The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Che_Lai, 2023-08-02 21:51:51

PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL 3

PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL 3

Keywords: MMI

M u k a S u r a t | 193 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar cara belajar), aktiviti melengkapkan lembaran peta grafik, mencipta, dan mendeklamasikan sajak. Penilaian dibuat secara formatif (lisan, pemerhatian, dan penulisan). Kerja pengukuhan ialah menjelaskan tema dan persoalan-persoalan sajak yang dibina. Set induksi dimulakan dengan guru menyoal murid tentang tajuk dan jumlah rangkap sajak yang dipelajari pada pelajaran lepas. Perkembangan PdP diteruskan dengan guru memperdengarkan pita rakaman deklamasi sajak berjudul, ‘Ibadat’ karya Sabar Bohari (1995) yang dideklamasikan oleh R. Azmi (guru dari SMK Machang). Beberapa soalan seperti nada dan unsur agama yang terdapat dalam sajak tersebut dikemukakan kepada pelajar. Seterusnya guru mengedarkan kepada setiap pelajar LPG (carta pai) yang tercatat tema dan kata kunci untuk pembinaan setiap rangkap sajak seperti di bawah. Tema Sajak Kebesaran Tuhan Manusia ……………………………………………………… Bumi ………………………………………………………. Matahari ………………………………………………………. Mati …………………………………………………………


M u k a S u r a t | 194 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Berdasarkan kata kunci dalam setiap petak di atas, murid diminta membina baris-baris ayat dengan bahasa yang puitis dalam masa tiga puluh minit. Selepas setiap petak siap dibina dengan bimbingan guru, dan sajak siap dicipta, satu atau dua orang murid diminta mendeklamasikannya. Guru akan menegur aspek kelemahan deklamasi murid seperti gaya, nada, suara, kelancaran, dan penghayatan. Kesimpulannya, potensi dan kemahiran murid boleh dipupuk dengan bimbingan guru di bilik darjah secara berkesan dan bijaksana. Apabila murid sudah terbiasa dengan teori dan konsep kemahiran mencipta sesuatu, maka dengan mudah projek-projek tugasan lain di luar bilik darjah boleh dilaksanakan dengan baik. Misalnya, tugasan projek folio sastera SPM yang mempunyai lima puluh tajuk yang diberi kepada murid-murid telah dapat diselesaikan dengan sempurna (Rujuk kepada Lampiran 3). Kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang seperti inilah yang hendak dipupuk dan dibina dalam PIPP 2006-2010, iaitu modal insan sebagai penyumbang dan bukan lagi sekadar pengguna. 3. Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang menghayati nilai-nilai murni PdP nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu boleh dilaksanakan dengan dua cara, iaitu secara langsung dan tidak langsung. Dalam penyampaian PdP berkesan di bilik darjah, pengkaji cuba menghuraikan aplikasi dan penghayatan nilai murni atas pelajar atau modal insan melalui kedua-dua cara ini sebagai contoh, PdP aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam cerpen, ‘Pawana’ karya Zaharah Nawawi (1997). Pendekatan digunakan ialah pendekatan berfokus dan


M u k a S u r a t | 195 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar analitik manakala kaedahnya ialah kaedah membaca teks dan pemahaman, membaca teks dan perbincangan, dan kerja kumpulan. Teknik yang digunakan ialah, menggunakan lembaran kerja dan sumbang saran manakala kemahiran bernilai tambah (Aplikasi kemahiran berfikir), aktiviti perbincangan dalam kumpulan (Rujuk kepada Lampiran 4), membaca teks, mengisi carta, dan pembentangan. Set induksi dimulakan dengan guru bertanya murid maksud nilai kemanusiaan atau nilai murni dan jenis-jenisnya sebagai mengulang kaji pelajaran lepas. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan iaitu lapan orang setiap kumpulan. Guru meminta murid membuka teks “Bacalah dalam Bahasamu”, Siri A halaman 54-64. Guru menentukan halaman mengikut kumpulan, iaitu kumpulan 1 (halaman 54-55), kumpulan 2 (halaman 56-57), kumpulan 3 (halaman 58-59), kumpulan 4 (halaman 60-61), dan kumpulan 5 (halaman 62-64). Guru meminta setiap kumpulan meneliti nilai kemanusiaan atau nilai murni dan pengajaran beserta contoh peristiwa yang terdapat di halaman teks seperti yang telah ditetapkan dan mengisi carta yang diedarkan kepada setiap kumpulan dalam masa 40 minit seperti di bawah. Senarai nilai murni Contoh peristiwa Senarai pengajaran Contoh peristiwa 1) 2) 3) 4) 5)


M u k a S u r a t | 196 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Guru menyarankan setiap kumpulan tampil ke hadapan bilik darjah untuk membentangkan hasil penemuan masing-masing. Guru membuat rumusan dan meminta murid mencatatkannya di dalam buku catatan. Daripada pelaksanaan penyampaian PdP di bilik darjah seperti di atas, aplikasi penghayatan dan pelaksanaan nilai-nilai murni telah pun berlaku. Aplikasi penghayatan nilai-nilai murni secara tidak langsung ialah melalui aktiviti kerja kumpulan dan pembentangan hasil penemuan. Dalam aktiviti kerja kumpulan, penerapan nilai-nilai murni yang berlaku ialah nilai kerjasama, ketekunan, ketelitian, berdisiplin, menepati masa, semangat persaingan yang sihat, berbahasa sopan santun, menghormati pandangan rakan sebaya, akur kepada arahan, dan sebagainya. Dalam aktiviti pembentangan hasil penemuan kumpulan di depan kelas, nilai-nilai murni yang terserlah dan dapat dibina dalam kalangan murid atau modal insan ialah nilai keberanian, yakin diri, tidak segan, berbahasa sopan santun, dan menghormati guru. Penilaian penghayatan nilai-nilai murni dibuat melalui lisan, penulisan, dan pemerhatian atas tingkah laku, sikap, dan tindak tanduk murid sepanjang masa PdP. Penyampaian PdP seperti di atas, amat menarik kesannya. Kesannya dapat dilihat berlaku perubahan sikap, amalan, tindakan, dan tingkah laku murid ke arah yang lebih positif. Misalnya, kelas lebih terkawal dan tidak bising dan tugasan yang diberi kepada pelajar dapat disiapkan dengan baik. Apabila dikemukakan soalan mengenai pelajaran, murid berdiri dan menjawab dengan sopan. Ketika mula melangkah kaki ke kelas, murid berdiri dan memberikan salam. Selepas tamat masa pengajaran, murid berdiri dan mengucapkan terima kasih.


M u k a S u r a t | 197 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kesan penyampaian PdP berkesan di bilik darjah dalam aspek penghayatan nilai-nilai murni terbukti apabila Raja Fadhilah binti Raja Ahmad, murid Tingkatan 5P3, telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah sesi 2007, di SMK.Sultan Ibrahim Satu. Dari segi akademik, murid ini hanya mendapat 4B mata pelajaran Kesusasteraan Melayu (SPM 2006), tetapi dengan kekuatan nilai-nilai murni yang dimilikinya menyebabkan beliau dipilih sebagai Ketua Pengawas Sekolah. Dengan nilai yakin diri yang tinggi, beliau telah dapat berucap dengan baik sebagai pengerusi majlis, dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Guru dan Murid, di Dewan Besar, SMK. Sultan Ibrahim Satu, pada 4 April, 2008 ( Rujuk Lampiran 5). Kesimpulannya, melalui penyampaian PdP berkesan di bilik darjah secara terancang dan penuh komited, saya yakin, kita mampu membina, memupuk dan menghasilkan modal insan yang memiliki sahsiah cemerlang, gemilang, dan terbilang. KESIMPULAN Penyampaian PdP berkesan di bilik darjah merupakan satu strategi penting pendidikan yang perlu diberi perhatian serius oleh semua guru. Untuk mencapai tahap PdP berkesan, guru merupakan terasnya. Guru harus terlebih dahulu menyediakan dirinya dengan segala unsur yang melibatkan profesionalismenya. Dengan kekuatan dalaman dan luaran guru, di samping elemen-elemen lain yang menyokong sistem pendidikan yang sedia ada pada hari ini, modal insan yang hendak dijana dan dilahirkan sebagaimana yang terkandung dalam PIPP 2006-2010 diharap akan dapat dicapai.


M u k a S u r a t | 198 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Untuk memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada, khususnya ke arah menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan menghayati nilai-nilai murni, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu hendaklah dijadikan sebagai mata pelajaran teras di peringkat SPM, kerana mata pelajaran ini mempunyai banyak ilmu, kemahiran dan nilai murni yang boleh membentuk seseorang insan. Pelaksanaan sistem penilaian dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti membuat projek dan slot persembahan bagi mata pelajaran ini akan meningkatkan potensi diri yang ada dalam kalangan murid. KPM juga harus memikirkan satu penandaarasan khusus tentang cara mentaksir penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan murid kerana pencapaian akademik semata-mata belum pasti menjamin kesejahteraan masa depan mereka. SYOR 1. KPM hendaklah menjadikan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil dan lulus oleh semua murid di peringkat peperiksaan SPM kerana dalam mata pelajaran ini terdapat banyak amalan nilai murni yang sangat untuk menjana modal insan yang berjiwa kemanusiaan. 2. Untuk mencapai tahap PdP berkesan di bilik darjah, guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan dalam bidang pendidikan dari semasa ke samasa. Guru-guru haruslah menguasai keseluruhan aspek bahan PdP sebelum memasuki sesuatu kelas. Guru-guru hendaklah menguasai dan memahami Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Pedagogi terkini (KBSM 2002 yang diubahsuai). Guru-guru harus menguasai pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, teknik, kemahiran bernilai tambah, dan aspek pengisian kurikulum. Guru-guru harus mampu menggunakan


M u k a S u r a t | 199 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar BBM yang sesuai dan terkini. Guru-guru juga dicadangkan agar boleh mencipta inovasi dan kaedah PdP yang menarik. Tidak hanya tertakluk dan terkongkong dengan apa yang sedia ada. 3. Guru-guru hendaklah mempunyai visi dan misi serta bersemangat dan bermotivasi tinggi sepanjang masa. Guru-guru juga mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek pembinaan soalan ujian atau peperiksaan di samping berpengalaman dalam pemeriksaan kertas di peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia dan sebagainya. 4. Disiplin dan sahsiah diri merupakan tonggak penting yang perlu dijaga oleh setiap guru. Disiplin dari segi masa, pakaian, tutur bicara, dan perilaku merupakan unsur yang tidak boleh diabaikan. Rujukan PIPP 2006-2010. Laman Web. KPM: www.moe.gov.my Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang. (2007). Penilaian Tahap Kecekapan Kompetensi Umum untuk Pegawai Perkhidmatan Awam. Selangor: Multimedia-ES Resourses Sdn Bhd. Mok Soon Sang. (2007). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Pengajaran & Pembelajaran (PdP). Selangor : Multimedia-Es Resourses Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2004). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Edisi Kedua. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Dr. Mahathir Bin Mohamad. (1991). Wawasan 2020. Biro Tatanegara: Jabatan Perdana Menteri Malaysia.


M u k a S u r a t | 200 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Budi Bahasa Budaya Kita. (2005). Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Selangor : MBH Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur : Vinlin Sdn. Bhd. Ismail Kassan. (2000). Novel Restu. Kuala Lumpur : Gapeniaga Sdn. Bhd. Bacalah Dalam Bahasamu, Jilid A. (2000). DBP, KPM. Kuala Lumpur : Rina Sdn. Bhd. KBSM. (1988). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM. (1991) (Semakan Semula 2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.


M u k a S u r a t | 201 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 1 Petikan novel Restu ( Bab 24 ) yang diubahsuai dalam bentuk dialog Ikram : “Tuan-tuan lebih ramai dan lengkap bersenjata. Saya Cuma seorang. Bagaimana kalau kita berunding saja? Rozali : “Berunding? Hei, kau ingat ni mesyuarat? Kau takut mati ya, tuan A.D.O.? Ha! Ha! Ha! ( Ketawa kuat ) Ikram : “Ya, berunding! Tuan-tuan mau apa? Wang? Kereta ini atau apa saja barang dalam stor itu. Ambillah! Tolonglah jangan ganggu saya.” Rozali : “ Tuan A.D.O. kita ni penakut rupanya! Aku ingat dia ayam jantan Penarik Hulu! Rupa-rupanya cuma kucing kurap! Hei, dengar sini! Aku mau semuanya, wang, kereta kau, barangbarang dalam stor itu dan tambah satu lagi nyawa engkau. Ikram : “ Apa tujuan tuan-tuan buat macam ini? Siapa sebenarnya tuan-tuan semua? Saya tak ada salah apapun kepada tuantuan.” Rozali : “ Hei, Dol! Dia panggil aku tuan. Muka penjahat antarabangsa macam aku ini dipanggil tuan oleh tuan A.D.O. Rupanya tuan A.D.O. ini memang betul-betul pengecut.” (Ketawa beramai-ramai). Dol/Abdullah : “ Li, entah-entah seluar dia dah basah tak? Ha! Ha! Ha! Aku sukalah kalau dapat tengok dia merangkak atas jalan tanah merah yang cantik ini melalui celah kelangkang aku. Apa macam, Li?” Rozali : “ Din, Dol, dia nak kenal siapa akulah. Macam mana? Boleh tak aku perkenalkan diri aku yang mulia ini? Ha! Ha! Ha! “Tuan A.D.O. kita sibuk benar nampaknya. Malam-malam hari begini masih lagi merayap dari rumah ke rumah, berkempen.”


M u k a S u r a t | 202 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Hei, engkau betullah tak berhati perut! Kalau kunci air ini siap, jalan pun siap jugak. Bila jalan dah siap, lori enam roda dari bandar boleh terus masuk ke hulu. Kami semua nak makan apa? Bodoh? Tolol!” Ikram : ” Li, Rozali! Aku tau engkau Rozali. Ini bukan cara yang baik untuk selesaikan masalah. Kita boleh berunding. Kita boleh adakan peraturan melarang lori besar masuk ke dalam kampung. Lori-lori milik engkau masih boleh terus mengangkut hasil macam biasa.” Rozali : “Ya, aku Rozali (sambil merenggut kain hitam yang membungkus mukanya). Rozali yang telah engkau malukan dalam gelanggang silat beberapa bulan lalu. Takkan tuan A.D.O. dah lupa!” Ikram : “Jadi, selama ini engkaulah orang yang mencuri barangbarang dari stor itu?” Rozali : “Ya, akulah yang mencuri barang-barang itu!” Dol/Abdullah : “Li, apa yang kau buat ini?” Rozali : “Ah, aku tak peduli! Sekejap lagi tuan A.D.O. ini bersekali penjaga stor itu akan hangus jadi abu. Hei, tuan A.D.O.! Kalau kau hendak tau, akulah jugak yang menikam Tok Leman dulu, sampai dia jadi separuh mati. Dan abang kau, Yazid yang tolol itu yang kena tuduh. Sekarang engkau adiknya pulak akan menerima nasib macam si bahlul itu. Cukup bertuah aku malam ini.” (Ketawa berdekah-dekah). Mengingatkan nasib malang abangnya Yazid, kepada tanahnya yang telah bertukar milik akibat undian dan sikap biadap Rozali, Ikram semakin hilang kesabaran. Dengan pergerakan yang cukup pantas Ikram mengayun satu tendangan tepat ke arah perut si kekar dan pergaduhan yang mencemaskan terus berlaku...


M u k a S u r a t | 203 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Dari arah belakang kereta tiba-tiba muncul satu lembaga manusia. Lembaga itu kelihatan memegang sepotong kayu. Dengan kayu di tangan, lembaga itu menghentam mudah dua daripada musuh yang sedang bersedia untuk menyerang Ikram. Pak Usop : “Cukup! Jangan dipukul lagi. Buka ikatan penjaga stor itu”.


M u k a S u r a t | 204 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 2 Kaedah membaca dialog menggunakan petikan novel Restu, Bab 24


M u k a S u r a t | 205 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 3 Projek tugasan folio mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Murid Tingkatan Lima, 2007


M u k a S u r a t | 206 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 4 Kaedah perbincangan dalam kumpulan


M u k a S u r a t | 207 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 5 Raja Fadhilah binti Raja Ahmad ( Pelajar 5P3, SPM 2006: Ketua Pengawas SMK. Sultan Ibrahim Satu, sesi 2008 )


M u k a S u r a t | 208 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar GLOSARI 16


M u k a S u r a t | 209 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar GLOSARI KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia JPN - Jabatan Pendidikan Negeri PPD - Pejabat Pendidikan Daerah JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam BPG - Bahagian Pendidikan Guru IAB - Institut Aminuddin Baki JNJK - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti BKK - Bahagian Kokurikulum dan Kesenian BPSH - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum LP - Lembaga Peperiksaan PdP - Pengajaran dan Pembelajaran MMI - Melindungi Masa Instruksional SOP - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi) LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan SIP - School Improvement Programme (Program Peningkatan Sekolah) PLC - Profesional Learning Community (Komuniti Pembelajaran Profesional) RPH - Rancangan Pengajaran Harian RPT - Rancangan Pengajaran Tahunan NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca HIV - Human Immunodeficiency Viirus AIDS - Acquired Immuno Deficiency Syndrome


M u k a S u r a t | 210 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar AJK - Ahli Jawatankuasa JK - Jawatankuasa PK - Penolong Kanan HEM - Hal Ehwal Murid PIBG - Persatuan Ibu Bapa - Guru BBM - Bahan Bantu Mengajar VRC - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya) NKRA - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara) SPPK - Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan TALIS - Teaching and Learning International Survey (Kajian Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran) ALT - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik) SK - Sekolah Kebangsaan SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas TOV - Take-Off Value OTI - Operational Target Increase ETR - Expected Target Result OKU - Orang Kurang Upaya PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah PS - Pentaksiran Sekolah PPsi - Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)


M u k a S u r a t | 211 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENYUMBANG 17


M u k a S u r a t | 212 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENYUMBANG Penasihat Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Ketua Pasukan Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Setiausaha Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Penolong Setiausaha Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Editorial Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Rose Lina binti Ismail Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Saiful Bahari bin Mohd Tauhid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Anuar Adnan bin Ismail Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Azlina binti Yusoff Sekolah Kebangsaan Kajang Utama Ummul Aemma binti Murtedza Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Mohd. Mustafa Amin bin Sidek Jabatan Pendidikan Perlis Zulkiifli bin Yaacob Jabatan Pendidikan Kedah Zulkafly bin Othman Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Zulkifli bin Mohd Surin Jabatan Pendidikan Perak Azmi bin Misron Jabatan Pendidikan Selangor Wan Zamri bin Wan Ali Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur Radziah binti Abdul Manap Nasri bin Ramli Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan


M u k a S u r a t | 213 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Mat Hassan bin Abdullah Jabatan PendidikanMelaka Siti Hajar binti Mahrol Jabatan Pendidikan Johor Rohana binti Moin Jabatan Pendidikan Pahang Muhamad bin Tawan Zainon bin Jusoh Jabatan Pendidikan Terengganu Haji Wan Mohamed Zuri bin Wan Abdullah Jabatan Pendidikan Kelantan Haji Harith bin Haji Ideris Nordin bin Haji Abd. Rashid Jabatan Pendidikan Sabah Nur Muhd Aiman bin Abdullah Jabatan Pendidikan Sarawak Mohd Nizam bin Yasim Jabatan Pendidikan WP Labuan Zorkarnini bin A. Ghani Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Melek bin Arbi Pejabat Pendidikan Daerah Mukah Pembaca Proof Saruchi bin Sawal Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Dr. Nazirah binti Mohd Nordin SK Sungai Serai, Kajang, Selangor Dr. Noor Hayati binti Che Mat SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor Nor Salina binti Mohd. Zainudin SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor Penulis Mohd Jamil Bin Rosli SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Arau, Perlis Suhaimi bin Mohd Tabiee SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang Roziah binti Ayub SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak Mahadiah binti Muda SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur Muhamad Shahlyme Bin Abd Wahid Haryani Binti Ismail SK Yamtuan Lenggong, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan Katherine Tan Teck Neo SK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka Hamimah binti Hamid Jamilah binti Osman Norrehan binti Mohamad Nuur Hidayah binti Ab Hamid SK Convent Infant Jesus 2, Melaka Rohani Binti Hamzah SMK Durian Daun, Melaka Shahril bin Othman Azmi bin Abd Rahim Rahim bin Hassan SK Maran, Maran, Pahang


M u k a S u r a t | 214 Melindungi Masa Instruksional (MMI) Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Noraini Binti Ibrahim SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu Puan Nurul Syafinaz Binti Ishak SMK Imtiaz, Yayasan Terengganu, Besut, Terengganu Andi Kaswia binti Abdul Kadir SMKA Kota Kinabalu, Sabah Farida binti Abdul Rahman SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Fauzi bin Hashim SK Paya, Beseri, Perlis Ab Aziz bin Omar SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan Reka Bentuk dan Susun Atur Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Reka Bentuk Kulit Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Urus Setia Dr. Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Rose Lina binti Ismail Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Anuar Adnan bin Ismail Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Abrar bin Idris Bahagian Pendidikan Islam Ahmad Faris bin Johan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Mohd Saifulnizal bin Sabian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Hasliza binti Md Ali Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Click to View FlipBook Version