CIRI-CIRI
KEBUDAYAAN CINA DI
MALAYSIA
PEMBENTANGAN DISEDIA OLEH : Hay Zi Zhiang
PENGENALAN
Apakah Maksud Kebudayaan ?
-Merupakan suatu cara hidup yang berkemabang dan dimiliki bersama oleh
sebuah kelompok orang dan diwarisikan dari generasi ke generasi.Budaya
terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat
istiadat,bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni.
- Budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas.Banyak aspek budaya turut
menentukan perilaku berkomunikasi. Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan
meliputi banyak kegiatan sosial manusia
ASAL USUL KAUM CINA DI MALAYSIA
-Bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagang, diikuti
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.Sebilangan besar kaum cina di Malaysia
berasal dari dua wilayah di negeri China iaitu Hokkien dan Kwangtung.
Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahajabarangan
dagangan untuk tukaran, tetapi juga adat resam, budaya dan corak
pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan
suasana tempatan.
Bahasa Kaum Cina
Bahasa Cina Lama
-Bahasa Cina Lama (atau Kuno), merupakan bahasa yang kerap ditutur ketika zaman awal
dan pertengahan Dinasti Zhou (1122 SM - 256 SM), yang mana penulisannya mengandungi
catatan-catatan pada artifak gangsa, termasuk puisi Shijing, sejarah Shujing, dan sebahagian
falsafah Yijing .
Bahasa Cina Pertengahan
-merupakan bahasa yang dipakai sewaktu Dinasti-dinasti Sui, Tang, dan Song dynasties
(abad-abad ke-7 hingga ke-10 TM). Bahasa Cina Pertengahan boleh dibahagikan kepada zaman
awal yang digambarkan oleh jadual rima 切韻 'Qieyun' (601 AD), dan zaman akhir pada abad ke-10
yang diwakili jadual rima 廣韻 'Guangyun'.
Aksara Cina
-Penulisan Bahasa Cina menggunakan aksara Cina (漢字/汉字 Pinyin: hànzì),
yang berbentuk logogram: setiap 'huruf'nya melambangkan suatu morfim .
-Bukan sahaja sebagai piktograf , bahkan juga aksara Cina banyak membawa maksud
abstrak.
-Semua aksara moden berasal daripada bentuk kaligrafi Kaishu.Terdapat dua piawaian
bagi aksara Cina, iaitu: aksara Cina tradisional, yang digunakan di Hong Kong, Taiwan, dan
Macau; dan aksara Cina diringkaskan yang mula digunakan sejak 1950-an di Tanah Besar
China.
- Kaum Cina di Malaysia juga menggunakan aksara Cina diringkaskan dalam pendidikan
sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan sekolah menengah persendirian yang
menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Kegiatan penerbitan bahasa Cina
di Malaysia juga mengutamakan aksara Cina diringkaskan .
JENIS PAKAIAN
Cheongsam
- Nama lain yang dikenal ialah “Baju Panjang”
-cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
-Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembu.
Samfu
- membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis.
- Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit
perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina.
- Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
-Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
JENIS MAKANAN
Kuih Bulan
- Sejarah kuih ini bermula selepas orang-orang Cina menumpaskan penjajahan
Moghul pada akhir Dinasti Yang Pada perayaan kuih bulan, makanan tradisinya
adalah kuih bulan itu sendiri.
- Mereka berarak sempena perayaan ini dengan membawa sekali tanglung.
-Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih bulan ini diberi kepada Dewa Dapur
bagi memastikan Dewa Dapur tidak dapat menyampaikan berita buruk kepada
Maharaja Syurga kerana tidak dapat membuka mulut akibat memakan kuih
bulan. Oleh itu, kuih bulan ini penting bagi kaum Cina.
Yusheng (Lao Shang)
-Yusheng di mana ia merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan
Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung
cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan
ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
NAMA-NAMA ORANG CINA
- Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
-Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan
sanak-saudara
-Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.
-Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta
dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.
PERAYAAN DALAM MASYARAKAT CINA
Sambutan Tahun Baru Cina
- Pada zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar
orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu
dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru.
Ini kerana dikhuatiri binatang bernama Nian (raksaksa) akan mengganas di
kawasan rumah mereka. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu
menghalau raksaksa tersebut.
-Kanak-kanak juga dapat angpao atau sampul merah yang berisi duit.
-Bagi yang belum khawin, mereka juga layak mendapat ‘angpau’.Pada perayaan
Tahun Baru Cina ,angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkhawin atau yang
belum berkhawin.
Chap Goh Mei
-Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang
pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi
perayaan ini.
-Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada
sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
ADAT RESAM & PANTANG LARANG
Membiarkan kedudukan chopstik tegak dalam mangkuk
- kepercayaan mereka yang percaya jika makan dalam keadaan chopstik
menegak, menyerupai seperti kayu colok yang dibakar seolah-olah upacara
makan itu seperti memberi makan kepada anggota keluarga yang sudah mati.
Jangan Menyapu Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina
-mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai akan
menghalau tuah.
Berkongsi Buah Pear
-berkongsi buah pear dalam bahasa Cina mempunyai maksud yang hampir sama
dengan ‘akan berpisah’. Jadi, janganlah berkongsi buah pear dengan rakan Cina
anda melainkan anda ingin berkongsi dengan penulis.
RUJUKAN
1) tehtarikgelasbesar
Link
https://tehtarikgelasbesar.com/5-pantang-larang-taboo-dalam-masyarakat-cina/#.YHb9_egzaUk
2) imaanthebeast.blogspot.com
Link
http://imaanthebeast.blogspot.com/2016/10/ciri-ciri-budaya-masyarakat-cina-di.html
3) Wikipedia
Link
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Cina
SEKIAN
TERIMA KASIH