The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perancangan Aktiviti Unit Kokurikulum 2023 2024 - PERSATUAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Che_Lai, 2023-06-22 23:18:07

PERSATUAN BAHASA MELAYU SESI 2023/ 2024

Perancangan Aktiviti Unit Kokurikulum 2023 2024 - PERSATUAN BAHASA MELAYU

Keywords: -PERSATUAN BAHASA MELAYU

AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU SESI 2023/ 2024 BIL. TARIKH TAJUK AKTIVITI OBJEKTIF 1. PERJUMPAAN 1 20.05.2023 MESYUARAT AGUNG 1. Pendaftaran ahli baharu. 2. Ucapan guru penasihat. 3. Pelantikan jawatankuasa baharu. 4. Perancangan aktiviti. 5. Pengenalan kepada kandungan aktiviti Perjumpaan 2. • Memberi peluang dan ruang kepada ahli untuk mengutarakan pandangan, cadangan dan sokongan. • Mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan ahli. • Memupuk semangat kerjasama dan toleransi. • Memupuk sikap bersiap sedia untuk meneruskan pembelajaran pada masa akan datang. 2. PERJUMPAAN 2 10.06.2023 PERMAINAN BAHASA (KATA BERSILANG : Perkataan seerti bagi LIHAT dan TIDAK BODOH) 1. Guru memberikan arahan cara bermain. 2. Murid mencari perkataan pada lembaran kerja dengan cara membulatkan perkataan tersebut. • Membantu murid untuk lebih teliti semasa menyiapkan tugasan. 3. PERJUMPAAN 3 24.06.2023 PERMAINAN PAPAN (SAHIBBA) 1. Guru memberikan lembaran teka silang kata kepada murid sebagai set induksi untuk murid lebih memahami cara Sahibba dimainkan. 2. Guru menerangkan cara dan peraturan permainan. 3. Murid bermain dalam kumpulan. • Mengetahui tentang permainan papan. • Memahami cara dan peraturan permainan Sahibba. 4. PERJUMPAAN 4 08.07.2023 PANTUN TEKA-TEKI • Guru memberikan contoh pantun teka-teki empat kerat. • Ahli mencipta sekurang-kurangnya satu rangkap pantun teka-teki. • Menyuburkan perasaan cinta akan bahasa Melayu. • Menggalakkan murid menyumbangkan idea dan kreativiti.


5. PERJUMPAAN 5 22.07.2023 NYANYIAN LAGU 1. Guru memberikan penerangan tentang aktiviti. 2. Ahli menyanyikan satu lagu wajib (Lagu Bahasa Jiwa Bangsa) secara berkumpulan. 3. Ahli yang ingin mewakili kumpulan diberi kebebasan memilih lagu-lagu yang sesuai dari kategori lagu patriotik, lagu rakyat, lagu kanak-kanak atau sebarang lagu yang berunsurkan moral, ketuhanan dan pengajaran. 4. Ahli menyanyikan lagu yang telah dipilih. 5. Ahli dan kumpulannya memberi ulasan tentang lagu yang dinyanyikan. • Menyuburkan semula lagu-lagu patriotik, lagu rakyat, lagu kanak-kanak dan lagu berunsurkan moral, ketuhanan atau pengajaran dalam jiwa ahli. • Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan memahami lagu yang dinyanyikan oleh mereka. 6. PERJUMPAAN 6 12.08.2023 CERITA 1. Murid mencari dan memilih bahan cerita dalam pusat sumber. 2. Murid membaca cerita. 3. Murid membuat ulasan tentang pengajaran yang boleh diperoleh daripada cerita yang dibaca. • Menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan murid. • Menggalakkan murid untuk memahami kandungan bahan bacaan. 7. PERJUMPAAN 7 09.09.2023


8. PERJUMPAAN 8 23.09.2023 SAJAK 1. Ahli menyatakan jenis puisi yang mereka ketahui. (Contoh : pantun, sajak, syair, seloka, dll) 2. Ahli menyenaraikan ciri-ciri sajak. 3. Guru menerangkan teknik mudah menghasilkan sajak. a) Teknik Pancaminda (Teknik ini menggabungkan teknik pancaindera dan bayangan minda) ➢ Langkah Mengajar : ◼ Murid perlu menjana idea penulisan melalui lima pancaindera (rasa, sentuh, hidu, lihat dan dengar). ◼ Hasilkan sajak berdasarkan tema atau isu yang ditetapkan dan bayangan minda. 4. Ahli mengarang sajak. 5. Ahli mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul. • Menyuburkan perasaan cinta akan bahasa Melayu. • Menggalakkan murid menyumbangkan idea dan kreativiti. 9. PERJUMPAAN 9 14.10.2023 WAWANCARA / TEMUBUAL 1. Guru menetapkan tajuk wawancara / temubual. 2. Guru menerangkan ciri-ciri wawancara / temubual yang terbaik. 3. Aktiviti simulasi dijalankan : a) Ahli dibahagikan kepada tiga kumpulan : i. Panel ii. Wartawan iii.Penonton • Memupuk sikap yakin diri dan berani. • Menggalakkan ahli berkomunikasi dengan baik.


10. PERJUMPAAN 10 28.10.2023 BERITA 1. Guru memberikan contoh teks berita. 2. Ahli mencari bahan dalam Internet. 3. Ahli menyediakan teks berita sendiri. 4. Beberapa orang ahli dipilih untuk menyampaikan berita. • Menggalakkan murid bijak memilih bahan dan membuat perancangan. • Melatih murid untuk memilih berita yang benar-benar sahih untuk dikongsikan. 11. PERJUMPAAN 11 25.11.2023 JAMUAN AKHIR TAHUN 1. Mengedarkan kad undangan. 2. Menyediakan tempat jamuan. 3. Menyediakan atur cara. 4. Menceriakan tempat jamuan. 5. Ucapan, jamuan dan penyampaian hadiah / sijil penghargaan. • Menggalakkan murid berfikir dengan pantas untuk membina perkataan. • Menggalakkan murid bijak menyelesaikan masalah dan mencatur perancangan. • Menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan ahli. 12. PERJUMPAAN 12 02.12.2023 PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 1. Agihan kumpulan diberikan kepada semua ahli. 2. Ahli melakukan aktiviti bersama kumpulan masing-masing. • Memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama. • Menggalakkan murid untuk berkongsi pandangan dan pendapat dengan harmoni dalam suatu akviti yang dilaksana. • Mematuhi arahan dan peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan. Disediakan oleh, ROLAIMI BINTI MALIMBRONI Ketua Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu SK Pasir Putih


Click to View FlipBook Version