BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
KUBANG PASU
FOLIO
SEJARAH
TINGKATAN 3 2021
TOKOH-TOKOH YANG TERLIBAT
DALAM PEMBANGUNAN
KUALA LUMPUR
1. RAJA ABDULLAH RAJA JAAFAR
2. SUTAN PUASA
3. YAP AH LOY
4. ABDULLAH HUKUM
Nama : AFEEF HAMIZAN BIN MOHD HUZAIZI
Kelas : 304 AL-FARABI
No. Maktab : KP 190106
Nama Guru : PUAN RODZYWATI
isi kandungan
Perkara Muka Surat
penGHARGAAN 1
objektif kajian 2
raja abdullah 3-5
su tan puasa 6-9
yap ah loy 10-12
abdullah hukum 13-18
LAMPIRAN 19
rumusan 20
rujukan 21
penGHARGAAN
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia
dan rahmat-Nya saya dapat menyiapkan folio sejarah ini dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan. Tugasan folio ini telah memberikan pendedahan kepada
saya khususnya dalam mengetahui tentang “Tokoh-tokoh yang Terlibat Dalam
Pembangunan Kuala Lumpur” dengan lebih mendalam. Folio ini juga perlu
dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan matapelajaran sejarah bagi
Tingkatan 3.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada
Puan Rodzywati selaku guru matapelajaran sejarah saya di MRSM Kubang Pasu
yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing dalam menyempurnakan
folio ini. Keterangan dan penjelasan yang diberikan membolehkan saya mencari
maklumat dengan mudah dan cepat.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ibu bapa saya yang memahami bahawa saya memerlukan masa dan bantuan
kewangan yang mencukupi untuk menyiapkan folio ini dengan baik.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang memberikan
kerjasama yang baik dalam proses mencari dan mengumpulkan maklumat yang
berkaitan. Akhir sekali, ucapan penghargaan juga kepada sesiapa yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan folio ini.
1
objektif kajian
1. Mengenalpasti peranan dan sumbangan tokoh-tokoh tersebut dalam
pembangunan Kuala Lumpur.
2. Memahami dan menghayati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh
tersebut dalam pembangunan Kuala Lumpur.
3. Mengetahui dan meneliti latar belakang dan peranan tokoh-tokoh
tersebut dalam pembangunan Kuala Lumpur.
2
RAJA ABDULLAH
Latar Belakang
Nama Raja Abdullah Raja Jaafar seperti yang tercatat dalam buku teks sejarah
dikenali umum sebagai pengasas Kuala Lumpur. Raja Abdullah, beliau berasal
daripada keturunan Daeng Parani, salah seorang daripada pahlawan Bugis,
Daeng lima bersaudara dari Riau yang terkenal dalam sejarah Tanah Melayu
pada kurun ke-18.
Pada tahun 1866, berlaku Perang Kelang atau Perang Saudara Selangor di
antara Raja Abdullah dan Raja Mahdi. Tewas dalam pertempuran itu,
Raja Abdullah akhirnya mengundur diri dari Klang. Beliau mangkat dan
dikebumikan di Ketapang, Melaka.
peranan
Beliau datang ke Lukut pada tahun 1834 bersama abangnya, Raja Jumaat
untuk mengusahakan perlombongan bijih timah di situ. Di bawah pentadbiran
Raja Jumaat, Lukut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkenal
sekitar tahun 1830-an.
Sekitar tahun 1849 dan 1850, Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor ketiga
telah menyerahkan watikah pelantikan pentadbiran Klang dan daerah sekitarnya
kepada Raja Abdullah menggantikan pemerintah sebelumnya, Raja Sulaiman
yang mangkat.
Selepas tujuh tahun mentadbir Klang, pada 1857, Raja Abdullah bersama-sama
87 orang buruh Cina telah meneroka lokasi bijih timah di sekitar Sungai Klang
sebelum mendarat di Ampang. Bagaimanapun, sebahagian besar buruh yang
dibawa meninggal dunia akibat demam malaria. Ekoran itu, Raja Abdullah
terpaksa meminta bantuan abangnya di Lukut yang kemudiannya menghantar
lebih 150 buruh tambahan ke Ampang.
Pada keseluruhan kawasan itu belum bernama tetapi disebabkan dipenuhi
dengan lumpur maka dikenali sebagai Lumpur. Raja Abdullah telah
membelanjakan wang yang begitu banyak untuk membiayai lombong-lombong
yang baru di buka di Ampang dan sekitar Kuala Lumpur. Pada masa yang sama
ramai orang Melayu keturunan Mandiling, Riau, Bangkahulu dan Rawa datang
berniaga membuka kedai makan, jahitan di Benteng dan Ampang.
3
sumbangan
Pada tahun 1859, bijih timah berjaya dikeluarkan buat julung-julung kalinya di situ.
Kuala sungai yang menjadi pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak
telah dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah.
Ia kemudiannya disimpan di Gedung Raja Abdullah di Pengkalan Batu, Klang
sebelum dieksport ke Barat melalui pelabuhan Singapura dan Melaka.
Dikatakan pangkalan di bahagian kuala sungai yang agak berlumpur itulah
membawa kepada kewujudan nama Kuala Lumpur pada hari ini.
Raja Abdullah telah membelanjakan wang yang begitu banyak untuk membiayai
lombong-lombong yang baru dibuka di Ampang dan sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama ramai orang Melayu keturunan Mandiling, Riau,
Bangkahulu dan Rawa datang berniaga membuka kedai makan, jahitan di
Benteng dan Ampang.
Kerancakan aktiviti perlombongan telah mengubah landskap Kuala Lumpur
menjadi sebuah pekan perlombongan yang padat dengan pelbagai aktiviti
dan perniagaan. Keadaan itu turut menarik masyarakat luar untuk berniaga
dan memulakan kehidupan baharu di situ.
4
gedung raja abdullah DI KLANG
DAHULU
SEKARANG
5
SU TAN PUASA
Latar Belakang
Berdasarkan buku Sutan Puasa: Founder of Kuala Lumpur, pemimpin
komuniti Mandailing itu itu dipercayai tinggal di Batu 4 1/2, Jalan Gombak
berhampiran Sungai Gombak, Kuala Lumpur. Keluarganya percaya rumah
itu menjadi kediaman terakhir Sutan Puasa sebelum dia menghembuskan
nafas terakhir. Rumah tersebut dirobohkan sekitar tahun 1984.
Mengikut catatan sejarah Mandailing, Sutan Puasa meninggal dunia pada
14 Ogos tahun 1908 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan
Ampang, Kuala Lumpur. Meskipun Sutan Puasa tidak berkahwin, beliau
membawa sekali anak saudaranya, Sutan Mengatas atau Jaafar ketika
berhijrah ke Tanah Melayu dan daripada situ keturunan Sutan Puasa
berkembang di negara ini.
peranan
Sutan Puasa yang tiba di Kuala Lumpur pada tahun 1859 lalu menjalankan
perniagaan sehingga menjadi seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan
disegani. Beliau yang berasal dari Tobang, Hulu Mandailing, Sumatera
berjaya menarik ramai orang Cina ke situ termasuk Kapitan Cina Pertama
di Kuala Lumpur, Hiu Siew dan Ah Sze.
Orang yang berniaga di situ seperti menjual kain dan makanan semuanya
orang Melayu, iaitu bangsa Rawa dan Mandailing manakala ketuaan
(pemimpin) masa itu ialah Sutan Puasa dan Raja Bilah. Kedua-dua ketua
itu mengutip (cukai) hasil dagangan yang lalu lintas melalui Sungai Kelang
atau Sungai Gombak.
6
sumbangan
Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mengakui Sutan Puasa antara
penyumbang kepesatan ekonomi di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang itu.
Sebelum aktiviti perlombongan bijih timah dijalankan di Kuala Lumpur, orang-orang
Mandailing telah membina penempatan di sekitar Sungai Gombak dan Sungai Klang.
Pada masa sama, katanya, aktiviti pertanian dan perdagangan turut dijalankan di
sekitar kawasan penempatan tersebut. Pentadbiran secara tidak langsung yang
diamalkan oleh raja dan pembesar pada masa tersebut telah meluaskan pengaruh
Sutan Puasa di kalangan orang Mandailing.
Sebagai ketua, beliau bertanggungjawab mentadbir dan memastikan tiada
kekacauan yang timbul di kalangan orang Mandailing serta akur kepada perintah
raja. Ketua orang Mandailing itu sendiri telah menjemput Hiu Siew dan rakannya
Ah Sze Keledek dari Sungai Ujung berhijrah ke Kuala Lumpur untuk
mengembangkan perniagaan.
Hiu Siew kemudiannya menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur pertama dengan
sokongan Sutan Puasa yang merupakan orang kaya Mandailing pada ketika itu.
7
su tan puasa
8
kediaman su tan puasa
KEDIAMAN Sutan Puasa di Batu 4 1/2 yang didiaminya sebelum meninggal
pada tahun 1908. Rumah tersebut dirobohkan sekitar tahun 1984.
9
YAP AH LOY
Latar Belakang
Yap Tet Loy atau lebih dikenali sebagai Yap Ah Loy seorang remaja naif yang
berhijrah di usia 17 tahun yang berhijrah. Yap membina dirinya sehingga menjadi
seorang pemimpin masyarakat pada usia 24, apabila dilantik kapitan di
Sungai Ujong.
Sejak kecil, dia melihat sendiri betapa sukarnya meneruskan kehidupan di tanah
kelahirannya, sebuah kampung digelar Tam Shui di daerah Kwai Yap, Guangdong,
China dan dari suku kaum Hakka. Ketika dilahirkan pada 14 Mac 1837, Dinasti Qing
sudah mengalami zaman kejatuhannya.
Yap seorang pedagang dari China yang menjadi kapitan Kuala Lumpur ke-3 pada
1868 – kedudukan yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Cina dengan
hubungan rapat kepada pemimpin Melayu pada zaman itu.
Yap, yang meninggal dunia pada 1885 pada usia 48, juga diberi pengiktirafan
kerana peranannya menamatkan perang saudara di Selangor.
peranan
Daripada pekan kecil yang dikelilingi hutan dan lombong, Yap memimpin penduduk
Kuala Lumpur yang kebanyakannya pelombong Cina membangunkan kawasan itu.
Seterusnya daripada pekan kecil, dia menggubal pelbagai peraturan dan menyusun
struktur penempatan awal hingga kawasan lombong timah membangun jadi bandar
raya
Sebagai Kapitan Cina, Yap Ah Loy memiliki kuasa seperti ketua di kalangan
komuniti Melayu termasuk menjatuhkan hukuman terhadap masyarakat Cina.
Beliau memiliki kuasa untuk membuat undang-undang, tetapi tidak boleh mengutip
cukai.
10
sumbangan
Sumbangan terbesar Yap Ah Loy adalah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat
perdagangan di Selangor pada 1880. Kejayaan ini akhirnya menyebabkan Kerajaan
Selangor memindahkan ibu negerinya dari Klang ke Kuala Lumpur.
Yap Ah Loy bagaimanapun tidak membina bandar Kuala Lumpur secara berstruktur
dengan baik. Jalan sekitar pekan besar itu pada 1882, misalnya, hanyalah seluas
empat meter dan sukar untuk dilalui.
Menurut Glen iaitu cicit kepada Yap Ah Loy, Kuala Lumpur boleh dianggap kawasan
termusnah (pada 1873 dan 1881) dan Yap Ah Loy membinanya semula. Jadi, apa
yang dibina oleh orang lain, atau wujud sebelum 1873, terutamanya sebelum 1881,
termusnah dalam peperangan dan kebakaran.
Jalan raya mula dibina secara berstruktur, kawasan lombong dihubungkan dengan
kawasan bandar dan lorong dibina dalam bandar dengan teratur. Kos sebanyak
RM20,000 dilaburkan untuk tujuan itu. Laluan untuk ke kawasan lombong dikatakan
masih dikekalkan sehingga kini antaranya di Jalan Ampang, Jalan Pudu dan
Jalan Petaling.
Yap Ah Loy juga membina kilang membuat tepung ubi di Jalan Petaling dengan
mengimport enjin lapan kuasa kuda. Kilang itu bagaimanapun terpaksa ditutup
akibat kejatuhan harga ubi kayu pada 1880. Beliau turut membina tempat
perlindungan bagi mereka yang sakit mendapatkan makanan dan perlindungan
dan kos pengurusan diperoleh daripada levi penyembelihan babi dengan kos
RM1 seekor.
Yap turut memainkan peranan besar dalam penubuhan sekolah Cina pertama
di Kuala Lumpur dan menyediakan seorang guru besar. Yap juga bertanggungjawab
untuk tokong Taoist terkenal, Sin Sze Si Ya, di Jalan Petaling.
Beliau disebutkan dalam buku sejarah sebagai individu yang membantu mengubah
Kuala Lumpur daripada pekan lombong timah kepada pusat komersial yang
berkembang maju.
11
YAP AH LOY
12
ABDULLAH HUKUM
Latar Belakang
Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun
berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama
sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat
yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di
Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street,
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur pada masa itu,hanya mempunyai 2 lorong sahaja iaitu Java Street
dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) sebelumnya
adalah tempat ceti beroperasi dan terdapat sebuah kolam ikan milik Almarhum
Sutan Puasa.
Abdullah Hukum adalah seorang pedagang dari Kerinchi, Sumatera yang turut
menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur bermula 1850-an.
Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung
di Kampung Haji Abdullah Hukum selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita,
beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun dan mempunyai 18 orang anak.
Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung
selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi
pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah
sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.
13
peranan
Abdullah Hukum pernah mengambil upah membina tali air selama 3 tahun di
Segambut (kini Batu Lima Gombak).bekerja dengan Sutan Puasa. Setapak dan
Gombak dahulu adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa.
Antara peranan-peranan beliau yang telah dilakukan adalah :
1. Mendulang di Setapak.
2. Menjadi petani dan kontraktor membina batas untuk Raja Bilah.
3. Menjadi juak-juak (orang yang mengiringi Raja atau membawa alat kebesaran)
kepada seorang pembesar Selangor, Raja Mahmud Tengku Panglima Raja.
4. Memainkan peranan penting dan terbabit dalam beberapa peperangan di
Selangor sehingga 1870-an.
5. Peniaga kain di Semenyih.
6. Membuka tanah dan perkampungan di Pudu dengan perkenan Raja Laut yang
ketika itu menjadi Raja Muda Selangor. Beliau diangkat menjadi Penghulu
Masjid di Pudu oleh Raja Laut.
7. Menjadi nakhoda mengambil upah membawa beras dari Kelang ke Kuala Lumpur
dengan perahu dan membeli kerbau dari Pahang dan Dungun di Terengganu
untuk diniagakan di Kuala Lumpur.
14
sumbangan
Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad)
kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut
memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua
penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu
(di kawasan Bukit Bintang sekarang). Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya
menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi.
Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun.
Hasil usahanya, Kampung Kerinchi yang namanya diambil sempena tempat
kelahiran Abdullah Hukum menjadi perkampungan utama dan terluas di Kuala Lumpur.
Selepas mengalami transformasi pembangunan yang drastik, ia menjadi projek
pembangunan hartanah berintegrasi di pinggiran Kuala Lumpur. Kerinchi juga kini
dikenali sebagai Bangsar Selatan.
Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa
beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh
ringgit untuk sekoyan guni beras.S elepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum
mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk
membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada
Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).
Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra
(kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi).
Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan
persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai
Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau
kerana beban tugas semakin bertambah. Semasa beliau menjadi Penghulu,
Abdullah Hukum cuba menyatupadukan 3 kaum utama di situ: Melayu, Cina dan India.
Atas kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa
bersempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Nama Bangsa kemudiannya ditukar
kepada Bangsar.
15
Tatkala meletusnya perang antara Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad meminta
Abdullah Hukum untuk membantu menentang musuh baginda. Baginda melantik
Abdullah Hukum yang juga Datuk Bandar ketika itu sebagai panglima perang. Sebagai
menghormati jasa dan bakti Abdullah Hukum, Sultan Abdul Samad mengurniakan
sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran
Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping
itu, Abdullah hukum dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan
penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.
Abdullah Hukum menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk
pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena
nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an,
pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.
Kini, Kampung Haji Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur
sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh
kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi.
Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang
bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed
Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.
16
abdullah hukum
rumah abdullah hukum
Rumah Abdullah Hukum dipulihara & dipasang semula di hadapan
Masjid Jamek Abdullah Hukum.
17
kampung kerinchi
18
lampiran
kuala lumpur - dahulu
kuala lumpur - sekarang
19
rumusan
Setelah menyiapkan folio sejarah ini, saya telah banyak menambah ilmu
pengetahuan.Saya lebih mengenali tokoh-tokoh seperti Raja Abdullah
Raja Jaafar, Sutan Puasa, Yap Ah Loy dan Abdullah Hukum. Saya telah
mengetahui peranan dan sumbangan masing-masing dalam pembangunan
Kuala Lumpur. Saya juga mendapati sejarah ini sangat penting untuk diketahui
oleh masyarakat kita.
Folio sejarah ini membolehkan saya memperoleh banyak pengetahuan tentang
perjuangan dan jasa mereka. Lantaran itu, saya lebih menghayati dan menghargai
peranan dan sumbangan mereka. Di samping itu, saya mengetahui nilai kecekalan
dan kesungguhan serta tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran yang
dihadapi mereka.
Bukan itu sahaja, atas sikap kegigihan tokoh-tokoh tersebut membuka dan
membangunkan kawasan Kuala Lumpur maka kita hari ini dapat menikmati
kepesatan bandar raya tersebut.
Kita haruslah berasa bersyukur dan menghargai setiap jasa dan sumbangan
tokoh-tokoh tersebut kerana mereka telah banyak berusaha membangunkannya
dahulu. Masyarakat Melayu juga perlulah bersatu padu, bak kata pepatah bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh.
20
rujukan
1. https://arecabooks.com : Tokoh di Sebalik Pembukaan Kuala Lumpur
2. http://ahmadrais.blogspot.com :Sejarah Ringkas Kuala Lumpur
3. http://khabarkini2.blogspot.com : Raja Abdullah Yang Pertama Korek Bijih Timah
Di Kuala Lumpur
4. https://www.bharian.com.my : Sutan Puasa Pengasas Sebenar Kuala Lumpur
5. http://mandailing.weebly.com : Sutan Puasa Bawa Kemajuan Kuala Lumpur
6. https://www.freemalaysiatoday.com : Keluarga: Jasa Yap Ah Loy bangunkan
Kuala Lumpur patut dikenang
7. https://en.wikipedia.org : Yap Ah Loy
8. https://www.bharian.com.my : Sejarah Abdullah Hukum terus kekal - Cucu
9. http://mattkincai.blogspot.com : Sumbangan Abdullah Hukum
10. https://theinspirasi.my : Abdullah Hukum: Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur
11. http://dialograkyat.blogspot.com : Siapa Abdullah Hukum?
12. https://www.kosmo.com.my : Kuala Lumpur
21