihaqi dalam
al-Da’awat al-Kabir (177) dan
al-Bazzar (563)

25 25

Doa 14

Ditetapkan Hati

‫ َث ِّب ْت َق ْلبِي َع َل ِدينِ َك‬، ‫َيا ُم َق ِّل َب ا ْل ُق ُلو ِب‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” 14

Riwayat Imam Ahmad (26618),
(12107), al-Tirmizi (3522), (2140),
al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman
(757) dan al-Tabarani dalam al-
Du’a (1261)

Jawatan Hati Cinta
Harta
Wanita

26

Doa 15 27

Minta Kebaikan dan
Menolak Kejahatan

‫ َما َع ِل ْم ُت‬، ‫ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ِم َن ال َخ ْي ِر ُك ِّل ِه َعا ِج ِل ِه َوآ ِج ِل ِه‬
، ‫ َو َأ ُع ْو ُذ بِ َك ِم َن ال َّ ِّش ُك ِّل ِه َعا ِج ِل ِه َوآ ِج ِل ِه‬، ‫ِم ْن ُه َو َما َ ْل َأ ْع َل ْم‬
‫ ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ِم ْن َخ ْي ِر َما‬، ‫َما َع ِل ْم ُت ِم ْن ُه َو َما َ ْل َأ ْع َل ْم‬
‫ َو َأ ُع ْو ُذ بِ َك ِم ْن َ ِّش َما َعا َذ بِ ِه َع ْب ُد َك‬، ‫َس َأ َل َك َع ْب ُد َك َو َنبِ ُّي َك‬
‫ ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ال َج َّن َة َو َما ق َّر َب إِ َل ْي َها ِم ْن َقو ٍل‬، ‫َو َنبِ ُّي َك‬
‫ َو َأ ُع ْو ُذ بِ َك ِم َن ال َّنا ِر َو َما َق َّر َب إِ َل ْي َها ِم ْن َق ْو ٍل َأ ْو‬، ‫َأ ْو َع َم ٍل‬

‫ َو َأ ْس َأ ُل َك َأ ْن َ ْت َع َل ُك َّل َق َضا ٍء َق َض ْي َت ُه ِل َخ ْي ًرا‬، ‫َع َم ٍل‬

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang
disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku ketahui mahupun tidak
aku ketahui. Aku berlindung kepada-Mu dari semua keburukan, baik yang
disegerakan mahupun yang ditunda, yang aku ketahui mahupun yang tidak
aku ketahui. Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu dari kebaikan
apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu
dan aku berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh
hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan apa
yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan.
Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan
kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan aku memohon
kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untukku.” 15

Riwayat Ibn Majah (3846), Ahmad
(25180), al-Tabarani (2/252) dan

27 Ibn Hibban (458)

28

Doa 16

Ditambahkan Kebaikan

‫ َو َأ ْع ِط َنا َو َلا‬،‫ َو َأ ْك ِر ْم َنا َو َلا ُتِ َّنا‬،‫ال َّل ُه َّم ِز ْد َنا َو َلا َت ْن ُق ْص َنا‬
‫ َوأ ْر ِض َنا َوا ْر َض َع َّنا‬،‫ َوآثِ ْر َنا َو َلا ُت ْؤثِ ْر َع َل ْي َنا‬،‫َ ْت ِر ْم َنا‬

Maksudnya: “Wahai Allah! Tambahkanlah buat kami dan jangan
Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan hinakan kami.
Berilah buat kami, jangan dicegahnya. Pilihlah kami, jangan
Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah pula semua
usaha kami.” 16

Riwayat al-Tirmizi (3173), al-
Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra
(1443) dan Ahmad (223)

29 29

Doa 17

Diilhamkan Kecerdasan

‫ َو َأ ِع ْذ ِن ِم ْن َ ِّش َن ْف ِس‬،‫ال َّل ُه َّم َأ ْلِ ْمنِي ُر ْش ِدي‬

Maksudnya: “Wahai Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan
petunjuk serta lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.” 17

Riwayat al-Tirmizi (3483), al-
Tabarani dalam al-Du’a (1393),
al-Bazzar (3580) dan al-Baihaqi
dalam al-Asma’ wa al-Sifat (894)

Solat Zikir Ilham

Taat

30

Doa 18

Penghujung Umur Yang Baik

،‫ َو َخ ْي َر َع َم ِل َخ َوا ِ َت ُه‬،‫ال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َخ ْي َر ُع ْم ِري آ ِخ َر ُه‬
‫َوا ْج َع ْل َخ ْي َر َأ َّيا ِمي َي ْو َم َأ ْل َقا َك‬

Maksudnya: “Wahai Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku
adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik amalanku sebagai
penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari
dimana daku berjumpa dengan-Mu kelak.” 18

Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal
al-Yaum wa al-Lailah (121) dan al-
Tabarani dalam al-Ausat (9411)

31 31

Doa 19

Elok Dalam
Kesudahan Urusan

‫ َو َأ ِج ْر َنا ِم ْن‬، ‫ال َّل ُه َّم َأ ْح ِس ْن َعا ِق َب َت َنا ِف ا ْ ُل ُمو ِر ُك ِّل َها‬
‫ِخ ْز ِي ال ُّد ْن َيا َو َع َذا ِب ا ْلآ ِخ َر ِة‬

Maksudnya: “Wahai Allah! Perelokkanlah kesudahan segala
urusan kami, serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di
dunia dan seksaan hidup di akhirat.” 19

Riwayat Ahmad (17628), al-Tabarani
dalam al-Du’a (1436), al-Baihaqi dalam
al-Da’awat al-Kabir (269) dan al-Hakim
dalam al-Mustadrak (6508)

32

Doa 20

Mohon Keselamatan

‫بِ ْس ِم ال َّلهِ ا َّل ِذي َلا َي ُ ُّض َم َع ا ْس ِم ِه َ ْش ٌء ِف ا ْ َل ْر ِض َو َلا‬
‫ َو ُه َو ال َّس ِمي ُع ا ْل َع ِلي ُم‬،‫ِف ال َّس َم ِء‬

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada
satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di
langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 21

Riwayat Abu Daud (5088), al-Tirmizi (3388),
Ibn Majah (3869), al-Nasa’ie dalam al-
Sunan al-Kubra (10178) dan Ahmad (446)

Dendam Racun

Niat Jahat Dengki

33 33

Doa 21

Diselamatkan dari Azab

‫ َو ِم ْن َع َذا ِب‬، ‫ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن َع َذا ِب ا ْل َق ْ ِب‬
‫ َو ِم ْن ِف ْت َن ِة ا ْلَ ِسي ِح‬، ‫ َو ِم ْن ِف ْت َن ِة ا ْلَ ْح َيا َوا ْلَ َم ِت‬، ‫ال َّنا ِر‬

‫ال َّد َّجا ِل‬

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
daripada seksa kubur, daripada azab api neraka, daripada fitnah
kehidupan dan kematian, dan daripada fitnah al-Masih al-Dajjal.” 21

Riwayat al-Bukhari (1377)
dan Muslim (1352)

34

Doa 22

Berlindung Dari Kejahatan

‫َأ ُعو ُذ بِ َك ِل َم ِت اللهِ ال َّتا َّما ِت ِم ْن َ ِّش َما َخ َل َق‬

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna
daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta.” 22

Riwayat Muslim (2709), Abu
Daud (3899), al-Tirmizi (3604), al-
Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra
(10421), Ibn Majah (3518) dan
Ahmad (7898)

35 35

Doa 23

Berlindung Dari
Empat Perkara

‫ َو ِم ْن َق ْل ٍب ل َا‬، ‫ال َّل ُه َّم إِ ِّنى َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن ِع ْل ٍم ل َا َي ْن َف ُع‬
‫ َو ِم ْن َد ْع َو ٍة ل َا ُي ْس َت َجا ُب َ َلا‬، ‫ َو ِم ْن َن ْف ٍس ل َا َت ْش َب ُع‬، ‫َ ْي َش ُع‬

Maksudnya: “Wahai Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari ilmu
yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu
yang tidak puas, dan dari doa yang tidak diterima.” 23

Riwayat Muslim (7081), Abu Daud
(1458), al-Tirmizi (3482), al-Nasa’ie
(5536), Ibn Majah (3837) Ahmad
(19402) dan Ibn Hibban (1015)

36

Doa 24

Berlindung Dari
Penyakit Kronik

،‫ َوا ْل ُج َذا ِم‬،‫ َوا ْل ُج ُنو ِن‬،‫ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ُعو ُذ بِ َك ِم َن ال َ َب ِص‬
‫َو ِم ْن َس ِّي ِئ ا ْ َل ْس َقا ِم‬

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada
penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.” 24

Riwayat Abu Daud (1554), Ahmad
(13027), al-Nasa’ie (5493) dan Abu Ya’la
(2897)

37 37
Covid-19

Doa 25

Diselamatkan Dari
Kemungkaran

‫ َوا َل ْس َوا ِء‬، ‫ َوا َل ْه َوا ِء‬، ‫ال َّل ُه َّم َج ِّن ْبنِي ُم ْن َك َرا ِت ا َل ْخ َل ِق‬
‫َوا َل ْد َوا ِء‬

Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak
yang mungkar, hawa nafsu yang mungkar, juga dari segala
keburukan serta dari penyakit-penyakit yang membawa
kepada kebinasaan.” 25

Riwayat al-Tirmizi (3591), Ibn Hibban (960), al-
Tabarani (19/19) dan al-Bazzar (9/155)

38

Doa 26

Menolak Bala

، ‫ َو َد َر ِك ال َّش َقا ِء‬، ‫ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ُع ْو ُذ بِ َك ِم ْن َج ْه ِد ال َب َل ِء‬
‫ َو َش َم َت ِة ا َل ْع َدا ِء‬، ‫َو ُسو ِء ال َق َضا ِء‬

Maksudnya: “Wahai Allah! Aku berlindung kepada-Mu
daripada ujian yang berat, hinanya kecelakaan, buruknya
takdir dan kegembiraan para musuh (atas bala, ujian dan
kecelakaan yang menimpa).” 26

Riwayat al-Bukhari (6347) dan
Muslim (2707)

39 39

Doa 27

Agar Tidak Dihilangkan
Nikmat

‫ َو َ َت ُّو ِل َعا ِف َيتِ َك‬، ‫ال َّل ُه َّم إِ ِّنى َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن َز َوا ِل نِ ْع َمتِ َك‬
‫ َو َ ِجي ِع َس َخ ِط َك‬، ‫ َو ُف َجا َء ِة نِ ْق َمتِ َك‬،

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-
Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan,
dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan,
dari seksa-Mu (bencana) yang datang secara tiba-tiba, dan
dari segala bentuk kemurkaan-Mu.” 27

Riwayat Muslim (2739) dan Abu
Daud (1545)

40

Doa 28

Berlindung Dari Dukacita

‫ َو َأ ُعو ُذ بِ َك ِم َن‬، ‫ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ُعو ُذ بِ َك ِم َن ا ْ َل ِّم َوا ْ َل َز ِن‬
، ‫ َو َأ ُعو ُذ بِ َك ِم َن ا ْل ُج ْب ِن َوا ْل ُب ْخ ِل‬، ‫ا ْل َع ْج ِز َوا ْل َك َس ِل‬

‫َو َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن َغ َل َب ِة ال َّد ْي ِن َو َق ْه ِر ال ِّر َجا ِل‬

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat
lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut
dan kedekut. Dan aku berlindung kepada-Mu dari bebanan hutang
dan penindasan manusia.” 28

Riwayat al-Bukhari (6369), Abu Daud
(1555), al-Tirmizi (3484), al-Nasa’ie
(5449) dan al-Baihaqi dalam al-
Da’awat al-Kabir (305)

41 41

Doa 29

Kesabaran dan Keteguhan

‫َر َّب َنا َأ ْف ِر ْغ َع َل ْي َنا َص ْ ًبا َو َث ِّب ْت َأ ْق َدا َم َنا َوان ُ ْص َنا َع َل‬
‫ا ْل َق ْو ِم ا ْل َكا ِف ِري َن‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar
kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta
menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.” 29

Surah al-Baqarah (250)

42

Doa 30

Mohon Bersyukur

‫َر ِّب َأ ْو ِز ْعنِي َأ ْن َأ ْش ُك َر نِ ْع َم َت َك ا َّلتِي َأ ْن َع ْم َت َع َ َّل‬
‫َو َع َ ٰل َوالِ َد َّي َو َأ ْن َأ ْع َم َل َصا ِ ًلا َت ْر َضا ُه َو َأ ْد ِخ ْلنِي‬

‫بِ َر ْ َحتِ َك ِف ِع َبا ِد َك ال َّصا ِ ِلي َن‬

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku
dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan
amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku -
dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu
yang soleh.” 30

Surah al-Naml (19)

43 43

Doa 31

Mohon Hidayah

‫َر َّب َنا َلا ُت ِز ْغ ُق ُلو َب َنا َب ْع َد إِ ْذ َه َد ْي َت َنا َو َه ْب َل َنا ِمن َّل ُدن َك‬
‫َر ْ َح ًة إِ َّن َك َأن َت ا ْل َو َّها ُب‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari
sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-
limpah pemberianNya.” 31

Surah Ali Imran (8)

44

Doa 32

Mohon Rahmah

‫َر َّب َنا آتِ َنا ِمن َّل ُدن َك َر ْ َح ًة َو َه ِّي ْئ َل َنا ِم ْن َأ ْم ِر َنا َر َش ًدا‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat
dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta
pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” 32

Surah al-Kahfi (10)

45 45

Doa 33

Mohon Keampunan

‫َر َّب َنا ا ْغ ِف ْر َل َنا َو ِ ِل ْخ َوانِ َنا ا َّل ِذي َن َس َب ُقو َنا بِا ْ ِلي َم ِن َو َلا‬
‫َ ْت َع ْل ِف ُق ُلوبِ َنا ِغ ًّل ِّل َّل ِذي َن آ َم ُنوا َر َّب َنا إِ َّن َك َر ُءو ٌف‬

‫َّر ِحي ٌم‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami
dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami
dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami
perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang
yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat
Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.” 32

Surah al-Hasyr (10)

46

Doa 34

Pemimpin dan
Kepimpinan Yang Baik

Untuk doa ini, kami rangkumkan semua sekali, yang telah
kami siarkan dalam Qalam Mufti pada 29 Februari 2020
pada saat berlakunya kemelut politik. Antaranya:

PERTAMA

‫ َو َلا ُت َو ِّل ُأ ُم ْو َر َنا ِ َشا َر َنا‬، ‫ال َّل ُه َّم َو ِّل ُأ ُم ْو َر َنا ِخ َيا َر َنا‬

Maksudnya: “Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami
(pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami.
Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang
terburuk di kalangan kami.” (Lihat Ibtihalat wa Da’awat oleh
Dr Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 68)

47 47


Click to View FlipBook Version