The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAPC SESI 2023 2024<br>SK PASIR PUTIH, SANDAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Che_Lai, 2024-01-24 19:34:45

MAPC SESI 2023 2024

MAPC SESI 2023 2024<br>SK PASIR PUTIH, SANDAKAN

Keywords: MAJLIS ANUGERAH PENCAPAIAN MURID

MAJLIS ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH, SANDAKAN Sesi 2023/ 2024 Dirasmikan oleh, Encik Jeffry Nicholas Pegawai SISC+ Unit Bahasa PPD Sandakan 25 JANUARI 2024 KHAMIS 12:30 P.M. HINGGA 5:00 P.M. DEWAN SERBAGUNA SEKOLAH


Sekapur Sirih Seulas Pinang ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WABARAKTUH Izinkan saya melafazkan dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang dirancang oleh pihak pegurusan sekolah. Ucapan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola majlis ini yang diketuai oleh Cikgu Edora Christy Alius dan AJK pelaksana yang tentunya telah berusaha dengan gigih agar majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Untuk makluman para hadirin, majlis ini adalah hasil gandingan mantap guru-guru SKPP dengan AJK PIBG SKPP. Sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit. Terima kasih Cikgu Kenneth sudi pinjamkan TV LED kita yang gah ini. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis kita pada petang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara. Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada pelajar-pelajar yang bakal menerima anugerah, malahan ibu bapa, juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Bak pepatah Melayu, “i mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, dan “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.


Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Kepada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan sebagai ibu bapa mereka. Para hadirin yang dihormati, Walaupun sekolah kami ini agak kecil dan masih berkongsi dengan SK Sri Melanta Jaya, namun sekolah kita ini tidak ketinggalan merangkul beberapa pencapaian yang bagi saya amat membanggakan khususnya warga SKPP. Antara Pencapaian kita pada tahun ini; 1. International Innovation Competition In Education ( IICE 2023) di mana Panita Matematik di bawah pimpinan Pn. Leong Lai Kwoon telah mendapat Silver Award. 2. Johan Pertandingan Akhir Microbotik Line Tracer, Program STEM Peringkat Daerah Sandakan yang dipimpin oleh Pn. Amirah Noor Adlina dan Pn. Leong Lai Kwoon. 3. Anugerah Berlian dalam Showcase FostCBA peringkat daerah Sandakan serta Johan Pameran PBD yang telah dimenangi oleh Ustazah Siti Nur Syafiqah dan Panita Agama Islam & Bahasa Arab. Dalam bidang kokurikulum kita tidak ketinggalan juga; 1. Tempat ke-3 dalam Majlis Sukan Sekolah Zon Batu Sapi di bawah pimpinan PK Kokurikulum kita Cikgu Jaini Matrin. 2. Legasi Tari kita juga telah merangkul Tempat ke-5 dalam Festival Apresiasi Seni Untuk Semua (FASUS), Peringkat Daerah Sandakan dan Penari Lelaki Terbaik adalah dari sekolah kita iaitu adik Mohammad Haziq Huzaiman Bin Jamil (6P). Tahniah buat semua, tahniah guru-guru SKPP, tahniah ahli kumpulan pelaksana, tahniah buat semua ibubapa anak-anak SKPP. Semua ini adalah pemangkin buat kita lebih bersemangat melahirkan anakanak yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk mereka mempertingkatkan lagi pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh


menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk menunjukkan pencapaian akademik mereka pada masa hadapan. Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajarpelajar yang kita raikan hari ni merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan negara. Untuk itu, saya menyeru kepada hadirin sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan dapat direalisasikan seiring harapan dan impiaan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita bersama-sama memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian besar warna-warni kegembiraan negara pada masa hadapan dan bukan menjadi calitan warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insya-Allah. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima angerah dan juga kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang 2023 Sekolah Kebangsaan Pasir Putih pada hari ini. (Pantun) Ikan sembilang, sepat dan kelah, Guna bubu biasa di hujung; Pencapaian cemerlang dapat hadiah, Petanda ilmu sentiasa dijunjung. Sekian sahaja ucapan saya, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. AMINAH BIN WAHAB GURU BESAR SK PASIR PUTIH, SANDAKAN


AHLI JAWATANKUASA PROGRAM Pengerusi : Puan Aminah binti Wahab (Guru Besar) Timbalan Pengerusi 1 : Puan Ainie @ Norainie binti Mojunting (PK Pentadbiran) Timbalan Pengerusi 2 : Encik Jaini bin Matrin (PK Kokurikulum) Timbalan Pengerusi 3 : Puan Conney binti P. Aling (PK Hal Ehwal Murid) Penyelaras : Puan Edora Christy binti Alius Setiausaha : Puan Cindy Lee (Guru Kelas 6 Putra) Timbalan Setiausaha : Puan Syalena Afifie binti Shaleh (Guru Kelas 6 Wira) Bendahari : Puan Rosyatmah binti Mahalan (PT Kewangan) PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA Encik Mohammad Kashfi bin Kamsah Puan Noorfairuz Atikakilah bt. Osman Encik Muhd Faheem Iqbal bin Abraham PROTOKOL PENCARIAN PENAJA Cik Siti Nur Syafiqah binti Saibi Puan Sarindah binti Mansor Encik Suryadi bin Symsul Encik Mohammad Kashfi bin Kamsah Puan Leong Lai Kwoon SISTEM SIAR RAYA BANNER Encik Kenneth Lawrance Catharinus Encik Hazwan bin Chan Heng Aik GIMIK PERSEMBAHAN Puan Nursarina binti Rahim Puan Caly Goan Georgetting Encik Hazwan bin Chan Heng Aik Cik Rashmilie binti Jamlie JURUGAMBAR BUKU PROGRAM Puan Leong Lai Kwoon Puan Rolaimi binti Malimbroni Puan Rolaimi binti Malimbroni PENGURUS SENARAI NAMA ANUGERAH PENGURUS PENERIMA ANUGERAH Puan Edora Christy binti Alius Puan Cindy Lee Puan Suwaibah binti Jamil Puan Nursarina binti Rahim Puan Amirah Noor Adlina binti Aminuddin PENYEDIAAN HADIAH/ TROFI PENYEDIAAN SIJIL Puan Sarindah binti Mansor Puan Nur Azvila binti Kadir Puan Edora Christy binti Alius Cik Siti Nur Syafiqah binti Saibi Cik Siti Nurfaezah binti Kasim Puan Noor Amirah Adlina binti Aminuddin Puan Syalena Afifie binti Shaleh


AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PENYEDIAAN PENTAS PENYEDIAAN DEWAN/ TEMPAT Puan Madriaty binti Mohammad Puan Nur Azvila binti Kadir Puan Nurul Husna binti Yusof Puan Caly Goan Georgetting Puan Suwaibah binti Jamil Cik Rashmilie binti Jamlie Puan Noorfairuz Atikakilah bt. Osman Encik Muhammad Faheem Iqbal bin Abraham Encik Suryadi bin Symsul Encik Kenneth Lawrance Catharinus JAMUAN KEBERSIHAN Puan Nurul Husna binti Yusof Puan Norani binti Saroni Puan Jawiyah binti Parukunan Puan Rosmi binti Abd Rahman Puan Marylou Federico Puan Norani binti Saroni Puan Madriaty binti Mohammad Puan Siti Norasidah binti Asgali Puan Nurmarlin Napolean Puan Roselina binti Abdul Majid PENGURUS MURID GRADUASI, JUBAH DAN BUNGA TANGAN KAWALAN DISIPLIN MURID Puan Cindy Lee Puan Syalena Afifie binti Shaleh Cik Zulianah binti Abdul Rajit Cik Zulianah binti Abdul Rajit Cik Siti Nurfaezah binti Kasim


ATUR CARA MAJLIS ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG MASA AKTIVITI 12:30 P.M. Ketibaan tetamu jemputan 1:00 P.M. v Ketibaan perasmi diiringi para pentadbir v Nyanyian lagu ; Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu sekolah v Bacaan doa ; Ustaz Muhammad Faheem Iqbal bin Abraham v Ucapan Alu-aluan ; Puan Aminah binti Wahab, Guru Besar SKPP v Ucapan Perasmian ; Encik Jeffry Nicholas, Pegawai SISC+ Unit Bahasa,PPD Sandakan. v Penyampaian cenderahati kepada perasmi 1:30 P.M. Persembahan sambut tamu PENYAMPAIAN ANUGERAH KURIKULUM v Anugerah Murid Terbaik Mata Pelajaran (Tahap 1 dan Tahap 2) v Anugerah Program Bantu Membaca v Anugerah NILAM 3:00 P.M. REHAT 3:20 P.M. PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN ANUGERAH SAHSIAH v Pengawas Sekolah v Pengawas Pusat Sumber Sekolah v Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah v Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas v Murid Kehadiran Terbaik 100% v Kelas Kehadiran Terbaik Sesi bergambar 5:00 P.M. BERSURAI SESI 2023/ 2024


Sekalung Penghargaan & Ucapan Terima Kasih Puan Rahimah binti Asrah (Syarikat Mar) Pusat Salinan Sen Sen (Encik Keong) Azley Enterprise Ahli Jawatankuasa PIBG SKPPS Ibu Bapa dan Penjaga Murid Jawatankuasa Program Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH, SANDAKAN #SKPPBERKUALITI


Click to View FlipBook Version