KAJIAN TINDAKAN PANITIA BAHASA MELAYU TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS BACAAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH, SANDAKAN. 07 FEBRUARI 2023 PEMBENTANG : MADRIATY MOHAMMAD RASHMILIE BINTI JAMLIE
ISI KANDUNGAN Back to Agenda PENGENALAN PERMASALAHAN KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN KUMPULAN SASARAN METODOLOGI KAJIAN ANALISIS KAJIAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
PENGENALAN
Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran asas dalam pembelajaran sesuatu ilmu pengetahuan apatah lagi dalam mempelajari sesuatu bahasa. Kemerosotan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid tahap satu akhir-akhir ini sering diperkatakan dalam masyarakat. Walaupun isu ini boleh diatasi dengan menyediakan aktiviti yang menarik dan bersesuaian, kajian tindakan perlu dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk mengatasi sesuatu isu secara sistematik dan bersasar.
OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF UMUM Membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid yang terlibat dengan lancar serta memupuk minat murid dalam budaya membaca dalam kehidupan seharian.
Memastikan 25 orang murid yang terlibat boleh mengeja dan membezakan suku kata dengan betul. Meningkatkan kadar 100% daripada murid yang terlibat boleh membaca suku kata KV dan KVK dengan lancar. Meningkatkan kadar sekurang-kurangnya 90% murid boleh membaca gabungan perkataan, rangkai kata dan ayat mudah dengan lancar. Mengubah persepsi murid terhadap keupayaan diri, meningkatkan jati diri dan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri. Mewujudkan interaksi mesra antara guru dengan murid dan murid dengan murid secara dua hala. OBJEKTIF KHUSUS
PERMASALAHAN KAJIAN
Masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu ialah murid-murid masih belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun sudah berada di dalam tahun dua. Sebelum kajian dimulakan didapati murid sering gagal menjawab latihan mahupun ujian yang diberikan berpunca daripada ketidakcekapan murid menguasai kemahiran membaca seperti pengecaman huruf vokal dan konsonan, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan dan suku kata yang mereka gagal bunyikan. Selain itu mereka juga mempunyai masalah dalam menjarakkan perkataan. Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan sehingga seringkali kita melihat isu ini dipaparkan dalam media sosial. Keadaan ini semakin lama semakin membimbangkan apabila ramai murid gagal membaca walaupun sudah menginjak sekolah menengah.
KUMPULAN SASARAN
KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 7 orang murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Sandakan yang terdiri daripada 1 orang murid perempuan dan 6 orang murid lelaki.
METODOLOGI KAJIAN
PEMERHATIAN Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian semasa dalam kajian ini di laksanakan. Semasa PdPc dijalankan pemerhatian dapat dilakukan dalam aktiviti mengeja dan membaca secara individu. Selain itu, saya juga melakukan pemerhatian dari semakan hasil kerja atau lembaran kerja murid. TEMUBUAL Kaedah lain yang saya gunakan juga adalah temubual secara tidak formal dengan guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN/ UJIAN SARINGAN Praujian dilakukan pada awal sesi sebelum kajian dilaksanakan. Manakala pascaujian atau ujian saringan pula diberikan kepada murid pada akhir tempoh kajian tindakan ini dilaksanakan untuk menlihat sejauh mana kajian ini dapat mengatasi masalah membaca murid.
ANALISIS KAJIAN
5 orang murid tidak dapat mengecam beberapa abjad vokal dan konsonan daripada 24 abjad. 2 orang murid tidak dapat mengingat semula suku kata yang dieja. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menggabungkan suku kata yang dieja untuk membentuk perkataan bermakna. PEMERHATIAN Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya dapati;
Guru-guru menyatakan bahawa murid kurang beri perhatian dan tumpuan semasa pengajaran dalam kelas dijalankan. Murid tidak serius belajar dan banyak bermain selain sering membuat kerja lain semasa guru mengajar. Murid menyatakan mereka tidak mendapat bantuan dan bimbingan semasa di rumah. Mungkin kerana 80% dari murid-murid adalah golongan murid yang agak susah taraf hidupnya dan ibubapa yang tidak berpelajaran tinggi. Saya dapati mereka (100%) mengatakan tidak berupaya mengecam bunyi huruf dan suku kata dengan alasan terlalu susah, banyak sangat dan mudah lupa. Saya dapati juga, 2 orang murid tidak bersekolah di prasekolah sebelum ke tahun 1. Hal ini menyebabkan, murid tersebut banyak ketinggalan kemahiran asas membaca. TEMUBUAL Melalui temubual yang dijalankan,
PRAUJIAN - Semua murid yang terlibat dalam kajian telah GAGAL dalam praujian tersebut. PASCAUJIAN - 2 orang murid BERJAYA membaca petikan mudah dengan lancar tanpa bimbingan guru. 4 orang murid BERJAYA membaca ayat mudah dengan bimbingan guru. Hanya 1 orang murid GAGAL melepasi ujian kerana masih tidak tahu mencantumkan suku kata untuk membentuk perkataan yang bermakna. PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN / UJIAN SARINGAN Melalui praujian dan pascaujian/ ujian saringan yang dijalankan,
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
JOM KENAL ABJAD Aktiviti ini digunakan kepada murid yang tidak menguasai konstruk abjad. Dalam aktiviti ini, murid diajar mengecam dan mengingat abjad secara berulang-ulang melalui nyanyian disertai kad imbas abjad. 5 MINIT EJA SUKU KATA Aktiviti ini digunakan kepada murid yang tidak menguasai konstruk suku kata. Dalam aktiviti ini, murid diajar mengecam dan mencantumkan suku kata secara berulang-ulang melalui nyanyian disertai bahan bantu mengajar maujud (botol plastik).
REFLEKSI KAJIAN
Pendedahan ke atas murid dalam aktiviti JOM KENAL ABJAD sambil melihat kad imbas dapat membantu murid mengecam dan mengingat abjad. Mereka juga dapat mengecam dan mengingat susunan huruf. Bagi mengukuhkan lagi ingatan dan pemahaman mereka, saya telah menambahkan aktiviti pengayaan dengan memadankan semula huruf kecil dan huruf besar bersama. Pengulangan secara berterusan aktiviti ini membantu murid untuk betul-betul mengecam abjad yang telah dipelajari. Manakala aktiviti 5 MINIT EJA SUKU KATA juga dapat meningkatkan kemahiran murid kerana aktiviti yang dijalankan dengan cara didik hibur membuatkan murid tidak bosan dan tidak tertekan. Selain bahan bantu belajar yang mudah dan senang untuk digunakan oleh murid. Murid yang lemah hanya dapat dibantu melalui aktiviti belajar sambil bermain. Apabila mereka berasa seronok belajar, keyakinan diri mereka meningkat dan sekaligus motivasi mereka meningkat untuk menambahbaik kemahiran mereka. Selain itu, PdPc yang terkawal membantu mengeratkan hubungan antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid.
Semasa kajian ini dilaksanakan, terdapat beberapa cabaran yang telah saya temui. Antaranya ialah murid tidak dapat bimbingan berterusan selepas sahaja waktu persekolahan di rumah. Ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan dan urusan harian, tidak dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran murid di rumah. Selain itu, ibu bapa murid juga ada yang tidak tahu membaca dan menyukarkan mereka untuk membimbing anak-anak menyiapkan tugasan di rumah. Cabaran lain yang saya hadapi adalah, agak sukar melaksanakan pengajaran terbeza apabila jurang antara murid tersebut terlalu jauh iaitu terdapat murid yang sangat lemah dan ada murid yang sangat cerdas. Saya banyak meluangkan masa dan tenaga untuk mengatasi masalah ini.
Back to Agenda EVIDEN PRAUJIAN
Back to Agenda EVIDEN PEMANTAUAN KAJIAN TINDAKAN
Back to Agenda EVIDEN BIMBINGAN BERFOKUS
Back to Agenda EVIDEN BIMBINGAN BERFOKUS
Back to Agenda EVIDEN BIMBINGAN BERFOKUS
Back to Agenda EVIDEN PASCAUJIAN
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Back to Agenda Skop kajian perlu diperluaskan. Dalam kajian ini ia hanya melibatkan dua kelas sahaja iaitu murid-murid dari tahun 2. Pada masa akan datang, pengkaji disaran agar meluaskan lagi skop kajian ini merangkumi jumlah responden yang lebih ramai melibatkan murid tahun 1 sehingga tahun 6. Selain itu, tempoh kajian juga boleh dipanjangkan lagi bagi mendapatkan data yang lebih jitu dan gambaran yang lebih jelas mengenai isu kemahiran asas membaca ini. Cadangan lain yang boleh dipertimbangkan agar dilaksanakan bengkel penyediaan bahan bantu mengajar supaya ia dapat digunakan bersama dalam sesi PdPc guru Bahasa Melayu.
Back to Agenda SEKIAN, TERIMA KASIH.