The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatin Najihah, 2023-04-11 22:20:18

Penternakan Lebah Kelulut

Assignment

Buku Skrap: Penternakan Lebah Kelulut N U R U L F A R Z A N A B I N T I H A S H I M ( D 2 0 2 1 1 1 0 0 3 6 8 ) F A T I N N A J I H A H B I N T I A B U S A M A H ( D 2 0 2 1 1 1 0 0 3 7 0 ) N U R A Z U R E E N B I N T I A B D U L R A H I M ( D 2 0 2 0 2 0 9 7 5 2 1 ) W A N M U H A M M A D A L I F B I N W A N R A Z A L I ( D 2 0 1 9 1 0 8 9 4 2 9 ) NAMA AHLI KUMPULAN 1 1 . 2 . 3 . 4 . P E N S Y A R A H P E N A S I H A T D R . M O H D S Y A R I E F U D I N B I N A B D U L L A H TRIGONA THORACICA


KELULUT (Trigona sp) merupakan sejenis serangga kecil kumpulan lebah yang berwarna gelap dan tidak menyengat. Lebah kelulut atau kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu walau pun saiznya serangga ini kecil. Diseluruh dunia serangga ini dikatakan mempunyai hampir 500 spesis bergantung kepada lokalti dan cuaca persekitaran. Didapati bahawa lebah kini menjadi popular seperti 'goreng pisang panas' apabila promosi dilakukan oleh usahawan muda. Banyak kursus dan kempen memelihara kelulut walaupun kos permulaan untuk menyediakan kotak kelulut dan koloni kelulut agak tinggi . Kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia daripada kawasan seperti di Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika benua Amerika. Bagaimana pun di Malaysia kelulut tempatan memang telah ujud semenjak dulu kala tanpa diminati oleh penduduk dikampong. Peranan kelulut sebagai serangga pendebunga yang signifikan untuk bunga buah-buahan dan tumbuhan lain kurang diperkatakan secara khusus. PENGENALAN


KANDUNGAN PENGENALAN TRIGONA THORACICA SP. CIRI-CIRI TEKNIK PRODUK PENUTUP 1. 2. 3. 4. 5. 6.


TRIGONA THORACICA Geniotrigona thoracica ialah jenis lebah kelulut spesis endemik di Malaysia. Ia terdiri daripada kumpulan kelulut IndoMalayan. Kelulut ini dikenal pasti sebagai salah satu agen pendebungaan untuk tanaman seperti durian, rambutan, dan manggis. T. thoracica lazimnya akan membuat sarang di batang dan tunggul kayu. Madunya walau pun sedikit tetapi ia memang boleh dimakan.Kelulut ini melindungi sarangnya dengan lapisan propolis. Di ikalangan orang kampong, kelulut jenis ini sering dijumpai oleh para petani dan penduduk kampong dengan biasanya bersarang di tebingtebing bukit atau tanah ladang yang mana kedudukannya agak curam. Ia juga bersarang dalam pokok kayu berlubang walaupun kini dilaporkan dalam keadaan semulajadi populasinya sudah jauh berkurang akibat pencerobohan kawasanan asalnya. Berdasarkan pemerhatian beberapa penyelidik, spesis T. Thoracica boleh diambil koloninya untuk dijinakan dan diternak dikawasan kampong yang mempunyai banyak sumber makanan. Kini banyak jenis kelulut ini telah dibiakan dan dijual sebagai spesis kelulut yang produktif dan menjadi rebutan ramai.


CIRI-CIRI Kajian dibeberapa lokasi mendapati daripada pelbagai jenis lebah kelulut didakwa spesis T. thoracica ini dapat di kelaskan sebagai jenis yang special kerana ia memiliki ukuran tubuh yang lebih besar jika dibandingkan lebah trigona lainnya. Kelulut jenis ini memiliki ciri yang mudah dibezakan pada warna tubuhnya yang didominasi warna hitam kecoklatan (brownies) dan bagian thorax yang berwarna coklat. Apa yang menarik mengenai spesis kelulut ini adalah dimana pintu masuk koloni T. thoracica berupa lubang tunggal berdiameter 1.5cm. Lubang ini yang cukup besar pada permukaan tanah yang dikelilingi oleh kumpulan berbagai bahan asas kukuh sama ada berbentuk silinder dan juga berbentuk corong. Bila diteliti kita akan melihat warna tebing yang mengelilingi pintu masuk nyaris sama dengan warna tanah atau batuan tebing di sekitar sarang itu. Ini adalah sebagai teknik penyamaran tersebut diperkirakan sebagai usaha pertahanan koloni dari gangguan musuh.


CIRI-CIRI Lazimnya sama seperti jenis trigona yang lain pintu masuk di jaga oleh sekumpulan trigona jantan yang memiliki perwatakan yang sifatnya galak, 'Garang'. Kelulut penjaga ini seperti hendak menyerang dengan cukup ganas semasa kita mendekati sarang mereka. Rahang kelulut ini cukup kuat sehingga gigitannya akan terasa dan juga agak menyakitkan serta lazimnya akan memberikan bekas selepas ia menggigit kulit. Lebah kelulut spesis endemik di Malaysia dimana antara kehebatan kelulut ini dikenal pasti sebagai salah satu agen pendebunga untuk tanaman seperti durian, rambutan, dan manggis. T. Thoracica bergenera Heterotrigona dimana ia pertama kali dijumpai oleh Smith tahun 1857 dan kemudian dalam beberapa eksplorasi lain iaitu oleh Cameron tahun 1902 dengan nama Trigona lacteifasciata Cameron. Nama lain pernah diberikan adalah seperti Trigona ambusta oleh Cockerell tahun 1918 dan juga sebagai Trigona borneensis oleh Friese tahun 1933 di Pulau Kalimantan.


TEKNIK Teknik menggali sarang kelulut ini pada tanah yang ada sarang dilakukan untuk mendapatkan maklumat. Aktiviti penggalian perlu dilakukan secara hati-hati agar tidak berlaku kerosakan terutama dibahagian utama sarang. Jenis kelulut T. Thoracica ini berbentuk bundar tidak presisi seukuran bola sepak dewasa, mengisi rongga di tebing tanah yang juga berbentuk bundar seukuran sarang. Di sekeliling dinding sarang dilapisi oleh lapisan hitam yang keras terdiri daripada gam pelekat dan bahan semulajadi alam seperti tanah kering, pasir besi dan batuan kecil. Bila lempengan dinding dipatahkan maka isi patahan yang berwarna coklat tua adalah sangat mirip besi berkarat. Melihat sedikit ke dalam, penggisian sarang terdiri dari jalur pintu masuk, pot untuk penyimpanan larva, pot penyimpanan madu dan pollen. Kelihatan juga adalah interior lainnya seperti jalur-jalur yang menyerupai akar dan percabangan yang dibuat dengan menggunakan propolis. Jalur-jalur tersebut digunakan sebagai jalan atau perlintasan para lebah dari satu tempat ke tempat yang lain serta berguna pula sebagai penyangga struktur bangunan sarang. Bentuk pot penyimpanan telur dan larva lebah berbentuk piringan spiral bukan tumpuk. Persentasi penyimpanan telur lebih besar berbanding pot penyimpanan madu dan pollen.


PRODUK Produk utama lebah trigona adalah madu dan Bee Pollen. Pada kes-kes tertentu dapati perbezaan fizikal antara jenis madu T. thoracica dengan madu trigona yang lain adalah dari segi rasa dan warna. Namun perbezaan tersebut sudah biasa pada kelulut yang lain juga kerana perbezaan rasa dan warna pada madu trigona sangat dipengaruhi oleh persekitaran habitat, sumber makanan, usia madu dan juga iklim. Madu kelulut yang biasa dihasilkan adalah berwarna kuning terang hingga kehitaman. Pada spesies ini warna madu lazimnya berwarna violet atau hitam keunguunguan juga bergantung kepada faktur yang dinyatakan diatas. Bagaimana pun untuk dibezakan dengan madu lebah (Apis spp) memang agak nyata perbandingannya. Ini dapati berbeza dari segi rasa dimana ia memiliki rasa manis dan masam (Keasidan tinggi) dan ada diantara pengguna mengatakan bau madu kelulut agak kuat (ada kata macam bau hamis) dimana tidak terdapat kepada kelulut lain. Walaubagaimanapun madu lebah kelulut trigona mempunyai khasiat yang tinggi setanding dengan madu kelulut lain dengan harga yang dikatakan tinggi mencecah RM 160 - RM200 satu kilogram.


TrIgona Thoracica ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan bagi kebanyakan jenis buah-buahan, bunga, sayur dan tanaman lain. Kelulut ini sebenarnya merupakan keluarga lebah juga walau pun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Pemerhatian penulis dan pembelajaran terhadap spesies kelulut ini mendapati negara kita ini mempunyai banyak spesies Kelulut. Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 21 spesies Kelulut dan di Sabah dan Sarawak tidak diketahui. Perkara ini disahkan oleh beberapa penyelidik MARDI dalam kertas teknikal yang dibentangkan semasa kursus penternakan kelulut anjuran Jabatan Pertanian yang saya bersama mendengarnya. Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Antioksidan ini banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout. PENUTUP


Thank you


Click to View FlipBook Version