TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
-BIODATA DIRI-
NAMA PELAJAR:TAN WEN YEE
E-MAIL:[email protected]
UMUR:15
KELAS:3MUMTAZ
KAD PENGENALAN:060617-01-1522
SEKOLAH:SMK(P)SULTAN ABU BAKAR MUAR
PENDAHULUAN
■ Buku skrap ini bertajuk “Tokoh-tokoh kemerdekaan di
Malaysia”.Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos
1957 telah diusahakan oleh para pemimpin yang
berwibawa sikap bekerjasama dan sentiasa
mengutamakan perundingan dan kata sepakat telah
menjadi pedekatan terbaik mereka dimana kemerdekaan
negara yang dicapai.
-TUNKU ABDUL RAHMAN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990)
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari
1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya
yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga
dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
-RASIONALISASA TUNKU ABDUL RAHMAN
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat
Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur d i mana beliau
menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah
pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai
partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai
presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
JASA DAN SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN-
Setelah negara merdeka pada tahun 1957 dan Tunku Abdul Rahman
menjadi Perdana Menteri yang pertama, usaha-usaha dibuat bagi
mengukuhkan pemerintahan negara melalui perpaduan rakyat dan
kemajuan ekonomi. Rancangan Malaya yang pertama, dimulakan sejak
1956, adalah bertujuan untuk mengisikan kemerdekaan dengan
pembangunan.
JASA DAN SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN-
Pada bulan September 1963, wilayah negara telah diperluaskan dengan
Penubuhan Malaysia mangikut cadangan Tunku supaya semua negeri-
negeri di bawah pemerintahan British di Asia Tenggara digabungkan ke
dalam sebuah Persekutuan bersama-sama dengan Malaya yang telah
pun merdeka itu. Atas jasanya itu, Tunku diberi gelaran “Bapa Malaysia”.
JASA DAN SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN-
Dalam keadaan negara menghadapi ancaman dari luar, tercetus pula
satu pergolakan politik yang hebat dalam negeri, melibatkan kerajaan
pusat di bawah pimpinan Perikatan dengan kerajaan Singapura
pimpinan PAP. Pimpinan PAP menjalankan kempen yang luas di dalam
dan luar negeri bagi memburukkan kerajaan pusat. Akibatnya
permusuhan antara Melayu dan orang China makin bertambah damn
boleh mencapai paras bahaya. Tunku mengambil keputusan untuk
menyingkirkan Singapura dari Malaysia.
JASA DAN SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN-
Menjelang tahun 1969, ketegangankaum ini, Tunku telah dengan berat
hati mengampuni 11 orang pemuda (9 keturunan China) yang telah
dihukum mati oleh mahkamah kerana bersubahat dengan pihak musuh
di waktu Konfrontasi Indonesia dahulu. Tetapi kemurahan hati Tunku ini
telah disalahertikan oleh parti-parti pembangkang sebagai kelemahan.
Suasana perkauman bertiup sampai ke kemuncak dan meletus dalam
peristiwa 13 Mei 1969.
PENUTUP
Secara lazimnya,saya se diri juga mendapat banyak faedah daripada
tugasan ini .Saya belajar untuk lebih memahami tentang kehebatan tokoh-
tokoh terbilang pada zaman kesultanan Melayu ini dapat memajukan
negara kita sendiri pada zaman kemilingannya adalah sesuatu yang sangat
mengagumkan dan bolh dibanggakan.Sekian terima kasih!
Terima kasih “Bapa Malaysia”-Tunku Abdul Rahman
Sekian Terima Kasih!